mediaselangor edaran selangorkinidigital · shah alam - islam memandang serius perbuatan fitnah...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 27 Jun - 3 Julai 2019, 23 - 29 Syawal 1440 Menteri Besar alu-alu- kan cadangan rakyat Selangor kukuh bawah kepimpinan Amirudin Dalami al-Quran bersama Teacher Iylia Labohan Dagang atasi isu air Kuala Langat MUKA 3 MUKA 5 MUKA 10 MUKA 17 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle- luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling keji. Berdasarkan kandungan khutbah Jumaat bertajuk ‘Fitnah Membawa Punah’ yang diterbitkan Unit Khutbah Bahagian Pengu- rusan Masjid, Jabatan Agama Islam Sela- ngor (JAIS) menyatakan, Allah SWT mene- gaskan perkara itu di dalam al-Quran me- nerusi surah al-Qalam ayat 10 dan 11. “Al-Quran dan hadis sudah lama mem- peringatkan tentang bahayanya dan berat- nya azab perbuatan fitnah. “Sesungguhnya fitnah itu satu perbuatan keji dan diancam oleh Allah SWT dengan balasan azab yang pedih. Ini berdasarkan nas-nas syarak yang melarang dan mengeji perbuatan menyebar fitnah,” katanya. Kandungan khutbah menyebut penabur fitnah juga bakal mendapat azab Allah SWT dan tidak akan masuk syurga. Khatib turut menyatakan, penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat menjadi punca perpecahan dan perbalahan ummah yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Umat Islam turut diingatkan supaya ber- pegang teguh kepada ajaran Islam dan jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh syarak termasuk yang boleh mendatangkan fitnah. “Kita sebagai umat Islam hendaklah sen- tiasa meyakini bahawa setiap perkataan dan perbuatan kita akan dipertanggungjawab- kan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak. “Umat Islam dilarang menyebarkan fit- nah kerana fitnah boleh menimbulkan per- pecahan dan perbalahan,” katanya. Amirudin menerima taklimat berhubung Loji Rawatan Air Labohan Dagang yang berfungsi membekalkan air ke daerah Kuala Langat. Berita lanjut muka 3. Foto oleh Remy Ariffin EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: truongduong

Post on 18-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 27 Jun - 3 Julai 2019, 23 - 29 Syawal 1440

Menteri Besar alu-alu-kan cadangan rakyat

Selangor kukuh bawahkepimpinan Amirudin

Dalami al-Quran bersama Teacher Iylia

Labohan Dagang atasiisu air Kuala Langat

MUKA 3 MUKA 5 MUKA 10 MUKA 17

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se-bagai orang paling keji.

Berdasarkan kandungan khutbah Jumaat bertajuk ‘Fitnah Membawa Punah’ yang diterbitkan Unit Khutbah Bahagian Pengu-rusan Masjid, Jabatan Agama Islam Sela- ngor (JAIS) menyatakan, Allah SWT mene-gaskan perkara itu di dalam al-Quran me-nerusi surah al-Qalam ayat 10 dan 11.

“Al-Quran dan hadis sudah lama mem-peringatkan tentang bahayanya dan berat-nya azab perbuatan fitnah.

“Sesungguhnya fitnah itu satu perbuatan keji dan diancam oleh Allah SWT dengan balasan azab yang pedih. Ini berdasarkan nas-nas syarak yang melarang dan mengeji perbuatan menyebar fitnah,” katanya.

Kandungan khutbah menyebut penabur fitnah juga bakal mendapat azab Allah SWT dan tidak akan masuk syurga.

Khatib turut menyatakan, penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat menjadi punca perpecahan dan perbalahan ummah yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Umat Islam turut diingatkan supaya ber-pegang teguh kepada ajaran Islam dan jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh syarak termasuk yang boleh mendatangkan fitnah.

“Kita sebagai umat Islam hendaklah sen-tiasa meyakini bahawa setiap perkataan dan perbuatan kita akan dipertanggungjawab-kan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak.

“Umat Islam dilarang menyebarkan fit-nah kerana fitnah boleh menimbulkan per-pecahan dan perbalahan,” katanya.

Amirudin menerima taklimat berhubung Loji Rawatan Air Labohan Dagang yang berfungsi membekalkan air ke daerah Kuala Langat. Berita lanjut muka 3. Foto oleh Remy Ariffin

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

2Utama

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Pesanan Sultan Selangor untuk jemaah haji

Jangan sebar rasa tidak puas hati di media sosial

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan jemaah haji supa-ya tidak sewenang-wenangnya menyebar berita dan ketidakpua-san hati di media sosial.

Baginda bertitah, perlakuan sedemikian hanya akan merumit-kan keadaan serta tidak akan me-nyelesaikan masalah.

“Beta juga menyeru tuan-tuan dan puan-puan saling bergan-ding bahu, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Elakkan dari bertengkar, ber-gaduh dan melakukan perkara yang boleh menimbulkan keke-cohan, supaya ibadat haji yang bakal dilaksanakan berjalan de-ngan lancar dan sempurna,” titah baginda.

Baginda kemudiannya turut berkenan menyempurnakan Kursus Haji Perdana Tahun 1440H/2019M Peringkat Sela-ngor di Masjid Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah di sini, pada 23 Jun lalu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Dato’ Sri Zukri Samat.

Baginda turut mengucapkan syabas kepada TH atas kesung-guhan dalam memastikan keba-jikan jemaah haji negara sentiasa terpelihara.

Titah baginda, setiap tahun perkhidmatan dan prasarana disediakan bertaraf dunia dan diiktiraf sebagai yang terbaik.

“Jemaah harus bersyukur de-ngan adanya sebuah badan se-perti TH yang menjaga kebajikan jemaah haji negara dan jika ada sebarang kekurangan, berbin-

canglah dengan pegawai TH se-cara baik.

“Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada jemaah kerana terpilih untuk menunaikan haji,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Sela- ngor turut mengingatkan je-maah supaya menjaga kesiha-tan bermula dari sekarang.

“Lakukan senaman ringan, dapatkan rehat secukupnya dan ikutlah nasihat doktor dalam penjagaan kesihatan termasuk makan ubat supaya kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Apabila sampai nanti, lipat gandakan penjagaan kesiha-tan dan jika ada masalah kesi-hatan, segeralah ke klinik-klinik TH di Makkah atau Madinah un-tuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan ianya berlarutan,” titahnya.

QFish tawar ikan serendah RM�� sekilogram

PUTRAJAYA - Rakyat berpeluang membe-li ikan serendah RM10 sekilogram selepas kerajaan bersetuju melaksanakan Program QFish ke seluruh negara, tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan ketika Mesyua-rat Majlis Tindakan Sara Hi-dup Negara (NACCOL) pada 25 Jun lalu.

Katanya, Program QFish bertujuan menstabilkan har-ga ikan dan mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna.

“Melalui program ini, kita akan meng-gunakan teknologi pembekuan ikan secara ‘Individual Quick Freezing’ bagi menjamin kualiti dan kesegaran, kemudian ikan me-lalui teknik pembekuan ini akan dijual apa-bila bekalan kurang.

“Program ini dijangka mampu mengawal harga ikan antaranya kembung, selar, pela- ling dan selayang dengan harga jualan adalah sekitar RM10 sekilogram,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas me-ngetuai Mesyuarat NACCOL di Bangunan Perdana Putra.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kesi-hatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, hasil tinjauan menteri berkaitan mendapa-ti ada di antara peniaga bertindak sesuka

hati menjual harga ikan pada kadar tidak menentu.

“Saya dimaklumkan ketika tinjauan ada ikan kembung yang dijual pada harga berbeza iaitu RM11 dan RM22 untuk sekilogram.

“Oleh sebab itu Program QFish ini mampu membantu rakyat dan kita menyasarkan untuk meningkatkan penge-luaran kapasiti ikan daripada 561 tan metrik (MT) kepada 3,500MT setahun.

“Justeru, NACCOL ber-setuju untuk menerima cadangan penambahbai-kan bagi mengembangkan

Program QFish ke seluruh negara,” katanya.

Melalui program ini, kita akan menggunakan teknologi pembekuan ikan secara ‘Individual Quick Freezing’ bagi menjamin kualiti dan kesegaran, kemudian ikan melalui teknik pembekuan ini akan dijual apabila bekalan kurang. Program ini dijangka mampu mengawal harga ikanDR WAN AZIZAHTimbalan Perdana Menteri

Fikir dahulu sebelum kongsiSHAH ALAM - Kesahihan sesebuah be-rita perlu dipastikan sebelum disebar atau dikongsi kepada umum khususnya menerusi laman sosial kerana ia boleh mendatangkan fitnah jika perkongsian itu tidak tepat.

Ini kerana kepesatan perkem-bangan media sosial baru seiring dengan kemajuan dan kemodenan kini telah mula membentuk satu ge-jala yang sangat membim-bangkan masyarakat.

Berdasarkan kandungan khutbah Jumaat bertajuk ‘Fit-nah Membawa Punah’ yang diterbit-kan Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pada 21 Jun lalu menyatakan:

“Pada zaman teknologi dunia tanpa sempadan ini segala perkara, peristiwa dan berita mudah disebarkan dengan cepat, meluas dan mudah. Hanya dengan perantaraan media sosial seperti Face-book dan WhatsApp, ia dapat disebar-kan ke seluruh dunia dalam beberapa saat sahaja.

“Ditambah dengan sikap tidak mahu ketinggalan maka ‘berita sensasi’ atau ‘berita panas’ terus disebarluaskan dan ditokok tambah tanpa sebarang usul periksa.

“Hakikat sebenarnya, berita-berita tanpa sebarang pengesahan dan pem-buktian adalah fitnah-fitnah yang dise-barluaskan,” katanya.

Intisari khutbah turut menyebut, fit-nah membawa banyak keburukan dan ia adalah dosa manusia sesama manusia.

Selain itu, fitnah juga boleh merosak-kan persaudaraan, menyebabkan ke-adaan menjadi kucar-kacir bahkan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

“Allah SWT tidak akan mengampun dosa pembuat dan penyebar fitnah

kecuali individu yang difitnah telah memberikan kemaafan.

“Betapa berat kesan pe-nyebaran fitnah itu kerana ianya boleh mengakibatkan

jatuhnya maruah seseorang individu, tokoh atau kumpulan

tertentu.“Bermula dengan fitnah, hubungan

adik beradik, suami isteri, jiran tetangga dan sebagainya rosak akhirnya hancur bahkan membentuk permusuhan yang berkekalan hingga mengganggu gugat keamanan negara.

“Oleh itu, marilah sama-sama kita melakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat berpandukan syariah dari-pada melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT yang akhirnya membawa musibah ke-pada negara dan merugikan ummah,” katanya.

Mutakhir ini, budaya fitnah dijadikan pihak tidak bertanggungjawab sebagai medium untuk mewujudkan memecah-kan masyarakat menerusi penyebaran berita palsu.

Lebih mendukacitakan, perkongsian maklumat tidak tepat itu sering diulang semula tanpa disedari hingga mengaki-batkan segelintir pihak percaya tanpa melakukan unsur periksa.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Penuhi keperluan daerah, kawasan berkaitan

Labohan Dagang atasi isu air Kuala Langat

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANTING - Pihak yang mendak-wa kononnya projek pembangu-nan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang sebagai satu pembaziran akhirnya terpaksa menelan kata-kata sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal ini berikutan projek menelan kos RM587 juta itu membolehkan daerah Kuala La-ngat mendapat bekalan air sendiri dan tidak lagi bergantung kepada LRA Sungai Selangor.

“Kecaman dan dakwaan itu adalah tidak berasas kerana me-reka yang membuat kecaman itu tidak memahami perancangan jangka panjang yang menjadi tang-gungjawab sesebuah kerajaan.

“Dengan siapnya LRA Labohan

MB ketuai delegasi Selangor ke PerancisSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, melawat Pejabat Airbus Bizlab di Toulouse dalam rangka lawatan kerjanya ke Pe-rancis, pada 21 Jun lalu.

Amirudin berkata, Airbus Bi-zLab adalah rangkaian pemacu industri aeroangkasa bagi pe- ringkat global.

“Di sini usahawan dan syarikat pemula niaga dapat meningkat-kan transformasi idea inovatif ke-pada perniagaan yang memberi pulangan.

“Sejak 2015, ia telah memacu syarikat pemula bernilai 19.5 juta euros (RM91.75 juta),” tulisnya di laman Twitter.

Turut sama dalam rombongan itu ialah EXCO Pelaburan, Perin-dustrian, dan Perdagangan In-dustri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris dan CEO Pemerbadanan Menteri Besar, Raja Shahreen Raja Othman.

Airbus BizLab adalah pemacu industri aeroangkasa di peringkat antarabangsa dan sejak empat ta-hun lalu sudah mengendalikan 72 syarikat pemula niaga aeroangka-sa serta 54 projek dalaman Airbus.

Program yang dijalankan sela-ma enam bulan itu turut berlang-sung di empat lokasi termasuk

Toulouse (Perancis), Hamburg (Jer-man), Bangalore (India) dan Mad-rid (Sepanyol).

Terdahulu SelangorKini me-laporkan, Kerajaan Negeri mahu semua pihak bekerjasama bagi mencapai sasaran memperoleh RM175 bilion pendapatan indus-tri aeroangkasa, menjelang 2030.

Amirudin berkata, pihak berkaitan seperti institusi pe- ngajian tinggi, pusat latihan, sek-tor swasta dan sebagainya harus bergabung bagi membantu Ke-rajaan Negeri dalam menjayakan sasaran itu.

Pada masa sama, katanya, ma-sih ada banyak lagi ruang yang boleh diteroka bagi memba-ngunkan industri aeroangkasa di Selangor.

Sebelum ini, Selangor turut menyasarkan menjadi tiga hab aeroangkasa terbaik dalam usa-ha menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Pada Belanjawan 2019, Ami-rudin turut mengumumkan Gu-gusan Industri Aeropolis dan Aeroangkasa di antara sembilan gugusan utama di negeri ini.

Antara lokasi gugusan berke-naan ialah kawasan Lapangan Ter-bang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), Subang.

Ketua kampung tradisi terima watikah pelantikanSHAH ALAM - Seramai 292 orang Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor menerima watikah pe-lantikan yang disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Berlangsung di Banquet Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah di sini, pada 24 Jun lalu, semua penerima itu adalah kumpulan pertama ke-tua kampung tradisi yang dilantik bagi sesi 2018/2020 dengan mula berkhidmat pada 1 Oktober tahun lalu hingga 31 Disember 2020.

Perkhidmatan ketua kampung tradisi Selangor adalah tertakluk kepada Garis Panduan Ketua Kam-pung Tradisi dan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Ne-geri Selangor serta pekeliling dan keputusan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

Penyampaian watikah pelanti-kan bagi kumpulan kedua seramai 79 orang ketua kampung tradisi akan dilaksanakan selepas urusan dokumentasi diselesaikan dan lu-lus tempoh percubaan selama enam bulan.

Setiap ketua kampung tradisi

Dagang (Fasa 1) ini, Kuala Langat akan mendapat bekalan air sendiri sebaliknya sebelum ini, daerah ini adalah kawasan di hujung sistem bekalan air dan tidak ada satu loji khusus untuk menampung per-mintaan air.

“Kuala Langat termasuk ka-wasan Klang adalah kawasan ter-akhir dalam sistem agihan air dari LRA Sungai Selangor Fasa 1 dan 3.

“Sebelum ini, jika berlakunya gangguan bekalan Kuala Langat adalah kawasan terakhir akan pulih kerana ia berada di hujung sistem bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan LRA Labohan Dagang di tapak loji itu di sini, 25 Jun lalu.

Amirudin berkata, dengan ada-nya LRA Labohan Dagang, masalah

bekalan air di kawasan Kuala La- ngat dan Klang dapat diatasi se-mentara bekalan air daripada Sungai Selangor Fasa 1 dan 3 bo-leh ditumpukan kepada kawasan Lembah Klang.

Katanya, LRA Labohan Dagang juga secara berfasa akan me-ngambilalih bekalan air dari LRA Sungai Semenyih ke kawasan Be- ranang, sebahagian kawasan Hulu

Langat dan pembangunan baha-ru di sepanjang Lebuh Raya Lekas.

“Dengan kaedah ini, LRA Seme-nyih boleh membantu pembekalan ke kawasan Subang Jaya.

“Manakala bekalan air dari Loji Labu boleh ditumpukan sepenuh-nya untuk menampung perminta-an pengguna yang semakin pesat di Lapangan Terbang Antarabang-sa Kuala Lumpur,” katanya.

Amirudin: Tegas heret dalang videoSHAH ALAM - KEADILAN Sela-ngor menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terha-dap dalang yang menyebar video ‘palsu’ didakwa berkait seorang menteri kanan.

“Pihak berwajib juga perlu menyekat penularan video dan memberi amaran keras kepa-da pihak yang terus-menerus mensensasikan fitnah ini kepada khalayak awam,” kata Pengerusi-nya, Amirudin Shari.

Beliau mengulas penyebaran beberapa siri video sejak dua minggu lalu, termasuk klip yang

dikaitkan dengan pemimpin terbabit di laman lucah.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar, menyifatkan pe-nyebaran itu “jelek dan keji” yang semakin “melampau dan memualkan”.

“Kini, politik menjadi medan fitnah bukannya sebagai wasilah kepada kemaslahatan awam,” ka-tanya dalam satu kenyataan, 26 Jun lalu.

Beliau menyarankan perlawa-nan politik seharusnya berlaku secara sihat dengan menawar-kan idea yang mengangkat mar-

tabat rakyat dan negara.“Komplot politik jahat yang

mengheret rakyat ini seharusnya tidak berlaku lagi di era Malaysia Baharu ini,” katanya.

Amirudin berkata, ketika rak-yat dan seluruh negara meng-harapkan politik yang memberi harapan untuk perubahan dan pembangunan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Amalan politik sedemikian mencemarkan kesucian agama, tradisi dan budaya serta kemasla-hatan rakyat khususnya umat Is-lam di negara ini,” katanya.

yang juga Pengerusi MPKK mene-rima elaun bulanan RM1,200 dan tertinggi berbanding negeri lain.

Malahan, setiap MPKK Ne-geri Selangor juga menerima RM20,000 daripada Kerajaan Ne-

geri dan tambahan RM10,000 dari-pada Kerajaan Persekutuan bagi program kemasyarakatan, kebaji-kan, keceriaan dan keperluan lain demi manfaat kampung serta pen-duduk setempat.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

4Utama

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

PENASIHAT Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN Fathi Aris Omar

PENGARANG Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera, Hafizan Taib & Aishah Amin

WARTAWAN: Nazli Ibrahim [email protected], Afix Redzuan [email protected],

Norhayati Umor [email protected], Sheeda Fathil [email protected]

Nadiah Zamlus [email protected] Muzammil [email protected]

JURUGAMBAR Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK Mohd Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANANNadhrah Azlan [email protected]

Syahir Khadri [email protected]

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Pertama seumpamanya di negara ini

Selangor bangun ‘Smart Farming’ OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG - Selangor sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila akan mewujudkan ‘Smart Farming’ yang pertama seum-pamanya di negara ini.

EXCO Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, projek perintis pertanian bandar di bawah agro bandar itu dijangka bermula pada Ogos ini.

Katanya, tambah menarik apa-bila projek tanaman dan ternakan itu akan menggunakan teknolo-gi moden dengan penggunaan aplikasi melalui gajet bagi me-ngawal kerja tanaman seperti penggunaan baja juga air.

“Kami sasarkan projek ‘Smart Farming’ ini akan menghasilkan produk pertanian bermutu tinggi.

Antara tanaman awal kita cadang-kan ialah tembikai eksotik yang harganya agak mahal.

“Paling penting melalui projek pertanian ini, ia akan menggu-nakan kaedah lestari yang tidak membenarkan penggunaan racun sebaliknya hanya mikroorganisma lebih semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Jamuan Aidilfitri Kawasan Dewan Undangan Negeri Pandan Indah di Dewan Cempaka, di sini, pada 23 Jun lalu.

Ir Izham berkata, ‘Smart Farm-ing’ kini di peringkat akhir kerja pengurusan pelan dan dijangka memulakan pelaksanaannya di ka-wasan Pandan Jaya.

“Ia akan siap dalam tempoh tiga bulan dan jika ia berjaya, maka kita akan melaksanakannya ke tempat lain.

“Kebun ini akan diuruskan

Sultan Sharafuddin rai �� tahun Toyota MalaysiaKLANG - Duli Yang Maha Mu-lia (DYMM) Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Se-langor, Tengku Permaisuri Nora-shikin, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia yang berlang-sung di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) Plant 2 Bukit Raja, pada 25 Jun lalu.

Baginda menyempurnakan maj- lis pelancaran dengan menandata-ngani plak perasmian sambil disak-sikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; Duta Jepun Ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa; Ketua Pegawai Eksekutif China dan Asia Tengga-ra Toyota Motor, Tatsuro Ueda dan Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Semua tetamu kehormat dibawa melawat kawasan ASSB Plant 2 bagi melihat lebih dekat operasi pembuatan model ba-haru Toyota Vios dan Yaris di sini yang mula beroperasi secara ras-mi, pada 2 Januari lalu.

Pada majlis sama, UMW Toyo-ta Motors Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan model terba-haru Toyota Yaris kepada Sela-ngor Youth Community (SAY).

Mengimbau sejarah Toyota di Malaysia, syarikat permotoran

ini mula bertapak pada 1968 dengan operasi ASSB di Sek- syen 15 Shah Alam meneru-si pembuatan model pertama Toyota Corolla KE10.

Pada tahun 1982, UMW Cor-poration Sdn Bhd dan Toyota

menjalinkan usahasama dengan modal berbayar RM59 juta meneru-si pegangan saham 51 peratus UMW Corporation, 39 peratus To-yota Motor Corporation dan 10 peratus Toyota Tsusho Corporation.

ASSB di Shah Alam menghasil-kan 38,000 unit kenderaan se-tahun dengan kekuatan tenaga kerja 1,125 kakitangan dan dua waktu bekerja.

Manakala ASSB Plant 2 di Bukit Raja berkeluasan 67 hektar adalah pelaburan terbaharu bernilai RM2 bilion UMW Toyota Motors Sdn Bhd dengan sasaran penghasilan 50,000 unit kenderaan setahun.

Pusat pemasangan terbaru ini menggunakan teknologi automo-tif terkini, mesra tenaga, perseki-taran kerja selamat dan pekerja berkemahiran tinggi.

Fidlot tangani isu lembu berkeliaranSERDANG - Kerajaan Negeri me-ngambil pendekatan tepat untuk memindahkan hampir 5,000 lembu ternakan membabitkan 82 penter-nak di Selangor dari penempatan asal ke ladang khas fidlot secara ber-peringkat, mulai tahun ini.

EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, pelaksanaan untuk tem-poh empat tahun itu sebagai lang-kah membendung masalah lembu berkeliaran yang mengundang ka-cau ganggu penempatan penduduk.

“Sebuah penempatan khas di-jangka siap pada Ogos ini di Olak Lempit, Banting membabitkan 25 penternak yang akan masuk ke ladang penternakan berkenaan,

manakala selebihnya dibuat secara berperingkat.

“Kita juga akan mengenal pasti beberapa daerah dan tanah yang ada untuk membangunkan infra-struktur ini termasuk menyediakan seluas 2.02 hektar (lima ekar) tanah bagi setiap penternak.

“Selepas empat tahun, kita tidak akan membenarkan lagi mana-ma-na lembu penternak yang merayau,” katanya ketika ditemui pada Seminar Keusahawanan Penternakan Untuk Masyarakat India, di Auditorium Ju-rutera Raden Umar, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Koperasi Penternak dan Agro Selangor Berhad, Ravindran Nadesan; Pakar Tenusu, Dr

Vijaya Jayam dan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal, Mazwan Johar.

Ir Izham berkata, pendekatan tradisional dalam sektor penter-nakan lembu sudah tidak relevan pada masa kini, sebaliknya aspek ba-haru yang lebih moden perlu diguna pakai bagi meningkatkan pulangan pendapatan penternak.

“Tanah di Selangor agak terhad dan mahal, jadi konsep pembangu-nan serta ternakan perlu dilihat dari-pada aspek lebih moden.

“Walaupun rumit, kita perlu ada penyelesaian kerana sekiranya tidak diatasi ia mungkin akan berterusan dalam tempoh lebih lama, selain mengambil kira usaha penternak di tanah berkenaan,” katanya.

oleh individu atau syarikat yang bersesuaian dan saya pasti projek perintis pertanian moden di ban-dar ini akan menarik lebih ramai anak muda,” katanya.

Kami sasarkan projek ‘Smart Farming’ ini akan menghasilkan produk pertanian bermutu tinggi. Antara tanaman awal kita cadangkan ialah tembikai eksotik IZHAM HASHIMEXCO Insfrastruktur dan Ke-mudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas TaniEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Azam tingkat hasil negeri

Amirudin alu-alukancadangan rakyatOLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Sempena seta-hun menggalas tanggungjawab selaku Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari, mengalu-alukan mak-lum balas dan cadangan daripada rakyat supaya pentadbirannya sentiasa berjalan lancar.

Amirudin dalam kenyata-an berkata, beliau berazam un-tuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rak- yat Selangor menerusi pelbagai program, sekali gus menjadikan negeri itu damai sentosa.

“Setahun yang lalu, saya diberi amanah menggalas tanggung-jawab sebagai Dato’ Menteri Be-sar Selangor ke-16.

“Dengan penuh tekad, saya berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, mem-berdaya rakyat Selangor meneru-si Program Inisiatif Peduli Rakyat

serta mensejahtera negeri de-ngan suasana Selangor yang da-mai dan sentosa,” tulisnya dalam kenyataan menerusi ‘posting’ di Instagram.

Sementara itu, Amirudin ber-kata, beliau turut mengharap-kan dokongan dan sokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta dan seluruh kepimpinan Selangor.

“Justeru dokongan dan so-kongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta, serta kepimpinan Selangor di seluruh peringkat amat saya harapkan.

“Saya amat mengalu-alukan maklum balas serta cadangan terutama daripada rakyat supa-ya pentadbiran ini akan sentiasa mengutamakan agenda kemak-muran bersama,” katanya.

Pada masa sama, beliau opti-mis semoga usaha untuk merea-lisasikan agenda Selangor Maju

Bersama dapat dicapai sebaiknya.“Saya memanjatkan doa supa-

ya kita semua diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk menerus-kan usaha memakmurkan Sela-ngor. Semoga kita kekal seiringan dalam usaha kita merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya.

Pada 19 Jun lalu, Amirudin genap setahun menggalas tu-gas sebagai Dato' Menteri Besar Selangor ke-16 susulan kemena-ngan luar biasa Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menggantikan tempat Dato' Menteri Besar sebelum-nya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang terpaksa melepaskan jawatan itu apabila Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memerlukan khidmat beliau bagi menggalas tugas lebih besar di peringkat Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Beri peluang MB laksana amanahKETUA kampung antara tonggak utama dalam memastikan kelancaran kawasan sekitar dan daerah. Majoriti mereka mendokong aspirasi yang dilaksanakan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, dalam memastikan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan diterima rakyat di se-luruh pelusuk Selangor.

Mohd Saifful Abu Kair, 51Penghulu Mukim Tanjung Karang 1 dan 2,

"Ada pembangunan di Selangor dan kita perlu beri peluang beliau melaksanakan tugas secara berpe-

ringkat. Kita faham situasi semasa dan perlu beri masa memperkukuh ekonomi semasa.

Ahmad Fahmi Mat Som, 53Ketua Kampung Sungai Tengi Kanan Darat,

"Keprihatinan beliau terhadap golongan seperti ibu tunggal dan warga emas tetap diteruskan. Seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), ahli berdaftar kini merasai Jom Shopping berbanding dahulu hanya RM2,500 selepas mening- gal dunia. Saya menyokong perubahan inisiatif supaya dinikmati rakyat.

Rafizi Jamro, 42Penghulu Mukim Ampang

"Dalam tempoh setahun ini, banyak dasar Kera-jaan Negeri dibaik pulih. Saya harap kecemerlangan

prestasi Selangor dapat diteruskan dan mengekalkan kedudukan sebagai negeri termaju di Malaysia.

Ruslin Md Zin, 61Ketua Kampung Keliang, Kalumpang,

"Perjalanan pentadbiran dan pengurusan yang bagus. Semua arahan juga sampai jelas kepada ke-tua kampung. Kekurangan yang ada boleh diperbaiki dan yang penting semua teguran perlu diambil tindakan.

Ahmad Faiz Mustapa Kamal, 31Ketua Kampung Sungai Kembong

"Saya suka cara pemerintahan beliau. Dia me-nambah baik beberapa program sedia ada. Ke-

sinambungan gerak kerja daripada Dato' Menteri Besar terdahulu memberikan manfaat kepada Selangor.

Tekad sejahterakan SelangorSHAH ALAM - Kerajaan Negeri bertekad meningkatkan penca-paian hasil serta memberdayakan rakyat Selangor menerusi Pro-gram Inisiatif Peduli Rakyat dan mensejahtera Selangor dalam suasana damai juga sentosa.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pentadbiran amat memerlukan dokongan dan sokongan padu penjawat

awam, kakitangan swasta, ser-ta kepimpinan negeri seluruh peringkat bagi menjayakan misi terbabit.

“Setahun yang lalu, saya di-beri amanah menggalas tang-gungjawab sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16.

“Dengan penuh tekad, saya berazam untuk meningkat-kan pencapaian hasil negeri,

memberdaya rakyat Selangor menerusi Program Inisiatif Peduli Rakyat serta mense-jahtera negeri dengan suasana Selangor yang damai dan sen-tosa,” tulisnya di laman media sosial Facebook beliau.

Amirudin turut mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan terutama dari-pada rakyat supaya pentadbi-

ran sentiasa mengutamakan agenda kemakmuran bersama.

Beliau juga memanjatkan doa supaya warga negeri termaju itu diberikan kekua-tan dan kebijaksanaan untuk meneruskan usaha memakmur-kan negeri.

“Semoga kita kekal seiringan dalam usaha merealisasikan agenda Selangor Maju Bersa-

ma,” katanya.Pada 19 Jun lalu, genap seta-

hun Amirudin dilantik sebagai Dato' Menteri Besar menggan-tikan Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali yang menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran baru Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

6Maju Bersama

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Tambah baik program bantuan

Keprihatinan MB cetus keyakinanOLEH ZAREEF MUZAMMIL

Keprihatinan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, dalam menambah baik pelbagai program kebajikan di

bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) menam-bah keyakinan rakyat Selangor untuk terus mendukung dasar yang diketengahkan be-liau. Ia bertepatan dengan konsep #Sela- ngorMajuBersama yang digagaskan beliau dalam usaha peduli rakyat.

Anwar Nekhan, 46

"Walaupun baharu, saya yakin beliau boleh diketengahkan secara lebih baik kerana banyak bukti yang sudah nampak contohnya pelaksanaan Rumah Idaman dan beberapa inisiatif daripada peduli rakyat ditambah baik seperti Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIs).

"Sistem pendidikan wajar diberi peneka- nan khususnya kepada golongan B40 su-paya mampu memberi kebaikan kepada rakyat melalui sistem baharu dalam pendi-dikan selain meneruskan usaha kesihatan di bawah SELGATE.

Jamayan Hassan, 59

"Beliau pemimpin muda dan masih ba-haru, jadi rakyat tidak boleh menilai kera-na masih terlalu awal. Tetapi saya nampak beliau seorang yang mesra rakyat, jika kita memberi sokongan kepada beliau mungkin pemerintahan menjadi lebih baik.

"Beliau perlu adakan banyak program di sekitar Selangor dan jangan terlalu memil-ih tempat sebaliknya perlu melihat tempat sesuai untuk turun ke padang melihat ma-salah rakyat. Sekurang-kurangnya mereka dapat memberi cadangan untuk kebaikan masyarakat setempat.

Bahrin Mohd, 50

"Beliau perlu kerap turun padang melihat masalah terutama di 36 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan memantau masyarakat yang tidak berkemampuan. Dari situ, beliau akan dapat menjalani proses ke-matangan untuk mentadbir negeri ini me-lalui aktiviti turun padang.

Ashidi Tarmizi, 46

"Beliau pimpinan muda yang sentiasa mengambil berat tentang masa depan anak

muda selain sering mendapatkan pendapat daripada belia dan orang dewasa supaya kehidupan masyarakat mendapat hak yang sama.

"Pentadbiran beliau menuju ke puncak yang lebih cemerlang dengan Selangor te-rus maju dan berjaya. Saya berharap rakyat terus membantu beliau supaya mencapai wawasan diidamkan.

Fatin Nur 'Izzati Zulkifli, 28

"Aspek perumahan antara impak sangat besar yang dilihat sangat membantu rak-yat sejak beliau mentadbir Selangor. Beliau seorang pemimpin yang mengutamakan keperluan dan memahami kesusahan rak-yat untuk memiliki rumah, jadi dikenalkan Rumah Idaman oleh Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI).

Nur Nazihah Zainal Abidin, 36,

"Saya berharap Dato' Menteri Besar dapat meneruskan kecemerlangan legasi mantan sebelum ini. Beliau dilihat masih meneruskan meneruskan legasi itu dengan melaksanakan pelbagai bentuk program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Siti Nur Azzwa, 33

"Semoga beliau dapat meneruskan pen-tadbiran cemerlang dan menambah baik apa-apa yang masih perlu dipertingkatkan. Sehingga kini, saya melihat beliau banyak menggalas komitmen baik dalam menye-lesaikan isu air yang sering dihadapi rakyat negeri ini.

"Diharapkan program inisiatif demi ke-baikan akan dapat diteruskan lebih jitu supaya kita sebagai rakyat menikmati ke-hidupan tanpa sebarang masalah.

Ahmad Nur Haqim, 32

"Tahniah kepada Dato' Menteri Besar ke-rana sudah setahun menggalas tugas ini dan berharap beliau dapat memberi khidmat le-bih baik pada tahun mendatang. Untuk ta-hun ke hadapan mungkin ada lebih banyak inisiatif baharu yang rakyat Selangor bakal dinikmati di bawah pentadbiran beliau.

Nur Wahida Bakhtiar, 34

"Tahniah atas kejayaan dikecapi selama setahun menerajui Kerajaan Selangor. Saya berharap beliau dapat meneruskan agenda memperkasa ummah dan kebajikan kepa-da rakyat.

Ramlan Abdul Razak, 44

"Golongan asnaf sememangnya mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri melalui skim zakat atau badan bu-kan kerajaan (NGO) sendiri tampil memban-tu, terutama pada Ramadan lalu. Semoga ini menjadi titik tolak kejayaan Selangor di bawah kepimpinan beliau dengan menerus-kan program bersama rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama7SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Skim Smart Sewa

LPHS beli hampir �,��� rumah OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG - Sebanyak 993 unit rumah dibeli Lembaga Perumahan dan Hartanah Sela-ngor (LPHS) untuk dijadikan program Skim Smart Sewa setakat ini.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Ban-dar, Haniza Talha berkata, pembelian unit rumah yang bakal disewakan menerusi skim berkenaan membabitkan peruntu-kan RM210 juta sepanjang tempoh empat tahun bermula 2016 sehingga tahun ini.

Katanya, sebanyak 341 unit disewakan dengan kadar sewaan bermula RM450 se-hingga RM700 sebulan daripada keseluru-han unit itu.

“Tambahan sebanyak 161 unit rumah juga sudah diterima Perumahan dan Har-tanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) yang se-dia untuk disewakan.

“Semua unit ini terdapat di hampir ke-banyakan lokasi popular yang mempunyai permintaan untuk sewa unit di Selangor antaranya Rawang, Kajang, Kuala Selangor, Klang, Puchong dan Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Skim Smart Sewa Dan Sambutan Hari Raya Ai-dilfitri di Pangsapuri Asteria, Bandar Park-lands, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif LPHS, Sr Nazmi Osman dan Pemangku Pengurus Be-sar PHSSB, Wan Mohd Fadzli Mohd Yusoff.

Terdahulu, seramai 70 keluarga mene-rima manfaat Skim Smart Sewa di pang-

sapuri terbabit selepas menerima kunci yang diserahkan sendiri Ahli Dewan Nege-ri Lembah Jaya itu.

Pada masa sama, Haniza berkata, skim berkenaan adalah salah satu inisiatif Ke-rajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa sambil menyimpan.

Katanya, setiap penyewa akan menyewa

untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan tempoh maksimum sewaan adalah selama lima tahun.

“Penyewa akan mendapat balik 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan bersih yang dibayar apabila kon-trak sewaan tamat dan tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

“Pengembalian 30 peratus ini memboleh-

kan penyewa menggunakannya sebagai bayaran deposit untuk pembelian Rumah SelangorKu.

“Ia dilihat sebagai jalan mudah un-tuk penyewa membeli Rumah Sela- ngorKu kerana PHSSB akan menyerahkan senarai nama kepada LPHS untuk diberi keutamaan bagi membeli unit Rumah Sela- ngorKu,” katanya.

��� kediaman Selangorku di AmpangAMPANG - Sebanyak 800 unit Rumah Se-langorku bakal dibina di Kampung Lem-bah Jaya Utara, di sini, sejurus pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar–Hubungan Timur (EKVE) dijangka siap sepenuhnya, Julai 2020.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Ban-dar, Haniza Mohamed Talha berkata, projek berkeluasan 0.76 hektar itu membabit-kan pembinaan dua blok RSKU kategori c berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dijual pada harga RM180,000.

“Pembangunan di kawasan itu turut membabitkan pembinaan rumah kos ren-dah, sederhana dan berpendapatan tinggi oleh pemaju Ampang Heights Holdings Sdn Bhd berkeluasan 69.1 hektar.

“Sebanyak 0.76 hektar diperuntukkan untuk RSKU, 6.07 hektar untuk EKVE dan selebihnya projek perumahan lain,” kata-nya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan RSKU Ampang Height, di sini, baru-baru ini.

Mengulas sama ada jualan rumah ter-babit akan dibuka kepada orang ramai, Haniza berkata keutamaan akan diberi-kan khas buat warga Ampang.

Pada masa sama, beliau turut berpuas hati dengan lokasi pembinaan rumah mampu milik terbabit yang memiliki ke-mudahan infrastruktur serta dihiasi kecan-tikan alam semula jadi.

“Saya optimis pemaju dapat mengekal-kan kecantikan alam semula jadi di sini dan memasukkan unsur pemuliharaan supaya ia tidak musnah.

“Malah, penduduk juga bakal menikma-ti pelbagai kemudahan kerana saya lihat tapak ini berdekatan klinik, masjid dan ka-wasan komersial serta akses ke lebuh raya yang bakal siap tidak lama lagi,” katanya.

Pembangunan di kawasan itu turut membabitkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan berpendapatan tinggi oleh pemaju Ampang Heights Holdings Sdn Bhd berkeluasan 69.1 hektar. Sebanyak 0.76 hektar diperuntukkan untuk RSKU, 6.07 hektar untuk EKVE dan selebihnya projek perumahan lainHANIZA TALHAEXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

8Nasional

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

BATU KAWAN - Kerajaan me- ngambil langkah berjaga-jaga dan tindakan pencegahan bagi me-mastikan tiada penyebaran pe-nyakit demam babi Afrika (ASF) ke negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, walaupun buat masa ini Malaysia masih bebas daripada pe-nyakit ASF, namun wabak itu telah dilaporkan di beberapa negara ji-ran seperti China, Vietnam, Laos dan Korea Utara.

Bagaimanapun, menurutnya Malaysia mempunyai zon penam-pan dan bebas daripada wabak itu buat masa ini kerana Thailand ma-sih belum mencatatkan kes penya-kit ASF.

“Sehingga 20 Jun 2019, enam wabak ASF telah dilaporkan di Asia iaitu China, Mongolia, Viet-

KUALA LUMPUR - Menteri Per-tahanan, Mohamad Sabu berka-ta, kementerian yang diterajuinya sedia bekerjasama dengan Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM) berkenaan siasatan urus niaga ‘land swap’ membabit-kan tanah-tanah milik kemen- terian itu.

Beliau berkata, SPRM bebas memanggil siapa sahaja daripa-da kementerian itu untuk mem-bantu siasatan.

“Kalau SPRM minta kerjasama untuk kita bagi maklumat tamba-han kita akan bekerjasama,” ka-tanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini, pada 24 Jun lalu.

Mohamad berkata, kemente-rian menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu. Bekas Menteri Per-

Sedia kerjasama isu ‘land swap’

tahanan, Datuk Seri Hishammud-din Hussein dilapor memberi keterangan selama tujuh jam kepada SPRM di Putrajaya pada 23 Jun lalu berhubung isu berke-naan.

Februari lalu, Kementerian Per-tahanan mendedahkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabit-kan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997. – BERNAMA

Wabak ASF: Malaysia ambil langkah berjaga-jaga

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang perbincangan berkenaan isu per-alihan kuasa dalam pertemuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri An-war Ibrahim, pada 24 Jun lalu.

Dr Mahathir berkata, sebaliknya pertemuan dengan Presiden KE-ADILAN itu hanya membincang-kan isu biasa.

“Kita cuma cakap biasa sahaja.

Tidak bincang peralihan kuasada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC, Tanvir Gill, sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu ter-capai, Dr Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga ta-hun.”

Ditanya pemberita pada 24 Jun lalu mengapa beliau menyatakan tempoh tiga tahun berbanding

dua tahun sebelum ini, Dr Maha-thir berkata: “Saya tak kata tiga tahun, saya kata saya perlukan tempoh untuk betulkan kerja.”

Dalam catatan di laman Face-book beliau, Anwar berkata, per-temuan yang berlangsung di Putrajaya itu menyentuh antara lain beberapa isu termasuk usaha memacu pelaburan domestik dan asing. -BERNAMA

nam, Kemboja, Korea Utara dan Laos. Di Vietnam, wabak ASF per-tama dilaporkan pada 19 Februari lepas dan sehingga kini 2.5 juta ekor babi telah dimusnahkan.

“Hanya satu wabak ASF dilapor-kan di Kemboja yang mengakibat-kan 2,400 ekor babi dimusnahkan atau mati akibat wabak ASF. Di Ko-rea Utara, wabak ASF pertama di-laporkan di sebuah ladang babi pada 23 Mei lepas di mana 77 dari-pada 99 ekor babi di ladang terse-but mati akibat wabak itu.

“Laos telah melaporkan wabak pertama ASF pada 20 Jun lepas di tujuh ladang di jajahan Saravane. Sekarang hanya tinggal satu zon penampan iaitu Thailand. Kami bimbang kalau Thailand dapat jangkitan, mungkin wabak ini akan masuk ke Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mela-

wat Ladang Ternakan Babi Wong Brothers, di sin, pada 24 Jun lalu.

ASF adalah penyakit haiwan yang boleh menyebabkan kema-tian hampir 100 peratus babi dan babi liar.

Sejak negara China mengu-mumkan kes pertama ASF di ja-jahan Laoning pada 3 Ogos 2018, sejumlah 136 wabak telah di- laporkan di 32 jajahan yang me- ngakibatkan 1.133 juta ekor babi di negara itu dimusnahkan.

Sim berkata, sebagai langkah pencegahan kemasukan virus ASF ke dalam negara, Jabatan Perkhid-matan Veterinar telah mengeluar-kan surat larangan pengimportan babi serta produk babi dari Chi-na (12 November 2018), Poland dan Belgium (17 Januari 2019), Thailand dan Vietnam (23 Januari 2019) serta Kemboja (4 April 2019).

PUTRAJAYA - Tujuh sasterawan negara menerima Elaun Penghar-gaan Bulanan RM5,000 sebagai menghargai sumbangan mereka menaikkan martabat Bahasa Me-layu dalam perkembangan kesu-sasteraan tanah air.

Mereka ialah Datuk Seri Dr A Samad Said; Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baha-ruddin Zainal; dan Datuk Dr Zuri-nah Hassan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan telah me-luluskan peruntukan tambahan, untuk RM5,000 sebulan seorang, kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaan elaun sara hi-dup itu yang bermula bulan ini.

“Elaun ini diharap dapat mem-bantu menjamin kebajikan, me-mastikan kesejahteraan dan memberi keselesaan kepada semua Sasterawan Negara agar terus menyumbangkan idea, pe-

Menghargai Sasterawan Negara

Terima elaun RM�,��� sebulanmikiran, keilmuan dan sumba- ngan karya bermutu tinggi untuk tatapan masyarakat,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Elaun Peng-hargaan Bulanan itu kepada sas-terawan berkenaan, di sini.

Turut hadir pada majlis di Ke-menterian Kewangan itu ialah Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Men-teri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Kewangan, Da-tuk Amiruddin Hamzah; dan Tim-balan Menteri Pendidikan,Teo Nie Ching.

Sementara itu, Anwar berkata, pemberian elaun penghargaan ini merupakan satu inisiatif yang membanggakan.

“Ini sekali gus memberi mesej yang jelas kerajaan Pakatan Hara-pan, sementara menumpu perha-tian pada pertumbuhan ekonomi, tidak meninggalkan malah tetap mempertahankan keutuhan ba-hasa kebangsaan sebagai bahasa

rasmi dan juga mengangkat mar-tabat sastera negara kita supaya dapat dinikmati oleh khalayak ra-mai,” katanya.

Salah seorang penerima, A Sa-

mad berkata, mereka tidak men-jangka akan diberi penghargaan kewangan yang begitu munasa-bah.

“Yang terpenting, tentunya ke-

Tiada apa-apa. Tiada pasal tu (per-alihan kuasa),” katanya ketika dite-mui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings, di sini.

Dalam temu bual dengan ste-sen berita CNBC, Perdana Menteri dipetik berkata, kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malay-sia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepa-

menterian sendiri mengharapkan wang ini tidak mematikan kita se-bagai sasterawan, malahan me-numbuhkan (sumbangan kepada negara),” katanya. – BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

9SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

10Maju Bersama

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

Selangor adalah negeri yang sen-tiasa mencuri tumpuan bukan sahaja rakyat setempat, mala- han menjengah ke pelabur antara-

bangsa. Sejak dikuasai PAKATAN sejak 2008, pentadbiran utama negeri sudah dipimpin tiga Dato' Menteri Besar termasuk Amirudin Shari yang dilantik pada 19 Jun 2018.

Beliau menggantikan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang diberi amanah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Sempena setahun pentadbirannya, ikuti temubual eksklusif SelangorKini dengan Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau menyifatkan "Selangor will be in safe hands" di bawah kepimpi-nan Amirudin.

SelangorKini: Apa pandangan Dato’ berkenaan pro-gram kebajikan Kerajaan Negeri sepanjang seta-hun di bawah pen-tadbiran Dato’ Menteri Besar Se-langor yang baru ini?

Mohd Amin: Seperti yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sela-ngor Tahun 2019 yang lalu, program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sedia ada akan dijajarkan dan ditambah baik.

Antara program IPR yang dijajarkan semu-la adalah Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Peduli Sihat dan pemberian air percuma kepada golongan B40.

Hal ini bagi mengoptimumkan sumber kewangan sediaada selain kita juga per-lu memastikan golongan sasaran untuk penerima IPR ini adalah yang benar-benar memerlukan sahaja serta tidak menerima bantuan daripada jabatan atau agensi lain yang menawarkan bantuan kepada golo-ngan miskin seperti Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apakah pendekatan dan dasar yang di-tekankan oleh Dato’ Menteri Besar yang Dato’ lihat dan apakah kesannya?

Saya ingin meminjam kata-kata hikmat pendeta China, Lao Tzu yang berbunyi “Give a man a fish and you can feed him for one day. Teach him how to fish and you can feed him for a lifetime”.

Aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk memberdayakan rakyat supaya mereka bo-leh “self-sufficient” dan “sustainable” dengan tidak bergantung sepenuhnya kepada Ke-rajaan Negeri untuk meneruskan kelang- sungan hidup.

Setahun pentadbiran MB

Selangor kukuh bawah kepimpinan Amirudin

Hal ini dapat dilihat dengan program Hijrah Selangor yang m e ny a l u r k a n

bantuan pinja-man kepada usa-

hawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

sehingga berjaya mem-berdayakan pembangunan

ekonomi rakyat dengan kadar bayaran balik pinjaman sebanyak 80 peratus.

Selain itu, keprihatinan Dato’ Menteri Be-sar berkenaan masalah perumahan rakyat di negeri ini berjaya menarik minat pemaju pe-rumahan untuk melaksanakan “joint venture” dengan Pemerbedanan Menteri Besar (MBI) untuk membina Rumah Idaman Rakyat Se-langor yang bukan sahaja mampu milik te-tapi dengan prasarana yang cukup lengkap.

Dasar kerajaan negeri dan aspirasi Dato’ Menteri Besar ini dapat diterjemahkan de-ngan kejayaan Selangor mencatatkan rekod pelaburan yang terbesar dalam sejarah pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM18.947 bilion berbanding RM5.592 bilion pada tahun 2017.

Apakah yang Dato’ jangkakan berkenaan kemajuan Selangor di bawah teraju Dato’ Menteri Besar dalam tempoh lima tahun?

Setiap pemimpin pasti mempunyai gaya kepemimpinan dan aspirasi yang ber-beza. Namun, saya percaya Dato’ Menteri Besar sekarang pasti akan meneruskan kesinambungan kemajuan pembangunan Selangor yang sudah dirintis oleh menteri-menteri besar sebelum ini.

Hal ini dapat dilihat dengan pengumu-man strategi baharu yang boleh diterokai bagi merancakkan ekonomi negeri yang dinamakan Klusterisasi Negeri Selangor.

Objektif utama pelaksanaan klusterisasi ini adalah untuk memantapkan kekuatan

di suatu kawasan tumpuan dengan mem-fokuskan kelebihan sedia ada melalui pe- nyeragaman persamaan bagi melengkap-kan aksesibiliti dan prasarana fizikal yang berkaitan.

Terdapat 10 kluster yang disenarai pendek dalam strategi pembangunan gugusan di Selangor ini.

Di antaranya adalah Kluster Aeropolis dan Aeroangkasa, Kluster Industri Automotif dan Industri Sokongan serta Kluster Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk menghadapi gelombang Revolusi In-dustri 4.0 yang menekankan pembangunan aras tinggi dan pintar.

Ini dapat dilihat dengan rancangan pelaksanaan Selangor Wide Area Network (SWAN) iaitu Jaringan Jalur Lebar Berkela-juan Tinggi Gigabit untuk menghubungkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan semua agensi, jabatan dan pejabat seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua anak syarikat Kera-jaan Negeri.

Dalam menuju ke arah sebuah negeri pintar atau Smart State pada tahun 2025 nanti, selain menumpukan kepada pem-

bangunan fizikal, Dato’ Menteri Besar juga sangat mengambil berat berkenaan pemba-ngunan modal insan dan kelestarian alam sekitar.

Pelbagai inisiatif dan program jangka pendek dan jangka panjang sudah dirang-ka bagi memastikan kemajuan di Selangor ini adalah tuntas selain sentiasa bergerak seiringan.

Secara peribadi, saya percaya Dato’ Men-teri Besar sekarang mempunyai gagasan yang mampu membawa Selangor untuk terus kekal sebagai negeri peneraju atau 'benchmark' di negara ini.

Apa pandangan Dato’ terhadap idea-idea yang dibawakan Dato’ Menteri Be-sar dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?

Jujurnya, pada saya idea yang dikete-

ngahkan beliau sentiasa segar, ‘vibrant’ dan beliau juga mempunyai nilai empati yang tinggi selain sentiasa mendengar panda-ngan atau idea lain daripada semua pihak terutama penjawat awam di Selangor ini.

Saya percaya di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar sekarang, “Selangor will be in safe hands.”

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda11SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Pada 23 Oktober 2016 berlangsung majlis pe-cah tanah projek pem-bangunan ini. Projek ini berjaya disempurnakan dengan baik. Majlis ini

adalah suatu ‘momentous event’ kerana ia menjadi bukti kepada kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan per- khidmatan air berkualiti dan cemerlang ter-utama perkhidmatan bekalan air berteru-san untuk keperluan pengguna domestik serta industri.

Perkhidmatan bekalan air adalah agen-da utama Kerajaan Negeri dan komitmen ini diterjemahkan melalui peruntukan ta-hunan Kerajaan Negeri. Sejak tahun 2016, Kerajaan Negeri sudah memperuntukkan hampir RM1.5 bilion untuk pembangunan perkhidmatan bekalan air sehingga tahun 2020.

Setakat ini, dua pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) sudah disempurnakan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri menggunakan rizab negeri iaitu LRA Semenyih 2 dan LRA Labohan Dagang yang jumlah keseluruhannya diperuntukkan se-banyak RM800 juta.

Dengan bangganya Kerajaan Negeri dapat menyiapkan LRA Labohan Dagang (Fasa 1) dengan kapasiti air terawat seba- nyak 200 Juta Liter Sehari (JLH). Pembinaan LRA Labohan Dagang ini dimulakan pada bulan Julai 2017 dengan kos pembangunan termasuk kos pengambilan tanah dianggar-kan sebanyak RM587 juta.

Kerajaan Negeri akur bahawa kejayaan sesuatu projek pembangunan bukan ber-landaskan kepada saiz atau nilai sesebuah projek semata-mata. Kejayaannya harus diu-kur berdasarkan kepada impak pembangu-nan kepada rakyat.

Kita harus memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Falsafah pemba- ngunan yang syumul sebegini harus sen-tiasa menjadi asas kepada agenda pemba-ngunan negeri.

Ahli ekonomi terkenal Mariana Mazzuca-to dalam bukunya ‘The Value of Everything’ yang pernah saya ungkapkan sebelum ini

dalam ucapan belanjawan turut menekan- kan peranan utama yang dimainkan oleh kerajaan dalam mencipta nilai kepada eko-nomi dan pembangunan kepada rakyat.

Walaupun perancangan projek ini dibuat dalam waktu yang singkat, pelaksanaan-nya masih tidak mengenepikan sama sekali prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif.

Justeru itu, bagi mendapatkan kontraktor yang berkemampuan, mahir dan berpenge-tahuan serta menawarkan harga yang ‘value for money’, kontraktor dipilih melalui tender terbuka yang telus.

LRA Labohan Dagang ini dibina di atas tanah seluas 26 hektar. Loji ini dibangunkan dengan reka bentuk dan dilengkapi kompo-nen serta peralatan berteknologi tinggi dan dioperasikan sepenuhnya secara automa-tik bagi menyalurkan bekalan air terawat ke Wilayah Kuala Langat yang selama ini menerima bekalan melalui LRA Semenyih, LRA Labu dan LRA Sg. Selangor.

Loji ini memiliki empat unit Kolam Taku- ngan Utama, empat unit Rumah Pam Air Mentah, sebuah Tangki Pengudaraan, dua unit Tangki Percampuran yang dilengka-pi ‘static mixer’ dan lapan unit Tangki Pe- ngentalan atau ‘Flokulasi’ dan lapan Tangki Enapan jenis ‘plain sedimentation tank’ yang dilengkapi dengan ‘hydraulic scrapper’ dan ‘air lift system’.

Loji ini juga dilengkapi dengan 20 unit Tangki Penapis daripada jenis ‘Rapid Sand Gravity’ serta sebuah Tangki Pembasmian Kuman dan air bersih selain memiliki ke-mudahan bagi proses rawatan enapcemar.

Loji ini juga memiliki empat unit pam yang akan mengepam dan menyalurkan air terawat ke Kolam Imbangan seterusnya ke sistem agihan. Sebuah Tangki Menara dengan kapasiti 2.3 JLH bagi kegunaan dala-man, bangunan kimia, surau, kuarters kaki-tangan, bangunan pentadbiran, bangunan stor dan bengkel, bangunan Telekom, sub stesen elektrik seta pondok pengawal selain pembinaan Kolam Imbangan Bukit Jugra juga siap dibina.

Idea Pembangunan LRA Labohan Da-gang dicetuskan selaras dengan kerangka pemodenan industri air di Selangor adalah

satu langkah strategik bagi menangani isu dan persoalan bekalan air yang semakin mencabar. Jika dulu, empangan kita bina di hulu sungai, tetapi hari ini, dengan pemba- ngunan pesat dan guna tanah yang sema-kin berleluasa untuk tujuan pembangunan, air di hulu sungai semakin berkurangan.

LRA Labohan Dagang ini menggunakan konsep pembangunan air di hiliran untuk dijadikan sumber air. Pembangunan taku- ngan air larian di hiliran sungai boleh mem-beri kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap tidak membazir kepa-da sumber air sedia ada dan pada masa-sama memupuk semangat cintakan alam sekitar dengan rakyat akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersi-han sungai iaitu sebahagian daripada sum-ber air mereka.

Konsep pembangunan air dihiliran yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini me-lalui pembangunan HORAS, Semenyih 2 mula menjadi ikutan di negeri lain dalam mengatasi masalah sumber air.

Pihak Kerajaan Selangor melalui Pengu-rusan Air Selangor akan terus memberikan komitmen bagi memberikan perkhidmatan pembekalan air yang efisien, efektif, ber-daya saing dan mampan demi memelihara kepentingan kepada pengguna. Saya ingin

menyampaikan komitmen bahawa selaku kerajaan yang peduli rakyat, Kerajaan Se-langor sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan nombor satu dan pembangunan LRA Labohan Da-gang ini adalah manifestasi Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda terbabit sete- rusnya ke arah menjadikan Selangor seba-gai Smart State dengan kemudahan infra-struktur yang holistik dan mampan.

Pada awal perancangan pembangunan loji ini, Kerajaan Negeri dikecam kerana pro-jek ini dianggap satu pembaziran. Namun, segala kecaman dan dakwaan itu adalah ti-dak berasas kerana mereka yang membuat kecaman itu tidak memahami perancangan jangka panjang yang menjadi tanggung-jawab sesebuah kerajaan.

Dengan siapnya LRA Labohan Dagang (Fasa 1) ini, Daerah Kuala Langat khususnya kan mendapat bekalan air sendiri. Sebelum ini, Daerah Kuala Langat adalah kawasan di hujung sistem bekalan air dan tidak ada satu loji khusus untuk menampung permintaan air di Kuala Langat. Daerah Kuala Langat termasuk kawasan Klang adalah kawasan terakhir dalam sistem agihan air dari LRA Sungai Selangor Fasa 1 dan 3.

Justeru itu, jika ada gangguan bekalan air, kawasan Kuala Langat adalah kawasan yang terakhir akan pulih.

Dengan adanya LRA Labohan Dagang, masalah bekalan air di kawasan Kuala La- ngat dan Klang dapat diatasi dan bekalan air daripada Sungai Selangor Fasa 1 dan 3 bo-leh ditumpukan kepada kawasan Lembah Klang. Loji ini juga secara berfasa akan me- ngambilalih bekalan air dari LRA Sungai Semenyih ke kawasan Beranang, sebaha-gian kawasan Hulu Langat dan pembangu-nan baharu di sepanjang Lebuhraya LEKAS. Dengan kaedah ini, LRA Semenyih boleh membantu pembekalan ke kawasan Su- bang Jaya. Manakala bekalan air dari Loji Labu boleh ditumpukan sepenuhnya untuk menampung permintaan pengguna yang semakin pesat di KLIA.

Majlis Perasmian Dan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang pada 25 Jun 2019

Setakat ini, dua pembangunan Loji Rawatan Air (LRA)

sudah disempurnakan dan dibiayai sepenuhnya

oleh Kerajaan Negeri menggunakan rizab

negeri iaitu LRA Semenyih 2 dan LRA

Labohan Dagang yang jumlah keseluruhannya

diperuntukkan sebanyak RM800 juta.

Pembangunan LRA Labohan Dagang

Bekalan air di Selangor terjamin

DARI KACA MATA MB

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

Album Klik!13SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 201912 SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

KIRIPekerja membuat kuih bahulu tradisional bagi tempahan Aidilfitri di Wisma Masri, Sekinchan I FIKRI YUSOF

KANANKanak-kanak gembira bermain di taman permainan awam baharu di Pantai Batu Laut l ASRI SAPFIE

KIRIGelagat kanak-kanak sementara menunggu Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong l REMY ARIFIN

KANANPeserta membaca al-Quran ketika World #QURANHOUR 2019 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam l FIKRI YUSOF

KIRIKumpulan tarian penganut Buddha Selangor mengadakan persembahan ketika sambutan Hari Wesak I HAFIZ OTHMAN

KANANTelatah kanak-kanak bermain bunga api di Kampung Sijangkang I REMY ARIFIN

KIRIKeunikan permainan tradisional masyarakat India panjat tiang licin I HAFIZ OTHMAN

KANANPeserta pertandingan memasak dalam program ‘Sayangi Sawitku’ di Kota Kemuning sibuk memilih bahan menu mereka l ASRI SAPFIE

ADNBukit

MelawatiJUWAIRIYA ZULKIFLIMemberi duit raya kepada kanak-kanak ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Melawati

ADNGombak

SetiaHILMAN IDHAMMenyantuni masyarakat setempat yang hadir pada Majlis Silaturrahmi Idul Fitr di Gombak

MOHD SHAID ROSLI

MUSTAIN OTHMANMenyampaikan duit raya di Riang Ria Hari Raya DUN Sabak di Dataran Niaga Pekan Bagan Terap

ADNSabak Bergambar bersama tetamu ketika Majlis Rumah

Terbuka Aidilfitri MPKK Kampung Jeram

ADNJeram

Menikmati jamuan di Rumah Terbuka Aidilfitri Surau An-Nur Taman Kinrara

NG SZE HANADN

Kinrara

RIZAM ISMAILBeramah mesra dengan tetamu ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasan itu

ADNSungai

Air Tawar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

14ADN

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM - Pihak premis komersial dan kediaman di De-wan Undangan Negeri (DUN) Sen-tosa disaran mengatasi masalah kebersihan dengan penggunaan tong sampah di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Negeri Sentosa, G Gunarajah berkata, pihaknya dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ti-dak akan berkompromi dalam isu berkaitan dan tindakan bakal di-ambil jika pihak terbabit menga-baikannya.

“Kita mengenal pasti beberapa kawasan utama berkenaan isu ini memandangkan ketiadaan tong sampah di premis komersial dan

kawasan perumahan menjadi punca utama masalah sampah di tempat berkenaan.

“Kita tidak boleh menyalahkan penduduk kerana ketiadaan tong sampah di rumah mereka tetapi tabiat sesetengah penduduk suka membuang sampah merata tem-pat menjadikan kawasan ini kotor.

“Bagi premis perniagaan, saya sudah berbincang dengan Yang Dipertua MPK supaya tidak mengeluarkan lesen kepada pihak berkenaan jika mereka tidak me-nyediakan tong sampah seperti di dalam perjanjian ditetapkan,” ka-tanya dalam sidang media.

Pada masa sama, Gunarajah berkata, pihaknya akan memban-tu dan memainkan peranan dalam

usaha membasmi isu berkenaan sebelum tindakan dilaksanakan secara drastik.

“Kami sudah melancarkan kem-pen ‘Clean And Green’ dan be-berapa aktiviti sudah dijalankan bermula April lalu sehingga kini membabitkan persatuan pen-duduk di kawasan berkenaan.

“Kempen ini bertujuan mem-berikan inspirasi kepada pen-duduk di kawasan berkenaan untuk menjaga dan melindungi alam sekitar serta mesra alam.

“Kami juga mendidik dan mem-berikan tunjuk ajar kepada kanak-kanak serta pelajar sekolah untuk menanam pokok supaya timbul kesedaran terhadap kepentingan itu,” katanya.

Premis tanpa tong sampah

Tiada kompromi, berdepan tindakan

SHAH ALAM - Dewan Un- dangan Negeri (DUN) Kota Ke-muning akan terus memperhe-batkan promosi kempen ‘Sayangi Sawitku’ selaras memenuhi as-pirasi kerajaan dalam memupuk semangat kecintaan dan kebang-gaan ke atas minyak sawit ne-gara.

Ahli Dewan Negerinya, V Ga-nabatirau berkata, pihaknya menggalakkan penggunaan produk sawit dalam kehidupan seharian penduduk, khususnya di kawasan DUN berkenaan.

“Kombinasi kaum yang baik wujud di kawasan ini mem-beri peluang kepada kita un-tuk memperkenalkan kempen ‘Sayangi Sawitku’ seterusnya menggerakkan pelbagai bentuk program kepada orang ramai se-cara berterusan.

“Mereka menunjukkan satu contoh terbaik kepada pihak luar bagaimana penyatuan kami di sini yang sememangnya hi-dup dengan cara tradisi rakyat Malaysia dan penuh semangat muhibah, terutama dalam mem-pertahankan sawit,” katanya ke-pada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui pada program Jom Masak Sempena Kempen Saya-ngi Sawitku yang turut dihadiri Menteri Industri Utama merang-kap Ahli Parlimen Seputeh, Te-resa Kok, di Gelanggang Bola Keranjang Taman Tasik Kota Ke-muning, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Ganabatirau yang juga EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin berkata, masyarakat seharusnya dide-dahkan berhubung kepentingan minyak sawit memandangkan in-dustri berkenaan menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Katanya, pendedahan maklu-mat yang betul perlu disalurkan supaya sedikit sebanyak dapat

Komited promosi ‘Sayangi Sawitku’

KLANG - Sambal tahun kulit lembu menjadi menu istimewa yang dise-diakan di Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, walaupun masakan Melayu men-jadi hidangan yang sinonim de-ngan rumah terbuka, namun kali ini pihaknya turut menghidang-kan masakan Jawa kepada pe-ngunjung.

“Menu istimewa di rumah ter-buka kali ini ialah menu Jawa. Kita menyediakan sambal tahun kulit lembu selain beberapa menu lain.

“Selain sambal tahun, kek tapai keju turut menjadi menu istimewa,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Seko-lah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, di sini, baru-baru ini.

Sambal tahun kulit lembu menu istimewa Sungai Kandis

Hadir sama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Pada masa sama, Mohd Za-wawi berkata, lebih 3,000 pen-duduk sekitar hadir memeriahkan

sambutan itu.Aneka juadah tradisi lain seperti

ketupat, lemang, rendang, sate, roti canai dan aneka mee disajikan ke-pada tetamu yang hadir bermula jam 11 pagi.

mencungkil minda penduduk yang masih bersikap anti mi-nyak sawit.

“Kebanyakan golongan ke-las pertengahan yang tidak per-nah menggunakan minyak sawit merasakan kualiti produk berke-naan adalah rendah. Oleh sebab itu, mereka hanya mahu meng-gunakan minyak lain yang lebih popular.

“Justeru, melalui kempen di-jalankan ini diharap dapat mem-beri penjelasan berhubung cara penapisan dan penurasan mi-nyak sawit dibuat seterusnya meningkatkan kepentingan menggunakannya,” katanya.

Terdahulu, program julung kali anjuran DUN Kota Kemu-ning dengan kerjasama Kemen-terian Industri Utama menyajikan beberapa aktiviti menarik anta-ranya pertandingan memasak, permainan untuk kanak-kanak, jualan kendera saji dan cendera-hati kepada 500 peserta terawal.

Kombinasi kaum yang baik wujud di kawasan ini memberi peluang kepada kita untuk memperkenalkan kempen ‘Sayangi Sawitku’ seterusnya menggerakkan pelbagai bentuk program kepada orang ramai secara berterusan

V GANABATIRAUADN Kota Kemuning

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

15SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Global MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

BANGKOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menca- dangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk mening- katkan pendapatan dalam kala-ngan negara anggota ASEAN.

Dr Mahathir menyifatkan ba-hawa perniagaan dalam talian telah memberi kesan kepada per-niagaan konvensional.

Memetik Amazon.com sebagai contoh, beliau berkata, kedai buku dalam talian itu menyebabkan ke-dai-kedai buku konvensional telah gulung tikar.

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah me-nyebabkan perniagaan konven-sional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

“Menerusi perniagaan dalam talian, kita tidak tahu siapa yang mendapat keuntungan (kutipan cukai),” katanya kepada pembe-rita Malaysia selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34, di sini, pada 22 Jun lalu.

Saranan itu disuarakan Perdana Menteri ketika sesi pleno Sidang

Untuk tingkat pendapatan negara ASEAN

Dr Mahathir cadang cukai perniagaan dalam talian

Kemuncak ASEAN Ke-34 sebelum itu. Dr Mahathir berkata, ketika ini hanya negara asal perniagaan dalam talian itu yang mendapat keuntungan menerusi kutipan cu-kai tersebut.

“Kita tidak dapat apa-apa. Se-hubungan itu, saya mencadang-kan beberapa perkara supaya kita dapat sebahagian daripada cukai keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir ber-kata, sesi pleno itu juga membin-cangkan isu-isu lain berkenaan kerjasama ASEAN.

“Perdagangan intra-ASEAN adalah sangat kecil. Maka, perlu ada satu usaha khusus untuk me-ningkatkan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

ASEAN yang didiami lebih 600 juta penduduk merupakan pasa-ran besar untuk perdagangan.

Dr Mahathir menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Dalam pleno itu, para pemimpin negara anggota ASEAN membin-

Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Sidang Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok pada 23 Jun 2019. - Foto AFP

PATNA (India) - Mahkamah Agung me- ngarahkan siasatan terhadap krisis penya-kit otak yang melanda kanak-kanak di Bihar, India yang menyebabkan kematian me- ningkat lebih 150 orang.

Kerajaan digesa menjelaskan langkah untuk menangani penyebaran Sindrom Ensefalitis (AES), atau “demam otak”, yang dikaitkan dengan pengambilan buah laici muda, lapor AFP.

Setakat ini, 152 orang kanak-kanak me-ninggal dunia di timur negara itu, semen-tara 131 lagi masih dirawat di dua hospital di Muzaffarpur, pusat wabak itu.

Peguam-peguam bagi kerajaan Bihar me-maklumkan kepada mahkamah bahawa wa-bak itu kini masih terkawal apabila dituntut menjelaskan kebersihan di negeri itu.

Lebih 1,350 kanak-kanak meninggal dunia akibat sindrom itu dalam tempoh sedekad lalu, termasuk 355 orang pada 2014.

AES sejenis radang pada otak yang se-lalunya menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun.

Walau punca sebenar belum dikena-li pasti tetapi toksin dalam buah laici be-lum masuk menyebabkan kandungan gula menurun di dalam badan kanak-kanak yang kurang zat.

Lebih ��� mati akibat makanlaici muda

cangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu “Mem-perkukuhkan Kerjasama bagi Ke-

lestarian”, termasuk kaedah untuk membina Komuniti ASEAN yang kukuh, berpaksikan rakyat, me-

BANGKOK - Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa badan pemantau antarabang-sa untuk memantau proses penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya ke wilayah asal mereka di Rakhine, Myanmar.

Perdana Menteri, yang menyuarakan

Pantau proses hantar pulang Rohingya

mastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang. - BERNAMA

isu pelarian etnik Rohingya ketika meng-hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini, berkata pelan penghantaran pulang itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan pelarian pelarian etnik Rohingya.

“Pandangan mereka mesti diambil kira

kerana mereka takut balik ke wilayah Ra-khine.

“Kita berharap kalau mereka kembali, komuniti antarabangsa boleh memantau dan memastikan mereka tidak dikena-kan tindakan oleh wilayah Rakhine dan Myanmar,” katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Thailand sempena sidang kemun-cak tersebut.

Dr Mahathir berkata Presiden Indo-nesia, Joko Widodo (Jokowi) merupakan satu-satu pemimpin yang menyuarakan isu Rohingya secara lantang sepanjang sidang kemuncak tersebut.

“Dia (Jokowi) cakap satu subjek sahaja (Rohingya). Saya cakap macam-macam (isu),” katanya.

Ditanya sama ada beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi, pada sidang kemuncak kali ini, Dr Mahathir berkata:

“Dia duduk sebelah saya, mengikut su-sun abjad. Makan pun sebelah saya.

Dr Mahathir merupakan antara pe-mimpin yang lantang menyuarakan isu pelarian Rohingya di rantau ini.

Menurut laporan Amnesty Internatio-nal, lebih 750,000 Rohingya, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos 2017 selepas tentera Myanmar didakwa melakukan penindadasan dan kekerasan terhadap golongan kaum minoriti Islam itu. – BERNAMA

Pengunjung melawat pameran seni dan kraftangan yang dihasilkan kaum wanita Rohingya sempena Hari Pelarian Sedunia di Dhaka pada 20 Jun 2019. - Foto AFP

Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.TUN DR MAHATHIR MOHAMADPerdana Menteri

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

OLEH NIK AIDIL MEHAMAD

Jasmin yang kukenal pada satu pagi, tertidur di atas timbunan sayur buruk dalam pasar basah. Aku bawa Jasmin naik ke bilik

sewaku yang terletak di atas kedai serbaneka. Aku memapah Jasmin di sepanjang kaki lima bilik-bilik sewa. Di hadapan sebuah bilik, bersebela-han dengan bilik sewaku. Aku ber-henti memapah Jasmin kerana Jasmin mengaduh sakit. Kedengaran peng-huni dalam bilik sebelah bilikku se-dang membakar dadah, bau dadah meresap masuk dari ruang lompong siling bilikku.

Luka-luka di pipi Jasmin dicuci dengan iodin lewat pagi. Darah yang sudah mengering, torehan sepanjang dua inci di bahagian dahi. Sepasang mata yang terpancar kebuntuan meresap masuk ke dalam sepasang mataku apabila mata kami berten-tangan. Azan subuh belum habis dilaungkan tukang azan, ingatan ke-pada Miranda menjelma apabila aku terpandang rambut palsu Miranda yang ditiup angin dari luar bilik. Pe-rasaan janggal mencekik leherku – kewujudan Miranda terasa ada dalam bilik pada waktu itu.

Krismas lagi seminggu, Miranda pulang dan menanti kedatangan Kris-mas dengan keterujaan yang ber-tambah pada mulanya. Setiap pagi sebelum Miranda menyalakan rokok dan mengamati burung-burung kecil berterbangan seperti lingkaran ubat nyamuk di balkoni bilik, Miranda akan memangkah kalendar yang digan-tung di meja solek.

Miranda bangun dari katil, me-langkah ke meja solek. Tubuh ku-rusnya membelakangiku dan aku mengamati kemarahannya yang ma-sih terbaring di katil. Tulang belakang di tubuhnya melayangkan memori yang jauh di kampung halamanku, yang sudah sedekad aku tidak pu-lang. Bonjolan-bonjolan tulang be- lakang seperti tar jalan di kampung-ku, membawa gundah kepada orang-orang tua yang pulang lewat malam dari kedai kopi.

Kemarahan Miranda masih tersisa di pipinya yang kemerahan seperti juga lipstik yang tercalit di bibirnya — menyala. Kataku dengan nada ko-song kepada Miranda, “kau lari dari sajak terlalu lama Miranda, lima ta-hun kau menghilang, tanpa e-mel, nada dering telefon kegemaran kau masih tidak ditukar yang baru, aku menunggu kau dengan ucapan helo yang membahagiakan.”

Miranda masih berdiri di meja solek, di luar bilik aku dengar suara Jasmin – menyanyi dalam bahasa bukan dari bahasa ibundaku. Caha-ya matahari masuk dari tingkap bi-lik membiaskan bayang kurusnya di dinding yang tergantung poster Jim Morisson tidak berbaju.

Miranda tidak lagi menyarungkan rambut palsu kemerahannya. Ram-but palsu yang tergantung di cermin solek bertahun-tahun. Selalu juga aku pakainya dan merayau-rayau pada waktu malam. Ada yang memang-

Resipi rahsia, perempuan Cina dan paya keladi

dalam diri kita sentiasa ada hujan berlariseperti anak kecil memetik tahun-tahun berlalumengisarkan kita kembali dengan ramuannya tersendiriatas apungan flat white hadapanmukita kembali menggauli percakapanrabitah putih berpusar di lidah kitatapi kawan, terlalu sukar bagikumenyeduh kelakian sebagai dewasadi tanganku selalu ada warna earl greykelabu yang tidak kelabuperang yang tidak peranghitam yang tidak hitamtapi keruh tetap keruh dalam uncang kepalapara perempuan senang berbicaratentang berapa saiz cawan di dadadan lelaki selalu senang bergamot rahsiahingga hirupan ke dasarnya waktu minum kita percumagusimu menyiat sumbing, retak dan luka

katamu; kita perlu memilihantara paun 9, 10, 11, 12, atau 14lalu menggolekkannya dan menjatuhkan 10 pin runsing(bukankah skala kesakitan sukar ditafsir 10dan skala ujian dass lebih daripada 10?)tapi kawan, tanganku terlalu lemahdan keputusanku terhayun luar sasarandan kita sering tidak berani meluruskan pilihankerana itu, mulut kita berakhirdengan oreo cheese dan white chocolate gateaumalah aku kira menyerongkan perasaan dengan menu-lis sajak selalu lebih mudah.

dalam dirimu tahun-tahun berlalu berlari mahu kem-bali jadi parut di siku anak kecil 10 tahun seperti hujan hidup lepas di saliran. Umbra F.T. Penumbra

gilku dengan panggilan nama “Mi-randa” apabila aku menyarungkan rambut palsunya merayau-rayau di celah-celah lorong bangunan kedai lama pada waktu malam. Sejak itu aku tidak lagi keluar dengan rambut palsu Miranda yang tersarung di kepalaku.

Lima tahun lepas, pada malam Krismas yang tidak diraikan kami — Miranda meninggalkan bilik ini dan juga siang yang dingin ini. Miranda meninggalkan bilik ini lagi. Dia me-nyarungkan kot labuh berwarna ungu tua dan memulas tombol pintu bilik sebelum berlalu pergi — tanpa uca-pan selamat tinggal atau kata-kata baik untukku. Aku tahu kemarahan-nya kali ini tidak dapat dipujuk dengan alasan apa-apa pun. Kata-kataku se- perti gasolin yang menyemarakkan lagi api amarah Miranda- menyala-nyala.

Miranda adalah matematik, logika-logika algebra yang aku jarang ketemu jawapannya ketika di bangku sekolah, namun ia mengasyikkan. Dan tidak lama selepas itu, aku lari dari matema-tik seperti juga Miranda, lari dari pui-si. Kami selalu menghabiskan waktu lapang membaca puisi-puisi Tagore, selalunya pada jam 12 malam ketika penghuni bilik sebelah berdengkur dengan keras. Kata Miranda kepadaku, “Aku dipeluk Tuhan apabila kata-kata Tagore terpancul dari mulutmu, Elena.”

Kedengaran suara perbualan di luar bilik sewaku. Aku bangun dari katil, tubuhku panas, kaki tidak te-rasa mencecah lantai, bila-bila masa saja tubuhku tersembam ke lantai. Di lubang pintu, aku mengintai Mi-randa yang sedang memeluk Jasmin di tangga rumah kedai. Dada mere-ka bergeseran sebelum sebelum Mi-randa mengundurkan badannya dan melambai kepada Jasmin. Susuknya

tidak lagi kelihatan dari mata kiriku yang masih mengintainya dari lubang pintu bilik, sebelum dia berlalu pergi, Miranda menjeling tajam ke muka pin-tu, seolah-olah dia tahu aku sedang mengintainya di lubang pintu dengan sepasang mata kemerahan.

Mesin-mesin yang merengek dan hentakan kaki manusia yang berke-liaran dalam wad — mencemaskan, bau ubat-ubatan yang menusuk ma-suk ke dalam rongga hidungku. Aku terbaring di atas katil dan mengamati Jasmin yang berdiri di hadapanku de-ngan pakaian gimnasitik yang melekat keseluruhan tubuh kecilnya. Antara sela-sela tangisan kedengaran alunan zikir yang tidak kufahami tetapi me-nenangkan diriku seperti juga bau ca-dar dan selimut hospital — menemani aku masuk ke dalam mimpi yang baru.

Kata Jasmin, “seperti balasan ke atas kesalahan kau kepada Miranda.” Badanku menggigil, mulutku berbuih. Jasmin membawaku ke hospital de-ngan menahan sebuah teksi. Jeli- ngan mata pemandu teksi kulihat dari cermin pandang belakang sebelum dia membakar kretek — bau cengkih bertebaran dalam kereta.

Minit-minit terakhirku sebelum aku tidak dapat lagi berkata-kata walau-pun satu baris puisi Tagore yang ber-legar-legar dalam kepalaku ke telinga Jasmin, yang kudengar dalam kepa- laku sekarang suara Miranda, bukan-lah suara amarahnya tetapi getaran kata-kata Tagore yang terpancul dari mulutnya selama kami berkongsi hidup. Dan paling melucukan, kami berkongsi rambut palsu, aku gemar dengan rambut palsu kemerahan Mi-randa dan Miranda pula gemar de-ngan keunguan rambut palsuku.

Jasmin menari di hadapanku de-ngan tarian yang mengetarkan jiwa.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

17SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Di sebalik penampilan-nya yang kelihatan ber- gaya, mungkin tiada yang menduga beliau

sebenarnya mahir membaca al-Quran dengan tartil.

Kemahiran itu bukan sahaja memberikan kelebihan kepada-nya, malahan dikongsikan kepa-da masyarakat apabila mengambil keputusan menjadi guru al-Quran supaya keberkatan ilmu dinikmati bersama.

Demikian sedikit sebanyak gambaran terhadap Nuriylia Nor-din dari Klang, Selangor yang menceburi bidang pengajian al-Quran dalam talian bagi membu-dayakan amalan mengaji dalam kalangan masyarakat.

Medium dalam talian yang di-guna beliau nyata mendapat sam-butan dalam kalangan mereka yang ingin mendalami al-Quran secara interaktif dan terkini.

Nyata, kesungguhan Iylia men- curi tumpuan ramai yang boleh dilihat setiap kali beliau bersiaran dalam alam maya bagi menarik lebih ramai pencinta al-Quran.

Segalanya bermula ketika me-lanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta di Johor Baharu kira-kira empat tahun lalu, gadis berusia 25 tahun tidak lagi me-noleh ke belakang meneruskan minatnya walaupun kini sudah mempunyai karier sendiri.

“Sebenarnya mengajar mengaji bukanlah sesuatu yang saya rancangkan dan anggap sebagai rezeki ter-pijak. Ketika saya belajar dalam bidang diploma di Johor Baharu, saya adalah tutor di pusat tuisyen dan mengajar sub-jek berorientasikan peperiksaan se-perti matema-tik, sains dan bahasa Ing-geris.

“Bermula daripada seorang ibu pelajar yang mahu mencari guru mengaji untuk anaknya, saya mem-beranikan diri untuk mencuba kerana saya pernah mencatatkan keputusan baik dan bergelar Mum-taz dalam Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Seksyen 19.

“Saya boleh mengaji dengan betul tambahan ketika itu mahu mencari duit sampingan bagi menampung kos pelajaran tanpa mahu membebankan ibu bapa,” katanya memulakan kisah pe-ngalaman sebagai pengajar.

Mengakui dirinya bukan-lah seorang yang suka meng-habiskan masa melepak seperti orang lain, beliau lebih bermi-

nat melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala berpanjangan sambil diiringi restu ibu

tersayang.Bercerita lanjut berke-

naan inisiatif yang dilakukan-nya, beliau yang lebih selesa dipanggil ‘Teacher Iylia’ ber-kata, asas pertama untuk belajar adalah jangan ber-pandangan al-Quran itu ru-mit dan susah.

“Asas mengaji adalah ja-ngan berasa al-Quran itu rumit. Saya perasan ramai pelajar susah apabila mengaji dan berasa muka

surat pertama sudah pan-jang hingga mendatangkan ketakutan.

“Saya percaya mereka yang belajar mengaji mahu berubah. Ketakutan itu wu-jud kerana dahulu ibu bapa hantar anak untuk mengaji dan bukannya mencari ilmu pengetahun,” katanya.

Berkongsi cara menga-jar yang dipraktikkan, Iylia lebih selesa menerangkan teknik sebutan setiap hu-

ruf atau makhraj dengan cara yang betul tanpa menghukum pelajar walaupun terdapat kesalahan.

“Makhraj sebenarnya paling penting untuk menimbulkan rasa cinta membaca al-Quran. Apabi-la kita membaca dengan betul, maka akan timbul rasa yakin un-tuk mengaji.

“Walaupun makhraj adalah topik mudah tetapi ia satu topik yang mampu melonjakkan kita men-dalami perkara seterusnya. Cara saya sampaikan bukan menghu-kum, saya nak pelajar rasa selesa dan mereka mempunyai keyakinan meneruskan aktiviti mengaji sela-manya,” katanya.

Katanya, seorang pelajar boleh menghabiskan senaskah al-Quran dalam tempoh tiga bulan jika me-mahami makhraj dan membaca-nya secara konsisten setiap hari.

Menggunakan gelaran ‘Teacher Iylia’ membezakan dirinya dengan guru al-Quran lain yang sinonim dipanggil ‘Ustazah’.

Baginya, gelaran ‘ustazah’ adalah satu tanggungjawab be-sar dan tidak sama sekali mudah untuk dipikul masa kini.

Menyingkap rutin harian-nya, beliau akan ke rumah pela-jar selepas selesai kerja dengan memperuntukkan masa menga-jar sekitar satu jam dari Isnin se-hingga Khamis.

Katanya, setiap muslim perlu mempelajari teknik bacaan ayat al-Quran yang betul khususnya surah Al-Fatihah kerana ia adalah surah utama dibaca dalam solat mala-han kesilapan biasa dilakukan ketika membacanya pada sebutan ‘Alham-dulillah’ dan ‘walad dhollin’.

“90 peratus kesalahan bacaan adalah pada makhraj. Kebanyakan orang sudah biasa dengan pen-dengaran tetapi tidak menganalisa menerusi bacaan. Saya nak mereka (pelajar) faham supaya mereka bo-leh terus mengaji.

“Saya tidak mengajar tajwid se-cara khusus tetapi apabila mereka faham makhraj yang betul, secara tidak langsung mereka memahami tajwid. Apabila mereka sudah fa-ham banyak tajwid, mereka berse-mangat untuk teruskan mengaji.

“Saya mahu mereka mengaji atas perasaan sendiri, saya nak tu-kar mentaliti itu supaya masyarakat kini mencintai al-Quran,” katanya.

Dengan tuntutan kerja yang terpaksa dihadapi setiap hari, Iylia mengakui kesabaran yang tinggi sangat diperlukan ketika menga-jar terutama apabila berhadapan dengan pelajar berusia dan su-dah sebati dengan cara sebutan tersendiri.

“Cabaran terbesar adalah buat dua kerja tetapi ini jalan yang saya pilih dan saya gembira melakukan-nya. Mengajar perlu ada kesabaran kerana saya mengajar orang dewa-sa dan perlu hormat mereka selain berhadapan pelajar orang kurang upaya (OKU).

“Tidak semua hari yang kita lalui itu indah. Kadang-kadang kesaba-ran turut diuji apabila ada dalam kalangan pelajar lupa apa yang sudah diajar. Berhadapan pelajar dalam lingkuan usia 40an hing-ga 50an, memerlukan kita untuk memberikan mereka semangat,” katanya.

Saya tidak mengajar tajwid secara khusus tetapi apabila mereka faham makhraj yang betul, secara tidak langsung mereka memahami tajwid. Apabila mereka sudah faham banyak tajwid, mereka bersemangat untuk teruskan mengaji. Saya mahu mereka mengaji atas perasaan sendiri, saya nak tukar mentaliti itu supaya masyarakat kini mencintai al-Quran

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

18PBT

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING - Tindakan dua lelaki membuang sisa kulit durian di tepi jalan mengundang padah apabila ditahan sepasukan anggota pe-nguat kuasa, di Bandar Saujana Put- ra, di sini, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Da- erah Kuala langat (MDKL), Mo-hamad Zain A Hamid berkata, anggota penguat kuasa diketuai Wan Putara Noor Shahan Ngadi-rin melakukan intipan berhubung kegiatan itu bermula jam 8 malam, pada 17 Jun lalu.

Katanya, susulan itu pihaknya menahan kedua-dua individu terbabit yang memandu sebuah MPV Nissan Serena di Jalan SP1, Bandar Saujana Putra.

“Hasil soal siasat dilakukan, didapati mereka ini menjalan-

kan perniagaan buah durian di kawasan berdekatan. Selain itu, mereka juga didapati melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dari-pada MDKL.

“Bagi kesalahan ini, peniaga berkenaan dikenakan notis ke-salahan di bawah Undang-Undang Kecil (4), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap, Maj- lis Daerah Kuala Langat 2007.

“Barangan jualan dan kende-raan mereka juga disita di bawah Undang-Undang Kecil (21) (1), Un-dang-Undang Kecil Pemungutan, Pelupusan dan Pelupusan Sam-pah-Sarap, Majlis Daerah Kuala Langat 2007,” katanya dalam ke-nyataan.

Mohamad Zain berkata, pi-haknya menyediakan tapak per-

niagaan di Jalan SP1, SP4 dan SP8 Bandar Saujana Putra bagi mana-mana peniaga yang mahu menjalankan perniagaan buah bermusim.

Katanya, peniaga juga perlu membuat permohonan permit bagi menjalankan perniagaan terbabit.

“Sikap masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar tanpa berbelah baha-gi dituntut bagi memastikan ge-nerasi sekarang serta akan datang dapat menikmati suatu kehidupan lebih baik dan harmoni.

“Kami akan sentiasa mengge-rakkan anggota penguat kuasa setiap hari dengan kerjasama orang ramai yang diharap dapat menya-lurkan maklumat berkai-tan aktiviti tidak bermoral ini,” ka-tanya.

MDKL tahan dua lelaki

Padah buang sisa kulit durian

SHAH ALAM - Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim, komited menyelesaikan masalah penduduk di kawasan pentadbirannya dalam tempoh kurang 24 jam.

Katanya, penduduk perlu mem-beri kerjasama dan segera me-laporkan sebarang masalah yang berlaku di sekeliling mereka ke-pada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Saya mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak jika terdapat permasala- han di kawasan anda. Segera lapor kepada MBSA dan saya akan ata-sinya sebaik mungkin mengikut kemampuan.

“Jika jalan itu perlu ditampal, kita tampal. Jika perlu membina jalan baharu, kita harus melihat ke-pada peruntukan dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

“Selain itu, urusan sampah pula kita sedar adakala terlepas pan-dang, jika anda lapor kita akan cuba menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MBSA 2019 di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, baru-baru ini.

Haris yang mengangkat sum-pah jawatan itu pada 12 Jun lalu komited untuk memberi penum-puan terhadap lima teras utama selaras visi menjadikan Shah Alam lebih berkualiti, sejahtera, kon-dusif dan terunggul.

Lima teras itu adalah mening-katkan lagi perkhidmatan per-bandaran, mendekati masyarakat, pembudayaan teknologi, pening-katan kutipan hasil dan memper-kasakan sumber manusia.

Komited selesai masalah kurang �� jam

SHAH ALAM - Penggemar foto-grafi di seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan fotografi anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dibuka bermu-la 1 April lalu hingga 30 Ogos ini.

MBSA dalam kenyataannya me-maklumkan, pertandingan berte-makan ‘Kami Sayang Shah Alam’ itu menawarkan hadiah wang tu-nai RM3,000 kepada pemenang tempat pertama, RM2,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).

“Pada tahun ini, pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori

utama iaitu seni bina, alam semula jadi dan gaya hidup.

“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh war-ga Malaysia berumur 18 tahun ke atas,” katanya.

Selain hadiah utama, pengan-jur turut menawarkan ganjaran wang tunai RM200 kepada lima pemenang hadiah sagu hati.

Borang penyertaan boleh di-dapati di Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di Tingkat G, Wisma MBSA atau layari http://bit.ly/2KPNLa6

'Kami Sayang Shah Alam' tawar lebih RM�,���

SELAYANG - Seramai 88 kakita-ngan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima Anugerah Per- khidmatan Cemerlang (APC) 2018, di Lobi Menara MPS, di sini, baru-baru ini.

MPS dalam kenyataan memak-lumkan, anugerah berkenaan se-

bagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhid-matan mereka yang banyak ber-jasa serta menyumbang kepada Pihak Berkuasa Tempatan terbabit.

“Dalam majlis sama, seramai 22 individu turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang 2019 bagi yang

akan bersara pada tahun ini,” ka-tanya.

Terdahulu, anugerah berkenaan disampaikan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia merangkap Setiausa-ha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Id-ham, kepada semua penerima.

88 kakitangan MPS terima APCEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

19SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjur-kan Pertandingan Mencipta Logo Petaling Jaya Bandar Pembelaja-ran Pertubuhan Pendidikan, Sain-tifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dengan mempertaruhkan hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Dua pemenang sagu hati juga berpeluang memenangi hadiah ganjaran berupa wang tunai ber-nilai RM1,000.

MBPJ dalam kenyataannya me-

maklumkan, program itu diadakan sempena pengiktirafan Petaling Jaya sebagai salah satu daripada 10 bandar raya yang berjaya mene-rima anugerah UNESCO Learning City Award, pada tahun ini.

Katanya, ia juga bagi memberi peluang kepada masyarakat un-tuk mengambil bahagian mewu-judkan logo baharu ‘Petaling Jaya Bandaraya Pembelajaran 2019’.

“Penyertaan dibuka mulai 20 Jun lalu hingga 22 Julai ini (Isnin) jam 12 tengah hari.

“Pertandingan ini terbuka ke-pada warganegara Malaysia yang

bermastautin di Petaling Jaya dan setiap peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang dia mahu,” katanya.

Sehubungan itu, individu ber-minat merebut peluang ini perlu mengisi borang pertandingan se-cara imbasan Kod QR (Quick Re-sponse Code) yang terdapat di poster iklan.

Borang penyertaan lengkap perlu dihantar ke e-mel [email protected] dengan me-nyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nom-bor telefon.

Cipta logo PJ Bandar Pembelajaran UNESCO

Peluang rebut RM�,���

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Klang (MPK) melalui syari-kat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) bercadang membangun-kan perkhidmatan pengangku-tan air terbaharu di Sungai Klang yang dikenali sebagai ‘water taxi’ (teksi air).

Yang Dipertuanya, Dato’ Moha-mad Yasid Bidin berkata, perkara itu sudah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Nege-ri (MMKN) dan kerja penyeleng-garaan akan dimulakan dalam tahun ini.

Katanya, LLSB yang juga anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor turut ber-cadang mahu menjadikan ka-wasan persekitaran di Sungai Klang lebih menarik.

“LLSB akan mengambil alih penjagaan sekitar kawasan rekreasi Pengkalan Batu untuk di-jadikan ia lebih menarik berban-ding sebelum ini.

“Manakala di muara Sungai Klang iaitu sempadan kawasan Sultan Sulaiman turut terdapat rizab hutan kira-kira lebih 50 ekar (20.23 hektar) yang turut berpo-tensi dibangunkan sebagai ka-wasan ekopelancongan.

“Kawasan ini juga akan dibina jeti dan diwujudkan juga ‘water taxi’ (teksi air) di Sungai Klang ,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-

Teksi air di Sungai Klang

ka ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri bersama MPKlang 2019 di Taman Pengkalan Batu, Kawasan 1, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, hampir 5,000 pen-duduk sekitar Klang hadir me-meriahkan Majlis Mesra Aidilfitri bersama MPKlang 2019, di sini.

Mengulas berkenaan majlis itu dilaksanakan berdekatan Sungai Klang, Mohamad Yasid berkata, ia bertujuan untuk mempromosikan kawasan itu sebagai ekopelan-congan selain menarik lebih ra-mai orang berekreasi di kawasan terbabit.

LLSB akan mengambil alih penjagaan sekitar kawasan rekreasi Pengkalan Batu untuk dijadikan ia lebih menarik berbanding sebelum ini

MOHAMAD YASID BIDINYang Dipertua MPK

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

20Pendidikan

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

SHAH ALAM - Universiti Sela-ngor (UNISEL) melancarkan Maj-lis Persatuan Bahasa Mandarin (UNIMAND) bertujuan memper-kasakan kemahiran komunikasi dalam bahasa berkenaan.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, lang-kah itu bagi menjadikan Mandarin sebagai bahasa ketiga terpenting selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Dengan adanya persatu-an ini, pelajar khususnya dapat

menjadikan ia sebagai satu lan-dasan memperkasakan kemahi-ran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.

“Ia juga sebagai titik permulaan yang baik bagi mempromosikan UNISEL sebagai destinasi me-nyambung pengajian kepada ma-syarakat luar terutama masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap merasmikan pelan-caran UNIMAND di Auditorium Al-Ghazali, UNISEL Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini.

PUTRAJAYA - Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pen-didikan Negara (JKD) yang siap hujung April lepas akan diben-tangkan kepada Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu depan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau sendiri akan membentangkan laporan itu bagi mendapat pan-dangan Perdana Menteri sebelum perincian lanjut dilakukan melalui pendekatan terten-tu selepas itu.

“Jawatankuasa mengkaji keseluru-han sistem pendi-dikan negara yang diwujudkan melalui cadangan mesyua-rat jemaah menteri telah menyerahkan laporan leng-kap itu kepada saya awal bulan lepas.

“Selepas dibentangkan ke-pada Perdana Menteri, kita akan adakan beberapa siri makmal dan bengkel bagi memperhalusi laporan tersebut sebelum diben-tangkan semula kepada kabinet pada masa yang akan ditentukan kemudian,” katanya kepada pem-berita pada majlis Silaturahim Ai-dilfitri Menteri Pendidikan, di sini, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dimeriah-

kan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timba-lan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, warga kementerian serta jemputan khas.

Dipengerusikan oleh Prof Emiratus Datuk Dr Ibrahim Ah-mad Bajunid, JKD yang ditubuh-kan pada Oktober tahun lepas telah mengadakan siri perte-

muan melibat-kan 3,141 pihak berkepentingan bagi mendapat-kan maklum ba-las dan cadangan sebelum menge-mukakan laporan lengkap cadangan menambah baik sistem pendidikan negara kepada ke-menterian pendi-

dikan.Maszlee berkata, kajian semu-

la dasar pendidikan negara itu termasuk menambah baik kuri-kulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah se-hingga universiti.

Beliau berkata antara lain, lapo-ran yang menyentuh mengenai usaha memperlengkapkan pela-jar berdepan masa depan yang mencabar, mengarusperdanakan TVET serta menempuh alam pe-kerjaan dalam Revolusi Industri 4.0 . – BERNAMA

Bentang laporan JKD kepada PM

UNIMAND perkasa MandarinIa juga sebagai titik permulaan yang baik bagi mempromosikan UNISEL sebagai destinasi menyambung pengajian kepada masyarakat luar terutama masyarakat Cina

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Lima siri video pendek disediakan di YouTube se-bagai panduan ibu bapa dan pen-didik mengajar kanak-kanak jika mereka berdepan beberapa kes serangan seks.

Video sepanjang lebih seminit itu yang dimuatkan di saluran Ke-menterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilancar-kan pada 24 Jun.

Kelima-lima video itu menga-jar kanak-kanak yang berdepan jenayah seks mengamalkan tiga langkah mudah: jerit, lari daripada pemangsa dan beritahu ibu bapa mereka.

Video pertama itu menunjuk-kan seorang tutor peribadi lelaki meraba paha pelajar perempuan-

nya, sementara video kedua me-maparkan seorang lelaki dewasa menunjukkan kemaluan kepada sekumpulan kanak-kanak di ta-man permainan.

Jika berdepan dua keadaan itu, kanak-kanak diajar supaya men-jerit, lari dari lokasi dan terus me-maklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mereka yang akan meng-hubungi pihak berkuasa.

Selain menghubungi polis di talian kecemasan 999, menurut video panduan itu lagi, ibu bapa boleh mendapat bimbingan lan-jut melalui Talian Kasih di talian 15999.

Manakala, video lain memapar-kan kes bapa saudara mengam-bil gambar tanpa pakaian selepas membawa mangsa bersiar-siar dan video keempat pula menun-

jukkan kanak-kanak lelaki cuba mencium rakannya.

Siri keempat video mengajar kanak-kanak empat zon larangan sentuh pada badan iaitu mulut,

dada, kemaluan dan punggung. Zon ini tidak boleh disentuh se-siapa.

Serangan seks bukan sahaja menjadikan kanak-kanak perem-

puan sebagai mangsanya teta-pi, seperti pada video kelima, ia menunjukkan murid lelaki turut mengalami jenayah seks.

Video terbitan kementerian ter-babit dilancarkan oleh menterinya yang juga Timbalan Perdana Men-teri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di Putrajaya, baru-baru ini.

Panduan animasi ini menyasar-kan tontonan 150,000 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun dalam tahun ini.

“Pengetahuan dan kesedaran yang disampaikan melalui video ini adalah perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelak-kan diri daripada menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan,” kata Dr Wan Azizah.

Panduan ibu bapa, pendidik

Video ajar anak hadapi serangan seks

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

21SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

27 Khamis 5:36 5:46 7:07 1:22 4:48 7:31 8:47 28 Jumaat 5:36 5:46 7:08 1:22 4:48 7:31 8:47 29 Sabtu 5:36 5:46 7:08 1:22 4:48 7:31 8:47 30 Ahad 5:36 5:46 7:08 1:22 4:48 7:32 8:47 01 Isnin 5:37 5:47 7:08 1:22 4:48 7:32 8:47 02 Selasa 5:37 5:47 7:08 1:23 4:48 7:32 8:47 03 Rabu 5:37 5:47 7:09 1:23 4:48 7:32 8:48

27 Khamis 5:34 5:44 7:06 1:19 4:45 7:28 8:4428 Jumaat 5:35 5:45 7:06 1:19 4:45 7:28 8:44 29 Sabtu 5:35 5:45 7:07 1:19 4:45 7:28 8:44 30- Ahad 5:35 5:45 7:07 1:20 4:45 7:29 8:44 01 Isnin 5:35 5:45 7:07 1:20 4:45 7:29 8:44 02 Selasa 5:36 5:46 7:07 1:20 4:46 7:29 8:44 03 Rabu 5:36 5:46 7:07 1:20 4:46 7:29 8:44

27 Khamis 5:34 5:44 7:06 1:19 4:45 7:28 8:44 28 Jumaat 5:35 5:45 7:06 1:19 4:45 7:28 8:44 29 Sabtu 5:35 5:45 7:07 1:19 4:45 7:28 8:44 30 Ahad 5:35 5:45 7:07 1:20 4:45 7:29 8:44 01 Isnin 5:35 5:45 7:07 1:20 4:45 7:29 8:44 02 Selasa 5:36 5:46 7:07 1:20 4:46 7:29 8:44 03 Rabu 5:36 5:46 7:07 1:20 4:46 7:29 8:44

27 JUN - 3 julai 201923 - 28 SYAWAL 1440

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan jemaah haji supaya mengekalkan imej baik Malaysia dan sen-tiasa menjaga disiplin seperti tahun sebe-lum ini.

Baginda bertitah, jemaah haji Malaysia antara jemaah yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan Kera-jaan Arab Saudi.

“Beta berharap jemaah terus mengekal-kan disiplin diri ketika berada di tanah suci nanti dan menjaga nama baik Selangor ser-ta Malaysia.

“Bersabarlah atas segala kepayahan dan dugaan yang mungkin akan dilalui teruta-ma ketika berada di padang Arafah, Muz-dalifah serta Mina.

“Sentiasalah berhubung dengan peker-ja haji dan mengikuti segala arahan yang dibuat oleh pihak Lembaga Tabung Haji,” ti-tah baginda ketika Majlis Penyempurnaan Kursus Haji Perdana 1440H/2019M Pering-kat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 23 Jun lalu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpu-lan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Dato’ Sri Zukri Samat.

Baginda bertitah, ibadah haji adalah satu perjalanan yang memerlukan kekua-tan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan tentang ibadat haji yang jelas.

Justeru, baginda bertitah supaya jemaah mempersiapkan diri dengan sebaik-baik-nya.

“Sepanjang berada di tanah suci, bersih-kan niat dan gunakanlah sepenuh masa serta tenaga untuk melaksanakan amal iba-

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sela- ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mene-rima pembayaran zakat RM24.7 juta daripada Tabung Haji (TH), pada 23 Jun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH, Dato’ Sri Zukri Samat menyam-paikan cek zakat itu ketika Majlis Penyempurnaan Kursus Haji Perdana 1440H/2019M Pering-kat Selangor.

Penyerahan itu dilakukan di hadapan le-bih 3,000 peserta kursus haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Selangor adalah penerima zakat TH ter-tinggi berbanding negeri lain dan ia mening-kat 26.3 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM19.5 juta.

Zukri dalam sembah ucapannya berkata, sokongan dan kepercayaan berterusan dari-pada semua pihak penting bagi memastikan TH terus teguh dan maju.

“Sesungguhnya tanggungjawab mengurus

simpanan dan urusan haji adalah amanah yang besar dan tidak diambil mudah oleh pihak kami.

“Kami berharap semua pihak dapat mendoakan supaya Allah SWT memelihara dan memberi keberka-tan kepada warga Tabung Haji dalam usaha memar-tabatkan perkhidmatan kepada umat Islam Malaysia,” katanya.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima bayaran dividen berjumlah RM63,646.80 dari-pada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) bagi tahun 2018 .

Serahan cek disampaikan Pengeru-si TERAS, Dato’ Ibrahim Md Yusof ke-pada Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, di ibu pejabat MAIS, baru-baru ini.

MAIS dalam kenyataan berkata, bayaran dividen itu adalah 20 pera-tus daripada keuntungan bersih yang dicatat TERAS sebanyak RM318,234.

“Keuntungan itu bagi akaun kor-porat berdasarkan Laporan Kewa- ngan dan Penyata Kewangan Berau-dit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 berbanding dividen pada 2017 sebanyak 10 peratus dari-pada keuntungan bersih berjumlah

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kekal imej baik Malaysia

dah supaya beroleh haji yang mabrur.“Jangan terlalu leka membuang masa

dengan melakukan perkara tidak berman-faat seperti berbual kosong, membeli-be-lah dan leka menggunakan telefon bimbit.

“Gunakan setiap waktu yang ada untuk memperbanyakkan ibadat dengan pergi ke masjid untuk berjemaah, perbanyakkan so-lat sunat, membaca al-Quran dan berzikir,” titah baginda.

Tabung Haji serah zakat RM��.� juta

RM16,719,” kata kenyataan itu.Hadir sama, Pemangku Setiausaha

MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar; Pe-ngurusan Korporat, Mohd Farid Ba-haron Pengarah dan Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abdul Ra-him.

TERAS adalah anak syarikat di bawah MAIS yang beroperasi pada 2011 dengan menguruskan pemba-ngunan usahawan asnaf dan latihan keusahawanan, di samping menye-diakan bantuan modal perniagaan ser-ta peralatan kepada asnaf yang layak.

MAIS terima dividen lebih RM6�,���EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

PENOLONG EDITOR • Ijazah @ Diploma dalam bidang komunikasi @ setaraf• Berkeupayaan dalam mengumpul dan menyediakan laporan • Boleh bekerja di luar kawasan (mempunyai kenderaan sendiri dan

lesen memandu yang sah)• Berpengalaman lebih 5 tahun sebagai wartawan• Kemahiran berkomunikasi dengan baik• Berkeyakinan tinggi• Mahir dalam microsoft officeCalon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan dan resume terperinci serta gambar terbaru berukuran passport ke e-mel berikut: [email protected]

JAWATAN KOSONG

Tarikh tutuppermohonan30 Jun 2019

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melan-carkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak di medium digital YouTube sebagai usaha terbaharu kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia, pada 24 Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendeka-tan kreatif untuk menyampai dan menyebar luas video pendidikan seks itu menyasarkan tontonan sebanyak 150,000 oleh kanak-kanak berusia tiga hingga ke empat tahun sehingga hujung tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kelu-arga dan Masyarakat berkata, video berdurasi kira-kira se- minit itu adalah yang per-tama seumpamanya di Ma-laysia dan akan disiarkan bermula 24 Jun lalu dalam bentuk iklan sebelum video pilihan kegemaran dan pilihan kanak-kanak disiarkan di landasan terbabit.

“Pengetahuan dan kesedaran yang disam- paikan melalui video ini adalah perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mang-sa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan,” katanya pada sidang media ber-sempena pelancaran video itu.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pem-bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Dr Wan Azizah berkata, video terbabit di-hasilkan melalui usahasama antara kemen-

terian dan Malaysians Against Pornography yang sehingga kini sudah menghasilkan em-pat hingga lima video pendidikan seks untuk kanak-kanak, selain mendapat kerjasama pihak Google.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa hari ini membenarkan anak-anak mereka me-layari Youtube bukan sahaja untuk tujuan pendidikan tetapi turut menjadi sumber pendidikan interaktif.

“Namun, ibu bapa harus memantau tem-poh ‘screen time’ anak-anak ini dan kementerian mencadang-kan sebaik-baiknya, ‘no screen time’ atau akses terhad kepa-da kepada internet adalah se-hingga kanak-kanak berumur dua tahun,”katanya.

Mengenai saranan Pertu-buhan Pertolongan Wanita (WAO) supaya cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari diperkenalkan di sektor swas-ta, Yeoh yang ditemui selepas

majlis itu berkata, kementerian menyambut baik cadangan tersebut yang dapat meri-ngankan beban ibu yang baru melahirkan anak.

“Isu keibubapaan memerlukan kedua- dua pihak memainkan peranan dan kita tidak mahu ibu melalui kesusahan di- awal waktu selepas melahirkan anak berseorangan kerana bapa perlu keluar bekerja,”katanya.

Buat masa ini, golongan bapa di sektor swasta tidak layak dari segi perundangan untuk cuti paterniti manakala golongan bapa dalam sektor awam menikmati tujuh hari cuti paterniti bergaji. – BERNAMA

OLEH NORHAYATI UMOR

KERJAYA sebagai seorang polis trafik wani-ta sememangnya mencabar. Waktu mereka banyak dihabiskan di jalan raya. Rela bekerja tanpa mengira masa, pastinya mereka perlu keazaman yang tinggi dan jiwa yang ken-tal untuk berkhidmat dalam pekerjaan itu.

Koperal Mariani Abdullah, 38, ibu kepa-da tiga cahayamata bersyukur cita-citanya untuk bergelar sebagai polis trafik tercapai.

“Keluarga saya sangat menyokong selepas saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap motosikal berkuasa besar. Ketika itu saya terpengaruh dengan drama Roda-roda Kotaraya yang memapar-kan kehidupan seorang polis trafik, “kata-nya yang menyertai pasukan polis seawal usia 20 tahun.

Minat tidak menghalang tunggang motosikal berkuasa tinggi

Terpengaruh dengan drama Roda-roda Kotaraya yang ditayangkan suatu masa da-hulu, Mariani bertekad untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Malah, menjadi kebiasaannya kini menunggang motosikal PDRM jenis Hon-da ST 1300.

“Walaupun ramai beranggapan ia berat dan kurang sesuai untuk wanita, namun ti-ada masalah untuk saya. Saya selesa bawa motosikal itu, memang nampak macam berat. Lama-kelamaan sudah terbiasa me-mecut untuk tugasan tertentu.

“Lagipun saya sukakan cabaran, bawa motosikal ini rasa dia lain dan berbeza,” ka- tanya yang pernah terbabit dalam bebe-rapa eskot untuk orang kenamaan meng-gunakan motosikal berkenaan.

Beliau berkata, sepanjang 18 tahun berkhidmat sebagai anggota trafik, ba-nyak tugas kawalan trafik dilakukan se-belum ditugaskan mengambil laporan kemalangan di Jabatan Siasatan dan Pe-nguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Selesa bekerja walaupun dikelilingi lelaki

Mariani berkata, walaupun bertugas

dalam kalangan lelaki, beliau tidak kekok, malahan wanita tinggi lampai itu mengakui selesa bekerja dalam satu pasukan yang memahami dan saling membantunya.

Beliau berpendapat, banyak perkara baru dipelajarinya dari rakan sekerja lelaki berkenaan tugasan eskot dan kawalan lalu lintas setiap hari.

“Saya tidak pernah rasa terpencil atau diketepikan, mereka tidak pernah mem-buli saya. Walaupun saya wanita tunggal, mereka tidak pernah menganggap saya lemah dan perlu diketepikan.

Bijak bahagikan masa

Menjadi anggota polis, pastinya sibuk dan tidak menentu sehinggakan terpaksa mengenepikan kepentingan keluarga, na-mun bagi Mariani, beliau seboleh-bolehnya berusaha membahagikan masa untuk ke-luarganya.

“Pernah anak dan suami merajuk kera-na saya asyik balik lambat dan tiada masa untuk mereka.

Suami pula pada mulanya tidak mema-hami. Malah, dia akan ikut ke mana saya pergi, lama-kelamaan mereka sudah ter-biasa,” katanya.

Malah, beliau akan pulang memasak dan menyediakan keperluan persekola-han anak ketika waktu rehat.

“Kebetulan saya tinggal di perumahan PDRM, jadi jarak rumah dengan tempat ker-ja tidak jauh. Jadi saya sediakan keperluan mereka sebelum kembali semula ke peja-bat atau lokasi tugasan,” katanya.

Hampir kemalangan ketika bertugas

Gara-gara mengelak sebuah motosi-kal lain, Mariani hampir terjatuh ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi itu, ketika bertugas.

“Ketika itu, dua motosikal masing-ma-sing di hadapan dan belakang saya. Secara tiba-tiba motosikal hadapan gagal elak air bertakung, saya pula gagal elak dia lalu terjatuh.

“Akibatnya, saya mengalami kecederaan di bahagian lengan. Sehingga kini parut kejadian itu masih dapat dilihat,” katanya.

KPWKM lancar video pendidikan

Tangani jenayah seks kanak-kanak

Drama ‘Roda-roda Kotaraya’ pengaruhi Mariani

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

23SelangorKini 27 Jun - 3 Julai 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA TERENGGANU - Pelan tin-dakan mengenai pembangunan sukan elektronik (e-sports) telah siap dan dalam proses mendapat-kan maklum balas daripada pel-bagai pemegang taruh seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ber-kata e-sports antara lain akan menekankan ciri-ciri permainan yang bertanggungjawab bagi mengekang budaya tidak sihat yang dibawa oleh permainan dalam talian.

“Salah satu isu utama dalam pelan tindakan tersebut ialah per-mainan yang bertanggungjawab yang sangat penting sebab kita tidak mahu orang ketagih dan ti-dak mahu elemen negatif terse-but berterusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penjelajahan FitMalay-

sia 2019 bagi zon Pantai Timur di Dataran Batu Burok, di sini, pada 22 Jun lalu.

Beliau berkata demikian ke-tika diminta mengulas tindakan Majlis Ulama Aceh (MPU) yang mengeluarkan fatwa mengharam-kan permainan dalam talian, Pla-yerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), seperti yang dilaporkan pada 21 Jun.

Syed Saddiq berkata kerajaan masih lagi berpendirian tidak akan mengambil tindakan ter-lalu cepat untuk mengharamkan permainan dalam talian seum-pama itu.

“Kita tidak boleh ambil tinda-kan terlalu cepat untuk terus ha-ramkan, itu bukan kita, pendirian kita berdasarkan fakta, penyelidi-kan, sebelum keputusan tersebut dibuat,” katanya.

Sementara itu, program penje-

Tunggu maklum balas pemegang taruh

Pelan tindakan e-sukan siap

lajahan FitMalaysia 2019 bagi zon Pantai Timur yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun diadakan bagi membudayakan sukan dalam ka-

langan penduduk negeri ini.Penganjuran FitMalaysia 2019

di Terengganu yang disertai 15,000 peserta menampilkan pel-

bagai acara menarik seperti sukan memanah tradisional, bola sepak pantai dan larian ‘fun run’. – BER-NAMA

KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat membida penganjuran Piala Dunia Rag-bi Tujuh Sebelah edisi 2022.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya ber-kata pihaknya akan menga-dakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada minggu de-pan bagi membincangkan perkara itu.

“Malaysia adalah an-tara 12 negara yang akan membuat bidaan Piala Du-nia. Negara yang sudah jadi tuan rumah Siri Tujuh Sebe-lah Dunia tidak layak untuk membida, jadi untuk negara Asia, Ma-laysia dan Qatar telah nyatakan hasrat

untuk buat bidaan.“Cuma untuk realisasikan hasrat

ini, kita perlukan sokongan dari-pada KBS, Kementerian Pelan-congan, Seni dan Budaya serta pihak korporat untuk menyo-kong KRM anjurkan kejohanan bertaraf dunia,” katanya kepa-da media pada majlis Rumah

Terbuka Aidilfitri KRM di Bandar Sukan Bukit Jalil (KLSC), pada 22 Jun lalu.

Shahrul Zaman menjelaskan pengan-juran Piala Dunia itu juga bakal menjadi platform untuk KRM buktikan kepada Ragbi Dunia bahawa Malay-sia mampu menganjur-kan kejohanan bertaraf

dunia, sekali gus memberi

peluang untuk negara membida pe-nganjuran Siri Tujuh Sebelah Dunia yang diadakan pada setiap tahun.

Terdahulu telah berlangsung Me-syuarat Majlis KRM di Majlis Sukan Ne-

gara (MSN) yang turut mendapat kelulusan ang-gota majlis untuk mem-buat pembentangan kepada KBS mengenai hasrat MRU mewujud-kan satu pasukan ragbi 15 sebelah di peringkat akar umbi melalui projek Piala Dunia Ragbi 2031.

Shahrul Zaman me-ngakui proses penye-diaan pasukan dalam

tempoh 12 tahun itu adalah sukar dan pihaknya perlu membuat persiapan rapi terutamanya memastikan program pembangunan itu melibatkan pemain berusia sembilan hingga 12 tahun.

“Kita akan bentang kepada KBS me-ngenai program misi layak ke Piala Dunia 2031. Dua belas tahun tahun dari seka-rang, itu adalah jangka masa yang kita perlukan untuk buat persediaan secara sistematik dan berstruktur. Kalau nak la-yak nanti, kita perlukan pemain yang kini masih di bangku sekolah,” katanya.

Beliau berkata kuota untuk pasukan dari Asia beraksi di Piala Dunia hanya-lah satu dan kini dikuasai Jepun dan adalah sukar untuk menyaingi pasukan itu dalam tempoh empat hingga ke la-pan tahun.

Katanya secara realistik, pasukan yang akan menyarung jersi kebangsaan bagi Piala Dunia 2031 adalah dalam kalangan bakat-bakat muda ketika ini berusia dalam lingkungan sembilan hingga 12 tahun. – BERNAMA

Joo Ven raih gelaran sulung Siri Antarabangsa Malaysia

KRM bida tuan rumah Piala Dunia Ragbi �S ����

Gambar - FB Badminton Association of

Malaysia - BAM

IPOH - Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven meraih gelaran sulung Ke-johanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019 selepas mengatasi rakan senegara Cheam Jun Wei dalam perlawanan akhir di Arena Badminton Perak, di sini pada 23 Jun lalu.

Beraksi di hadapan kira-kira 500 penon-ton, Joo Ven yang juga pilihan utama kejo-hanan menang straight set 21-13, 22-20 ke atas Jun Wei dalam perlawanan yang ber-langsung selama 47 minit.

Joo Ven, ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, mengakui beliau gem-bira kerana berjaya memenangi kejohanan buat pertama kali sejak ia mula diperkenal-kan pada 2016.

Beliau berkata, meskipun ia bukan kejo-hanan besar namun rata-rata pemain yang beraksi pada kali ini mempunyai kualiti yang baik terutama daripada aspek kema-hiran dan permainan.

“Saya gembira kerana memenangi ke-johanan kali ini walaupun secara keseluru-han ia bukan sesuatu yang mudah kerana rata-rata pemain yang beraksi mempunyai kualiti.

Mengulas lanjut, pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkata, sasa-rannya pada tahun ini adalah untuk beraksi di kejohanan lebih besar dan sekurang-kurangnya berada pada kedudukan ke-40 dunia.

“Saya sekarang berada pada kedudukan 66 dunia dan mungkin dengan kemena-ngan ini akan melonjakkan kedudukan ke-55 dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam acara beregu wani-ta, pasangan negara, Pearly Tan-M. Thinaah mengesahkan kejuaraan selepas menum-paskan pasangan dari Indonesia Febriana Dwipuji Kesuma-Ribka Sugiarto dalam per-

mainan ‘rubber’ set, 21-16, 11-21, 21-18.Kecemerlangan itu bagaimanapun ga-

gal diteruskan dalam acara beregu lelaki, apabila pasangan negara Low Hang Yee-Ng Eng Chong tumpas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Mar-tin 21-17, 17-21, 11-21.

Kem negara terus dirundung malang apabila impian pemain wanita negara, Eoon Qi Xuan untuk mengejutkan pilihan ketujuh dari In-donesia, Sri Fatmawa-ti berkecai selepas tumpas 19-21, 8-21 dalam perlawanan akhir yang berlang-sung selama 34 minit. – BERNAMAEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · SHAH ALAM - Islam memandang serius perbuatan fitnah yang kini semakin berle-luasa dan menyifatkan penabur fitnah se- bagai orang paling

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor ber-jaya memintas Perak dan Kedah dalam kedudukan carta Liga Su-per selepas berpesta gol 5-2 ke atas Pahang di Stadium Shah Alam di sini, 25 Jun lalu.

Selangor kini menghuni di tempat ketiga dengan 28 mata meninggalkan Perak di tangga keempat dengan 27 mata diikuti Kedah, 26 mata.

Sementara itu, Pahang yang kurang satu perlawanan berada di tangga kedua, berkelebihan dua mata ke atas Selangor, seka-li gus Gergasi Merah masih ber-peluang memintas Tok Gajah.

Kenduri gol pada perlawa-nan itu disumbangkan dengan jaringan hatrick penyerang im-port baharu tuan rumah, Ifedayo

Omosuyi pada minit ke 36, 43 dan 86.

Gol pembukaan disumbang-kan Khyril Muhymeen Zambri (m29) dan dilengkapkan jaringan Endrick (m46).

Gol saguhati Pahang dijaring-kan pada separuh masa kedua oleh Kogisleswaran Raj (m68) dan Mohamadou Sumareh (m77).

Percubaan Pahang untuk bangkit pada minit akhir per-lawanan tidak menghalang Sela-ngor mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat dibu-nyikan.

Berbaki empat perlawanan, Gergasi Merah perlu mengekal-kan momentum sedia ada un-tuk menamatkan musim dalam kelompok pasukan teratas Liga Super.Foto Ehsan: Persatuan Bolasepak Selangor

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi membela nasib bekas atlet Selangor yang pernah mengharumkan nama negeri dan negara.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, Kera- jaan Negeri komited membantu bekas atlet Selangor yang jasa mereka sema-kin dilupakan.

“Kita akan bekerjasama dengan YAKEB (terutamanya) daripada segi pe-runtukan yang akan diberikan secara tahunan supaya YAKEB boleh menjejaki atlet kita yang pernah berjasa kepada Selangor.

“Kerajaan Selangor tidak mahu kebaji-kan bekas atlet ini terabai dan kita mem-beri isyarat kepada pihak luar bahawa Selangor sentiasa mengambil berat ke-bajikan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat bekas pe-main Selangor era 70-an, Zapril Hashim di rumahnya, di sini, pada 25 Jun lalu.

Menyentuh mengenai Zapril, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya akan men-cari jalan membantu bekas pemain Se-langor itu yang membantu negeri itu meraih Piala Malaysia sebanyak lima kali.

Pada lawatan berkenaan, Khairuddin yang juga Ahli Dewan Negeri Paya Jaras turut menyerahkan bantuan peribadi

sebanyak RM1,500 kepada Zapril untuk perbelanjaan hariannya.

Dalam pada itu, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ber-kata, pihaknya akan mempertingkatkan kerjasama dengan EXCO sukan di setiap negeri bagi memastikan mereka tidak terlepas pandang bekas atlet kebang-saan yang sepatutnya mendapat pem-belaan sewajarnya.

“Kerjasama daripada Kerajaan Ne-geri Selangor amat menggalakkan terutama daripada segi bantuan perubatan, mala-han bantuan lain turut disalurkan kepada YAKEB dan kami akan salurkan bantuan berkenaan kepada bekas atlet yang me-merlukan,” jelasnya.

Sementara itu, Zapril, 61, jelas terharu

dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Se-langor dan YAKEB kerana membiayai kos rawatan penyakit kencing manis yang di-hidapinya ketika ini.

“Saya harap bantuan ini dapat mem-buka mata pihak lain dalam membantu bekas atlet negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kehidu-pan Zapril kian terhimpit sejak tiga jari kaki kanannya terpaksa dipotong pada 25 Mei lalu di Hospital Ampang, Selangor kerana menghidap penyakit kencing manis.

Zapril yang pernah mewakili Selangor dari 1978 sehingga 1986 hanya mem-peroleh RM200 sebulan atas ihsan rakan-rakan malah terpaksa tinggal bersama pekerja asing dari Bangladesh di sebuah rumah kedai di ibu kota. - BERNAMA

Aksi cemerlang benam Tok Gajah

Selangor lonjak tangga ketiga

Tingkat kerjasama bela nasib bekas atlet

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah me-nyambut baik pengumuman oleh negara anggota ASEAN baru-baru ini yang bersepakat untuk membi-da bersama penganjuran Piala Dunia FIFA pada 2034.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan di sini pada 25 Jun lalu berkata, Sul-tan Abdullah menyokong penuh langkah berkenaan dan menantikan untuk mendengar butiran lanjut berkaitan bidaan, serta me-ngucapkan selamat ma- ju jaya kepada ASEAN, da-lam usahanya itu.

Seri Paduka merupakan bekas Presiden Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan anggota jawatankuasa eksekutif FIFA.

“Beta terlibat dengan sukan bola sepak hampir sebahagian besar daripada hidup beta dan me-mang menjadi satu impian untuk melihat Piala Du-nia dianjurkan di tanah air kita. Semasa beta men-jadi Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA, beta mengemukakan cadangan supaya bidaan bersama dilakukan dengan negara anggota ASEAN.

“Beta berpendapat ini merupakan peluang yang sangat baik untuk meningkatkan bola sepak kita ke tahap Piala Dunia, bersandarkan kepada motivasi apabila menjadi sebahagian daripada Piala Dunia.

“Sudah tentulah, pulangan ekonomi sahaja amat besar, bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada negara berjiran kita. Menganjurkan acara seperti ini semestinyalah akan membawa kepada pewujudan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur besar-besaran dan meningkatkan ke-datangan pelancong.

“Beta turut teruja dengan prospek yang akan memacu pembangunan akar umbi dan pemain bola sepak muda kita ke arah mencapai impian un-tuk beraksi dalam Piala Dunia,” titah Seri Paduka.

Tahun lepas, Sultan Abdullah bertitah Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada negara ang-gota ASEAN untuk bersama-sama membida pe-nganjuran Piala Dunia FIFA 2034.

Seri Paduka dilaporkan bertitah sudah tiba ma-sanya rantau ASEAN diberi peluang untuk menjadi tuan rumah bersama kerana ia akan memboleh-kan negara anggotanya menambah baik infra-struktur dan memperkukuhkan pasukan kebang-saan masing-masing.

Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha mem-beritahu persidangan akhbar selepas merasmikan Si-dang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok, Thailand, pada Ahad lepas bahawa kesemua 10 negara ang-gota ASEAN bersetuju untuk melancarkan bidaan bersama bagi menganjurkan Piala Dunia FIFA 2034.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad, lima negara anggota ASEAN iaitu Malay-sia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia mencetuskan cadangan itu semasa sidang kemun-cak berkenaan. - BERNAMA

Agong sambut baik ASEAN bida Piala Dunia

Khairuddin (kanan) bersama Noorul Ariffin melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Zapril

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI