skema gerak gempur perak 2010 (stpm sejarah k2)

Upload: lunaticfuneral92

Post on 08-Jul-2015

477 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

940/2

GERAK GEMPUR SEJARAH 2 STPM. JPN PERAK

JABATAN PELAJARAN PERAK

SKEMA JAWAPAN GERAK GEMPUR SEJARAH 2 STPM 2010

SEJARAH Kertas 2

Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800 1963)

Disediakan oleh: Jawatankuasa Kurikulum Sejarah STPM JPN Perak

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 1 Jelaskan kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Malaysia sebelum campur tangan British. Pendahuluan (3/2m) Sistem ekonomi Malaysia sebelum campur tangan British berbentuk sara diri dan komersil. Kegiatan ini dilakukan pedagang-pedagang tempatan sama ada di Tanah Melayu, Sabah mahupun Sarawak. Namun begitu kegiatan ekonomi yang utama sebelum campur tangan British adalah ekonomi sara diri dengan tanaman utamanya adalah padi. Sebilangan penduduk pula mengamalkan kegiatan perniagaan dan perdagangan. Ekonomi Malaysia semakin berkembang apabila berlakunya campur tangan British. Ekonomi sara diri berkembang kepada ekonomi separa sara diri dan kemudiannya ekonomi komersil. Namun begitu kegiatan ekonomi komersil ini lebih menguntungkan pihak British berbanding penduduk tempatan. Isi: (20m) A. Pertanian Dagangan Padi merupakan tanaman utama kegiatan ekonomi sara diri penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Namun begitu terdapat juga penanaman padi yang dijalankan secara komersil. Di Kedah dan Perlis penanaman padi berorientasikan komersil. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri lain yang mempunyai lebihan keluaran beras termasuklah Selangor, Perak dan Terengganu. Penglibatan British di Malaysia terutamanya di Negeri-negeri Selat menyebabkan ekonomi komersil berkembang pesat. Tanaman komersil yang diusahakan pada peringkat awal ialah lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, tebu, ubi kayu dan kopi. Lada hitam untuk eksport mula ditanam di Pulau Pinang sejak 1790 dan mendapat pasaran yang baik di Eropah. Pada awal abad ke-19, buah pala dan cengkih turut ditanam di Pulau Pinang tetapi tanaman yang paling berjaya adalah tebu yang telah diusahakan di Seberang Prai sebelum 1800 lagi. Pada 1830, Seberang Prai menjadi pusat pengeluaran gula yang penting di Tanah Melayu. Kopi pula telah ditanam oleh pengusaha Eropah dan ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Namun begitu penanaman menghadapi masalah penyakit dan kejatuhan harga dan kemudianna di gantikan dengan tanaman lain. Tanaman ubi kayu turut diusahakan di Melaka, Selangor dan negeri Sembilan pada pertengahan abad ke-19. Pada pertengahan tahun 1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka. Ubi kayu ditanam secara meluas sebagai tanaman eksport. Pada awal abad ke-19, beberapa tanaman telah diusahakan secara komersil. Ladangladang gambir yang luas telah diusahakan oleh peladang-peladang Cina di Johor, Melaka, N. Sembilan dan Selangor. Minat pelabur semakin bertambah apabila cukai ke atas gambir dihapuskan pada tahun 1834. Gambir dan lada hitam diusahakan di Johor antara 1840

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

hingga 1860an di bawah Sistem Kangcu atau Surat Sungai yang diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim dengan memberikan hak bertani kepada taukeh-taukeh Cina Singapura dan ketua kongsi gelap Cina. Tanaman ini ditanam di kawasan Selat Tebrau dan sepanjang tebing sungai yang dikenali sebagai kangkar atau kaki sungai. Gambir dan lada hitam merupakan merupakan sumber ekonomi yang penting bagi Johor. Menjelang 1860an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dengan 15000 buruh Cina. Pada 1883 16 daerah terlibat dengan penanaman gambir dan lada hitam di Johor dan pada 1886 Johor muncul sebagai pengeluar utama dunia bagi kedua-dua hasil pertanian tersebut. Selain gambir dan lada hitam, Johor juga menghasilkan getah perca, sagu dan koko. Cukai eksport ke atas keluaran pertanian di Johor dianggarkan sebanyak $7,370.00 pada tahun 1896. Getah perca juga merupakan hasil yang menguntungkan Johor. Getah perca dieksport ke Eropah dan digunakan sebagai bahan penebat kabel telegraf dasar laut. Perusahaan ini dikuasai oleh Temenggung Ibrahim dan sebilangan pembesar Melayu dan pengeluarannya dibantu oleh Orang Asli. Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuan eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina daripada Singapura. Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya. Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura. Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal. Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir. Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

B. Perlombongan Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu yang mana kebanyakannya di usahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh Cina . Di Perak kawasan utama pengeluaran bijih timah ialah Hilir Perak, Lembah Kinta dan Larut yang telah diusahakan seawal abad ke-19 oleh pelombong Cina dari Pulau Pinang. Kawasan Larut menjadi kawasan perlombongan utama bjih timah selepas 1840an dan bijih timah mula dieksport mulai 1844. Para pelombong Cina menggunakan teknologi moden seperti pam dedah dan roda air. Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut telah dibuka oleh Raja Busu dengan tenaga kerja yang terdiri daripada lebih 20,000 orang Cina. Kawasan perlombongan Klang pula diusahakan oleh Raja Abdullah dan memulakan kegiatan eksportnya pada tahun 1859. Terdapat juga perkongsian di antara pembesar Melayu dengan pelombong Cina dalam memajukan sektor perlombongan seperti Raja Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut dan Ngah Ibrahim dengan kongsi gelap Cina di Larut. Di Sungai Ujung kegiatan perlombongan bijih timah telah bermula sejak 1828 dan telah berkembang pesat pada pertengahan abad ke-19 di bawah Dato Bandar Kulup Tunggal dan Dato Kelana. Eksport bijih timah meningkat dari 7000 pikul pada 1830an sehingga 20,000 pikul pada 1855. Kebanyakannya dieksport ke Negeri-negeri Selat khususnya Melaka. Di Melaka pula lombong bijih tima mula dibuka sekitar 1840an di Durian Tunggal, Air Panas dan Kesang. Pengeluaran bijih timah juga terdapat di pantai timur termasuklah di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pada tahun 1839 ketiga-tiga negeri tersebut mengeluarkan kira-kira 11,000 pikul bijih timah. Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakan buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19. Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura. Selain itu emas turut dilombong di Pulai, Kelantan, Raub di Pahang dan Segama di Sabah.

Kesimpulan (2/3m) Kegiatan ekonomi di Malaysia yang bersifat komersil bukanlahsesuatu yang baru tetapi telah wujud sebelum abad ke 19 lagi. Kekayaan hasil bumi telah menarik minat pedagang dan pelabur Cina dan Eropah dalam kegiatan pertanian dagangan dan perlombongan. Tidak keterlaluan jika dirumuskan sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sistem ekonominya bersifat kompleks dan maju mencakupi sistem ekonomi sara diri mahupun ekonomi komersil.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 2 Bincangkan Perubahan Pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah sehingga 1963. Pendahuluan (3/2m) Kompeni Berpiagam Borneo Utara menguasai Sabah pada tahun 1881. Pentadbiran dilakukan dengan menggabungkan institusi Pentadbiran Inggeris dengan institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah.

Isi (20m) A. Perubahan Pentadbiran 1881 1946 i) Pentadbiran Gebenor Sebaik Kompeni Berpiagam Borneo Utara mengambilalih pemerintahan di Sabah pada tahun 1881, mereka telah memerintah negeri Sabah dengan diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Pengarah Kompeni Berpiagam dengan persetujuan kerajaan Inggeris. Gabenor pertama Sabah ialah W.H Treacher. Gabenor telah dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kompeni seperti Setiausaha Kerajaan Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan. ii) Pembahagian Unit Pentadbiran Untuk memudahkan pentadbiran oleh Gabenor Sabah dibahagikan kepada 5 unti pentadbiran yang setiap satunya dikenali sebagai residensi. Ketua setiap residensi dikenali sebagai Residen. Setiap residensi di bahagikan kepada 7 buah daerah. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah. Residen bertugas menjaga keamanan, mengutip cukai dan perbendaharaan dan keadilan di setiap Residensi. Setiap daerah pula diketuai oleh seorang Pegawai Daerah. Biasanya dibantu Ketua Anak Negeri yang bertugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai, membahagikan tanah,dan menguruskan hal pertanian. Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pula telah ditubuhkan pada tahun 1915. Majlis ini berfungsi sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat.Orang tua dilantik untuk menjaga hal ehwal pentadbiran kampong.Mahkamah Anak Negeri yang wujud berfungsi sebagai hakim tempatan yang membicarakan kes hukum adat dan syariah. B. Perubahan Pentadbiran dari tahun 1946 hingga 1963 i) Penubuhan Majlis Penasihat Pada 15 Julai 1946 Kompeni Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan British.Sabah menjadi Tanah Jajahan British dengan rasminya. Hal ini demikian kerana Kompeni tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir Sabah kerana sumber kewangan terhad tambahan pula Sabah mengalami kerosakan yang teruk akibat Perang

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Dunia ke-2. Menerusi pentadbiran baru Sabah masih diperintah oleh Gabenor tetapi di bantu sebuah Majlis Penasihat. ii) Perubahan Perlembagaan 1950 Pada 17 Oktober 1950 Kerajaan British telah memperkenalkan perlembagaan baru Sabah. Dalam perlembagaan tersebut menyebut Gabenor Sabah dibantu oleh dua buah badan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli . Majlis ini bertugas menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar-dasar kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli dan 4 orang daripada mereka mestilah warga tempatan. Ahli-ahli untuk kedua-dua badan tersebut dilantik oleh Gabenor. Pada tahun 1952 ditubuhkan Majlis Tempatan yang pertama di Kota Belud Sabah. Seterusnya di Sipitang pada Januari 1955 dan Papar 1956. Majlis ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pentadbiran kawasan masing-masing. Majlis ini bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti hal-ehwal kewangan,pendidikan,kesihatan,bekalan air dan elektrik, serta pertanian dan penternakan. Majlis Tempatan kemudian ditukar kepada Majlis Daerah. Menjelang tahun 1960 jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Negeri Sabah telah ditambah. Terdapat 12 orang ahli di dalam Majlis Eksekutif dan 25 di dalam Majlis Undangan Negeri. ( Kesimpulan (2/3m) Perubahan pentadbiran di Sabah memberi impak kepada masyarakat tempatan dari semua sudut politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi mereka pengalaman sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1963.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 3 Bincangkan transformasi sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga tahun 1895.

Pendahuluan (3/2m) British mula campur tangan secara rasminya di negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Persetiaan Pangkor pada tahun 1874. Melalui Persetiaan Pangkor British mula campur tangan di Perak, kemudiannya diikuti campur tangan di Selangor, Pahang dan negeri Sembilan. Dari tahun 1874 hingga tahun 1895 keempat-empat negeri ini di letakkan di bawah sistem residen. Di bawah pentadbiran sistem residen telah berlaku transformasi bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial.

Isi 1. Transformasi Sosial (10m) i. Pertambahan Penduduk Kestabilan politik yang berjaya diwujudkan oleh British di bawah sistem residen di negerinegeri Melayu telah membawa perkembangan pesat sektor ekonomi. Kemajuan dalam bidang ekonomi telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara pesat. Pertambahan penduduk meningkat dengan mendadaknya di negeri-negeri Melayu akibat kemasukan orang-orang Cina untuk terlibat dalam sektor ekonomi khususnya dalam perusahaan bijih timah. Selain orang Cina orang-orang India juga turut dibawa masuk oleh British untuk terlibat dengan ekonomi yang melibatkan kepentingan British iaitu getah. Orang-orang India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan tenaga kerja disektor berkenaan. Pada tahun 1891 jumlah penduduk India di Tanah Melayu seramai 75, 000 orang. Kemasukan secara besar-besaran kedua-dua kaum ini mengakibatkan jumlah penduduk di negeri-negeri Melayu meningkat secara mendadaknya. ii. Kelahiran Masyarakat Majmuk Kemasukan secara pesat orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah merubah komposisi penduduk di Tanah Melayu atau dengan kata lain terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ketiga-tiga kaum terpisah antara satu sama lain dan perpaduan sukar untuk dicapai ini kerana British mahu memisahkan mereka melalui dasar pecah dan perintah. Kaum-kaum dipisahkan melalui tempat tinggal, orang Melayu tinggal dikampung, orang Cina di bandar-bandar manakala orang India di ladang-ladang getah. Selain itu pengenalan kaum adalah berasaskan fungsi ekonomi, orang Melayu dengan kegiatan ekonomi saradiri, orang India sebagai pekerja ladang manakala orang Cina terlibat dengan kegiatan perlombongan dan perniagaan. Setiap kaum juga dipisah dengan sistem pendidikan yang terasing, orang Melayu dengan pendidikan Melayu, orang Cina dengan pendidikan Cina manakaa orang India dengan pendidikan Tamil. Dasar pecahkan perintah ini telah menyebabkan perpaduan kaum amat sukar untuk dicapai. iii. Penghapusan sistem perhambaan

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Selepas British campur tangan di Perak, Residen British pertama di Perak J.W.W Birch cuba menghapuskan sistem perhambaan. Tindakan Birch ini telah menimbulkan tentangan hebat daripada pembesar Melayu kerana dianggap telah mencampuri adat resam orang Melayu. Sistem perhambaan merupakan amalan yang diwarisi turun temurun pembesar Melayu. Sebenarnya penghapusan sistem perhambaan akan merugikan pembesar Melayu kerana mereka telah kehilangan tenaga kerja. Namun sistem perhambaan telah berjaya dihapuskan di Perak pada tahun 1884 ketika pentadbiran Hugh Low, usaha menghapuskan sistem perhambaan turut sama dilakukan di negeri Melayu yang lain. iv. Perkembangan sistem perhubungan Di bawah istem residen telah berlaku perkembangan pesat sistem perhubungan. British membangunkan sistem perhubungan untuk kepentingan ekonominya di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1885, Hugh Low telah membangunkan jalan keretapi yang pertama di Perak yang menghubungkan Taiping ke Port Weld sejauh 12.8 km. Pada tahun 1889 jalan keretapi dibina menghubungkan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Tahun jalan keretapi dibina menghubungkan Seremban ke Port Dickson dan pada tahun 1895 jalan keretapi menghungkan Ipoh ke Tapah Road dan Teluk Anson dibina. Selain jalan keretapi, jalan raya juga turut dibina yang menghubungkan bandar-bandar di negeri-negeri Melayu. Pembinaan jalan raya ini juga selaras dengan perkembangan industri permotoran di Eropah selain bermatlamat untuk kepentingan ekonomi British. v. Perkembangan sistem pendidikan. Sistem pendidikan berkembang selaras dengan perkembangan sosioekonomi pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu. Pengasingan kaum telah menyebabkan lahirnya empat aliran pendidikan di Tanah Melayu, iaitu pendidikan Melayu, Cina Tamil dan sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah yang didirikan bertujuan untuk memenuhi keperluan kaum masing-masing baik darisegi bahasa pengantar mahupun kurikulum. Keadaan ini menjurus kepada meluasnya jurang perbezaan antara kaum di negeri-negeri Melayu. vi. Perkembangan kemudahan kesihatan Taraf kesihtan telah ditingkatkan selaras dengan pertambahan penduduk yang berlaku di negeri-negeri Melayu. Pertambahan penduduk telah menyebabkan wabak penyakit mulai merebak disebabkan keadaan tempat tinggal dan kerja yang kotor. Antara penyakit berjangkit yang menular pada ketika itu seperti malaria, taun, disenteri, beri-beri, batuk kering dan campak. Pentadbiran British berusaha mengatasinya dengan mendirikan hospital dan pusat kesihatan kecil sama ada di Bandar mahupun di luar Bandar. Pada tahun 1878, hospital kerajaan pertama didirikan di Taiping dan Kuala Lumpur. Sementara itu pusat kesihatan kecil didirikan di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar. Klinik bergerak juga beroperasi di kawasan pendalaman dan sepanjang sungai terutama di Perak dan Pahang bagi memastikan kesihatan penduduk dalam keadaan memuaskan.

2. Transformasi Ekonomi (10m)

i.

Kewujudan dwiekonomi

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

British telah memperkenalkan kegiatan ekonomi komersial dan dalam masa yang sama masih mengekalkan kegiatan ekonomi saradiri. Orang Melayu dikekalkan kegiatan ekonomi mereka iaitu kegiatan ekonomi saradiri manakala orang barat dan kaum yang baru berhijrah ke Tanah Mlayu terlibat dengan ekonomi komersial. British telah memperkenalkan tanaman baru di Tanah Melayu yang berorientasikan ekspot, contohnya kopi diperkenalkan di Selangor dan Perak. Tanah-tanah baru dibuka untuk kegiatan pertanian komersial. British juga berusaha untuk memperbaiki kaedah penanaman padi dan meluaskan kawasan penanaman padi. ii. Kemasukan pelaburan barat Di bawah pentadbiran British di Tanah melayu, telah berlaku kemasukan pelaburan modal secara besar-besaran dari Eropah dan negeri-negeri Selat. Orang-orang Eropah telah membuat pelaburan dalam sektor perlombongan bijih timah. Dengan modal yang banyak mereka telah menggunakan kapal korek dalam perlombongan bijih timah. Mereka juga turut terlibat dalam kegitan perladangan getah. Dengan modal yang banyak mereka telah berjaya membuka ladang-ladang yang lebih besar di Negeri-negeri Melayu iii. Perkembangan perusahaan bijih timah Perusahan bijih timah dan perusahaan yang berkaitan dengannya telah berkembang dengan pesatnya. Lombong bijih timah milik pemodal British semakin banyak dibuka di kawasan lembah Kinta. Dengan memiliki modal yang banyak dan kemahiran yang tinggi, pemodal Eropah telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek. Penggunaan kapal korek telah membolehkan hasil pengeluaran dapat ditingkatkan secara berganda. Kesannya pada tahun-tahun 1880-an Tanah Melayu telah menjadi pengeluar utama bijih timah dunia. Banyak kawasan perlombongan baru telah dibuka seperti di Ampang, Klang Kuala Lumpur di Selangor dan lembah Kinta di Perak. iv. Perkembangan tanaman dagang. Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu juga telah mengakibatkan berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan pertanian berorientasikan perdagangan. Antara tanaman dagang yang penting ialah getah. Getah telah dibawa dari Taman Botanical di Singapura dan ditanam di kawasan kediaman Residen Perak, Hugh Low di Kuala Kangsar. Antara tahun 1884-1885 Frank Swettenham dan Heslop Hill telah membawa 400 bijih getah dari Kuala Kangsar untuk ditanam di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh British terutamanya H.N.Ridley, perkembangan Revolusi Industri di Eropah, kejatuhan harga kopi dan penglibatan pelaburan modal oleh pelabur Eropah telah menggalakan perkembangan penanaman getah di Negeri-negeri Melayu. Kesannya Tanah Melayu telah menjadi pengeluar utama getah dunia. v. Perkembangan kegiatan perdagangan Berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan kewangan dan perdagangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran British. Dalam tempoh 10 tahun pentadbiran British menunjukkan peningkatan dari segi perdagangan dan ekspot, contohnya hasil perdagangan pada tahun 1876 sebanyak $585 189 telah meningkat kepada $2 261 954 pada tahun 1885. Begitu juga nila ekspot pada tahun 1889 berjumlah $1 906 952 telah meningkat kepada $9 691 786 pada tahun 1885

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

vi. Pengenalan kaum berasaskan kegiatan ekonomi Kemajuan ekonomi di Negeri-negeri melayu hanya menguntungkan kaum pemodal Cina dan Eropah. Sebaliknya masyarakat tempatan khususnya orang Melayu kekal dengan kehidupan tradisional di kampung-kampung tanpa terlibat dengan arus ekonomi yang berkembang pesat. British mengamalkan dasar ekonomi yang berlainan antara orang Melayu dengan masyarakat pendatang dengan tujuan untuk memisahkan mereka. Lantaran itulah kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dikenal melalui kegiatan ekonomi mereka. Orang Melayu dengan kegiatan ekonomi tradisional, orang Cina terlibat dengan perlombongan dan perniagaan manakala orang India sebagai pekerja ladang dan buruh jalan keretapi Oleh itu tidak wujud satu rupa bangsa yang bersatu padu di Negeri-negeri Melayu.

Kesimpulan (2/3m)

Perbincangan di atas jelas bahawa pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga 1895 telah membawa transformasi yang ketara dalam sosioekonomi. Transformasi sosioekonomi ini telah mewarnai kehidupan masyarakat di Negeri-negeri Melayu selepas British meninggalkan Negara ini. Kehadiran kelompok pendatang seperti orang Cina dan India akhirnya menjadi sebahagian daripada penduduk di Tanah Melayu apabila mereka mula diterima sebagai warganegara. Pengenalan ekonomi moden telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu, namun orang Melayu tidak mendapat faedah daripadanya kerana British tidak melibatkan mereka dengan ekonomi berkenaan, sebaliknya mereka dikekalkan dengan keguatan ekonomi tradisional.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 4 Pembentukan Persekutuan pada tahun 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946 dapat diterima oleh orang Melayu. Huraikan.

Pendahuluan (3/2m) Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 yang dilaksanakan berdasarkan Piagam Atlantik. Piagam ini pada dasarnya merancang ke arah berkerajaan sendiri bagi tanah-tanah jajahan British. Namun orang-orang Melayu terutamanya tidak dapat menerima gagasan ini lalu bangkit menentang sekeras-kerasnya menyebabkan pada 23 Julai 1946, British telah melantik satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 orang wakil Sultan Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British yang dipengerusikan oleh Sir Malcom Mac Donald untuk menggubal satu perlembagaan baru untuk manggantikan Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM 1948) didapati dapat diterima oleh orang-orang Melayu berbanding dengan Malayan Union 1946 yang mendapat tentangan hebat. 1. Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union (MU) (10m) a) Kehilangan Kuasa Sultan Walaupun Perlembagaan MU tidak menghapuskan institusi sultan sama sekali, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kuasa di dalam memerintah. Kuasa memerintah dipegang sepenuhnya oleh Gabenor. Jelasnya MU telah merampas kedudukan sultansultan yang hanya sekadar berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Itupun Majlis Mesyuarat Agama dipengerusikan oleh Gabenor. b) Syarat Kewarganegaraan Yang Longgar Perlembagaan MU mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orangorang bukan Melayu. Disamping prinsip jus soli setiap orang yang bermastautin lebih daripada 5 tahun di MU boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan. MU memperakukan hak-hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang. Ini bermakna hak dan kedudukan orang Melayu akan berakhir. Isu ini merupakan isu bantahan yang paling keras sekali. c) Tindakan Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan Tindakan wakil British, Sir Harold MacMichael memaksa sultan-sultan Melayu menurunkan tanda tangan juga benar-benar telah mengguris hati orang-orang Melayu. Sultan-sultan langsung tidak diberi waktu untuk mempertimbangkan keputusan untuk melaksanakan MU sebaliknya telah diugut untuk diturunkan takhta sekiranya tidak menurunkan tanda tangan. Contohnya pernah berlaku kepada sultan Kedah. d) Sokongan Bekas Pegawai-pegawai British Masyarakat Melayu juga mendapat sokongan daripada bekas-bekas pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu. Mereka adalah seperti Frank Swettenham, Sir Cecil Clementi Smith, Sir George Maxwell dan Ronald Bradell. Malah Ronald Bradell telah

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

menjadi penasihat kepada UMNO. Sokongan ini menambahkan lagi semangat orang Melayu untuk menentang MU.

2. Sebab-sebab orang Melayu menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (10m) a) Struktur Negeri PTM 1948 terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dipisahkan daripada PTM dan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan ditadbir secara berasingan. Rasional British mengasingkan Singapura ialah kerana bimbang orang Melayu akan dikuasai oleh orang Cina. PTM 1948 akan diketuai oleh pesuruhjaya tinggi British yang dilantik oleh baginda Queen. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan berperanan untuk membantu dan memberi nasihat kepada pesuruhjaya tinggi tetapi beliau tidak semestinya menerima nasihat majlis ini. Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan untuk menasihati pesuruhjaya tinggi British. Majlis ini akan bersidang bila-bila masa sahaja jika perlu. Persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada sembilan orang raja itu. b) Kedudukan Raja-Raja Melayu PTM 1948 telah memulihkan kedudukan sultan-sultan seperti kedudukan sebelum perang. Sultan mempunyai hak kuasa pemerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua dewan tersebut mestilah disahkan oleh baginda sultan. Jelasnya PTM memulakan corak kerajaan Raja Berperlembagaan Kewarganegaraan Perkara ini diberi perhatian mendalam oleh Jawatankuasa Kerja. Syarat-syarat kerakyatan kembali menjadi ketat, antaranya ialah ; a) Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurangkurangnya lapan tahun daripada dua belas tahun. b) Mereka yang telah tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas tahun daripada 20 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat.

Di sini jelas bahawa PTM 1948 telah melayan sebahagian besar tuntutan orang-orang Melayu berkenaan dengan pemberian kerakyatan, dan hak keistimewaan orang-orang Melayu juga terpelihara dalam PTM 1948.

Kesimpulan (2/3m) Dengan ini jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 jauh lebih baik daripada Perlembagaan Malayan Union 1946 dan ia dapat diterima oleh orang-orang

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Melayu. Namun begitu, Persekutuan Tanah Melayu 1948 mendapat bantahan daripada kaum bukan Melayu, parti politik berhaluan kiri, dan golongan progresif revolusiner. Ketiga-tiga pihak ini tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang ketika merangka Perlembagaan Persekutuan 1948. Mereka menganggap Perlembagaan Persekutuan 1948 tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu. Namun begitu rentetan dari Perlembagaan Persekutuan 1948, telah menjadi teras kepada pembentukan sistem ahli dan seterusnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 5 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Pendahuluan (3/2m) Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara mencadangkan idea serupa. Berikutnya Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan Malaysia di Persidangan Wartawan-wartawan Luar di Singapura pada 27 Mei 1961. Tunku berpendapat Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan. Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 september 1963 yang terdiri daripada gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pembentukan Malaysia didorong oleh beberapa faktor dan keperluan semasa serta jangkapanjang. Ia bermatlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang kuat dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Isi (20m) 1. Menangani ancaman komunis di Tanah Melayu dan Singapura Ancaman komunis merupakan masalah serius yang dihadapi negara ketika itu. Pada tahuntahun 1950-an, fahaman komunis meresap ke dalam kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah aliran Cina di Tanah Melayu. Pada 1954, agen komunis telah melancarkan mogok terhadap sebuah syarikat bas. Pengaruh komunis juga semakin meluas di Singapura. Parti komunis berjaya menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PETIR / PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Pengaruh komunis terus berkembang melalui penubuhan cawangan-cawangan PETIR yang berhaluan kiri. Kesannya PETIR mengalami kekalahan dalam pilihanraya kecil kawasan Hong Lim dan Anson pada tahun 1961. Kekalahan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Malaysia. Seterusnya pihak komunis telah menubuhkan Barisan Sosialis yang diketuai oleh Lim Chin Siong. Ketidakupayaan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku Abdul Rahman malah Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua kuasa besar ini menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku. Idea penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dilihat sebagai langkah perlu bagi mengekang pengaruh komunis di Singapura khususnya, dan di Asia Tenggara amnya.

2. Menangani ancaman komunis di Sarawak Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak permulaan zaman pendudukan Jepun lagi. Pada 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berfahaman komunis telah ditubuhkan. Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA) yang merupakan satu pertubuhan sulit telah memainkan peranan aktif dalam menyebarkan pengaruh komunis

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

di kalangan pelajar, kesatuan sekerja dan petani. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut diresapi oleh fahaman komunis. Inggeris cuba membanteras gerakan komunisme melalui Operasi Pisang tetapi masih gagal. Parti Komunis Kalimantan Utara yang didalangi Parti Komunis Indonesia (PKI) turut menyebarkan fahaman komunis di Sarawak dan ke wilayah-wilayah Borneo.

3. Menyeimbangkan komposisi kaum Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura hanya akan menyebabkan ketidak seimbangan komposisi kaum terutamanya peratusan antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Ini kerana Singapura pada ketika itu mempunyai sekitar 75% penduduk Cina; manakala di Tanah Melayu, orang Melayu hanya mewakili 49% daripada keseluruhan penduduk, selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini boleh menggugat masa depan sosio-politik orang Melayu selaku pribumi. Justeru penyertaan Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia diperlukan bagi menyeimbangkan komposisi kaum kerana kedua-dua negeri itu mempunyai kadar peratusan bumiputera yang ramai.

4. Meningkatkan kerjasama ekonomi Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Misalnya Tanah Melayu kaya dengan hasil pertanian komersil dan perlombongan, Singapura berkembang kerana kemajuan pelabuhan entreport dan perusahaan, manakala Sarawak dan Sabah lebih banyak bergantung kepada pengeluaran hasil hutan. Justeru penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka dapat meningkatkan kerjasama di antara negeri terbabit seterusnya membolehkan pembangunan ekonomi yang lebih saksama dan menyeluruh dijalankan. Ini sekaligus dapat membangunkan Sarawak dan Sabah yang kurang sumber hasil.

5. Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak dan Sabah Inggeris telah berjanji akan memberi kemerdekaan awal dan secara serentak kepada Singapura, Sarawak dan Sabah sekiranya bergabung ke dalam Persekutuan Malaysia. Penggabungan ini dapat memastikan keseragaman pentadbiran dalam usaha untuk mengawal ancaman komunis Dari segi latar belakang sejarah, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu di bawah Kerajaan Inggeris. Sarawak dan Sabah juga telah mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa di bawah penjajahan Inggeris.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dapat dipercepatkan.

Kesimpulan (2/3m) Dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi pembentukan gagasan Malaysia. Perjuangan ke arah pembentukan Malaysia juga melalui proses yang panjang dan berliku. Pada awalnya, gagasan Malaysia menimbulkan keraguan dan reaksi berbeza dalam kalangan negeri terbabit mahupun negara jiran Filipina dan Indonesia. Masyarakat Sarawak dan Sabah merasa khuatir akan kehilangan hak bumiputera mereka kelak apabila bergabung ke dalam Malaysia.Masyarakat Cina Tanah Melayu bimbang akan dominasi ekonomi masyarakat Cina Singapura. Manakala bangsa bukan Melayu turut bimbang tentang kedudukan dan hak mereka. Bagi menyampaikan kefahaman yang jelas tentang gagasan Malaysia dan memperkemas langkah ke arah pembentukan Malaysia maka ditubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold, dan Jawatankuasa Antara Kerajaan. Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 setelah memainkan isu perkauman dalam kempen pilihanraya.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 6 Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963 Pendahuluan (3/2m) Dasar luar adalah merangkumi tindakan bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan negara dan keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar adalah melibatkan politik, sosial dan ekonomi serta budaya. Penentuan dasar luar negara adalah berdasarkan faktor dalaman negara, faktor luar dan juga kepimpinan negara. Dua bentuk hubungan luar Malaysia iaitu hubungan bilateral iaitu hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu dan hubungan multilateral iaitu hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.Malaysia pada prinsipnya ingin menjalinkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira latarbelakang dan ideologi negara tersebut. Isi - Faktor-faktor penentuan dasar luar Malaysia. (20m) a. Faktor Sejarah. Hubungan luar juga ditentukan oleh faktor sejarah yang berasaskan rumpun Melayu. Malaysia mengutamakan negara-negara yang serumpun seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. Malaysia juga mengutamakan hubungan dengan negara-negara bekas tanah jajahan British kerana mempunyai sejarah dan bentuk pentadbiran yang hampir sama. b. Faktor corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman bersikap pro Barat dan anti komunis kerana suasana dunia politik ketika itu yang sedang mengalami perang dingin. Blok Barat diketuai oleh Amerika dan Blok Timur diketuai oleh Rusia. Pada ketika itu Tanah Melayu sedang menghadapi darurat akibat pemberontakan komunis untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan. Tanah Melayu telah menjalin hubungan dengan lebih rapat dengan negara-negara Barat yang mengamalkan sistem pemerintahan dan ideologi yang bercorak demokrasi. Hubungan Malaysia hanya dibatasi kepada Negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman beliau sememangnya anti komunis dan tidak bersedia bertolak ansur dengan komunis dan enggan mengadakan hubungan persahabatan dengan Rusia atau China. Tunku memberi sokongan kuat kepada Amerika dalam membendung perkembangan komunis di Vietnam.

c.

Faktor Ekonomi. Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara lain didunia dalam usaha memajukan ekonomi negara. Malaysia merupakan negara pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan Bristish dan menjalin hubungan ekonomi dengan maju seperti British dan Amerika Syarikat.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Selepas merdeka, Malaysia mengharapkan pasaran dan modal dari Negara-negara tersebut. Ini kerana sebahagian besar agensi dan syarikat pelabur utama di Tanah Melayu masih dikuasai oleh pemodal dari Britain dan Amerika Syarikat. d. Faktor Politik. Malaysia mengamalkan system pemerintahan demoktasi berparlimen dan berhak menentukan hala tuju masa depan sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas dalam pendiriannya menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB dalam mengekalkan keamanan dunia. e. Faktor keselamatan. Dalam tempoh masa 1957-63 merupakan tahap penting dalam dasar luar negara kerana Tanah Melayu baru sahaja merdeka dan ancaman komunis menjadi masalah utama kepada Negara. Tanah Melayu sangat memerlukan bantuan dan kerjasama dari Britain , sama ada segi ekonomi, mahupun keselamatan negara. Atas dasar ini Tanah Melayu mengamalkan dasar pro-Barat. Tanah Melayu pada ketika sangat bergantung kepada Britain dari segi pertahanan negara. Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain yang dikenali sebagai Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). Melalui perjanjian AMDA, Britain memberi jaminan akan memberi bantuan tentera jika berlaku ancaman atau pencerobohan dari luar. Langkah kerajaan menandatangani perjanjian ini disebabkan dua faktor utama iaitu kedudukan pertahanan negara yang lemah dan pergolakan politik serantau. f. Faktor geografi. Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia. Pengairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal perdagangan antara bangsa dari seluruh dunia. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meningggalkan kesan terhadap keselamatan negara kita.

g. Faktor demografi. Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan Negara-negara Islam Dasar luar Malaysia juga mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Penekanan prinsip ini adalah sesuai kerana negara Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Seiring dengan prinsip ini , Malaysia telah menentang dasar perbezaan warna kulit iaitu dasar apartheid seperti yang pernah diamalkan di Afrika Selatan semasa berada di bawah penjajahan British. Ini kerana dasar ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Kesimpulan. (2/3m) Kesimpulannya jelaslah menunjukkan bahawa penggubalan dasar luar negara adalah ditentukan oleh beberapa faktor yang dapat meningkatkan ekonomi dan keselamatan negara. Atas faktor inilah kerajaan Malaysia mengambil kira pelbagai aspek dalam menentukan penggubalan dasar-dasar luar negara.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 7 Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India pada abad ke19. Pendahuluan (3/2m) Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan suatu peraturan yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Di Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Di India amalan adat dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.

Isi A Thailand (10m) Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagi kepada dua bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmi yang diamalkan oleh golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosial masyarakat. Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah membolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahan Rama III rakyat perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan. Rakyat merangkak masuk dan berada dalam keadaan meniarap ketika mengadap raja. F.A Neale telah menggambarkan adat ini bahawa rombongan mereka telah disuruh masuk ke balai penghadapan, dan merangkak masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarap sepanjang masa semasa menghadap raja. Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut, secara perlahan-lahan beberapa adat yang didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuai dan dihapuskan sama sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah meminta golongan Khunnang memakai baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jika mengikut adat Siam seseorang Khunnang tidak harus memakai baju. Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkan kerendahan fikiran masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnya memakai baju. Mereka yang tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe). Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka raja semasa bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akan dijatuhkan hukuman, iaitu mata akan dibutakan.

Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba juga dihapuskan oleh Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di Siam seseorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai harta atau milik seseorang lelaki (suami). Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Mereka percaya semangat yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailand kuasa semangat ini

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

dipanggil phi. Kuasa semangat ini dipercayai berada di setiap tempat dan memerlukan pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalan ahli-ahli nujum, bagi mengelakkan kejadian buruk yang menimpa masyarakat. Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalam institusi Sangha di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep dhammaraja dan dipengaruhi ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan, keamanan dan pendidikan kepada masyarakat Thailand. Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana dan Hinayana. Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akan meninggalkan kesan baik atau buruk. Ajarannya terkandung dalam Empat kebenaran Mulia, iaitu Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga.

B.

India (10m) Masyarakat India Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkan adat yang berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amat mementingkan peraturan adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksa mematuhi segala bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segala pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segala perbuatan ibu mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Berdasarkan adat ini, beberapa pantang larang harus dipatuhi agar ibu dan bayi dalam kandungan tidak didekati oleh roh jahat. Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan perbuatan mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna. Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan juga penting. Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakat di Asia Timur, terutamanya dalam masyarakat China. Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikan kesetiaan isteri kepada suami. Pada tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta 1829. Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayah Timur Laut India. Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan melakukan rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri dengan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829, William Bentinck telah berusaha menghapuskan golongan Thug. Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat pada masa itu. Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak. Adat ini juga dihapuskan oleh Lord William Bentinck. Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi amalan masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila mereka kematian suami. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, Lord Delhousie telah memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula dan golongan balu dibenarkan berkahwin semula. Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam seperti matahari, angin, pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebut dipercayai bernyawa dan membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia. Masyarakat India akan melakukan upacara pengorbanan dan penyembahan yang diiringi dengan pembacaan dan nyanyian Mazmur daripada veda. Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepada tiga dewa utama yang dikenali sebagai trimurthi iaitu Dewa Brahman (Dewa Pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah). Agama ini menekankan Hukum Karma dan kelahiran semula. Mereka berusaha untuk mencapai Nirvana atau Moksha supaya tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan (2/3m) Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan: 8 Terangkan perubahan pentadbiran di Filipina dari tahun 1821 1946 dan di India dari tahun 1858 - 1947

Pendahuluan (3/2m) Filipina mengalami beberapa perubahan pentadbiran dari tahun 1521 hingga 1946. Kuasakuasa asing seperti Sepanyol dan Amerika Syarikat telah menguasai pentadbiran Filipina dalam tempoh tersebut. Kehadiran Sepanyol sejak tahun 1521 telah banyak mengubah struktur pentadbiran masyarakat tempatan. Pentadbirannya diletakkan di bawah status tanah jajahan Mahkota bagi Raja Sepanyol. Manakala India pula sejak tahun 1858 Kerajaan British telah mengambil alih pentadbiran India daripada Syarikat India Timur Inggeris. Lord Canning telah dilantik oleh Ratu Victoria sebagai Wizurai pertama.

Isi A) i) Perubahan Pentadbiran di Filipina di bawah Sepanyol (1821 1946) (10m) Sistem pentadbiran Filipina (1821- 1863) Di bawah pentadbiran langsung Sepanyol, sebuah Majlis Indies telah ditubuhkan atas nama raja yang bertindak mengawal hal ehwal dalaman Filipina.Tugasnya termasuklah mengeluarkan arahan daripada raja dan mengadili kes-kes di Filipina. Pada tahun 1837 , majlis ini telah dibubarkan dan tugasnya telah diserahkan kepada Majlis Menteri. ii) Sistem pentadbiran Filipina (1863- 1898) Pada tahun 1863 tugas ini diambil alih oleh kementerian Kolonial di Madrid dan dibantu Majlis Filipina. Di Filipina terdapat jawatan Gabenor Jeneral sebagai ketua esekutif. Tugas pentingnya ialah untuk melaksanakan dikri raja dan undang-undang daripada Sepanyol serta dikri yang dikeluarkan oleh beliau sendiri. Gabenor juga bertugas mengawal dan menyelia pegawai kerajaan serta mengawasi kutipan cukai. Selain bidang eksekutif, gabenor General mempunyai kuasa yang besar dalam bidang legislatif dan kehakiman serta ketua tertinggi di dalam angkatan tentera Filipina. Walaupun jawatan tertinggi di Filipina ketika itu Gabenor Jeneral, tetapi beliau masih boleh awasi oleh empat badan penting iaitu, a) b) c) d) Mahkamah Tinggi Filipina ( Royal Audiencia) Mahkamah Khas (Residencia) Pegawai sivil (Archbishop) Visitador- pegawai yang akan ditugaskan untuk menyiasat keadaan di tanah jajahan

iii. Sistem pentadbiran Filipina di bawah Amerika Syarikat (1898 -1935) Sistem pentadbiran Filipina mengalami perubahan lagi selepas Amerika Syarikat , mengalahkan Sepanyol pada 1898. Pihak Amerika Syarikat telah menubuhkan pentadbiran

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

tentera di Filipina. Seorang Gabenor Tentera telah dilantik mengetuai kerajaan Filipina. Pemerintahan ini bertahan selama 3 tahun sehingga 1901. Selepas itu Filipina ditadbir di bawah kerajaan sivil yang berpusat di Manila. Gabenor Sivil mengetuai pemerintahan. Gabenor sivil yang pertama ialah William H. Taft.Beliau dibantu Naib Gabenor. Amerika kemudian menukar jawatan ini kepada Gabenor Jeneral. Pada tahun 1907 diwujudkan dewan perhimpunan. iv) Pentadbiran Komanwel Filipina (1935 1946) Pada tahun 1935, Filipina dijadikan sebuah negara Komanwel menururt undang-undang Tydings- McDuffie. Komanwel ini meletak Filipina dalam zaman peralihan 10 tahun sebelum diberi kemerdekaan penuh pada 4 Julai 1946. Dalam tempoh tersebut penduduk Filipina diberi hak menubuhkan kerajaan sendiri dan mengadakan pilihan raya. Quezon merupakan Presiden pertama negara Komanwel Filipina. Beliau mewujudkan jawatan pegawai baru, biro dan majlis seperti Majlis Pertahanan Kebangsaan, Majlis Ekonomi Kebangsaan, Majlis Pendidikan Negara, Institut Bahasa Kebangsaan dan Pejabat Pendidikan Dewasa. Selain Mahkamah Tinggi dua lagi mahkamah diwujudkan iaitu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Hubungan Industri.

B) i) .

Perubahan Pentadbiran di India ( 1858 1947) (10m) Akta Kerajaan India 1858

Pada 2 Ogos 1858 satu Akta untuk kerajaan yang lebih baik di India (Act for the Better Government of India) telah diluluskan. Mahkota British memegang teraju kerajaan di India. Syarikat Hindia Timur Inggeris yang selama ini mentadbir India telah di bubarkan. Jawatan Presiden Lembaga Pengawal kini ditukar kepada Setiausaha Negara dan dibantu oleh satu Majlis yang terdiri dari pegawai-pegawai syarikat yang telah bersara. Pasukan tentera SHTI telah dibubarkan dan diserapkan ke dalam tentera British dan tentera lautnya dimansuhkan. Pemerintahan British di India meletakkan Wizurai atau Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi. Manakala wilayah-wilayah diIndia dipecahkan kepada beberapa pentadbiran seperti bahagian dan daerah. Pentadbiran daerah dikendalikan oleh Pegawai daerah. Lord Canning telah dilantik sebagai Wizurai yang pertama pada 1 Nov 1858. Menjelang 1858, Akta Piagam 1953 telah diperbesarkan menjadi 12 orang ahli untuk tujuantujuan perundangan.Ahli-ahlinya terdiri daripada Gabenor General, Ketua Turus Agung, 4 Orang ahli biasa Majlis Kerja Tertinggi 2 orang Hakim dan 4 orang wakil kerajaan-kerajaan Bengal, Madras, Bombay dan Wilayah Barat Laut. ii). Akta Majlis-Majlis India 1861 Pada tahun 1861, kerajaan British telah meluluskan pula Akta Majlis-Majlis India.Mengikut Akta ini Majlis Gabenor general diperbesarkan dari 4 kepada 5 orang ahli. Tiap-tiap ahli dipertanggungjawabkan ke atas beberapa jabatan kerajaan.untuk tujuan perundangan

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Majlis ini diperkukuhkan oleh ahli-ahli tambahan yang berjumlah antara 6 atau 12 orang dan mewakili berbagai kepentingan. iii) Akta Majlis Majlis India 1909( Pemulihan Morley-Minto) Menjelang abad ke-20 golongan nasionalis India mula menuntut hak berkerajaan sendiri .Lord Morley Minto telah mewujudkan Akta Majlis India . Akta ini mengakui melalui prinsip pilihan raya bagi majlis perundangan Pusat dan Wilayah.Orang India diberi hak untuk dilantik ke Majlis Eksekutif Wilayah dan Pusat serta pejabat India di London. Dalam akta ini dua orang India, seorang muslim dan seorang Hindi dilantik ke Majlis India di London dan ke Majlis Wizurai sendiri. Orang-orang India juga dilantik di dalam Majlis-majlis Kerja di wilayah-wilayah. Majlis Perundangan negara telah diperluaskan Bilangan ahli ditambah dari 25 ke 60 dan 27 orang hendaklah dipilih. iv) Laporan Montagu-Chelmsford 1917 Selepas Perang Dunia tamat pada 1917, nasionalis India menuntut hak berkerajaan sendiri selaras dengan deklarasi British pada 1917 yang mengatakan India akan diberi taraf berkerajaan sendiri.Kesungguhan British dilihat apabila Setiausaha Negara E.S. Montagu melawat India dan bekerjasama dengan Wizurai India Lord Chelmsford . Pada tahun 1818 beliau mengemukakan laporan Montagu-Chelmsford. Laporan ini menjadi asas kepada Akta Kerajaan India Disember 1919 dan dikuatkuasakan pada 1921. Menurut akta ini sistem pemerintahan dualapis (diarcy) diperkenalkan kepada kerajaankerajaan wilayah. Badan pemerintah terbahagi kepada 2 bahagian dengan Gabenor sebagai pengerusi. Satu bahagian mempunyai dua atau empat orang ahli Majlis dilantik oleh Mahkota British. Separuh bilangannya mesti daripada kalangan orang India. Mereka bertanggungjawab kepada Setiausaha Negara. Gabenor menguasai perkara-perkara tersimpan seperti Jabatan Undang-undang dan Ketenteraman, kewangan dan hasil. Satu bahagian lagi terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh Gabenor dari kalangan orang-orang India yang dipilih ke dalam Majlis Perundangan Manakala menteri menguasai Perkara-perkara yang dipindahkan seperti kesihatan awam, pelajaran, kerjaraya, kebajikan sosial dan pertanian. v) Akta Kerajaan India 1935 Pada tahun 1935 Akta Kerajaan India telah diluluskan yang mengandungi prinsip-prinsip berikut; a) Satu persekutuan seluruh India mengandungi wilayah-wilayah di bawah Gebenor-gebenor, wilayah-wilayah di bawah Ketua-ketua Pesuruhjaya dan negeri-negeri India yang Bersekutu. b) Otonomi di wilayah-wilayah , kerajaan-kerajaan wilayah hendaklah bertanggungjawab kepada satu badan perundangan di tiap-tiap wilayah Gabenor.

c) Pemindahan tanggungjawab di kedua-dua kerajaan Pusat dan wilayah dengan beberapa perlindungan tertentu.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Walaupun akta ini memberi autonomi kepada wilayah-wilayah dalam banyak bidang pentadbiran ia tidak memuaskan hati parti-parti politik India. Parti Kongres menolak dengan alasan akta ini tidak memberi sistem berkerajaan sendiri yang sepenuhnya. vi) Akta Kemerdekaan India 1947 Selepas Perang Dunia ke-2 , 1946 pilihan raya diadakan di India yang menyaksikan Parti Kongres memenangi 57 kerusi dan 30 kerusi dimenangi oleh Liga Muslim daripada 102 kerusi yang diperuntukkan. Pada Ogos 1946 Muhammad Ali Jinnah pemimpin Liga Muslim melancarkan kempen membentuk negara baru untuk umat Islam. Kempen ini mencetuskan rusuhan kaum di seluruh negara. Rundingan di London membawa dua cadangan oleh Lord Wavell iaitu British kekal di India dalam tempoh 10 tahun atau merdekakan India secepat mungkin. Lord Mountbatten telah diyakinkan oleh Jinnah betapa perlunya mewujudkan sebuah negara yang berasingan untuk umat Islam. Mahatma Ghandi akur dengan kehendak itu walaupun tidak bersetuju dengan pemisahan tersebut. Mengikut Akta Kemerdekaan India 1947 yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 15 Ogos 1947 pemisahan Pakistan dan India berkuatkuasa dan British juga berundur daripada India. Pandit Jawaharlal Nehru dilantik menjadi Perdana Menteri India, manakala Muhammad Ali Jinnah memimpin Pakistan.

Kesimpulan (2/3m) Perubahan-perubahan pentadbiran yang dialami oleh Filipina dalam tempoh 500 tahun telah memberi banyak pengalaman kepada penduduk tempatan mentadbir negara sendiri. Filipina berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Julai 1946. India juga mengalami pelbagai rintangan terutama sekali halangan kaum yang menimbulkan pelbagai rusuhan kaum. Kemuncak rusuhan itu mengakibatkan terpisahnya India dengan Pakistan walaupun kemerdekaan dapat dicapai pada 15 Ogos 1947.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 9 Huraikan tindakbalas masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa Barat di Filipina dan di Vietnam pada abad ke-19.

Pendahuluan (3/2m) Kedatangan kuasa Barat di Filipina dan Vietnam dalam menimbulkan reaksi daripada penduduk tempatan. Di Filipina terdapat pelbagai penentangan penduduk tempatan kerana pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menindas penduduk tempatan. Mereka telah di tindas dalam aspek seperti ekonomi, politik dan sosial. Di Vietnam pula kedatangan Barat telah menimbulkan rasa curiga dan takut berlaku campur tangan dalam negara mereka. Oleh itu pemerintah Vietnam telah mengambil pelbagai langkah seperti mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat pengaruh dan campur tangan Barat di negara mereka.

Isi A. Filipina (10m)

1. Pemberontakan Casi ( 1807 ) Pemberontakan Casi berlaku kerana kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri membuat arak ( casi ) . Pemberontak ini telah berlaku di Ilocos. Industri membuat arak ( casi ) adalah merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan. Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan dan penggembelengan casi malahan telah memonopoli industri membuat arak di Filipina. Rakyat tempatan dipaksa membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Ini menimbulkan perasaan tidak hati penduduk tempatan dan mereka telah melancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini akhirnya dapat ditewaskan. 2. Pemberontakan Novales ( 1823 ) Tentera Filipina menentang amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Dalam pemberontakan ini, tentera Filipina hampir menawan Manila. 3. Pemberontakan Tayabas ( 1840 ) Pemberontakan ini dilancarkan oleh golongan paderi yang diketuai oleh seorang paderi yang bernama Apolinario de La Cruz.

Pemberontak ini berlaku kerana paderi Sepanyol diberi pelbagai keistimewaan manakala paderi tempatan dilayan dengan buruk. Pemberontak Tayabas dapat ditewaskan kerana tiada pemimpin yang berkaliber.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

4. Pemberontakan Cavite ( 1872 ) Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera dan paderi. Seramai 200 orang tentera terlibat dalam pemberontakan ini. Ia diketuai oleh Sarjan Lamadrid. Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding dengan tentera Sepanyol. Dalam pemberontakan ini Sepanyol berjaya membunuh pemimpin tentera dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada tiga orang paderi Filipina iaitu Mariano Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamaro. Pembunuhan paderi-paderi ini telah membangkitkan lagi perasaan anti-Sepanyol di kalangan rakyat. 5. Gerakan Propaganda ( 1882 1896 ) Gerakan ini disertai oleh golongan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutamanya di luar Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882. Gerakan ini muncul kerana tindakan pemerintah Sepanyol yang semakin melampau sehingga ramai peminpin Filipina dihalau keluar dari Filipina. Gerakan ini juga turut disertai oleh golongan profesional antaranya ialah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar. Mereka mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol dan memperjuangkan perubahan di Filipina melalui media massa serta perjuangan untuk persamaan taraf antara pegawai kerajaan Filipina dengan pegawai Sepanyol. Idea Gerakan propaganda disebarkan melalui akhbar La Solidaridad. Pada tahun 1887 1892 berlaku penganiayaan oleh pegawai dan paderi Sepanyol. Akibatnya pendapat mereka merosot dan ada di antara mereka diusir. Gerakan Propaganda telah melancarkan protes terhadap kezaliman Sepanyol. Pada tahun 1892, Jose Rizal kembali ke Filipina dan menubuhkan Liga Filipina. Liga Filipina menitikberatkan kemajuan ekonomi bertujuan memberi perlindungan kepada orang Filipina yang dianiaya dan juga berjuang mewujudkan keadilan. Penentangan Liga Filipina ini menyebabkan kerajaan Sepanyol membubarkan Liga Filipina dan Jose Rizal dibuang negeri pada tahun 1892.

6. Revolusi 1896 oleh Katipunan. Revolusi bersenjata dilakukan oleh Katipunan bagi menggulingkan kerajaan Sepanyol melalui pemberontakan bersenjata dan menyatukan orang-rang Filipina menjadi satu bangsa yang kukuh

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Liga Filipina ditubuhkan akibat penangkapan Jose Rizal. Liga Filipina ditubuhkan Andres Bonifacio dengan bantuan Teodoro Plata dan Ladislao Diwa. Misalnya. i. Adnres Bonifacio Love of Fatherland, Farewell, Duties of the People. ii. Jacinto To My Fatherland, Ligh and Darkness iii. Dr. Valenzuala Liberty, Is it fair Kemelesetan ekonomi di Filipina pada tahun 1893 tidak memberi peluang kepada Katipunan untuk menguatkan kedudukannya disebabkan Katipunan gagal mendapat bantuan dari ilustrado yang tidak setuju dengan dasar perjuangan Katipunan yang bersifat revolusiner. Adres Bonafacio bukan daripada golongan terpelajar. Andres Bonifacio dan Jacinto cuba meminta bantuan moral dan membeli senjata dari Jepun tetapi tidak berjaya kerana kekurangan wang. Pemberontakan Katipunan 1896. Rizal dijatuhkan hukuman bunuh. Katipunan yang bersedia untuk melancarkan pemberontakan mengalami kegagalan kerana diketahuai oleh Sepanyol. Ramai ahli Katipunan dipenjarakan. Andres Bonifacio dan ahli-ahlinya berundur ke bukit-bukit Balintawda dekat Manila. Beliau mengisytiharkan revolusi terhadap Sepanyol. Pemberontakan ini gagal dan beliau telah digulingkan oleh Emilio Aquinaldo. Perjanjian Biacnabato ditandatangani antara Katipunan dengan Sepanyol pada Disember 1897. Katipunan bersetuju meletakkan senjata. Sepanyol bersetuju membayar ganti rugi. Sebagai balas Emilio Aguinaldo mesti meningggalkan Filipina dan pergi ke Hong Kong. Amerika menyerang Teluk Manila pada tahun 1898. Emilio Aguinaldo dibawa balik untuk membantu Amerika Syarikat. Pada tahun 1898, Republik Filipina diisytiharkan. Amerika memerintah Filipina sebagai tanah jajahanya. Katipunan telah dibubarkan.

B. Vietnam. (10m) Masyarakat Vietnam tidak menerima kehadiran kuasa Barat di negara mereka. Maharajamaharaja Vietnam telah mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat kehadiran Barat. 1. Maharaja Gia Long. Maharaja Gia Long telah berjaya menaiki takhta dan ditabalkan sebagai Maharaja Vietnam. Baginda menaiki takhta dengan bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Perancis Pigneau de Behaine. Pada peringkat awal pemerintahannya baginda telah memberi layanan baik kepada sukarelawan Perancis kerana sebagai membalas jasa dengan bantuan yang diberikan oleh Pigneau de Behaine dan sukarelawan-sukarelawan Perancis. Setelah kematian Pigneau ,Maharaja Gia Long tidak lagi suka dengan penglibatan orangorang Perancis dan Barat dalam negaranya . Baginda enggan memberi keistimewaan kepada kuasa Barat. Baginda juga telah mengamalkan dasar pintu tertutup. Maharaja Gia Long berpendapat bahawa dasar pintu tertutup dapat menjamin keselamatan dan kedaulatan Vietnam daripada dicerobohi oleh kuasa Barat. Tambahan pula, Maharaja Gia Long sentiasa mencurigai tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

2. Maharaja Minh-mang. Seorang yang pengikut ajaran Confucius . Baginda juga mengamalkan dasar pintu tertutup. Beliau sangat benci dengan Barat, bimbang campur tangan Barat terhadap hal-ehwal dalam negeri Pada tahun 1822, baginda menolak permintaan utusan British iaitu John Crawford mengadakan hubungan dengan Vietnam. Baginda berpendapat jika diberi keistemewaan yang sama, maka kuasa-kuasa lain akan turut menuntut keistimewaan yang sama. Keadaan akan mencabar kedaulatan dan keselamatan Vietnam. Dasar Ming-mang terhadap kuasa Barat didapati lebih keras daripada Gia Long. Maharaja Ming-mang bertindak lebih keras terhadap mubaligh Perancis. Baginda telah bertindak keras terhadap mubaligh kristian dengan membunuh beberapa orang mubaligh kristian. Baginda juga telah menutup semua pelabuhan Vietnam kepada kapal-kapal asing. Perdagangan hanya terhad dijalankan dengan negara China. Pada tahun 1825, Maharaja Minh-mang mengeluarkan satu undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian. Maharaja Ming-mang telah menganiaya penganut Kristian dan telah membinasakan gereja mereka. Dua orang mubaligh Kristian Perancis telah dihalau keluar Vietnam iaitu Chaigneau dan Vanier. Perang Candu 1 yang menyebabkan China kalah kepada British telah menyedarkan Maharaja Minh-mang Vietnam akan menerima nasib yang sama jika masih enggan menjalinkan hubungan dengan Barat. Pada tahun 1840, Maharaja Ming-mang telah menghantar satu utusan diplomatik yang terdiri daripada dua Mandarin dan dua orang juru bahasa ke Perancis. Walau bagai manapun , utusan ini gagal kerana Raja Perancis, Louis Philippe enggan menerima selepas Societe des Missioan Estrangeres membuat aduan tentang layanan burut Vietnam terhadap orang-orang Kristian. 3. Maharaja Thieu Tri ( 1841- 1847 ) Terus mengamalkan dasar tutup pintu. Meneruskan dasar pemencilan dan anti agama Kristian. Hubungan Vietnam dengan Perancis semakin renggang. Maharaja Thieu Tri terus mengamalkan dasar anti-Barat dan menganiaya penganut agama Kristian dengan lebih agresif. 4. Maharaja Tu Duc ( 1848 1883 ) Maharaja Tu Duc meneruskan dasar pintu tertutup Vietnam tanpa menyedari kesannya ke atas China. Antara tahun 1851- 1852 dua orang paderi Perancis iaitu Father Augustin Schoeffker dan Father Jean Louis Bonnard dihukum bunuh. Pada tahun1856, seorang mubaligh Katolik Perancis diseksa dan dibunuh. Pada tahun 1857 pula, Maharaja Tu Duc membenarkan hukuman bunuh ke atas mubaligh di Vietnam serta penyokong politik di Perancis. Pada tahun 1852, pemerintah Perancis iaitu Napoleon 111 ingin memulihkan kegemilangan Perancis. Napoleon telah terhadap Vietnam

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

tetapi dasar ini tidak disedari oleh Tu Duc. Tu Duc meneruskan dasar penganiagaan yang agresif terhadap mubaligh-mubaligh Kristian. Kesilapan Maharaja Tu Duc membunuh Bishop Sepanyol, iaitu Mgr.Diaz atas satu tuduhan mengambil bahagian dalam satu pemberontakan menentangnya telah melibatkan Sepanyol dalam pertikaian Vietnam Perancis. Perancis telah menghantar wakil mereka, de Montiguy untuk membuat beberapa tuntutan seperti menjamin kebebasan beragama di Vietnam, menubuhkan sebuah syarikat perdagangan Perancis di Hue dan melantik seorang Konsul Perancis. Namun semua tuntutan ini ditolak. Angkatan Peranci-Sepanyol di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouily telah menyerang dan menduduki Tourane pada tahun 1858. Sedikit demi sedikit wilayah-wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis. Kesimpulan. (2/3m) Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa kedatangan Barat ke Filipina dan Vietnam telah mendapat tentangan daripada pendududukan tempatan. Di Filipina telah terdapat beberapa penentangan terhadap pentadbiran dan dasar-dasar yang dijalankan oleh Sepanyol. Penentangan masyarakat Vietnam dilakukan oleh Maharaja-maharaja Vietnam yang anti-Barat dan anti agama Kristian. Maharaja Vietnam telah melakukan dasar pintu tertutup. Akibat dasar anti Barat dan agama Kristian wilayah Vietnam sedikit demi sedikit telah ditakluki oleh Perancis

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 10 Huraikan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan di Myanmar sehingga awal abad ke-20. Pendahuluan (3/2m) Peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia telah dapat dikesan sejak awal abad ke-20 lagi dengan muncul pertubuhan yang berteraskan agama (Islam) seperti Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Perkembangan nasionalisme Indonesia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu sosioekonomi ( 1912-1921), gerakan politik revolusioner (1921-1927) dan sekular sosiobudaya 1927-1942). Di Myanmar pula, golongan agama yang berteraskan ajaran Buddha memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar terutamanya pada peringkat awal. Gerakan ini diterajui oleh Persatuan Belia Buddha ( YMBA) dan golongan Pongyi.

Isi: A. Indonesia (10m) Pada peringkat awal gerakan nasionalisme Indonesia, golongan agama khususnya ulama Islam sememangnya memainkan peranan penting. Sarekat Dagang Islam yang diasaskan oleh Haji Samanhudi memperjuangkan nasib para pedagang batik Jawa daripada persaingan dan penindasan saudagar Cina dalam perusahaan batik. Islam dijadikan alat penyatuan rakyat Indonesia dan melaluinya pertubuhan ini dapat memberi dan menyedarkan penduduk Indonesia tentang penindasan kapitalis Cina di Indonesia. Pada tahun 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar kepada Sarekat Islam dan dipimpin oleh Omar Said Tjokroaminato. Pertubuhan ini mengekalkan Islam sebagai alat penyatuan umat Islam Indonesia. Dengan berteraskan Islam, pertubuhan ini telah mendapat sokongan penduduk Indonesia untuk memperjuangkan nasib mereka daripada penindasan penjajah. Penyertaan rakyat Indoneia daripada pelbagai lapisan menjadikan Sarekat Islam sebagai organisasi politik massa yang pertama di Indonesia. Perjuangan Sarekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan gerakan ini digeruni oleh penjajah Belanda. Sarekat Islam juga berjuang untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Indonesia. Sarekat Islam turut mengkritik Kerajaan Belanda di Indonesia kerana gagal memperbaiki ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut berperanan memperjuangkan pembaharuan dalam bidang pendidikan dengan menuntut penghapusan diskrimanasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah malah menuntut pendidikan wajib kepada anak-anak yang berumur di bawah 15 tahun. Sarekat Islam telah menuntut hak berkerajaan sendiri dan ramai golongan nasionalis telah bergabung dengan Sarekat Islam kerana perjuangannya yang bercorak politik. Pertubuhan ini juga menuntut penubuhan majlis-majlis daerah dan perluasan kuasa Volksraad dan mulai 1917, Sarekat Islam mula memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia termasuk akan menggunakan kekerasan jika perlu.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Selain daripada Sarekat Islam, Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan juga menggunakan agama Islam sebagai landasan dalam perjuangannya. Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam gerakan awal nasionalisme Indonesia dengan mempertahankan kesucian Islam dan menghadapi ancaman penyebaran agama Kristian dan budaya sekularisme di kalangan penduduk peribumi Indonesia. Pertubuhan ini juga berperanan memberikan penekanan kepada usaha meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kemajuan dan pendidikan sebagai cara melepaskan penduduk daripada belenggu penjajahan Belanda. Pertubuhan ini terlibat menubuhkan sekolah, klinik, masjid dan perpustakaan. Namun begitu perkembangannya agak lembab akibat tentangan golongan ortodoks Islam. Walau bagaimanapun kepopularan pertubuhan ini mula meningkat apabila pada 1930 bilangan ahlinya hanya 24,000 orang dan telah meningkat kepada 250,000 orang pada tahun 1938. Pertubuhan ini juga mula mengambilalih peranan gerakan reformis Islam daripada Sarekat Islam yang mula merosot pada tahun-tahun 1920an. Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Kiai Hasyim Asjari. Pertubuhan ini berperanan membela dan mempertahankan keutuhan agama Islam daripada ancaman penyebaran Kristian. Pertubuhan ini mengendalikan sekolah-sekolah agama Islam yang bersifat ortodoks, menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu memajukan ekonomi ahlinya. Walau bagaimanapun, berbanding dengan Muhammadiyah, Nahdatul Ulama merupakan pertubuhan yang lebih ortodoks dan bersikap prejudis terhadap kemajuan dan pendidikan Barat. B. Myanmar (10m) Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal lebih bersifat keagamaan. Pertubuhan agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada 1897 dan dikuti oleh Persatuan Agama Maktab Rangoon pada 1904. Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA )pada 1906 yang diasaskan oleh U May Oung. Persatuan Belia Buddha merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan tujuan menyatukan nilai-nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan barat. YMBA memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme pada tahun-tahun 19161920. Persatuan ini terlibat dalam kegiatan politik disebabkan oleh kesengsaraan ekonomi akibat Perang Dunia Kedua dan perkembangan pengaruh gerakan kebangsaan di India. Peranan YMBA dalam gerakan nasionalisme awal di Myanmar dapat dilihat dalam konflik isu kasut (1916-1918), menuntut sistem pemerintahan dua lapis (dyarchy) dilaksanakan dan bantahan terhadap akta universiti. Akibat daripada tekanan tersebut, British terpaksa menggubal undang-undang yang melarang pemakaian kasut dalam pagoda, membuat pindaan terhadap akta universiti dan sistem pentadbiran dua lapis turut dilaksanakan di Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan YMBA semakin popular di kalangan rakyat Myanmar. Kejayaan YMBA turut dipengaruhi oleh kepimpinan nasionalis radikal seperti U Thei Maung yang bertindakan melakukan pemulauan terhadap kerajaan British. Golongan Pongyi atau sami-sami Buddha telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan Myanmar sekitar 1916-1935. Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

menyokong YMBA dalam isu kasut dan mogok pelajar. Walau bagaimanapun, Pongyi ternyata memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme Myanmar terutamanya di kalangan kaum petani . Dalam gerakan nasionalisme mereka, Pongyi turut menerbitkan akhbar Wunthanu untuk menyebarkan idea-idea nasionalisme mereka kepada penduduk. Perjuangan Pongyi kemudiannya berubah menjadi radikal dan agresif dengan kemunculan U Ottama dan U Wisara. Mereka menuntut pemerintahan sendiri dan menyeru penduduk menentang polis, mahkamah dan pengutip cukai. Agama Buddha dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat. Pada 1922, Pongyi menubuhkan parti politik Sangha Samatggi yang dipimpin oleh U Ottama dan menyeru rakyat memulaukan pembaharuan British.. Antara tindakan Pongyi termasuk menghasut petani melancarkan kempen anticukai terhadap British dan menyebabkan petani menyertai perjuangan menentang British. U Wisara menganjurkan kempen anticukai di Tharawady pada 1926 dan akibatnya beliau telah ditangkap dan dipenjarakan dan tindakan ini telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Peranan Pongyi semakin memuncak apabila terbentuknya pakatan antara Sangha Samatggi dengan Genral Council of Burma Association (GCBA). Perikatan ini menentang British dan menuntut kemerdekaan. Keputusan Suruhanjaya Simon mencadangkan pemisahan pentadbiran antara India dan Myanmar menyebabkan golongan nasionalis Myanmar tidak sepakat dalam isu ini dan Pongyi menyokong kumpulan anti pemisahan dengan menubuhkan Liga Anti pemisahan yang dipimpin oleh Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint. Pongyi menentang pemisahan kerana bimbang akan melambatkan proses kemerdekaan Myanmar. Peranan Pongyi jelas dalam Pemberontakan Saya San atau Pemberontakan Tharawady (1930-1931). Pemberontakan yang dipimpin oleh Saya San bertujuan mengguling pentadbiran Bitish di Myanmar dan memulihkan keagungan agama Buddha serta berusaha mendapatkan semula tanah-tanah daripada ceti-ceti India. Walaupun pemberontakan ini gagal setelah Saya San ditangkap dan dihukum mati pada 1931, namun begitu ia telah menyemarakkan lagi kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Myanmar.

Kesimpulan 2/3m) Berdasarkan huraian di atas, dapatlah dirumuskan kepentingan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar. Di Indonesia agama Islam menjadi alat penyatuan dalam gerakan yang diterajui oleh Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Di Myanmar pula dalam gerakan yang diterajui oleh YMBA dan Pongyi, agama Buddha ternyata berperanan besar dalam gerakan nasionalise negara tersebut.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Soalan 11 Bincangkan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Myanmar dan di Indonesia.

Pendahuluan (3/2m) Jepun berjaya menduduki Myanmar dan Indonesia semasa Perang Dunia Kedua (19411945). Pendudukan Jepun di Myanmar bermula selepas mengalahkan British pada Mei 1942 dengan bantuan golongan Thakin dalam Tentera Kemerdekaan Burma. Manakala Indonesia jatuh ke tangan Jepun selepas Kuasa Paksi itu berjaya mengusir penjajah Belanda. Pendudukan Jepun di kedua-dua negara semasa Perang Dunia Kedua memang dialu-alukan oleh para nasionalis tempatan seperti Aung San di Myanmar; dan Sukarno dan Hatta di Indonesia. Pendudukan Jepun selama kira-kira tiga tahun sangat mempengaruhi gerakan kebangsaan Myanmar dan Indonesia. Golongan nasionalis di kedua-dua negara berazam mencapai kemerdekaan kerana tertarik dengan slogan dan janji Jepun. Bagaimanapun pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, rakyat di kedua-dua negara telah bangun menentang Jepun.

Isi A. Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Myanmar (10m) Pendudukan Jepun di Myanmar semasa Perang Dunia Kedua merupakan satu tempoh penting yang mempengaruhi gerakan kebangsaan di negara itu. Kejayaan Jepun mengalahkan British telah menghapuskan tanggapan bahawa British adalah satu kuasa agung yang tidak boleh ditewaskan. Rakyat Myanmar sedar bahawa British tidak dapat melindungi mereka apabila kalah di tangan kuasa paksi Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Justeru mereka perlu berdikari menentukan masa depan negara sendiri. Ini membangkitkan keazaman golongan Thakin memperjuangkan kemerdekaan supaya membolehkan mereka mentadbir negara sendiri. Semasa memerintah Myanmar, Jepun telah melantik tokoh-tokoh nasionalis tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran awam. Jepun telah memberi jaminan akan membentuk sistem pemerintahan berkerajaan sendiri dan memberi kemerdekaan kepada Myanmar menjelang tahun 1943. Jepun telah memberi latihan dan kelengkapan senjata kepada golongan Thakin pimpinan Aung San. Penubuhan Tentera Kebangsaan Myanmar pada akhir tahun 1943 telah mengubah gerakan kebangsaan kepada corak ketenteraan. Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Myanmar pada 1 Ogos 1943. Sebuah Kabinet dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri, Thakin Mya sebagai Timbalan Menteri dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Langkah Jepun tersebut bertujuan menarik sokongan rakyat Myanmar kepada Jepun dalam menentang pihak British. Bagaimanapun penderitaan hidup rakyat dan kekejaman pemerintahan tentera Jepun menyebabkan Myanmar menyedari negaranya diperalatkan untuk kepentingan Jepun. Golongan nasionalis secara beransur-ansur mula hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kuasa Jepun. Keadaan ekonomi yang teruk sepanjang pemerintahan Jepun mendorong gerakan antiJepun. Ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Thakin Aung San telah menubuhkan Tentera Kebangsaan Myanmar Anti-Jepun yang kemudian nya berkembang lalu membentuk Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) untuk menentang Jepun bagi menubuhkan kerajaan sendiri. Tentera Thakin berjaya memusnahkan kawasan-kawasan strategik Jepun. Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun. Akhirnya pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah, Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan Karen, Shan, Kachin, dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyar Anti-Fasis (LPRAF) daripada pengaruh komunis dalam usaha meyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar.

B.

Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Indonesia. (10m) Kekalahan Belanda di tangan Jepun semasa meletusnya Perang Dunia Kedua juga telah membangkitkan kesedaran rakyat Indonesia bahawa Belanda bukanlah suatu kuasa agung yang tidak boleh ditewaskan. Belanda terbukti gagal menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi kemaraan tentera Jepun; sebaliknya telah menyerah kalah kepada Jepun dengan mudah. Kekalahan ini telah menjejaskan imej dan menjatuhkan maruah Belanda sekaligus menyemarakkan sentiment anti-Belanda dalam kalangan rakyat Indonesia. Sebaik sahaja menduduki Indonesia, Jepun bertindak membebaskan golongan nasionalis Indonesia yang dipenjarakan oleh Belanda seperti Soekarno, Sutan Sjahrir dan Hatta. Tujuan Jepun bertindak sedemikian adalah untuk meraih simpati dan sokongan daripada rakyat Indonesia. Jepun juga secara halus ingin memperalatkan golongan nasionalis untuk membantu menggerakkan rakyat, memajukan ekonomi dan menyebarkan propaganda proJepun. Justeru golongan nasionalis sekular telah diberikan kebebasan berpolitik. Pada Mac 1943, golongan nasionalis telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan bantuan Jepun. Selaku Presiden, Soekarno telah menggunakan PUTERA untuk menyebarkan ideaidea nasionalisme, anti-penjajahan dan anti-imperialisme Barat. Pergerakan PUTERA berjaya meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Indonesia. Ini telah menyemarakkan semangat mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan. Pada September 1943, Pembela Tanah Air (PETA) telah ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Indonesia menghadapi serangan Belanda. Anggota PETA diberi latihan ketenteraan untuk mempertahankan Indonesia daripada sebarang serangan tentera Kuasa Berikat.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Dalam tempoh satu setengah tahun sahaja angota PETA meningkat kepada 12000 ahli dan menjadi tulang belakang tentera nasionalis Indonesia bagi menentang kemasukan semula Belanda ke Indonesia selepas Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945. Pada masa yang sama, golongan nasionalis Indonesia pimpinan Soekarno telah memperalatkan PETA untuk menentang Jepun. Selain itu, Jepun juga menggalakkan pertubuhan dan gerakan Islam untuk menentang penjajah Belanda. Mereka cuba menyebarkan idea kebudayaan Jepun serta melaungkan slogan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Beberapa keistimewaan turut diberikan kepada orang Islam. Antaranya ialah membenarkan penubuhan Majlis Syuro ,Muslimin Indonesia (MASJUMI) pada tahun 1943, penubuhan Universiti Islam, penerbitan al-Quran, pemberian jawatan penting kepada orang Islam, serta layanan yang baik kepada orang Islam. Penubuhan MASJUMI telah membantu mengembangkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Indonesia. Tindakan Jepun juga telah mempereratkan tali persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia. Golongan pelajar pula digalakkan untuk menyertai organisasi tajaan Jepun seperti Seinendan, Gakukotai, Barisan Pelopor, dan Angkatan Muda dan Asrama. Sekolah Asrama Indonesia Merdeka yang ditubuhkan di Jakarta telah dijadikan wadah oleh golongan nasionalis terutamanya Hatta dan Sutan Sjahrir untuk membakar semangat nasionalisme dalam kalangan belia bangkit memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Bagi menghapuskan pengaruh Belanda, Jepun telah melarang penggunaan bahasa Belanda; sebaliknya menggalakkan rakyat Indonesia menggunakan bahasa Indonesia secara meluas dalam kehidupan seharian. Penggunaan satu bahasa secara tidak langsung telah mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat melangkaui batasan etnik dan petempatan yang terpisah-pisah. Selain itu, golongan terpelajar telah diberi peluang menjawat jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan teknikal. Pengalaman sebegini telah mencetuskan keyakinan rakyat untuk memerintah negara sendiri. Pada September 1944, kerajaan Jepun di Tokyo di bawah pimpinan Jeneral Koiso Kuniaki telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Oleh itu langkah-langkah ke arah kemerdekaan dilakukan dengan menubuhkan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan pada Mac 1945. Soekarno dan Hatta telah berangkat ke Saigon, Vietnam Selatan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan dengan Panglima Tertinggi Jepun bagi kawasan selatan. Dalam pada itu, Jepun terpaksa menyerah kalah pada Kuasa Berikat pada 14 Ogos 1945. Lantas pada 17 Ogos 1945, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.

Kesimpulan (2/3m) Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme anti-imperialisme Barat dan anti-Jepun dalam masyarakat tempatan di Myanmar dan Indonesia. Pengalaman yang mereka perolehi sepanjang tempoh pemerintahan Jepun serta isu perjuangan kemerdekaan yang dimainkan

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

oleh Jepun telah memberanikan rakyat Myanmar dan Indonesia bangun menentang penjajahan secara terbuka. Golongan nasionalis dan radikal dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat akhirnya telah bangkit menuntut kemerdekaan negara masing-masing.

Soalan 12 Jelaskan pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan di Filipina selepas Perang Dunia kedua. Pendahuluan (3/2m) Selepas tamat Perang Dunia ke 2, negara Myanmar dan Filipina telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh kedua-dua negara ini seperti kemiskinan, pembangunan dan kekurangan wang bagi melaksanakan projek-projek pembangunan. Antara keperluan asas yang mendesak bagi kedua-dua negara ini ialah sistem perhubungan, tali air dan sebagainya. Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah menubuhkan berapa suruhanjaya bagi membantu negara-negara yang baru mendapat kemerdekaan dari kewangan dan kepakaran. Isi.

A. Myanmar. (10m) Selepas tamat Perang Dunia kedua Myanmar mempunyai potensi baik untuk terus membangun dan berkembang ekonominya. Potensi Myanmar untuk terus berkembang dari segi sosial ekonomi adalah kerana sistem pendidikan Myanmar agak tinggi dan kadar penduduk yang celik huruf juga tinggi. Di samping itu juga, ramai penduduk yang mendapat pendidikan Barat dan kemudahan prasarana yang paling asas. Ramai penduduk Myanmar telah menjadi pagawai perkhidmatan awam semasa zaman pemerintahan British. Sistem perundangan Barat di Myanmar telah dapat berjalan dengan baik. Ekonomi Myanmar pulih akibat pembangunan pesat dan perkembangan teknologi moden dalam sektor perlombongan petroleum. Pada tahun 1953 kerajaaan Myanmar telah menggubal akta memiliknegarakan tanah. Tujuan utama akta ini digubal ialah untuk membolehkan tanah dimiliki secara kekal oleh petani. Akta ini juga bertujuan untuk menamatkan bayaran sewa tanah oleh petani. Dengan ini kerajaaan dapat meningkatkan kawalan terhadap tanah pertanian. Semasa pemerintahan rejim junta Jeneral Ne Win, Myanmar lebih mengutamakan hubungan perdagangan dengan negara-negara komunis. Hubungan dengan negara lain bukan komunis terputus. Kebanyakan kegiatan ekonomi Myanmar dimonopolikan oleh kerajaan. Tujuan utama dasar ekonomi sosialis adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang dapat menjamin kebajikan penduduk dari segi sosial dan ekonomi. Ia bertujuan untuk mengurangkan perbezaan golongan miskin dan kaya. Walau bagaimanapun kebanyakan industri yang dimiliknegarakan tidak mendapat beroperasi dengan cekap kerana berlaku pemberontakan yang menggugat keberkesanan pentadbiran negara Myanmar. Di samping itu juga, Myanmar tidak mempunyai tenaga kepakaran dalam dalam pelbagai bidang yang telah membantutkan lagi perkembangan sosioekonominya.

http://exammy.com/ http://edu.joshuatly.com/

Perlaksanaan sosialisme cara Myanmar selepas tahun 1962 campuran Maxisme yang telah diubahsuai dengan keadaan setempat, agama Buddha dan kebencian tentera terhadap kapitalisme. Dasar ekonomi merupakan percubaan ke arah revolusi sosial dan ekonomi bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjamin kebajikan ekonomi dan sosial, di samping mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan mi