selangorkinidigital · sohor indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk malaysia....

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 21 - 27 Februari 2019, 16 - 22 Jamadil Akhir 1440 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kuliah Maghrib bertajuk Nikmat Islam oleh penceramah terke- nal, Ustaz Abdul Somad, di Masjid Sul- tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, mendapat sambutan luar biasa hadirin yang memenuhi dewan solat masjid ter- babit. Majlis ilmu itu turut dihadiri Dato’ Men- teri Besar, Amirudin Shari dan dimulakan sejurus selesai solat maghrib, pada 13 Februari lalu. Antara perkara disentuh Abdul Somad dalam ceramahnya ialah mengingatkan umat Islam supaya menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata. Ketika menjawab soalan daripada ha- dirin, beliau berkata, orang Islam harus melayani orang bukan Islam dengan adil selagi golongan itu tidak memerangi aga- ma suci berkenaan. “Selagi mereka baik dengan kamu, ti- dak menghalau kamu daripada Ma- laysia, maka kamu harus melayani mereka dengan baik,” katanya. Abdul Somad adalah ulama ter- sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin turut berbincang berhubung kerjasama bagi menyu- burkan lagi syiar Islam di bumi Se- langor dengan pelbagai pendeka- tan yang dikenal pasti. Amirudin turut memandu sendiri kenderaan bagi membawa Abdul Somad dan keluarga ke masjid un- tuk menjayakan program terbabit. EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 21 - 27 Februari 2019, 16 - 22 Jamadil Akhir 1440

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kuliah Maghrib bertajuk Nikmat Islam oleh penceramah terke-nal, Ustaz Abdul Somad, di Masjid Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, mendapat sambutan luar biasa hadirin yang memenuhi dewan solat masjid ter-babit.

Majlis ilmu itu turut dihadiri Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari dan dimulakan sejurus selesai solat maghrib, pada 13 Februari lalu.

Antara perkara disentuh Abdul Somad dalam ceramahnya ialah mengingatkan umat Islam supaya menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata.

Ketika menjawab soalan daripada ha-dirin, beliau berkata, orang Islam harus melayani orang bukan Islam dengan adil selagi golongan itu tidak memerangi aga-ma suci berkenaan.

“Selagi mereka baik dengan kamu, ti-

dak menghalau kamu daripada Ma-laysia, maka kamu harus melayani mereka dengan baik,” katanya.

Abdul Somad adalah ulama ter-sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk

Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san-

tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin turut berbincang berhubung kerjasama bagi menyu-burkan lagi syiar Islam di bumi Se-

langor dengan pelbagai pendeka-tan yang dikenal pasti.

Amirudin turut memandu sendiri kenderaan bagi membawa Abdul Somad dan keluarga ke masjid un-tuk menjayakan program terbabit.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

2Utama

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Pilihan Raya Kecil 2 Mac

Yakin Semenyih kekal milik PAKATANOLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yakin kerusi De-wan Undangan Negeri (DUN) Se-menyih akan kekal menjadi milik Pakatan Harapan (PAKATAN).

Katanya, calon PAKATAN, Mu-hammad Aiman Zainali adalah seorang pemuda berkaliber dan disenangi penduduk setempat.

“Saya menyatakan sokongan penuh dan mempunyai keyaki-nan saudara Aiman akan berjaya mengekalkan kerusi N.24 Seme-nyih, di bawah PAKATAN.

“Beliau seorang anak muda yang berkaliber dan disenangi masyarakat tempatan. Kepimpi-nan PAKATAN mencalonkan anak muda yang berwawasan,” kata-nya.

Terdahulu, beliau berkesem-patan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, di sini, pada 16 Februari lalu.

Pada masa sama, Amirudin tu-rut mengajak penduduk Seme-nyih supaya memberi sokongan dan kerjasama kepada Muham-mad Aiman.

Untuk rekod, seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Janua-ri lalu.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya daripa-da PAKATAN, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung, pada 11 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional, Da-tuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arut- chelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia.

Bakhtiar berjaya mengalah-kan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan ma-joriti 8,964 undi selepas mem-peroleh 23,428 undi.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU14.

Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Muhammad Aimanaktif dan berkaliberKAJANG - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pe- ngundi di Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Semenyih akan mem-berikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan (PAKATAN).

Katanya, Muhammad Aiman Zainali bukan sahaja berkelayakan tetapi juga seorang pemuda yang aktif dan komited membantu pen-duduk DUN berkenaan.

Beliau berkata, dengan kelebihan itu, ia sekali gus memberi jaminan bahawa agenda pembangunan di kawasan terbabit akan dapat dilak-sanakan dengan mudah.

“Seperti yang saya umumkan, Muhammad Aiman adalah calon yang terpilih, sangat berkelayakan dan orang muda.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kita berjaya mengambil alih Putrajaya. Jadi, secara logiknya jika wakil PAKATAN menang, maka lebih mudah untuk jalankan tugas dan mendapatkan bantuan dari-pada Kerajaan Negeri atau Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Penamaan Calon bagi PRK DUN Semenyih, di sini, pada 16 Februa-ri lalu.

Pada masa sama, Muhyiddin

yakin Muhammad Aiman mampu menyelesaikan isu setempat anta-ranya kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan awam, banjir dan sampah serta kesesakan, di Hos-pital Kajang.

“Jentera pilihan raya mengenal pasti masalah penduduk setem-pat, antaranya kesesakan lalu lin- tas, masalah banjir, serta kese-sakan, di Hospital Kajang.

“Oleh itu, saya percaya beliau mampu menyelesaikannya jika diberi mandat. Itu masalah yang diutarakan penduduk Seme- nyih dan kita mengambil maklum perkara itu,” katanya.

PRK itu menyaksikan pertan-dingan empat penjuru antara PA-KATAN, Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas.

Selain Muhammad Aiman, 30, BN mempertaruhkan pemimpin tempatan iaitu Pengerusi Tetap UMNO cawangan Kampung Se-sapan Kelubi, Zakaria Hanafi, 58.

Selain itu, PSM pula menama-kan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, se-bagai calon.

Manakala, Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, 57, juga dike-nali sebagai ‘Uncle Kentang’ ber-tanding atas tiket B.

Sedia selesai isu berbangkit KAJANG - Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muham-mad Aiman Zainali, 30, sedia menye-lesaikan segala isu berbangkit, di DUN itu.

Muhammad Aiman berkata, seki-ranya beliau dipilih sebagai wakil rak-yat DUN Semenyih, isu setempat akan diselesaikan sebaiknya.

“Saya lebih memilih untuk menye-lesaikan masalah dihadapi rakyat dan apa sahaja perkara berbangkit, di seki-tar Semenyih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui media selepas Proses Penamaan Calon bagi DUN PRK Semenyih yang diadakan di Dewan Sri Cempaka Maj-lis Perbandaran Kajang, di sini, pada 16 Februari lalu.

Mengulas berkenaan calon yang bakal ditandinginya mempunyai pe-

ngalaman luas dalam bidang politik, Muhammad Aiman berkata, ia adalah kelebihan masing-masing.

“Saya akui tiada sebarang ma-salah terhadap calon lain kerana ma-sing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Tidak perlu membanding-ban-dingkan calon kerana apa yang penting adalah masing-masing ha- rus bertanding secara sihat,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.

Terdahulu, pada proses penamaan calon, Muhammad Aiman bakal ber-temu empat penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) yang memper-taruhkan pemimpin tempatan iaitu Pengerusi Tetap UMNO cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Zakaria Hanafi, 58.

Selain itu, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM)

dan Presiden Persatuan Kepolisan Ma-syarakat Malaysia, Kuan Chee Heng yang dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ bertanding atas tiket Bebas.

PRK DUN Semenyih diadakan su-sulan penyandangnya daripada PAKATAN, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung, pada 11 Ja-nuari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Allahyarham Bakhtiar menewaskan penyandang daripada BN iaitu Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili PSM.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU14.

Sebelum ini, Selangor sudah me-ngadakan tiga PRK iaitu di DUN Su-ngai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

��% puas hati pentadbiran AmirudinSHAH ALAM - Sebanyak 61 pera-tus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berpuas hati dengan pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman ber-kata, pencapaian itu boleh men-jadi daya tarikan dan aset kepada Pakatan Harapan (PAKATAN), di Se-menyih.

“Berdasarkan umur, antara 21 hingga 30 tahun sebanyak 69 pe-ratus berpuas hati; 31 hingga 40 tahun (63%); 41 hingga 50 tahun (62%); 51 hingga 60 tahun (52%) dan 60 tahun ke atas (57%).

“Manakala, bagi kaum pula Melayu sebanyak 54 peratus, Cina (78%) dan India (82%),” katanya pada sidang media Kajian N24 DUN Semenyih: Apa pilihan pengundi di sini, pada 14 Februari lalu.

Katanya, persepsi pengundi terhadap PAKATAN masih tinggi dalam pelbagai isu kecuali berkai-tan sara hidup dan harga barang.

Beliau berkata, ia ekoran rakyat masih mengharapkan usaha dite-ruskan kerajaan dalam menangani isu berkaitan peningkatan sara hid-up.

Bagaimanapun, beliau berkata, respon masyarakat masih positif ter-hadap program Inisiatif Peduli Raky-

at (IPR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 bagi membantu rakyat Selangor.

“Survei itu juga mendapati bagi pengundi tempatan menyatakan wujud ahli keluarga mereka yang tinggal di luar kawasan Semenyih.

“Manakala, 84 peratus respon-den menyatakan positif untuk keluar mengundi dan 16 peratus me-nyatakan kekangan bekerja,” katanya.

Justeru, katanya, IDE mencadang-kan pilihan raya diadakan pada hari Ahad berbanding Sabtu atau hari bekerja kerana memudahkan pe-ngundi khususnya pekerja swasta yang bekerja, di sektor industri dan perkilangan.

RTB Sungai Semenyih selesai isu banjirHULU LANGAT - Pelaksanaan Ran-cangan Tebatan Banjir (RTB) Su-ngai Semenyih menunjukkan hasil positif apabila masalah banjir di kawasan itu akhirnya dapat diatasi secara tuntas.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek RTB yang mula dilaksanakan pada 2016 itu siap sepenuhnya pada pertenga-han 2018 dengan menelan kos hampir RM5 juta.

Katanya, berdasarkan rekod projek sepanjang 3.5 kilometer (km) itu juga mampu mengatasi risiko banjir di empat lokaliti jika taburan hujan tidak menentu.

“Sebelum pihak k ami menggembleng usaha bagi melaksanakan projek ini, kawasan

sini sering berdepan masalah ban-jir sehingga menyebabkan ke-hidupan harian penduduk sekitar terjejas.

“Sejak 2018, hanya ada satu ke-jadian banjir, namun itu berpun-ca daripada taburan hujan yang turun dari Negeri Sembilan dan hujan yang turun pada kadar luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan Tapak RTB Sungai Seme-nyih pada sesi Jelajah Maju Bersa-ma Dato’ Menteri Besar ke Daerah Hulu Langat, di sini pada 15 Feb-ruari lalu.

Pada masa sama, katanya, pro-jek RTB itu akan disambung lagi sekitar tiga kilometer bagi me-ngatasi lapan lokaliti kawasan

Hulu Langat yang turut berhada-pan risiko banjir.

“Namun, ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum ia di-laksanakan seperti masalah pe-ngambilalihan tanah dan kita akan memikirkan beberapa mekanisme bagi menyelesaikan masalah itu.

“Ini kerana Kerajaan Negeri perlu berbelanja lebih RM25 juta untuk pengambilalihan tanah se-belum melaksanakan projek RTB yang hanya menelan kos sekitar RM5 juta,” katanya.

Berdasarkan rekod, sejak RTB dilaksanakan ia mampu menga-tasi banjir di Sungai Jerlok, Pekan Kajang dan diteruskan di Sungai Semenyih diikuti Sungai Rinching, pada masa akan datang.

Tegas tangani kespendatang jadi ‘tauke’BANGI - Kerajaan Negeri akan berusaha menangani lambakan pendatang asing yang menjadi ‘tauke’ serta memiliki premis perniagaan secara haram di be-berapa lokasi, sekitar Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari berkata, penguat-kuasaan sepanjang 2019 akan dilakukan dengan lebih tegas selain berharap kerjasama ma-syarakat menyalurkan maklu-mat berhubung perkara itu.

“Buat masa ini, kita akan membuat pemantauan serta penguatkuasaan ke atas premis milik Kerajaan Negeri dan ke-banyakan kes kita dapati orang tempatan sendiri yang ber-sekongkol dengan pendatang asing ini sehingga memboleh-kan mereka berniaga, di premis sebegini.

“Ia tidak boleh dilakukan se- suka hati sebegini dan saya amat berharap supaya aduan berkaitan akan terus disalurkan supaya ia dapat diselesaikan se-cepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika Sesi Dialog Jelajah Maju Bersama dengan pemimpin masyarakat daerah Hulu La-ngat bertempat di Pejabat Hulu Langat, pada 15 Februari lalu.

Turut hadir EXCO Pemba-ngunan Usahawan, Pemba-

ngunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Is-mail; EXCO Kesihatan, Keba-jikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pegawai Kewa-ngan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron.

Sebelum itu Ahli Majlis Per-bandaran Kajang (MPKj), Thia-garajah Rajagopal ketika sesi soal jawab berkata, pihaknya mendapati warga asing sema-kin berleluasa di Hulu Langat sehingga memiliki pelbagai je-nis premis.

Katanya, penduduk setem-pat mengadu ada di antara pendatang asing ini yang men-jalankan perniagaan gunting rambut dan kedai makan se-hingga dikhuatiri tidak mem-punyai lesen yang sah.

“Disebabkan itu, warga tempatan yang tidak mahu mengunjungi premis pen-datang asing ini, namun hal yang lain pula timbul apabila hanya golongan yang sama memenuhi premis terbabit se-hingga memperlihatkan me-reka sahaja menguasai tempat berkenaan.

“Saya berharap supaya Kera-jaan Negeri segera menangani isu ini secepat mungkin,” ka- tanya.

Amanat Dato' Menteri Besar

Universiti awam perlu menyeluruhOLEH SHEEDA FATHIL

SERDANG - Program Jelajah Maju Bersama yang sinonim de-ngan Amirudin Shari diperluas-kan ke peringkat universiti bagi mendekati anak Selangor.

Jelajah itu secara rasmi mem-buka tirai pada 19 Februari lalu dengan Dato’ Menteri Besar berkunjung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjelas-kan program dilaksanakan Kera-jaan Negeri.

Bercakap kepada Media Sela-ngor, Amirudin berkata, inisiatif itu juga memberi peluang kepa-da beliau untuk berinteraksi secara dekat dengan pihak universiti.

“Melalui jelajah ini, kita mahu mengetengahkan gagasan dan bantuan dilaksanakan Kerajaan Negeri yang disediakan khas ke-pada anak Selangor.

“Antara pengisian yang akan diketengahkan adalah kita akan mengadakan sesi dua hala se-perti ‘town hall’ atau membuka gerai pameran seperti Smart Se-

langor supaya mereka boleh me-lihat sendiri program itu,” katanya selepas merasmikan Program Je-lajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar di Universiti Awam 2019, di sini.

Pada masa sama, beliau berka-ta, pihaknya tidak menyasarkan jumlah universiti yang akan dila-wati, sebaliknya fokus meneruskan jelajah itu, dari semasa ke semasa.

“Kita tiada sasaran untuk mela-wat berapa (jumlah) universiti dan ia tidak semestinya akan habis, dalam tahun ini.

“Selain itu, sesi jelajah ini akan diadakan sehingga ke Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Ma-laysia Sabah kerana saya difaham-kan terdapat anak Selangor belajar, di sana,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru universiti awam di seluruh negara berperanan sebagai pusat reformasi terbaik kepada masyarakat sekitar.

Beliau optimis universiti awam tidak hanya berperanan me- nganjurkan program dalam pagar universiti sahaja sebaliknya perlu

bersifat holistik.“Segala gerak kerja atau program

dilaksanakan universiti awam perlu bersifat holistik dan tidak terbatas dalam kawasan ins-titusi itu sahaja.

“Komunikasi antara univesi-ti awam dan komuniti luar amat penting kerana daripada situ pel-bagai penerangan dapat dikete-

ngahkan antara dua pihak terbabit,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa gerak kerja berkenaan perlu dilakukan oleh semua uni-versiti tidak kira sama ada baha-gian pentadbir, pensyarah dan pelajar.

“Mungkin pihak universiti bo-

leh mulakan gerak kerja itu di kawasan sekitar dahulu seperti kedai seterusnya diperluaskan ke lokaliti lain sama ada masjid, surau, serta sekolah,” katanya.

Inisiatif itu juga memberi pe-luang kepada beliau untuk ber-interaksi secara dekat dengan pihak universiti.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

4Utama

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Pelan pembangunan Ampang, Kajang dan Semenyih

Fokus ke arah lebih inklusif

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI - Kerajaan Negeri akan memfokuskan pelan pembangu-nan yang lebih inklusif di daerah Hulu Langat khususnya Ampang, Kajang dan Semenyih yang kini se-makin pesat membangun.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne- geri (MMKN) akan meneliti secara menyeluruh berkenaan ranca-

ngan itu.“Kawasan itu semakin pesat

dan rancak membangun. Justeru, kami akan meneliti perkara pen-ting untuk memastikan keseimba-ngan dibuat.

“Ia juga bagi memastikan kemu-dahan atau masalah infrastruktur dapat ditangani dengan sewa-jarnya,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan MMKN, di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, di sini pada 15 Februari lalu.

Pada masa sama, katanya, isu berbangkit berkaitan kutipan ha-sil dan setempat akan turut dita-ngani, dari masa ke masa.

Terdahulu, ahli MMKN menga-dakan mesyuarat sempena pro-gram Jelajah Maju Bersama.

Jelajah Maju Bersama adalah pendekatan Amirudin yang men-jadi mata dan telinga, sekali gus mencari penyelesaian tuntas ter-hadap permasalahan rakyat, di Se-langor.

Hasrat penduduk Hulu Langat tercapaiSEMENYIH - Penduduk Hulu Lan-gat menerima durian runtuh ketika Program Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar Selangorke daerah berkenaan.

Pada majlis itu, seramai 11 pen-duduk Kampung Batu Tiga mene- rima geran tanah, Skim HIJRAH (26), bantuan ehsan bencana (6), Skim Mesra Usia Emas (9) dan Skim Pedu-li Sihat (3).

Penyerahan sumbangan itu di-berikan sempena Amirudin Shari ke Hulu Langat, pada 15 Februari lalu.

Amirudin turut menzahirkan komitmen beliau untuk terus menya- lurkan sumbangan kepada rakyat yang layak, di negeri itu.

Pada masa sama, Amiru-din berkata, hasil pasir Selangor mencecah sehingga RM90 juta se-tahun sejak Pakatan Harapan (PA- KATAN) memimpin Kerajaan Ne-geri.

Beliau berkata, kutipan hasil pa-sir pada 2006 hingga 2008 yang di-catatkan ketika pentadbiran lama

hanya diantara RM3 hingga ke RM4 juta, setahun.

“Namun, selepas pengambil ali-han pada 2008, beberapa tahun kemudiannya PAKATAN berjaya menggandakan hasil pendapatan pasir hingga RM15 juta, setahun.

“Bukan hanya menjadi negeri pa-ling kaya dan maju dalam menjana pendapatan, namun hasil pertumbu-han ekonomi ini mampu dikemba-likan kepada rakyat Selangor melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR),” katanya.

Amirudin berkata, pertambahan hasil Kerajaan Negeri juga digunakan bagi membantu rakyat menangani permasalahan asas antaranya isu ke- sihatan, persekolahan dan pernia-gaan melalui pelaksanaan IPR.

“Kerajaan Negeri bukan hanya membantu golongan memerlukan, sebaliknya membantu masyarakat maju setapak dalam kehidupan me-reka melalui Program HIJRAH yang dapat membantu peniaga,” katanya.

Tingkat kawalan elak tumpahan bahan kimiaBANGI - Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan kawalan ke-selamatan bagi mengelakkan ke-jadian tumpahan bahan kimia di Kampung Sungai Lalang, Seme-nyih daripada berulang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana ka-wasan terbabit terletak jauh di pedalaman dan sering berlaku

unsur sabotaj.“Kita berjaya menanganinya

dengan pantas, sekali gus dapat mengelakkan bahan kimia itu dari-pada terus mengalir ke sungai atau kawasan takungan air.

“Walaupun kawasan berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun pemantuan akan dipertingkatkan,” katanya ketika

ditemui selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Peja-bat Tanah dan Daerah Hulu La-ngat, di sini pada 15 Februari lalu.

Mengulas berkenaan insiden itu, beliau berkata, ia jelas me-ngandungi unsur sabotaj ekoran 10 tong ditebuk dan diterbalikkan secara sengaja untuk dialirkan ke sungai.

Amirudin berkata, bahan kimia disyaki jenis ‘Ethylene Chloride’ itu juga adalah bahan yang boleh di-jual dengan harga mahal dan di-gunakan kilang untuk proses kitar

semula.“Terima kasih kepada orang

awam kerana membuat laporan dan menyelamatkan hampir seju-ta penduduk kawasan yang akan terkesan jika bahan pencemar itu ke sungai.

“Ini harus disiasat pihak polis dan setakat ini kita belum dapat mengenal pastinya. Kita serah-kan kepada pihak polis untuk me- nyiasat,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak ia dilakukan pihak ter-tentu menjelang Pilihan Raya Ke-

cil Semenyih yang berlangsung ketika ini.

Terdahulu, pemeriksaan di loka-si menemui 172 tong disyaki beri-si pelbagai kimia usang dikhuatiri memasuki sungai lalu mencemar-kan Sungai Semenyih, termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Se-menyih yang membekalkan air ke-pada penduduk.

Sehubungan itu, Kerajaan Ne-geri memperuntukkan RM480,000 bagi menangani dan membersih-kan kawasan tumpahan bahan kimia terbabit.

MB terima kunjungan KP Selangor baharuSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerima kunju-ngan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, di pejabat-nya di sini, pada 14 Februari lalu.

Pertemuan itu sempena pelan-tikan Noor Azam sebagai Ketua Polis negeri, pada 4 Februari lalu, bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang dilantik sebagai Pe-ngarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Kerajaan Negeri akan sentia-sa mengambil berat isu kebajikan anggota keselamatan, di Selangor.

“Kami turut berbincang berke-naan isu keselamatan awam dan kebajikan anggota polis, di Sela-ngor,” tulis Amirudin melalui Twit-ternya.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Tahun Baharu Cina peringkat Selangor 2019

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri meriahkan majlis

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan berangkat menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru

Cina Peringkat Negeri Selangor, di Dataran Petaling Jaya, pada 16 Februari lalu.

Turut berkenan berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang bersama menyerikan sambutan yang dihadiri 3,000 rakyat, sejak jam 7 malam.

Hujan lebat yang turun di seki-

Sultan Sharafuddin sentiasa dekat di hati rakyat yang tidak melepaskan peluang bermesra dengan baginda

Wujud unsur sabotaj kes bahan kimiaSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengesahkan kejadian tong ba-han kimia bocor, di pekarangan sebuah kilang dekat Kampung Sungai Lalang, Semenyih, pada 12 Februari lalu, mempunyai un-sur sabotaj.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, hasil siasatan mendapati terdapat kira-kira 172 tong dram disyaki berisi pelbagai kimia tamat tarikh luput, di kawasan terbabit.

Katanya, 10 daripada tong dram itu sengaja ditebuk dan diterba-likkan bagi mengeluarkan cecair yang disyaki bahan kimia ke sa-luran air berdekatan.

“Terdapat bau kuat terhasil di sekitar lokasi tapak pembuangan dan boleh dihidu sehingga 300 meter, dari tempat kejadian.

“Perumahan terdekat adalah Ta-man Semenyih Permata dan Kam-pung Pasir yang terletak sekitar 500 meter, dari tapak kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kera-jaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NAD-MA) melantik Kualiti Alam Sdn Bhd untuk melakukan kerja pembersihan dengan peruntukan RM486,000.

Katanya, setakat ini sebanyak 18 tan air tercemar diangkut ke-luar untuk dilupuskan Kualiti Alam.

“ Tindakan pantas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Ben-cana Selangor berjaya mengelak-kan bahan kimia dari memasuki Sungai Semenyih, sekali gus dapat mengelakkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih daripada terce-mar,” katanya.

Siasatan di kawasan terbabit dilakukan pasukan forensik Po-lis Diraja Malaysia dengan ker-jasama Jabatan Alam Sekitar bagi mendapatkan maklumat terperin-ci sehingga tertangkapnya suspek untuk didakwa.

Tolak isu politik dalam sektor pertanianSEMENYIH - Organisasi pertani-an di Selangor digesa menolak unsur politik, dalam pertubuhan masing-masing.

EXCO Infrastruktur & Kemuda-han Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, unsur politik mampu menyebabkan sesebuah organisasi itu berpecah belah.

“Saya tidak mengira sesia-pa sama ada parti berbeza atau kaum berbeza kita akan bantu sama ada bentuk kewangan dan kepakaran jika betul-betul ber-

minat.“Jika kita nak pertanian ini tak

berpecah belah, maka jangan bi-arkan politik masuk. Kita fokus ke-pada pertanian sahaja kerana jika biarkan politik masuk, satu apa tak akan jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka merasmikan Pelancaran Pro-jek Agrobandar Oleh Agrosel, di perkarangan Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, di sini, pada 14 Februari lalu.

Ir Izham berkata, setiap per-satuan dan koperasi pertanian

mempunyai peranan besar me-nyatukan ahli masing-masing.

Katanya, melalui persatuan dan koperasi juga memudahkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada petani.

“Mereka sesama mereka juga boleh berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada ahli yang me-merlukan.

“Maka, sebab inilah saya cadang- kan supaya tubuhkan Persatuan Agropreneur Selangor dan jangan jadikan badan ini badan politik,” katanya.

Hee Loy Sian

tar Petaling Jaya sejak jam 6.45 petang sedikit sebanyak men-jejaskan kehadiran pengunjung untuk bersama-sama memeriah-kan sambutan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan isteri, Masdiana Muha-mad; Speaker Dewan Negeri Se-langor, Ng Suee Lim; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Tahun Baharu Cina, Datuk Teng Chang Kim; barisan EXCO Kerajaan Ne-geri, Ahli Dewan Negeri serta Ahli Majlis bagi Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) turut sama hadir bersama-sama merai-kan majlis.

Acara dimulakan dengan uca-pan aluan oleh Chang Kim dan disusuli ucaptama Amirudin Shari.

Sultan Sharafuddin dan Teng-ku Amir Shah turut berkenan berangkat ke pentas utama ber-

sama-sama Amirudin, Chang Kim serta Suee Lim, bagi me- malu gendang sebagai simbolik perasmian pembukaan Sambu-tan Tahun Baharu Cina Pering-kat Negeri Selangor diikuti acara menggaul 'Yee Sang' bersama-sama dif kehormat.

Acara diteruskan dengan maj-lis makan malam dan kemudi-annya disusuli pemberian 'ang pow' kepada kanak-kanak beru-sia bawah 12 tahun.

Invest Selangor Berhad ber-sama Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan bertindak selaku penganjur bersama bagi sam-butan kali ini yang turut diser-tai Setiausaha Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Tetap Kebuda-yaan Selangor, MBPJ, Tourism Selangor Sdn Bhd serta Hijrah Selangor.

Pengisian program turut di-serikan dengan persembahan tarian singa, diaboli, harmoni-ka, koir, dram serta pemberian limau kepada orang awam se-lain penampilan selebriti, Ange-line Tan, selaku pengacara majlis bersama.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah turut berkenan berangkat ke pentas utama bersama-sama Amirudin, Chang Kim serta Suee Lim, bagi memalu gendang sebagai simbolik perasmianEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

6Utama

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Selangor sudah memperoleh pelaburan awal ber-jumlah RM1.150 juta menerusi dua syarikat utama, bagi tempoh awal tahun 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur asing memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan yang akan menjana ekonomi dan merancak-kan lagi industri pembuatan dan perkhidmatan, di negeri itu.

Katanya, prestasi itu juga menandakan aras kejayaan dan kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri hasil daripada sokongan dan dukungan berte-rusan rakyat.

Pelaburan awal RM1.150 juta

Manifestasi keyakinan pelabur asing

“Pada awal 2019 ini, kita ber-bangga kerana sudah berjaya menarik beberapa syarikat untuk meningkatkan pelaburan mere-ka di negeri ini antaranya Pusat Pengedaran IKEA yang ketiga ter-besar di dunia sedang dibangun-kan di Pulau Indah dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM900 juta.

“Baru-baru ini juga, PKT E-very24 Logistics Sdn Bhd sudah menandatangani perjanjian de-ngan Daiso Industries Co. Ltd. untuk mengendalikan pusat pengedaran serantau di Pelabu-han Klang dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempe-na Sambutan Tahun Baharu Cina

rayaan itu juga selaras dengan konsep ‘Maju Bersama’ kerana menerusi inisiatif diperkenalkan Kerajaan Negeri, maka pelbagai program dan inisiatif turut sama memberikan manfaat kepada se-luruh rakyat Selangor tanpa me-ngira kaum dan agama.

“Kehidupan berbilang kaum dan agama menjadi sebahagian

daripada warisan sejarah hidup rakyat, di negara ini.

“Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang pernah dilalui, na-mun majoriti rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa perpaduan adalah aset penting yang perlu dipelihara dan sentia-sa dipupuk, dalam kalangan kita.

“Semangat kekitaan dan to- leransi tidak akan wujud jika kita bertepuk sebelah tangan. Oleh kerana itu, usaha ini perlu men-jadi tindakan kolektif daripada semua pihak berlandaskan prin-sip yang termaktub, di dalam Ru-kun Negara.

“Prinsip ini adalah kunci kepa-da kestabilan dan kemakmuran sebuah negara,” katanya.

Dalam ucapan sama, Amirudin turut berharap 2019 akan men-jadi tahun yang lebih baik, mak-mur, aman dan sejahtera buat seluruh rakyat khususnya, di Se-langor.

“Saya dan pimpinan negeri juga akan memastikan Selangor terus unggul sebagai sebuah negeri yang sentiasa maju ke ha-dapan dan menjadikan Selangor ‘The Golden State of Malaysia’,” ka-tanya.

Prestasi ini juga menandakan aras kejayaan dan kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri hasil daripada sokongan dan dukungan berterusan rakyat.AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Peringkat Negeri Selangor 2019, di Dataran Petaling Jaya, pada 16 Februari lalu.

Beliau berkata, sambutan pe-

RM�.� juta buat mangsa ribut Tanjong KarangTANJONG KARANG - Pemerbadanan Men-teri Besar Selangor (MBI) menyalurkan ki-ra-kira RM1.6 juta buat semua 183 mangsa ribut, di sini.

Jumlah itu merangkumi sumbangan baik pulih kerosakan rumah iaitu RM500 bagi kerosakan kecil, manakala RM5,000 kero-sakan sederhana, RM20,000 kerosakan se- rius dan RM50,000 bantuan untuk pembi-naan semula.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, Kera-jaan Negeri turut menyalurkan sumbangan RM500 buat mangsa.

“Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut berbesar hati memperuntukkan RM300 seorang bagi setiap keluarga.

“MBI akan membina semula 14 rumah penduduk yang musnah teruk, sementara LZS pula akan membantu sepenuhnya 19 keluarga yang berstatus asnaf, di sini,” kata-nya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Mangsa Ribut, di Dewan Seri Tiram, Tanjong Karang, pada 19 Februari lalu.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin; Ahli Dewan Negeri

Permatang, Rozana Zainal Abidin; Setiausa-ha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azman Dahlan dan Ketua Jabatan Pengurusan Ope- rasi Agihan Daerah LZS, Huzairi Ibrahim.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya perlu memastikan wang sumbangan yang diagihkan sampai kepada golongan disa-sarkan tanpa berlaku keciciran.

“Wang peruntukan lambat kerana pada awalnya kita menerima hanya 163 keluarga, namun kemudian bertambah kepada 171 keluarga. Selepas itu, kita meminta ketua kampung membuat siasatan kerosakan se-hingga dapat dipastikan ada 183 mangsa.

“Kejadian sebegini pertama kali berlaku membabitkan jumlah mangsa agak ramai. Oleh itu, saya minta semuanya bersabar dan semoga kerja baik pulih berjalan lancar,” ka-tanya.

Sebelum ini, SelangorKini melaporkan dua kampung di Tanjong Karang ditimpa bencana ribut terburuk, dalam tempoh 20 tahun.

Dua kampung itu termasuk Kampung Ti-ram Jaya dan Kampung Sawah Sempadan yang turut mengakibatkan puluhan rumah

penduduk mengalami kerosakan teruk.Kejadian pada 10 Februari itu turut

mengejutkan penduduk kerana cuaca pada

hari berkenaan cerah dan tidak menunjuk-kan sebarang malapetaka akan menimpa pada waktu petang, hari yang sama.

Sedia terima kritikan rakyatKUALA LUMPUR - Kebebasan media diperlukan dalam sese-buah negara dan kerajaan perlu bersedia memikul tanggungja-wab terhadap semua keputusan yang dibuat selaras dengan se-mangat demokrasi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pentadbiran kera-jaan tidak boleh meminggirkan sebarang kumpulan khususnya golongan minoriti sebaliknya bertindak secara adil kerana

politik sentiasa membabitkan keputusan sukar kepada semua.

"Kita perlu mempunyai me-dia yang bebas dan bersedia menghadapi kritikan dengan mengambil tanggungjawab terhadap keputusan serta tin-dakan.

"Kita tidak boleh mendis-kriminasi kumpulan minoriti berdasarkan perbezaan budaya dan etnik. Kita sebagai wakil ke-rajaan perlu mentadbir semua

minoriti dan majoriti,” katanya.Beliau berkata demikian keti-

ka menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Meraikan Demokrasi Di Malaysia anjuran Badan Pem-baharuan Asia Tenggara (FOR-SEA) Kuala Lumpur, di Publika di sini, pada 16 Februari lalu.

Majlis itu turut dihadiri Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Perta-hanan, Mohamad Sabu.

Amirudin berkata, isu seper-

ti jurang pendapatan, hak pen-jagaan kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan perlu ditangani supaya semua pihak mendapatkan hak yang adil.

Beliau berkata, Selangor me-ngambil langkah untuk menjadi sebuah 'Negeri Keusahawanan' demi memastikan tiada pihak ketinggalan di saat kerajaan berusaha memajukan ekonomi secara bersama.

"Untuk mencapai itu, kita per-

lu merangsang segala usaha kami dalam menghasilkan pencip-ta nilai dan menghapuskan nilai ekstraktor, daripada ekonomi kita.

"Kita memerlukan lebih ra-mai usahawan, kita memerlukan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang lebih bersema-ngat, mengurangkan halangan pasaran, meningkatkan capaian kemudahan bagi mewujudkan ekonomi yang lebih menarik un-tuk rakyat," katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI - Selangor dijangka men-catatkan pencapaian pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu le-bih RM12 bilion, bagi tahun 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu merekod-kan peningkatan dua kali ganda berbanding 2017 iaitu sebanyak RM5.29 bilion.

“Pada 2017, Selangor men-catatkan pelaburan RM5.29 bilion, manakala sehingga September 2018, kita berjaya mencacatkan peningkatan 3.2 peratus iaitu RM8 bilion.

“Dalam pertemuan kurang ras-mi, saya dimaklumkan sehingga Disember tahun lalu, jumlah itu terus meningkat lebih dua kali

PETALING JAYA - Kerajaan Ne-geri berharap Selangor akan te-rus menjadi destinasi pelaburan dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati taraf hidup dan ekonomi lebih baik.

EXCO Pelaburan, Perindustri-an dan Perdagangan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kemajuan dan pencapaian Selangor terus berkembang di bawah kepimpi-nan Kerajaan Negeri yang dike-tuai Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, di samping sokongan padu rakyat.

“Selangor terus menjadi desti-nasi pelaburan pilihan pertama se-hingga September 2018 daripada segi jumlah projek diluluskan ber-banding negeri lain.

“Pelaburan daripada dalam dan luar negara juga terus berkem-bang dengan kadar yang pesat.

“Selangor kini mempunyai be-berapa kilang produksi terbesar dan moden di dunia bagi bebe-

KUALA LUMPUR - Majlis Tinda-kan Ekonomi (EAC) perlu mencari kaedah bagi mempergiatkan lagi pelaburan awam untuk memacu ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, majlis itu perlu mengkaji insentif sedia ada untuk melihat sama ada ia menarik pela-buran langsung asing yang betul dan jika insentif diberikan kepada syarikat yang betul.

“Kami sudah kongsikan de-ngan kerajaan berkenaan apa yang boleh dikaji untuk memuli-hara ekonomi dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi,” kata- nya kepada pemberita selepas me- ngumumkan Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) Malaysia bagi

Dua kali ganda dari 2017

Jangka catat pelaburan tertinggi dalam sejarah

ganda menjadikan pelaburan diterima lebih RM12 bilion,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Pagi Ber-sama Penjawat Awam sempena program Jelajah Maju Bersama daerah Hulu Langat, di Dewan Utama Demesne, di sini, pada 15 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau ber-kata, penjawat awam perlu mem-buka mata untuk menggerakkan tenaga bersama bagi mengekal-kan kejayaan berkenaan.

Katanya, angka dicatatkan itu tidak akan kekal selamanya dan perlu bersiap sedia menghadapi situasi baharu yang melanda du-nia, pada masa akan datang.

“Angka dicatatkan negeri itu

termasuk sumbangan 23 peratus kepada Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK). Justeru, angka ini perlu menggerakkan cita-cita ne-geri untuk bertarung di arena lebih

luas dan bersedia ke pentas an-tarabangsa serta serantau supa-ya dapat membawa nama negeri juga Malaysia ke peringkat lebih maju,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak mendesak semua pihak mengekalkan status kejayaan yang dikecapi, namun jika negeri terus maju pastinya pel-bagai program lebih baik dapat di-laksanakan.

“Seperti juga pelaksanaan penubuhan institut pekerja, yang bukan sahaja boleh melihat isu kebajikan tetapi apakah cabaran baru yang perlu ditangani dan di-selesaikan secara bersama.

“Menjadi harapan besar kita untuk menerapkan sentimen ti-dak terlalu selesa atau lalai dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Justeru, saya menyeru kepada diri sendiri dan penjawat awam supaya lebih bersedia dengan perubahan atau cakna bagi me-ngadaptasi kemajuan bersama, sekali gus mencipta kejayaan yang dicemburui dan dijadikan contoh kepada negeri lain,” katanya.

Tahun ini, katanya, Kerajaan Negeri terus mengintai pelaburan RM7 bilion melalui sektor pembua-tan.

“Angka itu disasarkan mengikut keadaan dunia yang tidak menen-tu, ketika ini,” katanya.

Sasar kekal destinasi pelaburan Asia

rapa jenama terkemuka dalam bi-dang pembuatan elektronik dan elektrikal, kenderaan serta pe-sawat,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka menyampaikan ucapan aluan sempena Sambutan Tahun Ba-haru Cina Peringkat Negeri Sela- ngor 2019, di Dataran Petaling Jaya, pada 16 Februari lalu.

Chang Khim berkata, Selangor juga semakin menarik dan men-jadi pilihan untuk dijadikan pusat logistik serantau, di Asia Pasifik.

“Saya yakin, usaha gigih dengan pemuafakatan erat dan semangat kerjasama kukuh akan menjadi-kan Selangor lebih sejahtera, aman serta makmur dalam mendepani semua cabaran ekonomi.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan 2019 sebagai tahun membina kejayaan dan berharap ekonomi Selangor serta Malaysia bertambah baik,” katanya.

EAC perlu cari kaedah rancak pelaburan

tahun penuh 2018 dan pertum-buhan suku keempat 2018 (4Q18), di sini, pada 14 Februari lalu, lapor BERNAMA.

Nor Shamsiah turut menge-syorkan supaya EAC menangani isu berkaitan kos sara hidup yang tinggi dengan melakukan kajian terhadap kos itu sendiri dan bagaimana kerajaan dapat meningkatkan pendapatan de-ngan menjana lebih banyak kerja perdapatan tinggi, meningkat-kan rantaian nilai industri dan menambah baik mobiliti buruh.

“EAC juga perlu berusaha me-mastikan sistem pendidikan kita mengeluarkan jenis graduan yang betul untuk memenuhi keperlu-an industri. Ini adalah antara pem-baharuan struktur jangka panjang

yang perlu kita laksanakan.“Kita juga perlu lakukan kajian

untuk menyokong sektor pelan-congan, wang dibelanjakan bagi pelancongan dan bagaimana kita boleh maksimumkan ekono-mi semasa untuk meningkatkan pendapatan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan me- ngumumkan penubuhan EAC 16 anggota yang dipengerusikan Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad.

Anggota majlis itu termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Men-teri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking; Menteri Kerja Raya, Baru Bian; Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid; mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Sementara itu, berhubung pertumbuhan pinjaman Perusa-haan Kecil dan Sederhana (PKS), Nor Shamsiah berkata, langkah mengklasifikasikan semula PKS pada tahun lalu tidak menjejaskan bantuan kewangan diberikan oleh kerajaan kepada syarikat.

Pinjaman diberikan kepada PKS meningkat kepada RM80.8 bilion pada 4Q18 daripada RM77.2 bi- lion, pada 3Q18.

Tahun lalu, BNM menerusi pe-keliling dalaman mengumum-kan entiti senaraian dan syarikat berkaitan kerajaan dan anak syari-kat mereka tidak lagi diklasifikasi-kan sebagai PKS dan tidak layak untuk bantuan kerajaan.

Selangor juga semakin menarik dan menjadi pilihan untuk dijadikan pusat logistik serantau, di Asia PasifikDATO’ TENG CHANG KHIMEXCO Pelaburan, Perindustrian dan PerdaganganEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

8Nasional

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji se-barang cadangan untuk menubuhkan Suru-hanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaharu berkenaan salah laku hakim kanan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, beliau sedia maklum berkenaan dakwaan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang mem-buat pendedahan mengejut-kan.

“Ya, saya tahu beliau mem-bangkitkan sesuatu tetapi saya tidak boleh beri komen berkenaan perkara ini, kerana seperti yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbu-ka tetapi sudah tentu kita mempunyai panda-

ngan peribadi.“Kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan

dan jika perlu kita akan me-nubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja),” katanya pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malay-sia (BERSATU), di sini, pada 15 Februari lalu, lapor BERNAMA.

Hakim Hamid, dalam afi-davitnya setebal 63 muka su-rat sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan bu-tiran mengejutkan berkenaan

beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh, di Mahkamah Rayuan.

Kerajaan kaji tubuh RCI Kehakiman

Siasat salah laku

PUTRAJAYA - CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Komu-nikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan sambutan Hari Kesela-matan Internet (SID) 2019 – Edisi Ma-laysia, pada 13 Februari lalu.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Sya-zlee Shith itu diadakan, di perkarangan pejabat KKMM.

Eddin berkata, sambutan SID kali ini bertemakan ‘Kesejahteraan Siber’ de-ngan memfokuskan kepada kesihatan digital dan etiket digital.

“Mengikut kajian, seramai 35 pera-tus pengguna remaja mengalami ke-tagihan internet dengan menggunakan masa enam ke tujuh jam sehari meng-gunakan internet.

“Ini satu perkara yang tidak sihat ke-rana ini mendorong kita menumpukan

kepada kesihatan internet dan etiket in-ternet itu sendiri,” katanya pada sidang media, di majlis pelancaran itu.

Eddin berkata, isu ketagihan dan pe-nyalahgunaan internet memberi ke- san kepada pelbagai masalah terhadap remaja seperti rabun penglihatan, ma-salah psikologi dan aspek lain.

Katanya, kegagalan mengawal isu itu akan memberi kesan kepada perkem-bangan modal insan, di negara ini.

Pada sambutan kali ini, beberapa program diaturkan seperti kempen ‘MyDigitalH20’ (Health To Others) yang melambangkan keperluan internet, dalam urusan kehidupan.

Selain kempen ‘MyDigitalH2O’, pe-nyebaran mesej berkaitan kesihatan digital dan etiket digital turut dijalan-kan, di rangkaian media sosial.

Hari Keselamatan Internet ���� dilancarkan

PUTRAJAYA - Hari Kesela-matan Internet (SID) 2019 menjadi salah satu landasan terbaik untuk memberi ke-sedaran kepada masyarakat berhubung kepentingan ke-selamatan siber.

Timbalan Menteri Komu-nikasi dan Multimedia, Ed-din Syazlee Shith berkata, sambutan SID memfokuskan usaha menjadikan penggu-na internet sebagai individu bertanggungjawab dengan menggunakan internet dan aplikasinya secara positif.

Katanya, selain terdedah

kepada insiden keselamatan siber, pengguna internet khasnya golongan remaja turut berisiko dengan isu ke-sihatan seperti tekanan jiwa dan rabun penglihatan.

“Di Malaysia, sambutan SID bermula pada 2010 dengan dipacu CyberSecurity Malaysia dan rakan strategik yang tu-rut melestarikan agenda kese-lamatan internet, di Malaysia.

“Pada tahun ini, tema sam-butan SID 2019 bagi edisi Ma-laysia ialah ‘Kesejahteraan Siber’,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran SID

2019 – Edisi Malaysia, di lobi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,) di sini, pada 13 Februari lalu.

Tahun lalu, CyberSecurity Malaysia menerima 10,699 in-siden keselamatan siber yang dilaporkan pengguna inter-net ke pusat Cyber999.

Isu membabitkan pe-nipuan mencatatkan lapo-ran tertinggi dengan 5,123 insiden diikuti cubaan pencerobohan (1,805), kod berbahaya (1,700), pencero-bohan (1,160) dan gangguan siber (356).

Medium sebar kesedaran awam

PUTRAJAYA - Pensyarah undang-un-dang Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, dilantik sebagai Tim-balan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, umum Ketua Se-tiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ismail dalam kenyataan turut mengumumkan pelantikan empat anggota SPR yang baharu.

Mereka ia-lah bekas Ke-tua Setiausaha K e m e n t e r i a n Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; bekas Ketua Pe-ngarah Jabatan Tenaga Manusia, Da-tuk Chin Phaik Yoong; Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IK-MAS), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Faisal S Hazis dan BERSIH 2.0 Resource Person, Zoe Ran-dhawa.

Ismail berkata, Yang di-Pertuan A-gong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berdasarkan

Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan memperkenankan pe-lantikan itu.

“Pelantikan terbabit berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga men-

capai usia 66 tahun selaras de-ngan Fasal (3) Perkara

114 Perlembagaan Persekutuan,” ka-

tanya pada 14 Februari lalu, lapor BER-NAMA.

Timbalan P e n g e r u -si SPR, Tan Sri Othman

M a h m o o d t e r d a h u -

l u b e r s a m a l ima anggota

SPR memutuskan memendekkan tempoh

perkhidmatan masing-masing, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mereka adalah Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Da-tuk Sulaiman Narawi, Datuk Leo Chong Cheong dan Datuk Bala Singam Karu-piah.

Azmi Sharom Timbalan Pengerusi SPR baharu

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

Nasional9SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

119

PUTRAJAYA - Malaysia bakal menerima pelaburan baharu dan semula dari Jepun hasil keyakinan pelabur terhadap pentad-biran kerajaan baharu diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Lei-king (gambar).

Beliau berkata, perkara itu juga hasil hubungan erat Dr Mahathir dengan kera-jaan Jepun selain diplomasi dan kerjasama yang turut dieratkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika menemani Per-dana Menteri ketika melakukan lawatan kerja ke negara itu.

Dr Mahathir sudah melakukan lawatan kerja sebanyak tiga kali ke Jepun sejak me-megang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, pada Mei tahun lalu.

“MITI juga mendapatkan maklumat ba-hawa hasil daripada lawatan terbabit, Je-pun bukan sahaja membawa pelaburan baharu, bahkan memperbesarkan pela-buran mereka yang sedia ada, di Malaysia,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat An-tara Agensi-Kementerian Luar, di sini, pada 14 Februari lalu, lapor BERNAMA.

Selain itu, katanya, pengerusi beberapa syarikat besar Jepun yang berada di Malay-sia juga memberi jaminan kepada beliau untuk meningkatkan pelaburan sedia ada kerana mereka percaya dengan kerajaan baharu yang ketuai Dr Mahathir.

Darell berkata, hasil lawatan Perdana Menteri itu juga sudah berjaya menarik

Yakini pentadbiran Kerajaan PAKATAN

Terima pelaburan baharu Jepun

beberapa syarikat terkemuka dari ne- gara matahari terbit itu untuk membawa pelaburan bernilai bilion ringgit ke Ma-laysia.

“Salah satunya adalah Japan Lifeline yang akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pembekalan ke seluruh Asia Teng-gara selain itu Mitsubishi juga sedang me-nilai potensi pelaburan semula di negara ini selepas melihat kejayaan kerjasama Dai-hatsu dengan Perodua,” katanya.

Daripada segi pelaburan daripada syari-kat bersaiz sederhana Jepun pula, beliau berkata, mereka kini juga secara agresif datang ke Malaysia kerana mengetahui bahawa negara kini turut berfungsi seba-gai hab logistik untuk rantau ini.

“Selain itu, kita turut diingatkan oleh Perdana Menteri untuk tidak hanya melihat nilai pelaburan tetapi juga nilai teknologi yang dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Ne- geri (LHDN) melancarkan sistem ePerolehan (eP) dan portal pembekal sebagai usaha berterusan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembekal, penyebut harga atau petender yang berurusan de- ngan lembaga itu.

LHDN dalam kenyataan berkata, sistem eP itu adalah sistem pengurusan perole-han secara elektronik yang akan menjadi landasan bagi syarikat untuk menyertai ta-waran perolehan perkhidmatan, bekalan atau kerja daripada LHDN.

“Perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem eP LHDN merangkumi pendaftaran atau memperbaharui akses, kenyataan ta-waran, pembelian dokumen tawaran, pe-nyertaan tawaran, penyerahan dokumen tawaran dan pentauliahan perolehan sama ada secara tender, sebut harga atau pembe-lian terus,” katanya, lapor BERNAMA.

LHDN berkata, portal Pembekal pula adalah kemudahan tambahan (value add-

ed service) yang diberikan kepada pem-bekal LHDN untuk berurusan secara dalam talian berkaitan urusan kewangan dan pem-bayaran.

“Kemudahan ini juga termasuk penge-maskinian maklumat am pembekal, pene-rimaan pesanan pembelian secara dalam talian, memuat naik dokumen kewangan bagi tujuan pembayaran untuk perkhid-matan, bekalan atau kerja yang sudah disempurnakan dan semakan status pem-bayaran,” katanya.

LHDN berkata, pengguna boleh melayari sistem eP LHDN dan Portal Pembekal di por-tal rasmi www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://www.tenderwizard.my/LHD-NM untuk sistem eP dan https://kewpem-bekal.hasil.gov.my untuk Portal Pembekal.

Sebarang pertanyaan berkenaan Sistem eP LHDN juga boleh diajukan melalui e-mel [email protected] dan e-mel [email protected] untuk Portal Pem-bekal.

LHDN lancar sistem eP dan portal pembekalEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

10Global

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

WASHINGTON - Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat peringkat nasional, pada 15 Feb-ruari lalu, dalam usaha beliau me-nampung janji membina tembok sempadan dengan Mexico tanpa kelulusan Kongres.

Pada masa sama, Demokrat ber-janji untuk mencabar tindakan itu di mahkamah kerana berpendapat ia melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan BH On-line, Trump sebelum ini gagal mendapatkan dana tembok sem-padan sebanyak AS$5.7 bilion (RM23.27 bilion) dalam rang un-dang-undang untuk menampung kos operasi agensi kerajaan.

Beliau menggunakan strate-gi undang-undang tidak jelas

CANBERRA - Hakeem al-Araibi melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison di bangunan Par-limen, pada 14 Februari lalu, bagi menyatakan terima kasih kepada kerajaan ekoram pembebasannya daripada tahanan penjara, di Thai-land.

Laporan agensi berita Australia, ABC mendedahkan Morrison ber-kata, kehadiran pemain bola sepak berstatus pelarian itu ke negara berkenaan dialu-alukan dan pro-ses kerakyatannya ‘semakin ham-pir ke penghujung’.

Pemain kelahiran Bahrain beru-sia 25 tahun itu bertemu Morrison di Canberra, dua hari selepas kem-bali ke Australia di mana sebelum ini menghabiskan lebih 70 hari, di dalam penjara Thailand.

“Anda berdepan saat mencabar dan sungguh mengkagumkan me-lihat anda hadir, di sini.

“Kami gembira dengan kehadi-ran ini dan anda boleh terus men-jalani kehidupan, di Australia,” kata Morrison sambil berharap berte-mu al-Araibi lagi pada majlis pe-nyerahan kewarganegaraan dan menambah ‘saya tidak fikir ia ter-lalu jauh’.

Menteri Luar, Marise Payne mengesahkan permohonan ke-warganegaraan al-Araibi ‘berja-lan dengan baik’ sambil al-Araibi mengucapkan terima kasih kepa-da kedua-dua pemimpin itu dan bekas pemain bola sepak Austra-

LOS ANGELES - Agensi Pentadbi-ran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika (NASA) me-ngumumkan penamatan misi per-ayau robot Opportunity, di planet Marikh, baru-baru ini.

Langkah itu diambil selepas 15 tahun robot itu mendarat di planet itu, lapor agensi berita China Xi-nhua.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar agensi berke-naan di Makmal Pendorongan Jet di Pasadena, California, su-sulan percubaan terakhir NASA untuk berkomunikasi dengan pera- yau robot itu pada kelmarin tidak mendapat respons.

Perayau robot itu tidak dapat dihubungi selama lapan bulan se-jak ribut debu membadai planet merah tersebut, pada Jun tahun lalu.

Janji bina tembok sempadan dengan Mexico

Trump isytihar darurat peringkat nasional

menerusi darurat nasional dan mungkin beliau terpaksa berde-pan pertikaian panjang dengan Demokrat yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Repu-likan.

Speaker Demokrat yang me-nguasai Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan pembuat dasar utama Demokrat di Senat, Chuck Schumer, pantas memberikan maklum balas terhadap peng- isytiharan Trump.

“Tindakan Presiden jelas me-langgar kuasa ekslusif Kongres dalam menentukan dana kerajaan, ia ditetapkan pengasas negara ini dalam Perlembagaan.

“Kongres akan mempertahan-kan kuasanya seperti dalam per-lembagaan di mahkamah dengan

menggunakan segala cara yang ada,” kata kenyataan mereka, lapor Reuters.

Peguam negeri New York, Letitia James berkata, jabatan beliau akan mencabar Trump, di mahkamah.

“Kami tidak akan membiarkan salah guna kuasa ini dan akan me-lawan dengan sehala alat undang-undang yang ada,” kata James, di Twitter.

Presiden mengakui perintah beliau akan berdepan pertikaian panjang di mahkamah. Kita akan menang di Mahkamah Agung,” kata Trump.

Ada pakar undang-undang berpendapat pentadbiran Trump mungkin akan menang.

Akta Darurat Nasional 1976 memberikan kuasa kepada Pre-

siden AS untuk mengisytiharkan darurat.

Undang-undang itu juga mem-berikan ruang kepada Kongres untuk mencabar pengisytiharan sedemikian.

Beberapa pakar undang-undang dari Jonathan Turley of Georgetown

University dan William Banks of Syra-cuse University berkata, jika Kongres gagal mengundi menolak pengisy-tiharan darurat Trump, mahkamah mungkin tidak akan mengambil tin-dakan terhadap tindakan presiden dalam mentafsir isu keselamatan nasional. – Reuters

Terima kasih atas pembebasan - al-Araibi

lia, Craig Foster, yang membantu memimpin kempen untuk mem-bebaskannya.

Beliau berharap dapat menyer-tai kelab separa profesional, Pas-coe Vale dalam pertembungan dengan Bentleigh, selepas itu.

Dalam pertemuan itu, Morrison turut menghadiahkan al-Araibi se-biji bola ditandatangani dengan kata-kata ‘selamat pulang Hakeem’ dan meminta beliau menurunkan tandatangan pada sebiji bola lain untuknya.

Terdahulu, al-Araibi menyak-sikan pertandingan bola sepak persahabatan antara ahli poli-tik dan pemain profesional, ter-masuk Foster dan bekas kapten Matildas, Kate Gill, di kawasan padang bersebelahan bangu-nan Parlimen.

Perlawanan bola sepak itu su-dah dirancang sebagai demonstra-

si sokongan untuk al-Araibi ketika dia menghadapi penahanan tanpa batasan.

Pemain bola sepak itu dan is-terinya sedang menikmati bulan madu di Bangkok ketika ditahan pada November tahun lalu atas permintaan Bahrain yang men-cari ekstradisinya.

Dia dikehendaki selepas me-larikan diri dari negara itu ketika dituduh membinasakan sebuah balai polis pada 2012 dan sudah dijatuhi hukuman 10 tahun pen-jara tanpa hadir.

Beliau menafikan terbabit dalam jenayah itu dan memberi alasan terbabit dalam perlawanan bola sepak di negara berkenaan, pada ketika itu.

Di bawah tekanan diplomatik, Bahrain menggugurkan kes berke-naan minggu lalu serta memboleh- kan al-Araibi kembali ke Australia.

FOTO

KRE

DIT

: ABC

NASA tamat misi robot di Marikh

Perayau robot Opportunity

Anggota pasukan misi cuba memulihkan perayau robot itu na-mun gagal mewujudkan komuni-kasi lagi.

“Mengucapkan selamat tinggal adalah sesuatu yang sukar, namun masanya sudah tiba untuk berbuat demikian,” kata John Callas, pengu-rus projek bagi Opportunity.

Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang diran-cang.

Ia sudah melakukan perjalanan lebih 45 kilometer di Marikh dan bekerja, selama hampir 15 tahun.

Opportunity sudah mendarat di Marikh, pada 24 Januari 2004.

Paling utama antara matlamat saintifik misi itu ialah mencari dan mencirikan pelbagai jenis batuan ser-ta tanah untuk petunjuk kepada ak-tiviti air pada masa lampau, di Marikh.

al-Araibi menandatangani bola untuk MorrisonEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

11

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Persidangan FORSEA ini adalah satu peris-tiwa penting di Malay-sia kerana pertemuan seumpama ini boleh di-

katakan sesuatu yang sukar dan ti-dak mungkin berlaku, sebelum ini.

Sebelum tahun 2018, terdapat tiga sejarah penting di Asia Teng-gara: Tahun 1986, Revolusi Kuasa Rakyat di Filipina yang menggu-lingkan rejim Marcos; Pergerakan Reformasi pada tahun 1998 yang mengakhiri tiga dekad pemerin-tahan Presiden Soeharto, di Indo-nesia dan Liga Kebangsaan untuk Demokrasi Aung San Suu Kyi yang berjaya dalam pilihan raya Parli-men, di Myanmar, pada 2015.

Jika terdapat catatan bagi peris-tiwa penting ini, saya percaya ba-hawa pemerhati di dewan ini akan mempunyai perasaan bercampur-baur terhadap kesan perubahan yang sudah berlaku .

Dan sebahagiannya menjadi ragu-ragu terhadap perubahan sejarah Malaysia pada 9 Mei 2018 sebagai ‘perubahan kerajaan, bu-kannya perubahan sistem’.

Ahli ekonomi di dalam “Annual Democracy Index 2018” yang me-nilai negara di Asia Tenggara se- bagai mempunyai kecacatan dalam demokrasi, samaa ada re-jim hybrid atau rejim authorian dengan Malaysia dicatatkan pada kedudukan kedua, di belakang Timor Leste, di rantau ini.

Mereka seterusnya mencadang-kan bahawa “buat pertama kali-

run kepada 10.7 peratus. Broo-kings Institution menganggarkan bahawa seseorang terkeluar dari-pada kemiskinan yang melampau, setiap 1.2 saat.

Pada masa sama, perkemba-ngan kemajuan yang luar biasa dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan apabila su-dah ramai masyarakat pada hari ini mempunyai akses kepada pendidi-kan dan penjagaan kesihatan jika dibandingkan, sebelum ini.

Selangor mengorak langkah ke hadapan dengan melaksanakan ‘klusterisasi’: satu usaha untuk mengatasi masalah dan mengu-rangkannya dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, merangsang pertumbuhan orga-nik dan lebih lestari melalui pe-numpuan semula aktiviti ekonomi dengan ‘membuka dan menja-yakan’ potensi perniagaan tem-patan sedia ada.

Kerajaan Selangor memba-yangkan negeri ini sebagai “Neg-eri Keusahawanan” seperti yang sudah digariskan oleh Mariana Mazzucato.

Kerajaan Negeri sudah me-ngambil langkah berani ini untuk memastikan tiada siapa yang akan terpinggir sementara kami beru-saha memajukan ekonomi negeri.

Politik adalah sesuatu yang su-kar. Tetapi populisme mudah, ke-rana demokrasi adalah percaturan berdasarkan jumlah nombor. Di dunia barat, pemimpin politik yang mengwujudkan jurang pe-

misah dan perpecahan ditolak oleh rakyatnya.

Populisme membawa kepa-da politik perpecahan, bukan-nya perpaduan. Itulah sebabnya saya percaya kita perlu mengam-bil langkah yang lebih ke hadapan dan memilih kemajuan. Kita mem-punyai hak untuk memilih sikap optimis berbanding sikap sinisme.

Perkembangan yang berlaku di Malaysia mungkin agak perla-han tidak seperti yang diharapkan. Tetapi politik adalah maraton dan bukannya pecutan.

Kejayaan Selangor mentad-bir selama 10 tahun memainkan peranan penting dengan bera- khirnya 61 tahun pemerintahan oleh satu pihak dalam kerajaan Persekutuan Malaysia.

Prinsip ketelusan, akaun- tabiliti dan tadbir urus yang baik sebagai ciri pentadbiran ini kera-na kami yakin bahawa hak asasi manusia dan politik harus sei-ring. Jawatankuasa Pilihan khas Mengenai Keupayaan, keber-tanggungjawaban dan Ketulu-san Selangor (SELCAT), memberi pemeriksaan oleh eksekutif me-lalui badan perundangan dan sistem ini sudah membolehkan Pakatan Harapan berkembang maju.

Akta Kebebasan Maklumat su-dah meletakkan Selangor paling ke hadapan dalam pembaharu-an ini. Bagaimanapun, saya sama sekali tidak mengabaikan caba-ran mendatang untuk Malaysia

dan rantau ini. Kita tidak boleh berselindung

sebagai masyarakat yang de-mokratik dan dalam masa yang sama menindas hak asasi manu-sia terutamanya pada golongan yang terpinggir.

Kita seharusnya mempunyai media yang bebas dan bersedia untuk menghadapi kritikan de-ngan mengambil tanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan kita. Kita tidak boleh mendiskrimi-nasi kumpulan minoriti berdasar-kan perbezaan budaya dan etnik, malahan sebagai wakil kerajaan kita perlu mentadbir kepada semua golongan sama ada mi-noriti dan majoriti.

Asia Tenggara sudah mengajar dan memperlihatkan sama ada demokrasi memainkan fungsin-ya. Namun, Asia Tenggara tetap mengekalkan rantaunya yang sta-bil dan maju. Akan tetapi, kita ti-dak boleh mengambil mudah soal demokrasi.

Sekarang adalah masa untuk belajar daripada pengalaman ini dan memperbaiki demokrasi un-tuk menjadikannya berfungsi un-tuk semua orang tanpa mengira etnik, kepercayaan budaya, atau latar belakang ekonomi mereka.

Seperti kata Tocqueville, “Se-jarah seperti galeri gambar iai-tu terdapat beberapa karya asal dan ada salinannya.” Malaysia per-lu berusaha untuk menjadi yang asal. Kami berhutang kepada rakyat. Inilah yang saya percaya.

Peristiwa penting di Malaysia

Forces of Renewal Southeast Asia (FORSEA)

nya dalam tempoh tiga tahun, skor global untuk demokrasi kekal sta-bil.”

Dalam merebut sesuatu ja- watan, ahli politik sudah menggu-nakan Populisme sebagai strate-gi mereka yang akan mengancam perpaduan dan memecah-belah-kan kita. Ideologi konservatisme tradisional, sosialisme dan libera-lisme masih diterapkan pada suatu masa kini walaupun zaman sudah berubah.

Walaupun saya tidak akan cuba untuk mewujudkan semula garis diantara ideologi politik ini, saya percaya terdapat keperluan untuk mentakrifkan semula ideologi ini mengikut perkembangan, masa kini.

Bagi mana-mana kepercayaan politik dan setiap ahli politik sen-tiasa berusaha dengan bermatla-mat ke arah kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat.

Itulah politik yang harus diti-tik-beratkan dan diberi perhatian utama khususnya pada minda anak muda, ibu tunggal, golo- ngan miskin dan terpinggir; dalam merencana kualiti kehidupan yang lebih baik.

Menurut Bank Dunia, pada 1981, 42 peratus penduduk dunia adalah sangat miskin. Ketika itu, kebanyakan orang tidak mempu-nyai keupayaan kewangan untuk membeli makanan dan pakaian. Dan lebih parah lagi, ada diantara mereka kelaparan.

Menjelang 2013, jumlah itu tu-

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

13SelangorKini 21 - 27 Februari 201912 SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

14ADN

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA - Seramai 104 wanita di sekitar Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Ban-dar Utama sudah menjalani pemeriksaan mammogram, se-jak Ogos 2018 sehingga Janu-ari lalu.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin berkata, sambutan diterima amat menggalakkan dan be-liau bercadang untuk menam-bah bilangan peserta, dari semasa ke semasa.

“Kita tidak menetapkan berapa jumlah sasaran untuk wanita sekitar DUN Bandar Utama, sebaliknya akan tetap terus melaksanakan program pemeriksaan mammogram ini.

“Jika ada yang memohon ingin membuat pemeriksaan mammogram, kita akan mula laksanakan kerana ia bertu-juan membantu mereka yang kurang berkemampuan,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau menyarankan wanita di DUN Bandar Utama mengambil ke-sempatan membuat pemerik-saan mammogram percuma menerusi Skim MammoSel disediakan Kerajaan Negeri.

“Wanita perlu mengambil

peluang ini kerana jika mahu membuat rawatan sendiri, su-dah pasti ia akan menelan kos tinggi.

“Namun, kebanyakan wani-ta kini saya lihat kurang kese-daran untuk pergi membuat rawatan dan dalam tidak se-dar mereka sudah menghidap kanser pada tahap merbaha-ya,” katanya.

Program MammoSEL di-lancarkan pada 6 November 2010 di Hulu Langat sempe-na Sambutan Hari Wanita Desa peringkat Selangor, bertu-juan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram se-cara percuma kepada seluruh wanita, di negeri itu.

Program itu ditambahbaik bermula pada 2016 dengan penambahan rawatan susu-lan ultrasound bagi yang me-merlukan atas nasihat doktor.

Program pemeriksaan mammogram DUN Bandar Utama

Sambutan kian meningkat, bakal tambah peserta

CHERAS - Walaupun hari Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina hampir tiba, namun Majlis Rumah Terbuka sambutan anjuran Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Kajang tetap berlangsung meriah dengan ke-hadiran lebih 1,000 penduduk pel-bagai kaum.

Perkarangan Jalan Temenggung 13/9, Bandar Mahkota Cheras, di sini, mula dipenuhi pengunjung seawal jam 10 pagi untuk bersama meraikan perayaan yang sinonim dengan masyarakat Tionghua itu.

Ahli Dewan Negerinya, Hee Loy Sian berkata, beliau teruja dan berbangga menerima kehadiran daripada pelbagai kelompok ma-syarakat, sekali gus membuktikan sokongan terhadap perayaan itu.

“Walaupun kali pertama dia-dakan di Bandar Mahkota Cheras selepas persempadanan semula DUN Kajang, sambutan amat ba-gus kerana ramai datang untuk me-nyambut sambutan ini.

“Saya bangga dengan kehadiran mereka yang sokong perayaan kita, di sini,” katanya.

Terdahulu, majlis itu turut di-hadiri Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming; Naib Presiden KEADILAN merangkap Ketua Cabang Batu, Tian Chua; Ahli Dewan Negeri Bukit Lan-jan, Elizabeth Wong dan beberapa ahli kepimpinan lain.

Suasana turut dimeriahkan de-ngan tarian singa dan tarian tradi-si oleh Persatuan Penduduk Vista

Hill serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Hua, selain penyera-han ‘angpow’ kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang menjadi tradisi perayaan berke-naan.

Sambil menikmati juadah dise-diakan, pengunjung turut dihibur-kan dengan persembahan Hakka Beat, Hakka Song dan Hakka Kung Fu termasuk Ukulele daripada pela-jar SJKC Bandar Sungai Long.

Joget Pahang daripada barisan penari Arcissa Dancers Group dan Tarian Kebudayaan India yang di-persembahkan Natyanjali Art Aca-demy turut memukau pengunjung, pada majlis itu.

�,��� meriahkan Tahun Baharu Cina DUN Kajang

26 hb Februari 2019 (Selasa)Tarikh Lawatan Tapak

11.00 pagi

Hentian Plaza Tol Lembah Beringin44000 Kuala Kubu BahruSelangor Darul Ehsan(GPS: 3°34'25.3"N 101°31'40.1"E)

Waktu Berkumpul /Pendaftaran

Tempat Berkumpul

28hb Februari dan 1hb Mac 2019 (Khamis dan Jumaat)9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari2.30 petang hingga 4.00 petang

Masa dan TarikhPenjualan DokumenTender

7hb Mac 2019 (Khamis)9.00 pagi hingga 4.00 petangPenyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak

Masa dan TarikhPenyerahan DokumenTender

Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tempat Pembelian danPenyerahan DokumenTender

KSSB_18x3col (TENDER NO. T01/2019)9.1.2019_star

KSSB_18x3col (TENDER NO. T01/2019)9.1.2019_sinar

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) adalah organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor. KSSB bercadang untuk membuka tapak operasi baru dan menjemput pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender berikut:-

TENDER NO. T01/2019PELAWAAN TENDER TERBUKA BAGI OPERASI CUCIGALI SUNGAI INKI ‘A’,

BANDAR HULU BERNAM II, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

1. Syarat-syarat kelayakan pemohon: i. Mempunyai alamat berdaftar atau alamat perniagaan di Negeri Selangor; ii. Hanya syarikat berstatus Sdn. Bhd. dan Berhad sahaja layak menyertai tender ini; dan iii. Mempunyai modal berbayar minima RM100,000.002. Harga Dokumen Tender : RM100.00. (Tunai sahaja). Tidak dipulangkan.3. Fi Pemprosesan Tender : RM1,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Tidak dipulangkan.4. Deposit Tender : RM5,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Akan dipulangkan kepada pembida yang tidak berjaya.Catatan: 1. Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan pemohon-pemohon menyertai tender berkenaan. Pemohon-pemohon yang tidak menyertai dan tidak mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender tersebut. Penyertaan lawatan tapak, pembelian dan penyerahan dokumen tender hendaklah dilakukan di atas nama syarikat yang sama. Adalah dicadangkan supaya pemohon-pemohon hadir ke lawatan tapak dengan menggunakan kenderaan yang bersesuaian seperti kenderaan pacuan empat roda. Keselamatan pemohon serta risiko dan kos yang terlibat semasa lawatan di tapak tersebut adalah tanggungjawab pemohon sepenuhnya. Pihak KSSB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, tuntutan dan kecederaan yang timbul daripada lawatan pemohon dan/atau ejen/wakil pemohon ke tapak tersebut.2. KSSB berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan atau membatalkan tender tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan oleh KSSB adalah muktamad.3. KSSB tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi berkenaan tender bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi KSSB bagi sebarang pengesahan dan/atau maklumat lanjut.4. Maklumat lanjut tender boleh diperolehi di laman sesawang rasmi kami www.semesta.com.my

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5518 7735 Faks: 03-5518 7736www.semesta.com.my

Pegawai Bertugas Untuk Lawatan Tapak:En. Mohd Hisham Mohd Ghaus 019-659 2166En. Jafrikhairi Mhd Idris 017-615 6140En. Abdul Hamid Hassan 019-332 2037En. Khairul Hisyam Abdul Halim 012-360 2405

26 hb Februari 2019 (Selasa)Tarikh Lawatan Tapak

11.00 pagi

Hentian Plaza Tol Lembah Beringin44000 Kuala Kubu BahruSelangor Darul Ehsan(GPS: 3°34'25.3"N 101°31'40.1"E)

Waktu Berkumpul /Pendaftaran

Tempat Berkumpul

28hb Februari dan 1hb Mac 2019 (Khamis dan Jumaat)9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari2.30 petang hingga 4.00 petang

Masa dan TarikhPenjualan DokumenTender

7hb Mac 2019 (Khamis)9.00 pagi hingga 4.00 petangPenyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak

Masa dan TarikhPenyerahan DokumenTender

Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tempat Pembelian danPenyerahan DokumenTender

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) adalah organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor. KSSB bercadang untuk membuka tapak operasi baru dan menjemput pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender berikut:-

TENDER NO. T01/2019PELAWAAN TENDER TERBUKA BAGI OPERASI CUCIGALI SUNGAI INKI ‘A’,

BANDAR HULU BERNAM II, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

1. Syarat-syarat kelayakan pemohon: i. Mempunyai alamat berdaftar atau alamat perniagaan di Negeri Selangor; ii. Hanya syarikat berstatus Sdn. Bhd. dan Berhad sahaja layak menyertai tender ini; dan iii. Mempunyai modal berbayar minima RM100,000.002. Harga Dokumen Tender : RM100.00. (Tunai sahaja). Tidak dipulangkan.3. Fi Pemprosesan Tender : RM1,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Tidak dipulangkan.4. Deposit Tender : RM5,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Akan dipulangkan kepada pembida yang tidak berjaya.Catatan: 1. Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan pemohon-pemohon menyertai tender berkenaan. Pemohon-pemohon yang tidak menyertai dan tidak mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender tersebut. Penyertaan lawatan tapak, pembelian dan penyerahan dokumen tender hendaklah dilakukan di atas nama syarikat yang sama. Adalah dicadangkan supaya pemohon-pemohon hadir ke lawatan tapak dengan menggunakan kenderaan yang bersesuaian seperti kenderaan pacuan empat roda. Keselamatan pemohon serta risiko dan kos yang terlibat semasa lawatan di tapak tersebut adalah tanggungjawab pemohon sepenuhnya. Pihak KSSB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, tuntutan dan kecederaan yang timbul daripada lawatan pemohon dan/atau ejen/wakil pemohon ke tapak tersebut.2. KSSB berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan atau membatalkan tender tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan oleh KSSB adalah muktamad.3. KSSB tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi berkenaan tender bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi KSSB bagi sebarang pengesahan dan/atau maklumat lanjut.4. Maklumat lanjut tender boleh diperolehi di laman sesawang rasmi kami www.semesta.com.my

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)

Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5518 7735 Faks: 03-5518 7736www.semesta.com.my

Pegawai Bertugas Untuk Lawatan Tapak:En. Mohd Hisham Mohd Ghaus 019-659 2166En. Jafrikhairi Mhd Idris 017-615 6140En. Abdul Hamid Hassan 019-332 2037En. Khairul Hisyam Abdul Halim 012-360 2405

Walaupun kali pertama diadakan di Bandar Mahkota Cheras selepas persempadanan semula DUN Kajang, sambutan amat bagus kerana ramai datang untuk menyambut sambutan ini

HEE LOY SIANADN Kajang

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

15SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAEEM RAFFI

ALANG tidak berbau', peribahasa Melayu itu acap kali didengar dan sering diingatkan

kepada kita sebelum bertindak melakukan sesuatu.

Namun, sebarang musibah jika ditakdirkan berlaku dalam apa juga situasi tidak dapat tidak untuk kita hindari. Sekadar pe- ringatan, 'sediakan payung se-belum hujan'.

Begitu juga dalam pertimba- ngan seseorang untuk melan-cong. Semua aspek harus di-pertimbangkan termasuk soal kecelakaan ketika mereka se-dang melancong. Ini kerana aktiviti pelancongan semakin mendapat tempat, dalam kala-ngan masyarakat Malaysia.

Pada 2016, dianggarkan se-banyak 11.9 juta perjalanan an-tarabangsa dilakukan rakyat Malaysia dan angka ini dijang-ka meningkat kepada 14.2 juta, pada 2021.

Mengambil pengajaran dari-pada dua peribahasa Melayu di atas, jatuh sakit ketika melan-cong sudah tentu suatu perkara yang tidak diingini.

'M

mana sa-haja me-reka berada

sama ada di dalam negeri

atau luar ne-gara secara per-

cuma.DoctorOnCall adalah sebuah

landasan dalam talian yang me-nyediakan perkhidmatan kon-sultasi kesihatan bersama doktor berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Melalui perkhidmatan dise-diakan, pesakit hanya memer-lukan peranti yang mempunyai akses internet untuk berhubung terus dengan seorang doktor se-cara dalam talian.

Lebih daripada 70 doktor da-ripada pelbagai kepakaran ber-sedia memberikan konsultasi berkenaan penyakit seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta, penyakit jangka panjang seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

Melalui kerjasama ini, peme-gang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection yang berlepas daripada Malaysia akan menik-

Impian mengutip pengalaman dan merakam kenangan indah di negara orang bakal musnah jika kita jatuh sakit atau terbabit, dalam kemalangan.

Imbas kembali, sebuah kisah membabitkan seorang anak yang terpaksa meminta bantuan awam ekoran ayahnya jatuh sakit ketika menghadiri acara gradua-si, di Kota Landon.

Sejumlah RM367,000 diper-lukan untuk menanggung kos rawatan ayahnya yang menga-lami pendarah otak dan strok, j u s te r u m e n u n t u t segera dioperasi, di Hospital Charing Cross, London.

K e b i m b a -ngan utama yang sering d i h a d a p i ketik a be -rada di luar ne- gara adalah masalah komu-nikasi antara dok-tor dengan pesakit serta kos yang bakal dikenakan untuk sesi konsultasi.

Sudah tentu, komunikasi sa-ngat penting sewaktu sesi kon-sultasi antara seseorang doktor dengan pesakit.

Penjelasan terperinci berke-naan masalah dihadapi akan membantu doktor memberikan diagnosis dan preskripsi peru-batan yang baik.

'DoctorOnCall' solusinya

Atas keperluan dan persedia- an ke arah itu, Tune Protect, syarikat penyedia insurans am menjalinkan kerjasama dengan DoctorOnCall.com.my, penye-dia perkhidmatan doktor dalam talian pertama, di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, setiap pemegang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection akan mempunyai akses berhubung dengan doktor bertauliah di

mati konsultasi perubatan de-ngan seorang doktor daripada Malaysia di mana sahaja secara percuma.

Pemegang polisi domestik pula akan menikmati penghan-taran ubat terus ke pintu jika doktor mengeluarkan preskripsi ubat. Hal ini sangat membantu jika ubat-ubatan penting yang memerlukan preskripsi seperti ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan migrain diperlukan ketika se-

dang mengembara."Dengan kerjasama yang su-

dah dimeterai bersama Tune Protect, kini pelancong boleh berhubung terus dengan doktor yang berdaftar dengan Majlis Pe-rubatan Malaysia dan memegang sijil Annual Practising Certificate (APC) yang sah di mana sahaja, bila-bila masa," kata Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama DoctorOnCall, Maran Virumandi.

Pelancong boleh memilih un-tuk mendapatkan perlindungan perjalanan dengan menentukan pelan tahunan bermula daripa-da serendah 50 sen sehari atau pelan terbang bersama AirAsia serendah 80 sen sehari.

Untuk maklumat lanjut berke-naan kerjasama AirAsia Tune Pro-tect Travel Protection bersama DoctorOnCall, sila layari terus https://www.tuneprotect.com/airasia/en/doctoroncall/.

Untuk mendapatkan maklu-mat lanjut berkenaan Docto-rOnCall, lawati laman sesawang mereka pada www.DoctorOn-Call.com.my atau hubungi terus talian 03-84082000.

SUMBER : DoctorOnCall

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH SIDEK RAHIM

Bahasa Telah Mati.

HANYA dengan tiga patah perkataan berwar-na merah di atas secarik kain putih segi empat telah menjemput semangat muda Meor seusia matanya celik. Kedudukan kain tersebut betul-betul setentang dengan katil terikat pada se-batang kayu sepanjang satu setengah meter, walaupun kelihatan tersandar layu tanpa ada angin yang meniup, namun ia akan pasti terus dikibarkan di jalanan seperti hari-hari semalam.

“Pukul 9 pagi, ahh masih terlalu awal untuk bangun,” desis Meor sambil meletakkan kem-bali fonnya di sebelah. Namun dia sedar, walau-pun dia cuba untuk kembali bermimpi di atas tilam empuk, katuk gelap akan membawa se-dikit demi sedikit kepalanya terawang ke dalam mimpi sedar. Ya, semua mimpinya kini dirobek kejam realiti!

Dia berjalan perlahan-lahan ke arah tingkap lalu mengintip di celah bukaan kecil cermin tingkap tersebut, kelihatan beberapa bekasan tayar dibakar yang meninggalkan besi-besi se-lirat dan botol kaca yang berhamburan. Di sini merupakan salah satu kawasan panas sejak ber-mulanya revolusi jalanan.

Meor cuba untuk membuka tingkap lebih luas, namun disebabkan terlalu lama tidak di-kuak, ia tersekat dan hanya sedikit udara yang boleh melalui masuk ke dalam rumahnya men-jadikan biliknya agak berbau dan terpengap. Malah dia bertambah pening apabila memikir-kan wang yang semakin kurang kerana sudah berapa hari dia tidak bekerja. Namun dengan kesengsaraan inilah dia berjaya menjarakkan diri dengan dunia. Tiap keperitan yang dira-sai dan tiap kesengsaraan yang dilalui menjadi saksi pada tiap darah yang mengalir.

Dia melihat sekeliling rumahnya, bebera-pa bekas makanan segera, buku-buku, tin-tin minuman yang kebanyakannya menjadi tem-pat buang abu rokok bersepah. Bila kali terakhir dia mengemas rumah, apakah selepas berlaku-nya revolusi? Dan adakah pengaruh buruk dari luar sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya sendiri? Dia meninggalkan persoalan itu lalu mengambil fon di atas katilnya dan menghantar mesej kepada rakannya, “Datang sini pukul 12”.

Sambil menyalakan rokok, Meor berjalan ke arah bilik satu lagi, tempat pemprosesan gambar. Sebelum ini, ia hanya digunakan un-tuk pemprosesan gambar berskala kecil, untuk ruang lingkup hal-hal peribadi dirinya saja, na-

mun apabila tulisan-tulisannya tidak lagi mampu bersuara dan difahami oleh ma-syarakat dan ada juga disekat oleh peme-rintah, dia menggunakan medium visual untuk berekspesi. Tidak pernah terfikir perkara ini akan berjaya sebegini, hasil kerja Meor dan rakannya Musa dan Mah-fuz memberi sekurang-kurangnya peng-lihatan baru, walaupun masih tidak jelas dan samar, namun memberi kesan pen-ting ketika relativis penulisan tidak lagi dapat menampung makna.

Sesampainya di muka pintu, dia me-renung tajam ke dalam bilik. Gelap dan kosong, semua tingkap ditutup dengan kotak dan yang ada cuma cahaya dari belakang celahan tubuh badan meor terlepas berebut masuk ke dalam. Dia ber-jalan terus ke meja lalu duduk. Berpuluh-puluh gambar malah mungkin beratus gambar berselerak di atas meja tersebut. Dia membelek sebuah zine foto bertajuk KAOS. Dari sebatang pen ke sebuah ka-mera, menculik perasaan manusia lalu dikurung ke dalam kertas. Suara baru pe-kikan manusia bergema di telinga setiap yang memandang. Bukan lagi teriakan za-man perang dan awal pascaperang yang hampir bisu seperti di dalam novel dan cerpen kebanyakan. Dia tidak membenci perkara itu, malah dia juga penulis dan tu-rut menghormati mereka yang ada pada zaman tersebut, namun mengurung ge-nerasi sekarang ke dalam fantasi mereka adalah satu penghinaan.

“Jauh termenung,” tiba-tiba suara me-mecah sepi. Meor menoleh ke belakang lalu mengukir senyum untuk sahabat baik-nya, Musa dan Mahfuz. Mereka berdua

menghampiri Meor, lalu lampu meja di-buka. Mata mereka bertiga tercacap ke sebelah kiri meja, ke sebuah papan gabus yang melekat di dinding, di mana terdapat beberapa keping gambar dipinkan. Bu-kan itu saja, beberapa utas benang putih terikat satu sama lain di antara gambar-gambar tersebut.

Sambil menunjuk ke arah benang yang terikat di antara gambar-gambar tersebut, Mahfuz dengan jujur bertanya “Benang ini untuk apa?”

“Ia untuk memudahkan aku untuk me-nyusun gambar-gambar secara aritmetik ke dalam zine nanti, kau boleh anggap seperti naratif atau apa-apa saja yang me-merlukan masa untuk bergerak, seperti sebuah teka-teki ruang-masa” jawab Meor sambil menyalakan sebatang rokok lagi “Aku lebih suka ia mengalir seperti sebuah cerita,yang berkaitan satu sama lain na-mun pada masa yang sama tidak menolak kepuisiannya,” tambah Meor lagi.

“Bagus idea ini Meor,” celah Musa. “Se-lain itu, struktur teknikal karya kau kali ini berbeza bukan? Maksud aku, gambar yang digunakan bukan sepenuhnya jur-nalistik yang benar-benar terakam di jala-nan, tetapi ada juga antaranya dilakonkan di luar set masa dan tempat yang asli, ti-dak seperti zine KAOS.”

Wajah Meor tiba-tiba teruja lalu bersua-ra “Aku ingin menukang sebuah cereka rea- liti dan inilah makna realiti bagi aku, apa yang kita lihat dan apa yang ingin kita li-hat. Sedar dan separa-sedar. Hmm, kau faham maksud aku?’

“Perihal subjek dan objek - terbitan dari rasionalisme, empirisisme dan konstrukti-

visme-maksud kau? Dan antara sedar atau pun tidak, kau bukan saja merakam memori malah kau turut menanamnya” tanya Musa.

Meor mengangkat kedua-dua bahunya lalu mengalihkan pandangannya ke arah Mahfuz dan menghulur beberapa keping gambar. Mahfuz meletakkan kembali gam-bar tersebut di atas meja,lalu mengambil beberapa utas benang dan menyambung-nya ke beberapa keping gambar di atas papan gabus-kini tiap-tiap aturan gam-bar tidak lagi selari, ia berselirat satu sama lain. “Aku rasa lebih baik begini, seperti yang kau cakap tadi, sedar dan separa-se-dar, walaupun waktu bergerak selari tapi memori tidak, tiap gambar akan bergelut sesama sendiri dan dari pergelutan inilah tercipta ruang untuk kita bernafas dengan bebas” terang Mahfuz.

“Dan dengan simpulan bebenang halus antara memori pembaca dan karya ini, aku berharap kita dapat berkongsi rasa yang sama dan takkan diterkalahkan akan wak-tu sampai bila-bila”

***Mahfuz meletakkan pen. Di sebelahnya

terdapat sebuah coretan dari senaskah su-rat khabar tentang beberapa karya yang diharamkan oleh pihak berkuasa. Di kepa-lanya terakam kembali memori 20 tahun lalu, peristiwa ketika zaman mudanya ber-sama Meor dan Musa. Ya, kita telah berja-ya! Namun simpulan tersebut telah terhurai saat kau selesa di atas singgahsana. Mah-fuz memandang ke depan, ke arah potret mereka bertiga, Bahasa bukan sekecil ru-ang antara perut dan kemaluanmu desis hati kecilnya lagi.

BAJU POLITIK

Politik adalahsekain janji.

Di satu hujungmanik-manik perkaumandisulam bebenang manifestooleh jarum sumpah.

Di hujung lain, kainnyatercarik, bergumpalmenjadi perca ingatan.

Lalu dijahitmenjadi baju,diraga-banggapada rakyatyang telanjang.

Arif Zulkifli

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

17SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Seni

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Hampir 10 pelawak terkenal negara akan menggegarkan Teater Shah Alam sempena teater komedi seram anti dadah ‘Dari Cherok Tok Kun ke Gombak’, pada 22 dan 23 Mac ini.

Pengarah Persembahan, Hasrol Hi- sham berkata, mereka antaranya Ropie, Bell Ngasri, Wan Raja, Mamak Puteh, Ali Puteh, Kumpulan Kiut, Abu Mamu, Abang Gee dan Lanun.

“Persembahan teater kali ini bukan seka-dar hiburan semata-mata, namun semua barisan artis ini akan membawa isu ke- sedaran terhadap masyarakat berkenaan bahayanya dadah.

“Mesej anti dadah kali ini akan disampai-kan melalui pementasan teater yang akan disulami dengan gelak ketawa penonton yang hadir kelak,” katanya kepada Sela- ngorKini.

Hasrol yang juga produser dan juga Pe-ngurus Produksi Persatuan Teater Resdongs berkata, pada masa sama, teater yang bermu-la pada jam 8.30 malam itu juga membawa Juara Gegar Vaganza 2016, Azharina Azhar.

“Azharina juga bakal menyampaikan se-buah lagu pada malam pementasan teater berkenaan.

“Semoga pementasan teater ini dapat me-nyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana terutama belia berkenaan bahayanya najis dadah. Sesungguhnya, sang juara tidak perlukan dadah,” katanya.

Teater berkenaan turut mendapat kerjasa-ma Kerajaan Negeri, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor, PEM-ADAM Pulau Pinang dan Atlas One Events Sdn Bhd.

Orang ramai boleh menghubungi talian 010-7616844, 012-5618434 dan 012-2500101 untuk pembelian tiket, ataupun terus ke la-man sesawang: www.atlasoneevents.com.

SHAH ALAM - Rumah Seni Se-langor (RusSEL) mempelawa orang ramai untuk me- nyertai Bengkel Seni Cetak (Etching) di Chetak 12 Studio, Ampang, pada 25 dan 26 Februari ini.

Program yang mendapat sokongan sepenuhnya daripa-da Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dijadual bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Kurator II RUsSEL, Alina Abdullah ber-kata, bengkel berke-naan akan diajar oleh seniman Sam-sudin Wahab dan Faizal Suhif, dari Chetak 12 Studio.

“Hari pertama bengkel bertumpu kepada teknik peng-hasilan plat cetak, manakala hari kedua pula bengkel mencetak karya goresan (etching) peserta ke atas kertas.

“Peserta boleh memilih sama ada mahu belajar teori sahaja atau prakti-kal,” katanya.

Bayaran penyertaan bagi bengkel be-rasaskan praktikal adalah RM180 terma-suk harga plat selain turut didedahkan dengan bengkel teori secara percuma.

Sebarang pertanyaan dan pendaf-taran, orang ramai boleh menghubungi urusetia (Farez), di talian 012-9367296.

RusSEL anjur Bengkel Seni Cetak bersama seniman

Persembahan ‘Dari Xherok Tok Kun ke Gombak’

Pelawak tanah air bakal gegar teater Shah Alam

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

Pra-Kelayakan Untuk Membina Jalan Menghubungkan Kampung Sri Indah A Ke Jalan Hospital Sungai Buloh (B9) Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

JKR/SEL/(N)/002(T)/2019

(T1)Bumiputra

Kontraktor adalah

diwajibkan berdaftar

dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

CIDB

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01, CE02 &

CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,Kompleks

Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Aras Bawah,

Persiaran Jubli Perak,

Seksyen 17, 40200

Shah Alam, Selangor.

21.02.2019 (Khamis)

Hingga

07.03.2019 (Khamis)

RM50.00

(Draf Bank/Kiriman

Wang/Wang Pos)

Atas Nama

Bendahari Negeri

Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Aras Bawah, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor.

14.03.2019(Khamis)

Sebelum/Pada jam 12.00

Tengahari

*Jenis Pendaftaran :

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala (Berbeza mengikut projek)

Pendaftaran KontraktorKontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan CIDB dani) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dalam Gred 7 Kategori: CE dan Pengkhususan: CE01 & CE21ii) Mempunyai Sijil Taraf Bumiputra (STB) yang sah dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan

(BPKU)iii) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB/UPKJ/PUKONSA

hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh tutup Pra-Kelayakan.iv) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dan BPKU dan menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk

menyertai Pra Kelayakan ini.v) Mempunyai Sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang (Keutamaan Perakuan)

Keupayaan Kontraktor i) Mempunyai Nett Worth melebih 20% daripada Nilai Tahunan Bebanan Kerja (NTBK) atau Modal Pusingan

melebihi 10% daripada NTBK atau Modal Mudah Cair melebihi 3% daripada Anggaran Jabatan (AJ)ii) Mempunyai Nilai Keseluruhan Kerja yang tertinggi bagi projek serupa dalam tempoh lima (5) tahun lepas melebihi

30% dari Nilai Tahunan Beban Kerjaiii) Keutamaan diberikan kepada Kontraktor yang mempunyai pengalaman yang mencukupi iaitu yang serupa

dengan skop kerja dalam tempoh lima (5) tahun lepas serta berpengalaman sebagai Kontraktor Utama serta melaksanakan dan menyiapkan projek Kerajaan/Swasta

iv) Tidak mempunyai rekod prestasi kerja semasa yang sakit dan tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun dari segi tempoh penyiapan projek dan mutukerja

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

18PBT

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Program Eco Free Market anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sam-butan menggalakkan dengan me-narik lebih 1,000 pengunjung, di Dataran Kemerdekaan Seksyen 14, di sini, pada 10 Februari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shah-rin Ahmad berkata, program ju-lung kali diadakan tahun ini turut menarik penyertaan seramai 92 penyumbang dengan memba-wa barang keperluan yang masih berada dalam keadaan baik se- perti pakaian, kasut dan peralatan rumah.

“Matlamat penganjuran pro-gram ini adalah untuk mem-perkenalkan konsep ‘Free Market’ kepada orang ramai selain di-harapkan dapat memupuk sema-ngat dan sifat bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

“Penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma adalah alternatif bagi mengelak-

kan pembaziran serta mengu-rangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.

“Ia juga dapat mengurangkan barangan yang tidak digunakan daripada dibuang dan barangan dibuang akan menyumbang kepa-da peningkatan sampah, di tapak pelupusan sampah,” katanya.

Shahrin berkata, pihaknya juga menampilkan kelainan dengan menyediakan kupon VIP kepada pengunjung yang memeriahkan program sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan itu.

Katanya, penerima kupon VIP boleh membuat pertukaran ba-rang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan su-rat khabar lama.

“Kita berjaya mengumpul se-banyak 74.8 kilogram (kg) barang kitar semula iaitu 36.3 kg botol plastik, 8.5 kg botol kaca, 21 kg su-rat khabar dan 9 kg aluminium,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashi-di Ruslan.

Eco Free Market MBSA

Lebih �,��� pengunjung hadir

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan PJ City Bus sehingga jam 12 tengah malam bagi memudahkan orang awam ke Da-taran Petaling Jaya untuk merai-kan sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri, pada 16 Februari lalu.

Bas dua hala dengan ke-kerapan antara 15 hingga 20 minit bermula di Terminal Bas Taman Medan, LRT Taman Jaya dan LRT Taman Bahagia memba-wa pengunjung ke Dataran Petaling Jaya.

Penolong Pegawai Penguat kuasa MBPJ, Mohd Rizal Mohd Arif berkata, pihaknya juga menyediakan 4,009 petak letak kereta

di sembilan lokasi secara percuma dan ber-bayar buat pengunjung yang datang menaiki kereta serta kawalan lalu lintas.

“Kita menempatkan lima anggota penguat kuasa bagi mengawal ali-

ran trafik di Jalan Persiaran Barat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, manakala jumlah anggota bagi 4 petang se-hingga 12 tengah malam pula seramai 30 orang.

“Bagi lokasi tempat letak kereta, orang awam boleh me-

letakkan kenderaan di Tempat Le-tak Kereta Awam Seksyen 10, Taman

Jaya, AMCORP Mall, PJX, Jabatan Pengangku-tan Jalan (JPJ), Kompleks C, Bangunan Perse-kutuan, ‘On Street Parking’ Seksyen 53 dan Kompleks A,” katanya.

PJ City Bus bantu masyarakatke rumah terbuka

KUALA SELANGOR - Enam lokasi dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ oleh Majlis Daerah Kua-la Selangor (MDKS) kerana mencatatkan kes de-mam denggi tertinggi.

Enam lokasi itu termasuk Kampung Baru Su-ngai Buloh dan Kampung Cina Sungai Janggut di Jeram, Residensi Warnasari dan Lorong Naluri Sukma di Puncak Alam serta Kampung Tiram Se-tia, di Tanjong Karang.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berka-ta, sebanyak 697 kes demam denggi dicatatkan sepanjang tahun lalu, sekali gus memperlihat-kan peningkatan sebanyak 146 kes berbanding 2017 iaitu 551 kes.

“Melihat kepada situasi terbabit, MDKS akan meningkatkan pemantauan dan penguatkua-saan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala

Selangor di premis yang menjadi penyumbang peningkatan kes denggi.

“Penduduk setempat juga dinasihatkan su-paya mengambil berat tentang kebersihan di kediaman masing-masing dengan menjalankan aktiviti gotong royong setiap minggu bagi meng-hapuskan tempat pembiakan Aedes,” katanya.

Sebelum ini, SelangorKini melaporkan Peta-ling mencatatkan kes denggi tertinggi di Sela-ngor iaitu sebanyak 3,023 kes, bermula Januari lalu sehingga kini.

Ia kemudiannya diikuti Klang dengan jum-lah kes sebanyak 2,644 dan Hulu Langat iaitu 1,691 kes.

Sementara itu, Sabak Bernam dan Hulu Sela-ngor mencatatkan jumlah kes denggi terendah iaitu 26 dan 65 kes sahaja.

MDKS serbu lokasi panas

Program Eco Free Market anjuran MBSA terima sambutan menggalakkan daripada masyarakat

SHAH ALAM - Perpustakaan Komu-niti Petaling Jaya (PKPJ) menyediakan perkhidmatan Rumah Buku bagi meng-galakkan budaya membaca dalam ka-langan komuniti, mulai tahun ini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan berkata, perkhidmatan terbaharu itu disediakan di Taman bacaan PKPJ dan berhadapan pintu masuk Muzium Petaling Jaya se-bagai permulaan.

“Dengan berkonsepkan ‘Read & Share’ dan budaya membaca, di mana-mana, Rumah Buku ini memberi pelu-

ang serta ruang kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan tanpa sebarang had, keahlian juga bayaran (FOC).

“Orang awam juga dialu-alukan un-tuk menderma buku di Rumah Buku ini untuk dikongsikan bersama,” katanya.

Beroperasi setiap hari, kemuda-han itu terbuka kepada semua orang awam, bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

PKPJ memaklumkan, pelbagai inisia-tif yang lebih menarik akan menyusul dan memberi manfaat kepada semua khasnya penduduk, di Petaling Jaya.

PKPJ sedia perkhidmatan Rumah Buku

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

19SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Lebih �,��� pengunjung hadir

Misi Central Spectrum

Tetap jadikan Pulau Indah progresif dan modenOLEH NADIAH ZAMLUS

ulau Indah sebagai kawasan elit di Selangor, itulah misi Central Spectrum (M) Sdn Bhd, kata Ketua Pegawai Ekse-kutifnya, Mohamad Razif Ab-

dul Wahab.Menggalas tanggungjawab yang diberi

Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah Pulau Indah yang dipenuhi pokok bakau bermula tahun 1994 itu bukan satu tugas mudah.

Namun, Central Spectrum melangkah semakin gagah apabila berjaya mencipta pelbagai kejayaan termasuk memberi ru-ang kepada sebuah syarikat terkemuka membuat pelaburan berjumlah RM900 juta pada tahun ini, di lokasi sama.

Mohamad Razif berkata, misi menjadi-kan Pulau Indah sebagai kawasan elit juga akan tercapai apabila pihaknya kini mula memfokuskan pembangunan Selangor Bio Bay (SBB), sepanjang 2019.

Katanya, pembangunan bercampur itu termasuk antara pembangunan industri bio teknologi dan juga komponen kedia-man serta pusat perniagaan.

"Pelan yang dirancang sepanjang lima tahun ini sebenarnya memakan masa 15 tahun untuk disiapkan memandangkan SBB mempunyai 1,000 ekar tanah untuk dibangunkan.

"Malah, kita yakin dalam tempoh 15 tahun itu nanti akan wujudnya populasi mencecah 20,000 penduduk, di Pulau In-dah ini," katanya ketika ditemui Selangor-Kini, di pejabatnya, baru-baru ini.

Buka peluang pekerjaan buat rakyat Selangor

Pembangunan berterusan dari Pulau Indah Industrial Park (PIIP) bakal mem-buka pelbagai peluang pekerjaan buat rakyat Selangor terutama dalam bidang berkemahiran tinggi.

SBB yang menekankan pembangunan industri bio-teknologi akan turut memer-lukan individu yang mempunyai kepa-karan khusus kerana sebelum ini mereka kurang mempunyai peluang pekerjaan dengan lebih meluas.

Kemahiran yang boleh dibangunkan

termasuk bidang bio-teknologi, kejurute-raan, teknologi pembinaan, pengurusan projek, landskap serta perancangan ban-dar.

Pembangunan di SBB turut menitikbe- ratkan konsep bandar rendah karbon yang selari dengan Pelan Tindakan Teknolo-gi Hijau Selangor dan menepati aspirasi dasar 'Smart Selangor Yang Peduli'.

Program Penghijauan Taman Industri, di samping mengekalkan anugerah ke-cantikan paya bakau adalah teras pem-bangunan, di SBB.

Mohamad Razif berkata, ini akan men-jadikan Pulau Indah dan Selangor negeri contoh yang mempelopori juga menga-malkan bidang teknologi hijau serta ban-dar industri rendah karbon, di Malaysia.

"Kini, kita yakin pembangunan ini akan memberi mereka peluang cerah, bukan sahaja buat penduduk tempatan, mala-han ia juga akan menarik minat tenaga kerja mahir, dari luar.

"Dari situ, kita akan himpunkan semua kepakaran ini di satu tempat, sekali gus menjadikan Pulau Indah sebagai pusat kepakaran bio-teknologi," katanya.

Mohamad Razif berkata, kini penjua-lan tanah bagi Fasa 3 C PIIP sudah ham-pir habis terjual dan setiap pembeli juga pelabur akan melakukan pembangunan di atas tanah yang sama, dalam tempoh kurang lima tahun.

"Contohnya, pusat pengedaran IKEA yang akan dibuka di Pulau Indah dan di-fahamkan akan membuka lebih 300 pe-luang pekerjaan. Jadi, kita yakin apabila tanah ini akan dibangunkan, maka pelu-ang pekerjaan itu akan sentiasa berteru-san.

"Ia sekali gus menjadi harapan cerah buat rakyat Selangor khususnya yang ma-sih mencari peluang pekerjaan baru," ka-tanya.

Mohon jaringan pengangkutan Pulau Indah lebih baik

Impian menjadikan Pulau Indah se-bagai lokasi elit tidak mungkin menjadi realiti jika jaringan pengangkutan di ka-wasan berkenaan masih lagi sama.

Justeru, Mohamad Razif berharap su-paya Kementerian Pengangkutan, Jabatan

Kerja Raya dengan kerjasama Kerajaan Negeri dapat mewujudkan struktur jalan raya yang lebih baik, di situ.

"Saya tidak nafikan kemalangan ber-laku hampir setiap minggu dan apa yang diharapkan ialah jalan di sini dilebarkan selain mengasingkan laluan antara ken-deraan berat dan ringan.

"Jika diluluskan, secara automatik Pu-lau Indah akan menjadi tumpuan utama, sekali gus menjadi kawasan elit paling menarik yang berlatarbelakangkan pe-mandangan pantai yang indah," katanya.

Teruskan legasi Central Spectrum

Kejayaan demi kejayaan yang ditem-pa syarikat ini sudah tentunya bermula daripada legasi yang ditingalkan terma-suk mantan CEO, Dato' Mahmud Abbas.

Mohamad Razif berkata, meneruskan legasi pemimpin berkaliber itu membuat-kannya berdebar-debar ketika dilantik se-bagai CEO syarikat berkenaan.

"Dato' Mahmud seorang yang amat saya hormati dan sudah tentunya dike-nali seluruh Selangor terutamanya syari-kat besar.

"Terima kasih kepada Kerajaan Ne-geri yang memberi kepercayaan kepa-da saya untuk meneruskan legasi besar ini dan sudah tentunya misi saya dan Dato' Mahmud sama iaitu terus memajukan Pulau Indah dan mencapai matlamat ini melalui kerja berpasukan," katanya.

Central Spectrum syarikat 'unik'

Lelaki berusia 53 tahun itu sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengurus Be-sar Kanan Pemasaran Jualan di syarikat sama, dalam tempoh lima tahun.

Ketika ditemuramah, Mohamad Ra-zif sempat berseloroh bahawa beliau tidak mahu bersara terlalu awal disebabkan keuni-kan Central Spectrum berbanding syarikat lain.

"Saya rasa di Selangor sudah ramai yang tahu, apa bezanya kami dengan 'orang lain'. Ini kerana, kami diantara syarikat pelopor yang memastikan kakitangannya berbasikal.

"Untuk pengetahuan, kini 90 peratus kakitangan kami sudah berbasikal terma-suk mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Pada awalnya ia kelihatan seperti paksaan, namun kini ia adalah aktiviti yang menye-ronokkan buat semua kakitangan," ka- tanya.

Menekankan motto 'Work Hard, Pray Hard and Play Hard', Central Spectrum turut menekankan aspek kerohanian dalam setiap jiwa kakitangannya.

"Perkara sebegini kami sudah lakukan ber-mula daripada zaman Dato' Mahmud lagi dan ia akan diteruskan selepas saya meme-gang jawatan CEO.

"Kegigihan pekerja untuk bekerja, beriba-dah juga beriadah sentiasa dihargai

syarikat dan mereka akan me-nerima ganjaran sewajarnya, setiap tahun.

"Disebabkan itu, saya yakin kejayaan syarikat ini adalah disebabkan keber-katan yang diperolehi," ka-

tanya.

ADVERTORIAL

P

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

20Pendidikan

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SEMENYIH - Sekolah Rendah Aga-ma (SRA) Kampung Batu 3, di sini, terima bangunan baharu selepas bangunan lama bakal dirobohkan bagi pembinaan projek oleh UEM Sunrise Berhad.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bangunan baharu dengan tapak seluas 0.93 hektar itu menelan kos RM8.5 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh UEM Sunrise Berhad.

“Bangunan ini sudah siap se-penuhnya dengan dilengkapi 12 bilik darjah, bilik guru, bilik mesyu-arat, bilik audio dan padang bola yang ternyata memberi lebih kese-lesaan kepada guru serta pelajar.

“Kapasiti bangunan ini mam-pu memuatkan sekitar 450 pelajar pada satu-satu masa lebih besar berbanding, sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangu-nan SRA Kampung Batu 3 oleh UEM Sunrise Berhad kepada Pen-garah Jabatan Agama Islam Selan-gor, Dato’ Haris Kasim, di sini, pada 15 Februari lalu.

Turut diadakan penyampaian pampasan kepada sembilan tuan tanah yang terbabit dengan pe-ngambil alihan tanah bagi jalan masuk ke SRA Kampung Batu 3.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, beliau menyambut baik ini-

PUTRAJAYA - Pegawai Perhubu-ngan Sekolah (PPS) terdiri dari-pada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta melakukan kunjungan ke seko-lah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberi nasihat berke-naan kepolisan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa bukan hanya pada hari perhimpunan sekolah.

Katanya selain hari perhimpu-nan, PPS juga boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu guru besar, bermesyuarat dengan guru atau berjumpa terus dengan pelajar.

“Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian adalah untuk me-mastikan PPS masuk ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kita percaya kehadi-ran polis mampu mengurangkan kes disiplin serta jenayah, dalam kalangan pelajar,” katanya lapor BERNAMA selepas menyempur-nakan Majlis Permuafakatan Ke-menterian Pendidikan dan PDRM di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra-jaya Presint 16 (1), di sini, pada 18 Februari lalu.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa dan Guru Be-sar SK Putrajaya Presint 16 (1), Nori-

UEM Sunrise Berhad biayai sepenuhnya

SRA Kampung Batu � terima bangunan baharu

Pegawai Perhubungan Sekolah atasi isu disiplin

han Ismail.Katanya, program yang berjaya

membantu pihak sekolah mena-ngani isu disiplin dan jenayah itu kini diperkukuhkan dengan pe-ngenalan papan kenyataan PPS di semua sekolah, selepas tiga ta-hun dilaksanakan.

“Semua sekolah digalakkan menyedia dan menggunakan pa-pan kenyataan itu untuk menyam-paikan maklumat kepada pelajar juga polis berkaitan aktiviti serta program yang berlaku, di sekolah terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi

Harun, dalam perutusan yang di-bacakan Rusdi sempena program itu berkata, PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat seperti di-gariskan, dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah.

Antara perkara yang dilakukan ialah mengumpul maklumat dari-pada sekolah untuk diambil tinda-kan oleh kementerian dan PDRM.

“Jika perlu, kita akan melaku-kan rondaan, lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi-kan ceramah berkaitan hal kese-lamatan kepada warga sekolah,” katanya.

Teo Nie Ching menyempurnakan Majlis Permuafakatan Kemen-terian Pendidikan dan PDRM di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

AIS/DD/T1/2/2019

AIS/OS/T6/2/2019

AIS/OS/T7/2/2019

AIS/OS/T8/2/2019

AIS/OS/T9/2/2019

SUPPLY AND DELIVERY OF DATA LOGGERS COMPLETE WITH ACCESSORIES FOR 2019 NRW PROGRAM

PACKAGE F1 – SUPPLY AND DELIVERY OF 23 UNITS OF PROTON SAGA 1.3 STANDARD CVT (AT) IN COTTON WHITE COLOUR COMPLETE WITH ACCESSORIES

PACKAGE F4 – SUPPLY AND DELIVERY OF 100 UNITS OF HONDA WAVE ALPHA AFS110MCSJ

PACKAGE F2 – SUPPLY AND DELIVERY OF 117 UNITS OF TOYOTA HILUX DOUBLE CAB 2.4G (AT) 4X4 COMPLETE WITH ACCESSORIES

PACKAGE F3 – SUPPLY AND DELIVERY OF 8 UNITS OF NISSAN URVAN 2.5L M/T COMPLETE WITH ACCESSORIES

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut:- https://www.syabas.com.my/business/supplier. Emel kelulusan atau sijil pendaftaran kontraktor/pembekal hendaklah dibawa semasa membeli dokumen tender.

Bil. KETERANGAN

1. TAWARAN PRA-KELAYAKAN SEBAGAI KONTRAKTOR PANEL BAGI KERJA-KERJA MENGECAT RUMAH PAM DAN TANGKI AIR

KENYATAAN PRA-KELAYAKAN

siatif UEM Sunrise Berhad dalam membangunkan projek seki-tar kawasan terbabit kerana per-tambahan penduduk akan berlaku ekoran 4,000 unit rumah akan di-bina.

“Dengan pembangunan ini, ia sedikit sebanyak memberi kese-lesaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar selain keadaan sekolah yang lebih kondusif kepa-da pelajar juga guru,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SRA Kampung Batu 3, Jamaludin Si-hab berkata, beliau berterima ka-

sih kepada Kerajaan Negeri dan UEM Sunrise Berhad kerana meng-gantikan bangunan baharu kepa-

da sekolah terbabit.“Ia amat berbaloi kerana seko-

lah ini sudah dibina sejak era 70an

dan pada hari ini kita mendapat bangunan baharu, saya mewakili wakil SRA Kampung Batu 3 men-gucapkan ribuan terima kasih.

“Sehingga kini, bilangan pelajar seramai 192 manakala lapan guru dan ia mungkin akan bertambah memandangkan keadaan kini leb-ih luas berbanding, sebelum ini,” katanya.

Bangunan ini sudah siap sepenuhnya dengan dilengkapi 12 bilik darjah, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik audio dan padang bola yang ternyata memberi lebih keselesaan kepada guru serta pelajar.Kapasiti bangunan ini mampu memuatkan sekitar 450 pelajar, pada satu-satu masaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

21SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

21 - 27 FEBRUARI 201916 - 22 jamadilakhir1440H

21 Khamis 6:00 6:10 7:24 1:30 4:47 7:29 8:39 22 Jumaat 6:00 6:10 7:24 1:30 4:47 7:29 8:39 23 Sabtu 6:00 6:10 7:24 1:29 4:46 7:29 8:39 24 Ahad 6:00 6:10 7:24 1:29 4:46 7:29 8:39 25 Isnin 5:59 6:09 7:24 1:29 4:46 7:29 8:39 26 Selasa 5:59 6:09 7:23 1:29 4:45 7:29 8:39 27 Rabu 5:59 6:09 7:23 1:29 4:45 7:29 8:38

21 Khamis 6:03 6:13 7:26 1:32 4:50 7:32 8:42 22 Jumaat 6:03 6:13 7:26 1:32 4:50 7:32 8:42 23 Sabtu 6:03 6:13 7:26 1:32 4:49 7:32 8:42 24 Ahad 6:02 6:12 7:26 1:32 4:49 7:32 8:41 25 Isnin 6:02 6:12 7:25 1:32 4:48 7:32 8:41 26 Selasa 6:02 6:12 7:25 1:32 4:48 7:32 8:41 27 Rabu 6:02 6:12 7:25 1:32 4:47 7:32 8:41

21 Khamis 6:00 6:10 7:25 1:30 4:47 7:30 8:40 22 Jumaat 6:00 6:10 7:25 1:30 4:47 7:30 8:40 23 Sabtu 6:00 6:10 7:25 1:30 4:47 7:30 8:40 24 Ahad 6:00 6:10 7:25 1:30 4:46 7:30 8:40 25 Isnin 5:59 6:09 7:24 1:30 4:46 7:30 8:40 26 Selasa 5:59 6:09 7:24 1:30 4:45 7:30 8:39 27 Rabu 5:59 6:09 7:24 1:29 4:45 7:30 8:39

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI - Sejumlah RM300,000 dipe-runtukkan kepada 25 masjid dan surau sekitar daerah Hulu Langat dalam usa-ha memperkasakan institusi itu.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari, di Masjid Al-Hasanah, Ban-dar Baru Bangi, di sini, pada !5 Februari lalu.

Lima masjid terdiri daripada Al-Hasanah, Kembong Hilir, Kuala Pajam,

Al-Falah dan Batu 10 Cheras menerima RM20,000.

Manakala 20 surau masing-masing menerima peruntukan RM10,000.

Selesai menyerahkan sumbangan, Amirudin turut menunaikan solat Ju-maat berjemaah diimamkan Imam Masjid Al-Hasanah.

Turut diadakan majlis kenduri rak-yat dan sesi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid sebelum berge-rak ke Rancangan Tebatan Banjir, di Se-menyih.

SEMENYIH - Masjid dan surau di Selangor sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Negeri bagi memastikan institusi terbabit diperkasa dengan pelbagai program keagamaan dan keil-muaan.

Antara langkah diambil ter-masuk memberi sumbangan kewangan bagi membantu pengurusan masjid meran-cang program yang bakal di-anjurkan.

Terbaharu, Masjid Raja Muda Musa di pekan Seme- nyih turut menerima sumba-ngan berjumlah RM20,000 yang disampaikan Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari, pada 15 Februari lalu.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ket-

ua Pegawai Operasi Pemer-bada-nan Menteri Besar Selangor, Soffan Affendi Ami- nudin.

Sebelum itu, di masjid sama,

Amirudin dan Mohamed Az-min menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah bersama penduduk tempatan serta me-nyertai majlis bacaan yassin.

25 masjid dan surau Hulu Langat

Terima sumbangan RM���,���

Kerajaan Negeri perkasa program keagamaan

Bakal haji perlu sahkan statusIPOH - Bakal jemaah haji yang mene-rima surat tawaran menunaikan ru-kun Islam kelima itu perlu memberi pengesahan status mereka di pejabat cawangan Tabung Haji berhampiran, dalam tempoh dua minggu.

Menteri di Jabatan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, mereka yang layak perlu menandatangani surat pengesahan sama ada berkemampuan atau tidak untuk menyempurnakan kerja haji dan ibadah lain ketika, di Tanah Suci.

Katanya, ia penting untuk menge-maskini sistem dan memberi laluan kepada bakal jemaah yang membuat rayuan.

“Sering kali apabila mereka mene-rima surat tawaran, mereka ingat sudah selesai dan boleh pergi tan-pa datang ke pejabat untuk tujuan pengesahan.

“Pengesahan ini penting kerana je-

maah haji yang betul-betul boleh per-gi, nama mereka akan dimasukkan ke dalam sistem, manakala yang tidak boleh pergi, kita akan keluarkan dari-pada senarai serta memberi laluan kepada bakal jemaah yang membuat rayuan,” katanya lapor BERNAMA.

Pada masa sama, beliau turut me-nasihati bakal jemaah haji untuk ti-dak mudah mempercayai berita palsu di media sosial berhubung pelbagai isu yang tular berkenaan Lembaga Tabung Haji.

Beliau berkata, isu yang dibang-kitkan pihak tidak bertanggungja-wab boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian serta rasa cemas orang ramai terhadap agensi berke-naan.

“Saya minta mereka jangan tular berita tidak betul kononnya kera-jaan tidak prihatin terhadap jemaah haji, hendak mansuhkan subsidi

(kos mengerjakan haji), tidak pedu-li orang susah.

“Bagi saya isu yang ditimbul-kan ini lebih kepada politik kerana ada pihak yang sentiasa menung-gang isu agama semata-mata untuk meraih simpati dan sentimen konon-nya kerajaan hari ini tidak prihatian kepada jemaah haji,” katanya.

Pengesahan ini penting kerana jemaah haji yang betul-betul boleh pergi, nama mereka akan dimasukkan ke dalam sistemDR MUJAHID YUSOFMenteri di Jabatan Perdana Menteri

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

22Kebajikan

SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

@ k o t a d a m a n s a r a s i a p p a d a q 1 2 0 2 0

(03) 6419-9888EMPORIS SDN BHD 773888-M

WWW.EMPORIS.COM.MY [email protected]

SCLAND GALLERY @ EMPORISR18, Wisma SCland, Emporis Kota DamansaraPersiaran Surian, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pemaju: Emporis Sdn Bhd (773888-M) • Nama Perumahan: Emporis • No. Lesen Pemaju: 14162-1/11-2019/03017 (L) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 No. Permit Iklan: 14162-1/11-2019/03017 (P) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 • Pegangan Tanah: Komersil, pajakan 99 tahun tamat 27 Disember 2109 Sekatan: Tanah Ini boleh dipindahmil ik , dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri • Gadaian: Publ ic Bank Berhad Tarikh Jangka Siap: Disember 2020 • Harga Jualan: Rm592,000(Min)-Rm1,085,700(Mak) • Bilangan Unit: 616 Unit • Pihak berkuasa yang meluluskan pelan bangunan: Mbpj • No. Pelan Bangunan: Mbpj/120100/T/P10/247/2015 • 10% Diskaun untuk bumiputera • Jenis Pemajuan: 28 tingkat pangsapuri perkhidmatan • Alamat: Emporis Kota Damansara, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan • Iklan ini telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara. Semua maklumat spesifikasi, perspektif, artikel dan rancangan-rancangan yang terkandung dalam bahan dicetak ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atau perunding projek pemaju dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana atau kontrak.

BUMIPUTERADISKAUN

10%OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor akan meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korpo-rat (CSR) bagi memastikan peruntu-kan berjumlah RM49.7 bagi tahun 2019 sampai ke kumpulan sasaran.

Ketua CSR MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, program CSR MBI un-tuk tahun ini akan dilaksanakan seperti ta-hun terdahulu selaras dengan gerak kerja Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

“Kita menumpukan kepada 10 teras program antaranya pendidikan, masjid dan surau, bantuan keperluan asas dan sara hidup, perayaan dan keagamaan serta pembangunan dan kecemerla- ngan sukan.

“Selain itu, program kita turut mem-babitkan perumahan, agensi kerajaan dan anak syarikat Kerajaan Negeri, sumbangan penyakit kronik, program pembangunan masyarakat serta program khas.

“Semua program ini akan kita lakukan

selaras dengan peningkatan peruntu-kan hampir RM50 juta berbanding RM31 juta, tahun lalu. Kita akan bantu kum- pulan yang memerlukan selaras dengan aspirasi Kerjaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, setakat ini hampir RM2 juta sudah dibelanjakan membabitkan program pendidikan serta bantuan mas-jid dan surau yang disalurkan ketika pro-gram turun padang Jelajah Maju Bersama.

Katanya, beberapa program lawatan yang membabitkan pelajar Selangor di luar negara turut dirancang bagi mem-bolehkan mereka turut menerima man-faat daripada pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri.

BESTARI JAYA - Usaha memuliha-ra alam sekitar terus mendapat per-hatian pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) apabila sebanyak 100 pokok berembang ditanam, sepanjang Kolam 1 off river storage Hang Tuah, di sini.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KSSB, Abd Wa-hab Nordin berkata, usaha itu sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat bagi memastikan habitat kelip-kelip sentiasa berkembang biak demi kelangsu-ngan kehidupannya.

“Ia sebagai usaha memulihara serangga kelip-kelip sebagai anugerah alam yang unik.

“Kita juga mahu menguji adakah spesis ini boleh hidup dan membiak di kawasan ini selain di Kampung Kuantan,”

baga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Seramai 200 pelajar dari Poli-teknik Shah Alam turut beker-

jasama menanam 100 berembang itu dan 172

pokok buah-buahan se-lain bergotong royong membersihkan kawasan kolam berkenaan.

Sementara itu, Penga- rah Jabatan Landskap

MKDS, Norazean Abdul Rahman menyambut baik,

sekali gus memuji inisia- tif syarikat berkenaan dalam

usaha membantu kelangsungan spesis serangga itu daripada pupus.

Katanya, pokok berembang adalah habitat kelip-kelip yang utama, di bawah MDKS.

Malah, atas inisiatif membangunkan biodiversiti dan ekosistem berkenaan, semua pihak jelas dili-hat menghargai sumber yang sangat bernilai itu.

“Ini di peringkat percubaan kerana kita faham bahawa spesis kelip-kelip adalah spesis yang sama terdapat di Amazon, spesis ‘rare’ ini juga menjadi tarikan di peringkat antarabangsa dan benua asia.

“Jadi, usaha membangunkan pembiakan spe-sis ini harus dipuji dan diikuti oleh semua pihak,” katanya.

katanya Program Pembersihan Kolam Sumber Air Alternatif (ORS) dan penanaman pokok sempena World Wetlands Day, di sini, baru-baru ini.

Abd Wahab berkata, kelip-kelip adalah hidupan yang sensitif dengan perubahan ekosistem dan sebarang pembangunan yang dijalankan akan memberi kesan kepada bilangan populasi haiwan itu, pada masa depan.

“Usaha ini sedikit sebanyak dapat memu-lihara serta mengekalkan habitat kelip-kelip daripada ancaman kepupusan dan kemus-nahan,” katanya.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan Lem-

OLEH NORHAYATI

UMOR

Program Tanggungjawab Sosial Korporat MBI

Tumpu �� teras program bantu rakyat

ADVERTORIAL

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

23SelangorKini 21 - 27 Februari 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pemain dan pegawai pengurusan pasukan bola sepak UiTM FC melafaz-kan ikrar tidak akan terjebak de- ngan aktiviti rasuah menjual perlawanan bola sepak.

Lafaz ikrar membabitkan pe-main pasukan UiTM FC Liga Per-dana, Piala Presiden dan Piala Belia itu disempurnakan di ha-dapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Sa-lim dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UiTM merang-kap Presiden UiTM FC, Prof Da-tuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Bacaan ikrar itu diketuai Kap-ten Pasukan UiTM FC, Muham-mad Zulkhairi Zulkeply.

Dr Abdullah berkata, amalan rasuah menjual perlawanan bu-kan sahaja memburukkan imej pasukan tetapi turut memberi kesan kepada nama baik Uni-versiti Teknologi Mara (UiTM).

“Sebagai pemain bola sepak, anda perlu pertahankan inte-griti dengan menolak rasuah kerana akan memburukkan imej pasukan dan universiti.

“Rasuah juga akan menye-babkan rakan penaja tidak merasa selesa untuk menerus-kan tajaan mereka,” katanya pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah membabit-

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan Ma-lindo Air bersetuju menjadi rakan pe-nerbangan rasmi bagi pasukan UiTM FC, sepanjang musim 2019.

Presiden UiTM FC, Prof Datuk Dr Abdul-lah Mohamad Said berkata, tajaan itu membabitkan perjalanan pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan Pia-la Belia UiTM FC ketika bertandang ke gelanggang lawan.

“Tajaan ini selama setahun un-tuk kesemua perlawanan ‘away’ yang memerlukan penerbangan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malindo Air ke-rana memberikan sokongan padu ke-

pada UiTM FC,” katanya pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah serta majlis memperkenalkan Malindo Air sebagai rakan penerbangan rasmi UiTM FC, di Dewan Kom-

pleks Sukan UiTM, di sini, pada 12 Februa-ri lalu.

Pada masa sama, beliau ber-harap penajaan itu menjadi

pembakar semangat kepada pemain untuk lebih berusaha mem-berikan persemba-

han terbaik.Katanya, pemain dan pengurusan pa-

sukan juga perlu beretika serta menjaga integriti bagi memastikan nama baik pa-sukan juga UiTM terpelihara.

“Jika anggota pasukan terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, ia akan menim-bulkan perasaan tidak selesa bagi penaja meneruskan tajaan mereka,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Produk Malindo Air, Harris Abdullah.

SHAH ALAM - Pemain pasukan UiTM FC Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia di- ingatkan supaya tidak terjebak dengan sin-diket mengatur perlawanan bola sepak se- perti yang berlaku, pada 1994.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Ahmad Nuri Muda berkata, aktiviti tidak ber-moral terbabit memberi kesan mendalam kepada individu terbabit dan sukan bola sepak negara, ketika itu.

“Pemain UiTM yang ada pada hari ini bertuah kerana berpeluang bermain dalam liga sedangkan ramai lagi pemain yang ber-bakat hanya mampu bermain di peringkat

lebih rendah.“Jangan lepaskan peluang ini dengan

terbabit rasuah kerana pemain mempunyai masa depan cerah jika bermain dengan ber-sungguh-sungguh.

“Jika terbabit rasuah, masa depan akan gelap seperti dialami individu terbabit dalam skandal rasuah bola sepak negara, pada 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah membabit-kan pemain serta anggota pengurusan UiTM FC, di Dewan Kompleks Sukan UiTM, di sini, pada 12 Februari lalu.

Ahmad Nuri berkata, dalam skandal

menggemparkan negara itu, lebih 100 pe-main dan jurulatih disyaki mengatur keputu-san perlawanan dengan 58 pemain digantung daripada terbabit dalam bola sepak selama be-berapa tahun, sehingga seumur hidup.

Katanya, antara hukuman dikenakan pada masa itu membabitkan seramai 21 pemain dan jurulatih dipecat serta ramai dikenakan hukuman buang daerah.

“Skandal itu turut memberi kesan kepada kedudukan pasukan bola sepak kebangsaan yang jatuh dengan teruk, malahan Liga Bola Sepak Malaysia turut dipandang rendah oleh peminat dan pemerhati bola sepak dalam serta luar negara,” katanya.

SEPANG - Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menyasarkan skuad muda negara mampu layak ke pering-kat separuh akhir Kejuaraan B-22 Kon-federasi Bola Sepak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja yang bermula, pada 18 Februari ini.

Beliau berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai jika pemainnya mem-berikan persembahan terbaik pada ke-johanan terbabit walaupun sempat menjalani latihan singkat, selama lima hari sahaja.

“Secara realiti, kita harus bersikap realistik kerana ketiadaan beberapa pemain utama, namun kita cuba un-tuk melayakkan diri ke pusingan se-terusnya.

“Namun, apa lebih penting bagi saya, pemain dapat pendedahan se-belum beraksi pada pusingan kela- yakan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), pada Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum skuad negara berlepas ke Kemboja, di La-pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada 15 Februa ri lalu.

Beliau mendedahkan beberapa pasukan sudah membuat persedia-an awal termasuk Myanmar yang mengambil keputusan menghenti-kan liga mereka selama sebulan bagi memberi laluan kepada skuad B-22 menjalani latihan rapi, selain Indone-sia yang menjalani latihan, sejak dua minggu lalu.

Persiapan skuad B-22 negara se-belum ini dilaporkan terjejas susu-lan keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka bagi mewakili negara pada kejohanan berkenaan.

Kim Swee menyenaraikan 23 pe-main untuk menggalas cabaran ne-gara pada kejohanan berkenaan yang kali terakhir diadakan, pada 2005.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februa-ri diikuti Indonesia (20 Februari), sebe-lum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar, selang dua hari kemudian.

Juara bertahan, Thailand me- ngetuai cabaran kumpulan A ber-sama Vietnam, Timor-Leste dan Fili-pina. Tiga pasukan iaitu Singapura, Brunei dan Laos mengambil keputu-san menarik diri daripada kejohanan berkenaan, namun tidak menyatakan punca mereka berbuat demikian.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas daripada kum-pulan A dan B, layak ke separuh akhir pada 24 Februari, manakala aksi fi-nal dijadual pada 26 Februari, dengan semua perlawanan akan berlang-sung, di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh.

UiTM FC lafaz ikrar bebas rasuah

SPRM singkap skandal ����

Malindo Air rakan penerbangan rasmi UiTM FC

Sasar separuh akhir Kejuaraan B-�� ASEAN

kan pemain dan anggota pe-ngurusan UiTM FC, di Dewan Kompleks Sukan UiTM, di sini, pada 12 Februari lalu.

Sementara itu, Alias berkata, UiTM FC muncul sebagai pasu-kan pertama daripada institusi pengajian tinggi yang melafaz-kan ikrar bebas rasuah.

“Bermainlah dengan penuh

integriti dan bebas rasuah demi nama pasukan anda,” katanya.

“Rasuah juga akan menye-babkan rakan penaja tidak merasa selesa untuk menerus-kan tajaan mereka,” katanya pada program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah membabit-kan pemain dan anggota pe-ngurusan UiTM FC, di Dewan

Kompleks Sukan UiTM di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Alias berkata, UiTM FC muncul sebagai pasu-kan pertama daripada institusi pengajian tinggi yang melafaz-kan ikrar bebas rasuah.

“Bermainlah dengan penuh integriti dan bebas rasuah demi nama pasukan anda,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: SELANGORKINIDIGITAL · sohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Terdahulu, dalam pertemuan san- tai kira-kira sejam bersama Abdul Somad, Amirudin

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Integriti antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Ra-suah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Kenyataan di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan, sebagai

KUALA LUMPUR - Di sebalik pe-ningkatan prestasi pemain mu- da negara, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, tetap ber-keyakinan dapat bersaing untuk merebut slot ke Sukan Olimpik 2020, di Tokyo.

Mengakui berdepan persai-ngan sengit, khususnya daripada Lee Zii Jia dan pemain profesional, Liew Daren, yang masing-masing pada kedudukan ke-28 dan 29 du-nia, Chong Wei yang kini di tangga ke-30, berkata, peluangnya tetap ada untuk membaiki kedudukan.

“Jangan kata saya tidak layak (ke Sukan Olimpik). Sasaran saya

adalah mahu beraksi di Sukan Olimpik buat kali kelima.

“Apa saja boleh berlaku,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu selepas menjalani latihan di Aka-demi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, pada 11 Februari lalu.

Beliau memberi contoh ke-jayaan dua beregu negara pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang membuat kejutan apabila meraih pingat perak.

“Ketika itu kontinjen dan Per-satuan Badminton Malaysia

(BAM) hanya sasar satu pingat sa-haja iaitu saya. Jadi jangan berpu-tus asa. Dalam kejohanan besar, banyak pemain membuat keju-tan,” katanya.

Pemain berusia 37 tahun itu turut memohon kepada semua pihak supaya memberikan soko-ngan moral kepada pemain ne-gara berbanding membebankan mereka dengan tekanan yang ti-dak perlu.

Pada masa sama, Chong Wei mengesahkan beliau akan mem-buat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia pada April ini selepas berehat panjang

susulan kanser hidung yang dihi-dapinya.

Mengenai perkembangan la-tihannya, Chong Wei berkata, fokusnya ketika ini ialah menin-gkatkan semula kecergasan otot serta ketahanan fizikalnya.

“Tahun ini sangat penting un-

tuk semua pemain kerana tum-puan adalah layak ke Sukan Olimpik. Jika tiada peningkatan dalam setiap kejohanan tahun ini, peluang untuk perbaiki kedudu-kan semakin sukar jadi pemain perlu tunggu empat tahun lagi untuk ke Olimpik,” katanya.

Chong Wei yakin ke Olimpik

Presiden FAS, baginda berikrar me-matuhi buku panduan integriti bagi mengekang gejala rasuah, dalam arena bola sepak tempatan.

“FAS adalah pasukan pertama mewujudkan pelan strategik integ-riti iaitu buku panduan integriti akan menjadi rujukan kepada semua pegawai dan pemain Red Giants yang merangkumi skuad futsal, Piala Belia, Piala Presiden dan Liga Super.

“Kandungan utama dalam buku

berkenaan termasuk menerangkan secara terperinci berhubung makna integriti, nilai integriti dan rasuah.

“Antara cadangan awal SPRM yang sedang diteliti bagi mem-perkukuh integriti pemain ialah tele-fon bimbit pemain disimpan empat jam sebelum perlawanan sebagai langkah mengelak berlakunya ge-jala rasuah atau mengatur perlawa-nan, dalam Liga Malaysia (Liga M),” tulisnya.

Foto

Sum

ber:

Face

book

Sel

ango

r Roy

al O

ffice

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI