edaran selangorkinidigital · sus dalam mencari penyelesaian positif terhadap kehidupan rakyat....

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 14 - 20 Februari 2019, 9 - 15 Jamadil Akhir 1440 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SELANGOR KERAJAAN PUSAT LULUS RM67.58 JUTA PAKATAN YAKIN KEKAL DI SEMENYIH PENERBANGAN KHAS UMRAH DAN HAJI PERTAMA DI DUNIA HARGA BARANG: TAHAP PEMATUHAN PENIAGA SANGAT TINGGI FOKUS SELESAI ISU RAKYAT Majlis Tindakan Ekonomi OLEH AFIX REDZUAN SEPANG - Majlis Tindakan Eko- nomi (EAC) bakal menumpukan kepada aspek pelaksanaan khu- sus dalam mencari penyelesaian positif terhadap kehidupan rakyat. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa langkah akan diambil segera kerana terdapat perkara yang dilihat sebagai keperluan mendesak. “Orientasi majlis ini adalah tin- dakan kerana kita sudah ada poli- si jangka panjang dan sederhana tetapi paling penting soal pelak- sanaan yang dapat menghasilkan kesan positif. Antara matlamat utamanya untuk menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup semakin tinggi dan harga barang semakin mahal. Majlis ini akan melihat pendekatan segera dan jangka sederhana yang boleh diambil “Antara matlamat utamanya untuk menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup semakin tinggi dan harga barang semakin mahal. “Majlis ini akan melihat pen- dekatan segera dan jangka seder- hana yang boleh diambil,” katanya kepada media selepas pelancaran AMAL By Malaysia Airlines, di Kompleks Kejuruteraan Syarikat Penerbangan Malaysia, di sini, pada 12 Februari lalu. Katanya, EAC yang dipenge- rusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengadakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat. Pada masa sama, beliau tu- rut menafikan penubuhan EAC ekoran masalah prestasi menteri. “Tidak benar, bukan soal satu menteri. Kita dalam Pakatan Ha- rapan bekerja sebagai satu pa- sukan, malahan keputusan yang dibuat jemaah menteri juga se- cara kolektif,” katanya. EAC turut dianggotai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Men- teri Perdagangan Antarabang- sa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking serta 12 anggota yang lain. Pelantikan semua ahli EAC berkuat kuasa serta-merta dan sekreteriat majlis adalah Unit Pe- nyelarasan Perlaksanaan, di Ja- batan Perdana Menteri. MOHAMED AZMIN Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Hussein Saeed ketika pelancaran Amal By Malaysia Airlines EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: nguyennguyet

Post on 31-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 14 - 20 Februari 2019, 9 - 15 Jamadil Akhir 1440

PEMBANGUNAN PETALING TERUS RANCAK

LAKSANA PENSEJAJARAN IPRBANTU RAKYAT PERKASA DIRI

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SELANGORKERAJAAN PUSAT LULUS RM67.58 JUTA

PAKATAN YAKIN KEKAL DI SEMENYIH

PENERBANGAN KHAS UMRAHDAN HAJI PERTAMA DI DUNIA

HARGA BARANG: TAHAP PEMATUHAN PENIAGA SANGAT TINGGI

FOKUS SELESAI ISU RAKYATMajlis Tindakan Ekonomi

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG - Majlis Tindakan Eko-nomi (EAC) bakal menumpukan kepada aspek pelaksanaan khu-sus dalam mencari penyelesaian positif terhadap kehidupan rakyat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa langkah akan diambil segera kerana terdapat perkara yang dilihat sebagai keperluan mendesak.

“Orientasi majlis ini adalah tin-dakan kerana kita sudah ada poli-si jangka panjang dan sederhana tetapi paling penting soal pelak-sanaan yang dapat menghasilkan kesan positif.

Antara matlamat utamanya untuk menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup semakin tinggi dan

harga barang semakin mahal.Majlis ini akan melihat pendekatan segera dan jangka sederhana yang

boleh diambil

“Antara matlamat utamanya untuk menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup semakin tinggi dan harga barang semakin mahal.

“Majlis ini akan melihat pen-dekatan segera dan jangka seder-hana yang boleh diambil,” katanya kepada media selepas pelancaran AMAL By Malaysia Airlines, di Kompleks Kejuruteraan Syarikat Penerbangan Malaysia, di sini, pada 12 Februari lalu.

Katanya, EAC yang dipenge-rusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengadakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat.

Pada masa sama, beliau tu-

rut menafikan penubuhan EAC ekoran masalah prestasi menteri.

“Tidak benar, bukan soal satu menteri. Kita dalam Pakatan Ha-rapan bekerja sebagai satu pa-sukan, malahan keputusan yang dibuat jemaah menteri juga se-cara kolektif,” katanya.

EAC turut dianggotai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Men-teri Perdagangan Antarabang-sa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking serta 12 anggota yang lain.

Pelantikan semua ahli EAC berkuat kuasa serta-merta dan sekreteriat majlis adalah Unit Pe-nyelarasan Perlaksanaan, di Ja-batan Perdana Menteri.

MOHAMED AZMINMenteri Hal Ehwal Ekonomi

Mohamed Azmin bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Hussein Saeed ketika pelancaran Amal By Malaysia Airlines

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

2Utama

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Pembangunan pendidikan Selangor

Kerajaan Pusat lulus RM��.�� jutaOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat mengumumkan kelulusan pe-runtukan RM67.58 juta bagi pro-jek pembangunan pendidikan, di Selangor.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mengu-mumkan berita gembira itu menerusi Twitter turut me-maklumkan sebanyak RM20.7 juta juga diperuntukkan untuk pembinaan sekolah baharu iai-tu Sekolah Kebangsaan (SK) Ta-man Pelangi, di Hulu Langat.

Sementara itu Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi Twitter memberitahu, pihaknya menyambut baik pengumuman peruntukan terbabit.

Melalui surat yang dike-luarkan Kementerian Pendi-dikan bertarikh 11 Februari menyatakan peruntukan se-banyak RM3 juta diperuntuk-kan bagi projek penggantian penuh enam bilik darjah Pro-gram Pendidikan Khas Integrasi

Semarak Srikandi pupuk minat wanita mudaSUBANG JAYA - Program Semarak Srikandi yang digerakkan Srikandi KEADILAN menjadi wahana pen-ting dalam usaha memupuk minat wanita muda melalui aktiviti kema-syarakatan.

Pengerusi Majlis Pimpinan KE-ADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau menyokong penuh program berkenaan dan sentiasa berpegang kepada falsafah utama sebagai pemimpin iaitu ‘bekerja un-tuk rakyat, berkhidmat kepada ne-gara’.

“Sejarah mencatatkan pemimpin wanita ternama di dunia seperti Benazir Bhutto, Margaret Thatcher, Corazon Aquino bermula sebagai ak-tivis politik.

“Minat mereka terhadap bidang politik bermula dengan aktiviti ke-masyarakatan,” katanya ketika beru-cap menyempurnakan Majlis Hi Tea Pimpinan KEADILAN Bersama Srikan-di KEADILAN, di Hotel Empire, di sini, pada 9 Februari lalu.

Turut hadir, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Dr Daroyah Alwi; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADI-LAN, Elizabeth Wong.

Amirudin yang juga Dato’ Men-teri Besar berkata, Kerajaan Neg-eri mementingkan budaya ke sukarelawanan dan kemasyaraka-tan dalam memacu pembangu-nan, di Selangor khususnya.

di Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam.

Sementara, peruntukan se-banyak RM180,000 pula untuk projek baik pulih bilik darjah

pendidikan prasekolah di Seko-lah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil West Country, Bandar Baru Bangi.

Peruntukan sebanyak RM1.4 juta adalah bagi projek baik pulih bilik darjah prasekolah SK Kebun

Baharu, Telok Panglima Garang.Terakhir, peruntukan seba-

nyak RM63 juta untuk projek pembinaan sekolah baru, di SMK Bukit Mahkota, Bangi.

Melalui surat sama, kemente-

rian turut memaklumkan semua projek baharu di bawah Ranca-ngan Malaysia Ke-11 bermula tahun 2019 akan dilaksana Ja-batan Kerja Raya melalui proses tender terbuka.

FORSEA pelawa orang ramai jayakan Festival Demokrasi

KUALA LUMPUR - Angkatan Pem-baharuan Asia Tenggara (FORSEA) mempelawa orang ramai di sekitar Lembah Klang hadir menggamat-kan Festival Demokrasi yang bakal berlangsung, di MAP Publika, pada 13 hingga 17 Februari ini.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Hishamuddin Rais berkata, festi-val julung kali diadakan di rantau ini bagi meraikan proses demokra-si pertukaran kerajaan selepas Pili-han Raya Umum ke-14 lalu.

“Kami membawakan delegasi

tersohor dari 11 negara Asia Teng-gara termasuk Profesor Amerika Syarikat, Noam Chomsky, yang akan berkongsi pandangan berkaitan isu politik Asia Tenggara.

“Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad juga akan berkongsi pentas sama bagi menyampaikan ucap utama acara, manakala Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirud-din Shari, akan menyampaikan ucapan alu-aluan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelan-

caran ARCA Pembebasan Suara Demokrasi, di The Square Publika di sini, pada 8 Februari lalu.

Turut hadir, Amirudin, Ahli De-wan Negeri (ADN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dan ADN Ba-lakong, Wong Siew Ki.

Pada masa sama, Hishamuddin yang juga aktivis politik berkata, kegiatan itu juga membabitkan pameran, festival kesenian dan festival penentangan dengan menampilkan seniman serta ar-tis, dari negara Asia Tenggara.

Amirudin memegang plakad berlatar belakang arca pembebasan sebagai sokongan kepada festival berkenaan

Sejarah mencatatkan pemimpin wanita ternama di dunia seperti Benazir Bhutto, Margaret Thatcher, Corazon Aquino bermula sebagai aktivis politik. Minat mereka terhadap bidang politik bermula dengan aktiviti kemasyarakatanAMIRUDIN SHARIPengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor

Katanya, pembangunan tidak seharusnya dilihat dalam bentuk Keluaran Dalam Negara Kasar dan pelaburan sahaja tetapi harus sei- ring dengan pembangunan sah-siah, rohani serta manusiawi se-bagai negeri termaju, di Malaysia.

“Dalam belanjawan baru-ba-ru ini, Kerajaan Negeri mem-peruntukkan RM10 juta bagi memberdaya golongan be-lia ke arah mewujudkan se- bagai ‘A Volunteerism State’,” ka-tanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

EAC langkah tepatSHAH ALAM - Penubuhan Majlis Tin-dakan Ekonomi (EAC) yang berfungsi untuk meneliti dan membuat keputu-san berkaitan hal ehwal ekonomi, kewa-ngan serta kebajikan adalah langkah tepat ketika rakyat terhimpit dengan kos sara hidup, ketika ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, ia dapat mencari solusi bagi menangani masalah eko-nomi berbangkit, kenaikan harga ba-rang atau perkara yang dikritik rakyat juga pembangkang.

“Pakatan Harapan wajib mem-beri keutamaan dalam hal kebaji- kan rakyat. Oleh itu, saya dan semua pi-hak mengalu-alukan penubuhan maj-lis ini.

“Saya berharap dengan adanya majlis ini, mereka akan terus dan aktif mencari serta membantu rakyat dalam pelbagai sudut yang sememangnya da-hagakan bantuan daripada kerajaan,” katanya kepada SelangorKini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham ber-kata, kebangkitan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menuntut Kerajaan Pakatan Harapan meletakkan kemba-li negara ke landasan sebenar melalui dasar, inisiatif peduli dan prihatin ter-hadap nasib rakyat.

Katanya, ia juga membuktikan sikap proaktif dan kepedulian kerajaan terha-dap isu serta permasalahan harian rak- yat seperti kos sara hidup, penganggu-ran dan pemilikan aset.

“Kerajaan sedar harapan rakyat be-gitu tinggi selepas perubahan yang berlaku, pada 9 Mei lalu. Justeru, penubuhan EAC yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, adalah langkah signifi-kan untuk kerajaan segera mendakap aspirasi rakyat dan menyelesaikan per-masalahan yang membelenggu kehidu-pan rakyat,” katanya.

ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkif-li pula berharap, ahli EAC yang terdiri daripada menteri dan pakar ekonomi daripada agensi atau jabatan berkaitan mampu mencari kaedah terbaik untuk mengurus ekonomi negara yang men-cabar ketika ini.

“Saya lihat ini langkah yang posi-tif dan tepat dalam usaha kerajaan menangani isu ekonomi serta sara hi- dup rakyat yang gawat juga merunsing-kan. Pada masa sama, ia dapat mengembalikan keyakinan bahawa pe- ngurusan ekonomi negara berada di tangan pakar untuk membantu memu-lihkan ekonomi semasa bagi mengu-rangkan kegusaran rakyat,” katanya.

ADN Kajang Hee Loy Sian pula menggesa kerajaan turut melantik ahli ekonomi yang boleh mewakili suara generasi muda.

“Satu langkah yang amat baik untuk menangani masalah ekonomi nega-ra dengan keanggotaan merangkumi Perdana Menteri, menteri kanan dan pakar ekonomi yang mampu memberi input, cara penyelesaian serta pelak- sanaan segera," katanya.

Bantuan segera kepada mangsa ributTANJONG KARANG - Kerajaan Negeri mengumumkan bantu-an segera RM500 kepada semua mangsa kejadian ribut, di Kam-pung Sawah Sempadan dan Kampung Tiram Jaya, di sini, pada 13 Februari lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, bantuan itu akan diberikan dalam tempoh seminggu membabitkan 165 rumah.

Katanya, Kerajaan Negeri akan turut memberi bantuan baik pulih rumah ekoran ada anta-ra rumah penduduk kampung mengalami kerosakan teruk se-hingga kediaman sedia ada tidak lagi boleh didiami.

“Oleh itu, kerja baik pulih rumah ini akan ditanggung sepenuhnya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor dan

rumah yang mengalami kero-sakan kritikal pula melalui Ke-menterian Pembangunan Luar Bandar.

“Difahamkan, agensi ter-

babit dan pusat khidmat juga sudah menyusun senarai nama mangsa serta kerja gotong-ro-yong bagi membaik pulih rumah juga sedang dilakukan,” katanya

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG - Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menyediakan perkhidmatan khu-sus haji dan umrah melalui program AMAL By Malaysia Airlines.

Dengan tawaran harga berpatutan, MAB akan menerbangkan jemaah haji dan umrah melalui perkhidmatan sewa khas yang meng- hubungkan umat Islam di Asia Tenggara khu-susnya Malaysia, Indonesia juga Thailand ke tanah suci.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali bersama Pengerusi Malaysia Aviation Group (MAG), Tan Sri Md Nor Yusof dan Ahli Lembaga Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Is-mail, di Kompleks Kejuruteraan MAB, di sini,

pada 12 Februari lalu.Sebelum ini, syarikat itu mengumum-

kan penubuhan Project HOPE iaitu sebuah syarikat penerbangan baharu bertujuan memenuhi keperluan khusus jemaah um-rah dan haji ke Mekah, pada November 2016.

Penjenamaan semula kepada AMAL (Alif, Mim, Lam) pada September 2017 membawa erti ‘cita-cita’ dan ‘harapan’.

Projek AMAL tidak lagi berada di bawah Malaysia Airlines, sebaliknya menjadi syari-kat penerbangan baharu seperti Firefly, MAS-wings dan MAB Kargo dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menjadi pelanggan baharu MAB di bawah projek itu dengan per-janjian selama tiga tahun bagi 237 penerba-ngan bernilai RM315 juta.

Projek itu ketika ini mempunyai kapasiti tempahan sebanyak 350,000 penumpang se-tiap tahun dengan 40 peratus kapasiti adalah

daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan menggunakan pesawat A380-800 semasa yang mempunyai 489 tempat duduk.

Sementara itu, Mohamed Azmin memuji usaha MAB yang meneroka peluang pernia-gaan baharu khusus untuk pengurusan iba-dah umat Islam, di negara ini.

Beliau berkata, kos perbelanjaan pengu-rusan ibadah haji berjumlah RM926 juta ber-banding RM443 juta pada 2014 berdasarkan statistik terkini daripada Lembaga Tabung Haji yang membuktikan perkhidmatan umrah dan haji mempunyai prospek besar.

“Malaysia Airlines boleh menggarap po-tensi ini dengan menghasilkan produk ba-haru untuk jemaah haji dan umrah. Saya berharap, syarikat penerbangan kos rendah memberi sokongan dan menjalinkan ker-jasama dengan AMAL By Malaysia Airlines,” katanya.

Mohamed Azmin (tengah) bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Hussein Saeed (tiga dari kiri); Md Nor (tiga dari kanan), Izham (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif AMAL, Hazman Hilmi Sallahudin ketika pelancaran AMAL By Malaysia Airlines

Amal By Malaysia Airlines

Penerbangan khas umrahdan haji pertama di dunia

ketika mengadakan lawatan ke lokasi ribut.

Turut sama, Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azman Dahlan.

Selepas sesi taklimat di De-wan Tiram Jaya, Amirudin tu-rut dibawa ke beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk serta pusat pemindahan mangsa, di Surau Darul Maarif.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

4Utama

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Perkasa program agro bandar

Bantu usahawan tani jana pendapatan

OLEH SHEEDA FATHIL

SEMENYIH - Program agro bandar akan diperkasa bagi memberi pelu-ang kepada usahawan tani khusus-nya di Selangor untuk menambah pendapatan melalui sektor terbabit.

EXCO Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, usahawan tani bo-leh memanfaatkan kawasan sempit terutama di bandar dengan meng-gunakan teknologi moden seperti hidroponik atau ‘vertical farming’ bagi menghasilkan tanaman.

“Usahawan tani digalak me-manfaatkan tanah yang ada di sekitar bandar dengan meng-hasilkan tanaman mengguna-kan teknologi moden, sekali gus menjana pendapatan lumayan

melalui sektor itu.“Selain itu, kita juga bercadang

mahu laksanakan program agro bandar ini secara lebih meluas di kebun komuniti setiap Pihak Berkuasa Tempatan kerana ia tu-rut memberi manfaat besar kepa-da masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Selangor Agro Mar-ket dan Pelancaran Agro Bandar peringkat Hulu Langat, di Taman Pelangi Semenyih, di sini, pada 9 Februari lalu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM32.6 juta bagi hasil dan pendapatan usaha-wan tani dalam sektor pertanian meliputi bidang tanaman, penter-nakan, nelayan, akuakultur serta industri asas tani.

Kerajaan Negeri komited men-

Ir Izham turun padang meninjau keadaan di sekitar Selangor Agro Market

Perluas Selangor Agro Market SEMENYIH - Selangor Agro Mar-ket (SAM) akan diperluas kepada beberapa lokasi yang akan dikenal pasti, di sekitar negeri itu.

EXCO Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, sambu-tan terhadap program SAM amat memberangsangkan sejak ia di-lancarkan, tahun lalu.

“Sambutan agak luar biasa apa-bila tahun lalu sahaja hasil jualan lebih RM5 juta berjaya dijana, manakala sehingga Januari ini ia sudah mencecah lebih RM300,000.

“Ekoran sambutan diterima amat menggalakkan, kita ber-cadang mahu menambah lagi SAM di kawasan strategik selain memastikan penjual yang datang benar-benar ‘genuine’ (tulen) dan terus dari ladang atau kilang,” ka-tanya.

Program SAM adalah kolaborasi Kerajaan Negeri bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang sudah bermula awal tahun lalu membabitkan pelak-sanaan 87 lokasi di sembilan dae-rah di Selangor dengan nilai jualan RM5.2 juta.

Program itu menawarkan be-berapa aktiviti ‘touchpoint’ an-taranya Program Jualan Secara Terus Dari Ladang dan Kilang iaitu

Malaysia raih kedudukan pertama kategori penjagaan kesihatan

dukung usaha menjadikan sektor pertanian bukan sahaja seka-dar sumber ekonomi sampingan tetapi memartabatkannya ke arah menjadikan Selangor sebagai ge-dung kuasa ekonomi serantau.

KUALA LUMPUR - Malaysia men-duduki tangga pertama dalam kategori penjagaan ke-sihatan bagi Indeks Persaraan Glo- bal Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata.

Memetik akh-bar Costa Rica News, terdapat 13 hospital yang memperoleh akre-ditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama di negara ini dan hampir semua doktor fasih berbahasa Inggeris.

Malah, kebanyakan doktor di Malaysia mendapat latihan di

United Kingdom, Amerika Syarikat atau Austra-

lia, maka komunika-si adalah sempurna dan tidak meng-hairankan Malaysia menjadi destinasi

pelancongan popular.Costa Rica News

berkata di Malaysia, se- seorang itu tidak perlu mem-

buat temu janji berjumpa doktor pakar dan tidak perlu rujukan dari-pada pengamal perubatan, seba-

liknya hanya perlu mendaftar di hospital serta menunggu giliran untuk bertemu pakar.

“Kemudahan di Malaysia ini me-nyebabkan kos rendah berban-ding di Amerika Syarikat, namun bukan sahaja kos yang menjadi tarikan tetapi juga perkhidmatan.

“Ahli farmasi sama juga seperti kakitangan perubatan lain di Ma-laysia kerana terlatih dan bermak-lumat. Rakyat Malaysia bersifat mesra tetapi yang lebih menarik ialah mereka benar-benar me-ngambil berat terhadap pesakit,” kata akhbar itu.

Kita juga bercadang mahu laksanakan program agro bandar ini secara lebih meluas di kebun komuniti setiap Pihak Berkuasa TempatanIR IZHAM HASHIMEXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

Ekoran sambutan diterima amat menggalakkan, kita bercadang mahu menambah lagi SAM di kawasan strategik selain memastikan penjual yang datang benar-benar ‘genuine’ (tulen) dan terus dari ladang atau kilangIR IZHAM HASHIMEXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

produk berasaskan pertanian de-ngan menawarkan harga berpatu-tan serta pengurangan antara lima hingga 25 peratus lebih rendah.

Selain itu, SAM dilaksana ber-tujuan menambah ‘outlet’ ak-ses rangkaian pemasaran yang memberi peluang kepada usaha-wan tani di peringkat pengeluaran menambah pendapatan.

Malah, ia juga sebagai pelan pemasaran untuk memasarkan hasil pertanian jika berlaku lam-bakan (buah-buahan bermusim), di pasaran.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

@ k o t a d a m a n s a r a s i a p p a d a q 1 2 0 2 0

(03) 6419-9888EMPORIS SDN BHD 773888-M

WWW.EMPORIS.COM.MY [email protected]

SCLAND GALLERY @ EMPORISR18, Wisma SCland, Emporis Kota DamansaraPersiaran Surian, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pemaju: Emporis Sdn Bhd (773888-M) • Nama Perumahan: Emporis • No. Lesen Pemaju: 14162-1/11-2019/03017 (L) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 No. Permit Iklan: 14162-1/11-2019/03017 (P) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 • Pegangan Tanah: Komersil, pajakan 99 tahun tamat 27 Disember 2109 Sekatan: Tanah Ini boleh dipindahmil ik , dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri • Gadaian: Publ ic Bank Berhad Tarikh Jangka Siap: Disember 2020 • Harga Jualan: Rm592,000(Min)-Rm1,085,700(Mak) • Bilangan Unit: 616 Unit • Pihak berkuasa yang meluluskan pelan bangunan: Mbpj • No. Pelan Bangunan: Mbpj/120100/T/P10/247/2015 • 10% Diskaun untuk bumiputera • Jenis Pemajuan: 28 tingkat pangsapuri perkhidmatan • Alamat: Emporis Kota Damansara, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan • Iklan ini telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara. Semua maklumat spesifikasi, perspektif, artikel dan rancangan-rancangan yang terkandung dalam bahan dicetak ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atau perunding projek pemaju dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana atau kontrak.

BUMIPUTERADISKAUN

10%

Nasib rakyat sentiasa dipeduli

Yakin PAKATAN kekal di SemenyihOLEH NORHAYATI UMOR dan ZAREEF MUZAMMIL

SUBANG JAYA - Pakatan Harapan (PAKAT-AN) diyakini mampu mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seme-nyih walaupun wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilihat ber-dasarkan prestasi cemerlang ditunjukkan PAKATAN sepanjang beliau memegang jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor.

Katanya, beberapa perkara berbangkit di kawasan berkenaan menjadi isu utama untuk ditangani PAKATAN demi menerus-kan kemenangan parti itu.

“Ini masa untuk kembali dan terus ber-sama rakyat bagi memastikan sokongan pengundi berpihak kepada kita. Pembang-kang mahu bentuk kerjasama, itu adalah tanggungjawab dan cadangan strategi mereka.

“PAKATAN sudah membuktikan baha-wa pembangunan di Selangor memberi manfaat kepada semua rakyatnya,” katanya selepas Majlis Hi Tea Pimpinan KEADILAN Bersama Srikandi KEADILAN, di Hotel Em-pire, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin me-nyatakan komitmen untuk berkampung di Semenyih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAKATAN.

“Saya sudah sihat, badan bertambah ringan, jadi mudah untuk bergerak. Se-menyih adalah sebahagian dari Selangor dan Selangor tetap di hati saya,” katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini ekoran kematian penyandangnya daripada PAKATAN, Mohd Bakhtiar Mohd Nor, 11 Januari lalu.

Terdahulu, Mohamed Azmin turut turun padang bagi menyerahkan sendiri kunci bagi projek Rumah Selangorku 'Simfoni' di Eco Majestic Semenyih, pada 6 Januari lalu.

Komitmen dizahirkan beliau dan Kera-jaan Negeri amat dihargai pembeli rumah berkenaan walaupun tidak lagi bergelar Dato' Menteri Besar Selangor.

Pengaturcara komputer, Husni Abu Mansor, 36, menyifatkan ia sebagai reze-ki apabila berjaya memiliki rumah itu.

“Saya mengetahui akan tawaran rumah ini pada 2015 apabila disiarkan SelangorKi-ni. Percubaan pertama berjaya dan saya di antara yang bertuah berjaya memilikinya, terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dengan nasib rakyat,”katanya.

T Selvemaler, 55, pula menyifatkan ia se-bagai mimpi kerana diberi peluang memi-liki rumah terbabit.

“Saya bertuah dan gembira dengan apa dilakukan Kerajaan Negeri kerana memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah khu-susnya kepada golongan kurang berke-mampuan,” katanya.

Carlyn Yup, 33, pula menganggap rumah baharunya ‘tuah' kepada keluarga, bahkan selesa ekoran kawasan yang sangat cantik dan banyak kemudahan.

Mohamed Azmin berkata, beliau bersyu-kur apabila projek berkenaan siap sepenuh-nya bagi memenuhi keperluan penduduk Selangor khususnya golongan kurang berkemampuan.

“Dengan harga, keluasan kaki persegi, penyediaan dua tempat letak kenderaan, surau, dewan dan kemudahan riadah se-benarnya sangat membebankan kerajaan.

“Namun, ketika menjadi Dato’ Menteri Besar, saya menekankan bahawa pemaju perlu menyediakan semua keperluan ini

kepada rakyat Selangor demi keselesaan pembeli.

"Saya berharap pembeli dapat menja-ga unit kediaman itu dengan baik, seka-li gus memastikan semangat kejiranan dan keharmonian dapat dipertahankan,” katanya.

Pelancaran bilik gerakan Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, pada 12 Februari lalu

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

6Utama

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Kawal penularan denggi

RM���,��� laksana kerja pembersihanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepa-da Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjalankan kerja pember-sihan dan penghapusan khas di kawasan yang mencatatkan kes denggi.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Kelu-arga, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan tindakan pencega-han dan pengawalan yang lebih bersepadu dengan segera.

“Peruntukan ini disalurkan ke-pada PBT bagi menangani wabak itu di kawasan ‘hotspot’ denggi khususnya kawasan yang sukar diakses,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melaksanakan kawalan berfokus

bersama PBT di lebih 50 peratus kawasan yang terbabit denggi.

Katanya, aktiviti penguatkua-saan tempat pembiakan juga di-pertingkatkan dengan memberi tumpuan ke kawasan awam se- perti pasar raya, tapak pasar malam, pasar basah, pusat su-kan dan kawasan rumah ibadah.

“Setakat ini, kita bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Sela- ngor dan sudah melancarkan Kempen Selangor Gempur Aedes 2019, bermula 21 Januari lalu se-hingga 17 Februari ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta kerjasama penduduk supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menja-ga kebersihan persekitaran.

“Saya optimis penduduk memandang serius isu denggi, sekali gus mengambil langkah

pencegahan mulai hari ini,” ka-tanya.

Setakat ini, lebih 15,790 kes denggi direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari lalu de-ngan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Berdasarkan analisa dilaku-kan Unit Vektor, Jabatan Ke-sihatan Selangor mendapati peningkatan melebihi 200 pe-ratus berbanding tahun lalu.

Antara daerah mencatat ku-mulatif kes tertinggi sehingga 12 Januari lalu adalah Petaling dengan 1,061 kes, Klang (960), Hulu Langat (608) dan Gombak (328).

Manakala, sebanyak 122 lo-kaliti ‘hotspot’ berjaya dikenal pasti membabitkan 66 di Peta- ling, Klang (22), Hulu Langat (21), Gombak (12) dan Sepang (1).

Larva nyamuk 'diami' tong simpan air KLANG - Tindakan segelintir penia-ga Pasar Pelabuhan Klang yang ti-dak menutup tong simpanan air dengan kemas menyebabkan ia menjadi tempat pembiakan Aedes.

Hasil pemeriksaan mengejut EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, bersama penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang itu mendapati hampir semua tong air yang di-periksa mempunyai larva nyamuk berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan amaran awal kepa-da peniaga supaya menyimpan air berkenaan dalam keadaan tertu-tup, sebelum dikenakan kompaun, selepas ini.

“Peniaga menyimpan air untuk

kegunaan membersihkan tempat perniagaan, namun mereka perlu menutup bekas air ini dengan le- bih rapi bagi mengelakkan nyamuk membiak.

“Pada awalnya ketika mula masuk ke pasar, saya dapati ka-wasan persekitaran bersih, namun selepas membuat pemeriksaan terperinci baru kita dapati pasar juga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Saya lihat tadi hampir semua tempat simpanan air mempu- nyai larva nyamuk. Saya berharap supaya peniaga pasar ambil mak-lum perkara ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian keti-ka Operasi Ops Denggi bersama PKD Klang dan Majlis Perbandaran

Klang, di Pasar Pelabuhan Klang, pada 7 Februari lalu.

Turut serta Pegawai Kesiha-tan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed dan hampir 20 pe- nguat kuasa.

Pada masa sama, katanya, ka-jian pada 2018 mendapati loka-si tumpuan awam seperti pasar malam, pasar pagi dan hentian bas antara tempat pembiakan Aedes.

“Justeru, kita akan memperhe-batkan operasi di tempat sebegi-ni bagi mengelakkan kes denggi daripada terus meningkat.

“Pada zahirnya tempat sebe-gini nampak bersih pada mata kasar, namun masih banyak tem-pat tersembunyi yang boleh men-jadi pembiakan nyamuk dan perlu dibasmi segera,” katanya.

Dr Siti Mari-ah memantau

persekitaran pasar yang tu-

rut menyum-bang kepada

pembiakan Aedes

Perhebat usaha cegah ChikungunyaSHAH ALAM - Kerja pembersi-han di kawasan yang terbabit dengan penyakit Chikungu-nya akan diperhebatkan bagi mencegah wabak berkenaan daripada terus menular.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, antara punca penyakit itu ekoran lawatan pesakit atau keluarga pesakit ke Hatyai, Thai-land, baru-baru ini.

Katanya, setakat ini seramai 15 pesakit dikenal pasti mem-punyai simptom wabak penya-kit berkenaan.

“Menurut Pusat Kesihatan Daerah Kuala Langat, terdapat 100 kes yang masih belum diterima senarainya dengan ke-semuanya, bermula dari 1 Janu-ari sehingga kini.

“Mencegah Chikungunya seperti mencegah Aedes, jadi kita akan terus membasmi tem-pat pembiakan nyamuk ter-masuk mempergiatkan kerja pembersihan.

“Buat masa ini, kes masih ter-kawal dan kita berharap ia tidak akan berlarutan,” katanya kepa-da SelangorKini.

Terdahulu, Ahli Dewan Ne-

geri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Ke- sihatan Daerah mengambil langkah awal menangani penya-kit berkenaan, di Kuala Langat.

Katanya, antara langkah di-ambil membabitkan taklimat pencegahan dan semburan ka-bus di seluruh kawasan terbabit selain mengedarkan risalah ser-ta ubat jejentik.

Sebelum itu, Kementerian Ke-sihatan mengesahkan terdapat 11 pesakit menghidap penyakit Chikungunya, di daerah berke-naan.

Mencegah Chikungunya seperti mencegah Aedes, jadi kita akan terus membasmi tempat pembiakan nyamuk termasuk mempergiatkan kerja pembersihanDR SITI MARIAHEXCO Kesihatan

MPAJ komited basmi AedesSHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan terus komited mengawal dan memper-giatkan aktiviti promosi serta pen-didikan berhubung wabak denggi, di kawasan itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Abd Hamid Hussain berkata, penduduk juga disaran supaya memastikan kawasan kediaman bebas daripa-da pembiakan Aedes.

"Sebanyak 373 kes dilaporkan di kawasan MPAJ, setakat ini de-ngan lima lokaliti di sekitar Am-pang Jaya dikenal pasti menjadi ‘hotspot’ pembiakan denggi, sejak Januari lalu.

“Jumlah ini amat membim-bangkan. Satu kematian juga dilaporkan membabitkan kes denggi, awal tahun ini," katanya.

Lima kawasan ‘hotspot’ itu adalah di Taman Sri Angsana Hilit dan Jalan Jelatek yang mencatat-kan 17 kes, Taman Bukit Teratai (21), Lembah Jaya Utara (44) dan Taman Kencana (10).

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan kerja pember-sihan dan penghapusan khas di kawasan yang mencatatkan kes denggi.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Majlis Tindakan Ekonomi

Harus ambil kira kumpulan M��KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang baharu per-lu mempunyai agenda jelas bagi hala tuju ekonomi negara untuk melindungi lebih ramai rakyat Ma-laysia yang memerlukan.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia termasuk mem-perluaskan jaringan program keselamatan sosial kepada golo-ngan pertengahan (M40) bukan hanya terhad kepada golongan berpendapatan rendah (B40) se-mata-mata.

“Untuk membantu kum-pulan M40 dan B40, kerajaan perlu menangani isu yang mempe- ngaruhi rakyat, terutama kenaikan harga makanan.

“Usaha untuk menangani ke-naikan harga perlu membabitkan semua pihak dalam rantaian beka-lan daripada pengeluar dan pem-bekal kepada pemborong serta peruncit,” katanya dalam kenyata-an, pada 6 Februari lalu.

Katanya, langkah itu perlu kom-prehensif supaya kerajaan dapat mengawal kenaikan harga di se-luruh rantaian bekalan menerusi intervensi dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, kumpulan M40 juga prihatin berkenaan harta benda dan penjagaan kesihatan yang mahal.

“Dana RM1 bilion bagi Rumah Mampu Milik kumpulan B40 yang dilancarkan Bank Negara per-lu diperluaskan kepada pembeli rumah M40.

“Peningkatan kos sara hidup memberi cabaran kepada kum-pulan M40 untuk membeli rumah impian mereka dan dengan itu memerlukan beberapa bentuk bantuan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, skim insurans kesihatan kepada kum-pulan M40 juga perlu di-perluaskan dan memberi perha-tian kepada ketidaksamaan besar dalam jurang pendapatan M40 di pelbagai negeri, seluruh Malaysia.

Beliau berkata, EAC juga ha-srus mempertimbangkan kon-teks setempat apabila mencari penyelesaian bagi masalah yang mempengaruhi kumpulan M40, dengan mengambil kira jurang pendapatan, di negeri yang ber-beza.

B40, M40 dan T20

M40n Kumpulan berpendapatan 40% pertengahann Isi rumah berpendapatan sederhana dengan purata bulanan antara RM3,860 - RM8,319

n Golongan berpendapatan tinggin Isi rumah berpendapatan bulanan purata RM8,319 ke atasT20

B40n Isi rumah berpendapatan bulanan purata di bawah RM3,860n Merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang dari Purata Garis Kemiskinan (PGK) Nasional RM950

AMAL sasar peningkatan ��% pasaran Asia TenggaraSEPANG - AMAL By Malaysia Air-lines menyasarkan peningkatan 10 peratus pasaran tempatan dan Asia Tenggara bagi tempoh dua tahun melalui prospek cabang perniagaan perkhidmatan um-rah juga haji yang di-perkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekut i f AMAL, Hazman Hilmi Salla-huddin berkata, Ma-laysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) mahu mengemba-likan era kegemila-ngan dalam industri perniagaan dengan tawaran pa-kej penerbangan terbaik ke Jed-dah dan Madinah, dari Kuala Lumpur.

“AMAL bermatlamat memper-baiki mutu perkhidamatan un-tuk jemaah umrah dan haji yang selama ini sering dibayangi kriti-kan seperti perkhidmatan kurang memuaskan, penerbangan lewat serta makanan kurang enak. Juste-ru, kami cuba meningkatkan kualiti, di selururh rantaian perkhidmatan.

“Sejak 2018, kita mendapat maklum balas positif daripada je-maah. Kami mahu jemaah mera-sakan perjalanan itu bermula sejak mula penerbangan bukan selepas tiba (di Tanah Suci),” ka- tanya kepada media selepas Maj-

lis Pelancaran ‘AMAL By Malaysia Airlines’ di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines, pada 12 Februa-ri lalu.

Beliau berkata, setakat ini Ma-laysia Airlines berjaya menguasai

50 peratus pasaran dan berharap dapat me ningkatkannya kepada 60 peratus, di samping menyediakan perkhid-matan bermutu buat jemaah, dari Thailand dan Indonesia.

Katanya, AMAL juga bersedia memberikan tawaran pakej pener-

bangan umrah berpatutan khu-sus buat pegawai kerajaan sebagai langkah sokongan terhadap usaha Kerajaan Malaysia memberikan cuti tanpa rekod selama tujuh hari bagi mengerjakan umrah.

“Setakat ini, kita bekerjasama dengan lima agensi besar dan 20 agensi kecil. Secara keseluru-han, terdapat 275 syarikat ter- babit dalam urusan pengendalian umrah dan haji.

“Kita buka peluang buat semua agensi untuk bersama-sama AMAL memberikan per- khidmatan terbaik kepada jemaah dengan penyediaan tiga penerba-ngan sehari atau membabitkan empat pesawat Airbus A380-800, dari Kuala Lumpur,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

8Nasional

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Agensi Pe-nguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan 40 kes penyeludupan membabit-kan dadah, rokok, minuman keras, senjata api dan barangan kawalan subsidi yang dianggar-kan bernilai RM22 juta, sepan-jang tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, kejayaan itu mencerminkan ke-matangan pengoperasian APMM yang baharu menjengah satu dekad penubuhannya.

“Daripada jumlah itu, ba-nyak kes penyeludupan rokok dan minuman keras melalui bot digagalkan membabitkan nilai rampasan RM12.9 juta, di perai-ran Kuala Selangor.

“Sepanjang tahun lalu juga, APMM menangani 84 kes pen-datang asing tanpa izin (PATI) di Zon Maritim Malaysia (ZMM) membabitkan penahanan 531 orang.

“Dalam kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA) pula, sebanyak 110 tangkapan berja-

ya dilakukan dengan mengutip hampir RM1 juta, hasil menerusi denda nelayan asing, pelupusan vessel, kompaun dan lelongan ikan bagi tahun lalu,” katanya ke-pada BERNAMA.

Beliau berkata, kejayaan demi kejayaan yang dicapai membabitkan 842 kes atas pel-bagai kesalahan seperti jenayah rompakan, aktiviti penyeludu-pan, penyeludupan migran (PATI) dan pencerobohan BNA.

Katanya, daripada jumlah itu, terdapat kes berprofil tinggi seperti menumpaskan sindi-ket rompakan kapal dagang membabitkan kapal tangki MT Lee Bo lebih kurang 6.5 batu nau-tika, dari Pulau Tinggi, di Johor.

Pada masa sama, Zulkifili ber-kata, kadar indeks jenayah mari-tim menurun tahun demi tahun dengan penurunan 2.23 peratus, pada tahun lalu berbanding 12 ta-hun lalu yang mencatatkan 48.06 peratus.

"APMM melihat penurunan itu sebagai kesan positif terhadap pematuhan undang-undang di

Giat operasi

APMM tumpas penyeludupan RM�� juta

laut dan ekoran peningkatan pe-nguatkuasaan melalui rondaan, pemeriksaan serta tangkapan di-lakukan pihaknya dalam menen-tukan ZMM selamat juga aman

bagi masyarakat.“Kejayaan ini adalah hasil risi-

kan dan jalinan hubungan ker-jasama daripada pelbagai pihak iaitu komuniti nelayan sendiri ser-

ta pihak awam, di samping jalinan kerjasama bersama Jabatan Imi-gresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga hubungan baik dengan negara luar,” katanya.

KUALA LUMPUR - Individu yang mempunyai akaun bank di luar negara dan mempunyai pendapa-tan yang belum dilaporkan dimin-ta segera hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berka-ta, pihaknya sudah mengeluarkan surat dan e-mel khusus kepada pembayar cukai yang mempu- nyai akaun bank di luar negara yang masih gagal membuat pe-laporan cukai sepatutnya.

“Pembayar cukai dalam ka-tegori inilah yang diminta dalam surat dan e-mel LHDN untuk menghubungi serta melaporkan pendapatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, LHDN mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai Septem-ber 2018 di bawah inisiatif Pertu-karan Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasa-ma dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

LHDN memperkenalkan inisiatif

Pemilik akaun bank luar negara segera lapor cukai KUALA LUMPUR - Dijangkakan 75

peratus tenaga kerja global bakal didominasi golongan millennial menjelang 2025, kata Pengerusi Eksekutif Qi Group, Datuk Seri Vi-jay Eswaran.

Katanya, lebih separuh daripa-da pekerjaan hari ini akan menjadi lapuk ekoran kemajuan teknologi dan automasi.

Beliau berkata, kebanyakan millennial juga tidak mahu wak-tu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Mereka mahu bertanggung-

jawab terhadap kehidupan me-reka sendiri dan mahu melalui pengalaman sendiri, berjalan dan meneroka serta memperoleh pendapatan antara pengalaman itu,” katanya pada Forum Ekono-mi Sedunia di Davos, Switzerland, lapor BERNAMA.

Katanya, kategori itu (millen-nial) sangat bersesuaian dengan kedudukan ekonomi yang meru-juk kepada sistem pasaran bebas, mewujudkan kedudukan semen-tara untuk pekerja bebas untuk jangka pendek.

“Jika anda perasan, ketika se-dang membesar, membeli rumah atau kereta adalah impian besar. Matlamat itu tidak lagi bernilai tinggi kepada kumpulan ini.

“Ekoran perubahan demografi, kerja pada masa depan sudah berubah. Ramai millennial tidak lagi berminat atau akur pada kon-sep pekerjaan yang selamat dan kekal,” katanya.

Istilah millennial atau genera-si Y, membabitkan individu yang mencapai usia dewasa sekitar abad ke-21.

Millennial bakal dominasi tenaga kerja menjelang ����

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Pro-ton) melakar satu lagi kejayaan ber-makna apabila menyerahkan 1,000 unit kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 kepada pelanggan dalam tempoh sehari pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Acara terbabit diadakan di 74 pusat 3S/4S Proton di serata ne- gara, pada 2 Februari lalu.

Proton dalam kenyataan berka-ta, pelanggan terbabit turut diberi taklimat berkenaan keunikan SUV

pertama syarikat itu selain diajar meng-gunakan ciri berke-naan.

“Taklimat secara komprehensif itu di-lakukan pengurus pasca jualan di se-tiap cawangan ter-babit bagi memberi pemahaman lebih terperinci berhubung kenderaan berkenaan.

“Ini bagi memastikan pemilik kenderaan itu dapat memaksimum-

kan keseronokan pemanduan ma- sing-masing dengan memanfaat-kan ciri keselesaan, kemudahan dan keselamatan yang disediakan X70,” katanya, lapor BERNAMA.

Proton serah �,��� unit X�� dalam sehariProgram Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) sebagai satu daripada kae-dah penyelesaian cukai bagi me- reka yang mempunyai pendapa-tan dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai dan disimpan di akaun bank di luar negara tetapi pendapatan terbabit masih belum dilaporkan.

Di bawah program itu, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti dar-ipada 300 peratus kepada 10 pe-ratus jika pelaporan dibuat pada atau sebelum 31 Mac ini dan 15 peratus jika pelaporan dibuat, pada atau sebelum 30 Jun.

Pembayar cukai dalam kategori inilah yang diminta dalam surat dan e-mel LHDN untuk menghubungi serta melaporkan pendapatan berkenaan

SABIN SAMITAHKetua Pegawai Eksekutif LHDN

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Nasional9SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

GEORGE TOWN - Tahap pematuhan pe-raturan oleh peniaga sepanjang tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sem-pena perayaan Tahun Baharu Cina di se-luruh negara adalah sangat tinggi dan semakin baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada 26,457 premis diperiksa sejak skim itu diperkenal-kan pada 31 Januari lalu, hanya 241 pelang-garan peraturan dilaporkan.

Beliau berkata, kesalahan paling banyak direkodkan adalah kegagalan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu dengan 166 kes diikuti 73 kes tidak me-letakkan tanda harga langsung dan dua kes menjual barang kawalan melebihi har-ga siling yang ditetapkan.

“Kebanyakan kes ini berlaku di premis runcit. Jumlah nilai rampasan sebanyak RM28,500 dan jumlah kompaun dikena-kan sebanyak RM27,300.

"Di seluruh negara, kementerian meneri-ma sembilan aduan sahaja sehingga 7 Feb-

ruari lalu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pasar Bayan Baru, lapor BERNA-MA.

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak berkata, kementeriannya sedang meneliti cada-ngan melanjutkan tempoh pelaksanaan skim kawalan harga, pada musim pera- yaan akan datang.

Katanya, buat masa ini kementeriannya menetapkan tempoh pelaksanaan skim kawalan harga untuk Tahun Baharu Cina selama 10 hari, Aidilfitri (15 hari) dan Dee-pavali selama tujuh hari.

“Apakah sekarang kita perlu meman-jangkan tempoh, itu perkara yang ke-menterian akan berikan tumpuan khusus sebelum kita menetapkan tempoh kawa-lan, pada musim perayaan akan datang,” katanya.

Katanya, kepentingan peniaga dan pengguna akan diambil kira sebelum ke-menterian memberi sebarang kata putus berhubung pemanjangan tempoh skim kawalan harga itu.

Kawalan harga

Tahap pematuhan sangat tinggi

Foto

ole

h BE

RNAM

A

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Energy Ser-vices melalui anak syarikatnya, Maevi Sdn Bhd, menandatangani perjanjian persefahaman bersama tiga syari-kat sebagai rakan strategik bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar.

TNB dalam kenyataan berka-ta, dalam perjanjian persefaha-man itu, Maevi akan bekerjasama dengan dua syarikat berkaitan har-tanah, iaitu Protasco Bhd dan Tan & Tan Development Bhd serta syarikat perunding perisian dan kejuruteraan, DGB Bhd.

"Perjanjian persefahaman bersama Pro-tasco bertujuan membekal dan memasang

perkhidmatan rumah pintar Maevi untuk projek pembangunan perumahan.

"Sementara kerjasama de-ngan Tan & Tan Development pula bagi menjalin kerjasa-ma pintar dalam kecekapan pengurusan dan pemantau-an aset IGB Bhd," katanya.

Katanya, perjanjian perse-fahaman bersama DGB Berhad

pula membabitkan kerjasama bagi meneroka pasaran pengurusan tenaga me-lalui program pengedaran bersama.

TNB bangun projek rumah pintar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

10Global

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

ANKARA - Turki mengutuk laya-nan China ke atas penduduk Islam Uighur dengan menyifatkannya sebagai ‘keaiban besar kepada kemanusiaan’.

Kenyataan terbaharu itu, seka-li gus menambah kritikan dilem-parkan kumpulan hak asasi berhubung penahanan beramai-ramai etnik berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy berkata, bukan lagi rahsia bahawa lebih sejuta penduduk Uighur yang berba-hasa Turki terdedah kepada pen-angkapan, menjadi subjek kepada seksaan dan ideologi politik, pusat tahanan serta penjara.

“Etnik Uighur yang tidak dita-

han juga dikenakan tekanan hebat.“Dasar asimilasi sistematik di-

lakukan pihak berkuasa China ter-hadap penduduk Uighur adalah keaiban besar kepada kemanu-siaan,” katanya dalam kenyataan, lapor AFP.

Ankara juga menggesa ma-syarakat antarabangsa dan Se-tiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), An-tonio Guterres, supaya mengambil langkah efektif untuk menamat-kan tragedi kemanusiaan, di Xin-jiang.

Wilayah Xinjiang di barat laut China, yang didiami ramai etnik Uighur, diletakkan di bawah pe-ngawasan ketat polis sejak bebe-

rapa tahun lalu selepas ketegasan ganas antara etnik.

Menurut panel pakar PBB, ham-pir sejuta etnik Uighur dan mi-noriti berbahasa Turki di China dilaporkan ditahan, di kem pen-didikan semula.

Beijing berkata, pusat pendidi-kan vokasional membantu pen-duduk daripada terperangkap dengan keganasan dan memboleh- kan mereka bergaul dengan ma-syarakat.

Pengkritik berkata, China mahu minoriti di Xinjiang bergaul dan menekan agama serta amalan bu-daya yang bertentangan dengan ideologi Komunis juga pengua-saan budaya etnik Han.

Tindas etnik Uighur

Turki kecam China

BANGKOK - Sebuah parti poli-tik di Thailand, Thai Raksa Chart, memaklumkan akan mematuhi perintah diraja yang meng-halang pencalonan Pu-teri Ubolratana untuk jawatan perdana menteri.

Dalam satu ke-nyataan dikeluar-kan, parti terbabit membatalkan kem-pen pada 9 Februari lalu dengan mengatakan ia menghormati ‘tradisi dan adat istiadat’.

“Parti Thai Raksa Chart mema-tuhi perintah diraja,” katanya, lapor AFP.

Kenyataan itu dilaporkan sehari selepas Thai Raksa Chart yang setia kepada mantan Perdana Menteri,

Thaksin Shinawatra, mengumum-kan Puteri Ubolratana, 67, bakal

mewakili parti itu untuk ber-tanding merebut keru-

si jawatan terbabit dalam pilihan raya,

pada Mac ini.Ia ekoran ha-

langan dira-ja dengan Raja Maha Vajiralong-

korn menolak pen-calonan dibuat parti

politik itu dan hasrat beliau untuk aktif, dalam

politik.Laporan dikeluarkan istana

Thailand menyatakan, pembabi-tan ahli keluarga diraja dalam poli-tik bertentangan dengan tradisi, kebudayaan kebangsaan dan ‘sa-ngat tidak sesuai’.

Istana halang hasrat Puteri Ubolratana bertanding

LAGOS - Insiden rempuhan membabitkan ribuan penyokong dalam satu perhimpunan politik bagi memilih semula Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, menyebabkan lima terbunuh manakala beberapa lagi cedera, di timur negeri Taraba.

Perkara itu disahkan Dorcas Philemon, yang juga jurucakap sebuah hospital pakar dengan-mayat mangsa disimpan kepada wartawan di Jalingo, ibu kota Tara-ba, menurut agensi berita China Xinhua.

Televisyen dan media sosial me-nyiarkan imej beribu-ribu orang berhimpun di sebuah stadium di Jalingo bagi menunjukkan so-kongan kepada Buhari dalam satu majlis kempen yang dihadiri ahli

politik kanan, lapor BERNAMA.Buhari meluahkan kesedihan

berhubung kehilangan nyawa dalam perhimpunan itu melalui satu kenyataan.

Beliau turut menzahirkan peng-hargaan terhadap sokongan be-sar-besaran yang diterima dari seluruh negara dan menyeru penyokongnya bertenang bagi mengelak insiden tragik itu beru-lang serta menasihati pengurusan kumpulan ramai di tapak perhim-punan dipertingkat.

“Saya mahu mereka terus ber-nafas dan menyaksikan dividen tadbir urus bermakna yang bakal dilaksana oleh pentadbiran Kon- gres Kemajuan Semua (APC) apa-bila mereka memperbaharui man-dat kami,” katanya.

Lima maut rempuhan perhimpunan di timur Nigeria

KARACHI - Dua aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kapal KD Mahawangsa dan KD Kasturi me-nyertai latihan tentera laut mul-tinasional “Aman Exercise 2019” di Karachi, Pakistan, pada 8 Feb-ruari lalu.

Kehadiran dua aset perang TLDM dalam latihan multinasio-nal itu bertujuan meningkatkan kerjasama dan kefahaman ten-tera laut lebih 45 negara peser-ta termasuk 11 tentera laut yang menghantar aset kapal, helikop-ter serta pasukan khas.

Ia sekali gus membuktikan kerjasama rapat antara Malaysia dan Pakistan, lapor BERNAMA.

Delegasi Malaysia ke edisi keenam Aman Exercise yang di-anjurkan Tentera Laut Pakistan dua tahun sekali sejak 2007 itu turut menyaksikan pembabitan pasukan khas laut (PASKAL) dan pasukan pemusnah bom (EOD) TLDM.

Delegasi Malaysia dalam lati-

Dua kapal perang Malaysia sertai Aman Exercise ����

han mutinasional selama lima hari sehingga 12 Februari lalu itu diketuai Panglima Wilayah Laut Tiga TLDM, Laksama Per-tama Mohamad Azuwan Harun.

Majlis pelancaran latihan multinasional di Pangkalan Ten-

tera Laut Pakistan di Karachi itu dirasmikan Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Zafar Mahmood Abbasi dan Koman-der Armada Pakistan, Laksamana Madya Muhammad Amjad Khan Niazi.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Jika sebelum ini pemfokusan kar-nival hanya berkenaan program kesihatan sahaja, tetapi pada ta-hun 2019 ini Karnival Sihat Sela- ngor dijenamakan kepada Karnival

Women, Welfare & Wellness (3W) memandan-gkan bakal membabitkan ketiga-tiga port-folio iaitu Dr Siti Mariah Binti Mahmud, EXCO Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor.

Di peringkat Kerajaan Negeri, kita me-nyambut baik program dan usaha mur-ni seumpama ini, sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengoptimumkan sumber yang kita ada, di samping memas-tikan perkhidmatan yang ditawarkan akan membuahkan capaian menyeluruh kepa-da semua rakyat, di Selangor Darul Ehsan.

Objektif utama Karnival 3W adalah untuk mengumpul, menyampai dan menyebarkan maklumat berkaitan program juga aktiviti yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri serta Persekutuan terutama program berke-naan kesihatan, kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga.

Justeru, di kesempatan ini saya ingin me-rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua jabatan dan agensi berkaitan kesihatan, kebajikan, wanita juga keluarga di Selangor yang terbabit secara langsung dalam melaksana serta menja-yakan karnival 3W ini.

Saya amat berharap, karnival yang di-anjurkan akan menjadi landasan terbaik untuk pimpinan kerajaan bertemu rakyat secara langsung, sekali gus menyampai-kan maklumat dan penerangan berkenaan perkhidmatan yang disediakan di peringkat Kerajaan Negeri. Saya juga berharap pro-gram ini menjadi medan interaksi antara pihak kerajaan dengan rakyat tempatan

juga nasib yang menimpa mereka. Melalui penghayatan dan perkongsian

perasaan ini, ia akan membangkitkan tena-ga dan semangat untuk kita berkhidmat kepada masyarakat dengan sehabis baik tanpa rasa jemu dan penat supaya keadaan kehidupan rakyat pada hari ini dapat diper-baiki, dari semasa ke semasa.

Sebagaimana yang semua sedia mak-lum, Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Peduli Rakyat menyediakan pelbagai program un-

matkan perbelanjaan serta mengurangkan masa melaksanakan proses. Ini harus dilaku-kan serentak dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Inovasi proses memerlukan kreativiti serta pembabitan pemilik proses (process owner) untuk mengenalspasti peluang penambahbaikan. Maklum balas daripa-da pelanggan harus dinilai dengan teliti. Teknik seperti penambaikan proses (process improvement) serta kejuruteraan semula proses (process reengineering), pengurusan langsing (lean management) dan pemikiran reka bentuk (design thinking) boleh digu-nakan untuk tujuan ini.

Janganlah kita terkongkong dengan proses dan templat sedia ada. Gunakan se-gala daya kreatif untuk mewujudkan proses yang menyenangkan pelanggan perkhid-matan kita.

Saya juga amat mengharapkan inovasi proses yang akan dijalankan ini dapat men-transformasi model perkhidmatan kita sela-ma ini kepada model pemberdayaan.

Jika selama dua penggal kita sudah mem-beri ‘ikan’ kepada rakyat Selangor, saya kira sudah sampai masa untuk memberi ‘panc-ing’ supaya lebih banyak hasil tangkapan yang akan dinikmati kelak.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya seka-li lagi merakamkan sekalung penghar-gaan serta ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Sela-ngor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan seluruh jawatankuasa penggerak program serta hadirin sekalian yang hadir.

Pelancaran Karnival 3w; Women, Welfare & Wellness Peringkat Negeri Selangor pada 10 Februari 2019

dalam usaha kami menjadi kerajaan yang bukan sahaja mentadbir negeri, tetapi juga menjadi kerajaan, di hati rakyat.

Kerajaan Negeri pada hari ini bertekad merangka dasar dan polisi yang memberi keutamaan kepada permasalahan rakyat. Sebaik sahaja Pakatan Harapan diberi man-dat memegang tampuk kepimpinan negara dan mengekalkan Kerajaan Negeri di Sela- ngor, kita berazam untuk memberikan solusi terbaik terhadap setiap permasala-

han rakyat supaya kehidupan mereka akan menjadi lebih baik, dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, dalam usaha kerajaan menyalurkan perkhidmatan ini mungkin terdapat beberapa kelemahan dan kekura- ngan, di peringkat penyampaian. Juste-ru, saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk sentiasa mem-beri maklum balas serta kritikan yang mem-bina terhadap setiap perkhidmatan agensi kerajaan melalui saluran yang disediakan.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Orang yang paling dicintai Allah SWT adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia lain,” (Hadis Riwayat Thabrani). Mengambil se-mangat daripada hadis ini, saya juga me-ngambil kesempatan untuk mengingatkan pemimpin di peringkat komuniti juga peng-gerak agensi untuk kita sentiasa bersikap empati; menjiwai setiap denyut nadi rakyat

tuk dimanfaatkan oleh pelbagai golongan masyarakat Selangor.

Sebagai sebuah ke-rajaan yang peduli rakyat, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dan kreatif dalam mempelbagai dan mewujud-kan program baru serta membuat penam-bahbaikan terhadap program sedia ada bagi memastikan hanya program terbaik untuk dimanfaatkan oleh rakyat Selangor.

Di kesempatan ini, saya menyeru semua agensi dapat menerapkan asas inovasi dalam merangka sebarang program yang mendatang. Semua kita sedia maklum de-ngan keadaan kewangan negara yang sa-ngat terhad, pada masa kini.

Justeru, strategi penjimatan dan perbe-lanjaan berhemah amat perlu diterapkan dalam kita merangka sebarang program dan perkhidmatan. Kita perlu mencari pen-jimatan melalui inovasi proses untuk menji-

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Album Klik!13SelangorKini 14 - 20 Februari 201912 SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Sukaneka tradisional, tarik upih, di Padang Kemerdekaan Shah Alam - REMY ARIFIN

Pertandingan tarik tali antara pelajar anjuran Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Gombak - ASRI SAPFIE

Pesawah melakukan penyemburan baja secara berperingkat,di Sekinchan - HAFIZ OTHMAN

Aktiviti danda-nan rambut di Selangor International Youth & Extreme Festival, Batu Caves - FIKRI YUSOF

Juruteknik melakukan kerja penye-lenggaraan pesawat Airbus A380-841 Malay-sia Airlines Berhad - ASRI SAPFIE

Hamzah Ismail,22, mencari bahan rujukan, di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam - FIKRI YUSOF

Rakaman imej matahari terbenam, di Bandar Baru Ampang- HAFIZ OTHMAN

Keindahan Pantai Kuala Selangormenjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara-REMY ARIFIN

ADN BUKIT MELAWATIJuwairiyah Zulkifli

:Meneliti keadaan jeti di Bagan Nelayan Sungai Buloh dan mengadakan perbincangan bersama penduduk

ADN PERMATANG

ADN MORIB

ADN TAMAN TEMPLER

Rozana Zainal Abidin

Hasnul Baharuddin

Sany Hamzan

Melakukan aktiviti gotong-royong menceriakan kawasan persekita-ran bersama masyarakat setempat, di Kampung Raja Musa

Ke Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya untuk melawat infrastruktur bangunan sekolah berusia 80 tahun yang perlu dibaik pulih

Meninjau besi penghadang (barrier gate) yang ditanggalkan di Taman Selayang Mulia selepas menerima aduan penduduk

ADN BATANG KALI

ADN PANDAMARAN

Harumaini Omar

Tony Leong Tuck Chee

Membuat lawatan ziarah peduli ke rumah mangsa banjir, Hemdiati Zainal, di Kampung Sungai Masin

Memberi sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk program ‘Kembali Ke Sekolah’ ke sekolah, di DUN beliau

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

14ADN

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH - Program untuk generasi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras terus dirancakkan dengan pe-ngisian pelbagai aktiviti yang mampu me-narik minat golongan itu.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, antara aktivi-ti terbabit adalah Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Adun Paya Jaras 2019 yang akan mem-buka tirainya, pada 9 Mac ini.

“Kejohanan bola sepak di Paya Jaras yang memasuki edisi ke-10 ini dimulakan sejak saya masih penyelaras DUN dengan format berbeza mengikut zon, namun ia ditambah baik termasuk menjenamakannya semula kepada Piala Adun Paya Jaras.

SHAH ALAM - Pusat Khidmat ADUN Bandar Utama akan mengadakan Acara Amal Tahun Baharu Cina di Atria Galeri Membeli-belah, pada 16 Februari ini.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamali-ah Jamaludin berkata, ia bertujuan mening-katkan dana bagi pembuatan rambut palsu yang akan diberikan kepada pesakit kanser.

Katanya, usaha itu sebagai tanda soko-ngan kepada pesakit melawan penyakit kanser untuk sembuh.

“Kami ingin anda menyertai kami untuk menyambut tahun baharu dan menyum-bang dalam acara amal ini.

“Antara aktiviti lain yang akan dianjur-kan adalah menderma koleksi rambut pal-su untuk Persatuan Harapan, Origami Paper Crane dilipat sebagai simbol sokongan ke-pada pesakit kanser, Bengkel Seni Pastel

Piala Adun Paya Jaras

Aktiviti pikat anak muda

“Antara objektif utama kejohanan ini su-paya golongan muda di Paya Jaras berasa diri mereka didekati, tidak dipinggirkan dan dapat mengisi masa dengan aktiviti ber-faedah serta sihat,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau yang juga EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan itu berkata, kejohanan terbabit juga menjadi landasan kepada anak muda di Paya Jaras mengembangkan bakat, dalam sukan bola sepak.

Sebanyak 32 pasukan akan bertanding pada kejohanan terbabit dan pasukan yang berminat masih boleh mendaftar sehing-ga 16 Februari, manakala undian serta me-syuarat pengurus pasukan akan diadakan, pada 3 Mac ini.

Acara amal sokong pesakit kanser

Kami ingin anda menyertai kami untuk menyambut tahun baharu dan menyumbang dalam acara amal iniJAMALIAH JAMALUDINAhli Dewan Negeri Bandar UtamaJepun, Bengkel IY Ang Pow Lantern ser-ta pemeriksaan sendiri kanser oleh Persa-tuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA),” katanya.

Turut diadakan jualan amal mengguna- kan kupon yang boleh didapati di Atria Shopping Gallery dan Pusat Khidmat ADUN.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendaharai Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri

Selangor

MENAIKTARAF LINTASAN UTAMA SUNGAI SATU, PULAU KETAM DI BAWAH PROJEK KECIL DI KAMPUNG BARU / BAGAN / TERSUSUN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)001(T)/2019

BumiputeraT1

Syarikat Wajib Daftar

Dengan Unit

Perancang Ekonomi Negeri

Selangor

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:

G4

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

18/02/2019 (Isnin)

Hingga

04/03/2019 (Isnin)

RM200.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)(Bayaran

tidak akan dikembali-

kan)

Atas Nama: Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Tingkat Bawah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pada:

11/03/2019(Isnin)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

(Tender yang lewat diterima

tidak akan dilayan)

Lawatan Tapak di WAJIBKAN pada 18/02/2019 jam 9.00 pagi bertempat di JKR Klang. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 5545 5833 – sbgn 1208

*Jenis Pendaftaran :

T1

A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

(6430-P)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No. Tender:WHB/PU/OT/PRO/02/19

PROPOSED LANDSCAPING WORKS (STAGE 1) FOR RECREATIONAL LAKE, SALES GALLERY AND PHASE 1 (IN-PHASE PARK) AT DAUNAN WORLDWIDE, ALAM PERDANA, MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

1. Memegang Perakuan Pendaftaran Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)Gred : G6 atau G7Kategori : CE14 dan CE212. Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

Harga

Tender RM700.00

kepadaAROMA

TROPICS SDN BHD

Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan

dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

11 Februari 2019 sehingga

18 Februari 2019

Di pejabat:AROMA TROPICS SDN BHD D-1-6, Seri Gembira Avenue,

No. 6, Jalan Senang Ria, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan. T: 03- 7972 8016F: 03- 7971 4500

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30 tgh2.30ptg - 5.00 ptg

TENDER BOX BJABATAN PEROLEHANLOT 01-03-01WORLDWIDE HOLDINGS BERHADNO 1 WORLDWIDE@7JALAN LAZUARDI 7/2940000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSANNo. Tel : 03-5510 2525 No. Fax 03-5510 4448

Tarikh Tutup Tender:-Sebelum atau pada jam12.00 pm4 Mac 2019(Isnin)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.2. Pihak Worldwide Holdings Berhad tidak terikat menerima Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

15SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Antaranya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah ketika masih bergelar Raja Muda Selangor dengan ke-jayaan pelayaran mengel-ilingi dunia selama 644 hari

di atas kapal layar peribadinya, Jugra dan kejayaan pengembaraan sejauh 16,000 ki-lometer bermula di Peking, China ke Paris, Perancis selama 43 hari pada tahun 1997 dengan memandu kereta antik Ford Model B yang tercatat dalam The Malaysia Books of Records.

Selain itu, baginda juga menerima peng-anugerahan pangkat tertinggi daripada Kerajaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D’Honneur (Commander of the French National Order of the Legion of Honour) yang disampaikan Laksamana Edouard Guillaud, di Kedutaan Perancis, di Kuala Lumpur.

SelangorKini turut menampilkan ‘Sidek Lima Bersaudara’ yang terdiri daripada Da-tuk Misbun Sidek, Datuk Razif Sidek, Datuk Seri Jalani Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek kerana kejayaan menggegarkan arena badminton dunia.

Tidak ketinggalan, atlet para negara, Mu-hamad Ziyad Zolkefli, yang mengharum-kan nama Malaysia dan Selangor ekoran kejayaan memecahkan rekod dunia seba- nyak dua kali dalam acara lontar peluru le-

laki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Du-nia 2017, di London. Kali ini, SelangorKini akan tampilkan lagi beberapa nama yang turut menjulang nama Selangor dan Ma-laysia di mata dunia dengan pencapaian hebat masing-masing.

Olahragawati Muda Harapan Selangor 1991, Shalin Zulkifli, dinobatkan sebagai pemain boling nombor satu Asia pada tahun 2000 hingga 2002 sebelum merampas kembali kedudukan itu, pada tahun 2004.

Pada tahun 2004, Shalin menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama men-juarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars. Beliau juga menjadi juara wanita pertama di World Tenpin Masters di Essex, England, pada 2001.

Pemegang ijazah dalam sains sukan itu turut membantu pasukan negara menjuarai pingat emas pada Kejohanan Boling Tenpin Dunia bagi ketegori lima berpasukan wanita pada tahun 2003, 2007 dan 2017, di sam- ping pingat gangsa, pada tahun 2013.

Manakala dalam Sukan Asia pula, Shalin menggondol emas dalam kategori masters di Sukan Asia Busan 2002 dan lima berpa-sukan, di Sukan Asia Doha 2006.

Beliau turut memenangi perak di Doha pada tahun sama bagi kategori trios, lima

berpasukan di Sukan Asia Guangzhou 2010, beregu di Sukan Asia Incheon 2014 dan gangsa dalam kategori trio, di Sukan Asia Busan 2002.

Di peringkat Sukan Sea pula, Shalin di era kegemilangannya cukup digeruni la-wan ekoran kemampuannya mencatatkan lapan rekod baru Sukan Sea, di samping membolot deretan pingat emas dalam pel-bagai kategori disertainya. Selain itu, beliau turut merangkul gelaran juara di pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan dunia lain seperti Asia Bowling Tour dan kejohanan terbuka antarabangsa, di pelbagai negara.

Pasangan #kapcaipackers, Mohd Alfifshah-rin Zakaria, 31, dan isteri, Diana Latief, 30, berjaya menamatkan misi jelajah Klang ke kota London dengan hanya menunggang motosikal kapcai berkuasa 150CC.

Perjalanan selama 146 hari itu meren-tasi 23 negara membabitkan jarak sejauh 25,000 kilometer.

Lebih manis lagi, ketibaan mereka di ha-dapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London tepat pada masa rakyat Malay-sia menyambut Hari Kebangsaan, pada 31 ogos 2017.

Jelajah yang turut mendapat tajaan Kera-jaan Negeri itu dijalankan melalui program Inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatu-

an Mencegah Dadah Malaysia Selangor itu bermula, pada 8 April 2017.

Manusia pertama berbasikal rentasi Chadar Trek Ladakh Zanskar Pada 12 Januari 2019, tepat jam 4.30 pe-tang waktu tempatan India, ikon Anak Muda Gombak, Khairil Aslan Ab Rashid dan Shahril Aizat, menempa nama sebagai penjelajah pertama dunia merentasi Chadar Trek La-dakh Zanskar dengan berbasikal.

Penjelajahan misi ‘Road To Minus 35 De-gress’ itu bermula di Chilling ke Air Terjun Nerak dan berpatah balik ke Chilling.

Berbasikal sejauh 105 kilometer di atas sungai beku dan lereng tebing berbatu su-ngai di dalam suhu sejuk ekstrem mencecah - 35 hingga - 40 darjah itu sememangnya lebih mencabar berbanding berjalan kaki ekoran terpaksa kerap memikul basikal un-tuk merentasi bentuk muka bumi yang sa-ngat mencabar.

Dekan Fakulti Bioperubatan & Sains Kesi-hatan, Universiti Selangor (UNISEL), Prof Madya Dr Nazil Salleh pula dianugerah-kan Chartered Scientist (CSci) pada 3 Sep-tember 2014 oleh Council Science, United Kingdom.

Anugerah itu adalah pengiktirafan ter-tinggi yang diberikan oleh Council Sci-ence kepada profesional ‘Association Body’ di United Kingdom dan terdapat lebih 30 badan professional yang berdaftar dengan British Council.

Beliau yang berkhidmat lebih enam tahun di UNISEL adalah dekan juga pen-syarah, malahan pakar sains yang banyak menyumbang tenaga serta idea dalam ke-terlibatan menerusi bidang sains dan bio perubatan.

Pencapaian mereka ini bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri dan negara, malahan menjadi inspirasi kepada genera-si muda bahawa tiada yang mustahil untuk mencapai impian masing-masing.

OLEH NAZLI IBRAHIM

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

OLEH ABDULLAH JONES

Kejahilanlah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berbual dengan pe-lukis ini.

Saya tertarik dengan subjek dalam siri lukisan abstrak pelu-kis Norlisham Nor. Beliau memilih squatters atau setinggan sebagai tema dalam kebanyakan karyanya. Berasal dari Singapura tetapi beliau kini menetap di Kuala Lumpur. Itu-lah yang saya hairankan, bagaimana seseorang yang berasal dari sebuah kota metropolitan yang gah memi-lih setinggan sebagai subjek.

Kejahilan saya mengenai hal ehwal sebenar Kota Singa mem-buatkan melanjutkan rasa ingin tahu. Mengapa seniman ini menja-dikan rumah haram sebagai saluran untuk meluahkan rasa seninya.

Berikut adalah cerita dari mulut beliau sendiri mengenai mengapa beliau memilih subjek berkenaan.

Saya dilahirkan di Kampung Wak Tanjong, Kallang, kampung seting-gan di Singapura. Sebab itu seting-gan menjadi subjek utama dalam karya saya.

Dalam tahun-tahun 70-an, ma-sih banyak setinggan di sana. Sama seperti setinggan di mana-mana dan di kawasan setinggan inilah saya belajar mengenali kehidupan.

Sebenarnya setinggan di Si-ngapura sama seperti setinggan di tempat lain — keluarga besar tinggal berhimpit dalam sebuah rumah yang asal ada — berteduh dari hujan dan panas serta tempat merehatkan badan setelah penat bekerja.

Kalau dilihat karya-karya saya, hampir semuanya menggunakan warna kusam. Memang agak tidak menarik pada mata umum tapi saya mahu mengekalkan semangat ‘bu-ruk’ binaan rumah-rumah segera siap ini. Saya mahu true kepada ke-adaan sebenar tanpa perlu dihias atas kanvas. Inilah jati diri anak se-tinggan yang mahu saya kekalkan

Hujan BersporaHujan menggelegak di balang cuaca diselongkar awan kulihat putih di mana-mana seperti pepasir tersimbah ke corong waktu hujan tidak pernah kecewa menakluki lekuk sunyi biar gelap dan terang berspora bawang payung cinta menanti musim menumbuh kerana hujan itu bukan kekasih awal dan akhir datang dan pergi berkalih setiabumi mana tidak ditimpa hujan!

Siti Zaiton AhmadPinggiran Tapah

karya itu seakan-akan bercakap dengannya. Memberitahu seribu macam cerita dan lukisan itu sa-ngat menenangkan jiwanya, saya lalu menghadiahkan karya terse-but kepadanya.

Tidak dapat dibayangkan beta-pa gembiranya beliau. Dikeleknya lukisan itu sebagaimana seorang ayah yang berjalan bangga bersa-ma anaknya.

Setelah beberapa tahun, saya mendapat panggilan telefon dari kawan yang berniaga di Pasar Seni. Beliau mengatakan ada seseorang mahu bertemu dan setelah janji dibuat, saya pun ke Kuala Lumpur.

Seorang lelaki yang agak tegap dengan rambut dipotong pendek tersenyum kepada saya dan mem-perkenalkan diri sebagai Sufian. Saya tidak mengecam beliau se-hingga Sufian memberitahu yang beliaulah pemuda yang sering datang melihat karya saya dulu.

Menurut beliau, setelah memba-wa pulang lukisan itu beliau seolah-olah mendapat kekuatan baru dan mula meninggalkan tabiat sia-sia lalu mendaftar diri sebagai seorang tentera.

Perubahan diri beliau dari seorang penagih dadah kepa-da seorang tentera adalah suatu hadiah yang tidak ternilai harganya.

Sufian berkeras mahu mem-bayar harga lukisan berkenaan namun saya menolak. Cuma saya meminta beliau belanja saya kari kepala ikan di kedai mamak di ba-hagian atas Pasar Seni.

Setelah menamatkan pengaji-an seni halus di Nanyang Acade-my of Fine Art di Singapura, beliau memulakan karier sebagai pe- reka grafik. Apabila syarikat tem-pat beliau berkhidmat membuka cawangan di Kuala Lumpur beliau

menawarkan diri untuk datang ber-tugas di sini.

Kemudian beliau meletak jawatan di syarikat tersebut dan mula bertugas sebagai pensyarah seni grafik di Institut Seni Malay-sia ( MIA).

Beliau menjadikan melukis se-bagai kerjaya kedua dan kini sangat aktif dalam berpameran.

Mengenai mengapa pelukis ma-laya amat sukar untuk menembusi pasaran antarabgsa, ini kata beliau:

Pelukis kita kurang jati diri. Kita tidak mahu berbangga dengan apa yang kita ada. Kita lebih suka me-niru kerja-kerja seniman luar yang pada pandang kita telah berjaya tetapi kita lupa bahawa mereka mengukir nama sebab kuatnya jati diri mereka kepada ehwal negara mereka sendiri.

Kita juga masih menaruh ha-rap kepada bantuan dari banyak pihak sambil tidak mahu bekerja keras dalam mempromosi hasil kerja kita. Kita terlalu mengharap-kan kerajaan, mengharapkan galeri dan sebagainya sedangkan de- ngan adanya perhubungan tanpa batas hari ini, kita sepatutnya bo-leh melakukannya sendiri - jika kita mahu.

Malangnya, kita lebih senang berkeluh-kesah kononnya tidak mendapat dorongan dari pihak berwajib.

Ketika beliau berusia 12 tahun

beliau pernah menaiki keretapi api seorang diri ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri karya-karya pelukis terkenal Malaya.

Beliau menaiki kereta api Senandung Malam dan tiba di Kua-la Lumpur pada awal pagi. Ketika itu, Balai Seni Negara terletak be-tul-betul bersebelahan bangunan stesen kereta api.

Sejurus sampai, beliau pergi ke Balai Seni Negara dan menaiki pula kereta api Senandung Malam dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Si- ngapura setelah selesai menyak-sikan pameran di balai seni berke-naan.

Dua pameran besar yang pernah beliau hadiri ketika berusia antara 12 dan 14 tahun ialah pameran se-niman terkenal Latiff Mohidin dan Ibrahim Hussien.

Emak saya tak sedar pun saya hilang. Kami sebelas adik beradik, hilang satu dia tak perasaan, ka-tanya sambil ketawa.

Apabila ditanya mengenai ha-rapan masa depan beliau dalam berkarya, beliau menjelaskan yang cita-cita besarnya hanyalah karya-karya beliau dapat menyentuh na- luri mereka yang melihatnya. Jika pun mereka tidak memilikinya sekurang-kurangnya mereka menghargai.

Saya melukis kerana Tuhan. Ten-tu sekali saya mahu ia diterima Tuhan katanya, mengakhiri per-bualan kami.

dalam karya.Mungkin jika saya berkarya

hanya kerana mahu menarik mi-nat pembeli, boleh saja saya men-cantikkan karya tetapi itu bukan perkara jujur sedangkan jujur dalam berkarya sangat penting. Apa yang dihasilkan dari hati sen-diri pasti juga mengusik hati (orang lain).

Masa awal Pasar Seni Kuala Lumpur dulu saya masih di Singa-pura selalu berulang-alik ke Kuala Lumpur bertemu kawan-kawan. Seorang kawan yang melukis di Pasar Seni telah meminta saya menghasilkan karya sebagai hiasan belakang kedainya yang kelihatan kosong.

Setelah lukisan itu siap, saya pun berikan kepada beliau. Melalui be-berapa panggilan telefon beliau memberitau ada seorang budak lelaki yang kelihatan tidak terurus datang setiap hari untuk melihat karya tersebut.

“Dia penat berdiri, dia duduk. Pe-nat duduk dia berdiri,” kata kawan empunya kedai kepada saya.

Bertahun-tahun lamanya pemu-da berkenaan datang ke kedai

kawan saya hing-galah pada suatu hari - saya datang dari Singapura dan kebetulan pemuda itu sedang asyik memandang karya berkenaan.

Sebelum mem-perkenalkan diri se-bagai pelukis karya tersebut, saya ber-tanya mengapa beliau setiap hari datang untuk meli-hat lukisan itu? Be-liau mengatakan

Perbualan tentang jati diri lukisan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

17SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Tugas sebagai ‘personal shopper’ bukan saha-ja semakin diminati, malahan kini menjadi sumber pendapatan

yang menguntungkan. Media so-sial terutama Facebook dan Ins-tagram menjadi medium popular untuk ‘personal shopper’ mempro-mosi perkhidmatan mereka.

Bagi pemilik akaun Facebook dan Instagram Chickybomb_shoppe yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, beliau mula menjinakkan diri dalam bidang itu apabila mera-sakan sukar untuk mendapatkan barangan asli dan ‘authentic’ de-ngan harga yang murah, di Ma-laysia.

Katanya, idea untuk menjadi ‘personal shopper’ itu juga tim-bul apabila beliau memerlukan pendapatan sampingan ketika menyambung pengajiannya di United Kingdom (UK), kira-kira 10 tahun lalu.

“Sudah 10 tahun menjadi ‘per-sonal shopper’. Walaupun sibuk bekerja, saya mempunyai ‘team’ dan suami, Mohd Naim Saad, 34, menguruskan perniagaan ini.

“Pendapatan agak memuas-kan dan membantu keluarga kami,” katanya yang mempunyai

pelanggan daripada g o l o - ngan pertengahan, dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Beliau kerap ke Paris dan Lon-don untuk mendapatkan ba-rangan yang dikirim pelanggan antaranya kasut, beg dan jam ta-ngan berjenama seperti Gucci, Louis Vuitton, Prada, Longchamp, Burberry Furla, Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil.

Bagaimanapun, menjadi ‘per-sonal shopper’ tidak semudah disangka, tentunya pelbagai pengalaman pahit terlakar ketika memulakan ‘tugas’ itu.

Katanya, pada tahun 2016, tem-pat membeli-belah yang pernah dikunjunginya berlaku letupan akibat dibom.

“Saya bersyukur kerana perka-ra itu berlaku selepas pulang, dari tempat itu. Ketika itu, saya pergi ke kawasan yang jauh da-

ripada kebiasaannya kerana barang yang

dikirim pelanggan ha-nya ada di kawasan itu. Me-

mang terkejut apabila berita itu keluar,” katanya.

Lebih menarik, Chickybomb_shoppe turut menawarkan bayaran secara ansuran kepada pelanggan kerana memberi peluang kepada pelanggan yang kurang berke-mampuan mendapatkan bara-ngan yang diidamkan.

“Pernah ada pelanggan, dia te-ringin sangat nak pakai beg ber-jenama tetapi tidak mampu. Dia minta untuk bayar RM50 sebulan sehingga setahun dan saya beri peluang itu. Dia sangat gembira, bermula dari situ saya tawarkan pembayaran secara ansuran,” ka-tanya.

Berbeza dengan Wan Nuruziatul Adina Abdul Rahman, 31, beliau

nekad meneruskan khidmat secara sepenuh masa demi menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya. Malah kini, perkhidmatan yang di-tawarkan itu menjadi pendapatan utama kepada keluarganya.

Pemilik Facebook, Dina Abdul Rahman atau Instagram Pavidi-na itu berkongsi pengalamannya memberi khidmatnya itu ketika sering mengembara ke luar ne-gara.

“Apabila ke luar negara, rakan banyak kirim barang. Jadi, saya beranggapan ia boleh menam-pung tiket penerbangan. Lama-kelamaan saya jadi ‘enjoy’ dengan apa yang saya buat.

“Oleh itu, secara serius saya menjadi ‘personal shopper’, pada tahun 2013. Nasib saya baik kerana memang pernah berniaga secara dalam talian dan banyak buat ka-jian berkenaan barang, dari China, Korea, Jepun dan Thailand.

“Ketika berniaga dalam talian dahulu, saya kerap ke Thailand un-tuk menjual baju, kasut dan ak-sesori lain. Apa sahaja yang cantik saya akan jual,” katanya.

OLEH NORHAYATI UMOR

Walaupun nampak mudah, tu-gas ‘personal shopper’ juga berha-dapan banyak cabaran lebih-lebih lagi mengendali ragam dan kehen-dak pelanggan yang pelbagai me-merlukan kemahiran komunikasi serta kesabaran.

Katanya, tambahan apabila beroperasi dalam talian, maka beliau perlu lebih kreatif untuk menjual perkhidmatan yang di-tawarkan.

“Lebih teruk, jika barang pelanggan hilang ketika peng-hantaran. Sudah tentu, kita akan ganti dengan yang baharu. Uru-san penghantaran dari luar negara juga bukan mudah, terlewat sam-pai kita juga yang kena.

“Tetapi, bagi saya itu tidak menjadi penghalang asalkan pelanggan dapat membeli-be-lah dengan kos yang menjimat-kan belanja mereka,” katanya yang menawarkan perkhidmatan membeli kain lace, permainan kanak-kanak, perhiasan rumah, kasut dan beg.

Pernah ditipu pemandu teksi, peniaga, barang yang dipesan ti-dak sampai dalam keadaan baik, malahan pernah bermalam di restoran makanan segera kerana tidak ada hotel juga tidak menja-dikan beliau putus asa.

“Sehingga kini, saya berjaya mendapatkan pelanggan daripa-da semua golongan termasuk suri rumah, pelajar, kakitangan awam, swasta hingga ke VVIP,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

18PBT

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SELAYANG - Sikap tidak ber-tanggungjawab segelintir pe-niaga di Pasar Borong Selayang yang membiarkan sisa dan da-rah ayam di atas lantai me- ngundang padah apabila me-reka dikenakan kompaun.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, lebih memburukkan keadaan apabila peniaga turut membiarkan darah ayam berke-naan masuk ke longkang awam.

“Ekoran itu, peniaga dikena-kan tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 21(1)d.

“Peniaga turut dikenakan kompaun di bawah Seksyen 74 kerana membiarkan baha-gian dalam belakang premis ia-itu tempat penyimpanan ayam segar berada dalam keadaan kotor dan kompaun mengikut Seksyen 6 kerana tidak mem-punyai tong sampah tertutup,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Tem-pat Penyembelihan Ayam Tanpa Permit di sempadan Pasar Bo-

Lambak sisa ayam di lantai

rong Selayang, pada 7 Februari lalu.

Operasi itu turut membabit-kan 10 penguat kuasa MPS yang diketuai Pembantu Penguat Kuasa Kanan, Mohd Zahari Mohd Ali, dengan kerjasama anggota Jabatan Imigresen dan Polis Di-raja Malaysia.

Pada masa sama, katanya, ope- rasi bersepadu itu juga berjaya menahan seorang pendatang tanpa izin kerana tidak mem-punyai permit kerja dan doku-men perjalanan sah.

“MPS akan terus memasti-kan peniaga menjaga kebersi-han bagi menjamin jualan dalam keadaan baik untuk mengelak-kan timbulnya masalah kesiha-tan,” katanya.

Peniaga pengotor kena kompaun

KLANG - Penduduk di daerah Klang diminta menjelaskan cu-kai taksiran bagi penggal 1/2019 sebelum 28 Februari ini bagi mengelakkan harta disita dan dirampas.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato’ Moha-mad Yasid Bidin berkata, pemilik harta yang gagal berbuat demiki-an juga bakal dikenakan fi notis RM20.

“MPK mengambil tindakan serius terhadap mana-mana pe-milik premis yang gagal menjelas-kan cukai taksiran. Justeru untuk memudahkan mereka, MPK tu-rut mengadakan kempen pem-bayaran cukai di dua lokasi, sepanjang Februari ini.

“Antaranya di AEON Bukit Ting-

gi pada 9 dan 10 Februari ini serta AEON Bukit Raja (16,17, 23 dan 24 Februari),” katanya dalam ke-nyataan.

Pada masa sama, katanya, se-banyak RM181.7 juta cukai tak-siran berjaya dikutip, sehingga Disember tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu me-ningkat RM4.4 juta berbanding RM174.6 juta bagi tempoh sama, pada 2017.

“Bagi penggal 1/2018, MPK berjaya mengutip RM78.5 juta pada Disember, berbanding RM77.5 juta pada 2017 manakala bagi penggal 2/2018 pula, seba-nyak RM75.7 juta berjaya dikutip pada Disember tahun lalu ber-banding RM70 juta, pada 2017,” katanya.

Lunas cukai taksiran atau harta disita

SHAH ALAM - Bagi meningkatkan taraf kesihatan komuniti setempat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Jabatan Kesihatan mengambil inisiatif menganjurkan Bulan Kesedaran Penyakit Berjang-kit, sepanjang Februari ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, pihaknya sudah merancang dan mengatur pel-bagai pengisian program menarik, khususnya dalam menggalakkan penyertaan masyarakat, di ka-wasan pentadbiran MPSJ.

“Antaranya taklimat dan pa-meran berkaitan penyakit ber-jangkit seperti demam denggi, ‘leptospirosis’ (kencing tikus), pe-nyakit jangkitan kanak-kanak (HFMD dan lain-lain), ‘tuberculo-sis’ (batuk kering), HIV/AIDS, ‘ra-

bies’ dan ‘influenza’ (selsema).“Taklimat dan pameran keseda-

ran penyakit kanak-kanak akan di-adakan di Dewan Tuah Kompleks 3C, sementara taklimat serta pam-eran penyakit berjangkit yag lain diadakan, di Dewan dan Laman Kenanga Ibu Pejabat MPSJ, USJ 5,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil.01/2019, di Bangunan MPSJ, di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain taklimat dan pa-meran berkenaan, kempen derma darah yang akan dikelola Pusat Da-rah Negara turut diadakan, pada 14 Februari ini, di Laman Kenanga Ibu Pejabat MPSJ USJ 5, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Bulan Kesedaran Penyakit MPSJ sepanjang Februari

SHAH ALAM - Penduduk di seki-tar Sekolah Menengah Kebang-saan Ampang Pecah (SEMEKAP) diingatkan supaya tidak mem-buang sampah di kawasan tidak sepatutnya dan menyediakan tong sampah, di kediaman ma-sing-masing.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam kenyataan berka-ta, hal itu kerana terdapat sebuah lokasi di tempat letak kereta di hadapan SEMEKAP menjadi tem-pat pembuangan sampah haram domestik.

Katanya, walaupun kerja pembersihan dilakukan secara

berkala, namun masih terdapat segelintir penduduk yang me-mentingkan diri sendiri.

"Masih ada penduduk yang membuang sampah domestik di lokasi ini kerana mereka tidak mahu menyediakan tong sampah individu, di rumah masing-masing.

"Berdasarkan Undang-un-dang Kecil Pemungutan, Pem-buangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007, tuan punya atau penghuni setiap rumah per-lu mempunyai tong sampah ber-tutup dan diselenggara dengan baik," katanya.

MDHS berkata, pihak yang di-

dapati melakukan kesalahan itu boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000, atau jika disabit di mah-kamah, boleh didenda tidak me-lebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, MDHS melakukan kutipan sampah domestik dari rumah ke rumah dengan kekera-pan tiga kali seminggu.

"Sebarang kegagalan kutipan sampah domestik di perumahan anda bolehlah diajukan kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, di talian 03-60641050," katanya.

Sedia tong sampah di kediaman sendiri

Taklimat dan pameran kesedaran penyakit kanak-kanak akan diadakan di Dewan Tuah Kompleks 3C, sementara taklimat serta pameran penyakit berjangkit yag lain diadakan, di Dewan dan Laman Kenanga Ibu Pejabat MPSJ, USJ 5

NORAINI ROSLANYang Dipertua MPSJ

Sikap jijik peniaga yang meletakkan sisa ayam dan darah di atas lantai mengundang padah

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

19SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR - Kira-kira 536 po-kok ditanam sepanjang pesisir Pantai Remis dalam usaha memulihara dan memelihara kawasan pelancongan itu.

Ketua Pelaburan Sosial Korpo-rat, Komunikasi Korporat Kumpulan UMW Corporation Sdn Bhd, Akhbar Puteh berkata, program Penanaman Pokok dan Pembersihan Pantai Maj-lis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu membabitkan 500 pokok renek dan 36 pokok rhu.

Katanya, ia adalah sebahagian da-ripada agenda Tanggungjawab Sos-ial Korporat (CSR) bagi merealisasikan objektif kelestarian syarikat.

“Di UMW, persekitaran adalah salah satu daripada tiga tonggak utama CSR termasuk pembangunan komuniti dan pendidikan.

“Sejak 2011 sehingga tahun ini, se-banyak 19,600 pokok sudah ditanam sukarelawan UMW melalui program seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MDKS, Azman Dahlan berkata, pihaknya

memainkan peranan utama untuk memberi kesedaran kepada masyara-kat dan penduduk setempat supaya berganding bahu memelihara serta memulihara alam sekitar demi ke-pentingan bersama.

“Tahniah kepada UMW atas ke-prihatinan melaksanakan program

CSR sebegini, sekali gus menjalin- kan kerjasama mengadakan program penanaman pokok dan pembersihan pantai.

“Untuk makluman, UMW turut me-nyumbangkan RM25,000 bagi pem-belian pokok untuk program ini,” katanya.

Tanam 536 pokok

Pelihara dan pulihara Pantai Remis

Sukarelawan menanam pokok sebagai usaha melestarikan keindahan alam, di Pantai Remis

SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan 44 tong ‘Roll On Roll Off ’ (RORO) secara percuma bagi memu-dahkan orang ramai me-lupuskan barangan pukal, sempena pe-rayaan Tahun Baha-ru Cina.

Pegawai Ko -munikasi Korpo-ratnya, Junainah Abdullah berka-ta, perkhidmatan tong RORO bersaiz tiga tan itu diletakkan di beberapa kawasan sekitar, sehingga 14 Februari ini.

“Ia termasuk di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Kuala Kubu Bharu.

“Orang ramai boleh membuang sampah pukal seper-ti perabot lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit serta sampah kebun.

“Bagaimanapun, penduduk dilarang sama sekali mem-buat sampah sisa pepejal kedalam tong RORO ini,” ka-tanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa penduduk supaya dapat memberi kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan.

Katanya, hal itu bagi memudahkan kontraktor mem-buat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya be-rada dalam keadaan bersih, selesa serta terurus.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MDHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.

MDHS sedia �� RORO lupus barangan pukal

PETALING JAYA - Orang ramai yang mem-punyai bakat dalam bidang nyanyian diajak menyertai pertandingan 'Golden Voice of PJ' anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang bakal berlangsung, hujung Februari ini.

MBPJ melalui kenyataan di Facebook me-maklumkan, pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu junior untuk 16 hingga 25 tahun dan senior bagi mereka berusia 26 tahun ke atas.

Katanya, saringan pertama akan berlang-sung pada 23 dan 24 Februari ini, manakala saringan kedua pada 2 dan 3 Mac, masing-masing di Studio Muzik MBPJ, sementara pertandingan akhir pada 30 Mac ini, di De-wan Auditorium MBPJ.

"Juara bagi setiap kategori akan mene-rima RM3,000, naib juara RM1,500, persem- bahan terbaik RM500 dan saguhati seba-nyak RM200.

"Pendaftaran boleh dibuat di http://kotasenipj.mbpj.gov.my dengan bayaran yuran RM20 yang perlu dijelaskan selewat-lewatnya, pada 20 Februari ini.

"Yuran penyertaan tidak akan dikem-balikan jika peserta menarik diri selepas bayaran dibuat," katanya.

Antara syarat penyertaan lain ia- lah warganegara Malaysia, nyanyian solo, tidak pernah merakam album dan tidak

pernah terikat dengan mana-mana syari-kat rakaman serta berpakaian kemas, pada setiap peringkat saringan.

Peserta boleh membawa sebarang genre lagu dan mesti dalam Bahasa Me-layu atau Bahasa Inggeris sahaja, meng-gunakan 'minus one' sendiri di peringkat saringan satu dan dua, manakala pering-kat akhir peserta akan diiringi muzik 'live' orkestra MBPJ.

"Untuk maklumat lanjut, hubungi MBPJ di talian 03-77810178 atau layari Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Instagram dan Twitter : @pjcitycouncil serta YouTube PJ City Council," katanya.

Hadiah lumayan menanti suara emas

KENYATAAN TENDER

(6430-P)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No. Tender:WHB/PU/OT/PRO/03/19

PROPOSED CONSTRUCTION AND COMPLETION OF 92 UNITS OF DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE (20’ X 60’) ON LOT PT40821, PUNCAK BESTARI 2, BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

1. Memegang Perakuan Pendaftaran Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)Gred : G7Kategori : B04 2. Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

Harga

Tender RM1,500.00

kepadaPERUNDING

UNIKON SDN. BHD.

Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan

dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

11 Februari 2019 sehingga

18 Februari 2019

Di pejabat:PERUNDING UNIKON

SDN. BHD. A-1-8, Setiawangsa Business

Suite, No. 1, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa,

54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

T: 03- 4251 8992/93/94F: 03- 4251 8995

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30 tgh2.30ptg - 5.00 ptg

TENDER BOX BJABATAN PEROLEHANLOT 01-03-01WORLDWIDE HOLDINGS BERHADNO 1 WORLDWIDE@7JALAN LAZUARDI 7/2940000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSANNo. Tel : 03-5510 2525 No. Fax 03-5510 4448

Tarikh Tutup Tender:-Sebelum atau pada jam12.00 pm4 Mac 2019(Isnin)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.2. Pihak Worldwide Holdings Berhad tidak terikat menerima Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

20Pendidikan

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK - Penubuhan Kelab Per-satuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) antara lang-kah pendidikan bagi mengekang penularan dadah dalam kalangan belia, khasnya di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, perkara itu me-mandangkan kes penyalahgunaan dadah membabitkan anak muda berusia lingkungan 22 hingga 26 tahun berada pada tahap mem-bimbangkan.

“Penuntut di universiti perlu memainkan peranan mereka ter-utama bagi menyedarkan belia di luar sana supaya tidak terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh memberi ke-san negatif.

“Pembabitan PEMADAM de-ngan komuniti adalah memberi latihan dan pengetahuan kepa-da mahasiswa atau mahasiswi bagaimana bentuk dadah serta program tertentu bersama Agen-si Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras kegiatan ini,” katanya.

PEMADAM di IPTS

Kekang isu dadah belia

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kelab Anti Dadah Peringkat IPTS Selangor di Dewan Gemilang Uni-versiti Kuala Lumpur (UNIKL) Bri- tish Malaysian Institute,di sini, pada 9 Februari lalu.

Turut hadir, Ketua Pengarah AADK, Dato’ Sri Zulkifli Abdul-lah dan Ketua Pegawai Ekseku-tif UNIKL, Prof Dato’ Dr Mazliham Muhd Su’ud.

Pada masa sama, Amiru-din yang juga Pengerusi PEMA-

DAM Sela-ngor berka-ta, pelaksanaan gerak kerja dan program akan diatur secara bulanan bagi memasti-kan kelab PEMADAM di institu-

Amirudin bergambar bersama pelajar dan kakitangan UNIKL selepas merasmikan kelab anti dadah, di IPTS berkenaan

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi PETRO-NAS (UTP) bekerjasama dengan Jabatan Pengai-ran dan Saliran (JPS) untuk berkongsi kepakaran, teknologi dan sumber bagi pemuliharaan alam sekitar mampan.

Memorandum Persefahaman (MoU) untuk tujuan itu ditandatangani Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dan Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh, baru-baru ini.

Melaluinya, Institut Membina Kemampanan Sendiri (ISB) UTP bagi kehidupan pintar dan JPS akan bekerjasama dalam bidang hidrau-lik pantai serta kejuruteraan luar pesisir, pro-gram latihan, penyelidikan dan pembangunan bersama, program pembangunan kakitangan, penerbitan bersama hasil penyelidikan, akses jurnal juga perkongsian kemudahan dan kepa-karan makmal.

“UTP amat menghargai sokongan ini dan

berharap ia adalah permulaan hubungan dinamik dengan JPS serta memberi peluang kepada penyelidik kami untuk bekerjasama dengan kumpulan profesional, di JPS," kata Dr Mohamed Ibrahim.

Katanya, penting bagi UTP mengadakan hubungan dengan agensi kerajaan supaya kekal berdaya saing dan relevan dengan indus-tri serta negara secara amnya, selaras dengan misi universiti memperluas sempadan teknolo-gi juga pendidikan untuk memperbaiki ma-syarakat.

ISB mengetuai penyelidikan dan inova-si teknologi hijau dan bersih (GLEAN) untuk bangunan, dalam bidang tenaga, bahan, air dan sisa serta kesannya terhadap kesejahter-aan sosial dan komuniti.

Ia juga bertujuan mencarai penemuan dan inovasi serta amalan terbaik dalam bangunan dan komuniti yang mampan dan mesra alam.

si berkenaan terus berkembang aktif.

Katanya, setiap aktiviti akan dibuat dalam bentuk berbeza bagi memberi peluang kepada mahasiswa mempelbagaikan di-mensi dan cara anti penyalahgu-naan dadah.

“Asas program pencegahan, keagamaan atau program ber- sama komuniti diberi kepada me-reka termasuk menyampaikan mesej berkaitan anti penyalah-gunaan dadah.

“Kita tidak melaksanakan program berbentuk

ceramah sepenuh-nya tetapi juga

m e n g a d a k a n konsert bagi memastik an penyampaian dan capaian itu lebih me-

luas“Ini adalah

kaedah yang di-gunakan sebab kita

tidak mahu menggu-nakan kaedah berceramah

sahaja sebab kemungkinan ia jadi bosan,” katanya.

Foto oleh pixabay.com

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendi-dikan (KPM) menafikan laporan media berkenaan seorang murid beragama Hindu dipaksa belajar Pendidikan Is-lam, di sebuah sekolah, di Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah ti-dak pernah memaksa pelajar berke-naan mengikuti Pendidikan Islam dan semakan KPM mendapati dia mengiku-ti subjek Pendidikan Moral sejak mula sesi persekolahan, pada 2017 sehing-ga tahun ini.

“Pihak sekolah membolehkan mu-rid berkenaan mengikuti Pendidikan Moral berdasarkan maklumat diberi-kan bapanya tanpa mengemukakan sijil kelahiran murid itu.

“Berdasarkan maklumat awal diberi-kan bapanya, pihak sekolah mengang-gap murid berkenaan beragama Hindu dan membolehkan beliau mengikuti kelas Pendidikan Moral,” katanya dalam kenyataan, pada 5 Februari lalu.

Katanya, murid terbabit diberikan kelulusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 2017 untuk di-daftarkan sebagai murid tanpa doku-men.

“Bagaimanapun, sehingga kini ibu bapanya tidak menyerahkan salinan sijil kelahiran kepada pihak sekolah se-perti yang disyaratkan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Amin berkata, semakan terperinci KPM mendapati

murid berkenaan didaftarkan di Ja-batan Pendaftaran Negara sebagai seorang beragama Islam dan ibunya juga seorang beragama Islam.

Katanya, mengikut Akta Pendidikan 1996, setiap murid beragama Islam per-lu mengikuti mata pelajaran Pendidi-kan Islam iaitu subjek teras di bawah Kurikulum Kebangsaan.

"Pihak sekolah mematuhinya ber-dasarkan bukti murid berkenaan adalah seorang yang beragama Is-lam. Justeru, tidak timbul dia dipaksa mengikuti Pendidikan Islam.

“KPM memahami situasi dihadapi ibu bapa murid berkenaan, namun memandangkan kes status agama ibu murid terbabit dalam proses rayuan di mahkamah, maka KPM menyerahkan kepada mahkamah untuk memutus-kan,” katanya.

Nafi paksa pelajar Hindu belajar Pendidikan Islam

UTP-JPS meterai MoU pulih alam sekitar

Berdasarkan maklumat awal diberikan bapanya, pihak sekolah menganggap murid berkenaan beragama Hindu dan membolehkan beliau mengikuti kelas Pendidikan Moral

AMIN SENINKetua Pengarah Pelajaran

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

21SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KENYATAAN TENDER

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 14hb Februari 2019 hingga 13hb Mac 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal) adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya.Hanya petender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Petender dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 21hb Februari 2019 (Khamis) Masa : 10.00 pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 13hb Mac 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANGHARGA

DOKUMEN

1. MPSepang (KEJ) 400-10/12/01

MENAIKTARAF PERSIMPANGAN SEDIA ADA KEPADA BULATAN PERSIARAN SEMARAK API, CYBERJAYA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 CE21 & (UPEN)

RM 300.00

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) mendesak Pertubuhan Bangsa-bang-sa Bersatu (PBB) menyiasat penggu-naan bom napalm yang menjadi punca kanak-kanak dan orang awam di Syria menderita.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Is-kandar Raja Yaacob berkata, bom na-palm adalah campuran daripada agen gel dan petroleum sehingga boleh menyebabkan kebakaran parah apa-bila melekat, pada kulit manusia.

Katanya, penggunaan bom itu jelas melanggar tatacara etika peng-gunaan dan salah daripada sudut konsumer.

“Kami melahirkan rasa sedih dan empati terhadap nasib kanak-kanak serta orang awam di Syria kerana di-bom tentera rejim Israel tanpa belas kasihan.

“Serantau Muslim merasakan tindakan sebegini harus diambil perhatian pihak dunia dan wajar meng- hukum tentera yang melancarkan se-rangan terbabit kerana ia jelas me-langgar hak asasi manusia sejagat,” katanya dalam kenyataan, pada 9 Feb-ruari lalu.

Pada masa sama, katanya, Seran-tau Muslim mengutuk keras tindakan pembekal bom itu kerana ia terma-suk dalam kategori 10 senjata paling

dahsyat di dunia dan tidak seharusnya diguna terhadap kanak-kanak juga orang awam.

Terdahulu, tentera Israel mem-bunuh 11 tentera Syria termasuk dua orang awam dan turut menyasarkan beberapa kemudahan tentera di Iran sehinggakan Pemantau Hak Asasi Ma-nusia Syria (SOHR) menyatakan ia se-

rangan paling dahsyat dilancarkan tentera Israel ke atas Syria, sejak Mei tahun lalu.

Orang ramai yang ingin meng-hulurkan bantuan bagi membantu penduduk Syria boleh menyumbang melalui akaun Maybank 5641 0042 3082 (Tabung Kemanusiaan Syria Se-rantau Muslim).

Syria terus berdarah

Serantau Muslim desak siasat bom napalm

PUTRAJAYA - Kemen-terian Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang me-wajibkan umat Islam di negara ini menunaikan umrah hanya melalui Lembaga Tabung Haji.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tuduhan yang mengait-kannya dengan perkara itu disifatkan tidak bera-sas dan dibuat pihak ti-dak bertanggungjawab.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ar-tikel bertajuk “Guan Eng Akan Bunuh Per-niagaan Melayu” yang diterbitkan di portal berita Malaysia Today, pada 5 Februari lalu.

“Artikel ini turut dipaparkan di laman Facebook Raja Petra Kamarudin (penulis blog), pada 4 Februari lalu.

“Laporan berita palsu ini disebarkan semata-mata untuk membangkitkan ke-marahan orang ramai dan menghasut kebencian terhadap Menteri Kewangan bukan Islam kerana kononnya melakukan campur tangan dalam hal ehwal Islam,” ka-

tanya dalam kenyataan.Kenyataan itu turut menyebut, satu

laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu itu sudah dibuat dan akan membuat aduan kepada Suru-hanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa Menteri Kewangan dan Kementerian Ke-wangan tidak sesekali pernah mengelu-arkan arahan seperti dinyatakan dalam artikel Malaysia Today.

“Tuduhan palsu ini berniat jahat, fit-nah dan pembohongan,” katanya.

Tiada arahan umrah hanya melalui TH

Foto oleh dailymail.co.uk

14 - 20 FEBRUARI 20199 - 15 jamadilakhir1440H

14 Khamis 6:00 6:10 7:25 1:30 4:49 7:29 8:40 15 Jumaat 6:00 6:10 7:25 1:30 4:49 7:29 8:40 16 Sabtu 6:00 6:10 7:25 1:30 4:49 7:29 8:40 17 Ahad 6:00 6:10 7:25 1:30 4:49 7:29 8:39 18 Isnin 6:00 6:10 7:25 1:30 4:48 7:29 8:39 19 Selasa 6:00 6:10 7:25 1:30 4:48 7:29 8:39 20 Rabu 6:00 6:10 7:25 1:30 4:48 7:29 8:39

14 Khamis 6:03 6:13 7:27 1:33 4:52 7:32 8:42 15 Jumaat 6:03 6:13 7:27 1:33 4:52 7:32 8:42 16 Sabtu 6:03 6:13 7:27 1:33 4:52 7:32 8:42 17 Ahad 6:03 6:13 7:27 1:33 4:51 7:32 8:42 18 Isnin 6:03 6:13 7:27 1:33 4:51 7:32 8:42 19 Selasa 6:03 6:13 7:27 1:33 4:51 7:32 8:42 20 Rabu 6:03 6:13 7:26 1:33 4:50 7:32 8:42

14 Khamis 6:00 6:10 7:26 1:31 4:50 7:30 8:41 15 Jumaat 6:00 6:10 7:26 1:31 4:49 7:30 8:41 16- Sabtu 6:00 6:10 7:26 1:31 4:49 7:30 8:41 17 Ahad 6:00 6:10 7:26 1:31 4:49 7:30 8:41 18 Isnin 6:00 6:10 7:26 1:31 4:49 7:30 8:40 19 Selasa 6:00 6:10 7:26 1:30 4:48 7:30 8:40 20 Rabu 6:00 6:10 7:25 1:30 4:48 7:30 8:40

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES - Sambutan Ponggal yang disambut masyarakat Hin-du menandakan tanda taat setia seorang isteri, kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Masdiana Mu-hamad.

Katanya, ia dapat dilihat me-lalui kesusahan kaum wanita yang cuba memasak bubur manis se-cara tradisional menggunakan kayu api.

“Ini hanya simbolik kepada ke-gigihan wanita yang berusaha membahagiakan keluarga mere-ka dengan apa juga cara.

“Oleh sebab itu, hargailah kaum wanita yang selama ini ba-nyak memainkan peranan pen- ting, dalam institusi kekeluar-gaan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap pada Majlis Sambutan Hari Ponggal anjuran Jawatankua-sa Perumahan (JKP) Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS,) di Pangsapuri Laksamana, pada 10 Februari lalu.

Hadir sama, Pengerusi JKP Zon 7 MPS, S Deveandran serta hampir 200 kaum India.

Berkorban untuk keluarga

Ponggal simbolik kegigihan wanita

Masdiana turut cuba memasak bubur manis bersama masyarakat setempat

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan kajian diag-nostik bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka panjang yang bersepadu dan mampan.

Timbalan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu bertujuan memperbaiki serta meningkatkan Pelan Tindakan Warga Emas Ne-gara, di bawah Dasar Warga Emas.

“Ramai anak yang mengabai-kan dan mereka bekerja, tidak ada kesempatan untuk menjaga ibu bapa sebab mereka sendiri ter-tekan dengan ekonomi serta ke-hidupan.

“Jadi kita tengok secara menye-luruh, sebab jika menghukum, na-mun tidak menyelesaikan masalah pun salah juga,” katanya selepas merasmikan Tasputra Perkim, di Jalan U-Thant di sini, pada 7 Feb-ruari lalu.

Terdahulu dalam ucapan pe-rasmian, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pertubu-han sukarela kebajikan dilihat se-bagai ‘daya kuasa yang kuat’ yang dapat menggembleng usaha me-ningkatkan kesejahteraan sosial,

SEMENYIH - Sembilan badan bu-kan kerajaan (NGO) di Dewan Undan-gan Negeri Kajang, di sini, menerima sumbangan RM53,000 daripada Ke-rajaan Persekutuan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, sumbangan itu bertujuan memu-dahkan NGO terbabit melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

“Sudah lama kita mahu memberikan sumbangan dan apabila kerajaan Pakatan Harapan ber-jaya memegang tampuk pemerinta- han, maka kita boleh melaksanakan-nya.

“Malah, sumbangan ini juga bagi menghargai jasa NGO yang banyak berkhidmat membantu rakyat de-ngan pelbagai aktiviti kemasyaraka-tan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas meraikan sambutan Pesta Ponggal 2019 dan Serahan Sumbangan, di Kuil Maha Mariamman Alayam, Rin-ching di sini, pada 9 Februari lalu.

Turut hadir, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian.

Katanya, sambutan Pesta Ponggal adalah amalan kebudayaan masyara-kat India yang disambut secara turun temurun bertujuan menghargai usa-ha petani dan hasil tanaman.

Masdiana yang juga isteri kepa-da Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia adalah kali perta-ma beliau menyertai pogram Hari Ponggal, di kawasan Batu Caves.

“Kali pertama saya melihat me-reka membuat acara masakan se-begini daripada awal hingga habis dan tidak sangka ia cukup me- nyeronokkan.

“Saya juga gembira kerana me-lihat masyarakat India di sini masih bersatu padu mengadakan acara gotong-royong walaupun mene-tap, di pangsapuri,” katanya.

Sembilan NGO DUN Kajang terima sumbangan RM��,���

Bentuk model penjagaan warga emas

dalam kalangan masyarakat.Katanya, usaha kementerian

secara bersendirian tidak mung-kin mampu menangani semua isu yang dihadapi golongan wanita, keluarga dan masyarakat.

“Jalinan perkongsian bijak atau ‘smart partnerships’ dengan pertu-buhan sukarela kebajikan adalah satu daripada kaedah pelaksanaan yang cukup berkesan.

“Kami di kementerian sentiasa mengalu-alukan komitmen serta menggalakkan pertubuhan suk-arela kebajikan juga sektor kor-porat mewujudkan sinergi yang diperlukan dalam melaksanakan

tanggungjawab berkenaan,” ka-tanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyara-kat sudah membelanjakan RM13,673,866 untuk 224 pertu-buhan sukarela kebajikan ter-masuk yang mempunyai pusat jagaan seperti Tasputra Perkim, sepanjang 2018.

Katanya, Tasputra Perkim juga menerima elaun Orang Kelainan Upaya sebanyak RM52,200 dan Geran Rangsum untuk keperluan makan minum kanak-kanak se-jumlah RM 33,132 daripada JKM.

SHAH ALAM - Berte-mu saudara mara dan sahabat handai ke-tika perayaan Tahun Baharu Cina memang sesuatu yang menye-ronokkan.

Namun, bagi Tim-balan Menteri Pem-bangunan Wanita, Keluarga dan Masyara-kat, Hannah Yeoh, sambutan kali ini tu-rut memberi peluang kepada beliau untuk mendengar sendiri maklum balas rakyat terhadap program dan dasar Kerajaan Pakatan Hara-pan.

“Ini kali pertama saya me-nyambutnya sebagai timbalan menteri dalam kerajaan baharu yang ada sekarang.

“Saya dapat dengar banyak maklum balas daripada saudara mara berkenaan isu membabit-kan Kerajaan Persekutuan,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Beliau yang juga mantan Speaker Dewan Negeri Sela-ngor dan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya berkata, selain saudara mara, pendapat rakan berbangsa Melayu dan India tu-rut didengari.

Katanya, setiap maklum ba-las yang diterima adalah sangat penting bagi memastikan dasar dan program kerajaan memberi impak positif kepada rakyat.

Dengar maklum balas ketika Tahun Baharu Cina

foto

: BER

NA

MA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

23SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Sela-ngor (FAS) memperkenalkan sistem pengu-rusan tiket berteknologi baharu yang mula beroperasi dalam perlawanan pertama Liga Super, di Stadium Shah Alam, pada 3 Feb-ruari lalu.

Sistem yang julung kali dilaksanakan di Malaysia itu membabitkan jalinan kerjasama antara FAS dan Ticket Hotline.

Ketua Pegawai Eksekutif Ticket Hotline, Datuk Zairil Ayu Ibrahim berkata, sistem berkenaan mengalihkan semua transaksi dan pengurusan tiket perlawanan kepada medium dalam talian FAS.

Katanya, operasi itu dilengkapi dengan teknologi imbasan kod ‘QR’ bagi memudah-kan urusan jual beli tiket dan kawalan keluar masuk penyokong ke stadium.

“Kami sangat berbangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama dan berkong-si pencapaian ini dengan FAS yang sudah lama kami harap untuk direalisasikan.

“Kali ini, kami amat berbesar hati kera-na ada pihak yang berfikiran ke hadapan dan terbuka seperti FAS yang mahu ber-sama membawa pengurusan tiket liga bola sepak di Malaysia ke tahap seterusnya,” ka-tanya dalam kenyataan.

Zairil berkata, sistem terbabit memban-tu mempercepatkan proses pengurusan

tiket, sekali gus membolehkan pembeli yang membuat pem-belian tiket secara dalam talian dan pemegang pas bermusim menggunakan kod ‘QR’ tanpa perlu membuat tuntutan tiket, di kaunter.

“Sistem ini juga adalah satu langkah untuk mengajak lebih ramai penyokong dan penonton meng-gunakan kemudahan yang disediakan,” katanya.

Tiket yang dijual secara dalam talian boleh didapati dengan harga serendah RM12 tidak termasuk caj transaksi dalam talian bagi setiap pemegang kad keah-

Beroperasi dalam perlawanan pertama Liga Super

FAS perkenal sistem tiket baharu

lian Red Giants.Penyokong mempunyai pilihan untuk

membeli pas bermusim dengan harga se-rendah RM199 (Pas Bermusim Terbuka De-wasa), RM79 (Pas Bermusim Kanak-Kanak) dan RM399 (Pas Bermusim VIP) yang dileng-kapi dengan beberapa barangan rasmi FAS edisi terhad.

KUALA LUMPUR - Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobat-kan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018, pada 5 Feb-ruari lalu.

Memetik BHOnline, Ridzuan menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Majlis Para-limpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Pre-siden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed, pada maj-lis yang berlangsung, di Dubai.

“Saya gembira dan berteri-ma kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana mem-beri penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus mela-kar pencapaian lebih baik selepas ini,” ka-tanya.

Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu mencipta rekod dunia dalam acara 100m le-laki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakar-ta, Oktober tahun lalu.

Dik Wan rangkul anugerah Asia

SHAH ALAM - Demi memburu slot membawa cabaran ne-gara ke temasya Sukan Olimpik 2020, penerjun Selangor, Chew Yiwei, tidak menunggu lama untuk kembali berlatih selepas bercu-ti sempena sambutan Tahun Ba-haru Cina.

Katanya, walaupun hanya ber-cuti dua hari sahaja tetapi pera-yaan Tahun Baharu Cina kali ini lebih istimewa kerana kurang tekanan, berbanding tahun sebe-lumnya.

“Ini kerana tahun sebelumnya tarikh kejohanan yang disertai ter-lalu dekat dengan Tahun Baharu Cina.

“(Apabila dapat bercuti awal), keadaan ini sudah tentu meng-gembirkan saya kerana berpelu-ang pulang ke rumah keluarga di Meru, Klang untuk bertemu ke-luarga, saudara mara, rakan dan dapat angpau,” katanya kepada Se-

SHAH ALAM - Semua pingat di Su-kan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan diperbuat daripada sisa elektronik kitar semula, kata pe-nganjur.

Agensi berita BBC melapor- kan, satu projek berkaitan sudah dimulakan pada 2017 untuk me-ngumpul sisa elektronik mencu-

kupi termasuk telefon pintar lama dan kompu- ter riba bagi melaksanakannya.

M a t l a -matnya un- tuk mengum-pul 30.3kilo- gram (kg) emas, 4,100 kg perak dan 2,700 kg gangsa.

Penganjur ber-

kata, mereka berada pada landasan untuk mencapai sasaran berkenaan, pada Mac ini.

Sasaran untuk gangsa dica-pai pada Jun tahun lalu, manakala mempunyai lebih daripada 90 pe-ratus emas dan 85 peratus perak, menjelang Oktober ini.

Tokyo 2020 akan melancarkan reka bentuk pingatnya, tahun ini.

Logam kitar semula dikumpulkan

daripada orang awam Je-pun serta perniagaan dan industri.

Menjelang Novem-ber tahun lalu, 47,488 tan peranti yang dibuang di-kumpulkan dengan me-nyerahkan lebih kurang lima juta telefon yang di-gunakan kepada penye-dia rangkaian tempatan.

“Dianggarkan, jumlah baki logam diperlukan untuk menge-luarkan semua pingat Olimpik dan Paralimpik boleh diekstrak daripa-da peranti yang didermakan,” kata penganjur Tokyo 2020 dalam satu kenyataan.

Pada Olimpik 2016 di Rio, kira-ki-ra 30 peratus daripada pingat perak dan gangsa datang daripada bahan kitar semula.

Dia yang meraih tiga emas di Jakarta muncul atlet perta-ma Malaysia diberi pengiktira-fan itu.

Pada temasya di Jakarta, at-let itu mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 dengan masa 11.87 saat bagi mema-dam rekod dunia lama, 11.90s milik atlet Russia, Evgenii Shvet-cov, yang dilakukan pada Kejo-hanan Dunia 2013, di Lyon.

Ridzuan juga meleburkan rekod Sukan Para Asia acara lompat jauh dengan catatan terbaiknya 5.59m dan me-mad-am rekod lama (5.45m) yang

dilakukan Yang Yi Fei, pada 2016.

Pada temasya sama, atlet yang mendapat bim-

bingan jurulatih, R Jaganathan, itu turut merangkul emas acara 400m.

Yiwei giat berlatih demi Olimpik ����langorKini.

Mengulas berkenaan persia-pan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini, pemenang pingat emas Sukan Sea 2015 acara ter-jun 10 meter platform seirama itu berkata, beliau hanya sempat membeli beberapa pasang pa- kaian sahaja ekoran jadual latihan yang agak ketat.

Sementara itu, menyentuh peluangnya dalam perebutan slot mewakili negara di Sukan Olimpik 2020, Yiwei berkata, beliau berusaha keras bagi membuktikan kemam-puannya menggalas caba-ran negara di gelanggang akuatik Sukan Olimpik nanti.

Yiwei sebelum ini turut memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform seirama lelaki di

Sukan Asia Incheon 2014, tiga me-ter papan anjal di Sukan Asia Jakar-ta-Palembang 2018 dan tiga meter papan anjal, di Sukan Sea Naypyi-day 2013.

Pingat Olimpik daripada sisa kitar semula

foto: BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - UiTM Lions mendapat sun- tikan moral tambahan menjelang saingan kejohanan Liga Ragbi Premier Malaysia 2019.

Bagi musim ini, pasukan itu mendapat suntikan empat penaja antaranya Syarikat Kumibrothers, Hyba Quest dan SkyWorld Development Sdn Bhd selain Fitech PIT selaku penaja jersi.

Ketua Jurulatih UiTM Lions, Zamri Abd Kahar berkata, jersi yang bakal digunakan itu diyakini membantu pemain untuk be-rasa lebih selesa dan sesuai mengikut ke-adaan fizikal serta cuaca, di Malaysia.

“Penajaan ini, sekali gus dapat mem-bantu syarikat tempatan menghasilkan fabrik pakaian sukan yang lebih berkualiti setaraf jenama sukan, dari luar negara.

“Sokongan syarikat itu secara tidak langsung dapat memastikan pasukan ragbi UiTM mampu untuk terus bertanding ke pe-ringkat lebih kompetitif,” katanya.

UiTM Lions akan mem-buat kemunculan kali ke-tujuh di Kejohanan Liga Ragbi Premier Malaysia 2019 yang akan bermula 17 Februari hingga 24 Mac ini.

Pasukan itu diundi da-lam kedudukan Kumpulan A bersama juara bertahan Keris Conlay, UPM Angels dan SSTMI Tsunami.

UiTM Lions yang diba-risi mahasiswa UiTM mula menjalani latihan pusat sejak 17 Januari lalu bagi mempersiapkan pasukan dalam memberi cabaran kepada semua pasukan ber-tanding.

Malah, ia turut diperkuat-kan dengan kehadiran empat pemain import, dari Fiji.

TERIMA SUNTIKAN EMPAT PENAJA

SEPANG - Selepas bergelut de-ngan jentera baharu pada dua hari pertama ujian pra-musim MotoGP, pelumba tunggal Malaysia dalam kejuaraan itu, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya boleh menarik nafas lega dengan catatan masan-ya pada hari terakhir sesi, pada 8 Februari lalu.

Beliau mengakui terpaksa mengubah gaya tunggangannya selepas gagal menyesuaikan diri dengan jentera KTM pada hari per-tama sesi ujian berkenaan, di Litar Antarabangsa Sepang, pada 6 Feb-ruari lalu.

“Banyak peningkatan dilakukan

berbanding sebelum ini dengan masa sepusingan juga lebih baik, namun masih agak jauh daripada pelumba, di hadapan.

“Pada hari terakhir, saya cukup selesa dengan jentera ini tetapi keadaan fizikal belum dapat me-nyesuaikan diri sepenuhnya.

“Selepas seharian menung-gang, saya berasa kurang ber-tenaga. Secara jujurnya, agak kecewa dengan diri saya,” kata pelumba berusia 24 tahun itu ke-tika ditemui pemberita selepas menamatkan sesi ujian hari ketiga dan terakhir, di Litar Sepang.

Pelumba pasukan Red Bull

KTM Tech 3 itu menggunakan ta-yar berbeza pada sesi ujian berke-naan dan menumpukan kepada pelbagai aspek, pada jenteranya.

Beliau menamatkan keseluru-han 123 pusingan dalam sesi uji-an berlangsung selama tiga hari itu dan pada sesi terakhir, Hafizh Syahrin mencatat masa terpantas dua minit 0.766 saat untuk berada di kedudukan ke-21.

Pada hari pertama, jaguh permotoran itu bergelut bagi mendapatkan rentak tungga-ngan apabila menduduki tem-pat tercorot dengan catatan 2:01.853s.

UJIAN PRA-MUSIM MOTOGP: HAFIZH PAMER PENINGKATAN

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pasukan ragbi Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Lions menyasarkan untuk beraksi di pentas akhir Kejohanan Liga Ragbi Premier Malaysia 2019, bermula 17 Februari hingga 24 Mac ini.

Timbalan Naib Canse-lor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Dato’ Dr Abdullah Mo-

hammad Said berkata, kali terakhir pasukan itu beren-

tap ke pentas akhir pada 2013 selepas bertemu pasukan Keris

Conlay.

“Kita optimis mara ke peringkat akhir dan pada masa sama berusaha menjadi juara pada Kejohanan Liga Ragbi Premier Malaysia 2019.

“Walaupun 70 peratus pemain baru kali pertama beraksi dalam kejohanan ini, na-mun kita yakin UiTM Lions mampu menca-pai sasaran pada kejohanan itu nanti,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Memperkenalkan Jersi dan Penaja serta Pe-main Pasukan Ragbi Uitm Lions Musim 2019 Kejohonan Liga Ragbi Malaysia, di Kom-pleks Sukan, UiTM, di sini, pada 8 Februa- ri lalu.

Pada masa sama, katanya, UiTM Lions ya-kin mendominasi perlawanan apabila ha-dirnya empat pemain import dari Fiji yang

mula menjalani latihan bersama pasukan, bermula 7 Februari lalu.

Beliau berkata, kapten pasukan skuad 15 sebelah negara, Mohd Syahir Asyraf Rosli, juga akan membuat penampilan kali per-tama membarisi pasukan UiTM Lions, bagi musim kali ini.

Difahamkan, lapan pasukan akan ber-tanding dalam Kejohanan Liga Ragbi Pre-mier Malaysia 2019 dan UiTM Lions diundi dalam kedudukan Kumpulan A bersama juara bertahan Keris Conlay, UPM Angels dan SSTMI Tsunami.

UiTM Lions yang dibarisi mahasiswa UiTM mula menjalani latihan pusat bermula 17 Januari lalu bagi mempersiapkan pasu-kan untuk memberi cabaran kepada semua pasukan bertanding.EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI