edu 1 isl m10

7
ISL M10 Tokoh-tokoh Pendidik Negara PENDETA ZABA DALAM KENANGAN Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba. Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam. 3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji. Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915. Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu. Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagaijuruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura. Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur. Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah- sekolah Melayu. Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'. Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu. Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua. Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing. Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu. Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu. Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah

Upload: shawhwa

Post on 20-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 1 ISL M10

ISL M10

Tokoh-tokoh Pendidik Negara

PENDETA ZABA DALAM KENANGAN

 Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Zaba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915.     Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagaijuruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua.  Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.   Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.  Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi

Page 2: EDU 1 ISL M10

ISL M10

penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.     23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.  Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.

AMINUDDIN BAKI ~ Modal tokoh pendidik

SEMALAM genap 42 tahun Allahyarham Aminuddin Baki yang dianggap sebagai arkitek pendidikan kebangsaan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Namun, adakah wajar semangat pelopor pendidikan kebangsaan ini dibiarkan terperosok dalam lipatan sejarah tanpa kesungguhan kita untuk menghayati dan mengukuhkan usaha yang telah dilakukannya?

Pemergian beliau dalam usia 39 tahun itu merupakan satu kehilangan yang besar bagi bangsa Malaysia. Malah, Ungku Aziz berpendapat, Aminuddin Baki dijangka memberi impak yang hebat dalam negara ini jika beliau masih hidup selepas Tragedi 13 Mei.

Aminuddin Baki yang telah dilahirkan pada 26 Julai 1926 di Chemor, Perak adalah tokoh pendidikan terulung yang memiliki iltizam tinggi dalam memperjuangkan pendidikan berkualiti di kalangan anak-anak Melayu. Beliau yakin bahawa pendidikanlah pelaburan penting bangsa Melayu bagi mencapai kemajuan.

Beliau juga dikatakan pelopor kepada penulisan esei kritikan yang lantang dan berani. Terdapat sebuah catatannya bertulisan jawi yang menggambarkan sikap dan perjuangannya dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Catatan tersebut yang masih tersimpan di Arkib Negara diberi tajuk ’Anak Kandung, Anak Angkat’ mungkin novel yang akan dikarangnya.

Page 3: EDU 1 ISL M10

ISL M10

Beliau ingin menyedarkan masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta pusaka yang dimiliki agar tidak tergadai di tangan penjajah dan kaum pendatang.

Aminuddin Baki bukan sekadar pendidik malah birokrat dan perancang yang memiliki semangat nasionalis yang tinggi. Pejuang Melayu tulen ini banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan mempelopori pelbagai aspek pendidikan negara seperti kurikulum, bahasa pengantar, pentadbiran dan Falsafah Pendidikan Negara.

Tidak hairanlah, Aminuddin Baki dikenal sebagai ‘ensiklopedia bergerak’ kerana pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti latihan perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan, pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam pengetahuannya. Beliau sememangnya memiliki pengalaman, minat dan kesungguhan dalam menyediakan tapak kepada sistem pendidikan kebangsaan.

Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila dalam usia 36 tahun telah menjadi pegawai termuda untuk jawatan Ketua Penasihat Pelajaran yang merupakan jawatan tertinggi dalam bidang pendidikan tanah air. Ternyata, Aminuddin Baki tidak mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terbina atas usahanya.

Bersama-sama Abdullah Ayob, mereka mengasaskan GPMS di Universiti Malaya Singapura sebagai wahana pencetus kesedaran kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS sering mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.

Aminuddin Baki menyedari kedudukan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran masih jauh terkebelakang kerana peluang pendidikan yang amat terhad. Ketika itu, belum wujud lagi sekolah menengah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sebahagian besar sekolah Melayu cuma menawarkan tempat sehingga Darjah Lima. Hanya mereka yang tamat Darjah Enam akan diserap menjadi guru pelatih sekolah Melayu.

Lantaran bimbang dengan pengaruh agama Kristian, tidak ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris kerajaan juga masih sedikit bilangannya.

Oleh itu, demi memenuhi matlamat perjuangan GPMS, Aminuddin Baki memilih untuk terus menjadi tenaga pengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) walaupun memiliki kelayakan yang membolehkannya menduduki jawatan yang lebih besar.

Beliau menyedari penglibatan menyeluruh dan kejayaan anak bangsanya dalam pelajaran bergantung kepada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Oleh itu, sekolah kebangsaan (SK) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diwujudkan. Selain demi kelangsungan pendidikan anak-anak Melayu, beliau juga menyedari sistem pendidikan

Page 4: EDU 1 ISL M10

ISL M10

kebangsaan adalah alat bagi mencapai perpaduan kaum.

Iltizam dan kesungguhan perjuangan mengangkat martabat pendidikan kebangsaan yang telah dirintis oleh Aminuddin Baki harus dijadikan pedoman dan terus digilap oleh generasi kini. Penggubal dasar, golongan pentadbir pendidikan dan para pendidik sehinggalah para pelajar, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya bertanggungjawab melaksanakan amanah dalam memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.

Pemerkasaan sekolah kebangsaan, penekanan kecemerlangan pendidikan di kalangan anak-anak Melayu serta pengukuhan kembali fungsi bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan tanah air haruslah tidak dipinggirkan atas alasan tumpuan menghadapi arus globalisasi.

Arus globalisasi bukannya penghalang untuk kita memperkasakan pendidikan kebangsaan. Sebaliknya, manfaat yang ada daripada dunia tanpa sempadan itu dijadikan alat bagi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, tekad dan kesungguhan politik di kalangan pemimpin kini terutama UMNO amat diperlukan.

Pendidikan kebangsaan menyediakan asas yang kukuh bagi kelangsungan jati diri bangsa Malaysia. Aspek tersebut perlu diberi penekanan jika kita mahu muncul sebagai pemain global bukan sekadar hanya tahu menerima dan menggunakan apa sahaja lambakan nilai globalisasi.

Hakikatnya, kita memerlukan lebih ramai insan seperti Aminuddin Baki bagi menjayakan matlamat pengukuhan dan penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan. Diharapkan obor perjuangannya tidak malap dan padam ditiup oleh pihak yang pasrah dan taksub dengan fahaman globalisasi dan liberalisasi

 Tan Sri Dato' DR. Awang Had Bin Salleh

  Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh dilahirkan di Kampung Bagan Pulau Betong, Mukim Balik Pulau, Pulau Pinang pada hari Ahad, 24 Jun 1934 dan dibesarkan di Kedah sejak berumur kira-kira lima tahun. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di Sekolah Melayu Seberang Perak Laki-laki (sehingga darjah IV) dan Sekolah Melayu Sungai Korok Lama (sehingga darjah VI) - kedua-duanya itu di Alor Setar.

  Pendidikan lanjutan beliau ialah menerusi kelas khas sebelah petang di Sultan Abdul Hamid College yang diadakan untuk sebilangan Guru Melayu. Ini diikuti dengan pengambilan

Page 5: EDU 1 ISL M10

ISL M10

peperiksaan LCE (akhir 1956). Beliau kemudiannya belajar dengan sendiri untuk peperiksaan FMCE (akhir 1957) dan HSC (akhir 1959). Beliau masuk ke Universiti Malaya (1961-1964) dengan Biasiswa Kerajaan Persekutuan dan memperolehi Ijazah BA (Hons) dan kemudiannya mengikuti Program Bed secara sambilan (1966-68). Beliau melanjutkan pelajaran ke Standford University (1969-1972) menerusi Fellowship UM-Asia Foundation dan memperolehi PhD dalam Pendidikan dan Sosiologi.

  Pendidikan profesional beliau bermula dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College (1951-1954). Pendidikan profesional yang kedua diperolehinya dengan mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Guru Pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar, Kedah dalam tahun 1950. Setelah tamat pengajian di SITC, beliau mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar 1954-1956. Beliau ditukarkan ke Sultan Abdul Hamid College, sebagai Guru Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1957. Tempoh khidmatnya di situ dimanfaatkannya untuk menyediakan diri untuk mengambil peperiksaan FMCE pada akhir tahun tersebut. Setelah tamat pengajian di Maktab Bahasa, beliau kembali bertugas di SAHC hingga ke pertengahan tahun. Selepas itu beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah di Day Training Centre, Alor Setar sehingga menyambung pelajaran ke Universiti Malaya pada pertengahan 1961.

  Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran dalam Perkhidmatan Pelajaran Persekutuan dan ditugaskan sebagai Pensyarah di Maktab Bahasa. Mulai 1966, beliau memulakan khidmat sebagai tenaga akademik di Universiti Malaya sehingga 1978. Semasa dalam perkhidmatan di Universiti Malaya, beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah, Pensyarah, Profesor Madya dan akhirnya Profesor. Dari segi pentadbiran pula, beliau pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Pendidikan dan kemudiannya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

  Kemudian, beliau dipinjamkan ke ITM sebagai Pengarah (1978-1980). Selepas itu, beliau dipinjamkan pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Naib Canselor (1980-1984). Bila Universiti Utara Malaysia ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Naib Canselor yang pertama (1984-1989). Selepas persaraan di UUM, beliau berkhidmat sebagai Penasihat

  Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang.

  Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975).

  Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.