modul gerak gempur pemahaman

27
PETIKAN RENCANA Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya. Orang Mesir Purba merupakan pakar bedah yang sangat cekap. Pelbagai teknik dan kaedah telah digunakan. Orang Mesir Purba memang mahir tentang ilmu anatomi manusia. Buktinya boleh dilihat menerusi amalan pengawetan mayat yang dilakukan oleh mereka. Orang Mesir Purba juga percaya bahawa roh orang mati, atau Ka akan mati jika mayat (jasad) dibiarkan reput. Jadi untuk memastikan roh ini tidak ‘mati’ penyediaan ‘rumah’ bagi roh ini, harus dilakukan secermat yang mungkin. Proses dimulakan dengan pembersihan mayat. Selepas itu, otak dan organ dalaman seperti jantung, hati, dan paru-paru dikeluarkan dan dibasuh dengan wain (sejenis arak). Organ- organ itu kemudiannya diawet dengan herba pengawet. Balang- balang yang berwarna-warni digunakan untuk menyimpan organ- organ ini. Mayat itu seterusnya dibubuh pewangi dan resin lalu dijahit. Mayat itu kemudian ditutup dengan natron iaitu sejenis campuran garam natrium supaya lembapan dapat diserap. Mayat dibiarkan kering selama 35 hari. Akhir sekali, mayat itu disalut dengan resin, dibungkus dengan linen dan letakkan di dalam sebuah keranda kedap udara. 1. Roh orang Mesir Purba yang mati juga dikenal sebagai __________. A. Pa C. Fa B. Ka D. Ma 2. Kemahiran ilmu anatomi orang Mesir Purba dibuktikan menerusi __________. A. amalan pengawetan mayat C. amalan mengeringkan mayat selama 35 hari B. amalan penyediaan ‘rumah’ bagi roh D. amalan pembersihan mayat 3. Perkataan reput bermakna __________. A. berkecai-kecai C. lapuk B. baru D. pecah-pecah

Upload: yatimahsalleh

Post on 10-Aug-2015

119 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN RENCANA

Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Orang Mesir Purba merupakan pakar bedah yang sangat cekap. Pelbagai teknik dan kaedah telah digunakan. Orang Mesir Purba memang mahir tentang ilmu anatomi manusia. Buktinya boleh dilihat menerusi amalan pengawetan mayat yang dilakukan oleh mereka. Orang Mesir Purba juga percaya bahawa roh orang mati, atau Ka akan mati jika mayat (jasad) dibiarkan reput. Jadi untuk memastikan roh ini tidak ‘mati’ penyediaan ‘rumah’ bagi roh ini, harus dilakukan secermat yang mungkin.

Proses dimulakan dengan pembersihan mayat. Selepas itu, otak dan organ dalaman seperti jantung, hati, dan paru-paru dikeluarkan dan dibasuh dengan wain (sejenis arak). Organ-organ itu kemudiannya diawet dengan herba pengawet. Balang-balang yang berwarna-warni digunakan untuk menyimpan organ-organ ini. Mayat itu seterusnya dibubuh pewangi dan resin lalu dijahit. Mayat itu kemudian ditutup dengan natron iaitu sejenis campuran garam natrium supaya lembapan dapat diserap. Mayat dibiarkan kering selama 35 hari.

Akhir sekali, mayat itu disalut dengan resin, dibungkus dengan linen dan letakkan di dalam sebuah keranda kedap udara.

1. Roh orang Mesir Purba yang mati juga dikenal sebagai __________.

A. Pa C. FaB. Ka D. Ma

2. Kemahiran ilmu anatomi orang Mesir Purba dibuktikan menerusi __________.

A. amalan pengawetan mayat C. amalan mengeringkan mayat selama 35 hariB. amalan penyediaan ‘rumah’ bagi roh D. amalan pembersihan mayat

3. Perkataan reput bermakna __________.

A. berkecai-kecai C. lapukB. baru D. pecah-pecah

4. ‘….. untuk memastikan roh ini tidak mati, penyediaan rumah …..’. Fasa penyediaan rumah merujuk kepada __________.

A. ilmu anatomi C. balingB. organ-organ D. mayat

5. Kesemua yang berikut adalah proses pengawetan mayat kecuali __________.

A. mengeluarkan otak dan organ dalaman C. organ-organ dalaman dibuangB. mayat dibiarkan kering selama 35 hari D. mayat diletakkan di dalam sebuah keranda

kedap udara

PETIKAN DIALOG

Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Page 2: Modul gerak gempur pemahaman

Ramli : Ajis, awak tak ke mana-mana petang nanti?

Sudin : Kami ada suatu rancangan yang baik untuk kita lakukan.

Ajis : Apakah yang kamu berdua cakapkan ni, petang nanti kan ada kelas tambahan. Kalau kamu ponteng, nanti cikgu melaporkan kepada ayah dan ibu kamu, nahas kamu nanti.

Mustar : Hei, Ajis, tadikan Cikgu Ros dah beritahu yang kelas itu terpaksa dibatalkan kerana Cikgu Sharif akan ke Muar. Guru gantinya cikgu Murni dan Cikgu Salmah pula tidak dapat hadir pada hari ini.

Ajis : Eh, tadi aku tak dengar apa-apa pun!

Sudin : Awak ni memang pekak badaklah. Kami semua mendengarnya tadi.

Ajis : Kalau begitu apa rancangan kamu semua?

Ramli : Bagaimana kalau kita pergi melastik burung di pinggir hutan di kampung kita. Di situ banyak burung punai.

Sudin : Yalah Ajis, awak kan pandai melastik. Awaklah harapan kami. Ramli dan Mustar ni pula tak boleh diharap. Takkan saya seorang saja.

Ramli : Sudahlah tu, dia cuba angkat dirilah tu.

Ajis : Minta maaflah kawan-kawan, sejak saya disengat lebah tempoh hari, saya bertekad untuk tidak melastik burung lagi. Kalau kamu nak pergi terpulanglah kepada kamu.

Sudin : Cis, buang masa saja kita mengajaknya! Mari kita ke kantin!

1. Mengapa mereka berjumpa dengan Ajis?

A. Kerana mereka hendak bertanya khabar dan berbual-bual dengannya.B. Kerana mereka hendak memberitahu Ajis bahawa kelas tambahan telah dibatalkan.C. Kerana mereka hendak mengajak Ajis ponteng kelas tambahan.D. Kerana mereka hendak mengajak Ajis melastik burung.

2. Pada pendapat anda di manakah perbualan itu berlaku?

A. Di luar bilik darjah. C. Di dalam bilik darjahB. Di kantin sekolah. D. Di rumah Ajis

3. Rancangan kawan-kawan Ajis itu tidak baik kerana perbuatan itu……….

A. telah diharamkan oleh kerajaan. C. menganiayai haiwanB. berbahaya D. tidak disukai Ajis

4. Mengapakah Ajis tidak mahu mengikut kawan-kawannya?

A. Kerana dia takut disengat lebah.

Page 3: Modul gerak gempur pemahaman

B. Kerana dia telah insaf dan tak mahu melastik burung lagi.C. Kerana dia terpaksa menghadiri kelas tambahan.D. Kerana dia tidak suka dengan kawan-kawannya.

5. Apakah yang tidak benar tentang petikan ini?

A. Mereka berbual pada waktu rehat.B. Sudin panas hati terhadap Ajis.C. Sudin dan kawan-kawannya enggan mengajak Ajis melastik burung.D. Sudin dan kawan-kawannya bercadang melastik burung

PETIKAN LAPORAN

Baca teks laporan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.

LAPORAN LAWATAN KE MEMORIAL TUNGKU ABDUL RAHMAN

Pada 2 Mei 2009 yang lalu, Kelab Bahasa Melayu SK Seri Puteri, Mersing telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Memorial Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Seramai 27 orang ahli kelab dan tiga orang guru pengiring menyertai lawatan yang pertama kali dianjurkan ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan tentang Bapa Kemerdekaan Negara kita iaitu Tunku Abdul Rahman.

Page 4: Modul gerak gempur pemahaman

Rombongan kami disambut dengan mesra oleh penyelia di situ. Kami dimaklumkan bahawa memorial ini bertujuan mempamer, memelihara, dan memberi kemudahan penyelidikan terhadap semua warisan yang berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman.

Memorial ini merangkumi tiga bangunan, iaitu yang menempatkan kediaman rasmi, pameran bahan-bahan asal kepunyaan Tunku, dan ruang untuk pameran, tempat simpanan bahan dan ruang-ruang kerja.

Rombongan kami dibawa melawat ke bangunan Blok A dan bangunan Blok B. Di bangunan Blok A terdapat pentas untuk persembahan teater. Teater ini dipersembahkan dalam bentuk slaid kepada para pengunjung. Di dalam bangunan ini terdapat semua biografi tentang Tunku Abdul Rahman. Di bangunan Blok B pula terdapat tempat penyelidikan.

Sebelum pulang, kami diraikan dengan sedikit jamuan ringan. Tempoh empat jam berada di Memorial Tunku Abdul Rahman benar-benar bermakna kepada kami. Sesungguhnya lawatan ini menyedarkan kami tentang perjuangan beliau untuk memerdekakan negara. Sewajarnya beliau dianugerahi gelaran “Bapa Kemerdekaan”.

Disediakan oleh, 8 MEI 2009.

NormahMiaan(NORMAH BINTI MIAAN)Setiausaha Kelab Bahasa Melayu,SK. Seri Puteri,Mersing.

1. Berapakah jumlah peserta yang menyertai lawatan ke Memorial Tunku Abdul Rahman?

A. 20 orang C. 27 orangB. 25 orang D. 30 orang

2. Apakah fungsi sebenar Memorial Tunku Abdul Rahman?

A. Sebagai tempat untuk menyimpan bahan sejarah.B. Sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang peninggalan Tunku.C. Sebagai tempat pameran Hari Kemerdekaan.D. Sebagai tempat mempamerkan, memelihara, serta membuat penyelidikan tentang Tunku.

3. Perkataan biografi dalam petikan membawa maksud

A. kisah kejayaan seseorang C. kisah hidup seseorang yang telahB. kisah hidup seseorang meninggal dunia

D. kisah hidup orang yang berjasa.

4. Apakah tujuan Kelab Bahasa Melayu mengadakan lawatan ke sana?

A. Untuk mengisi masa terluang ahli Kelab Bahasa Melayu.B. Untuk menimba pengetahuan tentang Bapa Kemerdekaan Negara.C. Untuk menyertai kuiz yang berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman.D. Untuk memenuhi aktiviti kelab pada sepanjang tahun.

5. Ahli Kelab Bahasa Melayu mendapat pengalaman yang berikut di Memorial Tunku Abdul Rahman kecuali

Page 5: Modul gerak gempur pemahaman

A. Dapat menyaksikan teater melalui slaid.B. Dapat bertemu waris Tunku Abdul Rahman.C. Dapat melihat barang-barang milik Tunku Abdul Rahman.D. Dapat mengetahui tentang riwayat hidup Tunku Abdul Rahman.

PETIKAN FAKTABaca teks di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Pada hari ini, kita sering mengalami masalah yang berkaitan dengan cuaca. Contoh yang paling ketara ialah kesan pemanasan sejagat. Masalah ini timbul ekoran kegiatan manusia yang sering mencemarkan alam sekitar.

Punca utama pemanasan sejagat ialah pertambahan gas karbon dioksida dan bahan pencemar seperti CFC dan metana di udara. Pertambahan ini berlaku disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol, dan gas asli serta penggunaan CFC di dalam pendingin hawa, peti sejuk, dan pemadam api. Pertambahan ini, jikalau tidak dikawal akan merosakkan keseimbangan cuaca dunia.

Selain memerangkap haba, bahan-bahan ini akan memusnahkan lapisan ozon yang beradakira-kira 10 kilometer dari permukaan bumi. Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan atmosfera bumi. Lapisan ozon merupakan perisai semulajadi bumi yang bertindak untuk menyerap sinar ultra ungu yang berbahaya. Malangnya, lapisan ozon semakin menipis disebabkan kegiatan pencemaran yang dilakukan oleh manusia.

Page 6: Modul gerak gempur pemahaman

Di negara kita sahaja, lebih daripada tiga juta tan bahan pencemaran dilepaskan oleh kenderaan bermotor sepanjang tahun 1996. Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tahun 1996 menunjukkan bahawa kenderaan bermotor melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida, 458 ribu tan hidrokarbon, dan 146 ribu tan nitrogen oksida ke udara setiap tahun. Dianggarkan terdapat lebih tujuh juta kenderaan bermotor di Malaysia pada 1996. Bayangkanlah pula pencemaran yang berlaku di negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Biarpun masalah pemanasan sejagat telah lama diperkatakan, namun jalan penyelesaiannya masih belum ditemukan. Sehingga kini, penduduk dunia masih belum mencapai kata sepakat dalam usaha menangani masalah ini. Persoalannya, adakah manusia benar-benar perihatin dalam usaha memelihara bumi atau mereka sebenarnya tanpa sedar telah berpakat untuk memusnahkannya?

1. Masalah yang diperkatakan dalam rencana tadi berpunca daripada…..

A. kezaliman manusia C. pencemaran alam sekitarB. keindahan alam sekitar

2. Mengapakah pembakaran bahan api fosil membawa kesan buruk kepada kita?

A. Pembakaran bahan tersebut dapat menyebabkan seluruh dunia terbakar.B. Pembakaran bahan tersebut merosakkan enjin kenderaan bermotor.C. Pembakaran bahan tersebut melepaskan bahan-bahan pencemaran udara.D. Pembakaran bahan tersebut menyebabkan kita kekurangan bahan bakar.

3. Kita melepaskan dalam rencana tadi bermaksud…..

A. Membuang C. membiarkanB. Melarikan D. membebaskan

4. Apakah persoalan yang ditimbulkan daripada rencana tadi?

A. Keadaan kualiti udara di sekeliling kita.B. Pembangunan yang dicapai oleh manusia.C. Sikap manusia dalam memelihara alam sekitar.D. Bahaya pencemaran alam sekitar kepada manusia

5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang lapisan ozon.

A. Terletak kira-kira 10 kilometer ke dalam permukaan bumi.B. Semakin menipis sebagai akibat pencemaran alam sekitar.C. Penggunaan bahan CFC akan memusnahkan lapisan ozon.D. Berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinar ultraungu yang berbahaya.

Page 7: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN CATATAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

15 April 2009

PagiHari ini hari kedua aku dan anggota pengakap berkhemah di Hutan Lipur Gunung Berlumut.

Pagi-pagi lagi, kami berhimpun di kawasan lapang mengikut kumpulan masing-masing. Kami dibawa menjelajah hutan. Kegiatan ini sungguh mencabar. Sekiranya tidak mengikut arahan sudah tentu kami akan sesat.

Tengah hariKami tiba di tapak perkhemahan. Tiada kejadian buruk dan tidak diingini berlaku.

Pertandingan memasak diadakan. Aku memasak nasi. Chee Keong dan Sarjit menggoreng sayur. Ramli masak makanan di dalam tin. Kumpulan kami tewas. Kumpulan Gagak mendapat tempat pertama daripada sepuluh kumpulan yang bertanding. Manakala kumpulan merbuk, iaitu kumpulan kami mendapat tempat kesembilan.

PetangSemua anggota pengakap berhimpun. Ujian kecergasan diadakan di tempat khas. Kami

terpaksa melepasi beberapa halangan sebelum menamatkan ujian itu. Markah dikaji berdasarkan masa yang kami ambil untuk menghabiskan sesuatu aktiviti. Selain itu, semangat berpasukan juga diambil kira. Pada kali ini, kumpulan aku menjadi johan.

Malam

Page 8: Modul gerak gempur pemahaman

Selepas Isyak, ceramah kepimpinan disampaikan oleh Cikgu Zamri. Kami digesa mengamalkan sikap bersih, cekap, bertanggungjawab, dan amanah ketika menjalankan tugas. Selain itu, beliau mengharapkan setiap anggota pengakap mengekalkan semangat bekerjasama dan tolong-menolong. Selepas itu, beliau memberitahu jadual aktiviti untuk hari esok iaitu hari terakhir perkhemahan. Kami masuk tidur pada jam 10.00 malam. Khemah bagi setiap pasukan dapat memuatkan sepuluh orang anggota. Walaupun sesak, kami dapat tidur dengan nyenyak.

1. Berapa harikah perkhemahan itu diadakan?A. Dua hari C. Empat hariB. Tiga hari D. Lima hari

2. Mengapakah aktiviti menjelajah hutan dikatakan amat mencabar?

A. Kerana banyak anggota pengakap telah sesat.B. Kerana banyak rintangan terpaksa ditempuhi mereka.C. Kerana mereka tidak biasa dengan hutan itu.D. Kerana mereka baru kali pertama melakukannya.

3. Manakah antara berikut benar tentang catatan ini?

A. Seramai lima puluh orang anggota pengakap menyertai perkhemahan itu.B. Hanya tiga aktiviti diadakan pada hari kedua perkhemahan.C. Pasukan Merbuk memenangi satu daripada aktiviti yang dijalankan pada hari itu.D. Sebaik sahaja kembali dari hutan, mereka dikehendaki menjalankan ujian kecergasan.

4. Pada pendapat kamu, apakah punca utama mereka tewas dalam pertandingan memasak?

A. Mereka masak dengan lambat. C. Masakan mereka tidak menarik.B. Masakan mereka hanya tiga jenis sahaja. D. Masakan mereka kurang enak.

5. Perkataan menjelajah dalam petikan bermaksud…..

A. mengelilingi C. mengunjungiB. pergi melawat D. pergi berjalan ke merata-rata tempat

Page 9: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN SURAT KIRIMAN RASMI

Persatuan Penduduk,Kampung Mersing Kecil,86800 Mersing,Johor Darul Ta’azim.

Yang Dipertua,Majlis Daerah Mersing,86800 Mersing,JOHOR DARUL TA’AZIM 15 JULAI 2009.

Tuan,

MASALAH PENDUDUK KAMPUNG MERSING KECIL

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Pengkalan Batu ingin membuat aduan tentang masalah-masalah yang kami hadapi.

2. Sejak sebulan yang lalu, terdapat beberapa buah lori balak yang diletakkan berhampiran dengan simpang tiga jalan utama dari kampung kami ke Bandar Mersing antara pukul 9.00 malam hingga 9.00 pagi. Keadaan ini mengganggu laluan kenderaan yang berulang-alik pada waktu tersebut lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana di simpang jalan itu tiada lampu jalan. Wakil jawatankuasa kami telah berjumpa dan memberitahu pemandu-pemandu lori berkenaan tetapi tidak diendahkan.

3. Selain itu, Jalan Mahkota ke Sekolah Kebangsaan Sri Mersing terlalu sempit. Ini menyukarkan pemandu kereta ketika berselisih lebih-lebih lagi bahu jalannya agak tinggi. Jalan ini juga banyak yang rosak akibat banjir. Murid-murid sekolah dari kampung ini terpaksa menggunakan jalan ini walaupun lebih jauh berbanding dengan Jalan Damai. Ini kerana jambatan di hujung Jalan Damai masih dibaiki.

4. Terdapatnya pusat hiburan yang dibina secara haram juga menimbulkan masalah kerana kami. Pusat hiburan ini beroperasi tiga kali seminggu termasuk pada hari minggu. Ramai remaja dan murid

Page 10: Modul gerak gempur pemahaman

yang mengunjunginya. Mereka bukan sahaja menghabiskan wang ibu bapa dengan bermain snuker dan permainan video malah sanggup ponteng sekolah untuk ke tempat itu. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang merokok di pusat hiburan itu. Adanya pusat hiburan itu, masalah disiplin murid-murid semakin serius. Hal ini telah dibincangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada minggu lepas.

5. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan itu amat kami sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Asmawati(ASMAWATI BINTI AHMAD)Setiausaha,Persatuan Penduduk Kampung Mersing Kecil,Mersing.

1. Apakah yang paling dikhuatiri penduduk sejak bulan lepas?

A. Banyak lori balak di kampungnya.B. Kedudukan lori balak di cabang tiga jalan.C. Lori balak di cabang tiga jalan utama ke bandar.D. Sikap pemandu lori yang tidak mampu berunding.

2. Murid-murid tidak menggunakan Jalan Mahkota ke Sekolah Kebangsaan Sri Mersing kerana

A. jalannya terlalu sempit C. bahu jalannya agak tinggiB. jalannya banyak yang rosak D. jambatan sedang dibaiki

3. Disiplin murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Mersing lebih parah disebabkan oleh

A. ramai murid yang merokok C. pembinaan pusat hiburan haram

B. permainan video dan snuker D. mesyuarat AJK PIBG jarang-

jarang diadakan4. Yang berikut ialah pernyataan tentang petikan kecuali

A. Banjir boleh merosakkan kemudahan asas.B. Ramai murid yang bermain snuker di pusat hiburan.C. Persatuan Penduduk Kampung Mersing Kecil telah bermesyuarat minggu lepas.

5. Rangkai kata tidak diendahkan dalam petikan bermaksud…..

A. tidak dipeduli oleh pemandu-pemandu lori itu C. tidak dihayati oleh pemandu- pemandu lori itu

B. tidak dipatuhi oleh pemandu-pemandu lori itu D. tidak disukai oleh pemandu- pemandu lori itu

Page 11: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN PUISI

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

1 Mengapakah kita dilarang meninggi diri?

A supaya kita dihormatiB supaya hidup kita sengsaraC supaya kita dipandang tinggiD supaya hidup kita tidak menderita

Meredah lautan memukat lokan,Terumbang-ambing dihempas gelora;

Meninggi diri jangan amalkan,Kelak sendiri menanggung derita.

Perahu tambang tambat di jeti,Tempat nelayan menyirat jalan;Adat berkawan menjaga hati,Rela bersama kala berduka.

Tinggi sungguh pohon kelapa,Batang ditakik bertingkat-tingkat;

Patuhi nasihat ibu dan bapa,Agar hidup beroleh berkat.

Cantik sungguh burung tekukur,Mencari makan di dalam taman;

Jasa guru tak dapat diukur,Tetap terpahat dalam ingatan.

Terbit mentari memancar suria,Nyanyian unggas memecah sunyi;Hormat-menghormati sesama kita,Rakyat sejahtera hidup harmoni.

Page 12: Modul gerak gempur pemahaman

2 Sebagai kawan, kita haruslah ______________.

A menghiburkan hati merekaB membiarkan mereka dalam kesusahanC bersama-sama ketika susah dan senangD menanggung segala kesulitan hidup mereka

3 Frasa ”jasa guru tak dapat diukur, tetap terpahat dalam ingatan” bermaksud ____________.

A murid-murid perlu mengenang pengorbanan guru yang terhadB murid-murid harus menghargai pengorbanan guru yang tidak ternilaiC murid-murid hendaklah mengingati bakti guru yang disayangi sahajaD murid-murid wajar membalas jasa guru semasa di alam persekolahan sahaja

4 Peribahasa yang berikut sesuai untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

A Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahB Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepianC Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihD Jauh dikenang, dekat disayang

5 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang puisi kecuali

A kita boleh menyombong diri.B kita mestilah mematuhi nasihat ibu bapa.C kita hendaklah berbuat baik sesama teman.D kita haruslah mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat.

Page 13: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN CERITA 1

Baca petikan di bawah ini, kemudian soalan-soalan yang berikutnya.

Petir berdentum-dentam. Ibu bapa Yasmin pula menghadiri kenduri doa selamat di rumah saudara mereka. Sebelum keluar tadi, ibunya telah berpesan kepada Yasmin supaya menjaga adik lelakinya, Yasser baik-baik. Tambahan pula, Yasser menghidap penyakit asma.

Yasmin tidak menyangka bahawa hujan akan turun pada malam itu. Pagi tadi, dia ada terdengar ramalan kaji cuaca di radio mengatakan hujan akan turun malam ini.

“Kak, Yasser…..tak…..da…..pat,” Yasser memanggilnya. Suaranya tersekat-sekat. Yasmin yang tekun menjawab soalan Kertas Ramalan SPM itu segera memberi alat yang digunakan untuk mengawal penyakit asma itu kepada adiknya. Namun, usahanya tidak berjaya, Yasser semakin sukar bernafas. Yasmin panik. Dia segera menelefon ibu bapanya tentang keadaan adiknya itu.

Pak Usu segera membawa Yasser ke klinik. Yasmin menunggu dengan cemas di luar bilik pemeriksaan. Hatinya rasa tidak sedap. Tiba-tiba, Pak Usu menepuk bahunya.

“Min, ayah dan ibu kamu terlibat dalam satu kemalangan semasa hendak datang ke sini tadi. Kereta mereka terbabas kerana terlanggar pembahagi jalan. Mereka sedang dirawat di unit kecemasan sekarang,” kata Pak Usu.

“Sabarlah Min. Tiada apa-apa yang dapat diramalkan dalam hidup ini,” pujuk Pak Usu apabila melihat Yasmin mula menangis. “Mudah-mudahan mereka selamat. Nanti Pak Usu hantarkan Min ke unit kecemasan.”

Yasmin hanya mengangguk lesu. Hujan semakin mencurah, selebat air matanya yang mengenangkan keadaan adik, ibu, dan ayahnya kini.

1. Apakah pesanan ibu Yasmin kepadanya?

A. Supaya menghadiri kenduri doa selamat saudara mereka.B. Supaya menjaga adik lelakinya yang menghidap penyakit asma.C. Supaya tekun belajar untuk menduduki peperiksaan SPMD. Supaya membawanya adiknya ke klinik untuk mendapat rawatan.

2. Nafas Yasser tercungap-cungap ketika memanggil Yasmin kerana…..

A. dia memanggil kakaknya dengan suara kuatB. dia berusaha bernafas dengan betulC. dia bernafas tersekat-sekatD. penyakit asmanya menyerang lagi

3. Bagaimanakah ayah dan ibu Yasmin terlibat dalam kemalangan?

A. Mereka memandu dengan cepat semasa hendak datang ke klinik.

Page 14: Modul gerak gempur pemahaman

B. Mereka melalui jalan raya yang basah dan licin.C. Kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas selepas merempuh pembahagi jalan.D. Mereka menghidap penyakit asma.

4. Kata diramalkan dalam petikan bermaksud…

A. dianggarkan C. difikirkanB. dijangkakan D. ditetapkan

5. Semua penyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali…..A. Yasmin belajar dalam tingkatan lima.B. Yasser dihantar ke klinik oleh Pak Usu.C. Alat yang digunakan untuk mengawal penyakit asma Yasser tidak berfungsi.D. Kedua-dua ibu bapa yang terlibat dalam nahas jalan raya sedang dirawat di unit

kecemasan.

Page 15: Modul gerak gempur pemahaman

PETIKAN CERITA 2

Baca cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku memerhatikan keadaan di sekelilingku. Tiada manusia yang bersimpang-siur di kaki lima. Tiada sebarang kenderaan yang bertali arus di jalan raya. Runtuhan bangunan pencakar langit kelihatan di sana sini.

Aneh sungguh. Tertanya-tanya aku akan bencana yang berlaku. Namun, aku berjalan terus. Dari celah-celah runtuhan bangunan, dapat kulihat anak kecil sedang menangis. Tidak jauh dari situ, kulihat seorang lelaki yang kudung kakinya terhincut-hincut. Di tempat yang lain pula seorang wanita kelihatan menangis di sisi tubuh kaku berlumuran darah. Di tempat-tempat lain, mayat bergelimpangan. Tompokan darah ada di merata-rata tempat.

“Mangsa peperangan rupa-rupanya mereka. Oh, alangkah kejamnya manusia! Mereka mencipta senjata canggih untuk memusnahkan apa-apa saja. Mereka berperang demi kekuasaan dan kekayaan. Nilai manusia terhakis daripada jiwa mereka. Yang tidak berdosalah yang menjadi mangsa. Nyawa seolah-olah tiada nilainya.” Aku merungut.

Aku tiba di suatu simpang jalan. Beberapa orang askar kelihatan berkawal. Kelihatan gagah perkasa mereka. Masing-masing dilengkapi senjata. Mereka berusaha menjaga keselamatan rakyat dan negara tercinta. Bersiap sedia mereka menghadapi ancaman musuh durjana. Mereka berani berbalas-balas tembakan dengan musuh. Mereka rela berkorban demi mempertahankan tanah air. Tidak sanggup mereka melihat tanah air dirampas penceroboh.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bedilan meriam, tembakan senapang, dan letupan yang kuat. Sejurus kemudian, mayat-mayat bergelimpangan. Bau darah yang hanyir menusuk ke hidungku. Alam kian tercemar. Ketakutan kian kurasai. Teringat aku akan ibu dan adik-adikku.

Aku berlari sekuat-kuat hati. Aku melilau ke sana ke mari. Mereka masih kucari. “Ibu! Ibu di mana? Tolong saya, ibu!” Aku terus menjerit. Aku tidak mahu turut terkorban dalam peperangan itu.

Tiba-tiba bahuku digoncang dengan kuat. Aku tersedar lalu beristighfar. Ibu di sisiku tersenyum lebar.

“Lain kali, basuh kaki sebelum tidur,” kata ibu dengan lembut.Aku teringat akan filem dokumenteri tentang peperangan di negara Palestin kutonton sebelum

tidur. Mimpiku itu ada hikmahnya. Aku bersyukur kerana aku dapat hidup dalam suasana aman damai di negara yang makmur ini. Cintaku dan taat setiaku kepada Malaysia tidak berbelah bagi.

1. Frasa bangunan pencakar langit dalam cerita di atas bermaksud…..

A. bangunan yang dibina di kawasan tanah tinggiB. bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggiC. bangunan yang tinggi lagi indahD. bangunan tinggi yang dibina rapat-rapat

2. Peristiwa yang tergambar dalam mimpi penulis dianggap…..

A. mengharukan C. mencemaskanB. mengerikan D. mengaibkan

Page 16: Modul gerak gempur pemahaman

3. Semua yang berikut merupakan kesan peperangan berdasarkan cerita di atas kecuali…..

A. harta benda musnah C. anggota keselamatan menyabung nyawa

B. manusia banyak yang terkorban D. alam sekitar tercemar

4. Pada akhir cerita tersebut kita dapat menyimpulkan bahawa penulis…..

A. bangga menjadi rakyat Malaysia C. ingin menikmati kedamaian hidupB. tidak mempercayai mimpinya

5. Tajuk manakah antara yang berikut yang paling sesuai bagi cerita di atas?

A. Pengalamanku C. Nasib Mangsa PerangB. Peristiwa Berdarah D. Hikmah Daripada Mimpi

PETIKAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Page 17: Modul gerak gempur pemahaman

E-6-12, Blok E,Tasik Height Apartment,Bandar Tasik Selatan,57000 Kuala Lumpur.

1 Jun 2009.

Menemui saudara Haiqal yang kini berada di FELDA Tenggaroh 6, Mersing dengan selamatnya.Saudara,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Bagi diri saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya nanti. Kebetulan kami sekeluarga sudah lama tidak pulang ke kampung. Kali terakhir kami pulang ke kampung ialah pada hari perkahwinan abang saudara enam bulan yang lalu. Saya terasa rindu untuk pulang ke kampung tetapi masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat begitu.

Oleh itu, saya berharap saudara dapat menanti kepulangan saya nanti. Saya mahu saudara temani saya bermain-main di pantai seperti dahulu. Saya berharap saudara tidak keberatan.

Akhirnya, sambutlah salam kemesraan daripada saya dan keluarga buat saudara sekeluarga. Sampaikan salam saya buat Qusyairi, Nabilla, dan Ain. Kenangan bersama kalian sentiasa dalam ingatan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,Hakimi

1. Kepada siapakah surat ini ditujukan?A. Qusyairi C. NabillahB. Haiqal D. Ain

2. Apakah tujuan penulis menulis surat?A. Untuk bertanya khabar.B. Menyatakan kenangan lalu.C. Memberitahu penulis sudah lama tidak pulang ke kampung.D. Memberitahu penulis sekeluarga akan pulang ke kampung.

3. Bilakah kali terakhir penulis pulang ke kampung?A. Bulan puasa 2008. C. Disember 2008B. Januari 2009. D.Cuti sekolah pertengahan penggal pertama

4. Antara berikut adalah hubungan antara penulis dengan penerima surat kecuali…..A. sahabat lama C. kawan sekelasB. rakan sebaya D. sepupu

5. Rangkai kata tidak keberatan dalam surat ini bermaksud…..

A. sudi C. sedia maklumB. ringan D. tidak mempunyai keberatan

Page 18: Modul gerak gempur pemahaman

SKEMA JAWAPAN

PETIKAN RENCANA1. B2. A3. A4. D5. C

PETIKAN DIALOG1. D2. A3. C4. B5. C

PETIKAN LAPORAN1. D2. D3. B4. B5. B

PETIKAN FAKTA1. C2. C3. D4. D5. C

PETIKAN CATATAN1. B2. B3. A4. C5. D

PETIKAN SURAT KIRIMAN RASMI1. C2. A3. C4. C5. A

PETIKAN PUISI1. D2. C3. B4. A5. A

PETIKAN CERITA 11. B2. D3. C4. B5. C

PETIKAN CERITA 21. B2. B3. D4. A5. C

PETIKAN SURAT TIDAK RASMI1. B2. D3. C4. C5. A