latihan industri stf3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh...

24
LATIHAN INDUSTRI STF3056 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER

Upload: phamthuy

Post on 04-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

LATIHAN INDUSTRI STF3056

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER

Page 2: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

Matlamat utama program Latihan Industri:

Untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran yang dipelajari di universiti ke alam pekerjaan di samping meningkatkan lagi kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah.

1. PENGENALAN

Page 3: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

1 Dasar Latihan Industri, Institusi Pengajian Tinggi

Page 4: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

3. OBJEKTIF & HASIL PEMBELAJARAN

Objektif program Latihan Industri ini adalah seperti berikut:

1) Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dipelajari di universiti ke alam pekerjaan yang sebenar.

2) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengkhususan mereka melalui pengalaman bekerja sambil belajar dari pengamal dalam bidang yang diceburi oleh pelajar.

3) Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, teknik terkini dan kemahiran menggunakan peralatan dalam bidang yang diceburi.

4) Mendedahkan pelajar kepada pelbagai persekitaran pekerjaan dan cabaran, tanggungjawab profesional, etika kerja dan sosial dalam bidang yang diceburi.

5) Mengaplikasi dan mengasah kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan kerja atau bidang yang diceburi oleh pelajar.

6) Meningkatkan peluang kepada pelajar untuk ditawarkan pekerjaan di tempat mereka menjalani latihan industri selepas bergraduat.

Page 5: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

3. OBJEKTIF & HASIL PEMBELAJARAN

Apabila tamat Latihan Industri, pelajar dapat:

1) Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan mereka.

2) Mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap tanggungjawab profesional, etika kerja dan sosial dalam bidang yang diceburi.

3) Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti dengan pengalaman yang diperolehi di tempat kerja.

4) Lebih berdaya saing di pasaran kerja yang kian mencabar kerana pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran praktikal dan insaniah yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja.

Page 6: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

4. TEMPOH LATIHAN INDUSTRI

• Program ini mengambil masa selama 12 MINGGU sebanyak 6 jam kredit (STF3056), iaitu

23 Februari 2015 – 17 Mei 2015

• Pelajar DIWAJIBKAN untuk mendaftar kursus STF3056 Latihan Industri (seperti kursus lain) pada Semester 2 Sesi 2014/2015

Page 7: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

5. STRUKTUR PROGRAM

Sebagai panduan, program Latihan Industri ini dibahagikan kepada 3 aktiviti utama seperti berikut:-

1). Orientasi Kepada Organisasi

• Aktiviti ini dijalankan sepanjang minggu pertama.

• Pelajar dikehendaki menerangkan mengenai latar belakang pengetahuan akademik dan pengalaman, jangkaan dan aspirasi mereka terhadap Latihan Industri dan sebagainya.

• Dalam tempoh ini pihak agensi perlu memberi penerangan mengenai organisasi/agensi dan operasi mereka, peraturan-peraturan bekerja serta keselamatan dan sebagainya.

Page 8: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

5. STRUKTUR PROGRAM

2). Latihan

• Ia merupakan aktiviti terpenting dalam program Latihan Industri ini.

• Latihan ini memerlukan perancangan dan jadual matriks perlaksanaan yang terperinci.

• Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan ditempatkan di dalam bidang atau bahagian utama pengkhususan program.

• Tempoh perlaksanaan aktiviti ini adalah selama 12 MINGGU.

Page 9: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

3). Penulisan Laporan

• Semasa menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti latihan harian dan projek industri mereka di dalam dua dokumen iaitu Buku Log dan Laporan Latihan Industri.

• Pelajar wajib melaporkan aktiviti latihan yang telah mereka lalui setiap hari di dalam buku log.

• Buku log ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Penyelia Industri setiap minggu.

• Pelajar juga wajib menyediakan laporan lengkap tentang projek industri yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri.

5. STRUKTUR PROGRAM

Page 10: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar tetap tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009).

Pelajar juga dikehendaki mematuhi peraturan berikut semasa menjalani program latihan industri:

• mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi /agensi sama seperti kakitangan yang lain;

• tidak mengambil cuti sepanjang masa menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi/agensi berkaitan;

• menghubungi pihak organisasi dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kerana kecemasan atau cuti sakit;

• menghubungi pihak organisasi/agensi sekiranya terpaksa sampai lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan;

6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI

Page 11: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

• tidak membocorkan rahsia atau memberi maklumat sulit organisasi/agensi kepada mana-mana pihak semasa menjalankan latihan industri ataupun sesudahnya;

• menggunakan sebarang harta kepunyaan organisasi/agensi dengan baik; dan

• sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan keadaan dan peraturan pemakaian di tempat latihan industri.

Kegagalan mematuhi sebarang peraturan dan disiplin yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar dianggap gagal dan akan diberhentikan dari meneruskan Latihan Industri.

6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI

Page 12: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI

• Pelajar DIWAJIDKAN menandatangani Perjanjian Skim Latihan Pelajar (SLP-01).

• Perjanjian ini perlukan diserahkan kepada Penyelaras Program selepas tamatnya taklimat latihan industri pada hari berkenaan.

• Semua pelajar adalah dilindungi di bawah Skim Insurans Takaful Malaysia.

Page 13: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI

LAMPIRAN A P ERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SKIM LATIHAN P ELAJAR UNIMAS 1. Pelajar hendaklah menumpuk an sepenuh m asa , perhatian tenaga dan

keupayaannya kepad a progra m SLP.

2. Pelajar hendaklah pa tuh kepada segala peraturan bekerja di organisasi di mana beliau ditempatkan , mematuhi arahan Penyelia SLP di UNIMAS dan bekerjasama dengan Penyelia atau Penyelia -Penyelia lain yang dilantik dari tempat beliau menja lani program SLP.

3. Pelajar dikehendaki hadir pada setiap ma sa sama ada waktu urusniaga atau wa ktu

kerja biasa kecuali t idak dapat berbuat demikian disebabkan oleh sakit, kemalanga n atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun , pelajar mestilah terlebih dahu lu memaklumkan secara bertulis kepada Penyelia di organisasi di mana beliau ditempa tkan .

4. Pelajar hendak lah melaporkan kegiatan har iannya dan sinopsis la tihan ya ng

diterima di dalam Diari yang dibekalkan. Buku ini hendak lah diserahkan kepada Dekan atau Penyelaras Program masing -masing selewat-lewatnya dua minggu selepas tam at program SLP untuk semaka n dan penilaian.

5. Pelajar t idak boleh membocorkan atau member i sebarang maklumat

berhubung dengan p ihak yang menyediakan kemuda han la tihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak tersebut atau pelanggan pelanggannya atau maklu mat -maklu mat lain yang diperolehi semasa menjala ni latihan tersebut sama ada pada masa beliau menjalani latiha n t er sebut ataupun sesudahnya.

6. Pelajar t idak boleh dengan sengaja merosakkan a tau menyalahgunaka n

sebarang har ta kepunyaan organisasi yang memberikan la tihan kepadanya . 7. Pelajar hendaklah pada setiap masa mengecualikan dan membebaskan

UNIMAS dan/atau pekerjanya dan/atau , ejennya dan organisasi dan/atau pekerjanya dan/ata u ejennya di mana beliau ditempatka n dar ipada setiap dan/atau sebarang tin dakan undang -undan g, tuntu tan keru gian dan tanggunga n yang diambil oleh mana -mana pihak di bawah un dang-undang Sta tutori dan Common Law berka itan dengan penyertaan pelajar di dala m SLP.

8. Sekiranya UNIMAS dan/atau pekerjanya dan/atau ejennya pada bila -b ila

masa dikehendaki membayar dan/atau telahpun membayar apa -apa kos, perbelanjaan pampas an akibat daripada sebarang tindakan undang -undan g, tuntutan kerugian dan sebarang bentuk gantirugi berkaitan dengan penempatan pelajar dalam SLP , pelaj ar mestilah membayar dan menanggung ru gi kesemua dan sebarang kos perbel anjaan gantirugi pampasan berkenaan tenn asuk kos guaman atas asas Peguamcara -klien yang dikehendaki dibayar dan/a tau telah pun dibayar oleh UNIMAS dan/atau pekerjan ya dan/atau ejennya.

9. Pelajar yang mener ima sebarang bayaran wang dari or ganisasi di mana

beliau ditempatkan hendak lah melaporkan perk ara ini kepada Penyelia di UNIMAS.

10. Semua pelaja r adalah dilindungi di bawah Skim Insuran s Takafu l Malay sia.

Page 14: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

Perkara yang perlu dicatatkan di dalam Buku Log:

• Biodata pelajar dan organisasi.

• Kerja-kerja yang dijalankan sepanjang masa menjalani latihan industri.

• Jika pelajar sakit pada hari tertentu, maka muka surat laporan aktiviti harian hari berkenaan hendaklah diletakkan sijil sakit atau salinannya dan disahkan oleh Penyelia Industri masing-masing.

• Ruang tandatangan untuk ditandatangani oleh Penyelia Industri masing-masing.

7. GARIS PANDUAN MENGISI BUKU LOG &

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Page 15: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

7. GARIS PANDUAN MENGISI BUKU LOG

Page 16: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

7. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LI

Page 17: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

a). Laporan Penyelia lndustri

• Borang penilaian yang akan digunakan untuk tujuan ini adalah borang SLP-04. Pelajar perlu serahkan borang ini kepada Penyelia Industri.

• Borang penilaian ini akan dihantar ke Fakulti oleh Penyelia Industri setelah pelajar menamatkan latihan industri.

• Penilaian oleh Penyelia Industri akan meliputi beberapa aspek seperti berikut:-

• Personaliti: sikap, tanggungjawab, disiplin dan penampilan diri pelajar.

• Kemahiran: penggunaan pengetahuan akademik, kemahiran berfikir, analitik, kemahiran kejuruteraan dan teknologi, kemahiran berkomunikasi, persembahan teknikal dan membuat keputusan.

Page 18: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing
Page 19: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

b). Buku Log

• Pelajar dikehendaki mengisi buku log yang disediakan sepanjang menjalani latihan industri.

• Sila pastikan Buku log ini disemak dan ditandatangani setiap minggu oleh Penyelia Industri.

• Penilaian akan diberikan terhadap buku log pelajar berdasarkan kepada nilai dan kandungan akademik.

• Buku log ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Program selewat-lewatnya DUA (2) minggu dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing.

Page 20: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

c). Laporan Latihan lndustri

• Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang latihan industri yang dilakukan berdasarkan bidang pengkhususan kerja masing- masing.

• Laporan latihan industri ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Program selewat-lewatnya DUA (2) minggu dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Penyelaras Program masing-masing.

Page 21: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

9. LAWATAN PENSYARAH FAKULTI

Sepanjang latihan ini, pihak fakulti akan mengaturkan satu lawatan ke tempat agensi bagi memantau perjalanan latihan industri pelajar.

Page 22: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

10. PENGGREDAN

• Gred yang diberikan kepada pelajar adalah menggunakan format lulus/gagal iaitu Lulus (L) atau Kandas (K).

• Gred pencapaian latihan akan dinyatakan di dalam slip keputusan pelajar.

Page 23: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

11. PENUTUP • Program Latihan Industri

DIWAJIBKAN kepada semua pelajar FSTS untuk menjalaini latihan industri di organisasi kerajaan atau swasta selepas tamat tahun kedua pengajiannya selama 12 minggu.

• Dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang bakal diperoleh semasa menjalani latihan industri, para siswazah akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan dan juga dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya (marketability) selepas tamat pengajian kelak.

Page 24: LATIHAN INDUSTRI STF3056 - archive.unimas.my · hendaklah diletakkan sijil sakit ... dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masing-masing

TERIMA KASIH

SEKIAN TERIMA KASIH