editorial wacana ketua editor - archive.unimas.my · latihan dan penilaian, bahagian pembangunan...

16
PERSADA JAN-MAC | 2009

Upload: truongdung

Post on 17-Sep-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSADA JAN-MAC | 2009

PERSADA JAN-MAC | 20092 PERSADA JAN-MAC | 2009

Editorial

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya permulaan tahun 2009 tampak begitu cerah.

UNIMAS pada Januari 2009 telah menerima kunjungan Duta Jepun untuk dialog bersama dengan pelajar dan kakitangan UNIMAS berkenaan tentang Earth Cool 50 dan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Dalam pada itu, dalam usaha untuk merancakkan suasana di kampus, UNIMAS telah menganjurkan Karnival Sukan Air di Tasik UNIMAS, dan bersempena dengan itu, telah diadakan Hari Keluarga UNIMAS yang turut diwarnai denagn pelbagai aktiviti yang menarik.

Dan bagi pihak UNIMAS, kami ingin mengucapkan tahniah! kepada penyelidik-penyelidik UNIMAS yang telah berjaya meraih pingat pada Ekspo Teknologi Malaysia 2009 (MTE 2009) yang berlangsung pada 19-21 Februari 2009 di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Semoga kita akan terus berolehi keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam usaha-usaha kita yang seterusnya.

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

EditorRabiah Bujang

Penolong EditorNorinda K. Su’ut

WartawanErwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

Abg Zainuddin B Abg Sharkawi

JurufotoHj Bujang Mohamad

EdaranRoderick Rojis

SumbanganCanselori

Pejabat BendahariBahagian Pembangunan &

Pengurusan Sumber ManusiaPusat Khidmat Maklumat Akademik

MASNITAUnit Kesihatan Pelajar

Kesatuan Kakitangan Am UNIMASUnit Sukan

Bahagian Hal Ehwal PelajarPusat Pengajian Siswazah

Pusat Pembelajaran GunaanDan Multimedia

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

WacanaKetua Editor

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam

keadaan sedar atau tidak"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna

daripada kesenangan yang terus-menerus"

Mutiara Kata

PERSADA JAN-MAC | 2009 3

Duta Jepun berkunjung ke UNIMASPendidikan amat penting di mana sahaja di dunia ini untuk memajukan sesebuah negara terutama negara yang sedang membangun, demikian menurut Duta Jepun Ke Malaysia Masahiko Horie. Menurut beliau lagi sehingga kini seramai 12,000 rakyat Malaysia belajar di Jepun dan mempunyai kerjaya dalam pelbagai sektor di Malaysia. Pendidikan di Jepun lebih m e n g u t a m a k a n kepada subjek matematik, kimia dan biologi.

Beliau berkata demikian ketika berdialog dengan pelajar dan kakitangan UNIMAS tentang Earth Cool 50 dan Tenaga Diperbaharui, Cadangan dan Pengalaman Jepun, di Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), Kampus Barat UNIMAS pada 21 Januari 2009. Beliau dalam rangka lawatan sehari ke Universiti Malaysia Sarawak.Dalam dialog tersebut beliau juga menjelaskan bahawa Jepun telah melabur sebanyak USD30 juta untuk projek Cool Earth Promotion Plan untuk memajukan inovasi teknologi dan pengurungan karbondioksida di Jepun pada tahun 2020. Beliau menyeru agar lebih banyak

negara menyertai program berkenaan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Beliau juga menambah bahawa kini Jepun mampu membebaskan diri daripada pencemaran udara, sungai dan alam sekitar

hasil kerja keras pelbagai pihak selepas lebih 30 tahun bergelumang dengan masalah p e n c e m a r a n .W a l a u p u n p e r t u m b u h a n ekonomi Jepun cukup pesat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berganda namun p e n g g u n a a n

tenaga dapat dikekalkan pada tahun yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jepun juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara dalam senarai teratas di dunia dalam aspek pemuliharaan alam sekitar.Terdahulu daripada itu, dalam sidang media, beliau juga menyentuh mengenai Universiti Teknologi Malaysia Jepun (MaJU) yang akan mula beroperasi pada bulai Julai 2009 yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan adanya universiti ini, pelajar di Malaysia akan mempunyai lebih banyak pilihan

untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pengambilan pertama akan melibatkan pelajar seramai 70 orang dengan beberapa tenaga pengajar daripada pelbagai universiti di Jepun.

MaJu akan menggunakan kaedah pendidikan Jepun dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dan akan memfokus

kepada bidang kejuruteraan elektronik.Turut hadir dalam ceramah dan sidang media beliau ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Khairuddin Ab Hamid, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Madya Muhd Fadzil Abdul Rahman dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Peter Songan.

Untuk memantapkan lagi tahap kemahiran dan kefahaman dalam mengendalikan urusan perolehan di Pusat Tanggungjawab masing-masing, Pejabat Bendahari dengan kerjasama Unit Latihan dan Penilaian, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia UNIMAS telah menganjurkan Bengkel Sistem Perolehan Siri 1/2009 pada 4 hingga 5 Februari 2009 bertempat di Bilik Belian, Kampus Timur, Kota Samarahan. Seramai 47 orang peserta telah menghadiri bengkel dua hari tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Puan Alifah Adenan, Penolong Pendaftar, Unit Latihan dan Penilaian, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia.Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Zubaidah Abdul Ghani, Ketua Penolong Bendahari serta dibantu oleh pemudahcara yang terdiri daripada staf bahagian kewangan.

Pemantapan Sistem Perolehan UNIMAS

Sepanjang bengkel tersebut, para peserta telah didedahkan tentang tatacara pembelian terus, tatacara sebutharga, tatacara tender serta pentadbiran kontrak. Di antara objektif penganjuran bengkel tersebut adalah bagi memberi pengetahuan dan kefahaman kepada para peserta tentang urusan perolehan di Pusat Tanggungjawab masing-masing selain dapat meningkatkan pengetahuan tentang perlaksanaan tatacara pembelian terus terkini dalam proses permohonan perolehan.Selain itu, bengkel yang dianjurkan ini dapat memantapkan lagi tahap kemahiran dan mutu kerja peserta dalam aplikasi tatacara perolehan selain dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang peranan dan tanggungjawab di dalam memproses permohonan perolehan sesuai dengan tugas yang dijalankan di pusat Tanggungjawab masing-masing.

Editorial

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya permulaan tahun 2009 tampak begitu cerah.

UNIMAS pada Januari 2009 telah menerima kunjungan Duta Jepun untuk dialog bersama dengan pelajar dan kakitangan UNIMAS berkenaan tentang Earth Cool 50 dan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Dalam pada itu, dalam usaha untuk merancakkan suasana di kampus, UNIMAS telah menganjurkan Karnival Sukan Air di Tasik UNIMAS, dan bersempena dengan itu, telah diadakan Hari Keluarga UNIMAS yang turut diwarnai denagn pelbagai aktiviti yang menarik.

Dan bagi pihak UNIMAS, kami ingin mengucapkan tahniah! kepada penyelidik-penyelidik UNIMAS yang telah berjaya meraih pingat pada Ekspo Teknologi Malaysia 2009 (MTE 2009) yang berlangsung pada 19-21 Februari 2009 di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Semoga kita akan terus berolehi keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam usaha-usaha kita yang seterusnya.

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

EditorRabiah Bujang

Penolong EditorNorinda K. Su’ut

WartawanErwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

Abg Zainuddin B Abg Sharkawi

JurufotoHj Bujang Mohamad

EdaranRoderick Rojis

SumbanganCanselori

Pejabat BendahariBahagian Pembangunan &

Pengurusan Sumber ManusiaPusat Khidmat Maklumat Akademik

MASNITAUnit Kesihatan Pelajar

Kesatuan Kakitangan Am UNIMASUnit Sukan

Bahagian Hal Ehwal PelajarPusat Pengajian Siswazah

Pusat Pembelajaran GunaanDan Multimedia

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

WacanaKetua Editor

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam

keadaan sedar atau tidak"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna

daripada kesenangan yang terus-menerus"

Mutiara Kata

PERSADA JAN-MAC | 2009

Bantuan ZakatKepada Pelajar yang Memerlukan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, mengingatkan pelajar agar menggunakan wang sumbangan zakat dengan cara berhemah dan jangan disalahgunakan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, para pelajar haruslah bijak mengurus kewangan secara efektif dan terancang seperti menanam sifat suka menabung. Menabung akan dapat menjana kewangan secara teratur dan ini akan mengelakkan penuntut daripada

berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan cek zakat Bank Islam Malaysia Berhad di Auditorium, Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Kampus Barat, UNIMAS pada 23 Januari 2009. Seramai 140 pelajar UNIMAS layak menerima bantuan zakat tersebut.Seterusnya beliau juga berharap agar dengan bantuan ini sedikit

sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para pelajar dan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian dalam keadaan selesa. Majlis penyerahan cek zakat tersebut turut dihadiri wakil Bank Islam Malaysia Berhad iaitu Encik Abdul Mallek Abdullah selaku Pengurus Kawasan, Pejabat Wilayah Malaysia Timur, Dekan Pusat Pemajuan Pelajar, Dr. Othman Bojo, timbalan-timbalan dekan, wakil Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS serta para

pelajar UNIMAS yang bakal menerima bantuan zakat daripada pihak Bank Islam.Dalam majlis yang sama Encik Abdul Mallek Abdullah telah menyerahkan cek kepada Prof. Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, sambil disaksikan oleh mereka yang hadir. Bank Islam Malaysia Berhad telah menyumbang zakat sebanyak RM30,000 kepada UNIMAS untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerima bantuan zakat.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Encik Abdul Mallek Abdullah oleh Timbalan Naib Canselor.

Kitar Semula:Alam Terpelihara, Manusia Sejahtera

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Program Kempen Kitar Semula untuk meningkatkan kesedaran dikalangan mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan kitar semula dalam memulihara alam sekitar.

Program itu adalah anjuran Kolej Bunga Raya dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Samarahan (MDS) bertemakan Kitar Semula: Alam Terpelihara, Manusia Sejahtera dan disempurnakan oleh Pengetua Kolej Bunga Raya, Dr Sopian Haji Bujang.

Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menyemarakkan lagi program itu, antaranya senamrobik, gotong-royong, pertandingan reka cipta, pameran kita semula, pertandingan karaoke lagu hijau dan pertandingan deklamasi sajak.

Menurutnya, pihak UNIMAS mahu menyemai sikap mencintai alam sekitar di kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti itu.

“Kita mahu mendidik mahasiswa dan mahasiswi supaya tidak mengabaikan kepentingan memulihara alam sekitar supaya ia terus berkekalan,” kata Dr Sopian. Katanya program yang dilaksanakan itu juga dapat mengalakkan amalan membuang sampah yang betul, disamping mengamalkan gaya hidup yang bersih dalam kehidupan harian.

“Melalui program seumpama ini kita dapat mengeratkan perpaduan antara kaum serta memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar”, ujarnya.

4 PERSADA JAN-MAC | 2009

PERSADA JAN-MAC | 2009 5

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku IlmiahDalam usaha untuk menggalakkan penulisan ilmiah dalam kalangan ahli akademik UNIMAS, Bahagian Penerbitan telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku Ilmiah yang bertemakan Pindah Tesis ke Buku pada awal tahun 2009. Ia bertujuan untuk membantu ahli akademik UNIMAS mengupas dan mengubah tesis yang sedia ada kepada bentuk buku yang lebih mudah diterima oleh pembaca umum. Dua bengkel berasingan telah diadakan untuk tujuan tersebut.

Bengkel yang pertama telah diadakan pada 12-13 Januari 2009, khusus untuk ahli akademik yang terlibat dalam penyelidikan sains sosial dan kemasyarakatan, di Pusat Peranginan Pantai Damai, Kuching. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Dato’ Dr Abdul Rahman Embong.

Bengkel yang kedua telah diadakan ditempat yang sama pada 23-24 Mac 2009 dan menumpukan kepada kalangan penyelidik daripada Sains dan Teknologi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Muhamad Yahya, juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

PERSADA JAN-MAC | 20096

Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dengan kerjasama Unit Kesihatan Pelajar (Klinik UNIMAS) telah menganjurkan ceramah Kesihatan Kulit dan kesan matahari bertempat di Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UNIMAS pada 22 Januari 2009.

Majlis ceramah kesihatan berkenaan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu, Dr. Pubalan Muniandy, pakar perunding Dermatologi, Hospital Umum Sarawak. Program ceramah berkenaan turut di hadiri oleh Yang Dipertua MASNITA iaitu Puan Dayang Mariani Abg Zain, ahli-ahli MASNITA, dan warga UNIMAS. Di antara objektif penganjuran ceramah berkenaan adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan penjagaan kulit dengan penggunaan produk-produk kecantikan serta kesan sinaran matahari kepada kulit serta mengetahui faktor penyebab kepada masalah kulit. Selain itu, penceramah juga turut memberikan beberapa contoh penyakit kulit yang sering dihadapi oleh masyarakat

serta kaedah rawatan yang harus dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan. Selain itu, pihak MASNITA juga turut membuka kaunter keahlian, bagi menarik penyertaan ahli baru. Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan telah disempurnakan oleh Yang DiPertua MASNITA Puan Dayang Mariani Abg Zain.

Universiti merupakan wadah kepada pengembangan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat disekitarnya. Atas peripentingnya ilmu pengetahuan dan bagaimana peranan warga UNIMAS dalam menguruskan maklumat dan sumber ilmu, maka Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan Unit Latihan, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM) UNIMAS telah mengadakan bengkel ‘Knowledge Management’ dengan dibantu oleh konsultan daripada Paradigm System Bhd. Bengkel ini telah berjaya diadakan pada 3 Mac 2009 di Bilik Mesyuarat PKMA. Bengkel satu hari ini telah disampaikan oleh dua orang moderator Paradigm System Bhd iaitu Encik Goh Keng Yew dan Cik Felicia Kingham.Seramai 35 orang peserta telah menghadiri

bengkel ini yang terdiri daripada dekan, timbalan dekan, ketua pustakawan, ketua program, kakitangan akademik serta ketua bahagian dan unit di kalangan pegawai pengurusan dan profesional UNIMAS.Antara objektif bengkel adalah memperkenalkan konsep Knowledge Management (KM) serta membudayakannya sama ada di jabatan, bahagian, pusat dan fakulti dalam UNIMAS. Selain itu melalui KM juga diharap dapat memantapkan lagi pengurusan dan transaksi kerja terutama dalam penyediaan sistem kerja yang bersistematik.Di dalam bengkel tersebut juga para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah KM antaranya ialah teknik mengintepretasi serta menganalisis data, teknik dan konsep SECI model dengan melihat kepada

kepentingan dalam mengaplikasikan tacit dan explicit ilmu pengetahuan. Konsep KM yang berkait rapat dengan proses pengurusan dan penghasilan inovasi dan kreativiti turut menjadi fokus perbincangan. Selain itu para peserta juga turut diperkenalkan dengan teknik Knowledge Café dalam percambahan idea dan penyelesaian isu-isu yang mempunyai jurang yang menjadi faktor penting dan penentuan kepada sesuatu kejayaan organisasi. PKMA berharap agar konsep KM ini dapat dijadikan satu budaya yang berterusan dikalangan warga UNIMAS. Kejayaan Universiti bukan setakat diukur dari segi statistik graduan dan keadaan persekitarannya sahaja tetapi juga harus dinilai sejauhmana keberkesanannya menerapkan budaya ilmu itu sendiri dikalangan warganya.

Ceramah penjagaan kulit dan kesan matahari

Pengurusan maklumat yang berkesanOleh: Valentino bin Abu Bakar

PERSADA JAN-MAC | 2009 7

Bagi memeriahkan lagi aktiviti sempena Karnival Sukan Air Antara Jabatan/Fakulti UNIMAS 2009 pada 31 Januari 2009, Kesatuan Kakitangan Am UNIMAS (KESAUMAS) dengan kerjasama Unit Sukan UaNIMAS telah menganjurkan Hari Keluarga UNIMAS di dataran tasik UNIMAS, Kampus Barat. Tujuan penganjuran hari keluarga tersebut adalah bagi memeriahkan lagi karnival sukan air antara jabatan/fakulti disamping dapat mengeratkan hubungan siratulrahim

Sempena Hari keluarga UNIMAS pada 31 Januari 2009, Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti “Food Fair & Car Boot Sales” yang diadakan di tempat letak kereta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Kampus Barat, UNIMAS.

Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan daripada warga UNIMAS dan setiap peniaga tidak dikenakan caj bayaran bagi sewa tapak. Berbagai-bagai aktiviti jualan telah diadakan antaranya ialah jualan kuih-muih, pakaian serta perhiasan manik.

Sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan di salurkan ke Tabung Kemanusiaan Gaza bagi membantu penduduk Gaza yang kini bergantung hidup kepada bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia.

Food Fair & Car Boot Sales

Hari Keluarga UNIMAS Meriah

antara antara staf dan warga UNIMAS. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pemangku Pendaftar, Encik Ahmad Bin Katang.

Pelbagai acara telah diadakan sempena hari tersebut, antaranya pertandingan memancing, menganyam ketupat, pertandingan dart, pertandingan mengisi air dalam botol dan mencari gula-gula dalam tepung.

PERSADA JAN-MAC | 20098

Pengiktirafan pensijilan MS ISO merupakan elemen penting kejayaan sesebuah organisasi iaitu dengan melihat proses kerja yang sistematik, berkesan serta usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam setiap transaksi kerja yang dilaksanakan. Sejajar dengan itu Pusat Khidmat Maklumat dan Akademik (PKMA) begitu komited dan berusaha ke arah Pensijilan MS ISO 9001: 2008.

Semasa audit Pengurusan UNIMAS membuat pembentangan dihadapan auditor SIRIM pada 2008, pihak auditor SIRIM telah mencadangkan agar UNIMAS dapat mengembangkan skop pensijilan mereka kepada semua PTJ di UNIMAS. Antara cadangan yang telah difikirkan oleh pihak PKMA ialah membuat lawatan ke beberapa buah perpustakaan di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Naib Canselor sendiri telah memberi sokongan dan galakan agar lawatan tersebut dapat diadakan.

Ekoran daripada cadangan tersebut satu sesi lawatan telah diadakan pada 16 dan 17 Februari yang lalu. Destinasi yang dipilih ialah Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, National University of Singapore (Central Library) dan National Library Board/Central Public Library of Singapore. Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dipilih kerana perpustakaan tersebut merupakan antara universiti terawal mendapat pengiktirafan

Pusat Khidmat Maklumat Pelajarke arah penambahbaikan berterusan

MS ISO. Deligasi PKMA diketuai oleh Ketua Pustakawan, Puan Margerat Simeng, Timbalan Ketua Pustakawan Puan Hajah Siti Sumaizan Ramli, Pustakawan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti, Encik Valentino Abu Bakar dan Encik Zaiden Sanyut, Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Encik Nasriman Abd Rahman, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Jaminan Kualiti.

Hasil daripada lawatan tersebut peserta rombongan dapat melihat skop pensijilan ISO, prosedur dan amalan perlaksanaan ISO di perpustakaan, berkongsi isu dan idea berhubung dengan piawaian ISO di Perpustakaan Awam Singapura. Selain itu PKMA juga berkongsi maklumat dan idea baru berhubung dengan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di Perpustakaan Awam Singapura.

Antara agenda utama yang berjaya dibincangkan ialah dari segi komitmen pengurusan. Sebagai contoh, Perpustakaan Sultanah Zanariah mempunyai Majlis Kualiti dalam usaha membudayakan kualiti dikalangan warganya. Selain itu pro dan kontra bagi skop pensijilan di bawah satu sijil untuk satu PTJ ataupun di bawah Universiti secara keseluruhannya turut diutarakan. Di antara isu lain ialah berhubung dengan kepakaran, bajet, kefahaman dan komitmen kakitangan, struktur sistem pengurusan serta dokumentasi manual kualiti.

Pelbagai idea, penemuan dan inovasi telah diperoleh PKMA dalam usaha menjadikan UNIMAS secara keseluruhannya dan PKMA secara khususnya sebagai tempat yang menjadi tumpuan warganya. PKMA amat berharap agar usaha menarik perhatian pengguna dapat diberi perhatian iaitu keperluan kepada ruang

santai dilengkapi dengan mesin layan diri makanan dan minuman. Elemen dekorasi seperti perabot yang menarik dan pelbagai di setiap sudut dan ruang di PKMA. Arca dan lukisan serta hasil seni juga perlu diambil kira kerana ianya menjadi nadi keceriaan bagi Pusat.

Antara yang menjadi agenda PKMA iaitu mewujudkan ruangan khas kepada pengguna untuk menggunakan telefon bimbit, ruang aktiviti pelajar agar PKMA menjadi rumah/kolej kedua bagi mereka. Eksekutif Knowledge Café yang dilengkapi dengan sudut café, PC, printer serta koleksi bahan di dalam subjek pengurusan untuk mantan pengurusan, pengurusan universiti serta kumpulan pengurusan & professional universiti turut dirancang.

Lawatan kualiti PKMA ini bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengalaman, melimpah buah fikiran lantaran tersusun perancangan dan tindakan untuk dijadikan tanda aras dalam setiap perkerjaan yang dilakukan demi untuk menambah baik dan menambah nilai bagi setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Lawatan tersebut telah mencapai objektifnya iaitu kunjungan ke semua tempat telah memberi impak yang mendalam kepada peserta rombongan untuk memperbaiki kelemahan yang ada disamping memberi idea untuk meningkatkan lagi sistem kemudahan di perpustakaan UNIMAS.

Valentino Abu Bakar | 27 Febuari 2009

PERSADA JAN-MAC | 2009 9

Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, UNIMAS telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Program Diploma Pascasiswazah (pengajaran dan pembelajaran) pada 20 Mac 2009 di Ballroom 1&2, Lobby Floor Hilton, Kuching. Seramai 24 orang pensyarah dari seluruh fakulti dan pusat telah berjaya menamatkan program tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan –timbalan Naib Canselor serta Dekan Pusat

Melahirkan Pendidik Cemerlang

Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UNIMAS sekali lagi telah di pilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Mesyuarat MDPS ke-20 tersebut telah diadakan pada 10 Januari 2009 di bilik mesyuarat CAUH, Kampus Barat. Objektif utama mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras dasar-dasar program siswazah dan membincangkan isu-isu semasa di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa bagi memantapkan pengajian siswazah di IPTA.

Mesyuarat dihadiri oleh seramai 64 orang yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar dari semua IPTA yang ada menawarkan program siswazah. Turut hadir adalah Pengarah/Dekan dari dua (2) IPTS iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Univerisiti Teknologi Petronas (UTP), seorang pegawai dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan seorang pegawai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sempena berlangsungnya mesyuarat tersebut, turut diadakan juga Pameran Pendidikan Ijazah lanjutan di aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar. Sebanyak lapan (8) buah universiti termasuk UNIMAS telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pada sebelah malamnya, satu majlis makan malam bagi meraikan ahli delegasi MDPS telah diadakan dan ianya turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Peter Songan.

Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah IPTA Malaysia 2008

Pembelajaran Gunaan dan Multimedia. Penganjuran program diploma tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf akademik dalam bidang penggunaan teknologi pendidikan selain memperkukuhkan kompetensi mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga bertujuan melatih para akademik dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, berkualiti tinggi bagi melahirkan pendidik yang cemerlang serta mengembangkan budaya kerjasama antara para akademik.

Selain majlis penganugerahan Diploma Pascasiswazah (pengajaran dan pembelajaran), turut diadakan juga majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Koordinator, fasilitator dan pegawai penilai program Diploma Pascasiswazah oleh Naib Canselor. Turut diadakan juga penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima anugerah “UNIMAS

Outstanding Online Course” dan juga penyampaian sijil penghargaan kepada ahli panel penilai anugerah tersebut. Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengiktiraf staf akademik yang telah berjaya menghasilkan pelbagai kegiatan pembelajaran, mesra pengguna serta memiliki reka bentuk pengajaran yang baik bagi kursus masing-masing yang ditawarkan pada semester 1 sesi 2008/2009 yang lalu.

Berpoco-poco – Makan Malam Meraikan Delegasi MDPS

Pameran Pendidikan Lanjutan di Level G, BHEP

PERSADA JAN-MAC | 2009

Tahniah! kepada penyelidik UNIMAS yang telah berjaya meraih pingat pada Ekspo Teknologi Malaysia 2009 (MTE 2009) yang berlangsung pada 19-21 Februari 2009 di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Sebanyak 460 produk daripada sektor kerajaan, universiti dan institusi penyelidikan telah dipamerkan dalam ekspo tersebut

UNIMAS telah berjaya mendapatkan 7 pingat dan hasil penyelidikan yang berjaya meraih pingat tersebut adalah seperti dibawah:

1. Utilization of Sago Bark Waste for Furniture Products ( Gold Medal for class D – Building, Architecture, Civil, Material, Woodwork) – Assoc Prof Dr Hj Khairul Aidil Azlin – Faculty of Applied and Creative Arts

2. The Potential of Buluh Betung (Dendrocalamus Giganteus) as Composite Materail in Local Furniture Manufacturing Industry ( Gold Medal for class D- Building, Architecture, Civil, Material, Woodwork) – Assoc Prof Dr Hj Khairul Aidil Azlin – Faculty of Applied and Creative Arts

3. BioPaste : Natural Paste for Textile Print ( Silver Medal for class T – Publicity, Printing, Packaging) – Dr Nazlina Shaari - Faculty of Applied and Creative Arts

4. Flexi Jacket : Practical Jacket for Recreational Activities ( Silver Medal for class L – Clothing, Textiles, Machines, Accessories ) – Norhayati Suleiman & Dr Nazlina Shaari - Faculty of Applied and Creative Arts

5. Composite Sago Waste: Sound Absorber Panels ( Silver Medal for class D - Building, Architecture, Civil, Material, Woodwork ) - Assoc Prof Dr Hj Khairul Aidil Azlin – Faculty of Applied and Creative Arts

6. Finger Extension Flexion Mechanism for Elderly and Stroke Patient (Bronze Medal for class M – Medicine, Surgery, Hygiene, Orthopaedics) – Shahrol Mohamaddan – Faculty of Engineering

7. Augmented Interactive Mobile Kiosk (AIM-Kiosk) : A Brand New Tool with Fabulous Marketing and Entertainment Applications (Bronze Medal for class T –Publicity, Printing, Packaging) – Dr Ng Giap Weng – Faculty of Cognitive Sciences and Human Development

UNIMAS Meraih Pingat pada Ekspo Teknologi Malaysia 2009

Bersempena dengan Minggu Kejuruteraan pada 30-31 Mac 2009, Ekspo Kejuruteraan pertama yang memaparkan hasil-hasil penyelidikan pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS. Sebanyak 47 buah poster telah dibentangkan pada ekspo tersebut yang bertujuan untuk mengetengahkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar tahun akhir terbabit.

Ekspo Kejuruteraan 2009

10

PERSADA JAN-MAC | 2009

UNIMAS 3 telah muncul juara pertandingan Darts Tiga Sepasukan antara jabatan-jabatan kerajaan di Kota Samarahan anjuran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan pada 17-18 Januari 2009. UNIMAS 3 dibarisi oleh Encik Salim Langgoi, Encik Isa Agun dan Encik Ghazali Tambi. Johan pertandingan menerima wang tunai berjumlah RM200, piala dan medal, Naib johan dimenangi oleh pasukan RTM A, menerima wang tunai RM150,

Unit sukan dengan kerjasama kolej-kolej kediaman telah menganjurkan acara Olahraga Kejohanan Sukan Antara Kolej-kolej Kediaman UNIMAS Sesi 2008/2009 pada 7 hingga 8 Februari 2009 bertempat di Stadium Mini, Kota Samarahan. Sebanyak 8 buah Kolej Kediaman telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Mohd Fadhil Abdul Rahman.

Berbagai-bagai acara telah dipertandingan pada kejohanan

RUANGAN SUKAN

UNIMAS Juara Dartspiala dan pingat, tempat ke-3 pasukan Perubatan menerima wang tunai RM100, piala dan medal dan tempat ke-4 pasukan dari Jabatan Akauntan Negara menerima piala dan pingat.

Dalam pertandingan itu, Encik Salim Langgoi, telah memenangi dua hamper bagi kategori highest check dan highest check bull eye.

Majlis perasmian pertandingan tersebut telah dilakukan oleh Pengarah ILP, Encik Azhari Bin Ibrahim. Sebanyak 48 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kelab dart UNIMAS telah menghantar lima pasukan dalam pertandingan selama dua hari tersebut yang dijalankan di Dewan Serbaguna ILP Kota Samarahan.Format pertandingan tersebut ialah,

bagi pusingan pertama, setiap pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan pertandingan dijalankan secara liga, sementara bagi pusingan kedua adalah mengikut format “kalah mati” .

Antara objektif pertandingan ialah bagi mengenali dengan lebih rapat sesama jabatan kerajaan di Kota Samarahan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kakitangan kerajaan. Pertandingan yang dijalankan ini dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan peserta yang bertanding selain memupuk minat dikalangan kakitangan untuk menceburi sukan dart serta mempromosikan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan kepada jabatan lain.Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Encik Iskandar Bin Kamaruddin.

Kejohanan Sukan Olahraga Antara Kolej-kolej Kediaman UNIMAS

tersebut antaranya ialah acara 100M, acara lompat jauh, merejam lembing, lontar peluru, melempar cakera dan sebagainya.

Kejohanan tersebut merupakan salah satu aktiviti atau program untuk kolej kediaman. Selain itu, penganjuran kejohanan tersebut ialah bagi mengalakan penyertaan aktif pelajar-pelajar kolej dalam bidang sukan selain dapat melahirkan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap kolej. Dengan penganjuran tersebut dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dikalangan pelajar serta mencungkil bakat-bakat

baru untuk mewakili Universiti ke Sukan MASUM dan sebagainya.

Dalam kejohanan tersebut, Kolej Kenanga telah muncul juara dengan pungutan pingat 8 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa, Naib johan Kolej Cempaka dengan 6 Emas, 3 Perak dan 3 Gangsa manakala tempat ke-3 ialah Kolej Allamanda dengan 5 Emas, 3 perak dan 4 Gangsa.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Dr. Sofian Haji Bujang, Pengerusi, Lembaga Kolej Kediaman.

11

PERSADA JAN-MAC | 2009

Karnival Sukan Air UNIMAS meriah

Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menganjurkan Karnival Sukan Air Antara Jabatan/Fakulti UNIMAS 2009 pada 31 Januari yang lalu. Ini merupakan tahun ke-3 UNIMAS menganjurkannya di Tasik UNIMAS, Kampus Barat, Kota Samarahan bagi merebut Piala Pusingan Naib Canselor.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Pendaftar, Encik Ahmad bin Katang yang mewakili Naib Canselor UNIMAS. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kerana telah berjaya merealisasikan karnival tersebut

menjadi kenyataan. Menurut beliau karnival yang diadakan ini merupakan antara program yang dirancang oleh pihak pengurusan UNIMAS dalam usaha untuk mengalakkan penyertaan aktif dikalangan kakitangan UNIMAS selaras dengan hasrat Naib Canselornya, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid yang ingin melihat suasana kampus yang ceria dan diserikan dengan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh staf dan pelajar.

12 pasukan telah mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Pelbagai kategori acara kayak dan bot getah telah dijalankan termasuklah acara bot getah bagi VIP. Semua peserta telah menunjukkan kesunggguhan dan kehebatan masing-

masing bagi menjuarai setiap pertandingan. Cabutan bertuah turut diadakan bagi pengunjung yang hadir menyaksikan pertandingan di karnival tersebut.

Johan keseluruhan karnival telah dimenangi oleh pasukan BHEP/PPP, tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan Pejabat Pendaftar dan tempat ke-3 pula dimenangi oleh pasukan FSTS Baywatch. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS.

RUANGAN SUKAN

12 PERSADA JAN-MAC | 2009

Relek sekejap...

PERSADA JAN-MAC | 2009

2 x lebih cepat…Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya

mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan

sahaja”. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya “Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”

“Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.

ACARA/PEMENANG

BIL

ACARA/PEMENANG

1.

Bot Getah – Wanita Johan - Saluma/Saprina/Siti Khatijah/Siti Noor Amira (BHEPA/PPP) N/Johan - Rafidah/Suriati/Masjiah/Crispine (CAIS/CICTS) Tempat Ke-3 – Doris/Noralifah/Norliza/Suriati (FSKTM/CALM)

9.

TK1 (Explorer) – Perseorangan Lelaki Johan - Mahadir Hassan (BPA) N/Johan - Mohd Tarmimin (Pej Pendaftar) Tempat Ke-3 – Tn Hj Zakaria Abdullah (FSKPM/FSGK/PPB)

2.

Bot Getah (Lelaki) Johan - Jansen/Mohd Naijb/Farizal/Salleh (PEJ PENDAFTAR) N/Johan - Mohd Rafbil/Matjidi/Musa/Roslie (B PA) Tempat Ke-3 – M Nurfazillah/M Nurazlan/Sukaimi/Nazli (FSTS BAYWATCH)

10.

TK2 (Fibre) – Bergu Wanita Johan - Siti Jamliah Jamel/Zeti Akhtar Manan (FSTS BAYWATCH) N/Johan - Meria Rantis/Haliza Bujang (FEP/FSS/IPAT) Tempat Ke-3 – Sabtuyah Kamil/Mariati Eshak (BHEPA/PPP)

3.

Bot Getah (Campuran) Johan - Hanifah/Mariati/Wagner/M Fudzil (BHEPA/PPP) N/Johan - Jimmy/Neil/Mardiah/Racha (CAIS/CICTS) Tempat Ke-3 – M Najib/Richard/fatimah/Kamlia (FSTS BAYWATCH)

11.

TK2 (Ocean) – Bergu Campuran Johan - Malek Sani/Idawati Razali (BHEPA/PPP) N/Johan - Zaini Ibrahim/Rosnah Tudin (Pej Pendaftar) Tempat Ke-3 – Samsina Serah/Khairul (Canselori)

4.

TK2 (Ocean) – Bergu Lelaki Johan - Yusaimi An/Mohd Faidzul Rizal (BPA) N/Johan - Rajuna Tahir/Aziz Ajim(FSTS BAYWATCH) Tempat Ke-3 – Jumaat Sharif/Zambri Sarkawi (BHEPA/PPP)

12.

TK1 (Explorer) – Perseorangan Wanita Johan - Safrina Husaini (BHEPA/PPP) N/Johan - Suraini Mohem (Pej Pendaftar) Tempat Ke-3 – Samsina Serah (Canselori)

5.

TK1 (Fibre) – Perseorangan Wanita Johan - Elizabeth Suni (FSKTM/CALM) N/Johan – Suhaan Mohamad (BHEPA/PPP) Tempat Ke-3 – Siti Asmah Mas (BPA)

13.

TK2 (Fibre) – Bergu Lelaki Johan - Mohd Abd Aziz/Dahlan Ramli (FSTS BAYWATCH) N/Johan - Abd Afzie Alfie/Junaidi Morshidi (BHEPA/PPP) Tempat Ke-3 – Jamil Amin/Roslie Remin (BPA)

6.

TK2 (Explorer) – Bergu Lelaki Johan - Sarkawi Taha/Mohd hairullizam (Pej Bendahari) N/Johan - Prof Madya Dr Othman Bojo/Ilmas Salus (BHEPA/PPP) Tempat Ke-3 – Jamli Razami/Musa Norisi (BPA)

14

TK2 (Explorer) – Bergu Campuran Johan - Siti Asmah Mas/Mahadir Hassan (BPA) N/Johan - Hamsin Hussien/Masitah (Pej Pendaftar) Tempat Ke-3 – Mohd Farizwan/Maimun (FK)

7.

TK2 (Fibre) – Bergu Campuran Johan - Hardy Suntol/Suhana Mohamad (BHEPA/PPP) N/Johan - Mohd Tarmimin/Entri Julie (Pej Pendaftar) Tempat Ke-3 – Bujang Achis/Elizabeth Suni (FSKTM/CALM)

15

TK1 (Fibre) – Perseorangan Lelaki Johan - Hardy Suntol (BHEPA/PPP) N/Johan - Sarkawi Taha (Pej Bendahari) Tempat Ke-3 – Bujang Achis (FSKTM/CALM)

8

TK2 (Ocean) – Bergu Wanita Johan - Saluma Muhamad/Nas Sampeii (BHEPA/PPP) N/Johan – Hasmiza/Siti Fazilah (FK) Tempat Ke-3 – Sukiah Marais/Khatijah (FEP/FSS/IPAT)

16.

TK2 (Explorer) – Bergu Wanita Johan - Veronica/Zaidatul Madihah (Pej Pendaftar) N/Johan - Ismawati Razali/Maimun (FK) Tempat Ke-3 – Zeti Akhtar/Jamliah Jamel (FSTS BAYWATCH)

Keputusan berpasukan keseluruhan:

Johan & piala pusingan : BHEPA/PPP (152 MATA)Naib johan : Pej Pendaftar (117 MATA)Tempat ke-3 : FSTS Baywatch (103 MATA)Tempat ke-4 : BPA (92 MATA)Tempat ke-5 : FK (72 MATA)Tempat ke-6 : FEP/FSS/IPAT (69 MATA)Tempat ke-7 : FSKTM/CALM (62 MATA) Tempat ke-8 : CAIS/CICTS (60 MATA)Tempat ke-9 : FSKTM/FSGK/PPB (55 MATA)Tempat ke-10 : FPSK (54 MATA)Tempat ke-11 : PEJ BENDAHARI (43 MATA)Tempat ke-12 : CANSELORI (32 MATA)

Pasukan sorak terbaik : FSTS Baywatch

RUANGAN SUKAN

13PERSADA JAN-MAC | 2009

Relek sekejap...

PERSADA JAN-MAC | 200914

Aneka Peristiwa12-13 Januari 2009

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku Ilmiah yang bertemakan Pindah Tesis ke Buku, khusus untuk ahli akademik yang terlibat dalam penyelidikan sains sosial dan kemasyarakatan, di Pusat Peranginan Damai, Kuching. Anjuran Bahagian Penerbitan, UNIMAS.

21 Januari 2009

Dialog diantara Duta Jepun dengan pelajar dan kakitangan UNIMAS tentang Earth Cool 50 dan Tenaga Diperbaharui. di Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), Kampus Barat UNIMAS.

22 Januari 2009

Seminar ke 52 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Rural Parents’ Perceptions of their Participation in their Children’s Education (Lily Law & Paulus Balan).

22 Januari 2009

Ceramah Kesihatan Kulit dan Kesan Matahari bertempat di Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kampus Barat, UNIMAS. Anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dengan kerjasama Unit Kesihatan Pelajar (Klinik UNIMAS).

23 Januari 2009

Majlis penyerahan cek zakat Bank Islam Malaysia Berhad di Auditorium, Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Kampus Barat, UNIMAS.

31 Januari 2009

Hari Keluarga UNIMAS di Dataran Tasik UNIMAS. Anjuran Kesatuan KakitanganAm UNIMAS (KESAUMAS) dengan kerjasama Unit Sukan UNIMAS.

31 Januari 2009

“Food Fair & Car Boot Sales” bertempat di tempat letak kereta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Kampus Barat, UNIMAS. Anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU).

31 Januari 2009

Karnival Sukan Air Antara Jabatan/Fakulti UNIMAS 2009 di Tasik UNIMAS, Kampus Barat bagi merebut Piala Pusingan Naib Canselor. Anjuran Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

4-5 Februari 2009

Bengkel Sistem Perolehan Siri 1/2009 bertempat di Bilik Belian, Kampus Timur. Anjuran Pejabat Bendahari dengan kerjasama Unit Latihan dan Penilaian, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia.

7-8 Februari 2009

Acara Olahraga Kejohanan Sukan Antara Kolej-kolej Kediaman UNIMAS Sesi 2008/2009 bertempat di Stadium Mini, Kota Samarahan. Anjuran Unit sukan dengan kerjasama kolej-kolej kediaman.

PERSADA JAN-MAC | 2009

24 Februari 2009

Seminar ke 52 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang: Khutbah Jumaat: Analisis laras bahasa (Salbia Hassan); Kata Ganda dalam Dialek Melayu Sarawak (Hamidah Abdul Wahab, Wan Robiah Meor Osman & Mohammad bin Hossin); Analisis Teori Relevan (TR) dalam Personifikasi (Mary Fatimah Subet); Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak dari sudut Fonologi: Kajian Pemerolehan Dialek Melayu Sarawak (Salbia Hassan & Mary Fatimah Subet) ; Nyanyian Tradisi Masyarakat Melayu Sarawak: Kajian Nilai dan Budaya (Wan Robiah Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab): Unsur Kiasan dalam Wacana Khutbah Jumaat di Malaysia (Hamidah Abdul Wahab & Wan Robiah Meor Osman); Ragam Bahasa Khutbah Jumaat dan Pembudayaan Nilai-Nilai Islam dalam Kehidupan Masyarakat Sarawak (Hamidah Abdul Wahab)

3 Mac 2009

Bengkel ‘Knowledge Management’ dengan dibantu oleh konsultan daripadaParadigm System Bhd. Anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan UnitLatihan, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM).

17 Mac 2009

Bengkel Academic Performance Audit (APA) Management Review di Hotel Hilton Kuching. Anjuran Bahagian Jaminan Kualiti, UNIMAS.

20 Mac 2009

Seminar IBEC di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Tajuk Pembentangan dan pembentang adalah seperti berikut:

Intensive Agriculture and Water Quality Case: Phosphate Leaching (Prof Hans Christian Bruun Hansen); Modelling Agricultural Non-Point Pollution Case: Nitrate Leaching in Denmark (Prof Soren Hansen)

20 Mac 2009

Majlis Konvokesyen Program Diploma Pascasiswazah (pengajaran dan pembelajaran) di Ballroom 1&2, Lobby Floor Hilton, Kuching. Anjuran Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, UNIMAS.

23-24 Mac 2009

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku Ilmiah yang bertemakan Pindah Tesis ke Buku, khusus untuk penyelidik daripada Sains dan Teknologi di Pusat Peranginan Damai, Kuching. Anjuran Bahagian Penerbitan, UNIMAS.

30-31 Mac 2009

Ekspo Kejuruteraan pertama yang memaparkan hasil-hasil penyelidikan pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan bersempena dengan Minggu Kejuruteraan di UNIMAS.

Aneka PeristiwaBicara Sang ilmu

Siapa aku ???Kekadang aku keliruTidak terlihat di mata kasar

Bila sang manusia perlukan aku Dari pandangan mata dan hatiTaakul di kotak fikiranBersama warasnya akalDi kalamkan dan di tintaBesarnya nilaiku di sisi mereka

Ibarat kata pujanggaTiada dapat semuanya kau ambil Persis setitis air dari lautanTiada bertepianbegitulah gahnya akuTapi malangnya sang manusia Bila aku tidak digunaIbarat pohon tiada berbuahSiapa salah dan dipersalahkanBila aku di salahguna Bertuhankan nafsuBertemankan syaitanKepentingan diri jadi taruhan Manusia hanya pasrah dan lemah

Sang Manusia,Carilah aku sang ilmu yang nyata Al Quran itu sumbernyaSunnah itu panduannyaTiada tuhan yang di sembahMelainkan Allah.

Athiya Valen 09

15

PERSADA JAN-MAC | 2009