buletin kdn edisi 1/2016

68
Perpaduan Menjamin KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN EDISI KHAS BIL:1/2016 • ISSN 1394-4523 • www.moha.gov.my UCAPAN TAHNIAH ATAS PENGIKTIRAFAN BINTANG AGENSI SEKTOR AWAM TAHUN 2015 – 2016

Upload: haliem

Post on 31-Dec-2016

273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin KDN Edisi 1/2016

Perpaduan MenjaminKESELAMATAN DAN KESE JAHTERAANED

ISI K

HAS

B I L : 1 / 2 0 1 6 • I S S N 1 3 9 4 - 4 5 2 3 • w w w. m o h a . g ov. my

UCAPAN TAHNIAH ATASPENGIKTIRAFAN BINTANG

AGENSI SEKTOR AWAM TAHUN 2015 – 2016

Page 2: Buletin KDN Edisi 1/2016

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya penerbitan Buletin KDN berjaya diteruskan dengan edisi pertama tahun 2016. Semoga laporan aktiviti yang dimuatkan di dalam Buletin ini berfungsi sebagai input yang berguna kepada pembaca tentang perkhidmatan dan peranan KDN. Adalah menjadi harapan saya agar Amanat Tahun Baru 2016 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menjadi panduan kepada semua warga KDN dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mahupun sebagai dorongan untuk mengekalkan prestasi kerja.

Sepanjang tahun 2015 secara keseluruhan prestasi KDN adalah memberangsangkan. Saya berharap untuk sepanjang tahun 2016 seluruh warga KDN termasuklah Jabatan serta Agensi di bawah KDN terus menerus meningkatkan komitmen dan prestasi khususnya yang melibatkan penyampaian perkhidmatan secara terus kepada rakyat. Sehubungan itu, kita perlu bekerja secara inovatif dalam usaha menghasilkan produktiviti berkualiti tinggi berbanding sebelum ini bagi memastikan nama KDN sentiasa baik dan positif di mata masyarakat dan juga pemegang taruh atau stakeholders.

Sebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa yang telah dicapai, namun akan ada ruang yang boleh dibuat penambahbaikan untuk terus cemerlang dan

gemilang. Tahun baharu 2016 merupakan tahun penuh dengan cabaran ekoran keadaan ekonomi negara serta dunia yang semakin tidak menentu malahan harga minyak yang tidak stabil. Hal ini juga melibatkan nilai pertukaran mata wang negara yang turut terjejas dan secara tidak langsung memperlahankan tempo pembangunan negara.

Kedudukan tersebut walaubagaimanapun didapati tidak menjejaskan moral warga kerja KDN dan secara bersama kita telah berjaya menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ektremisme Keganasan (IDC 2016) di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Persidangan yang julung kali diadakan telah mendapat sambutan positif dan pujian para peserta tempatan mahupun antarabangsa baik dari aspek penganjuran mahupun komitmen Malaysia melalui KDN dalam memerangi keganasan radikal.

Isu globalisasi dan cabaran dunia tanpa sempadan secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada KDN dalam menguruskan isu atau sebaran berita palsu melalui media sosial. Dewasa ini, KDN sering diasak pelbagai cabaran kesan ketaksuban netizen dalam penggunaan media sosial. Saya ingin menasihatkan warga KDN supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang disebarkan sebagai sumbangan kita dalam mengekalkan ketenteraman awam. Sebaiknya buatlah penilaian dan rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya seperti mengkongsikan bahan yang diterima atau memberi ulasan kepada sesuatu posting di Facebook dan Twitter

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada warga KDN di atas komitmen tinggi dan kecemerlangan tahun 2015 dan berharap usaha-usaha penambahbaikkan sistem penyampaian perkhidmatan dan agenda transformasi perkhidmatan awam di peringkat KDN dan Jabatan/Agensi diteruskan dengan lebih cemerlang pada tahun 2016.

Selamat membaca dan selamat menjalankan tugas.

Dato’ Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim

AMANAT KETUA SETIAUSAHAMENDEPANI CABARAN TAHUN BARU

Page 3: Buletin KDN Edisi 1/2016

1

PENAUNG : DATO` SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

PENASIHAT : DATO` WAN ALI BIN BESARHAJI ZAINAL ABIDIN BIN ABU HASSAN

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT :DATUK ZUKRI VALENTENO

PENGARANG :HASNIAH RASHID

PENOLONG PENGARANG :MOHAMAD FADZLI BIN ZAINUL ABIDINMOHAMAD FAEZ CHE MANSORSALFIZAN ENDI SALIMNUR AKMAR JA’AMAT

FOTOGRAFI : UNIT MEDIA BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI

• ASNIHAMZAH

• MOHAMADFAEZCHEMANSOR

• MOHAMADHARIZMOHDNOOR

• SHARIENARAIHASELAMAT

• MUHAMMADAZEEMSARIP

EDARAN / PUBLISITI :UNIT KORPORAT BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI

GRAFIK / REKALETAK :SASYAZ HOLDING SDN. BHD.

Pandangan sidang penulis adalah hasil kreativiti dan pemikiran peribadi serta tidak melambangkan pandangan rasmi Sidang Pengarang atau pun dasar KDN.

Urusetia mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan bagi maksud penambahbaikan kualiti penerbitan ini serta sumbangan pelbagai bentuk penulisan seperti laporan dan berita untuk keluaran akan datang

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, mohon hubungi urusetia di :Emel : [email protected]

INTISARI KANDUNGANUCAPAN TAKZIAH 27

HARI RELA KE-44 2016 28

PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN 30 SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN

PRESTASI CEMERLANG KDN TERBILANG 36

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 38 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2015

KENALI POTA CARA 3W2H 40

PERASMIAN RTC MELAKA 44

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTIDADAH 46 KEBANGSAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI PENJARA KE-226 48

HARI ULANGTAHUN UNIT 50 TINDAKAN KHAS(UTK) KE 41

PROGRAM TURUN PADANG KSU 52

SINERGI KERAJAAN & 54 INDUSTRI PERFILEMAN

KOMITMEN PERANGI PEMERDAGANGAN 56 MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

RAMPAIAN AKTIVITI 58 – 63

PENGURUSAN KESINAMBUNGAN 64 PERKHIDMATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

AMANAT KETUA SETIAUSAHA

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI 2 DERADIKALISASI DAN MEMERANGI EKTREMISME KEGANASAN

PELANCARAN DASAR KESELAMATAN 4 DALAM NEGERI

TRANSKRIP AMANAT TAHUN BARU 2016 6

IDC: DASAR TEGAS PERANGI KEGANASAN 14

IDC: GABUNGAN DASAR AKTIF & 16 PASIF TANGANI DERADIKALISASI

BRAINSTORMING MENGENAI 18 PERMASALAHAN DADAH

APRESIASI PERKHIDMATAN: 20 – 25

• KenaikanPangkatdanPertukaranKeluar• KenaikanPangkatdanPenempatanBaru• AluanSelamatDatangdanSelamatBerkhidmat• Penghargaan&UcapanTerimaKasih Sempena Persaraan• PenerimaDarjahKebesaran• SekalungTahniah

PEMAKLUMAN TERKINI 26

SIDANG PENGARANG KDN EDISI KHAS BIL1/2016

Page 4: Buletin KDN Edisi 1/2016

2

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2016: Malaysia menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai

Deradikalisasi dan Memerangi Ektremisme Keganasan (IDC 2016) bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Persidangan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 Januari 2016 dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI DERADIKALISASI DAN MEMERANGI EKTREMISME KEGANASAN

AN

TA

RA

BA

NG

SA

Oleh: Mohamad Faez Che Mansor

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri selaku hos persidangan mempengerusikan persidangan berkenaan yang dihadiri semua Menteri-Menteri ASEAN dan sembilan (9) Menteri-Menteri negara rakan strategik iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Australia, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun ,China dan Itali dalam menangani ancaman dan kegiatan ekstrimis militan.

Objektif utama persidangan yang julung-julung kali diadakan ini adalah ke arah meningkatkan kerjasama antara agensi keselamatan di seluruh dunia dalam program deradikalisasi. Ketua-Ketua delegasi (HOD) negara peserta turut berkongsi amalan terbaik program deradikalisasi di negara masing-masing khususnya dalam memerangai ideologi ekstrimis militan dan peranan kerajaan dalam memulihkan kembali bekas pengganas ke dalam masyarakat.

Page 5: Buletin KDN Edisi 1/2016

3

Perjalanan IDC 2016 dibahagikan kepada dua (2) sesi utama iaitu sesi Ministerial Statement dan sesi Plenary di mana setiap HOD telah menyampaikan ucapan dasar mengenai program deradikalisasi di negara masing-masing. Manakala sesi hari kedua tertumpu kepada pembentangan pengalaman oleh negara-negara, peserta dan juga agensi-agensi tempatan serta pihak NGO.

IDC 2016 melibatkan liputan berita oleh seramai 150 petugas media dari luar dan dalam negara. Ke arah memastikan IDC 2016 berjalan dengan lancar dan maklumat terperinci mengenai negara yang berkenaan dapat disebarluaskan KDN melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengetuai Jawatankuasa Media dan

Promosi dan mewujudkan Pusat Media di lokasi persidangan. Pewujudan Pusat Media telah mendapat pujian kerana telah memudahkan urusan liputan berita khususnya di kalangan petugas media antarabangsa.

Keseluruhanya penganjuran IDC 2016, yang diurusetiakan oleh Bahagian Keselamatan dan ketenteraman awam KDN telah menyerlahkan lagi komitmen Malaysia dalam memerangi dan menghapuskan segala bentuk ancaman seperti oleh kumpulan IS/Daesh yang berpontensi menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Berita lanjut IDC 2016 di halaman 14 – 17

Page 6: Buletin KDN Edisi 1/2016

4

PUTRAJAYA, 05 Februari 2016: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN)

yang merupakan satu dasar komprehensif dengan tumpuan kepada aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

PELANCARAN DASAR KESELAMATAN DALAM NEGERI

SE

MA

SA

DKDN adalah bagi menjamin kewujudan (survival) Malaysia sebagai sebuah negara melalui kesepaduan dan ketahanan nasional berteraskan prinsip-prinsip:

• PerlembagaanPersekutuan,• RukunNegara;dan• Amalan-amalandemokrasi

Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat

Page 7: Buletin KDN Edisi 1/2016

5

Ke arah kesatuan nasional (national cohesion), kedaulatan negara (national sovereignty), integrasi wilayah (territorial integration), ketenteraman awam (public order) dan kestabilan politik (political stability).

Dalam menggubal DKDN ini, dua (2) jawatankuasa telah ditubuhkan pada 20 Januari 2014 dengan peranan untuk merangka dan menggubal dasar mengenai keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Jawatankuasa Tertinggi diketuai sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Lain-lain ahli keanggotaan jawatankuasa ialah YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sementara itu, YBhg Dato’ Seri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN mengetuai Jawatankuasa Kerja dengan keanggotaan seramai lapan (8) Ketua Jabatan/agensi di bawah KDN termasuklah Ketua Polis Negara dan diurusetiakan oleh IPSOM.

Bagi maksud pemantapan dan pandangan ilmiah, KDN turut mendapat khidmat nasihat dari Majlis Profesor Negara, khususnya menerusi Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak, juga merupakan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Proses penggubalan DKDN melibatkan pembentangan kertas kerja, sesi Round Table Discussion, sesi Executive Talk dan Town Hall Meeting dan diakhiri dengan fasa pemurnian oleh panel penulisan. Secara keseluruhannya melalui Town Hall Meeting KDN berupaya mendapatkan maklumbalas, pendapat dan pengalaman pemimpin-pemimpin civil society di seluruh Malaysia ke arah pembentukkan DKDN yang jitu dan memenuhi citarasa mewakili seluruh lapisan masyarakat negara ini.

Sebelum pelancaran buku DKDN, YAB TPM telah menyampaikan Amanat Tahun Baru 2016 kepada warga kerja KDN. Antara lainnya amanat adalah berkisar kepada keperluan KDN dan Jabatan/Agensi di bawahnya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan demi kesejahteraan sosial rakyat dan kemakmuran negara.

Nota: Transkrip penuh amanat adalah seperti di halaman 6 – 13 berikut.

Page 8: Buletin KDN Edisi 1/2016

6

Bersyukur kita dapat bertemu dalam bulan Februari ini walaupun

bulan Januari yang lalu kita tidak berkesempatan untuk bertemu dalam Perhimpunan Bulanan. Pemimpin datang dan pemimpin pergi dan begitu jugalah pegawai awam. Kita telah menyaksikan daripada montaj tadi, beberapa pegawai pegawai kanan KDN telah bersara dan terdapat beberapa pegawai kanan yang mendapat kenaikan pangkat dan beralih ke penempatan baru. Kita ucapkan

selamat bersara kepada yang menamatkan perkhidmatan dan kita ucapkan tahniah kepada yang menjawat jawatan baru dan selamat datang para pegawai baru ke KDN.

Highlight KPI 2015Tahun 2015 lalu KDN telah melakar banyak pencapaian seperti yang dipaparkan melalui montaj sebentar tadi. Di antaranyalah ialah 117% bagi Program Penghuni Penjara. Secara purata pencapaian KPI KDN 2015 lebih daripada 100% termasuk ada yang mencapai 202% iaitu bagi KPI Mengurangkan Indeks Jenayah.

Lain-lain PencapaianSejak akhir-akhir ini saya sering lontarkan bahawa sesuatu kejayaan itu sukar untuk dicapai tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan itu adalah lebih sukar. Penanggungjawaban ini bukan sahaja kepada Ketua-ketua Jabatan tetapi mencakupi kepada semua pihak. Paling membanggakan saya secara peribadi ialah kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Tan Sri Khalid bin Abu Bakar yang telah dapat memperlihatkan pencapaian pembanterasan jenayah yang lebih baik dan saya mengharapkan tahun 2016 akan bertambah baik kerana saya yakin bahawa PDRM sentiasa berada di garisan hadapan.

Oleh yang demikian saya harapkan PDRM akan sentiasa berada di garisan hadapan, namun apa sahaja rintangan PDRM harus terus berada di hadapan.

TRANSKRIP AMANAT TAHUN BARU 2016 YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam NegeriDato’ Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiPada 5 Februari 2016 bertempat di Auditorium D8 Kompleks D, Putrajaya

SE

MA

SA

Page 9: Buletin KDN Edisi 1/2016

7

Begitu juga dengan lain-lain Jabatan/Agensi di bawah KDN. Saya lihat, Jabatan Imigresen Malaysia dulunya di bawah pimpinan Dato’ Sri Mustafa Ibrahim sentiasa berada di barisan hadapan untuk membanteras PATI dan melakukan pelbagai operasi penguatkuasaan.

Jabatan Pendaftaran Negara di bawah tadbiran Dato’ Sulaiman Keling juga sentiasa melakukan beberapa tindakan pembaharuan, RELA di bawah kepimpinan Datuk Kamariah Mohd Naoh semakin aktif. Begitu juga Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Negara yang pada masa hadapan mungkin akan tidak berada di bawah KDN dan didapati tetap membuat keuntungan.

Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di bawah pimpinan Dato’ Sri Zulkifli bin Omar telah banyak merangkul anugerah dan pelbagai kejayaan manakala pencapaian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang diterajui oleh Dato’ Mohamad Razin bin Abdullah adalah dilihat melalui banyaknya pembatalan terhadap Pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut peraturan. Selain itu, prestasi JPPM turut membanggakan melalui bilangan dan banyaknya pendaftaran-pendaftaran baru pertubuhan-pertubuhan yang mengikut peraturan. Dato’ Suhaimi bin Abdullah yang mengetuai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pencapaiannya adalah melebihi 130% di bawah Program Pendidikan, Pencegahan, Rawatan, Pemulihan dan tindakanpentingyangberkesan;daniniadalahperkembanganyangbaikbagi AADK.

Fokus dan Cabaran Tahun 2016Alhamdullillah pada tahun 2015 kita telah capai kejayaan yang membanggakan. Persoalan hari ini ialah bagaimana pula tahun 2016? Tentunya KDN telah diberikan kepertanggungjawaban dengan lebih kuat. Untuk itu pada tahun ini KDN menyenaraikan sebanyak 48 bidang fokus, 73 KPI utama dan mengenalpasti 10 ruang lingkup. Antaranya:

1. Memastikan kesinambungan Pelan Strategik KDN 2015 - 2020 dan Pelan Transformasi KDN berlangsung mengikut perancangan.

2. Mempertingkatkan usaha mencegah jenayah dan persepsi rasa selamat dalam kalangan rakyat.

3. Memperketatkan peraturan dan mempertingkatkan penguatkuasaan untuk membanteras jenayah.

Page 10: Buletin KDN Edisi 1/2016

8

4. Memerangi pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran serta jenayah rentas sempadan.

5. Meningkatkan kesedaran tentang jenayah sebagai langkah pendidikan pencegahan melalui kempen di institusi pendidikan, komuniti, tempat kerja dan media sosial.

6. Memperkukuh program koreksional, rawatan, pemulihan dan program selepas pemulihan dalam mengekang kadar pengulanglaku jenayah dan penagihan dadah berulang.

7. Memperhebatkan strategi pencegahan dan kawalan radikalisme, ekstrimisme dan usaha memerangi keganasan global.

8. Meningkatkan usaha gerak saraf dan perang saraf bagi mengawal dan menangani ancaman terhadap negara.

9. Memperkukuhkan intergriti dalam setiap tindakan dan pertimbangan supayaimejKDNsentiasaterpelihara,danyangke10;

10. Membentuk minda strategik, minda keselamatan dan analitikal dalam kalangan warga KDN.

KPI, bidang fokus dan ruang lingkup yang digariskan secara atas kertas sememangnya mudah untuk dicapai tetapi bukan mudah untuk

kita laksanakan. Saya berpandangan bahawa semua yang telah digariskan tidak mustahil untuk dicapai jika kita semua berfikir secara kreatif dan di luar kotak. Namun dengan berfikir dalam kotak pun telah meletakkan KDN bukan sahaja dalam penarafan yang amat baik, malah turut telah mengharumkan nama KDN, Kerajaan Malaysia di mata dunia;seperti melalui kejayaan menganjurkan Program Deradikalisasi dan Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi

dan Countering Violent Extremism (IDC 2016) pada 26 Januari lalu. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menganjurkan persidangan itu, bukan untuk mendabik dada tetapi Kerajaan Malaysia dan KDN telah menyumbangkan kepada dunia pengalaman yang telah kita lalui untuk dikongsikan bersama komuniti antarabangsa.

Pada tahun 2016 KDN telah berjaya mengurusetiakan penganjuran Persidangan ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime. KDN juga menganjurkan ASEAN Ministerial Meeting on Drug Matters. Kesemua penganjuran tersebut adalah tanda komitmen KDN bukan sahaja kepada negarakitaMalaysiatetapijugadiperingkatantarabangsa;dantentunyasemua langkah-langkah yang dilakukan tidak bertujuan untuk riak dan jauh

Page 11: Buletin KDN Edisi 1/2016

9

dari takabur. Ingin ditegaskan di sini bahawa semuanya dilakukan adalah kerana penanggungjawaban secara ilmiah dan penanggungjawaban sosial kita, kepada seluruh lapisan masyarakat dan rakyat negara ini.

Malang sekali tidak semua yang kita kemukakan itu diterima baik oleh masyarakat, memandangkan masyarakat mempunyai pendapat yang berbeza. Adalah mustahil bagi kita memuaskan hati 100% individu dan kumpulan sasaran yang diakui sebagai kekangan kita.

Namun begitu kita jangan mudah gundah dan kita jangan menoleh kebelakang terhadap apa yang telah dirancangkan untuk kita terjemahkan pelaksanaannya. Janganlah merasa gusar dan menyebabkan kita menoleh semula ke belakang hanya kerana komen yang negatif. Amnya kita boleh melakukan modifikasi, kita boleh melakukan pengubahsuaian tetapi kita mesti terus melangkah ke hadapan, ini kerana keyakinan dan komitmen untuk melangkah ke hadapan bukan sahaja menjadikan organisasi KDN dihormati tetapi kita semua sebagai pendukung watak dalam KDN akan terus dihormati oleh rakyat keseluruhan iaitu berdasarkan ketegasan, kelembutan hati dan rasa kemanusiaan yang tinggi baik dalam menggubal dasar mahu pun perlaksanaannya.

Persoalannya bagaimana ini harus ada? Sebagai manusia kita bukan bersifat maksum, bukan sempurna tetapi dengan sifat baru dan sudi mengakui kelemahan. Kita di KDN rela dikritik tetapi kita lebih menerima kritikan yang membina. Kritik itu mestilah yang constructive dan bukan kritik yang destructive. Medium penyampaian kritikan kiri bukan lagi seperti dahulu melalui surat layang atau buku layang. Ramai kini yang mahu menjadi wartawan, tetapi biarlah wartawan yang mempunyai etika walaupun pandangan yang berbeza.

Kita boleh berbeza pendapat, tetapi biarlah yang secara beradab dalam menangani perbezaan pendapat. Oleh itu, jika kita hendak mengkritik orang maka kita juga mestilah bersedia untuk dikritik oleh orang lain. Seharusnyalah kita amalkan budaya tegur menegur secara berhemah walaupun kita bukan maksum dan sifat kita yang bukan sempurna.

Page 12: Buletin KDN Edisi 1/2016

10

Amanat Tahun BaruSaya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk mengingatkan diri saya dan juga semua hadirin. Untuk kita di KDN terus berada di garisan hadapan, maka tiga (3) elemen yang harus kita pegang ialah:

1. Berusaha melakukan transformasi dengan niat untuk melakukan perubahan bagi kebaikan dan kebahagiaan seluruh ummah tanpa mengira agama dantanpamengirabangsa,latarbelakangbudayadanbahasa;

2. Berusaha dengan sepenuh keikhlasan biar apa pun rintangan dan kekangan yang dihadapi, untuk membawa KDN berada di garisan hadapan;danpadamasayangsamabersikapfleksibel,sanggupterimakritikandanmelakukanpengubahsuaian;dan

3. Berusaha mengatasi sebarang halangan dan rintangan, tidak mudah gundah dan gulana yang menyebabkan kita tersekat untuk meneruskan transformasi yang telah kita mulakan.

Tiga elemen ini jika dikombinasikan secara bijak saya yakin bukan sahaja KDN malahan Kerajaan Malaysia akan terus berada di garisan hadapan dalam apa keadaan sekali pun.

Rungutan Mengenai Kemelesetan EkonomiNegara kita sedang mengalami permasalahan dari segi ekonomi dan faktor-faktor luaran didapati telah mendorong kepada status ekonomi yang agak goyang. Faktor luaran ini antaranya disebabkan oleh kenaikan-penurunan harga komoditi termasuk harga petroleum. Negara-negara maju juga turut mengalami kemelesetan ekonomi malah negara yang menjadi rakan kongsi perdagangan utama juga mengalami permasalahan. Jadi nilai eksport negara kita akan menjadi berkurangan, nilai pelaburan asing atau Foreign Direct Investment (FDI) akan turut terjejas.

Ini menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kita sering menunding jari bahawa seolah-olah ini berlaku disebabkan oleh permasalahan kepimpinan. Negara jiran mengalami permasalahan yang lebih parah lagi. Negara-negara yang berekonomi besar dan berskala tinggi juga mengalami permasalahan di mana masyarakat mereka seperti mana Malaysia ada yang menerima dan ada yang tidak dapat menerima hakikat.

Saya percaya rungutan masalah peningkatan kos sara hidup ini terlalu dekat dengan diri saya dan juga kita semua. Tujuh musim makmur, tujuh musim kering, di dalam Al-Quran Surah Yusuf, Allah SWT telah menyebutkan perkara ini, bukan hanya kita sekadar redha dengan keadaan yang ada tetapi kita harus melakukan sesuatu.

Page 13: Buletin KDN Edisi 1/2016

11

Isu Levi Pekerja AsingBagaimana apabila kita pihak majikan dalam semua sektor dicadangkan oleh kerajaan untuk kita tidak bergantung kepada pekerja asing? Bagaimana untuk melihat bahawa levi ini mempunyai tujuan tertentu. Seharusnyalah kebergantungan majikan harus ditukar kepada sistem automasi; danmengutamakan pengambilan pekerja daripada rakyat tempatan dan dengan melakukan perancangan latihan jangka panjang di dalam semua aspek.

Kenapa beberapa negara maju di rantau timur ini tidak mengambil pekerja asing berbanding dengan Malaysia. Saya tidak mahu menuduh bahawa ada di kalangan rakyat tempatan yang malas tetapi peluang-peluang pekerjaan yang begini banyak terlepas ke tangan orang lain kerana sifat dan sikap kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing.

Di negara-negara jiran dan negara-negara lain yang mengambil pekerja asing, kerajaan mereka turut mengenakan levi 3 hingga 5 kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang baru diumumkan. Sebenarnya itulah harga yang terpaksa dibayar apabila kita mengambil tenaga kerja asing. Namun saya dengan Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Setiausaha akan bertemu dengan Persatuan Pengilang-Pengilang, Persatuan Majikan, Dewan Perniagaan, NGO untuk kita berunding mengenai kadar levi yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari yang lalu.

Pemantauan KDN mendapati kadar baru yang yang telah diumumkan telah mengundang semacam kritikan. KDN sentiasa membuka ruang untuk kita mengadakan perbincangan tetapi mereka juga mesti bersedia untuk melakukan 3 elemen yang saya sebutkan tadi iaitu tidak melakukan kebergantungan kepada pekerja asing dalam jangka panjang.

Page 14: Buletin KDN Edisi 1/2016

12

Pada masa yang sama, KDN turut mendapati terdapat beberapa kesalahan dilakukan pihak majikan. Terdapat di kalangan mereka yang menyorokkan pekerja-pekerja yang tidak ada dokumen dan pekerja-perkerja yang telah melepasi tempoh pekerjaan; tidak membayar levi, ada yang tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing, dan melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya datang membuat penguatkuasaan. Mana-mana pekerja asing yang menyalahi peraturan akan di hantar ke depot tahanan dan kita bawa ke mahkamah dan akhirnya dihantar balik ke negara asal.

Program Penggajian SemulaSebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari yang lalu, KDN telah mengambil keputusan untuk melakukan operasi secara besar-besaran iaitu pengurusan pengajian semula secara atas talian bagi tujuan dan kemudahan-kemudahan tertentu.

Ertinya, pekerja-pekerja yang tidak sah ini melalui majikan-majikan mereka boleh memohon supaya didaftar dan dibuat penggajian semula secara sah. Di dalam unjuran KDN, pada masa ini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing tanpa dokumen atau tidak sah berada dan bekerja di Malaysia.

Semoga dengan sistem permohonan penggajian secara atas talian ini dapat membantu pihak majikan untuk mempertingkatkan produktiviti dan pada masa yang sama mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memberikan keutamaan kepada rakyat tempatan di dalam merebut peluang pekerjaan.

Page 15: Buletin KDN Edisi 1/2016

13

Untuk itu warga kerja KDN harus beristiqamah dan bersatu hati. Kita harap rakan-rakan wartawan memahami hasrat di sebalik sebuah keputusan dan tindakan adanya matlamat yang murni. Mudah-mudahan dengan sistem penggajian itu, para majikan bersetuju dengan kadar dan akan membayar levi yang bakal memberikan sumbangan kepada kekurangan khazanah negara sebanyak RM4 billion. Walaupun mendapat bantahan, ini merupakan sumbangan daripada KDN untuk rakyat di luar sana. Saya percaya ada orang yang melihatnya dari aspek lain, namun KDN juga mahu apa yang diputuskan diterima baik oleh rakyat jelata.

BelasungkawaSaya mengucapkan terima kasih di atas keberadaan hadirin di sini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Sri Mohamad Khalid Hj Shariff, mantan KSU KDN. Moga rohnya diampunkan Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

Asslamualaikum. W.B.T

Page 16: Buletin KDN Edisi 1/2016

14

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2016: Pendirian tegas negara berhubung aktiviti keganasan dan dasar

tidak melindungi individu/kumpulan pengganas radikal dinyatakan tanpa rasa apologetik oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak. YAB PM menerusi ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan (IDC 2016) menjelaskan pendirian dan dasar tersebut telah dilengkapi dengan undang-undang yang relevan. Selain itu amalan prinsip yang tidak menunggu sehingga kekacauan berlaku untuk mengambil langkah-langkah yang perlu merupakan antara komitmen negara ini dalam memerangi keganasan termasuklah ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Jelas YAB PM, pendirian dan tindakan tegas terhadap individu/kumpulan yang disyakki terlibat dengan aktiviti keganasan radikal adalah berselari dengan dasar Kerajaan Malaysia yang mengutamakan keselamatan dan ketenteraman awam. Demi pengekalan keselamatan dan keamanan negara, YAB PM membuat pengakuan bahawa sebagai pemimpin utama negara ini beliau tidak pernah merasa kesal dengan sebarang tindakan yang telah/akan diambil dalam menangani ancaman terhadap keselamatan. Sehubungan itu YAB PM mahu pun Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali akan meminta maaf, di samping komited untuk tidak membenarkan apa jua bentuk ruang keganasan menyusup masuk ke dalam negara ini.

Selain itu, cara terbaik untuk Malaysia atau mana-mana negara lain menjamin kebebasan awam adalah dengan cara mengekang aktiviti keganasan secara lebih awal dan bukan menunggu sehingga atau setelah meletus sesuatu insiden. Justeru tindakan tegas melalui undang-undang relevan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Menangani Keganasan Luar Negara (SMATA) 2015 bakal digunapakai terhadap individu/kumpulan pengganas radikal tempatan mahupun antarabangsa dalam memastikan negara ini bebas dari sebarang bentuk ancaman yang boleh menggusarkan kehidupan rakyatnya.

: DASAR TEGAS PERANGI KEGANASAN

AN

TA

RA

BA

NG

SA

Kesimpulannya, Malaysia dalam menangani ancaman keselamatan tidak memberi sebarang ruang untuk pendokong ekstremis seperti kumpulan militan Negara Islam (IS/Daesh) menyusup masuk ke negara ini. Penderitaan yang dialami oleh berjuta-juta rakyat Syria dan Iraq umpamanya telah mendorong para pemimpin negara untuk mengekang tindakan keganasan secara proaktif dan afirmatif. Ke arah memastikan keselamatan negara terjamin atau tidak mengalami kejutan seperti mana peristiwa pengeboman di Paris, Istanbul, Ankara, Beirut dan Jakarta maka YAB PM memaklumkan secara

Oleh: Hasniah Rashid

Page 17: Buletin KDN Edisi 1/2016

15

terbuka akan pendirian dan dasar kerajaan;danpadamasayangsamapihak-pihak berwajib mengambil tanggungjawab memberikan penjelasan tentang ajaran Islam sebenar yang sebenarnya menolak sebarang bentuk keganasan.

Persidangan antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 Januari 2016 hasil cernaan ide oleh YAB PM sendiri dan direalisasikan oleh KDN. Penyertaan dan kehadiran semua Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan negara masing-masing serta sembilan (9) rakan strategik seperti USA, Peranchis, Australia, Britain, UAE, Jepun, China, dan Itali adalah atas jemputan YAB TPM merangkap Menteri Dalam Negeri. Di samping memberi kesedaran betapa seriusnya ancaman keganasan terhadap keselamatan awam, persidangan ini berjaya meningkatkan kerjasama antara Agensi Keselematan di seluruh dunia baik untuk memerangi ideologi/aktiviti keganasan mahupun dalam merangka program pemulihan dan deradikalisasi.

Petikan Kata-kata Bestari Mengenai Dasar Anti Keganasan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak Menerusi Ucapan Perasmian IDC 2016:

‘… the sufferings of our brothers and sisters in Syria and Iraq, where Daesh has displaced millions, enslaved thousands, and forced local populations to live under their evil, perverted tyranny, grieved us all to the core. Since then, we have been horrified by the attacks on Paris, Istanbul, Ankara, Beirut and Jakarta, and the bombing of the Russian passenger jet over Sinai …’

‘ … hundreds have died, and many have been terribly injured. And for what? Not for Islam, as there can be nothing Islamic about terrorism. These groups blaspheme against a religion of peace, tolerance and understanding authentic and true Islam. They appeal the vast majority of Muslims who say loud and clear: you do not act in our name …’

‘ … this threat is therefore very real, and my government takes it very seriously. This is why we passed the Security Offences (Special Measures) Act or SOSMA, the Special Measures against Terrorism in Foreign Countries Act, the Prevention of Terrorism Act, and the National Security Council Act … ‘

‘… when other countries have come under attack, some have expressed their dismay that they do not have the appropriate and effective legislation which allows them to deal with the problem promptly and effectively. In some, it is not an offence to support Daesh, nor travel abroad for terrorist military training … ‘

‘ … I will not allow Malaysia to be so open to infiltration. The law is there to protect us all, but the intention of those who want to bomb, maim and behead can never be placed above the peaceful majority who firmly reject violence and war … ‘

‘ … it is right to talk about striking a balance between civil liberties and national security. But, let me tell you this. There are no civil liberties under Daesh, and they are no shield against those who are set on committing acts of terrorism. The best way to uphold civil liberties is to ensure the safety of the nation … ‘

‘ … I make no apology for taking every step to preserve that safety, and for making the safety of all Malaysians my first priority. As the leader of this nation we will not wait for an outrage to take place before putting all measures necessary in place …’

Page 18: Buletin KDN Edisi 1/2016

16

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2016: YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri

Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi Sesi Kenyataan Menteri Mengenai Dasar Deradikalisasi memaklumkan gabungan dasar berbentuk aktif dan pasif digunapakai oleh Kerajaan Malaysia sebagai pendekatan dalam menangani dan membanteras ideologi dan keganasan radikal. Pendekatan tersebut disifatkan sebagai satu dasar yang jelas dan mudah serta telah memantapkan lagi ketersediaan negara tatkala berhadapan sebarang ancaman samada ianya dari dalam atau luar negara.

AN

TA

RA

BA

NG

SA

Oleh: Hasniah Rashid

‘ … Malaysia recognizes as its policy both active and passive

forms of counter terrorism vis-à-vis deradicalisation and

countering violent extremism. Our policy is straightforward, our approach, simple. The Malaysian Government states categorically

it is prepared to engage with, and will do so in full force, terrorists

and terrorism, whether domestic or abroad, who threaten the peace

and stability of the country and the security of its people. While

the use of force is somewhat a necessity at any given time, our

policy in the war against terror is not merely confined to battles on

the ground and also includes, in large part, active engagement in

deradicalisation programmes and to counter extremist ideas and

ideologies with proper guidance and sound religious principles …’

Kerajaan Malaysia turut mengambil pendirian untuk memerangi secara habis-habisan individu/kumpulan pengganas dan apa jua bentuk keganasan yang mengancam keamanan dan kestabilan negara serta keselamatan rakyatnya. Sehubungan itu, dalam merealisasikan gabungan dasar aktif dan pasif tersebut, pelaksanan program/aktiviti penentangan ide dan ideologi fahaman yang keterlaluan di negara ini sebenarnya tidak hanya berlaku di lapangan, malahan juga menerusi program deradikalisasi menggunapakai kaedah bimbingan yang bersesuaian berlandaskan prinsip-prinsip keagamaan.

: GABUNGAN DASAR AKTIF & PASIF TANGANI DERADIKALISASI

Page 19: Buletin KDN Edisi 1/2016

17

Ke arah merealisasikan misi untuk perang habis-habisan, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2015. Penguatkuasaan POTA juga adalah pelengkap kepada undang-undang sedia ada memandangkan ianya digubal bukan dengan tujuan untuk mencegah keganasan semata-mata, tetapi juga untuk memberi bantuan pemulihan kepada mereka yang ditahan di bawah POTA. Modul rehabilitasi dalam POTA merupakan pendekatan komprehensif selari dengan peredaran masa selain daripada tindakan lazim seperti memperketatkan undang-undang dan menjalankan operasi penguatkuasaan:

ulamak, bekas-bekas pengganas serta ahli keluarga. Selain mempereratkan kerjasama dalam negara, Malaysia juga turut memperluaskan kerjasama di peringkat antarabangsa seperti melalui perkongsian maklumat risikan antara negara serantau.

Kesimpulannya, IDC 2016 telah mencapai matlamat penganjuran selari dengan objektif untuk berkongsi pengalaman dan membuat analisis amalan-amalan terbaik program deradikalisasi di kalangan negara-negara peserta. Pembentangan dasar dan pengalaman oleh para perwakilan turut membolehkan formula terbaik bakal dirangka di samping IDC 2016 menjadi platform dalam pewujudan kordinasi antara negara dalam memerangi keganasan. Saranan YAB TPM supaya hubungan kerjasama dipertingkatkan lagi adalah relevan kerana pengebom berani mati kini semakin menjadi ancaman besar di mana mereka boleh menyamar sebagai sesiapa sahaja dan menyebabkan kerosakkan serius.

‘ … in line with our objectives, Malaysia has

formulated an integrated rehabilitation module for those detained under the

Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA). This module

covers various aspects such as social skills, self-

management, patriotism, financial management and

psychology and will also serve as a guideline for

rehabilitation officers …’

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Dalam Negeri25 Jan 2016

YAB TPM turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam melaksanakan program pemulihan dan deradikalisasi khususnya berkaitan jalinan hubungan kerjasama dan sesi-sesi permaufakatan antara pelbagai Jabatan/Agensi kerajaan dengan pelbagai kelompok komuniti seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), para

: GABUNGAN DASAR AKTIF & PASIF TANGANI DERADIKALISASI

Page 20: Buletin KDN Edisi 1/2016

18

M ELAKA , 12 Feb rua r i 2016: Agensi Antidadah

K e b a n g s a a n ( A A D K ) telah menganjurkan sesi “Brainstorming Mengenai Per-masalahan Dadah Bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi”, bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Sesi ini berlangsung pada 12 Februari 2016 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri.

YBhg. Dato’ Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan

BRAINSTORMING MENGENAI PERMASALAHAN DADAH

PR

OG

RA

M U

TA

MA

Oleh: Mazneen Mohd Tahir

Page 21: Buletin KDN Edisi 1/2016

19

bertindak sebagai Ketua Urusetia manakala, YBhg. Dato’ Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempengerusikan sesi sumbang saran yang telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang relevan.

Objektif utama persidangan adalah untuk: memantau dan memastikan penyelarasan •pelaksanaandasar;merangka pelan tindakan strategi dan program •membenteras dadah untuk digunakan oleh semuaagensikerajaandanNGO;menggubal dasar-dasar membenteras gejala •dadah berhubung tindakan-tindakan pencegahan pendidikan dan publisiti, penguatkuasaan undang-undang,rawatandanpemulihan;dan

mengenalpasti isu/ masalah pelaksanaan dan merangka •strategi dalam bidang pencegahan, pendidikan dan publisiti, penguatkuasaan undang-undang dan rawatan dan pemulihan dadah.

Sesi Brainstorming bermula dengan sesi perbincangan pada sebelah pagi dan diikuti dengan sesi Pembentangan Laporan dan Perbincangan Hasil Sesi Sumbang Saran kepada YAB Dato’ Seri TPM.

Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah mengenai trend penagihan dadah terkini di Malaysia, kemunculan gejala dadah baru seperti jenis New Psychoactive Substance (NPS), senario statistik penyalahgunaan dadah di Malaysia, bilangan dan nilai rampasan dadah bagi tahun 2014 dan 2015, isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses pembenterasan, pelan inisiatif penguatkuasaan, pencegahan dan tindakan pemulihan dalam komuniti dan peranan NGO dan Jabatan dalam menjayakan program ini.

Keseluruhannya, sesi sehari ini telah mencapai objektif dalam usaha KDN melalui AADK memerangi penyalahgunaan dadah demi keselamatan negara.

Page 22: Buletin KDN Edisi 1/2016

20

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIHKENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN KELUAR

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

YBHG. DATO’ SRI ADENAN ABDUL RAHMANTIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (PEROLEHAN DAN PEMBANGUNAN)/ (DASAR KESELAMATAN)15 JANUARI 2014 – 4 DISEMBER 2015KE/SEBAGAIKETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

YBHG. DATO’ SUHAIMI ABDULLAHKETUA PENGARAH

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN10 MAC 2014 – 23 MAC 2016

KEJABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Page 23: Buletin KDN Edisi 1/2016

21

UCAPAN TAHNIAHKENAIKAN PANGKAT DAN PENEMPATAN BARU

SELAMAT BERKHIDMAT DI PENEMPATAN BARU

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

YBHG DATO’ ABD AZIZ BIN MD. NORSETIAUSAHA BAHAGIAN PEROLEHANSEBAGAISETIAUSAHA BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIKMULAI 2 FEBRUARI 2016

YBHG. DATO’ SRI MUSTAFA BIN HAJI IBRAHIMKETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIAKE/SEBAGAITIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KESELAMATAN)PTD UTAMA AMULAI 2 FEBRUARI 2016

YBHG. DATO’ SAKIB BIN KUSMITIMBALAN KETUA PENGARAH (KAWALAN)

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIAKE/SEBAGAI

KETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIAMULAI 2 FEBRUARI 2016

Page 24: Buletin KDN Edisi 1/2016

22

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

YBHG. DATO’ HJ. IBRAHIM BIN HJ. AHMADYANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTANKE/SEBAGAISETIAUSAHA BAHAGIAN PEROLEHANMULAI 2 FEBRUARI 2016

YBHG. DATO’ TANASENGARAN SINNATHAMBISETIAUSAHA BAHAGIANBAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIKMULAI 24 DISEMBER 2015

ALUAN SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKHIDMAT

PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIHSETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS PERKHIDMATAN DAN SUMBANGAN SEMPENA PERSARAAN DARI PERKHIDMATAN AWAM

SASIDHARAN M.K NARAYANANSETIAUSAHA BAHAGIAN

BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTI DADAH DAN RELAMULAI 16 MAC 2016

YBHG. SAC DATO’ MOHAMAD BIN ISMAILKETUA STAF PASUKAN ESSCOMM SABAH

KE/SEBAGAIKETUA PENGARAH

AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (AKSEM)MULAI 4 FEBRUARI 2016

Page 25: Buletin KDN Edisi 1/2016

23

SEKALUNG TAHNIAHPENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANGPINGAT DARJAH KEBESARAN SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT MULIA – PANGKAT PERTAMA SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (SSAP) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’ SRI PADA 11 MAC 2015

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

DATO’ SRI SULAIMAN KELINGKETUA PENGARAHJABATAN PENDAFTARAN NEGARA

DATO’ SRI SAKIB BIN KUSMIKETUA PENGARAH

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Page 26: Buletin KDN Edisi 1/2016

24

YBHG. DATO’ TANASENGARAN SINNATHAMBISETIAUSAHA BAHAGIANBAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK18 DISEMBER 2015

YBHG. SAC DATO’ MOHAMAD BIN ISMAILKETUA PENGARAHAGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (AKSEM)6 FEBRUARI 2016

SEKALUNG TAHNIAHATAS PENGANUGERAHAN DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP)YANG MEMBAWA GELARAN DATO’

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

YBHG. DATO’ ABD AZIZ BIN MD. NORSETIAUSAHA BAHAGIAN

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK6 FEBRUARI 2016

Page 27: Buletin KDN Edisi 1/2016

25

Atas pengumuman pelantikan sebagai

Profesor AdjungUniversiti Malaysia SabahMulai/Pada 5 Mac 2016

Profesor Adjung merupakan gelaran kehormat dianugerahkankepada individu yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang professional dan yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di Institusi Pengajian Tinggi.

Sesungguhnya pelantikkan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menepati keperluan akademik dan iktisas serta mampu melontarkan sumbangan yang signifikan kepada UMS khususnya dan negara amnya.

SEKALUNG TAHNIAHYAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDITIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI

AP

RE

SIA

SI

PE

RK

HID

MA

TA

N

Page 28: Buletin KDN Edisi 1/2016

26

GELARAN DAN RINGKASAN GELARANBerkuatkuasa pada Januari 2016, ringkasan bagi gelaran jawatan Timbalan Ketua Setiausaha telah berlaku perubahan seperti berikut:

PEMAKLUMAN TERKININAIK TARAF UNIT KEPADA AGENSIUnit Pencegahan Penyeludupan di Bahagian Kepolisan dan Keselamatan Sempadan KDN mulai 4 Februari 2016 telah dinaiktaraf menjadi Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM). Selaras dengan peranan dan tanggungjawab, YAB TPM di acara pelancaran AKSEM pada 24 Mei 2016 mengumumkan perubahan nama menjadi AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA. Pengurusan AKSEM diketuai oleh Ketua Pengarah, berpejabat di Aras 3, Blok D2, Kompleks D Putrajaya, dan beroperasi di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

PE

MA

KL

UM

AN

RINGKASAN GELARAN

GELARAN

ASAL BARU

PENYANDANG

Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan)

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar

Keselamatan)

Timbalan Ketua Setiausaha (Kawalan dan

Penguatkuatkuasaan)

Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan)

Timbalan Ketua Setiausaha

(Keselamatan)

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Keselamatan)

TKSU (P)

TKSU (K)

TKSU (D)

YBHG. DATO’ WAN ALI BIN BESAR

YBHG. DATO’ SRI MUSTAFA BIN IBRAHIM

YBHG. DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD

Page 29: Buletin KDN Edisi 1/2016

27

Ucapan Takziah

1 Jan 2014 – 25 Jan 2015 : Ketua Setiausaha

Okt 2003 – Ogos 2005 : Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan

Mei 2003 : Timbalan Ketua Pengarah RELA

Nov 2002 : Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam

Mei 2001 : Setiausaha Bahagian, Bahagian Pentadbiran

Sept 1998 : Ketua Penolong SetiausahaBahagian Pembangunan, Kewangan dan Pentadbiran

Dis 1984 : Penolong Pengarah Pasukan Petugas Pendatang Asing di Sabah

RENTETAN PERKHIDMATAN DI KDN

Warga kerja KDN merakamkan ucapan takziah kepada

YBhg. Datin Sri Asmah binti Abu dan seisi keluarga atas pulangnya

ke Rahmatullah mantan Ketua Setiausaha Kementerian,

YBhg. Dato’ Sri Mohamad Khalid Bin Hj Shariff pada 3 Februari 2016

bersamaan 24 Rabiul Akhir 1437H. Wargakerja KDN juga

mendoakan semoga rohnya bersemadi bersama

orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH.

Page 30: Buletin KDN Edisi 1/2016

28

HARI RELA KE-44 2016

PR

OG

RA

M U

TA

MA

Laporan: Unit Media RELA

SIBU, Sarawak, 30 Januari 2016: Majlis sambutan Hari RELA 2016 di sempurnakan

oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri (KDN) bersama kehadiran YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. YBhg. Dato’ Sri Alwi Hj. Ibrahim, KSU KDN dan YBhg. Datuk Kamariah Mohd Noah, Ketua Pengarah RELA merupakan antara hadir semasa acara perasmian yang berlangsung di Dataran Sibu Fasa II.

Page 31: Buletin KDN Edisi 1/2016

29

Sejumlah 10000 orang yang terdiri daripada warga RELA Sarawak, kakitangan RELA / jabatan serta agensi di bawah KDN, pemimpin dan penduduk tempatan hadir bagi memeriahkan acara sambutan.

Pelaksanaan majlis sambutan di Sibu Sarawak telah memberi peluang kepada warga RELA khususnya di Negeri Sarawak bagi mendengar amanat YAB TPM dan Ketua Menteri mengenai halatuju dan pembabitan RELA dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Objektif program menurut KP RELA adalah:

Memberi semangat kepada para anggota dalam •memastikan transformasi dalam RELA secara khususnya bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan selain menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara dan masyarakat.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut melancarkan Pelancaran Buku Manual Pengurusan Penugasan dan Pengoperasian RELA yang merupakan Standard Operation Prosedur (SOP) yang diseragamkan pemakaiannya untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan memberikan pengurusan dan khidmat terbaik anggota-anggota petugas dilapangan.

BIL PERSONALITI PANGKAT

1 YBhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu

Isteri Ketua Menteri Sarawak

Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat)

2 YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat)

3 Hii Chang Kee

Residen Bahagian Sibu

Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (Bersekutu)

Menanam rasa bangga anggota RELA yang dianggap Duta •Kecil Kerajaan dalam membantu menangani masalah / isu tempatan berlandaskan konsep 5K1P iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan.

Menterjemahkan tanda terima kasih dan penghargaan •Pengurusan Kementerian dan Jabatan serta Kerajaan terhadap kegigihan dan sumbangan anggota RELA yang telah banyak berbakti dan berjasa demi negara

Memupuk kebersamaan dan budaya berganding bahu •antara warga RELA bersama pemimpin tertinggi RELA dan KDN serta pemimpin-pemimpin negara berganding bahu memastikan negara aman, maju dan selamat sentiasa melalui slogan semangat sukarelawan, DARI RAKYAT, BERSAMA RAKYAT, UNTUK RAKYAT.

Kemuncak acara majlis sambutan adalah pemakaian pangkat oleh YAB Perdana Menteri kepada tiga (3) orang personaliti tempatan.

Page 32: Buletin KDN Edisi 1/2016

30

PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA (PROGRAM REHIRING) PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

PR

OG

RA

M U

TA

MA

Apakah itu Program 1. Rehiring?

Program Rehiring merupakan inisitif yang dilancarkan oleh Kerajaan melalui KDN bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Program ini juga untuk memenuhi permintaan majikan bagi mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkansahaja;danpadamasayangsamamembolehkanKerajaanmengetahui jumlahPATIdalamnegarabagitujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

Apakah ada perbezaan antara Program 2. Rehiring dan Program 6P?

Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) terbahagi kepada enam (6) fasa iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran. Ianya dilaksanakan seawal tahun 2011 dengan objektif:

MUKADIMAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi melaksanakan program pemutihan untuk pendatang asing yang masuk secara gelap atau pun bekerja secara haram bertujuan

untuk mendaftarkan secara sah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari 15 negara sumber. Bagi maksud pencerahan isu yang berkaitan, berikut adalah 12 persoalan yang sering ditanya (FAQs) bagi maksud perkongsian bersama dan jawapan yang senada demi ketenteraman awam.

m e m a n t a p k a n •pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal •kemasukan baru pekerja asing, membantu pengurusan •aktiviti ekonomi nagara ini, dan membantu mengawal •perkembangan jenayah.

Perbezaan antara Program 6P dan Program Rehiring sebenarnya terletak pada status PATI. Ini kerana Program Rehiring tahun 2016 hanya melibatkan PATI yang mempunyai majikan.

Page 33: Buletin KDN Edisi 1/2016

31

3. Adakah ada tempoh/jangka masa pelaksanaan Program Rehiring?

Program Rehiring bermula 15 Februari hingga 30 Jun 2016 bagi PATI dari 15 negara sumber sedia ada. Pelaksanaan adalah selaras dengan pengumuman Pengubahsuaian Bajet 2016 berhubung keputusan Kerajaan melaksanakan Program Rehiring oleh YAB Perdana Menteri. Susulan itu, KDN pada 13 Februari 2016 mengumumkan pelaksanaan Program tersebut bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016. KDN pada 14 Mac 2016 memaklumkan perubahan pelaksanaan iaitu memendekkan tempoh kepada sehingga 30 Jun 2016.

4. Adakah semua PATI layak menyertai Program Rehiring?

Program Rehiring hanya dibuka kepada PATI dari 15 negara sumber pekerja asing iaitu Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan dan Vietnam. Had kelayakan tersebut adalah selaras dengan matlamat bagi mengisi keperluan pekerja kategori separa mahir yang diperlukan oleh industri,

5. Adakah ada penglibatan syarikat dan Apakah peranan syarikat?

Secara keseluruhan Program RehiringadalahditerajuiKDNdanJabatanImigresenMalaysia(JIM);danuntukmembantu(JIM) mengendalikan Program Rehiring KDN telah melantik tiga (3) syarikat berikut:

Syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) bagi menguruskan PATI warganegara Republik i. Indonesia;

SyarikatBuktiMegahSdnBhdbagimenguruskanPATIwarganegaraMyanmar;danii.

Konsurtium PMF bagi menguruskan PATI lain-lain warganegara selain Republik Indonesia dan Myanmar.iii.

Peranan syarikat-syarikat yang dilantik adalah terhad kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia melalui KDN.

Page 34: Buletin KDN Edisi 1/2016

32

6. Apakah syarat-syarat utama Program Rehiring?

(Persoalan di pihak majikan yang telah menggaji seorang/ beberapa orang PATI dan berminat untuk terus menggaji PATI yang berkenaan)

Pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor formal sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh Kerajaan. Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah:

PATI perlu mempunyai rekod

kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, dan mempunyai Majikan yang berkaitan,

serta bebas daripada sebarang rekod

jenayah.

Syarat-syarat terperinci Program Rehiring boleh diperolehi dengan melayari http://rehiring.imi.gov.my/pdf/syarat_program_17_feb.pdf

Keputusan muktamad ke atas permohonan bagi Program Rehiring adalah terletak di bawah bidang kuasa JIM.

Iklan KDN di Utusan Malaysia bertarikh 27 Februari 2016

Page 35: Buletin KDN Edisi 1/2016

33

7. Apakah cara untuk Majikan atau PATI membuat permohonan?

Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut boleh diperolehi di laman web yang sama.

Sejurus memasuki laman utama portal, pengguna perlu memilih jenis warganegara (Indonesia, Myanmar atau lain-lain Negara) di mana akan disambungkan (linked) kepada laman web rasmi syarikat dilantik yang berkenaan untuk tujuan pendaftaran.

Pemohon perlu melengkapkan butiran yang diperlukan dan memuat naik dokumen-dokumen yang relevan. Seterusnya, permohonan akan diproses dan sekiranya pemohonan didapati memenuhi syarat, maka bayaran caj perkhidmatan (awal) sejumlah RM 800.00 perlu dibuat kepada syarikat.

Syarikat seterusnya akan memaklumkan dari semasa ke semasa status permohonan kepada majikan/ PATI termasuk mengaturkan bagi proses-proses yang berkaitan seperti:

pembayaran kompaun di JIM, •pemeriksaan kesihatan di FOMEMA, •permohonan kuota di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing KDN (OSC KDN), serta •pengeluaran permit kerja (Pas Lawatan Kerja Sementara – PLKS). •

Caj perkhidmatan sejumlah RM400.00 hanya perlu dibayar kepada syarikat sekiranya semua proses selesai dan PLKS dikeluarkan kepada pekerja.

Sekiranya PATI tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, syarikat akan menguruskan penghantaran pulang PATI ke negara asal melalui Program PATI Serah Diri Secara Sukarela Untuk Kembali Ke Negara Asal (Program 3+1).

Page 36: Buletin KDN Edisi 1/2016

34

Kadar visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara

Bil.WARGA-

NEGARA

KADAR (RM)

VISA SITA

1 Bangladesh 20.00 500.00

2 Filipina 36.00 1,000.00

3 India 50.00 750.00

4 Indonesia 15.00 250.00

5 Kazakhstan 20.00 1,500.00

6 Kemboja 20.00 250.00

7 Laos 20.00 1,500.00

8 Myanmar 19.50 750.00

9 Nepal 20.00 750.00

10 Pakistan 20.00 750.00

11 Sri Lanka 15.00 750.00

12 Thailand Gratis 250.00

13 Turkmenistan 20.00 1,500.00

14 Uzbekistan 20.00 1,500.00

15 Vietnam 13.00 1,500.00

8. Adakah ada kos dan Apakah caj yang perlu dibayar bagi Program Rehiring?

Butiran pecahan caj/kos yang terlibat di bawah Program Rehiring

Bil. BUTIRAN KERJA CAJ (RM)

1 Caj Perkhidmatan Syarikat 1,200.00

2 Bayaran Kompaun PATI 300.00

3 Bayaran Pas Khas 100.00

4 Bayaran Pas Khas (Lanjutan) 100.00

5 Bayaran Kompaun Majikan 500.00

6Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di

FOMEMA180.00 (Lelaki)

190.00 (Perempuan)

7

Bayaran Levi

Sedia Ada

Perkilangan 1,250.00

Pembinaan 1,250.00

Perladangan 590.00

Pertanian 410.00

Perkhidmatan 1,850.00

Perkhidmatan (Pulau Peranginan) 1,250.00

Perkhidmatan (Rumah Kebajikan) 650.00

8 Bayaran Multiple Entry Visa (MEV) Mengikut Warganegara

9 Bayaran Sita Mengikut Warganegara

10 Bayaran Proses Fi 125.00

11Bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara

(PLKS)60.00

9. Adakah Program Rehiring akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam negara?

Program Rehiring dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada iaitu Program 3 +1 bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam negara.

Page 37: Buletin KDN Edisi 1/2016

35

10. Apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan jika Majikan masih menggaji PATI secara haram meskipun PATI itu layak menyertai Program Rehiring?

Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada. Kesalahan kerana menggaji PATI seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/ 63 membawa kepada hukuman denda tidak kurang RM 10,000.00 tetapi tidak lebih RM50,000.00 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada masa yang sama mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih dari lima (5) orang boleh dikenakan penjara tidak kurang enam (6) bulan tetapi tidak lebih lima (5) tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam (6) sebatan.

11. Apakah talian khusus disediakan bagi sebarang pertanyaan awam melibatkan Program Rehiring?

Permohonan bagi Program Rehiring oleh majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut boleh diperolehi di laman web yang sama. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk secara terus kepada call centre Program Rehiring mengikut warganegara seperti berikut:

PERTANYAAN MENGIKUT WARGANEGARA NO. TELEFON EMEL

Republik Indonesia 03-4149 4788 (IMAN Resources) [email protected]

Myanmar 07-333 4797/07-333 6797

(Bukti Megah Sdn. Bhd.)[email protected]

Lain-lain Negara 03-7801 8888

(Konsortium PMF)[email protected]

Manakala lain-lain pertanyaan mengenai Program ini turut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880 1555.

12. Apakah ada sambutan di pihak Majikan atau PATI terhadap program pemutihan atau Program Rehiring yang baru dilaksanakan ini?

Program ini didapati semakin mendapat sambutan di pihak yang terlibat. Pemantauan KDN mendapati wujud peningkatan bilangan yang berdaftar sebanyak 64,939 PATI bagi tempoh 15 Februari hingga 10 Mac (15,822) berbanding sehingga 4 Mei (80,761). Rujuk Jadual seperti di bawah.

Bagi tempoh 15 Februari hingga 4 Mei 2016 sejumlah 80,761 orang PATI telah didaftarkan di bawah Program Rehiring meliputi 17,445 orang PATI warganegara Indonesia, 49,749 PATI warganegara Bangladesh, 1,543 orang PATI warganegara Myanmar dan 12,024 orang PATI lain-lain warganegara.

Dari jumlah tersebut, seramai 21 orang telah dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara iaitu 10 orang warganegara Indonesia, 3 orang warganegara Myanmar dan 8 orang lain-lain warganegara.

TEMPOH PROGRAM REHIRINGBILANGAN PENINGKATAN

NEGARA 15 FEB – 10 MAC 15 FEB – 4 MEI

Indonesia 9,738 17,445 7,707

Bangladesh 3,808 49,749 45,941

Myanmar 425 1,543 1,118

Lain-lain 1,857 12,024 10,173

Jumlah Daftar 15,822 80,761 64,939

Page 38: Buletin KDN Edisi 1/2016

36

PUTRAJAYA, 10 Mac 2016: Seramai 349 orang wargakerja KDN serta Jabatan dan Agensi

di bawah Kementerian yang secara konsisten sepanjang tahun lalu menunjukkan prestasi cemerlang telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Daripada jumlah tersebut seramai tiga (3) orang telah diiktiraf sebagai telah mempamerkan kecemerlangan luar biasa dan dihargai dengan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) KDN:

SE

MA

SA

Oleh: Hasniah Rashid

‘ … Penerima PPC KDN ini merupakan pegawai-pegawai yang bukan sahaja

telah memberi sumbangan yang padu dalam melaksanakan tugasan

di tempat kerja, malahan telah memberi impak yang besar dalam

pembentukan masyarakat yang sakinah melalui aktiviti-aktiviti di luar

bidang kerja mereka …’

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri

Merangkap Menteri Dalam Negeri

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan satu platform khusus bagi pihak kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan memberi pengiktirafan kepada pegawai awam. Sehubungan itu YAB TPM merangkap MDN sendiri telah menyampaikan Sijil APC dan cenderamata kepada para penerima; di mana terdahulu pada 20Februari 2016 YAB TPM telah meluangkan masa

meraikan seramai 270 orang penerima APC 2015 KDN peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kuching.

PRESTASI CEMERLANG KDN TERBILANG

Page 39: Buletin KDN Edisi 1/2016

37

Selari dengan fungsi majlis APC sebagai pemangkin dalam melestarikan komitmen penjawat awam, YAB TPM menggesa wargakerja KDN membudayakan kerja kelas pertama, membuat perubahan dan berkhidmat di luar had kebiasaan, serta menggarap agenda transformasi perkhidmatan awam dengan mengaplikasi NBOS (Strategi Lautan Biru kebangsaan). Gesaan tersebut disimpulkan dalam ucapan YAB TPM dengan beliau mengulangi seruan motivasi yang sering kali dilontarkan kepada wargakerja KDN:

‘ … untuk kita mencapai sesuatu kejayaan atau berada di tahap kecemerlangan adalah usaha yang sukar, namun untuk mempertahankan kejayaan dan mempertingkatkan kecemeralangan adalah misi yang lebih sukar ... oleh itu setiap wargakerja KDN diharap dapat dan perlu berusaha meningkatkan prestasi, mengoptimumkan potensi diri, dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa dan dalam apa keadaan pun …’

Dr. Sabri bin Zainudin@Zainul Puan Shazana binti Zainal Abidin Puan Rahmas binti Abdullah

Kesimpulannya, majlis tahunan APC perkhidmatan awam bukan sekadar untuk meraikan para penerima malahan terselit objektif memberi ingatan akan tanggungjawab mereka supaya mengekal dan meningkatkan tahap prestasi secara berterusan. Manakala hadirin bukan penerima APC 2015 diharap terangsang minda dan tindakan untuk terus meningkatkan prestasi dan komitmen di samping menghayati ekspektasi tinggi di pihak pengurusan dalam menyampaikan perkhidmatan organisasi kepada kumpulan sasar.

Majlis dihadiri bersama YB Timbalan-Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Majlis telah diserikan dengan persembahan tradisi oleh Sarawak JIM Dancers yang mana merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap persembahan Kelas Atas semasa Majlis APC yang berlangsung di Kuching pada bulan Februari bulan lalu.

PENERIMA PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG KDN

Page 40: Buletin KDN Edisi 1/2016

38

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2015KUCHING, SARAWAK, 20 FEBRUARI 2016

SE

MA

SA

Page 41: Buletin KDN Edisi 1/2016

39

Page 42: Buletin KDN Edisi 1/2016

40

KENALI POTA CARA 3W2H

PR

OG

RA

M U

TA

MA

WHAT / APA yang perlu diketahui mengenai POTA:

POTA ialah satu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pencegahan perbuatan keganasan yang diluluskan Parlimen pada sesi Mac 2015 dengan nama Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769].

RUU ini memperuntukkan tindakan-tindakan kawalan seperti menyiasat, menangkap, mengemuka di hadapan Majistret, menahan dan memulih individu yang disyaki terlibat dengan perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan.

Kesimpulannya RUU POTA merupakan langkah-langkah pencegahan yang khusus bagi menangani ancaman keganasan dan mengawal penularan aktiviti militan di negara ini. RUU sedia ada didapati masih tidak memadai kerana kebelakangan ini terdapat rakyat Malaysia terbabit dengan kegiatan militan di luar negara.

HOW / BAGAIMANA POTA menjadi undang-undang?

Usul RUU POTA ke Parlimen bermula melalui Bacaan Pertama pada 30 March 2015; disusuli dengan BacaanKeduadanKetigapada6April2015;melibatkantempohperbahasan selama 14 jam 31 minit.

Terjemahan Hasniah Rashid

1

BAGAIMANA POTA MENJADI UNDANG-UNDANG?

Bacaan Kali Pertama30 MAC 2015

Tempoh Perbahasan14 jam 31 minit

Bahagian Komunikasi KorporatAJ

2

Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

6 APRIL 2015

UNDIAN

79 Bersetuju

60 Tidak Bersetuju

32.36 PAGIKeputusan Dewan Rakyat

7 APRIL 2015Keputusan Dewan Negara

23 APRIL 2015

4

5

4 JUN 2015Pewartaan RUU POTA

1 SEPTEMBER 2015

Kuatkuasa RUU POTA

Page 43: Buletin KDN Edisi 1/2016

41

POTA diluluskan Dewan Rakyat pada jam 2.26 pagi 7 April 2015 selepas undian secara bahagian dengan keputusan 79 Ahli Parlimen (MPs) Bersetuju dan 60 MPs yang lain Tidak Bersetuju.

RUU POTA seterusnya dibahas dan mendapat kelulusan Dewan Negara pada 23 April 2015;kemudiannnya mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015. RUU POTA berkuatkuasa secara rasmi pada 1 September 2015 melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan bertarikh 4 Jun 2015.

Kesimpulannya RUU POTA 2015 diluluskan setelah melalui tempoh perbahasan yang panjang (melebihi 14 jam) dan juga undian di kalangan MPs. Keputusan undian di awal pagi 7 April 2015 telah memihak kepada kerajaan melalui penglibatan seramai 139 MPs di pihak kerajaan dan juga MPs pihak pembangkang.

Semasa sesi perbahasan YAB TPM merangkap Menteri Dalam Negeri telah menjelaskan kesemua persepsi negatif berhubung usul POTA 2015. Antaranya berkaitan penafian hak asasi manusia seperti penderaan dalam tahanan dan hak berjumpa ahli keluarga semasa dalam tahanan.

WHY / KENAPA perlunya POTA?

POTA digubal dengan tujuan untuk mencegah kegiatan keganasan melampau di negara ini dan membendung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pengganas seperti terlibat dengan aktiviti merekrut individu/kumpulan orang yang berpotensi menjadi pengganas.

POTA bertujuan mengawal berlakunya perbuatan atau sokongan terhadap perlakuan keganasan di samping memberi perhatian kepada hak asasi manusia di mana seseorang yang ditangkap perlu dalam masa 7 (tujuh) hari dirujuk kepada Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya.

Page 44: Buletin KDN Edisi 1/2016

42

Kanun Seksaan (Pin) 2015 (KK)

Berkuatkuasa15 Jun 2015

Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pin) 2015 (SOSMA)

Berkuatkuasa15 Jun 2015

Akta Pencegahan Jenayah (Pin) 2015 (POCA)

Berkuatkuasa1 September 2015

Akta Penjara (Pin) 2015

Berkuatkuasa1 September 2015

GUBALAN RUU BARU DAN PINDAAN SEDIA ADA

Berkuatkuasa15 Jun 2015Akta Langkah-langkah Khas

Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (Akta 770) (SMATA)

Nota:

Baru

Sedia ada (Pindaan)

Kesimpulanannya POTA dirangka khusus untuk menangani isu keganasan melibatkan rakyat Malaysia. Ianya adalah strategi yang komprehensif untuk menangani ancaman dan aktiviti militan di negara ini ekoran penularan elemen keganasan dan sekiranya tidak dikawal berpotensi mengancam ketenteraman dan keselamatan dalaman negara.

WHEN / Bila POTA dikuatkuasakan?

Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) atau Akta 769 ini telah pun berkuatkuasa secara rasmi pada 1 September 2015 melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan bertarikh 4 Jun 2015.

Ke arah memastikan POTA benar-benar mantap dan komprehensif, semasa proses gubalan POTA terdapat

satu lagi undang-undang baru yang turut digubal beserta pindaan pada empat (4) lagi undang-undang sedia ada telah pun dibuat secara berselari (rujuk grafik): HOW / BAGAIMANA pula POTA dikuatkuasakan?

Demi memastikan RUU POTA 2015 benar-benar mantap dan komprehsif beberapa peruntukkan khusus telah diwujudkan untuk penguatkuasaan yang telus dan cekap. Antaranya:

Penubuhan Lembaga Pencegahan Keganasan• (LPK) bagi mentadbir langkah-langkah pencegahan dan pemulihan mana-mana orang yang terlibat. Ahli LPK dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan diPengerusikan oleh seorang pengamal undang-undang dengan pengalaman melebihi 15 tahun, dan

Page 45: Buletin KDN Edisi 1/2016

43

dibantu seorang Timbalan Pengerusi, serta anggota lain pada minimum seramai tiga (3) orang dan pada maksimum seramai enam (6) orang.

Pengeluaran Perintah Tahanan• untuk tempoh tidak melebihi dua (2) tahun oleh LPK terhadap mana-mana orang yang disyakki terlibat dengan aktiviti keganasan melampau demi kepentingan keselamatan negara atau mana-mana bahagian Malaysia.

Pemasangan Peranti Pengawasan Elektronik• (EMD) oleh Pegawai Polis dengan kelulusan Hakim Mahkamah Sesyen apabila seseorang itu dilepaskan bagi tujuan-tujuan pemantauan dan pemeliharaan keselamatan dalam negeri.

Kesimpulannya: Dakwaan atau persepsi sesetengah pihak bahawa POTA menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA2 tidak benar sama sekali memandangkan POTA dirangka khusus untuk menangani isu keganasan melibatkan rakyat Malaysia.

POTA adalah bukti keseriusan kerajaan untuk menyekat ancaman pengganas sebagai usaha memastikan pemeliharaan keselamatandankeharmoniannegara;disampingmemastikantiada individu yang melibatkan diri dalam perbuatan keganasan terlepas daripada tindakan undang-undang.

POTA amat diperlukan negara dalam usaha menjamin keselamatan dalam negeri daripada sebarang ancaman pengganas atau militan yang boleh berlaku sekiranya dibiarkan tanpa bentuk kawalan serta pencegahan yang cekap dan tegas oleh pihak berkuasa.

Page 46: Buletin KDN Edisi 1/2016

44

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

SUNGAI RAMBAI, Melaka 4 Mac 2016 : Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri,

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Melaka. RTC Sungai Rambai merupakan RTC ke-8 yang beroperasi selepas RTC Kelantan, Perak, Pahang, Johor, Kedah, Sarawak dan Terengganu.

RTC diilhamkan pelaksanaannya pada pertengahan tahun 2011 bertujuan mentransformasikan penduduk luar bandar dari aspek pendidikan, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu, RTC yang terpilih menjadi pusat kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan dengan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau dikenali sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS).

PERASMIAN RTC MELAKA

Oleh: Ida Nur Syafinaz Bt Puad

Page 47: Buletin KDN Edisi 1/2016

45

YB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi berkata (NBOS) yang diperkenalkan kerajaan dalam membantu memberi kemudahan khususnya kepada rakyat luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos sara hidup dan memperluaskan akses serta kemudahan perkhidmatan kerajaan di kawasan luar bandar. RTC juga menyediakan peluang kepada usahawan luar bandar memdagangkan hasil daripada pertaniannya.

Perasmian turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Idris Haron, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abd. Rahman.

IKDN melalui semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan berkaitan permohonan dokumen diri seperti pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan, penceraian dan adopsi bagi setiap individu. Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia juga turut menyediakan perkhidmatannya di RTC bagi memudahkan masyarakat berurusan dengan pantas seperti pemohonan pasport.

Kesimpulannya, RTC merupakan platform yang menyatukan masyarakat dengan kerajaan serta agensi dalam menjalankan program untuk memperkasakan penduduk kampung dari segi pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Sekali gus, dapat menjimatkan kos pengguna seperti kos minyak dan masa kerana di RTC mempunyai pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang beroperasi mula 8 pagi hingga 5 petang.

Page 48: Buletin KDN Edisi 1/2016

46

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

MAJLIS SAMBUTANHARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SUKAN LAWAS, SARAWAK

28 FEBRUARI 2016

Page 49: Buletin KDN Edisi 1/2016

47

Page 50: Buletin KDN Edisi 1/2016

48

MAJLIS SAMBUTANHARI PENJARA KE-226

AK

TIV

ITI U

TA

MA

PADANG MERDEKA, KUCHING, SARAWAK20 FEBRUARI 2016

Page 51: Buletin KDN Edisi 1/2016

49

Page 52: Buletin KDN Edisi 1/2016

50

HARI ULANGTAHUN UNIT TINDAKAN KHAS(UTK) KE 41

AK

TIV

ITI U

TA

MA

MARKAS FRU, CHERAS KUALA LUMPUR1 JANUARI 2016

Page 53: Buletin KDN Edisi 1/2016

51

Page 54: Buletin KDN Edisi 1/2016

52

PROGRAM TURUN PADANG KSU

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

Oleh: Hasniah Rashid

MIRI, 19 Disember 2015: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) YBhg. Dato’ Sri Alwi

bin Ibrahim mengadakan lawatan ke Penjara Pusat Miri, Bahagian Miri, Sarawak bagi melihat secara dekat hasil kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Kuarters Kerajaan di Bawah Inisiatif NBOS: My Beautiful Malaysia – KDN. Hadir bersama YBhg. Dato’ Sri KSU ialah Ketua Pengarah Penjara Malaysia KJP Dato’ Sri Zulkifli bin Omar, dan taklimat disampaikan oleh Jurutera Awam JKR Bahagian Miri En Awangku Fakrulnizam Awang Madohi.

Lawatan ini adalah menjurus kepada menilai pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Kuarters Kakitangan Penjara, Miri yang telah pun siap sepenuhnya di bawah pengurusan pihak JKR Negeri Sarawak. Tawaran kerja adalah dalam dua pakej kerja dan dilaksanakan oleh dua kontraktor tempatan yang dilantik di mana skop kerja adalah melibatkan:

• Kerja-kerja Mengecat empat unit rumah Kelas C serta Flat G mengandungi 16 kuarters; dan (termasuk membuang tahi kelawar) melibatkan tiga unit rumah Kelas E, dan

• Kerja-kerja Penukaran dan Pemasangan Semula Atap empat unit rumah Kelas C dan 18 unit rumah Kelas H.

Hasil pemantauan rapi pihak JKR Bahagian Miri, tempoh perlaksanaan projek ini didapati telah menepati jadual. Pihak kontraktor telah pun menyiapkan kerja-kerja berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama tiga (3) bulan

bermula Ogos sehingga awal Disember 2015. Kemajuan kerja tersebut telah

membolehkan pegawai dan famili yang baru bertukar ke Penjara Pusat Miri mendapat tempat tinggal yang baik dan selesa; sekaligus meningkatkan tahap motivasi kerja-kerja kepenjaraan.

Page 55: Buletin KDN Edisi 1/2016

53

Amnya, tujuan pelaksanaan projek ialah pada penyediaan kemudahan yang lebih baik sekaligus meningkatkan lagi tahap keselesaan para penghuni. Adalah menjadi harapan Dato’ Sri KSU agar penghuni mengambil tanggungjawab secara bersama dengan pihak pengurusan menjaga kuar ters dengan baik seperti mana menjaga rumah sendiri agar kemudahan yang disediakan majikan dapat dinikmati dengan baik dan selesa; di samping mengelak berlakunya peningkatan kos penyelenggaraan.

Kesimpulannya, lawatan Program Turun Padang (PTP) KSU dijadualkan dari masa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesuatu program/projek pembangunan KDN dan Jabatan/Agensi di bawah seliaan. PTP KSU didapati berjaya menyelesaikan permasalahan di tapak projek justeru mengelak dari berlakunya kelewatan pelaksanaan dan juga peningkatan kos projek.

Keprihatinan YBhg. Dato’ Sri KSU terhadap status pelaksanaan program/projek KDN/Jabatan/Agensi adalah selari dengan teguran terbuka YAB PM iaitu supaya kelewatan pelaksanaan sesuatu program/projek kerajaan tidak berterusan memandangkan ianya boleh menyebabkan ekonomi negara tidak berkembang dan pelaksanaan tidak dapat memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara.

Page 56: Buletin KDN Edisi 1/2016

54

SINERGIKERAJAAN & INDUSTRI PERFILEMAN

PR

OG

RA

M U

TA

MA

PUTRAJAYA, 10 Dis 2015: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tujuan

memantapkan sinergi hubungan antara kerajaan dengan pihak industri perfileman menganjurkan Program Townhall Garis Panduan Asas Klasifikasi Filem bertempat di PICC, Putrajaya. Pelaksanaan program adalah berteraskan sesi permaufakatan antara Lembaga Penafis Filem (LPF) beserta rakan strategiknya dengan para penggiat seni tempatan meliputi perwakilan Pengarah dan Penerbit Filem, Stesen TV, Persatuan dan NGO keseluruhannya seramai 73 orang. Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam (Skop Production), Datuk Suhaimi Baba (Imagine Pictures) dan Datuk David Teoh (MIG Production). Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YB Tuan Masir Kujat dan turut dihadiri Dato’ Sri Alwi bin Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian.

Program ini merupakan siri permaufakatan ke-2 antara LPF dengan pihak industri iaitu selepas sesi Taklimat Panduan Penapisan Filem Stesen TV yang berlangsung pada 15 September 2015. Matlamat akhir program adalah bagi mencapai sinergi dan kesepakatan, sekaligus memuktamadkan draf garis panduan; dan seterusnya ke arah pengeluaran satu Garis Panduan Asas Klasifikasi Filem yang jelas dan komprehensif sebagai dokumen rujukan. Intipati draf yang disediakan LPF mengambilkira kepelbagaian penonton (TV dan Pawagam) meliputi aspek umur, ugama dan kaum beserta prinsip penapisan yang telus. Garis panduan tersebut apabila dikelilingkan kelak bakal memudahkan lagi perancangan kerja produksi para penggiat seni mahu pun pihak LPF dalam membuat keputusan dan klasifikasi sesuatu filem untuk tayangan.

TemaJalan CeritaAdegan; danBahasa (Dialog, sarikata, lirik)

Untuk Tontonan Semua LapisanMasyarakat Bimbingan Penjaga Bagi Penonton dibawah Umur 13 Tahun; dan Untuk Penonton Berumur 18 Tahun dan Keatas

PENETAPAN UTAMA DALAM URUSAN PENAPISAN FILEM

PRINSIP PENAPISAN

KEPUTUSANPENAPISAN

PENENTUAN KLASIFIKASI

KLASIFIKASIFILEM

Keselamatan dan Ketenteraman AwamKeagamaan,Sosio-budaya; danKetertiban dan Ketatasusilaan

Lulus Bersih Lulus Bersih Dengan Pengubahsuaian LainLulus Dengan PengubahsuaianTidak Lulus Untuk Tayangan

Prinsip penetapan LPF bertujuan untuk menghindari kewujudan anasir-anasir negatif samada secara jelas atau pun tersirat memandangkan filem berkeupayaan memberi kesan kepada emosi penonton khususnya di kalangan remaja dan kanak-kanak; di samping tidak dinafikan merupakan ciri-ciri asas yang penting dalam pembentukkan tatasusila dan budaya bangsa agar minda warganegara Malaysia sentiasa terpelihara dan rasional serta berkembang sesuai dengan keperibadian nasional.

Oleh: Hasniah Rashid

‘… tujuan sesi engagement hari ini adalah untuk mendapatkan

pandangan dan maklumbalas serta komen daripada pihak industri filem,

Persatuan-persatuan dan agensi kerajaan selaku strategic partners LPF

mengenai draf Garis Panduan Asas Klasifikasi Filem … sesi begini diyakini

dapat membantu para penggiat seni perfileman dalam merancang kerja-

kerja produksi sesebuah filem seperti ketika merangka skrip dan jalan cerita agar menepati prinsip penapisan yang

ditetapkan LPF, sekaligus mengelak daripada berlakunya keputusan

penapisan yang tidak memihak kepada pihak penerbit seperti tidak diluluskan

untuk tayangan …’

YB Tuan Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri II

Page 57: Buletin KDN Edisi 1/2016

55

Inisiatif permaufakatan ini amat signifikan memandangkan LPF bertanggungjawab dalam memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang dibuat/dikeluarkan untuk tayangan di Malaysia ditapis dan diluluskan terlebih dahulu. Untuk itu, satu Garis Panduan Asas Klasifikasi Filem baru telah disasar pengeluarannya pada tahun 2016 sebagai satu dokumen rujukan yang seragam dan rasmi. Pengeluaran garis panduan tersebut juga bakal mengurangkan jurang perbezaan kefahaman di antara penerbit filem amnya dan pihak industri khususnya terhadap peraturan yang ditetapkan pihak penapisan seperti pemaparan adegan, jalan cerita, tema, dialog, bahasa, dan sarikata; termasuklah dalam penentuan klasifikasi untuk tayangan.

Kesimpulannya, menerusi sesi Q & A siri permaufakatan ke-2, persepsi yang terbentuk di kalangan penggiat industri filem tempatan bahawa telah berlakunya peraturan yang doublestandard terhadap produksi untuk tayangan di TV berbanding untuk tayangan di pawagam, serta wujudnya perbezaan peraturan do’s & dont’s yang dikenakan terhadap produksi filem tempatan berbanding filem-filem import dari luar negara telah berjaya dibincang dan diharmonikan. Justeru, sinergi yang dicapai melalui kedua-dua sesi permaufakatan didapati berkeupayaan melonjakkan lagi misi KDN melalui LPF dalam mentadbir urus penapisan filem serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan.

Page 58: Buletin KDN Edisi 1/2016

56

KOMITMEN PERANGIPEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

PR

OG

RA

M U

TA

MA

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2015: Komitmen Malaysia dalam memerangi dan menghapuskan isu

pemerdagangan manusia ke arah sifar terserlah menerusi inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganjurkan Bengkel ASEAN dan COMMIT : Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan pada 15 dan 16 Disember 2015 lalu. Penganjuran adalah dengan kerjasama Australia – Asia Program to Combat Trafficking in Persons (AAPTIP) disertai seramai 75 orang perwakilan agensi-agensi penguatkuasaan, perundangan dan perlindungan negara-negara ASEAN dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kesediaan Malaysia menjadi rakan aktif dengan negara luar dan pertubuhan antarabangsa bagi tujuan mencari kaedah paling berkesan untuk menghentikan haluan yang jelas melanggar tatasusila kemanusiaan menyerlahkan lagi komitmen negara di mata dunia. Manifestasi komitmen berterusan kerajaan diterajui KDN antaranya melalui jalinan kerjasama Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (NSO MAPO) dengan AAPTIP yang berpangkalan di Australia. Jalinan kerjasama tersebut antara lainnya menghasilkan pelaksanaan bengkel ini yang bersifat pembinaan keupayaan dalam mengekang jenayah pemerdagangan orang khususnya di rantau Asia Tenggara.

Fokus bengkel adalah bagi merangka indikator khusus untuk digunapakai agensi-agensi penguatkuasaan jenayah pemerdagangan orang tatkala dalam proses pengenalpastian mangsa pemerdagangan di samping untuk menambahbaik aspek perlindungan mangsa yang berteraskan hak asasi manusia. The United States Trafficking In Person Report yang sekadar mengesahkan pengenalpastian sejumlah 44,000 mangsa berkaitan eksploitasi seks dan buruh paksa pada tahun 2014 di seluruh dunia menunjukkan sesungguhnya proses pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan insiden pemerdagangan orang diketahui umum amatlah berleluasa:

Oleh: Hasniah Rashid

‘… Malaysia is proud to stand side-by-side, shoulder-to-shoulder, with those nations who

have recognized the urgent need to stop this perverse trend and move forward

in building a legal, enforceable and effective framework to stop this global epidemic …

Malaysia is therefore proud to be an active partner in the effort to explore more effective

methods in enhancing existing enforcement protocols in the identification and recognition

of victims of trafficking and forced labour … but we must also

acknowledge that identification is not easy …

Indeed the united states trafficking in persons report confirmed that worldwide during

2014, only 44,000 victims were identified, most were for sexual exploitation … and less

than 10,000 victims for forced labour were identified during that year … and we all know

that these figures represent just the tip of the iceberg … ‘

YB Datuk Nur Jazlan MohamedTimbalan Menteri Dalam Negeri I

15 Disember 2015

Page 59: Buletin KDN Edisi 1/2016

57

Keseluruhannya, penganjuran bengkel ini mengukuhkan komitmen Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang melalui kerjasama strategik dengan negara-negara luar dan pertubuhan antarabangsa. Penglibatan KDN adalah selari dengan peranan yang dipertanggungjawabkan bagi menerajui isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan. Kehadiran Dr Anne Galagher, pakar perundangan berkaitan pemerdagangan orang serta pakar-pakar dari Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan sendirinya mempamerkan penerimaan masyarakat antarabangsa akan dasar dan komitmen negara ini dalam menangani isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Page 60: Buletin KDN Edisi 1/2016

58

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

17 DISEMBER 2015Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Projek Pembangunan Serta Perolehan Bagi Kegunaan ESSCOMM di kawasan ESSZONE Sabah bertempat Bilik Mesyuarat Perkasa, Aras 11, Blok D1, Kementerian Dalam Negeri.

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

Page 61: Buletin KDN Edisi 1/2016

59

21 DISEMBER 2015Mesyuarat High Level Committee (HLC), Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Mesyuarat Perkasa, Aras 11, Blok D1, Kementerian Dalam Negeri.

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

Page 62: Buletin KDN Edisi 1/2016

60

MIRI, SARAWAK; 19 Disember 2015: Sambutan Hari Imigresen Tahun 2015 telah mencatat satu sejarah

baru di mana buat kali pertamanya majlis tersebut dibawa keluar dari lingkungan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya. Pemilihan Miri sebagai lokasi sambutan menurut YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri (MDN) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah tanda penghargaan kepada rakyat Sarawak khususnya Miri atas sumbangan langsung dan tidak langsung dalam membangunkan sosio-ekonomi-politik negara.

Kehadiran kepimpinan tertinggi politik dan pentadbiran peringkat negeri dengan sendirinya menjelaskan sokongan padu rakyat untuk Sarawak terus kekal membangun dalam Malaysia. Menteri Pembangunan Sosial Negeri Sarawak Tan Sri William Mawan Iwon hadir mewakili YAB Ketua Menteri bersama Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Misnon Taha. YAB TPM memaklumkan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan-Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan/Agensi di bawah KDN adalah satu tanda kesungguhan mendengar keperluan rakyat di lapangan demi kesejahteraan negara.

Prestasi cemelang JIM Sarawak khususnya dalam melaksanakan operasi dan penguatkuasaan secara berterusan dan kebiasaanya melewati jam 12 tengah

IMIGRESEN:BENTENG KESELAMATAN NEGARA

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

Oleh: Hasniah Rashid

malam turut mendapat penghargaan terbuka YAB TPM. Pencapaian tahun 2015 (sehingga bulan November) antara lainnya melibatkan pemeriksaan terhadap seramai 16,501 orang menerusi 469 operasi, penangkapan seramai 1,863 orang termasuklah enam (6) orang warga tempatan yang dikenakan kompaun; serta pengusiran seramai 2,912 orang warga asing ke negara asal masing-masing. Justeru, pencapaian JIM Sarawak telah melengkapi peranan penting JIM dalam menentukan Akta Imigresen dilaksanakan dengan cekap dan berkesan di seluruh negara.

Page 63: Buletin KDN Edisi 1/2016

61

‘… cari habis-habisan ejen atau sindiket yang memerah darah

dan keringat orang miskin walaupun mereka (mangsa penipuan) datang dari

negara luar … mereka (ejen atau sindiket) tidak ada peri kemanusiaan dan patut disumbat dalam penjara kerana ambil kesempatan atas kesempitan orang lain … kebanyakkan mangsa ini berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Mynmar di mana dokumen perjalanan

mereka telah dipegang oleh ejen atau sindiket, di samping ada juga majikan yang memegang permit

kerja mangsa …’

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri

Merangkap Menteri Dalam Negeri

Untuk rekod menerusi pendekatan Hari Hari Operasi, JIM bagi tempoh Januari hingga awal Disember 2015 telah membuat operasi keseluruhannya sebanyak 9,680 kali di seluruh negara. YAB TPM menerusi amanat perasmian menzahirkan rasa puas hati terhadap usaha bersungguh seluruh warga kerja Imigresen memacu prestasi ke tahap tertinggi khususnya berhubung penjagaan keselamatan pintu-pintu masuk negara, pengurusan keberadaan warga asing di negara ini, dan juga dalam menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI). Selain itu perkhidmatan berkualiti dan berintegriti lebih 14,000 orang pegawai/anggota pada tahun 2014, JIM berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.6 bilion.

Sehubungan itu YAB TPM dalam menghargai kejayaan kutipan yang dirumuskan sebagai Baik turut menggesa JIM supaya lebih inovatif dan proaktif agar kutipan tahun 2016 mencapai nilaian RM4.2 bilion. Ke arah memastikan pelancong tidak melencong dan membetulkan persepsi masyarakat yang tidak begitu positif terhadap Kerajaan Malaysia, YAB TPM mengarahkan JIM memburu ejen atau sindiket yang mengaut keuntungan besar dengan menipu warga asing yang terdesak untuk berhijrah dan berkerja di negara ini:

Kesimpulannya dengan mengambilkira lanskap semasa, isu berkaitan benteng keselamatan negara khususnya dalam kawalan pintu-pintu sempadan negara merupakan suatu tanggungjawab yang sangat mencabar dan perlu ditangani secara strategik dan holistik. Arahan YAB TPM supaya JIM tidak sekadar memberi fokus pada operasi dan penangkapan PATI tetapi melebarkan skop mencari, menyiasat, menangkap serta membawa ejen atau sindiket ke muka pengadilan adalah demi keselamatan dalam negeri. Arahan YAB TPM adalah wajar memandangkan JIM antara jabatan/agensi penting di bawah KDN berperanan dalam menentukan kesejahteraan rakyat melalui pengurusan Akta Imigresen yang cekap dan berkesan pada setiap masa.

Page 64: Buletin KDN Edisi 1/2016

62

PEKAN, PAHANG, 29 Nov 2015 : Majlis Program Bakti RELA bersama Warga RELA Pekan disempurnakan

oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Program berlangsung di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar dan turut hadir adalah YBhg. Datuk Kamariah binti Mohd. Noah, Ketua Pengarah RELA.

Program ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 10,000 orang menghadiri program yang terdiri daripada warga RELA Pekan, kakitangan RELA/Jabatan serta agensi di bawah KDN, pemimpin dan penduduk tempatan.

Program ini memberi peluang kepada warga RELA khususnya di Pekan bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri mengenai halatuju dan pembabitan RELA dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Antara lainnya objektif program bakti ini adalah:

Memberi semangat kepada para anggota dalam memastikan transformasi dalam RELA secara khususnya bergerak seiring dengan kerajaan selain menyumbang

PROGRAM BAKTI RELAPERDANA BERSAMA WARGA RELA PEKAN

RA

MP

AIA

NA

KT

IVIT

I

Laporan: Unit Media RELA

Page 65: Buletin KDN Edisi 1/2016

63

kepada keamanan dan kesejahteraan negara dan masyarakat.

Menanam rasa bangga anggota RELA yang dianggap Duta Kecil Kerajaan dalam membantu menangani masalah / isu tempatan berlandaskan konsep 5K1P iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan.

Memastikan agar warga RELA bersama pemimpin tertinggi RELA dan KDN serta pemimpin-pemimpin negara berganding bahu memastikan negara aman, maju dan selamat sentiasa melalui slogan semangat SUKARELAWAN, DARI RAKYAT, BERSAMA RAKYAT, UNTUK RAKYAT.

Antara pengisian program acara perasmian ialah Penyampaian Cek Insurans RELA (Khairat Kematian) – kepada 11 penerima berjumlah RM55,000; dan Penyerahan Pakaian Operasi Digital (POD) oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya program bakti anjuran RELA ini telah memupuk semangat kerja berpasukan sesama anggota RELA dan juga penduduk setempat.

Page 66: Buletin KDN Edisi 1/2016

PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Sila berkumpul di Dataran Kompleks D bagi bencana Kebakaran, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Banjir atau Limpahan Air

Talian Kecemasan1 800 22 2424

http: //www.moha.gov.my 03 8000 8000 [email protected] PKP_KDN

Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Kementrian Dalam Negeri

“Sila ikuti arahan saya apabila bencana melanda”

Keselamatan Tanggungjawab

Bersama

Kebakaran

1. Jangan cemas dan keluar dengan segera.2. Ikut papan tanda untuk pintu kecemasan terdekat.3. Gunakan tangga secara teratur.4. Jangan gunakan lif.

Demonstrasi / Rusuhan / Kerosakan Harta Benda / Ancaman Individu

1. Elakkan memprovokasi penunjuk perasaan.2. Berada di kawasan selamat dan kunci pintu.3. Jauhi pintu dan tingkap.4. Maklumkan pihak keselamatan akan gangguan.

Kehilangan Data

1. Laporkan kerosakan yang berlaku.2. Pasukan IT akan menilai dan melapor situasi.3. Kakitangan bertanggungjawab membuat

“back-up” data.

Gempa Bumi / Tanah Runtuh / Bencana Infrastruktur

1. Berlindung di bawah meja.2. Pastikan tidak berhampiran peralatan berat yang

boleh menghempap anda.3. Jika di luar, berdiri di tempat terbuka.4. Jangan memasuki bangunan yang terjejas.

Penyakit Berjangkit / Wabak

1. Hubungi Jabatan Kesihatan dengan segera.2. Pakai penutup mulut.3. Tunggu arahan lanjut dari Jabatan Kesihatan.

Banjir / Limpahan Air

1. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.2. Alihkan barangan berbahaya ke tempat tinggi.3. Berhati-hati akan soket atau peralatan elektrik

berhampiran kebocoran.4. Kosongkan kawasan jika ada bahaya dari

punca elektrik.

Komplek

s D

Page 67: Buletin KDN Edisi 1/2016
Page 68: Buletin KDN Edisi 1/2016

25TH - 26TH JANUARY 2016KUALA LUMPUR