edu5905_1328089114.ppt

Upload: fairus-ibrahim

Post on 12-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • *

  • EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

  • EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUANKULIAH MINGGU 01:DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKANOleh:Dr. Ramli Bin [email protected]: 019 224 1332

    *

  • KANDUNGANPengenalan Kepada Dasar AwamProses DasarDasar Pendidikan Kebangsaan (DPK): Asas, Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan Akta Pendidikan 1996

  • 1. PENGENALAN KEPADA DASAR AWAM

  • ISU DAN DASARDasar digubal berikutan sesuatu isu atau cabaran dalam environment dasarEnvironment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling dalam jajahan dan kedaulatan negara. Sesuatu isu atau cabaran wujud apabila timbulnya sesuatu masalah atau keadaan atau cabaran dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar.

  • DEFINISI ISURasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan.Sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat.Tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Tindakan kerajaan bagi sesuatu tujuan atau cabaran seperti meningkatkan kemajuan, kemudahan, keselamatan dan keselesaan.

  • ISUIsu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan, kritikan, bangkangan, dan tuntutan atau persoalan atau cabaran yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat atau negara secara keseluruhan

    Penyelesaian isu di luar kemampuan mereka

    Isu yang mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar.

  • ISU DAN DASARIsu akan dikaji sama ada boleh diatasi denganmenggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja.

  • DASARDasar dibentuk untuk menangani isuSetiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat, tujuan dan strategiDasar mesti selaras dengan dasar-dasar yang lain dan Dasar hendaklah tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang lain

  • DEFINISI DASAR AWAMPilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu ataupun tidak membuat sesuatu Pilihan kerajaan bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan Sesuatu yang digubal untuk menyatakan atau memperihalkan hasrat, tujuan dan matlamat kerajaan

  • DEFINISI DASAR AWAMNilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat dan persekitaran/ teritori /jajahan

    Program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan

  • PEMBENTUKAN DASAR AWAMPEMUTUSAN DASAR Majlis Raja-Raja Parlimen Kabinet

    PENGGUBAL DASARProfesional dan Pentadbir

  • PEMBENTUKAN DASAR AWAMPELAKSANA DASARProfesional dan Pentadbir

    SASARAN DASARRakyat dan environment (Kumpulan Berkepentingan dan Penanggung Risiko)

  • BENTUK-BENTUK DASARPERLEMBAGAAN, UNDANG-UNDANG & PERATURANDASAR RANCANGANPROGRAMPROJEKSKIM

  • PELAKSANAAN DASARPROGRAMPROJEKRANCANGANAKTIVITISKIMSTRATEGIINTERVENSI

  • PENJELASAN DASAR PEKELILING SURAT SIARAN MEKANISME GARIS PANDUAN

  • 2. PROSES DASAR

  • PROSES DASAR Mengenalpasti masalah, cabaranMenstrukturkan masalah, cabaran kepada isu, matlamat dasar Mengemukakan alternatif untuk kelulusanPernyataan DasarMerancang tindakan dasar: Program, Aktiviti, Mekanisme PelaksanaanOutcome DasarPenilaian Dasar: Teruskan @ Hentikan @ Penambahbaikkan Intervensi Dasar

  • PEMBENTUKAN DASAR Cadangan Dasar Perlu Mengambilkira

    Political Expediency/SupportFinancial CapabilityProfessional Capacity Administrative Operability

    Mengambilkira KepentinganPolicy Actors/AdvocatorsPolicy StakeholdersPolicy Risk Groups

  • PEMBENTUKAN DASAR PENDIDIKANKertas Cadangan Dasar

    Mesyuarat Jabatan/BahagianMesyuarat Hal-Hal Profesional KPMMesyuarat Pengurusan KPMMesyuarat JK Perancangan PendidikanMesyuarat Jemaah MenteriRang Undang-UndangMajlis Raja-Raja

  • 3. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • ENVIRONMENT DASAR PELAJARANSek RenSek MenJumlah SekMurid RendahMurid MenJumlah MuridGuru RenGuru MenJumlah GuruBajet

  • PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAPelbagai jenis atau orientasi sekolahPelbagai jenis bahasa pengantarPelbagai bentuk kurikulumKelayakan guru tidak seragam

  • ASAS DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEDIA ADA PENYATA BARNES 1950 PENYATA FENN-WU 1951 ORDINAN PELAJARAN 1952 PENYATA RAZAK 1956 ORDINAN PELAJARAN 1957 PENYATA RAHMAN TALIB 1960 EDUCATION ACT 1962 LAPORAN JK KABINET 1979

  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANAKTA PENDIDIKAN 1996 SEBAGAI AKTA IBU KEPADA PENDIDIKAN

  • AKTA PENDIDIKAN 1996SUATU AKTA UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PENDIDIKAN DAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANADALAH BERPAKSIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN; DANPELAKSANAAN SEMASA DIGUBAL SELARAS DENGAN DASAR WAWASAN NEGARA

  • PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANRANCANGAN MALAYSIA KE- 9

    PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

  • PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996ILMU itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa

    TUJUAN PENDIDIKAN adalah untuk penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

  • PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996PERANAN PENDIDIKAN menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi idividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSANDilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan

    Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamaKurikulum KebangsaanPeperiksaan yang sama

  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSANPendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara

  • MISI PENDIDIKANMembangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

  • MATLAMAT PENDIDIKANMelahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

    Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

  • 4. PERUNTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996(PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA)

  • Seksyen 15: Sistem Pendidikan KebangsaanTerdiri daripada:pendidikan prasekolahpendidikan rendahpendidikan menengahpendidikan lepas menengahpendidikan tinggitetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

  • Seksyen 2: TAKRIFANBahasa Kebangsaan (ms 15)Guru (ms 15)Ibu bapa (ms 15)Institusi pendidikan (ms 15)Murid (ms 16)Premis (ms 18)

  • Pendidikan PrasekolahPendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun

  • Pendidikan RendahPendidikan rendah ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun

  • Pendidikan Menengah RendahPendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah

  • Pendidikan Menengah AtasPendidikan menengah atas ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah

  • Pendidikan Lepas MenengahPendidikan lepas menengah ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

  • Pendidikan TinggiPendidikan tinggi ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi (diploma & ijazah)

  • Sekolah Sekolah ertinya tempat di mana 10 orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

  • Seksyen 16: SekolahTiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:Sekolah kerajaan Sekolah bantuan kerajaan; danSekolah swasta.

  • Sekolah KerajaanSekolah kerajaan ertinya sekolah yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri

  • Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah bantuan kerajaan ertinya sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh

  • Sumbangan (Grant)

    Sumbangan modal

    Bayaran daripada wang awam kepada sesebuah institusi pendidikan bagi mengadakan bangunan, Ubahsuai dan tambah premis,Perabot dan kelengkapan, atauMaksud lain yang ditetapkan.

  • Sumbangan

    2. Sumbangan Bantuan

    Apa-apa bayaran daripada wang awam selain daripada sumbangan modal kepada sesebuah institusi pendidikan

  • Sekolah KebangsaanSK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan

    yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahunyang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamayang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan

  • Sekolah Kebangsaand) di mana kemudahan bagi pengajaranBahasa Cina atau Bahasa Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanyaBahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya

  • Sekolah Jenis KebangsaanSJK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaanyang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahunyang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; danyang menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANsekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan- yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah; yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;

  • d) di mana kemudahan bagi pengajaran

    bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang orang murid di sekolah itu memintanya; danbahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;

  • bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan

    yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan yang ditetapkan.

  • Seksyen 41: Pendidikan KhasTempoh yang ditetapkan oleh Menteri tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah

    Kurikulum yang ditetapkan hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik

  • Seksyen 50: Pengajaran Agama IslamJika terdapat dalam satu-satu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri

  • Seksyen 51: Pengajaran Agama Selain Dari Agama IslamPengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan peruntukan bagi pengajaran agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi - peruntukan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh parlimen; dantiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya

  • Seksyen 17: Bahasa KebangsaanBahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan

  • Seksyen 17: Bahasa KebangsaanJika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib

  • Seksyen 18: Kurikulum KebangsaanKurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan.

  • Seksyen 18: Kurikulum KebangsaanDalam hal sekolah swasta - hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan - diajarkan di sekolah itu.

  • Seksyen 19: PeperiksaanTiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah akta ini.

  • SEKSYEN 29A: PEND RENDAH WAJIB (Mulai 2003)Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

  • SEKSYEN 64: BANTUAN MURIDMenteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk

    pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; danpenyediaan -tempat tinggal;pengangkutan;buku; dan perkhidmatan perubatan dan pergigian,

  • 11 JENIS BANTUAN MURID DI SEDIAKAN bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

  • Thank You*

    **Setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Sesuatu dasar bukan dibentuk secara sewenang-wenangnya. Dasar terbentuk akibat munculnya sesuatu isu dalam masyarakat. Sesuatu isu wujud apabila timbulnya sesuatu masalah dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar. Environment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling atau teritory negara. *Isu boleh didefinisikan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan. Isu mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan isnstitusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat.

    *Secara keseluruhannya isu juga boleh didefinisikan sebagai tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan.Di peringkat awam, isu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan @ complain, kritikan, bangkangan, persoalan yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat dan mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar.

    *

    Masalah ini akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan menggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau diselesaikan dengan mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja.

    *Ciri-ciri dasar***Penggubal bagi setiap dasar di negara ini biasanya adalah terdiri daripada golongan pentadbir dan profesional.Mereka akan mengkaji dan menganalisis sesuatu dasar tersebut di peringkat Kementerian/Jabatan masing-masing.Kertas dasar yang disediakan akan dikemukakan ke pihak Jemaah Menteri atau Kabinet untuk mendapat kelulusan dasar atau kelulusan kabinet.Sebelum dikemukakan untuk pertimbangan kabinet tersebut, pihak Kementerian yang berkenaan akan terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian lain yang berkaitan dengan dasar tersebut. Contoh: ****