edu3033 : refleksi kajian lapangan

4
OLEH : NUR IWA NASUHA BT AB RAHIM Umum mengetahui bahawa bencana banjir besar yang melanda negara kita khususnya di negeri-negeri pantai timur meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat kita yang ditimpa ujian ini. Di kesempatan ini, melalui tugasan bagi subjek Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki untuk membuat kajian lapangan bagi melihat sendiri keadaan di tempat-tempat yang telah dilanda banjir. Seterusnya, saya dan ahli kumpulan dikehendaki untuk menyediakan satu laporan lengkap dan mendokumentasikan lawatan dalam bentuk video. Oleh itu, setelah menyelesaikan tugasan yang telah diberikan, saya telah menganalisis tugasan ini daripada beberapa aspek iaitu aspek kekuatan, kelemahan, cara mengatasi kelemahan dan cadangan penambahbaikan. KEKUATAN Saya telah bekerjasama dengan baik dengan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada lima orang. Saya dan ahli kumpulan telah berinteraksi dan melakukan perbincangan bagi menjawab tugasan ini. Contohnya, kami telah mengumpul maklumat Timur dan mencari beberapa lokasi yang masih mempunyai impak akibat banjir. Sebelum membuat lawatan, saya dan ahli kumpulan telah sebulat suara untuk menyediakan soalan yang sesuai untuk ditujukan kepada mangsa banjir dan membeli buah tangan untuk diberikan kepada mereka. Setelah sampai di kawasan yang ingin kami lawati, kami telah mengunjungi beberapa rumah yang masih meninggalkan kesan banjir. Kami bergilir-gilir melakukan tugas seperti mengambil video, menangkap gambar dan menanyakan soalan. Kesannya, semua ahli kumpulan telah berpeluang untuk menemu bual mangsa banjir di sana. Kemudian, kami juga telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sana. Contohnya, mereka mengalu-alukan kedatangan kami dan menjawab soalan yang ditujukan dengan baik dan penuh keihklasan. Kesannya, kami memperolehi maklumat dengan betul, jelas dan sangat membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang melakukan kajian lapangan di Kuala Krai, kami telah bergerak secara berkumpulan malah tidak ada seorang pun dalam kalangan kami tersisih daripada mendapat maklumat. Seterusnya, untuk bersikap lebih adil semasa menyediakan laporan lengkap, kami telah membahagikan tugas dengan sama rata iaitu dengan

Upload: puteribongsuabrahim

Post on 02-Oct-2015

168 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

OLEH : NUR IWA NASUHA BT AB RAHIM

Umum mengetahui bahawa bencana banjir besar yang melanda negara kita khususnya di negeri-negeri pantai timur meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat kita yang ditimpa ujian ini. Di kesempatan ini, melalui tugasan bagi subjek Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki untuk membuat kajian lapangan bagi melihat sendiri keadaan di tempat-tempat yang telah dilanda banjir. Seterusnya, saya dan ahli kumpulan dikehendaki untuk menyediakan satu laporan lengkap dan mendokumentasikan lawatan dalam bentuk video. Oleh itu, setelah menyelesaikan tugasan yang telah diberikan, saya telah menganalisis tugasan ini daripada beberapa aspek iaitu aspek kekuatan, kelemahan, cara mengatasi kelemahan dan cadangan penambahbaikan.

KEKUATAN

Saya telah bekerjasama dengan baik dengan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada lima orang. Saya dan ahli kumpulan telah berinteraksi dan melakukan perbincangan bagi menjawab tugasan ini. Contohnya, kami telah mengumpul maklumat Timur dan mencari beberapa lokasi yang masih mempunyai impak akibat banjir. Sebelum membuat lawatan, saya dan ahli kumpulan telah sebulat suara untuk menyediakan soalan yang sesuai untuk ditujukan kepada mangsa banjir dan membeli buah tangan untuk diberikan kepada mereka.

Setelah sampai di kawasan yang ingin kami lawati, kami telah mengunjungi beberapa rumah yang masih meninggalkan kesan banjir. Kami bergilir-gilir melakukan tugas seperti mengambil video, menangkap gambar dan menanyakan soalan. Kesannya, semua ahli kumpulan telah berpeluang untuk menemu bual mangsa banjir di sana. Kemudian, kami juga telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sana. Contohnya, mereka mengalu-alukan kedatangan kami dan menjawab soalan yang ditujukan dengan baik dan penuh keihklasan. Kesannya, kami memperolehi maklumat dengan betul, jelas dan sangat membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang melakukan kajian lapangan di Kuala Krai, kami telah bergerak secara berkumpulan malah tidak ada seorang pun dalam kalangan kami tersisih daripada mendapat maklumat.Seterusnya, untuk bersikap lebih adil semasa menyediakan laporan lengkap, kami telah membahagikan tugas dengan sama rata iaitu dengan mencabut undi. Contohnya, Heryani telah membuat laporan mengenai aspek pengalaman langsung, Haziq mengenai aspek sosioemosi, saya pula mengenai motivasi instrinsik, Hariz telah menyediakan video dan Hafiz pula menyatukan ketiga-tiga aspek dan membuat kekemasan terakhir. Kami juga saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Antara impak yang kami perolehi adalah kami dapat membuat tugasan dengan adil, kemas dan kami memupuk kesedaran untuk lebih bersikap tolong menolong dan bertanggungjawab antara satu sama lain.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang dapat dilihat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah semasa melakukan kajian lapangan iaitu saya dan ahli kumpulan terpaksa berjalan kaki untuk mengunjungi rumah mangsa-mangsa banjir. Hal ini kerana kami telah bergerak seiring dengan kumpulan lain yang turut melawat di lokasi yang sama. Malah, cuaca pada hari lawatan tersebut adalah sangat panas terik dan menyebabkan kami mudah merasa penat serta tidak bertenaga untuk berbual panjang dengan mangsa banjir. Kesannya, hanya tiga buah keluarga sahaja yang berpeluang untuk kami menemu bual.

Disamping itu, saya juga menghadapi masalah dengan kekangan masa semasa sesi temu bual dan kajian lapangan dijalankan ekoran daripada kumpulan lain yang ingin melawat beberapa lokasi yang berhampian. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan terpaksa memendekkan tempoh sesi temu bual dengan meringkaskan soalan yang ingin dituju kepada mangsa banjir. Kemudian, kami juga tidak disediakan tempat untuk menemu bual mangsa-mangsa banjir. Kami juga terpaksa berdiri sepanjang sesi temu bual kerana terdapat beberapa buah rumah mangsa banjir yang sedang dibaik pulih.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah seperti kehabisan bateri telefon ketika merakam video. Ini menyebabkan hanya sebahagian video yang sempat dirakam dan gambar yang dapat ditangkap.

CARA MENGATASI KELEMAHAN

Bagi mengatasi kelemahan tersebut, saya telah membeli bekalan air yang mencukupi ekoran daripada cuaca yang panas. Saya juga telah menyediakan payung agar dapat melindungi kulit daripada terdedah kepada matahari.Seterusnya, bagi mengatasi masalah kekangan masa pula, saya telah meminta izin daripada kumpulan lain untuk bersabar menunggu sementara kumpulan kami menyiapkan tugas sesi temu bual. Saya juga telah mengajukan soalan yang pendek dan ringkas sahaja agar mangsa banjir tidak mengambil masa yang panjang untuk menjawab soalan tersebut.Saya juga telah mencari tempat yang teduh untuk menemu bual mangsa banjir. Walaupun dalam keadaan berdiri, kami masih bersemangat dan tidak mudah mengalah untuk meneruskan mendengar luahan perasaan mangsa banjir tersebut. Akhir sekali, cara saya mengatasi masalah kehabisan bateri telefon adalah dengan meminjam power bank daripada rakan-rakan yang lain. Sementara menunggu bateri penuh, saya telah meminjam telefon daripada ahli kumpulan bagi merakam video mangsa banjir yang sedang menjawab soalan yang telah diajukan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, tugasan dalam bentuk kajian lapangan sangat sesuai diberikan kepada pelajar khususnya kepada bakal guru seperti saya. Hal ini kerana kajian lapangan yang telah dilakukan merupakan suatu pembelajaran informal di mana prinsip pembelajaran adalah berfokuskan kepada kemasyarakatan. Selain mengeratkan hubungan, tugasan dalam bentuk kajian lapangan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa proses PdP tidak semestinya dilaksanakan di dalam kelas sahaja malah ia boleh dilakukan di luar kelas. Bagi pendapat saya, situasi pembelajaran yang berbeza boleh memupuk minat pelajar untuk meneroka dunia luar. Seterusnya, pembelajaran di luar kelas juga boleh menyebabkan pelajar menjana idea secara di luar kotak dan boleh berfikir aras tinggi. Oleh itu, saya bercadang agar kajian lapangan seharusnya dilakukan lagi pada masa akan datang di lokasi yang berbeza.

Seterusnya, saya bercadang agar pengangkutan untuk ke lokasi kajian lapangan disediakan. Hal ini sangat membantu saya dan rakan-rakan lain untuk menjalankan tugasan ini dengan lancar dan sempurna di samping itu juga keselamatan kami akan turut terjamin. Akhir sekali, saya mencadangkan agar kami diberikan sedikit sumbangan kewangan untuk membeli bekalan makanan sepanjang perjalanan kami ke lokasi kajian lapangan agar kami sentiasa bertenaga dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.