cover - archive.unimas.my · mutiara kata “berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan...

16
cover

Upload: lamhanh

Post on 02-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

cover

Ketua EditorWacana

Editorial

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Majlis Konvokesyen UNIMAS merupakan acara kemuncak dalam sesi pengajian para siswazah UNIMAS; segala penat lelah, jerih

payah, lenyap dari ingatan tak kala menjengah masuk ke pintu Dewan UNIMAS bersama jubah konvokesyen masing-masing. Justeru itu,

di dalam Persada Khas Konvo 2010 ini, warga Persada serta seluruh warga UNIMAS ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada bakal

graduan UNIMAS. Sesungguhnya, majlis pada tahun ini pasti akan menjadi antara kenangan paling indah buat para siswazah yang bakal

menerima gulungan ijazah masing-masing. Persada keluaran khas Konvokesyen UNIMAS 2010 ini juga

ingin merakamkan tahniah kepada Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid yang telah dianugerahkan Anugerah Doktor

Kehormat Kepemimpinan Pembangunan Bakat oleh Limkokwing University of Technology baru-baru ini. Selain daripada itu, warga

Persada dan seluruh Warga UNIMAS juga ingin merakamkan ucapan jutaan terimakasih kepada mantan Pengerusi Lembaga Pengarah

UNIMAS iaitu Tan Sri Amar Bujang Nor yang bersara pada 30 April 2010 setelah mengiringi UNIMAS sejak awal penubuhan UNIMAS

lagi. Malam “Sekalung Budi Setulus Ingatan’ telah diadakan untuk merakamkan penghargaan UNIMAS kepada beliau. Menggantikan

beliau adalah Datu Dr Hatta Solhi, yang sempat kami temui dan kami rakamkan amanat beliau untuk keluaran khas Persada Konvo ini.

Akhir sekali, kepada bakal graduan UNIMAS, kami sekali lagi ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas! Semoga

terus beroleh kejayaan.

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

Sidang EditorialRabiah Bujang

Norinda K. Su’utSarena Haidir

Erwandi Bujang SenawiFarahani Haini (Pelajar Latihan Industri

UiTM)

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

Azlandy Mohammid Ali Tuah

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5, Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak

Mutiara Kata“Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin

tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak”

“Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan”

“Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap

yang bodoh itu boleh menjadi pandai”

“Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti

anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah”

Ketua EditorWacana

Editorial

3

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid telah dianugerahkan Anugerah Doktor Kehormat Kepemimpinan

Pembangunan Bakat baru-baru ini oleh Limkokwing University of Technology bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) dan pembangunan sumber manusia di Negara ini. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang ICT di negara apabila terlibat sama dalam projek e-Bario yang merupakan projek kebangsaan yang bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan rakyat negara ini. Projek tersebut terpilih di dalam Anugerah Teknologi Maklumat Perdana Menteri (Sosio Ekonomi) 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah lain, antaranya Anugerah eASIA dari Taiwan 2004 dan Anugerah Kejuruteraan Mondialogo UNESCO dan DaimlerChrysler (CAPAM) dengan kerjasama ASEAN, Universiti Cambridge, UK, dan ‘Engineers Without Borders’, UK pada tahun 2005.

Dalam ucapan ringkas beliau, Prof Dr Khairuddin meluahkan penghargaan beliau terhadap anugerah yang diterima sambil menyifatkan pemilihan beliau itu adalah atas kerjasama semua pihak.

“ Walaupun kedua ibubapa saya telah tiada, tetapi saya percaya, mereka akan gembira dan berbangga dengan kejayaan saya yang asalnya hanyalah seorang budak dari perkampungan Felda di Melaka”, katanya.

Beliau menambah, “ Juga penghargaan ini atas sokongan dan kerjasama keluarga, sahabat handai dan paling utama, sahabat paling baik dan juga isteri, Dayang Mariani Abang Zain yang sanggup berkorban dan bersabar dengan saya selama ini,”.

Katanya, universiti memainkan peranan penting melakukan perubahan kepada sistem pendidikan di negara ini terutama berkaitan aspek sosial, kekayaan kebudayaan dan ekonomi mengikut acuan yang betul. Penyerahan anugerah tersebut telah dilakukan oleh Presiden LimKokwing University of Creative Technology , Tan Sri Lim Kok Wing dan disaksikan oleh Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Tengku Panglima Di-Raja Selangor; YAM Paduka Puteri Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Tunku Puteri Johor; Paduka Puteri Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang.

Prof Dr KhairuddinTerima Anugerah Limkokwing UCT

4

Tanggal 1 Mei 2010 mencatatkan lembaran baru buat Datu Dr Hatta Solhi apabila beliau dilantik

memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang baru. Datu Dr Hatta menggantikan mantan Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor yang tamat penggal pada 31 April 2010. Dengan perwatakan yang aktif, ceria serta cergas, beliau membawa bersama pengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam dan pendidikan tinggi di rantau ini. Justeru itu, tidak mustahil kehadiran anak jati dari Kampung Dagang, Miri, ini akan mampu melonjakkan UNIMAS ke persada yang lebih tinggi pada masa akan datang. Memegang ijazah Sarjana Muda dari Universiti Carleton, Kanada; Sarjana dalam Pembangunan Sosial Luar Bandar dari Universiti Reading, United Kingdom; dan Doktor Falafasah dalam Sains Politik (Pengajian Pembangunan) dari Universiti Hawaii, Amerika Syarikat, beliau mempunyai pengalaman kerja lebih dari

Temubual bersamaDatu Dr Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS

“Universiti Pilihan”UNIMAS perlu ada jenama tersendiri“Kita perlu mempertingkatkan nama UNIMAS supaya menjadi universiti pilihan utama penuntut- penuntut Malaysia”, kata beliau.

30 tahun dalam pelbagai sektor awam. Antara tugasan beliau sebelum ini adalah sebagai Pengarah di Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia cawangan Sarawak, Pengarah di Unit Perancangan Negeri, Pengarah Yayasan Sarawak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Selepas bersara daripada sektor kerajaan pada November 2001, Datu Dr Hatta telah melibatkan diri dalam sektor swasta (di peringkat lembaga pengarah), termasuk perbankan, pembinaan dan pendidikan tinggi swasta. Dalam temubual bersama wakil Persada PERSADA, beliau telah sudi meluangkan masa berkongsi harapan dan perancangan beliau untuk UNIMAS. Dengan rasa rendah diri, beliau merakamkan terima kasih kepada semua pihak, khasnya Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Menteri Sarawak,

di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab yang amat mencabar ini dan mengakui pelantikan ini membuatkan beliau merasa teruja untuk membantu UNIMAS mencapai visi menjadi sebuah universiti yang terkenal di rantau ini. Menyentuh tentang perancangan beliau untuk melihat UNIMAS terus berkembang pada masa akan datang, beliau menyatakan hasrat untuk melihat peningkatan dalam bilangan fakulti serta program yang ditawarkan, lebih ramai pensyarah yang memiliki ijazah kedoktoran dan juga pertambahan dari jumlah bilangan penuntut, khasnya dari luar negara. Ini pada pandangan beliau, adalah perlu dalam usaha UNIMAS mencapai matlamat sebagai Universiti Penyelidikan (Research University) pada tahun 2015 .

“Kita perlu mempertingkatkan nama UNIMAS supaya menjadi universiti pilihan utama penuntut penuntut Malaysia”, kata beliau.

Dan berbekalkan pengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam sektor swasta, antara strategi yang beliau rasakan perlu diambil adalah untuk mengembleng semua tenaga kerja di UNIMAS kearah pencapaian visi berkenaan dan usaha yang lebih agresif untuk mempromosikan

UNIMAS sebagai satu ‘brand’ (jenama) dan seterusnya memasarkan ‘brand’ tersebut di negara kita dan kawasan serantau. Tambah beliau, “ UNIMAS perlu melakukan penjenamaan (branding)”. Dalam konteks ini, beliau menekankan perlunya untuk UNIMAS membangunkan imej tersendiri yang boleh dikenali oleh semua masyarakat. Mengambil contoh Harvard University yang terkenal dengan bidang Perundangan dan Perniagaan, Universiti Malaya yang dikenali sebagai universiti penyelidikan yang terulung di Malaysia, serta Limkokwing University College yang terkenal dengan rekacipta grafik, beliau menaruh harapan untuk UNIMAS muncul dengan imej dan “niche” nya yang tersendiri.

Pada pandang beliau, UNIMAS mempunyai banyak bidang yang boleh diketengahkan seperti bidang kejuruteraan, khasnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, dan juga bidang kajian biodiversiti. Menyentuh tentang bidang-bidang lain yang tidak kurang potensinya, beliau menekankan pentingnya untuk

UNIMAS mempunyai jenama sendiri kerana ini akan memudahkan UNIMAS mempromosi tawaran pendidikan di luar dan dalam negara.

Besar harapan beliau untuk melihat UNIMAS menjadi universiti pilihan pertama pemuda-pemudi di Malaysia dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh diingati oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai mengakhiri perbualan, beliau sempat berpesan, “Kerjasama diantara pihak pengurusan, akademik dan ahli LPU adalah penting untuk kita bersama kearah pencapaian visi yang murni itu”.

5

Satu majlis makan malam “Sekalung Budi Setulus Ingatan” telah diadakan pada 6 Ogos lepas sebagai menghargai jasa

dan sumbangan mantan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS (LPU), Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor serta mantan Ahli LPU, Datu Stephen Wan Tet Kyung. Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna itu, turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS yang baru, Datu Dr Hatta Solhi serta isteri, pengurusan Tertinggi UNIMAS serta pasangan masing-masing, pengarah-pengarah pusat, dekan-dekan, serta ketua-ketua bahagian di UNIMAS.

Pada malam tersebut, para tetamu turut dihiburkan oleh persembahan Orkestra dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS, di bawah pimpinan Drs Yoesbar Djaelani. Dalam ucapan Naib Canselor sempena majlis tersebut, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa hubungan yang baik antara pengerusi LPU dan ahli LPU dengan pihak pengurusan Universiti telah berjaya membantu dalam pengurusan dan tadbir urus yang berkesan.

“Sepanjang tujuh belas tahun Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor menjadi Pengerusi LPU, beliau banyak memberi sokongan dan sedia membantu disaat khidmat beliau diperlukan.”

Selepas ucapan daripada Naib Canselor, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Stephen Wan Tet Kyung yang telah disampaikan oleh Naib Canselor sendiri. Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi.

Jasamu DikenangMAKAN MALAM KHAS UNTUK MANTAN PENGERUSI LPU & AHLI LPU

6

Pendaftaran Pelajar Perintis Asasi Sains UNIMAS

Seramai 186 orang pelajar perintis Asasi Sains UNIMAS telah mengikuti

Minggu Aluan Pelajar Pusat Pengajian Pra-Universiti yang telah diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei 2010. Sepanjang minggu tersebut, berbagai-bagai program telah diadakan, diantaranya taklimat program dan peraturan akademik, Dialog bersama tenaga pengajar PPPU, lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dinamika Kumpulan, perjumpaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS. Turut diadakan bersempena dengan minggu tersebut adalah program Santai bersama Naib Canselor di Dewan UNIMAS yang bertujuan untuk memberi peluang kepada ibubapa untuk bermesra dan bersembang dengan pihak Pengurusan Tertinggi UNIMAS. Sehubungan itu, pendaftaran pelajar telah dijalankan secara e-Daftar bermula pada

3-16 Mei 2010 dan pelajar tersebut dikehendaki untuk mendaftar kolej pada 23 Mei 2010 manakala bagi pelajar rayuan bermula pada 7-11 Jun 2010. Tempoh pengajian program Asasi Sains UNIMAS ialah 2 Semester dan program yang ditawarkan ialah Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal.

7

MINGGU ALUAN PELAJAR UNIMAS 2010/2011

Sesi kemasukan pelajar 2010/2011 menyaksikan seramai lebih dua ribu orang pelajar baru mendaftar. Sudah

menjadi tradisi buat UNIMAS mengadakan Minggu Aluan Pelajar (MAP) untuk menyambut kehadiran ‘warga baru’ yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Objektif utama MAP adalah untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar baru sekaligus memberi pendedahan awal kehidupan di kampus. Minggu Aluan Pelajar bagi sesi 2010/2011 berlansung selama seminggu bermula dari 3 hingga 9 Julai 2010. Acara kemuncak sepanjang MAP pastinya tertumpu pada Malam Ikrar Pelajar (MIP)yang diadakan pada 8 Julai 2010 di Dataran Universiti Kampus Barat. Pada malam tersebut, siswa dan siswi melafazkan janji dan ikrar akan mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Status dan Peraturan Universiti serta beriltizam untuk mengambil manfaat dari segala peluang yang terdapat di UNIMAS bagi mencapai kecemerlangan di samping sedaya upaya menjaga imej dan nama baik universiti. Acara kemuncak MIP ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, yang mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah, Encik Mat Omar Bin Johari. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah, Dekan, pegawai universiti dan warga kampus.

Malam Ikrar Pelajar

8

9

Kesinambungan bagi acara MIP diserikan lagi dengan acara penutup, Malam Rumpun Budaya (MRB) yang diadakan

pada 9 Julai 2010. Objektif MRB adalah untuk mencintai dan menghayati budaya pelbagai kaum di Malaysia, mewujudkan semangat kerjasama dikalangan siswa dan siswi serta sebagai platform untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Acara MRB dimulakan dengan pertandingan ‘Sidang Pleno’. ‘Sidang Pleno’ diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi keyakinan diri, nilai kempimpinan, jati diri dan pentingnya pengetahuan dalam diri pelajar. Kemeriahan majlis MRB diteruskan lagi dengan pertandingan tarian etnik kreatif daripada tujuh buah kolej kediaman yang bertanding, selaras dengan objektif MRB untuk membentuk generasi muda yang berkebolehan dan mahir dalam bidang kebudayaan dan kesenian. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan para pelajar terutama dalam bidang seni tari sekaligus menyokong dasar-dasar dan usaha kerajaan yang menggalakkan para pelajar bergerak aktif dalam aktiviti sosial terutamanya dalam bidang kebudayaan dan kesenian. Pertandingan “cheers” atau kata-kata semangat ‘Jati Kolej” di antara tujuh buah kolej kediaman turut diadakan. Setiap kolej kediaman dikehendaki mempersembahkan kata-kata semangat kolej masing-masing yang telah direka sepanjang MAP ini berlangsung. Acara MRB ini diakhiri dengan penyampai hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan nyanyian Lagu UNIMAS Gemilang. Hadir pada malam itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Fatimah Abang yang mewakili Naib Canselor; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof.Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Peter Songan; dekan-dekan fakulti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo kolej kediaman serta tetamu jemputan.

Malam Rumpun Budaya

Antara MoU/MoA UNIMAS pada 2010

MoU berkisar tentang pertukaran pelajar UNIMAS ke FUDA bagi menjalani program insentif selama lima minggu secara percuma. FUDA turut memanjangkan tawaran mereka untuk menaja seorang wakil UNIMAS bagi menyertai seminar perubatan antarabangsa di China pada 1 Mei 2010.

UNIMAS dan Limkokwing University of Creative Technology (25 Februari 2010)

UNIMAS dan Hospital Kanser FUDA, China (5 Februari 2010)

MoU mengenai kajian bersama dalam membangunkan teknologi Augmented Reality (AR) bagi penjanaan data komputer ke dalam aplikasi dunia sebenar di bidang pendidikan, hiburan, ketenteraan dan perkhidmatan kecemasan

UNIMAS akan membuat pertukaran pelajar dengan University Normal Qinghai (UNQ) dan bekerjasama dalam bidang berkaitan termasuk perkongsian idea, kepakaran dan penyelidikan. UNIMAS bercadang untuk permulaan, akan melakukan pengambilan 50 orang pelajar UNQ pada masa akan datang.

Memorandum Perjanjian (MoA) antara dua pihak ini bagi tujuan menjalankan penyelidikan bersama projek ‘Sustainable Instream Horizontal Micro Hydro Turbine Generator’ (Jarimas). Menerusi MoA ini juga, seramai sepuluh orang pelajar dan staf JKR Malaysia akan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UNIMAS. MoA ini merupakan julung kali dilaksanakan secara kerjasama antara JKR Malaysia dengan Institut Pengajian Tinggi Awam.

UNIMAS dan Jabatan Kerja Raya (31 Mei 2010)

UNIMAS dan UNIVERSITY NORMAL QINGHAI (10 Mei 2010)

10

UNIMAS dan Negara Jepun (14 Julai 2010)

UNIMAS, PANSAR eQo DAN BELLWETHER AGRICULTURE (5 Ogos 2010)

UNIMAS dan ‘Advanced Institute of Science and Technology’ (9 Ogos 2010)

Kerajaan Jepun melanjutkan geran sokongan sebanyak RM174,870.14 kepada Pusat Kecemerlangan Informatik Luar Bandar (CoERI) UNIMAS bagi perlaksanaan projek tenaga solar elektrifikasi untuk kawasan pedalaman di Sarawak. Geran adalah untuk mewujudkan sistem elektrifikasi menggunakan tenaga solar dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih kondusif bagi masyarakat di Ba’kelalan di bahagian Limbang yang terletak dekat dengan sempadan Indonesia.

MoU ini menjadi titik tolak bagi penyelidikan dan pengkomersilan teknologi hijau rawatan sisa buangan kilang kelapa sawit (POME) dan sisa tangkai kelapa sawit (EFB). Ia menekankan tumpuan ke arah pemulihan sumber-sumber daripada sisa kelapa sawit serta mengubah sisa pepejal perbandaran menggunakan teknologi dari Australia.

Dalam MoU ini, Advanced Institute of Sceince and Technology (JAIST) seharusnya mengiktiraf ahli akademik UNIMAS yang dicadangkan oleh universiti ini sebagai calon program kedoktoran, tertakluk kepada pencapaian akademik dan personaliti program kedoktoran di JAIST. Sebagai permulaan, UNIMAS akan menghantar dua orang calon ke JAIST untuk pengambilan bulan April 2011 hadapan, diikuti dengan calon lain yang terpilih pada bulan Oktober 2011.

11

PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN 2010

UNIMAS merangkul tiga pingat emas dan satu pingat perak dalam kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa II yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 23 hingga 30 Mei 2010. UNIMAS telah menghantar 57 orang atlet dan dua orang pegawai untuk bertanding di dalam beberapa acara sukan utama seperti boling padang, silat, taekwondo, futsal wanita dan lain-lain.

Penyelidik UNIMAS menang besar selepas memenangi tiga pingat emas, perak (14) dan gangsa (3) dalam ‘International Invention, Innovaion and Technology Exhibition (ITEX). Prof Dr Pang Sung Chem dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) mengungguli kemenangan diikuti oleh Dr Chin Suk, Cik Norhayati Suleiman, Dr Nazlina Shaari, Dr Ng Giap Weng, Dr Ho Wei Seng, Dr Saiful Bahari Mohd Yussof, Dr Edwin Mit, Prof Dr Pn Kok Long , Prof Madya Dr Edmund Sim Ui Hang, Dr Thelaha Masri, Dr Jane Labadin, Dr M Shahidul Islam, Shahrol Mohamaddan, Prof Madya Dr Norsiah Fauzan, Prof Madya Dr Hong Kian Sam, Dr M Shahidul Islam dan Dr Saiful Bahari Mohd Yussof.

Pemilihan Kampung Simulong, Sarawak sebagai tempat kajian projek sistem hidromikro tidak menghampakan Kumpulan Feng dari Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS apabila diumumkan sebagai pemenang utama bagi kategori ‘Tropikal Challenge’ pada ‘Digi Deep Green Challenge for Change’ anjuran syarikat telekomunikasi Digi. Kumpulan Feng membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 yang disampaikan oleh Putera Mahkota Haakon dari Norway dan isterinya, Puteri Mahkota Mette-Marit.

Dua orang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif (FSGK) mengharumkan nama UNIMAS dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Ke7 (FFVPM7), di Universiti Malaysia Perlis pada 14 hingga 16 Januari lepas. Noorazrin bt Mohd Peridar telah memenangi tempat kedua bagi kategori filem/video eksperimental dengan penyertaan bertajuk ‘Cahaya’ manakala Izwan Masnan memenangi kategori muzik khas dengan penyertaan bertajuk ‘It Ain’t Over Till Over’. Noorazrin membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 dan sijil penyertaan manakala Izwan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.

Pelajar UNIMAS, Cik Norfazillah Ibrahim muncul sebagai Naib Johan kategori wanita dan pemenang persembahan terbaik dalam pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli MAKUM 2010 yang berlangsung di dewan UNIMAS pada 22 hingga 23 Februari lepas. Beliau membawa pulang RM400, piala dan sijil bagi kedua-dua kemenangan berkenaan.

12

Seperti tuah datang bergolek, UNIMAS berbangga kerana mempunyai tiga orang menteri dari barisan

menteri persekutuan sebagai mentor UNIMAS bagi menjayakan program 1 IPTA 1 Menteri yang merupakan insiatif Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini. Tiga orang menteri yang dipilih menjadi mentor UNIMAS ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Sri Idris Jala. Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab Hamid dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian Program 1 IPTA 1 Menteri di UNIMAS pada 29 Julai lepas berkata barisan mentor digalakkan memasuki kampus dan bertemu pelajar dan komuniti IPTA secara berkala, sama ada semasa aktiviti formal atau tidak formal. Beliau memberitahu program itu adalah selaras dengan aspirasi Perdana Menteri semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas di mana Perdana Menteri telah mengariskan lapan tonggak perdana untuk memacu kecemerlangan. Jelas beliau, antara lapan tonggak perdana itu, satu daripadanya menekankan IPTA menjadi entiti penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

“ Justeru, kita amat berharap agar barisan mentor UNIMAS sudi mendampingi dan melibatkan diri dalam aktiviti pelajar dan warga UNIMAS dari masa ke semasa,’ katanya.

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, yang turut hadir pada majlis perasmian tersebut, pula dalam ucapannya terlebih dahulu meluahkan rasa gembira kerana dipilih menjadi Menteri Mentor kepada UNIMAS yang merupakan universiti di negeri kelahirannya sendiri. Beliau memberitahu program itu secara tidak langsung mendekatkan menteri dengan warga IPTA, menyokong aktiviti pelajar dan mengambil inisiatif untuk memberi penerangan secara langsung atau tidak langsung tentang polisi dan dasar kerajaan. Oleh itu, beliau berharap, semua warga UNIMAS akan memberi kerjasama kepada mentor dan bersama-sama berusaha keras merealisasikan visi dan misi untuk menjadi universiti terunggul pada masa akan datang.

UNIMAS DAPAT TIGA MENTOR Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui Dato Sri Douglas Uggah Embas Senator Dato’ Sri Idris Jala

13

KELANA BUDAYA DI INDONESIAMPP UNIMAS Mengembara Untuk Eratkan Hubungan

Seramai 12 orang ahli Majlis Perwakilan Peajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak sesi 2008/2009 telah mengadakan program Kelana Budaya ke Republik Indonesia, Jakarta pada 11- 15 Mei 2010 dengan diiringi oleh seorang pegawai

dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UNIMAS. Program Kelana Budaya ini bertujuan untuk membawa pelajar mengembara ke rantau orang lain sambil menekankan aspek kebudayaan dalam usaha mengenali susur galur sesuatu bangsa seperti Indonesia yang juga kaya dengan kebudayaannya. Bertindak sebagai duta kecil Malaysia ke Indonesia, rombongan tersebut telah menyarungkan pakaian kebangsaan yang melambangkan tradisi dan budaya Malaysia seperti baju kurung, baju Melayu, pakaian tradisi kaum Melanau dan Bidayuh serta baju batik. Aktiviti pertama mereka di Jakarta adalah di Toko Buku Gramedia di mana ahli rombongan terpegun dengan kepelbagaian tajuk-tajuk buku dan sistem Republik Indonesia yang amat berbeza dengan Malaysia di mana republik itu tidak mengamalkan kawalan terhadap buku-buku yang ada di pasaran. Turut diselitkan ialah pertemuan dengan konsulat Malaysia di Indonesia dimana para ahli rombongan telah diberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan antaranya keselamatan dan hubungan integrasi antara Indonesia dan Malaysia. Selain itu, rombongan turut melawat Universitas Esa Unggul atau lebih dikenali sebagai Kampus Emas, Universitas Transikti. Rombongan itu turut melawat Yayasan Daarul Taufieq yang merupakan sebuah madrasah Islam yang pertama wujud di Jakarta dan berperanan membantu anak-anak yatim dan golongan tidak mampu di Jakarta. Program sebegini bukan sahaja mengeratkan persaudaraan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, malah turut memberi ruang untuk para pelajar mendalami budaya, mempelajari tradisi sesuatu kaum serta memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Unit Komunikasi Alumni UNIMAS telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada Mac 2009 dibawah seliaan Pusat

Khidmat Pelajar UNIMAS. Sebelum ini, Unit Alumni tersebut dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Pelajar. Penubuhan unit ini adalah sebagai satu platform untuk mengeratkan lagi komunikasi dan menggalakkan kerjasama yang baik antara komuniti Alumni UNIMAS dan warga UNIMAS. Fungsi utama unit ini adalah untuk memudahkan hubungan alumni dengan menyediakan perkhidmatan yang

ALUMNI UNIMAS:Membina Rangkaian Kerjasama dan Komunikasi

bertujuan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang berterusan diantara alumni dan bertindak sebagai pintu untuk mereka memberikan pelbagai bentuk sumbangan dan sokongan kepada UNIMAS dalam usaha universiti untuk mencapai kecemerlangan. Unit Komunikasi dan Alumni UNIMAS mengendalikan dua laman rasmi Alumni UNIMAS iaitu laman rasmi Alumni UNIMA, www.alumni.UNIMAS.my dan laman sosial facebook, UNIMAS ALUMNI OFFICIAL GROUP.

14

Cik Anasathia Jenis, Wartawan Borneo Post

“Saya gembira kerana menjadi salah seorang pelajar di UNIMAS. Apa yang diajar dalam kursus Kajian Komunikasi telah membantu saya merealisasikan impian saya untuk menjadi wartawan. Pen-gajian yang diperolehi adalah lengkap dan tidak menyukarkan saya untuk bersaing dalam pasaran kerja sehingga kini.”

Prof Madya Dr Azman Osman Lim,

Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST)“ Melanjutkan pengajian ke UNIMAS dalam bidang telekomunikasi dan elektronik adalah perkara terbaik berlaku dalam hidup saya. Segala ilmu dan latihan yang diperolehi di UNIMAS telah mend-ewasakan saya untuk berdikari dalam pasaran kerja. Hasilnya kini saya bekerja di negara Jepun dan ternyata pembelajaran di UNIMAS di terima di negara luar.”

Emyza Aishah, Pegawai RISDA Sarawak.

“ UNIMAS menawarkan pembelajaran yang menyeluruh bagi satu-satu kursus. Contohnya, bidang Pengurusan Sumber Tumbuhan yang saya ambil semasa menuntut di UNIMAS telah memberi ilmu kolektif tentang pertanian, perhutanan, bioteknologi dan makmal. Saya juga tidak menghadapi masalah semasa menjalankan tugas di RISDA kerana semua maklumat dan teknik yang dipinta telah diperolehi di UNIMAS.”

15

Encik Alfean Aziz, Penolong Kurator Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Planetarium Sarawak.

“Saya menganggap keputusan saya melanjutkan pengajian ke UNIMAS dalam fakulti Sains Sosial, adalah tepat. Ini kerana, UNIMAS menyediakan kursus yang menepati permintaan pasaran kerja dan konsep pembelajaran di UNIMAS juga adalah menyeluruh. Buktinya, sebaik sahaja tamat pengajian dalam tahun 1999, saya mendapat tawaran bekerja sebagai sub-editor di Sarawak Press sebelum KPSU sekarang ini.”

Apa Kata Mereka Tentang UNIMAS