cover - archive.unimas.my fileketua editor wacana editorial asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

16
COVER

Upload: phamlien

Post on 25-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

COVER

Ketua EditorWacana

Editorial

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terlebih dahulu, bagi mewakili seluruh warga UNIMAS, PERSADA ingin merakamkan rasa gembira diatas pelantikan semula Tun Datuk

Patinggi Abang Muhammad Salahuddin sebagai Canselor UNIMAS. Watikah pelantikan semula beliau telah disampaikan sendiri oleh Yg

Bhg Profesor Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor UNIMAS pada 29 September 2010 yang lepas.

Juga, tahniah dan syabas kepada warga UNIMAS yang telah menerima anugerah kecemerlangan daripada universiti pada Majlis

Anugerah Gemilang UNIMAS 2010 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 7 Ogos lepas. Semoga

kejayaan mereka akan menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk berusaha dengan lebih gigih demi membangunkan universiti

yang tercinta ini.

Kita sudahpun memasuki suku akhir tahun 2010 dan seperti biasa, UNIMAS terus meriah dengan pelbagai aktiviti dan program yang

mewarnai jadual harian universiti. UNIMAS mencipta sejarah pada suku ketiga tahun 2010 dengan tertubuhnya Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan Sagu yang pertama di Asia tenggara. Sebagai pengeluar utama sagu dunia, usaha kearah mempertingkatkan hasil sagu pasti akan memberi manfaat kepada pengusaha-pengusaha sagu di negeri

ini.

Semoga terus maju jaya. Sekian terimakasih.

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

Sidang EditorialRabiah Bujang

Norinda K. Su’utSarena Haidir

Erwandi Bujang SenawiFarahani Haini (Pelajar Latihan Industri

UiTM)

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

Azlandy Mohammid Ali Tuah

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan Aras 5

Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak

Mutiara Kata“Tuluskan tauhid anda untuk Allah agar hati terbuka. Sejernih

mana tauhid anda dan sebersih mana keikhlasan anda maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan anda”

“Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati”

“Hargailah segala yang kau miliki; anda akan memiliki lebih lagi. Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki, anda

tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun”

“Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati “(Imam Al-Ghazali)

Ketua EditorWacana

Editorial

3

Naib Canselor UNIMAS, Prof.Dr.Khairuddin Ab. Hamid serta ahli rombongan UNIMAS telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri

Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri 29 September lepas untuk menyampaikan watikah pelantikan semula Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin sebagai Canselor UNIMAS. Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin telah dilantik semula sebagai Canselor UNIMAS untuk dua tahun bermula 5 Disember 2009 hingga 4 Disember 2011. Hadir sama melakukan kunjungan hormat ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Peter Songan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, dan Pendaftar, Encik Ahmad Katang.

Pelantikan semulaTYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin sebagai Canselor UNIMAS

(Tiga dari kiri) Naib Canselor Unimas, Prof.Dr.Khairuddin Ab Hamid menyerahkan surat perlantikan sebagai Canselor Unimas kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri.

4

UNIMAS melakar satu lagi sejarah dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Sagu (CoESAR), yang dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, pada 5 Ogos lepas. Turut hadir pada majlis perasmian CoESAR itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hatta Solhi, Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Peter Songan, Pengarah CoESAR, Prof.Dr Kopli Bujang, dekan-dekan, pengarah-pengarah dan staf akademik yang lain. Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid memberitahu kanji sagu merupakan komoditi terpenting di Sarawak dengan eksport tahunan sebanyak 60,000 hingga 70,000 tan dengan jumlah pendapatan sebanyak USD10juta setahun. Beliau berkata, pada penghujung tahun 2009, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber telah mengorak langkah dengan mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan sebagai pelopor dan pemangkin dalam

penyelidikan sagu di UNIMAS. Beliau turut yakin penyelidikan yang dijalankan di UNIMAS itu akan dapat dibawa hingga ke peringkat komersil dan menjadi panduan kepada para penyelidik muda untuk pada masa akan datang. Sementara itu, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari turut berbangga dengan UNIMAS atas penubuhan CoESAR yang merupakan pusat kecemerlangan pertama seumpamanya di Asia Tenggara dalam bidang penyelidikan sagu. Beliau berharap kepakaran yang ada akan meningkatkan penyelidikan sagu seterusnya membawa pulangan lumayan kepada UNIMAS amnya dan Sarawak khasnya. Sementara itu, penyelidikan bagi CoESAR telah dibiayai oleh beberapa geran penyelidikan antaranya Techno-Fund, IRPA dan Science Fund dari Kementerian Sains, eknologi dan Inovasi (MOSTI), Fundamental Research Grants dari Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), Special Innovation Fund dan New Energy Development Organisation (NEDO) dengan jumlah geran sebanyak

Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menandatangani plak bersempena perasmian CoESAR sambil disaksikan oleh Datu Dr Hatta Solhi (hujung kanan), Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid dan Prof.Dr Kopli Bujang.

Pusat Penyelidikan Sagu PertamaDi Asia Tenggara

RM12.9 juta. Ini tidak termasuk dana daripada Kerusi Tun Openg atau ‘Sago Chair’ yang telah dianugerahkan kepada UNIMAS pada tahun 1994.

5

Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS mengorak langkah panjang

dalam usaha memberi kesedaran mengenai Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak dengan mengadakan bengkel masyarakat ke Kampung Santubong pada 17 hingga 19 Julai lepas. Projek tersebut merupakan yang kelima dilakukan di kampung nelayan bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada penduduk dan kanak-kanak mengenai ekologikal dan perlindungan ke atas ikan lumba-lumba. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih satu ratus orang terdiri dari pelajar sekolah dan penduduk kampung dan telah dirasmikan oleh Penghulu, Suhaili Kifli. Majlis telah diteruskan dengan ceramah ringkas dari ketua projek, Dr Gianna

IBEC Masuk KampungUsaha Memberi Kesedaran Kepada Penduduk

Dua puluh karya terbaik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dipamerkan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), di Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang.Pameran yang diadakan selama satu bulan bermula 10 Julai lepas bertujuan untuk memperkukuh dan memberi penjelasan mengenai seni kontemporari di Malaysia pada masa sekarang. Pameran projek eCITRA itu merupakan projek ketiga di bawah projek Tautan Rentas Samudera USM, UNIMAS dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dimulakan dengan pameran IQRA’ dengan tema Taman Hikmah, di UNIMAS pada November 2009. Pengarah projek merangkap Ketua Jabatan Seni Visual dan Teknologi, Encik Anuar Ayob berkata kebanyakan karya berdasarkan eksplorasi dan eksperimentasi antara seni, sains dan teknologi. Beliau berkata, sebelas dari karya tersebut dari pelajar pasca siswazah dan sembilan karya pensyarah FSGK melibatkan program Seni Halus, Fesyen dan Tekstil, Muzik, Seni Elektronik, Seni Reka Perindustrian dan sebagainya.

KARYA SENI UNIMAS DI USM

Minton dan penuntut peringkat sarjana, Cindy Peter yang telah bekerja secara sepenuh masa untuk projek berkenaan sejak ia dilancarkan pada bulan Mei 2008. Semasa ceramah, pasukan projek ikan lumba lumba itu juga telah mengedarkan poster ‘Dolphin Distress hotline’ yang baru kepada penduduk kampung.

Poster berkenaan mengandungi unsur mengalakkan para nelayan menghubungi segera sama ada kepada pasukan berkenaan atau pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak jika menemui ikan lumba lumba yang terperangkap di dalam jerat atau jala dan terdampar di pesisiran pantai. Antara aktiviti lain yang diadakan sempena majlis tersebut ialah pertandingan melukis dan mewarna,

sesi dialog dan sebagainya. Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak telah dijalankan sejak tahun 2008 dan merupakan projek bersama di antara Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS, Shell dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“Bangga..” Naib Canselor Unimas, Prof.Dr.Khairuddin Ab Hamid melihat hasil kreativiti pelajar Unimas dipamerkan di USM.

Pasukan Projek Ikan Lumba Lumba Unimas bergambar bersama

Kanak-kanak mengambil peluang mencuba bakat masing-masing dalam pertandingan melukis dan mewarna.

Cindy Peter menunjukkan gambar di dalam komputer riba tentang ikan lumba-lumba kepada kanak-kanak

“Lindungi Ikan Lumba-Lumba’ Ketua Penyelidik, Dr Gianna Minton menunjukkan poster baru poster ‘Dolphin Distress hotline’

6

Empat buah sekolah yang terlibat di dalam program penyelidikan UNIMAS, telah terpilih untuk

menerima sumbangan alat-tulis dan bahan bacaan dari Persatuan Guru-Guru Bahasa

UNIMAS telah menganjurkan Kem Jati Diri: Selangkah ke Menara Gading bertempat di S.M.K Saribas pada 23 hingga 25 Julai lepas bertujuan membimbing pelajar sekolah membentuk sahsiah dan jati diri yang matang dan berketrampilan. Program

UNIMAS Anjur Kem Jati Di Saribas

Sumbangan MELTA-MELT-A-HEART Kepada Sekolah Di Bawah Program CoERI UNIMAS

Inggeris Malaysia (MELTA) menerusi program ‘MELTA-Melt-a-Heart’. Empat buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bario, Sekolah Menengah Bario, Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Sarawak) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan di Sabah. Melalui program tersebut, alat tulis dan bahan bacaan akan diberikan kepada murid-murid di kawasan berkenaan. Penyampaian sumbangan telah dilakukan oleh Presiden MELTA Dr. Gnanakumaran Subramaniam dari Universiti Nottingham Malaysia kepada wakil Pusat Kecemerlangan Informatik Pendalaman UNIMAS (CoERI), Dr Soubakeavathi Rethinasamy. Sumbangan daripada ahli-ahli MELTA bertujuan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan kanak-kanak di Malaysia terutamanya bagi masyarakat yang kurang mampu dan terpinggir. Pihak

UNIMAS akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Guru Besar dan Ketua Kaum untuk ditempatkan di perpustakaan sekolah manakala alat-alat tulis akan diedarkan ke kelas-kelas di setiap sekolah yang terlibat.

yang disertai oleh dua puluh orang pelajar UNIMAS itu merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Kolej Allamanda Sesi 2009/2010. Seramai 124 orang pelajar sekolah telah menyertai program yang diselitkan antaranya latihan dalam kumpulan, bengkel, ceramah motivasi, khidmat masyarakat di kampung Lalang, debat timbang- tara, sesi perkongsian dengan pelajar tahun akhir, pengenalan tentang UNIMAS serta institusi pengajian tinggi di Malaysia dan sukaneka. Tujuan lain program tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta program mengenai peluang dan potensi melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi

(IPT) di Malaysia dan luar negara. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Saribas, Dr. Haji Wahbi bin Hj Junaidi. Dalam ucapan, Dr Haji Wahbi berharap program sedemikian dapat diperluaskan pada masa akan datang kerana ia dapat membuka minda pelajar untuk lebih mengutamakan pendidikan mereka.

(lapan dari kiri) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saribas, Dr. Haji Wahbi bin Hj Junaidi bergambar bersama-sama para peserta Kem Jati Diri: Selangkah ke Menara Gading di Dewan Sri Rimbas, S.M.K Saribas

‘Terima kasih’ Pengetua SMK Bario, Encik Yew Kok Wing menerima sumbangan MELTA’s Melt-A-Heart dari wakil Pusat Kecemerlangan Informatik Pendalaman UNIMAS (COERI), Cik Fitri Suraya Mohamad.

Berat sama dipikul....” Ketua Masyarakat Long Lamei, Encik Renly Gau dan wakil COERI, Encik Gary Loh Chee Wyai mengangkat kotak berisi sumbangan dari program Melt-A-Heart.

7

Kerajaan Jepun melanjutkan geran sokongan sebanyak RM174,870.14 kepada Pusat Kecemerlangan Informatik Luar Bandar (CoERI) UNIMAS bagi

perlaksanaan projek tenaga solar elektrifikasi untuk kawasan pedalaman di Sarawak. Sokongan tersebut tertera pada majlis menandatangani kontrak geran di antara Konsulat Jeneral Jepun di Kota Kinabalu dengan UNIMAS pada 14 Julai bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS.

Kerajaan Jepun telah diwakili oleh Konsulat Jeneral Jepun di Sabah, Sarawak dan F.T Labuan, Yang Mulia Kazuyoshi Yamaguchi manakala UNIMAS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid. Geran tersebut digunakan untuk mewujudkan sistem elektrifikasi menggunakan tenaga solar dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan yang lebih kondusif kepada masyarakat di Ba’kelalan di bahagian Limbang yang terletak dekat dengan sempadan Indonesia. Geran yang dikenali sebagai ‘ Grant Assistant for Grass-roots Human Security Projects (GGP) itu juga sebagai usaha Kerajaan Jepun memenuhi keperluan masyarakat di negara-negara membangun melalui bantuan geran ini.

Kedudukan Ba’ kelalan yang terletak di pendalaman menyebabkan komunikasi antara penduduk setempat dengan orang luar sukar

JEPUN LANJUTKAN GERANSOKONG CoERI UNIMAS

“Terima kasih” Prof. Dr Khairuddin Ab. Hamid (kiri) menerima replika cek sebanyakRM174,870.14 daripada Yang Mulia Kazuyoshi Yamaguchi (kanan)

“Kerjasama..” geran sokongan membuktikan hubungan erat UNIMAS dengankerajaan Jepun selama ini.

sehinggakan mereka terpaksa berjalan sejauh dua kilometer ke Kalimantan Timur untuk membuat panggilan telefon sekiranya berlaku kecemasan. Dalam ucapan ringkas, Prof Dr Khairuddin mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan Kerajaan Jepun dalam menyalurkan geran bantuan kewangan bagi menjayakan perlaksanaan projek berkenaan.

8

Sepertimana sebelumnya, UNIMAS meneruskan tradisi dengan meraikan 227 orang staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2010

bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 7 Ogos lepas. Menurut Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, anugerah yang diterima oleh staf terpilih dapat meningkatkan motivasi diri, keyakinan untuk berusaha lebih gigih dan cemerlang di mata masyarakat. Bagaimanapun, katanya, dalam mencapai kecemerlangan diri, perkara mengenai adab sopan, tatasusila dan ketrampilan diri hendaklah dijaga setiap masa kerana kerana IPTA dilihat sebagai contoh untuk generasi muda dan itu adalah harapan pelanggan kepada mereka.

Prof. Dr. Khairuddin juga menasihati staf UNIMAS supaya bekerjasama dalam menjayakan harapan UNIMAS mencapai status “Universiti Penyelidikan” menjelang tahun 2015 kelak. Beliau menambah, adunan antara kerja yang serba boleh, bijak, mempunyai sikap positif, jati diri tinggi dan semangat bekerjasama, akan mencapai satu budaya kerja yang cemerlang.

UNIMAS RAISTAF CEMERLANG

“Bersatu..” Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid bersama-sama dekan-dekan dan staf UNIMAS berdiri menghormati lagu Negaraku.

9

Charlie Justin ak Mergie Laman (Anugerah Perkhidmatan Setia)“ Anugerah Perkhidmatan Setia adalah untuk mereka yang berkhidmat dengan UNIMAS

selama lebih 15 tahun. Ini membuktikan saya memang setia dengan UNIMAS kerana

apa yang UNIMAS berikan juga telah memuaskan hati saya terutama dalam bidang

penyelidikan.”

Rosnah Tudin (Anugerah Perkhidmatan Setia)“ Saya telah bekerja di UNIMAS selama enam belas tahun dan saya seronok menjalankan

tugas saya disamping anggota pasukan kerja yang baik, saling bantu-membantu dan berada

dalam suasana tempat kerja yang kondusif. Terima kasih UNIMAS.”

Jeremy ak Endok (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)“Sebenarnya saya tidak menyangka akan menerima anugerah ini. Rahsia kerja saya amat

mudah iaitu ikhlas, setia dan menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Apabila menerima anugerah ini, saya memberitahu diri sendiri untuk meningkatkan usaha

bagi menjayakan visi dan misi UNIMAS seterusnya.”

Ng Juet Eng (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)“ Tujuh belas tahun bekerja di UNIMAS bukanlah satu tempoh yang sekejap untuk

membuktikan betapa saya menyukai bekerja di UNIMAS. Bekerja di sini, kita harus

bersikap terbuka dan saling tolong menolong. Apapun, saya menganggap UNIMAS

sememangnya telah mencapai kelas tersendiri.”

Dr Mohamad Omar Abdullah (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)“ Ini merupakan kali keempat saya menerima anugerah sama. Ia membuatkan seperti saya

dihargai oleh UNIMAS selama ini. Kerana itu, sayang sungguh jika saya tidak menjalankan

tugas dengan baik kepada majikan yang baik macam UNIMAS.”

Iyliana Abdullah (Anugerah Tokoh Sukan Wanita)“ Yang terbaik tentang UNIMAS ialah universiti ini sentiasa memberi sokongan kepada

staf mereka dalam apa juga bidang termasuk sukan. Saya menganggap apapun kejayaan

saya dalam sukan boling, semuanya kerana UNIMAS. UNIMAS yang telah mengasah

bakat saya dan saya akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kejayaan untuk

UNIMAS. Terima kasih atas anugerah ini.”

Apa Kata Mereka?

10

Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh institusi perbankan seperti Bank Islam selama ini kepada UNIMAS

adalah amat dihargai, kata Naib Canselor, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid. Berkata dalam majlis ringkas sempena penyerahan zakat Bank Islam pada 14 Julai lepas, Prof Dr Khairuddin berkata, dengan sokongan seperti itu, UNIMAS telah berjaya membantu dan mengurangkan beban yang ditanggung

BANK ISLAM SERAH RM30,000 UNTUK PELAJAR UNIMAS

UNIMAS dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Merentas Kampus bermula 23 hingga 24 Julai lepas. Acara kemuncak program ialah perasmian kolokium 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Dalam ucapannya, Datuk Amar Abang Zohari menyeru pelajar UNIMAS untuk mengadaptasi penggunaan teknologi sofistikated bagi tujuan menguruskan sumber negeri dengan baik dan sempurna. Beliau memberitahu, negeri ini kaya dengan sumber asli dan memerlukan pengurusan yang profesional dan sofistikated untuk manfaat rakyat khasnya dan negeri ini sendiri, amnya.

Lebih dari satu ratus orang pelajar telah menyertai kolokium berkenaan yang telah diadakan di Panggung Eksperimen, UNIMAS. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Penerangan,Datuk Selamat Sukimi, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Encik Resat Salleh dan Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman. Antara kertas kerja yang

PROGRAM MERENTAS KAMPUS DI UNIMAS

oleh pelajar dari golongan kurang berkemampuan. Hadir menyerahkan zakat perniagaan dari Bank Islam ialah Pengurus Besar Pengurusan Strategik Bank Islam, Datuk Wan Ismail Wan Yusuf kepada Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid. Zakat perniagaan yang diserahkan pada tahun ini kepada UNIMAS oleh Bank Islam adalah sebanyak RM30,000 dan ia akan diuruskan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk diserahkan kepada pelajar yang memerlukan.

Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg melihat pameran selepas melakukan perasmian kolokium 1Malaysia

dibentangkan bertajuk (a) konsep dan hala tuju gagasan Malaysia, (b) cabaran persatuan dan penuntut ke arah 1 Malaysia, (c) peranan mahasiswa dan masyarakt ke arah membina 1 Malaysia dan (d) peranan mahasiswa dan masyarakat ke arah membina 1 Malaysia.

Datuk Wan Ismail Wan Yusuf (empat dari kanan) menyerahkan replika cek zakat perniagaaan Bank Islam kepada Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid sebanyak RM30,000

11

Fakulti Sains Sosial dari UNIMAS dengan kerjasama Research Institute

and Social Change of Manchester Metropolitan University in Britain telah menganjurkan persidangan bertajuk Perspective on Inclusive Development: Embracing Diversity and Creating Disability-sensitive Communities’. Persidangan tersebut yang diadakan selama dua hari bermula 28 Julai lepas telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datin Hajjah Fatimah Abdullah bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Objektif persidangan adalah untuk mengumpul para penyelidik, pembuat undang-undang, pendidik dan golongan orang kurang upaya (OKU) untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai masalah OKU pada masa sekarang. Secara keseluruhan, sebanyak tiga puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh wakil dari persatuan golongan kurang upaya, para akademik, pegawai kerajaan dan pembuat undang-undang dari dalam mahupun luar negara seperti UK, Jepun, Afrika Selatan, Zimbabwe, Sri Lanka dan Australia.

UNIMAS ANJUR PERSIDANGAN KAJI MASALAH OKU

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani

Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ‘Advanced Institute of Science and Technology’ (JAIST) dari negara Jepun pada 9 Ogos lepas bertempat di bangunan CAUH, UNIMAS. Majlis menandatangani MoU tersebut telah diwakili oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid dan Presiden JAIST, Prof Takuya Katayama. MoU berkenaan merupakan kesinambungan kepada perjanjian pertukaran akademik pertama yang telah dilakukan oleh UNIMAS dan JAIST pada 26 Mei 2010 lepas. Dalam perjanjian MoU itu, JAIST seharusnya mengiktiraf ahli akademik UNIMAS yang dicadangkan oleh universiti ini sebagai calon program kedoktoran bergantung kepada pencapaian akademik dan personaliti program kedoktoran di JAIST. Prof . Dr. Khairuddin Ab. Hamid dalam ucapan ringkas meluahkan rasa bangga kerana menjadi satu-satunya universiti di rantau ini yang menjalinkan kerjasama dengan JAIST.Katanya, MoU itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai ahli akademik yang mempunyai kelayakan PhD di negara ini. Beliau berkata, sebagai permulaan, UNIMAS akan menghantar dua orang calon ke JAIST untuk pengambilan bulan April tahun hadapan, diikuti dengan calon lain yang terpilih pada bulan Oktober 2011. Beliau menegaskan, calon-calon akan dipilih dari tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

UNIMAS JALIN MoU DENGAN JAIST

Datin Fatimah Abdullah memukul gong sebagai tanda perasmian Persidangan Perspective on Inclusive Development Embracing Diversity and Creating Disability sensitive Communities’

12

Pada 29 Julai 2010, UNIMAS telah menganjurkan kempen ‘Go Green 1 UNIMAS’ dengan pelbagai aktiviti menarik

diadakan selama tiga hari. Kempen tersebut yang dianjurkan oleh Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni itu bertujuan untuk memupuk budaya cintakan alam sekitar dan teknologi hijau di kalangan warga UNIMAS dan masyarakat setempat. Pada hari yang sama, UNIMAS telah menerima peruntukan sebanyak RM605,000.00 daripada Kementerian Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air untuk Projek Green Energy Island UNIMAS sebagai usaha menyokong UNIMAS mencari jalan penyelesaian kepada masalah bekalan elektrik di kawasan pedalaman yang berada diluar grid bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak. Majlis penyerahan geran tersebut telah dilakukan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang juga Menteri Mentor UNIMAS, Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui. Dalam projek tersebut, UNIMAS akan mengkaji potensi dua sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu mini-hidro dan solar bagi menyediakan bekalan tenaga elektrik ke kawasan pedalaman dan kampung yang tidak ada sambungan bekalan elektrik. Pada masa kini, sebanyak tiga hingga lima peratus kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak masih tidak mendapat sambungan bekalan elektrik. Sumber tenaga boleh diperbaharui dilihat berpotensi untuk dibangunkan bagi penjanaan tenaga elektrik di kawasan berkenaan kerana ianya boleh dijana dengan kapasiti kecil sesuai dengan permintaan setempat, kos yang rendah dan sesuai bagi sistem bekalan di luar grid.

KEMPEN ‘GO GREEN 1 UNIMAS’ LESTARIKAN ALAM SEKITAR

“ Berbudi pada tanah..” Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui melakukan majlis penanaman pokok sebagai simbolik kempen ‘Go Green 1 Unimas’

Prof Dr Khairuddin Ab Hamid dan Prof.Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman berbasikal mengelilingi kawasan kampus.

“ Manis....” Dato’ Sri Peter Chin dan Prof Dr Khairuddin mencuba rasa buah jambu yang dijual di eco bazar

Pameran hijau diatur dengan baik dan tersusun untuk tatapan para pengunjung

13

Sebagai menghargai sumbangan para atlit yang telah mewakili universiti dalam bidang sukan, Unit Sukan, UNIMAS telah mengadakan majlis meraikan atlit-atlit universiti pada 14 Julai 2010 di Sarawak Golf Club Resort, Kota Samarahan. Seramai 75 orang atlit telah hadir pada majlis yang bertujuan untuk meraikan serta menyampaikan insentif kemenangan kepada para atlit yang telah berjaya memenangi pingat untuk universiti serta memperkenalkan atlit-atlit universiti kepada pengurusan universiti.

Selain itu, pelajar UNIMAS yang telah terpilih mewakili negeri masing-masing ke Sukan Malaysia SUKMA XIII Melaka 2010 turut sama diraikan dalam majlis tersebut. Mereka masing-masing menerima sijil penghargaan daripada pihak universiti kerana telah terpilih bagi mewakili negeri masing-masing. Majlis penyampaian insentif kemenangan kepada penerima telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman.

UNIMAS, PANSAR eQo DAN BELLWETHER AGRICULTURE

Majlis meraikan Atlit-atlitUniversiti Malaysia Sarawak

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

di antara UNIMAS, PANSAR eQo Technology Sdn Bhd dan Bellwether Agriculture Pty. Ltd, Australia telah terjalin pada 5 Ogos 2010 bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS. MoU tersebut menjadi titik-tolak untuk menjalankan penyelidikan dan pengkomersilan bagi teknologi hijau rawatan sisa buangan kilang kelapa sawit (POME) dan sisa tangkai kelapa sawit (EFB). Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid dalam ucapannya berkata MoU itu menekankan tumpuan ke arah pemulihan sumber-

sumber daripada sisa kelapa sawit serta mengubah sisa pepejal perbandaran menggunakan teknologi dari Australia. Beliau berkata, teknologi itu bertindak membersih sisa buangan kelapa sawit dan menjana produk baru berbentuk biogas, baja organik dan air bersih. Hadir menyaksikan MoU tersebut ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Pansar eQo Technology Sdn Bhd telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Jason Tai manakala Bellwether Agriculture Pty Ltd diwakili oleh Pengarah Urusan, Christopher Davidson.

Majlis menandatangani MoU di antara UNIMAS, PANSAR eQo Technology Sdn Bhd dan Bellwether Agriculture Pty. Ltd, Australia sambil disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Pasukan boling padang bergambar bersama-sama dengan Prof.Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman selepas menerima insentif masing-masing

14

Pertandingan memasak bubur lambuk 1Malaysia yang pertama kali diadakan secara besar-besaran di UNIMAS, memperlihatkan kehebatan Kolej Seroja apabila terpilih menjadi juara bubur lambuk 2010. Tangga kedua telah diduduki oleh Kolej Bunga Raya dan di tangga ketiga, Kolej Cempaka.

Pertandingan yang merupakan anjuran Pusat Khidmat Pelajar HEPA dan Jawatankuasa Pengetua, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej-kolej Kediaman UNIMAS turut disertai lima kolej lain iaitu Kolej Tun Ahmad Zaidi, Kolej Allamanda, Kolej Sakura, Kolej Cempaka, Kolej Kenanga dan Kolej Perubatan. Aktiviti memasaka telah bermula seawal jam 9 pagi dan berlanjutan sehingga sehingga 4.30 petang. Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman telah hadir pada sebelah petang untuk melakukan majlis penyerahan bubur lambuk yang telah dimasak oleh peserta secara percuma kepada semua pelajar dan staf UNIMAS.

Pasukan Perahu Kenyalang UNIMAS telah menduduki tempat ketiga dalam Regatta Sarawak 2010 antara IPTA/IPTS dan IP yang telah berlangsung pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Tebingan Sungai Sarawak. Pasukan UNIMAS telah mengambil bahagian dalam kategori 20 pengayuh perahu kenyalang (Lelaki) yang turut disertai oleh pasukan dari Institut Kemahiran Mara Kuching (IKM), UNIMAS, UiTM, Kolej Komuniti dan Swinburne Kuching.

Penyertaan kali ini merupakan tahun ketiga buat pasukan UNIMAS dan diketuai oleh Encik Muliadi Bin Sunip sebagai pengurus pasukan. Kejayaan di tempat ketiga itu membolehkan pasukan UNIMAS membawa pulang sebuah piala, wang tunai sebanyak RM 1,500.00 dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan Gov Sales Sarawak, Telekom Malaysia, Encik Abdul Rahman Taha.

KOLEJ SEROJA JUARA BUBUR LAMBUK 1MALAYSIA

Pasukan Tarik Tali UNIMAS telah merangkul tempat Naib Johan dalam pertandingan tarik tali sempena Pesta Pantai Tanjung Kembang, Kabong 2010 pada 23 hingga 25 Julai 2010. Pasukan UNIMAS telah diwakili oleh sepuluh orang peserta dan telah memulakan latihan selama seminggu bagi menghadapi pertandingan tersebut yang diketuai oleh Encik Mohamad Odil Bin Sabri. Sebagai Naib johan, pasukan UNIMAS menerima sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM 2,000.00. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abd Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abg Haji Openg.

PASUKAN REGATA UNIMAS MENANGI TEMPAT KETIGA

BADANG UNIMAS NAIB JUARA

“ Kita menang...” Badang-badang Unimas yang memenangi tarik tali sempena Pesta Pantai Tanjung Kembang, Kabong

“Sorakan Gembira” Pasukan regata Unimas bersorak gembira kerana berjaya mengharumkan nama Unimas dalam Regata Sarawak 2010

15

Tajuk : SPEAK MELANAU MUKAH AN ENGLISH-MELANAU MUKAH WORD AND PHRASE LISTPenulis : Ann Appleton Harga : RM15.00 Tahun : 2010

Sinopsis: Kumpulan etnik Melanau dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan faktor geografi iaitu; Melanau Mukah, Melanau Dalat, Melanau Oya, Melanau Matu-Daro-Rejang, Melanau Ba’ie (Bintulu), Melanau Balingian dan Melanau Miri. Senarai perkataan dan frasa-frasa ini telah dikumpulkan oleh Ann Appleton, seorang rakyat New Zealand semasa beliau melakukan kajian PhD dalam bidang antropologi sekitar tahun 2000. Sepanjang tempoh kajian, beliau menetap bersama-sama etnik Melanau Mukah. Kesemua perkataan-perkataan dan frasa-frasa ayat telah disesuaikan dengan bahasa Melanau mengikuti perbualan seharian masyarakat Melanau Mukah. Walaupun terdapat beberapa dialek Melanau yang berbeza dan digunakan di seluruh secara meluas di wilayah Melanau, namun dialek Melanau Mukah mudah difahami secara meluas. Buku ini mudah dibawa kemana-mana dan sangat berguna kepada mereka yang berminat untuk mempelajari dialek Melanau Mukah.

Tajuk : SWAMP KUCHING WETLANDS NATIONAL PARKPenulis : W Beavitt & Dr. A A TuenHarga : RM 66.00 Tahun : 2010

Sinopsis: Memaparkan gambar-gambar yang menarik tentang keindahan flora dan fauna di Borneo terutamanya di kawasan paya bakau di Kuching Wetland National Park. Gambar yang diambil pula bersahaja sekaligus membuktikan paya bakau bukanlah tanah yang tandus tetapi merupakan satu habitat untuk pelbagai hidupan yang biasa dan luarbiasa. Terdapat beberapa jenis hidupan mamalia dan burung yang menjadikan taman ini sebagai habitatnya termasuklah spesies terancam dan beberapa spesies yang bermigrasi. Khas untuk pencinta alam semulajadi, buku bergambar ini harus diabadikan sebagai koleksi peribadi.

BUKU TERBITAN UNIMAS

*** Sebarang pesanan buku mahupun pertanyaan mengenai koleksi buku terbitan boleh menghubungi:

Bahagian Penerbitan UNIMASTingkat5, Bangunan CAUHUniversiti Malaysia Sarawak94300, Kota SamarahanTel: 082-581159/581157 Faks:082-581919

16