edisi-1

Upload: mohd-zawani

Post on 10-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

komik

TRANSCRIPT

  • www.KomikNiaga.com#1EDISI:

    Perniagaan Internet,

    Perniagaan Alaf Baru

    9 Menggunakan Blogspot

    Bagaimana memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul

    Melalui Internet

    Team FlarebizOtai IMSudut Tip Niaga dari

    Tiada idea untuk berniaga melalui internet?

  • Coretan Editorial

    Cover Page llustration by Zack

    Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera buat para

    usahawan,

    Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana

    dengan limpah kurnia-Nya maka terbit akhirnya Komik Niaga

    edisi yang pertama. Sesungguhnya saya amat berterima kasih

    kepada para sahabat yang bekerjasama dan sudi menghulurkan

    bantuan untuk merealisasikan impian ini.

    Sebelum anda meneruskan pembacaan, izin saya berkongsi serba

    sedikit mengenai visi dan misi Komik Niaga. Ia adalah cetusan

    idea daripada seorang anak muda tempatan iaitu Hasbul Aqill,

    merangkap pengasas Komik Niaga dengan tujuan menyampaikan

    ilmu berkenaan perniagaan internet dengan cara yang lebih san-

    tai menerusi ilustrasi komik.

    Misi kami di Komik Niaga ini adalah untuk menghasilkan lebih

    banyak lagi usahawan internet tempatan bagi memartabatkan

    dunia keusahawan Malaysia ke peringkat global melalui

    penyediaan informasi menerusi pengalaman usahawan-usahawan

    internet sedia ada.

    Menerusi edisi yang pertama ini, anda akan dibekalkan dengan

    pelbagai jenis ilmu pengetahuan mengenai perniagaan internet.

    Isi kandungan yang disalurkan bukan teori semata-mata, malah

    ia juga amat sesuai untuk anda praktikkan serta merta serta

    mengaplikasikan segala ilmu yang dipersembahkan dalam Komik

    Niaga ini.

    Team

    Akhir kata, saya amat berbesar hati jika

    Komik Niaga ini dapat anda kongsikan bersama

    sahabat-sahabat kita di luar sana. Secara tidak

    langsung, anda telah membantu mereka untuk

    memahami dunia perniagaan internet

    dengan lebih jelas dan mendalam. Ini juga

    dapat membantu usaha kami untuk

    membanteras penipuan yang berlaku di

    internet dengan cara yang terbaik.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar

    Aqif Azizan selaku Ketua Editor

    KomikNiagaPenerbitVAG Network

    PengasasHasbul Aqill (HasbulAqill.com)

    PenaungHasbul Ariffx

    PenasihatKartunis Ubi & Team Flarebiz

    Pengarah UrusanAbg Is

    EditorAqif

    Penulis TetapAboi, Kid, Rocky, Mirlme, Kaiz,Dr.Minda & Prof. Niaga

    Illustrator Zack,WanWMA, Emio,Momokz & Bekmen

    Web DesignerBaloot

    Graphic DesignerLuvleey

    HAK CIPTA TERPELIHARA : Tidak dibenarkan mengeluarkan mana mana bahagian artikel, sudut dan ilustrasi serta kartun dalam apa jua bentuk samaada elektronik , fotokopi rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan dalam bentuk lisan atau tulisan daripada Team Komik Niaga

  • Dari Meja Pengasas

    Assalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah dan syukur kepada Illahi kerana dengan limpahan kurnianya kami dari Krew KomikNiaga berjaya untuk menghasilkan satu ezine berbentuk komik untuk menyampaikan informasi berguna serta menerangkan serba sedikit apakah perniagaan internet yang sebenar.

    KomikNiaga ini semestinya merupakan salah satu sumber informasi perniagaan di Ma-laysia. Kami memilih platform berbentuk komik sebagai cara untuk memnyampaikan informasi supaya ia tidaklah terlalu formal dan boleh dijadikan sebagai bahan bacaan yang santai.Semestinya, untuk edisi Pertama ini, berkemungkinan besar banyak perkara yang masih tidak lengkap dan kekurangan dari pelbagai faktor. Namun itu bukan alasan kami untuk mengambil sikap tidak endah tentang perkara ini. Insyaallah, pada edisi akan datang, kami akan memperbaiki sedikit demi sedikit kekurangan yang masih ada. Bahkan, kami mengesyorkan kepada pembaca untuk menghantar pandangan serta cadangan sekiranya masih ada perkara yang perlu dibaiki dan ditambah. Ya, memang itulah konsep kami, berfikiran terbuka dan positif sekiranya terdapat sebarang pan-dangan serta cadangan dari pembaca. Secara tidak langsung, ia adalah satu proses penambahbaikan Komik Niaga seterusnya terus menjadi bahan bacaan terulung dalam topik Perniagaan Internet.Sekali lagi, saranan kami ialah sekiranya para pembaca merasakan Komik Niaga ini sangat berguna bagi sesiapa yang ingin menjinakkan diri dalam perniagaan internet, tidak salah jika para pembaca sampaikan serta sebarkan KomikNiaga kepada rakan - rakan. Secara tidak langsung, mereka sudah tahu untuk perkara asas tentang pernia-gaan internet bahkan dapat memuatturun secara PERCUMA!Akhir kalam, diharapkan para pembaca dapat menggunakan segala informasi dengan sempurna. Segala pandangan serta cadangan boleh dihantar ke [email protected]. Dengan izin Allah, kami merasmikan Edisi Pertama Komik Niaga dengan jayanya. Ayuh!

    Pengasas Komik Niaga

    Sekian, selamat membacaHasbul Aqill bin Hasan Zaki

    Tidak ketinggalan juga, jutaaan terima kasih kepada semua Krew Komik Niaga diatas kerjasama dan komitmen yang hebat telah diberikan oleh mereka bagi menjayakan penghasilan projek ini hingga ke proses akhir. Memang tidak boleh disangkalkan lagi, tanpa kalian semua, Komik Niaga tidak akan dilancarkan dengan sempurna. Mudah mudahan Allah melimpahkan rezeki luas atas sebab kesudian kalian semua meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan Komik Niaga ini.

  • Artikel 1

    Penulis MatBiz

    Potensi memulakan perniagaan internet

    Jika dahulu ramai yang tidak tahu potensi perniagaan internet, kini hampir 80% transaksi berlaku secara online.

    Perkara ini berlaku akibat kepesatan ekonomi dan kecanggihan teknologi kerana orang ramai kini lebih cenderung menggunakan internet untuk membeli sesuatu.

    Ini merupakan berita baik untuk usahawan yang ingin menjana pendapatan di internet.

    Gagal pada tahun pertama? Mengapa?

    Berdasarkan kajian yang terdapat dalam buku Irfan Khairi (Ikon Jutawan Internet) iaitu Nota Jutawan Nota Perniagaan, 95% perniagaan internet gagal kerana kekurangan strategi pe-masaran.

    Oleh itu, rancang strategi pemasaran anda

    mulai hari ini!

    Perniagaan

    Alaf BaruPerniagaanInternet,

  • Sudut Tip Motivasi bersama

    Dr. MindaGuna 3 kaedah ini untuk tingkatkan momentum pernia-gaan internet!

    Matlamat jelas dalam perniagaan adalah satu kemestian.

    Produk dan perkhidmatan adalah asas perniagaan

    Bina pelan pemasaran dan bertindak!

    Kesimpulannya, jika anda mahu berjaya dalam perniagaan internet dan tidak mahu tergolong dalam 95% individu yang gagal, maka gunakan keti-ga-tiga kaedah yang ditunjukkan di atas.

    2

    3

    1

  • Artikel 2

    Penulis Kid

    Ruangan pejabat lebih ideal

    Kos perniagaan rendah, keuntungan meningkat

    Mengurangkan kos perbelanjaan penting yang membawa kepada keuntungan seperti kos pengiklanan dan pemasaran.

    Boleh memilih untuk tidak menyewa ruangan pejabat dimana ruangan rumah boleh dijadikan sebagai pangkalan perniagaan.

    Penjenamaan lebih mudah untuk dilakukan apabila kita mudah berkomunikasi dengan bakal pelanggan.

    Pembinaan jenama peribadi dan perniagaan

    Kewujudan sistem-sistem perbankan online seperti Maybank2u dan CIMB Clicks juga ber-jaya membawa nafas baru dalam dunia pernia-gaan internet dan mempercepatkan transaksi jualan.

    Transaksi lebih pantas

    Mudah mencapai sasaran pelanggan

    Dengan kewujudan forum, blog serta laman jaringan sosial (Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya), anda kini boleh berhubung dengan prospek dengan lebih efektif.

    Perkembanganperniagaaninternetpasarantempatan- Sejauh manaRevolusinya?

  • Sudut Bingkisan Sumbangan Nik Wafdi Majalah Ujang

    VSUndertable

    Undertacker

    Cerita ni takde kene men-gena dengan sesape yang hidup maupun dah meninggal, sekadar buat pedoman untuk kita yang hidup sebelum pergi tak kem-bali...renung-renungkanlah.

    Amacam? Dapat projek yang kau kata hari tu? Rosli angkat kening kat Jalal.

    Dapat mende. Hampeh! Jalal buat muka bengang.

    Sabarlah Jalal, ada la rezeki kat lain tu Rosli tau bukan sen-ang nak sabar bila banyak duit, masa serta kederat dah habis dalam mengejar apa yang dike-jarkan.

    Masalahnya diorang kata aku boleh dapat projek tu tapi kena la hulur-hulur sikit. Kata diorang zaman sekarang semua orang pakat hulur belaka. Bukan dio-rang mintak tapi kalau kedekut nak hulur tak dapat ler. Jalal merungut. Dah berapa kali dia berhadapan dengan masalah undertable ni tapi setakat ni dia tepis semua. Setakat ni le.

    Elok le gitu. Semua orang buat kerja haram kau pun kena buat jugak la ye? Rosli sindir nak in-gatkan kawannya.

    Takde la tapi kalau dah gitu aje caranya, dah kira darurat la kot. Boleh le kot ek? Jalal dah makin geram. Dia tak nampak alternatif lain.

    Darurat ni bila dah tahap anta-ra hidup dan mati aje la brader. Setakat nak kejar projek takde matinya kalau tak dapat pun. Rosli tau Jalal terdesak tapi takde lah sampai tahap darurat.

    Ni kira mati la jugak, mati akal. Tak tahu cemana nak bagi da-pat. Camnilah, aku hulur je dulu, bila dah dapat karang aku tobat le, pastu bila dah ada duit boleh le aku buat amal jariah, sedekah sana-sini, rasanya boleh kot macam tu kot ek? Niat baik ni, jalan je kurang baik sikit, tujuannya baik cemana pun. fitrah manusia yang ter-lalu berkehendakkan sesuatu, asal jadi, asal jaya, apa cara tak apa. Jalal percaya dia boleh membetulkan apa yang salah demi tujuan yang betul.

    Aku tak berani komen. Se-tahu aku takde ustaz aku ajar boleh buat tak elok untuk niat yang elok. Kalau dah tak elok, tak elok le sampai ke sudah. Rosli tahu dia hanya mampu menasihati. Selebihnya, lu fikir la sendiri.

    Ustaz kau tu tak habis ajar kau lagi kot. Kot engkau banyak monteng kuliah tu yang kau ter-lepas bab ni kot...tengok cerita

    Robin Hood tu, mencuri dari orang kaya pastu tolong orang miskin. Dunia sekarang yang kaya makin kaya, yang mis-kin makin merana, kita kena la buat something, bukan ke ada ayat kata takkan berubah nasib sesuatu kaum tu kecuali dio-rang ubah nasib diorang sendiri kan? Jalal bukan manusia ja-hil, namun ilmu yang ada boleh saja disalahguna.

    Engkau kalau nak ikut sun-nah Robin Hood silakan, aku malas nak tegur kau dah. Ada aje point kau nak putar belit apa aku nasihat kat kau. Suka hati kau lah Jalal. Aku mintak diri dulu, layan kau sembang sampai pagi tak sudah. Rosli seriau. Kawan dia sorang ni dah sampai menggunakan ilmu agama untuk mengejar dunia, untuk melepaskan diri dari aja-ran agama itu sendiri. Sesuka-hati dia aje nak menterjemah ayat ikut fahaman sendiri.

    Amacam sekarang? Rosli hu-lur tangan. Salam disambut.

    Alhamdulillah. Rezeki mencu-rah-curah. Syukur Alhamdulil-lah. Jalal senyum lebar. Wa-jahnya berseri-seri. Badannya

  • dah sedikit berisi selepas sepu-luh tahun berlalu. Rosli masih macam dulu lagi.

    Aku tengok kau sekarang dah jadi tokoh koperat. Bisnes men-canak-canak. Bila lagi nak per-gi mengaji? Dunia semua dah dapat, kita cari akhirat la pulak. sambil matanya menikmati pe-mandangan pejabat kawannya yang berhias indah Rosli sem-pat lagi berseloroh. Dia turut berbangga dengan pencapaian kawannya yang dah sedekad tidak ketemu.

    Heheh...aku bukan taknak tapi aku sibuk sangat la bro. Tapi lima waktu aku tak tinggal, zakat semua setel, haji umrah dah pergi, alhamdulillah la...bab agama semua ok, ni dalam perancangan nak sponsor bina masjid kat kawasan taman aku tu, biar senang nak pergi deng-ar kuliah. Karang bila dah pen-cen aku ingat nak lepak masjid pulak, cover balik masa yang habis dengan duniawi ni. Jalal atau Datuk Jalal pada pang-gilan pekerjanya, bersandar di kerusi empuk dari Italy. Ada ayat-ayat suci berbingkai indah tergantung di setiap dinding pejabatnya, ayat Kursi dan ayat seribu dinar di antaranya. Ayat kegemaran untuk penjagaan dan kekayaan pada fahaman ramai orang.

    Masyaallah. Hebat kau bro. Jalal kagum dengan kejayaan dan keadaan kawannya yang tampak mantap. Zahir dan ba-tin. Dunia dapat, akhirat tak tinggal.

    Tu la pasal, ingat lagi tak masa mula-mula nak start dulu tu aku cerita kat kau pasal kisah un-dertable tu. Kalau aku tak buat macam orang lain buat, tentu

    aku dah ketinggalan. Sekarang dah berjaya baru senang nak buat amal jariah. Dulu nak isi tabung masjid singgit sebelum sembahyang jumaat pun gig-il, sekarang usahkan tabung, masjid aku bina. Hahaha... Jalal berdekah sampai men-dongak ke langit.

    Aku tengok kau sekarang dah lain la bro. perlahan suara Rosli menyusul setelah reda dekahan Jalal. Ada keraguan pada wajahnya.

    Memang le lain, dulu aku sengkek sekarang dah kaya. Dulu orang tak pandang aku sekarang aku dah tak pandang orang. Bukan nak berlagak tapi memang betul le tu, dulu lain sekarang lain. Jalal jawab je-las.

    Camnilah bro, aku nak cakap straight to the point ajelah. Aku tengok kau dah jauh dari jalan yang lurus. Sebagai kawan kau, aku kena cakap. Rosli se-rius. Ada perkara boleh dibuat jenaka, ada yang tak sewajarn-ya dipermainkan.

    Jalan yang lurus? Jalan macam yang kau lalu seka-rang ke? Kau tu je yang lurus bendul kau tau tak. Kita hidup kat dunia ni kena pandai. Kena pandai ambik lap. Mana ada ja-lan yang straight memanjang. Kalau kau nak jalan straight ju-gak tu yang terjun gaung. Mana taknya, semua orang corner baring kau tegak aje. Come on la brader. Jangan jadi jumud. Ni le masalah orang Islam seka-rang, nak ikut sunnah nabi tapi tak pakai otak. Nabi naik unta, takkan korang nak bawak unta kat highway sekarang kot? Ha-haha...apa guna kita diberi akal fikiran. Pakai otak tu sikit! Nada

    suara Jalal meninggi. Egonya tercalar. Reaksinya ialah men-calar semula. Ini wilayah dia. Tiada siapa yang boleh mer-endahkan dirinya dimana dia adalah empunya tempat yang menjadi singgahsananya. Rosli baginya dah melampaui batas.

    Astaghfirullahalazim. Tak baik kau kata camtu Jalal... bawak-bawak mengucap. Rosli terke-jut dengan amarah sahabatnya yang sanggup menghina pegangan syahadahnya sendi-ri.

    Betul apa aku cakap. Facts! Tu sebab aku malas nak ikut kau pergi mengaji. Bertahun-tahun belek kitab tapi apa kau dapat? Aku tengok kau masih kat ta-hap lama, takde kemajuan. Me-mang la kena cari akhirat tapi dunia kau abaikan. Punyalah banyak rahmat tuhan terben-tang kat atas mukabumi ni tapi kau tak ambil. Tak ke kufur nik-mat namanya tu? Bukan aku nak pandang rendah kat kau tapi kau tu tak sedar, kau tu yang patut bawak mengucap. Jalal terus menyerang. Dilem-parkan semula kehinaan ditam-bah tohmahan sebagai balasan teguran dari teman yang seka-dar ingin menimbulkan kese-daran. Rosli tergamam.

    Aku mintak diri dulu bro, se-senang nanti aku singgah lagi insyaallah. Assalamualaikum Rosli bangun meninggalkan kerusi empuk dari eropah.Tu lah dia, aku tegur sikit merajuk. Waalaikumsalam. Jalal bersandar bangga. Dia nyata berjaya untuk ke sekelian kalinya. Dia tak pernah kalah. Tangannya yang terdapang melingkar bahu kerusi dibawa ke dada. Ada denyut ganjil dalam rentak jantungnya.

  • Macam mana ni Pak Imam? Macam-macam hal nak uruskan jenazah ni. Nak bawak keluar hos-pital pun susah. Ada postmortemlah bagai. Pas-tu dengarnya urusan tanah kubur pun problem, bukan kariah sini le, tukang gali balik kampung,

    Tu le pasal. Cari harta dunia untuk orang lain, harta akhirat untuk diri sendiri Allah je yang tahu berapa banyak dibawa masuk kubur. Tu belum tapis mana-mana yang bercampur dengan riak, takbur, sumaah, memacam lagi. Nak buat ce-mana, orang zaman sekarang asal reti berjalan

    entah le. Pak Hasan, driver Datuk Jalal ber-tanyakan pada Haji Ilias, imam di surau berdekatan dengan pejabat.

    Ahli keluarga dia se-mua dah tahu tak? Haji Ilias sekadar sing-gah ke pejabat bila dipanggil Pak Hasan yang juga ahli jemaah di surau.

    Dengarnya ada orang kat pejabat dia telefonkan masa dia collapse semalam, katanya diorang kat Australia sampai hujung minggu ni, anak dia graduation katanya. Bila dah kompom meninggal, bila call, boleh pu-lak diorang suruh kita uruskan semuanya sebab kononnya kalau diorang balik pun sama aje, dio-rang bukan tahu nak buat apa pun. Siap cakap yang dah mati biar le mati, bukan boleh hidup balik. Orang zaman sekarang, mati macam tak-depape. Pak Hasan menceritakan al kisahnya yang menimpa si mati, ada kekesalan terselit di nada suara tuanya.

    Habis tu? Masuk peti sejuk le nampaknya ye? Haji Ilias menggaru janggutnya yang tak gatal.

    Gitulah lebih kurangnya. Nak buat cemana. Pak Hasan sekadar angkat bahu. Apa lagi yang mampu dibuatnya.

    Sedara mara? Takkan takde sesapa datang tun-tut? Haji Ilias masih hairan.

    Tuntut mayat belum tapi dengarnya pakat berke-jar pergi pejabat peguam ada la, pakat nak tuntut bahagian masing-masing. Harta si mati banyak, pakat-pakat kekah le tu. Pak Hasan mengge-lengkan kepala pada ironi yang menimpa si mati, usahawan berjaya yang pada zahirnya nampak beriman lagi dermawan.

    aje terus diajar kejar dunia. Takde nak bela-jar agama dulu. Pastu berangan nak mengaji bila dah pencen, bila dah senang, bila dah dapat dunia. Tau-tau dah keras kejung, ni masuk pulak dalam peti ais, lagi leee. In-nalillahiwainnailaihi-rajiun.

    Tamat.

    - Artikel ini diterbitkan oleh Saudara Nik Wafdi dari Ma-jalah Ujang

  • Artikel 3

    Penulis Kaiz

    Masih keliru ?

    Dapatkan domain anda seperti .com, .net, .org dan pelbagai lagi.

    Elakkan daripada menggunakan hosting percuma seperti blogspot.com atau wordpress.com.

    Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dipandang serius oleh para usahawan internet yang ingin berkecimpung dalam perniagaan internet.

    Bagaimana memulakan

    perniagaanDengan

    internet

    **

    Memiliki domain dan hosting sendiri

  • Artikel 3

    Pemilihan laman web seperti blog, e-commerce, dan minisite adalah berdasarkan jenis pernia-gaan yang dijalankan.

    Jenis produk dan perkhidmatan adalah bergantung pada kemampuan usahawan itu sendiri.

    Produk terbahagi kepada dua jenis iaitu fizikal dan digital.

    Memudahkan pelanggan untuk melakukan sebarang transaksi bagi tujuan pembelian sesuatu produk dan perkhidmatan.

    Letakkan iklan di laman web yang mempunyai jumlah pelawat yang tinggi.

    Lakukan pemasaran percuma melalui blog, forum dan laman jaringan sosial sekiranya tidak mempu-nyai bajet yang tinggi.

    Elakkan daripada menjadi SPAMMER!

    Membina laman web

    Mempunyai produk dan perkhidmatan untuk diniagakan

    Mempunyai pengetahuan asas mengenai pemasaran internet

    Menyediakan sistempembayaran secara online untuk diniagakan

    *

    *

    **

    **

    *

    *

  • Sudut Tutorial 9

    Langkah 1

    Langkah 2

    Lawati laman web rasmi Blogger di

    http://www.blogger.com

    Klik pada CREATE A BLOG untuk mula bina blog anda dengan platform Blogspot.

    Sila ikuti langkah-langkah yang ditetapkan seperti gambar di sebelah:

    Untuk bina blog dibawah Blogspot, anda perlu mempunyai email terlebih dahulu.

    Tutor : Baloot

    Langkah Mudah Bina Blog Per-cuma Menggunakan Blogspot

    Email Address: Masukkan email anda. Jika anda belum mempunyai email, KomikNiaga cadan-gkan anda buat satu email dibawah akaun Google.com iaitu Gmail.com. Banyak faedah yang akan anda peroleh sekiranya berdaftar akaun email di bawah Google.

    Retype Email Address: Sila masukkan sekali lagi email anda sebagai pengesahan.

    Enter a Password: Masukkan password pilihan anda. Pastikan password anda lebih daripada 6 angka.

  • Retype Password: Sila masukkan sekali lagi password anda sebagai pengesahan.

    Display Name: Anda boleh masukkan nickname anda atau nama blog anda disini jika blog anda berbentuk business atau commercial.

    Email Notification: Anda boleh tick untuk terima update berkenaan Google, Blogspot dan lain-lain lagi ke email anda.

    Birthday: Masukkan tarikh lahir anda yang BETUL. Pastikan anda double-check kerana ini pent-ing jika anda terlupa password, Google perlukan maklumat tarikh lahir anda yang betul untuk recover password anda.

    Word Verification: Masukkan ABJAD yang terpapar pada screen. ABJAD berwarna HIJAU.

    Acceptance of Terms: Sila tick selepas anda setuju dengan semua terma dan syarat untuk berdaftar blog di bawah platform Blogger. Anda boleh klik TERMS OF SERVICE untuk meng-etahui lebih lanjut berkenaan terma dan syarat tersebut.

    Sebaik saja anda selesai isi semua diatas, klik pada butang CONTINUE untuk ke pendaftaran blog seterusnya.

    Langkah 3

    Langkah 4

    Selepas anda berdaftar dengan Gmail, anda dipaparkan skrin seperti di sebelah.

    Email: Masukkan email yang anda baru saja daftar dengan Gmail.com tadi.

    Password: Masukkan password email anda.Kemudian, klik Sign In untuk log masuk ke la-man blog Blogspot.

    Sekarang bermulanya langkah anda untuk mendaftarkan blog anda.

    Display Name: Anda boleh memasukkan apa saja nama disini. Jika blog anda berbentuk peribadi, boleh masukkan nama anda. Jika blog anda berbentuk business secara kecil-kecilan, anda boleh memasukkan nama busi-ness atau nama company anda.

  • Email Notification: Sila tick untuk terima update dari Google, Blogspot, etc.

    Acceptance of Terms: Sila tick untuk setuju dengan terma dan syarat sebagai ahli Blogspot. Seterusnya, klik pada CONTINUE untuk ke langkah seterusnya.

    Langkah 5

    Langkah 6

    Langkah 7

    Pada langkah ini, anda perlu memasukkan nama blog anda dan juga alamat URL untuk pengunjung akses ke blog anda kemudian hari nanti. Alamat URL ini boleh ditukar kemudian tapi sebagai cadangan, sila masukkan alamat URL yang tetap.

    Tips: Pastikan nama blog anda unik, tidak mem-punyai sebarang nombor dan dash (-) serta tidak terlalu panjang sehinggan susah untuk diingati oleh orang ramai.

    Pada langkah ini, anda boleh memilih design tema untuk blog anda. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan design-design ini, anda boleh membeli atau mengupah design blog daripada web designer.

    Ini hanyalah permulaan design anda, anda boleh menukar design blog anda kemudian hari nanti.

    Klik pada CONTINUE untuk ke halaman seter-usnya.

    Blog anda telah pun siap. Anda boleh mula menulis blog sekarang! :)

    Klik pada START BLOGGING untuk mulakan destinasi anda sebagai seorang Blogger.

    http://komikniaga.blogspot.comContohnya nama yang unik:

    Seterusnya, klik pada CONTINUE untuk mula memilih tema design pilihan hati.

  • Langkah 9

    Langkah 8

    Anda berada pada ruang penulisan blog. Disinilah anda boleh memasukkan artikel / post ke dalam blog anda. Title: Masukkan title post anda atau topik yang ingin anda berkongsi dengan pembaca blog anda.

    Ruangan Kosong: Disini anda boleh memasuk-

    Setelah selesai tulis text untuk kandungan con-tent anda, klik pada PUBLISH POST. Kemudian paparan skrin seperti dibawah keluar.

    Anda boleh klik pada VIEW POST untuk lihat post yang telah pun anda buat tadi.

    kan text untuk kandungan blog anda nanti.

    Tips: Jangan sesekali menggunakan lebih daripada 3 warna di dalam content blog. Dan jangan gunakan warna yang agak TERANG / STRIKING. Ianya boleh menyakitkan mata pembaca blog anda.

    Untuk memasukkan gambar di dalam post anda, klik pada butang IMAGE dan paparan seperti dibawah akan keluar dan klik pada BROWSE untuk memilih gambar dari PC anda. Setelah se-lesai, tick pada I ACCEPT THE TERMS OF SERVICE dan klik UPLOAD IMAGE.

    Sekarang selesai sudah blog anda dibuat. Anda boleh terus menambah post mengikut kekera-pan sepert 2 hari sekali, 1 minggu sekali atau mengikut kesesuaian masa anda.

    Tip: Pastikan setiap post yang anda buat mempunyai gambar dan susunan paragraph yang tersusun rapi. Jika post anda tiada gambar yang sesuai, boleh cari di Images.Google.com dan guna kata kunci seperti pada POST TITLE anda. Anda akan dapati banyak gambar yang berkaitan dengan kata kunci anda.

  • Artikel 4

    Penulis Aboi

    Secara umumnya terdapat 3 model perniagaan internet yang boleh anda lakukan hari ini.

    Produk FizikalMenjual minyak wangi, pakaian ataupun apa-apa produk yang boleh anda sentuh dengan deria sentuhan.

    Produk DigitalIa pada kebiasaannya dalam bentuk ebook, video tutorial atau audio rakaman dan juga dikenali sebagai produk informasi digital.

    Servis/PerkhidmatanMenyediakan perkhidmatan reka bentuk laman web, menterjemah dokumen, menulis artikel dan banyak lagi.

    InternetPerniagaanModel

  • PerniagaanQuoteOleh MatBiz

    Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini

  • Artikel 5

    Penulis Mirlme

    Pemasaran melalui laman jaringan sosial

    Menggunakan laman web seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan LinkedIn bagi mempro-

    Cara Pemasaran

    Melalui Internet

    Tidak kira sama ada peniaga kecil atau sebaliknya, laman web diakui salah satu medium yang berpotensi

    Pemasaran melalui Emel

    Mengumpul email secara sah dengan menyediakan laman web seperti squeeze page atau landing page.

    Pemasaran melalui forum

    Berikan informasi berguna dan berharga berkenaan perniagaan anda kepada ahli forum.

    mosikan perniagaan.

    Pemasaran melalui blog

    Meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda.

    Pemasaran melalui Video

    Menggunakan laman web seperti Youtube, Vimeo dan Daily Motion untuk mempromosikan pernia-gaan anda.

    dalam memasarkan perniagaan.

  • BIOGRAFI OTAI IM

    TeamFlarebiz

    EDISI 1

    Penulis dan illustrasi oleh WanWMA

  • Team FlarebizOtai IMSudut Tip Niaga dari

    Tiada idea untukberniaga melalui

    internet?

    Sell What People Want, Not What You Want

    Kaji pasaran terlebih dahulu dan fokus pada produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.

    Tengok dan kaji sekeliling anda

    Kenalpasti produk yang laris dijual di sekeliling anda.

    Hobi anda!

    Sekiranya anda mempunyai hobi, tukarkan ia kepada per-niagaan melalui produk atau perkhidmatan.

  • SudutPengurusanKewangan

    Penulis: Rocky

    #1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

    Jauhkan diri daripada kad kredit dan elakkan daripada membawanya apabila anda keluar ke pasar raya.

    #2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

    Sentiasa ingatkan diri supaya tidak membelan-jakan wang sesuka hati demi mencapai impian matlamat bebas kewangan.

    #3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

    Berfikir dahulu sebelum melakukan pembelian dengan memastikan bahawa adakah ianya satu keperluan atau sekadar kehendak anda sahaja.

    #4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

    Menyenaraikan senarai barangan untuk dibeli sebelum keluar.

    #5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

    Pastikan anda menetapkan peruntukan untuk diri anda sendiri dan berbelanja dengan bijak.

    #6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

    Cari teman yang anda percaya boleh menghalang diri anda daripada boros ketika berbelanja.

    #7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

    Semak senarai harga terlebih dahulu menerusi laman web yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk membeli.

  • ??

    ?

    ?

    Sudut Soal-jawab Perniagaan

    Moderator: Prof. Niaga

    Apakah perbezaan antara perniagaan internet dan internet marketer?

    Perniagaan internet melibatkan penjualan produk atau perkhidmatan dan transaksi pembayaran menerusi laman web.

    Internet marketer merupakan individu yang melakukan sebarang aktiviti pemasaran menerusi internet.

    Saya memang berminat untuk memulakan per-niagaan internet. Masalahnya saya tiada idea untuk menjual di internet. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan idea tersebut?

    Terdapat 2 sumber untuk anda dapatkan idea bagi memulakan perniagaan internet iaitu:

    Lihat sekeliling Kebanyakkan produk di sekeliling mempunyai potensi untuk dijual menerusi internet.

    Lawati laman web seperti eBay, Google Trends dan Clickbank Marketplace untuk melihat produk yang mempunyai permintaan tinggi mengikut pasaran semasa.

    Berapakah modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan internet?

    Ia bergantung pada model perniagaan internet yang ingin dimulakan.

    Pertama anda memerlukan akaun webhosting dan domain berbayar dalam lingkungan RM100.

    Selebihnya anda boleh sediakan bajet dalam lingkungan RM200 bagi tujuan promosi dan langgan servis autoresponder bagi mengumpul senarai emel secara sah.

    Modal yang dinyatakan ini tidak termasuk modal dari segi tujuan membeli bahan-bahan pembelajaran bagi tujuan melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan internet.

    Perlukah saya berhenti kerja dan mempunyai pejabat untuk menjalankan perniagaan di Inter-net?

    Tidak perlu kerana ia boleh dilakukan secara separuh masa dan jarang sekali memberikan impak negatif terhadap pekerjaan sedia ada.

  • Sudut SkodengLaman web terpilih jelingan Luv

    leeyBy Nurul Luvlee

    http://www.cuttinghair.com

    Menjual kit cara bagaimana memotong rambut. HEBAT!...tak perlu lagigunting di kedai?

    http://www.mikethehatter.com

    Menjual berbagai jenis topi. Mike, pemi-lik laman web ini amat meminatitopi, lantas membina laman web untuk Menjual produk yang diminati.

    http://www.bugrepeller.com

    Racun penghalau serangga. Sering kita lihat iklan-iklan tersebut di akhbar,jarang sekali di Internet.

    p/s awak tak perlu fikir panjang untuk jual produk di internet.

    Just be kreatif !

  • Tunggu kemunculan edisi seterusnya 3 bulan

    dari sekarang!http://www.KomikNiaga.com