proses pengurusan dakwah dalam peristiwa perjanjian...

13
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 250 Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah Faiz Abdul Rahim [email protected] Hazelena Dewi Fatahul Ariffin [email protected] ABSTRAK Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis peristiwa perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan beberapa kitab sirah dan juga buku pengurusan. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif. Dapatan kajian terdapat empat prinsip pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu perancangan, kepimpinan, pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam dapat dijalankan secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini. Kata Kunci: Proses pengurusan, Perjanjian Hudaibiyyah PENGENALAN Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem pengurusan Barat diagung-agungkan sehingga Islam sebagai model pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam. Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan kepada model rasional, analitikal causative dan probalistic yang merangkumi apa yang dinamakan sebagai konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif yang menekankan etika, perseimbangan antara kemajuan material dan rohani, berakar umbikan tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan menekankan kerjasama, bukannya persaingan dalam perlakuan. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah ilmu yang tempang dan sekular yang tidak menepati kehendak Islam daripada segi asas, konsep dan falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991). Sir George Bernard Shaw menyatakan jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya sentiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia (Anon 2012).

Upload: duongquynh

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

250

Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian

Hudaibiyah

Faiz Abdul Rahim

[email protected]

Hazelena Dewi Fatahul Ariffin

[email protected]

ABSTRAK

Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal

sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w

mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis

peristiwa perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan

kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini

menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan

memfokuskan beberapa kitab sirah dan juga buku pengurusan. Manakala metode analisis

data, kajian ini menggunakan metode deskriptif. Dapatan kajian terdapat empat prinsip

pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu perancangan, kepimpinan,

pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam dapat dijalankan

secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini.

Kata Kunci: Proses pengurusan, Perjanjian Hudaibiyyah

PENGENALAN Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem pengurusan Barat diagung-agungkan

sehingga Islam sebagai model pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam.

Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan kepada model

rasional, analitikal causative dan probalistic yang merangkumi apa yang dinamakan sebagai

konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif

yang menekankan etika, perseimbangan antara kemajuan material dan rohani, berakar umbikan

tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan menekankan kerjasama, bukannya persaingan dalam

perlakuan. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah ilmu yang

tempang dan sekular yang tidak menepati kehendak Islam daripada segi asas, konsep dan

falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).

Sir George Bernard Shaw menyatakan jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris

bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya sentiasa

menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama

yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah

mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia

harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad

memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala

permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia

(Anon 2012).

Page 2: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

251

Mahatma Gandhi pula berkata, pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling

mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan

kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan,

keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya,

tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan

pedang ) menyingkirkan segala halangan (Anon 2012).

Kesimpulan dari dua pandangan tokoh besar bukan Islam ini ialah mereka mengakui bahawa

kepimpinan di dalam pengurusan Baginda s.a.w sangatlah sempurna. Ini menunjukkan apa jua

bentuk dan nilai-nilai pengurusan yang diambil oleh barat adalah berdasarkan dari Baginda s.a.w.

Hal ini terbukti daripada dua pandangan tokoh ini.

KONSEP PENGURUSAN Definisi Pengurusan

Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, penyusunan,

pengarahan dan juga kawalan. Pada peringkat perancangan, perkara-perkara yang dititkberatkan

ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, pembentukan strategi dan dasar. Proses

penyusunan pula melibatkan aktiviti-aktiviti menstruktur heirarki pengurusan dan fungsi,

penyelarasan melalui peraturan, dasar dan tatacara yang ditetapkan dan juga pengurusan

kakitangan. Manakala proses pengarahan pula merangkumi aspek-aspek kepimpinan dan

menjamin kecekapan dan keberkesanan organisasi. Sementara pada peringkat pengawalan, pihak

pengurusan mengawasi perlaksanaan ketiga-tiga proses tersebut dan mengambil tindakan-

tindakan tertentu supaya matlamat organisasi dapat dicapai (Juhary ali 2004).

Koontz dan O’Donnell (1972) menyatakan pengurus organisasi itu sebagai penciptaan dan

penyelenggaraan persekitaran dalaman sebuah perusahaan iaitu individu, bekerja bersama-sama

dalam kumpulan, boleh melakukan kerja-kerja itu dengan cekap dan berkesan ke arah pencapaian

matlamat kumpulan. Robbins dan Coulter (2005) pula menyatakan pengurusan itu merupakan

kerja penyelarasan aktivit-aktiviti supaya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan melalui

dan dengan orang lain. Sesetengah penulis mengatakan pengurusan ialah proses mencapai

matlamat organisasi dengan melaksanakan empat fungsi utama, iaitu perancangan,

pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan.(Bartol, Mactin 2003)

Selain itu Juhary Ali (2000) menyatakan pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai proses

perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan

semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Antara lain, ia sebagai proses

pengarahan, penyelerasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat

yang dikehendeki dan prestasi sepenuhnya.

Menurut Azman Che Omar, pengurusan daripada segi pandangan Islam ialah satu proses

melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah

melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan

menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan

sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di

akhirat.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, didapati walaupun mempunyai sedikit perbezaan daripada

segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kesemua definisi itu mengandungi perkataan

Page 3: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

252

proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam pengurusan, iaitu yang pertama,

pengurusan sebagai proses menjalankan kerja sistematik serta memerlukan hubungan tertentu

antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. Kedua, untuk mencapai matlamat organisasi,

iaitu apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara

satu dengan lain akan matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi

dapatdikenalpasti sama ada dalam bentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

Penyusunan Dan Perancangan Pengurusan

Penyusunan ialah mengumpul dan menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan untuk mencapai

sesuatu tujuan. Perancangan pula ialah mengkaji dan memilih aspek dan perkara yang pelbagai

sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Pilihan yang terbaik diperlukan untuk mencapai matlamat

dalam masa yang tertentu mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan tertentu(Syed

Muahammad Dawilah Al-Edrrus 1989).

Perancangan itu terbahagi kepada dua. Pertama, bahagian politik yang bersifat umum dan luas.

Kedua, kerja pentadbiran dan pengurusan di dalam lingkungan garis panduan dan program yang

diwujudkan untuk mencapai matlamat politik (Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus 1989).

Perancangan yang baik ialah keupayaan menggunakan potensi manusia dan sumber alam sebaik

mungkin. Cara melaksanakan perancangan itu ialah dengan mengadakan carta organisasi dan

pembahagian tanggungjawab dan tugas. Pembahagian dan penyusunan pengurusan itu

mengandungi dua bahagian utama, iaitu membuat dasar dan tanggungjawab yang dirancang oleh

pihak majikan atau pemerintah.

Penyusunan dan perancangan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia membolehkan

pihak pengurusan membuat garis panduan dan jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan

ekonomi dan kebajikan sosial. Ia menentukan tempoh pelaksanaan sesuatu projek atau program

seperti setahun, dua tahun atau sebagainya. Ia merupakan langkah pentadbiran dan pengurusan

yang pertama (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).

Di samping itu, Penyusunan dan perancangan pengurusan Islam mempunyai prinsip tertentu.

Antaranya ialah kajian atau penyelidikan, perundingan dengan tenaga pakar dan syura (Ahmad

Ibrahim Abu Sin 1991). Prinsip tersebut perlu dipatuhi agar semua perancangan dalam

pengurusan berkaitan dengan semua hal kehidupan umat Islam tidak dibuat secara tergesa-gesa,

dan tanpa faedah. Hal ini diwajibkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran melalui firman-Nya:

Maksudnya:

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu

kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak

mengetahui (Al-Nahl 16:43).

Dalam konteks kepimpinan Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w sendiri telah menjadi model bagi

pengurus yang efektif, cekap, cemerlang, dinamis dan berkualiti tinggi. Tambahan pula,

perancangannya kemas dan rapi. Baginda s.a.w menguruskan masyarakat Islam sejak awal secara

Page 4: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

253

sistematik. Falsafah pengurusan Baginda s.a.w ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan

iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah S.W.T serta menegakkan keadilan.

Kemantapan pentadbiran bergantung kepada dasar dalam pengurusan organisasi itu sendiri.

Penyelerasan dan tindakan induk menentukan fungsi dan tanggungjawab jabatan dan unit di

dalam sesuatu organisasi. Penyusunan dan perancangan dahulu hingga kini masih lagi

mempunyai prinsip yang sama daripada segi politik, keagamaan, sosial, ekonomi, dan

sebagainya.

Walau bagaimanapun ia sentiasa berbeza daripada segi bentuk dan cara perancangan itu disedia

dan dilaksanakan. Pelaksanaan perlu mengenal pasti perubahan-perubuhan dan pembentukan

yang wajar dilakukan yang ditentukan oleh tempat dan suasana. Pakar pengurusan dari semasa ke

semasa wajar bekerja keras untuk menyelidik dan menganalisis keperluan semasa.

Kepimpinan Dalam Pengurusan

Terdapat pelbagai definisi tentang kepimpinan. Pertama, usaha untuk mempengaruhi individu

atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu. Kedua,

tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat

yang dikongsi bersama. Ketiga, seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa

kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Subari Ramli

2012).

Kepimpinan merupakan ciri kemasyarakatan yang lahir hasil kerjasama individu dengan orang

lain. Ia merupakan suatu ikatan yang amat diperlukan oleh sesuatu organisasi, yang tugasnya

menyusun interaksi seluruh anggota masyarakat sama ada dalam bentuk individu mahupun

kumpulan masing-masing mempunyai tujuan yang tertentu(Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).

Terdapat tiga asas utama dalam membantu sesuatu kepimpinan. Pertama, kumpulan manusia itu

mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Kedua, kumpulan yang

dibentuk mempunyai tujuan dan hasrat yang sama.

Ketiga, seorang ketua yang dilantik mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan

tujuan kumpulannya. Ketua ini hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam

memandu jemaahnya menuju matlamat yang dicita-citakan (Naccer Jabnoun 1994). Hal ini tidak

akan tercapai melainkan dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin dengan pihak yang

dipimpinnya tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Justeru itu, sesuatu takrif

kepimpinan itu belum lengkap jika ketiga-tiga asas tersebut tidak dibincangkan.

Mengikut Pepner dan Prestes dalam buku mereka al-Idarah al-Ammah, kepimpinan itu

merupakan seni penyusunan hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang

mengarahkan mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Ahmad Ibrahim Abu Sin

1991). Pihak sekolah angkatan tentera darat Amerika pula mentakrifkan kepimpinan sebagai seni

meniupkan semangat dalam diri seseorang serta mengenali individu itu melalui cara-cara tertentu

membiasakan mereka menjadi orang yang patuh, hormat dan boleh diarah, serta boleh

mendapatkan kerjasama dalam mencapai matlamat yang dituju dirancangkan (Ahmad Ibrarhim

Abu Sin 1991).

Definisi ini memberi maksud bahawa antara ketua dengan orang bawahan hendaklah ada dua

hubungan dua hala serta sentiasa memberi galakan antara satu sama lain. Ini beerti ketua bukan

sahaja memberi galakan kepada kakitangannya malahan sanggup menerima teguran, cadangan

Page 5: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

254

serta pandangan dari kakitangannya. Sikap memberi dan menerima seperti yang disebutkan di

atas merupakan satu unsur penting dalam institusi kepimpinan.

Pengawasan Dalam Pengurusan

Pengawasan dalam pengurusan ialah sebahagian daripada pengurusan Islam itu sendiri. Ia

melibatkan keseluruhan sistem pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, kepimpinan,

membuat keputusan dan pelaksanaannya. Fungsinya utama ialah untuk memastikan segala

pengurusan itu berjalan mengikut jadual, mendedahkan kelemahan dan kesilapan bahagian-

bahagian dalam pengurusan dan bertindak segera memperbetulkan kelemahan khususnya jika

berlakunya penyelewengan (Mustafa Daud 1994).

Daripada segi operasinya ia terbahagi kepada dua. Pertama, elemen luaran yang merupakan

badan pengawas dari luar. Kedua, elemen dalaman iaitu pihak atasan, kakitangan atau pekerja

sendiri yang mengawasi dari dalam organisasi (Mustafa Daud 1994). Sasarannya ialah individu

atau kakitangan pengurusan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah. Sekiranya

seseorang melakukan kesilapan ia akan dicadangkan untuk membuat pembetulan. Islam telah

meletakkan syarat supaya badan pengawas ini menggunakan segala kebijaksanaan dan mereka

mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam psikologi, kaunseling, komunikasi yang

baik dan memahami perasaan pekerja (Mustafa Daud 1994).

Penilaian

Prinsip pengurusan seharusnya diakhiri dengan melakukan tinjauan evaluatif-introspektif dalam

erti merenung ke dalam diri dengan motif otokratik (mengkritik diri) (Akademi Pengurusan

YaPEIM 2005). Dalam istilah agama amalan ini disebut muhasabah. Ia adalah amalan terpuji

yang harus disebatikan dalam cara hidup seseorang Muslim. Amalan ini tidak hanya relevan

untuk kehidupan peribadi, tetapi juga relevan dalam konteks organisasi. Setelah seluruh prinsip

pengurusannya selesai dilaksanakan harus segera dilakukan post moterm atau bedah siasat untuk

mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang telah berlaku dengan semangat untuk

mencegahnya daripada berulang.

Proses penilaian introspektif sebagaimana yang dirumuskan oleh Imam al-Ghazali boleh untuk

dijadikan panduan. Proses tersebut meliputi musyaratah (menasihati diri), muraqabah

(mengawasi diri), muhasabah (menilai diri), mu’atabah (mengkritik diri). Maksud musyartah

ialah menginsafkan diri tentang betapa berharganya setiap detik masa yang seharusnya

dimanfaatkan sepenuhnya untuk amal dan khidmat yang berprestasi setinggi-tingginya. Masa

pada hakikatnya adalah modal terpenting. Apabila masa itu berlalu maka berakhirlah segala-

galanya. Justeru adanya ungkapan-ungkapan seperti masa itu emas yang menunjukkan betapa

pentingnya masa (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).

Muraqabah ialah amalan mengawasi diri atau kepekaan hati yang timbul kesedaran bahawa Allah

Maha Mengetahui segala gerak laku hamba-hamba-Nya, lahir dan batinnya. Kesedaran tersebut

secara konsekuensial membentuk sikap muraqabah terutama langkah-langkah dan tindakan-

tindakannya. Seorang petugas melakukan muraqabah sejak sebelum melaksanakan sesuatu

tindakan. Ia merenung ke dalam diri untuk mengawasi niatnya, apakah ia melakukannya dengan

ikhlas kerana Allah S.W.T atau motif lain. Jika memang kerana Allah S.W.T ia meneruskan

niatnya itu, tetapi jika tersirat tujuan lain maka harus segera memperbetulkan diri dengan

melurskan niatnya. Muraqabah seharusnya berterusan sepanjang proses pelaksanaan sesuatu

Page 6: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

255

tugasan untuk memastikan segalanya menepati kehendak syara’ dan dilakukan dengan

sesempurna mungkin (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).

Muhasabah membawa maksud menilai diri sesudah melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu

konsep tawbah juga mengandungi makna menilai pekerjaan masa lalu, mengenal pasti dan

menginsafi kesilapan-kesilapan, lalu bertekad untuk tidak mengulanginya. Muhasabah dalam

pengertian tersebut ternyata amat relevan dengan proses pengurusan yang memang perlu

melakukan post-mortem setiap kali selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya

mengambil langkah-langkah pembaikan demi mencipta prestasi yang lebih baik pada masa

mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu harus dipastikan tidak berulang (Akademi

Pengurusan YaPEIM 2005).

Mu’atabah ialah amalan mengkritik dan menilai diri sendiri. Ia haruslah timbul daripada

kesedaran tentang kelemahan diri. Kejahilannya terutama dalam mengawal nafsu sehingga

mungkin ia telah terlanjur melakukan penyimpangan-penyimpangan seperti tamak, gopoh,

berbohong, mungkir janji, melakukan ketidakadilan dan lain-lain yang tidak diredhai Allah

S.W.T. Amalan mengkritik diri yang diikuti dengan langkah-langkah korektif dan akan

menghasilkan proses pembaikan yang berterusan menuju matlamat kesempurnaan dalam erti

martabat ihsan (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).

PRINSIP PENGURUSAN

PERANCANGAN KEPIMPINAN PENILAIAN PENGAWASAN

Mengumpul

dan

menyenaraikan

Mengkaji dan

memilih

Keupayaan

menggunakan

potensi

manusia dan

Berkemahiran

untuk

mempengaruhi

Memberi

galakan antara

satu sama lain.

Memastikan

berjalan

mengikut

waktu

Mendedahkan

kelemahan

Memperbaiki

kelemahan

Muhasabah

Muraqabah

Mu’atabah

PERJANJIAN

HUDAIBIYYAH

Rajah 2.1: Kerangaka konsep Proses Pengurusan Dalam Perjanjian

Hudaibiyyah

Page 7: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

256

Perjanjian Hudaibiyah Peristiwa perjanjian Hudaibiyah ini dijadikan sebagai subjek kajian kerana beberapa sebab. Ini

dinyatakan oleh Shafiyyurhaman al-Mubarakfury (1988)

1. Dakwah Islam semakin tersebar

2. Orang Islam diberikan peluang untuk menunaikan Haji di Makkah

3. Pengislaman beberapa tokoh seperti Khalid al-Walid, Amr bin al-As dan sebagainya.

4. Negara Islam di Madinah diiktiraf kerana orang kafir Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam

di Madinah.

Pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah Rasulullah dan pengikutnya seramai 1400 orang telah berangkat

ke Makkah dengan niat mengerjakan umrah (al-Buti 2008). Antara sebabnya ialah Rasulullah

telah bermimpi mengunjungi Baitullah, bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah dan

Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat. Selain itu juga, timbul rasa rindu yang mendalam

terhadap keluarga, sanak saudara dan tempat lahir mereka di Makkah setelah enam tahun

meninggalkannya. Di samping itu, terdapat kekuatan iman dan azam dalam kalangan umat Islam

untuk menziarahi Baitullah. Tambahan pula, Kedudukan umat Islam sudah kuat dan mantap

setelah umat Islam berjaya mengatasi orang musyrikin Quraisy dalam beberapa siri peperangan

dan mengatasi ancaman Yahudi di Madinah (Ab Aziz Mohd Zin. 2012).

Apabila rombongan Rasulullah s.a.w hampir ke Makkah, orang musyrikin menghantar wakil

mereka iaitu Budail bin Warqa' al Khuzai memberitahu bahawa musyrikin Makkah bersedia

dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam. Rasulullah s.a.w mengarahkan

Budail memaklumkan semula kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan muslimin untuk

menziarahi Ka’bah dan bukannya untuk berperang. Rasulullah s.a.w juga berharap dapat

diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak dalam satu tempoh tertentu (Abdul Hadi

Awang. 2001).

Selepas itu, Musyrikin menghantar pula ‘Urwah bin Mas’ud untuk berunding dengan Rasulullah

s.a.w. Walaubagaimanapun, rundingan tersebut gagal. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutuskan

‘Uthman bin ‘Affan r.a pula untuk berunding dengan kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga

hari oleh pihak kafir Quraisy. Rasulullah s.a.w menerima berita bahawa ‘Uthman bin ‘Affan r.a

dibunuh. Rasulullah s.a.w dan rombongannya bermesyuarat dan bersetuju membuat sumpah setia

untuk menuntut bela kematian Uthman. Sumpah setia ini dinamakan Bai'ah al-Ridhwan,

bersempena dengan tempat janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok bernama "Ridhwan"(

Abdul Hadi Awang. 2001). Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran

melalui firman-Nya:

Maksudnya:

Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia

kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, Maka sesiapa yang melanggar janjinya

Page 8: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

257

nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati

janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar (al-Quran al-Fath 49:10).

Setelah musyrikin Makkah mengetahui keputusan rombongan orang Islam untuk membela

kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mereka membuat keputusan membebaskannya semula. Pihak

musyrikin Makkah menghantar Suhail bin Amr untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w dan

bersetuju untuk mengadakan perjanjian dengan pihak orang Islam di Hudaibiyyah. Perjanjian ini

dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiyyah, bersempena tempat termeterinya perjanjian

tersebut. Penulis kepada perjanjian ini adalah ‘Ali bin Abi Talib r.a. (Shafiyyurhaman al-

Mubarakfury 1988)

Isi perjanjian tersebut ialah:

1. Orang Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut iaitu pada 6 hijrah dan

boleh mengerjakan pada tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang

tersarung dan berada di Makkah tidak melebihi tiga hari.

2. Gencatan senjata dilaksanakan selama 10 tahun. Dalam tempoh itu kedua pihak tidak

boleh mengkhianati dan memungkir janji.

3. Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam),

hendaklah dipulangkan semula ke Makkah.

4. Orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah.

5. Pihak Musyrikin Makkah dan Islam Madinah boleh atau bebas membuat perjanjian

dengan mana-mana pihak yang mereka suka.

6. Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau

berperang.

Pada mulanya para sahabat terutama Umar al -Khattab r.a yang mempertikaikan syarat-syarat

perjanjian itu kerana dilihat merugikan orang-orang Islam. Para sahabat turut mempamerkan

sikap negatif, seolah-olah membantah keputusan yang dibuat oleh Rasullulah s.a.w dalam

perjanjian tersebut, dengan tidak mengikuti arahan Baginda s.a.w melakukan tahallul.

Walaubagaimanapun, setelah melihat Baginda s.a.w sendiri yang melakukan tahallul, barulah

mereka bertahallul.

Dalam perjalanan pulang ke Madinah, iaitu setelah berada antara Makkah dan Madinah turunlah

surah al-Fath. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah

memberi ampunan kepada kamu terhadap dosa kamu yang telah lalu dan yang akan datang serta

menyempurnakan nikmat-Nya atas kamu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus. (al-

Quran, al-Fath 48:1-2)

Page 9: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

258

ANALISIS DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Sebelum penulis menganalisis prinsp-prinsip pengurusan yang terdapat pada peristiwa

Hudaibiyah, penulis ingin menganalisis dahulu isi-isi perjanjian Hudaibiyah ini. Pertama, Orang

Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut 6 hijrah dan boleh mengerjakan pada

tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang tersarung dan berada di Makkah tidak

melebihi tiga hari (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Perkara yang disepakati ini dilihat

menguntungkan keuda-dua belah pihak, iaitu orang Islam dan juga Kafir Quraisy. Ini kerana

orang Islam boleh memasuki tanpa gangguan dari kafir Quraisy Makkah dan menzahirkan Islam

yang mereka anuti. Bagi orang kafir pula, mereka boleh mempersiapkan apa sahaja daripada segi

pertahanan, ekonomi dan juga lain-lain.

Kedua, Gencatan senjata selama 10 tahun (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam

tempoh itu kedua pihak tidak boleh mengkhianati dan memungkiri janji. Perkara ini sangat

menguntungkan orang Islam kerana mereka boleh menyebarkan dakwah Islam dengan mudah

tanpa sebarang ancaman. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengirim utusan

dan perutusan dalam bentuk surat kepada pembesar-pembesar dan Raja-raja di luar Makkah

seperti Maharaja Rom dan Prasi.

Ketiga, Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam),

hendaklah dipulang semula ke Makkah (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Keempat, Orang

Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Kedua-dua perkara dilihat sebenarnya tidak

menguntungkan pihak Islam. Walaubagaimanapun, jika diteliti daripada aspek pengurusan

strategi, didapati ia adalah salah satu metode dakwah yang berkesan walaupun dilakukan secara

tidak langsung. Ini kerana mereka yang telah memeluk Islam dapat menjalankan tugas

menyampaikan mesej dakwah kepada penduduk Makkah mengikut cara dan kaedah yang

tersendiri tanpa ada rasa perasaan takut. Hal ini kerana, mereka dilindungi oleh perjanjian yang

telah disepakati bersama antara kedua-dua belah pihak.

Kelima, pihak musyrikin Makkah dan orang Islam Madinah boleh membuat perjanjian dengan

mana-mana pihak yang mereka suka (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Isi perjanjian yang

kelima ini sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana, orang yang tidak

beragama dan berbelah bagi boleh memilih secara aman pihak mana yang mahu diikuti. Keenam,

kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau berperang.

Perkara ini muncul hasil daripada perkara yang kedua iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.

Secara umumnya, perjanjian ini dilihat berat sebelah kepada orang kafir Quraisy sahaja.

Walaubagaimanapun, Baginda s.a.w melihat perjanjian ini adil dan menguntungkan orang Islam.

Ini kerana, melalui perjanjian ini, Islam dapat disebarkan dengan mudah kepada orang lain.

PRINSIP PENGURUSAN (PERANCANGAN) Baginda s.a.w membuat perjanjian atas dasar ingin merancang memasuki kota Makkah untuk

melakukan umrah dalam masa yang sama dalam keadaan berihram serta pedangnya bersarung

supaya orang kafir menganggap orang Islam datang bukan atas dasar untuk berperang tetapi

hanya ingin berziarah (Abdul Hadi Awang 2001). Tetapi orang kafir Quraisy tidak membenarkan

Baginda s.a.w serta sahabat unuk memasuki Makkah. Lalu, Baginda s.a.w menghantar Uthman

bin Affan r.a untuk mengadakan perundingan awal dengan orang kafir Quraisy (Abdul Hadi

Awang 2001) . Baginda menghantar ‘Uthman bin Affan r.a kerana sifat peribadinya yang lembut.

Ini menyebabkan orang Kafir berfikir bahawa orang Islam datang bukan atas dasar berperang

Page 10: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

259

akan tetapi orang Islam datang kerana ingin berzirah ke Makkah sahaja. Walaubagaimanapun,

perundingan itu gagal dan menyebabkan tercetus peristiwa Ba’iah al-Ridhwan. Ini kerana orang

kafir Quraisy takut terhadap orang Islam yang semakin kuat dan ramai.

Semasa perancangan ini berlaku, Baginda s.a.w memilih Saidina Ali bin Abi Talib r.a sebagai

penulis perjanjian ini. Ini kerana Saidina Ali r.a adalah orang yang telus dan jujur serta pakar

dalam bidang bahasa. Ini menunjukkan Baginda s.a.w memastikan orang yang terlibat dalam

perancangan ini mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut supaya segala perancangan dapat

berjalan dengan baik dan juga teratur. Hal ini disebut oleh Muhamammd Dawilah (1989) bahawa

perancangan harus mengumpul, meneyenaraikan mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan

tertentu. Dengan termetrinya perjanjian ini, Baginda s.a.w boleh menyebarkan agama Islam

dengan aman. Ini jelas Baginda s.a.w telah melakukan perancangan jangka masa panjang dalam

tempoh 10 tahun yang akan datang

PRINSIP PENGURUSAN (KEPIMPINAN)

Peristiwa Hudaibiyyah juga memperlihatkan corak dan gaya kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Baginda s.a.w adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan, futuristik, toleransi dan

berlapang dan toleransi mengubah minda dan keyakinan orang Islam untuk menerima untuk

kejayaan yang lebih besar. Ini menunjukkan gaya kepimpinan Baginda s.a.w. ada di dalam apa

yang diperkatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) seorang kepimpinan boleh

mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan tugas bagi mencapai objektif

tertentu.

Rasulullah s.a.w juga mengamalkan prinsip diplomasi atas dasar ingin memberi galakan antara

satu sama lain (Subari Ramli 2012) bagi menjayakan matlamat kepada perjanjian Hudaibiyah ini.

.Sebagai contoh Baginda s.a.w bersetuju dengan permintaan orang Quraisy tentang beberapa

perkara dalam yang lebih menguntungkan orang kafir Quraisy. Seperti mana terdapat di dalam

perkara ketiga dan juga keempat dalam perjanjian Hudaibiyah (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury

1988). Dalam pada itu, Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip al-awlawiyyat. Al-awlawiyyat

bermaksud menjaga keutamaan dengan mendahulukan perkara yang lebih utama dalam senarai

perkara-perkara utama. Seperti contoh meminda kalimah dengan nama Allah yang Maha

Pemurah Lagi Maha Penyayang kepada dengan nama tuhan. Selain itu juga Baginda s.a.w

menukarkan Muhammad adalah pesuruh Allah kepada Muhammad bin Abdullah. Baginda s.a.w

melakukan perkara tersebut agar perjanjian ini termetrai kerana Baginda s.a.w melihat kepada isi

perjanjian tersebut buka pada pangkat dan juga nama.

Walaupun perjanjian itu dianggap tidak menguntungkan umat Islam sehingga ada kalangan

sahabat seperti Umar bin al-Khattab r.a memberikan maklum balas yang negatif kepada Baginda

s.a.w dan juga Abu Bakar r.a. Rasulullah s.a.w menghadapi menghadapi sebarang komentar dan

juga pandangan orang ramai dengan tenang serta menerangkan hikmah perjanjian tersebut.

Seperti contoh, dialog antara Umar bin al-Khattab r.a dan juga Baginda s.a.w di mana Umar r.a

mempersoalkan perkara terakhir di dalam perjanjian tersebut iaitu perkara ketiga dan keempat isi

perjanjian tersebut. Namun, akhirnya beliau sangat menyesal atas sikapnya itu kerana tidak

mempercayai kredibiliti kepimpinan Baginda s.a.w. (Ab Aziz Mohd Zin 2012).

Begitu juga, ketika Nabi s.a.w meminta para sahabat untuk melakukan tahallul, mereka enggan

berbuat demikian. Walaupun Baginda s.aw agak terkilan dengan tindakan mereka, namun hasil

pandangan isteri Baginda s.a.w, Umm Salamah r.a agar Baginda s.a.w melakukannya terlebih

Page 11: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

260

dahulu, barulah para sahabat bertahllul (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini menunjukkan bahawa

sebagai pemimpin agung, Baginda s.a.w tidak kekok menerima pandangan daripada orang lain

ketika berhadapan dengan krisis keyakinan. Ini juga menunjukkan Baginda s.aw mempunyai sifat

memberi galakan antara satu sama lain (Subari Ramli 2012).

PRINSIP PENGURUSAN (PENGAWASAN)

Prinsip pengawasan ini dapat diperhatikan melalui kejadian Baginda s.a.w menyerahkan semula

penduduk Makkah yang bernama Abu Jandal kepada pihak Quraisy. Ini kerana, beliau telah lari

dari keluarganya dan memeluk Islam apabila termetrinya perjanjian ini. Baginda s.a.w melakukan

ini atas dasar tidak mahu menjadi seorang memungkiri kepada janji yang telah dilaksanakan. Ini

menunjukkan Baginda s.a.w memperbaiki keadaan seperti yang diperkatakan oleh Mustafa daud

(1994) bahawa jika pengurusan itu melihat ada kelemahan mestilah di baiki ketika prinsip

pengawasan ini. Oleh yang demikian, perjanjian tersebut tidak terbatal.

Jika Baginda s.a.w tidak melakukan perkara ini, berkemungkinan besar perancangan Baginda

s.a.w yang utama untuk memasuki Makkah di samping menyebarkan agama Islam dengan mudah

dan aman terbantut.

PRINSIP PENGURUSAN (PENILAIAN)

Baginda s.a.w membuat penilaian hasil dari perjanjian ini, Baginda s.a.w dapat menyebarkan

agama Islam dengan mudah. Sebagai contoh misi Baginda s.a.w menghantar surat ke Khaibar,

Habsyah, Rom, Farsi dan sebgainya (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini disebabkan orang Islam telah

terlindung dari perjanjian Hudaibiyyah perkara pertama iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.

Proses ini dinamakan Muhasabah atau pun post-moterm yang bermaksud Apabila selesai

melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembaikan demi

mencipta prestasi yang lebih baik pada masa mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu

harus dipastikan tidak berulang (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).

Selain itu juga, apabila perjanjian ini termetrai, Orang Islam yang berada di Makkah tidak berasa

takut untuk menyatakan dirinya sudah Islam. Selain itu juga, mereka juga boleh berdakwah dan

memberi kefahaman Islam terhadap penduduk Makkah mengikut cara dan metode masing-

masing. Ini menunjukkan penilaian Baginda s.a.w tepat apabila perjanjian ini berjaya dan

menguntungkan agama Islam. Ini juga dilihat dalam bentuk muhasabah.

KESIMPULAN Diskusi tentang pengurusan selalunya dikaitkan dengan pemikiran pengurusan Barat. Ia

dibincangkan dengan pelbagai sudut termasuklah aspek perancangan, kepimpinan, pengawasan

dan penilaian.

Walaubagaimanapun, setelah ditelusuri melalui kajian terhadap sirah Nabawiyyah, penulis

mendapati bahawa aspek-aspek yang dibincangkan telah menepati dalam lipatan sirah Rasulullah

s.a.w. walaupun ia tidak ditunjukkan dalam bentuk disiplin ilmu yang tersusun, sebagaimana

ilmu-ilmu lain termasuklah ilmu pengajian Islam seperti Tafsir dan Fiqh. Ia telah dilaksanakan

secara teratur dan sistematik dalam pentadbiran dan pengurusan Baginda s.a.w. Kebijaksanaan

Baginda s.a.w mentadbir dan mengurus bukanlah secara kebetulan, tetapi ia merupakan gabungan

ketertibannya sebagai manusia biasa dan ketepatan panduan wahyu Ilahi.Ini dapat dilihat melalui

pengalaman Baginda s.a.w berinteraksi dengan persekitarannya. Di samping itu, Baginda s.a.w

Page 12: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

261

turut memanfaatkan potensi dan fitrah para sahabat serta mereka yang boleh membantu

perjuangan Islam demi memastikan dakwah dapat tersebar.

Walaupun perjuangan Islam dan penyebaran dakwah mengahadapi rintangan atau dugaan yang

kadang-kadang mengundang kekeliruan, ketidaksefahaman, dan kekecewaan daripada

pendokong-pendokongnya namun kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w dapat memurnikannya

dan meletakkannya di landasan pemikiran berkenaan di tempat yang selamat.

RUJUKAN

Shiekh Abdullah Basmih, 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran.

Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHIES) Jabatan Perdana Menteri.

Ab Aziz Mohd Zin. 2012. Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi Saw. Kuala Lumpur: Tech.

Production.

Abdul Hadi Awang. 2001. Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah. Cet. Kelima. Jilid 1, 2 & 3.

Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Ahmad Ibarahim Abu Sin. 1991. Pengurusan Dalam Islam. (Terjemahan).Kuala lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai

Qurani.

Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. Terjemahan Mohd Darus Sanawi. 2008. Fiqh Al Sirah. Jilid

1, 2 & 3. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Umari, Akram Diya’. 1998. al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah. Cet 2 & 3. Jilid 1. Riyadh:

Maktabah al-‘Abikan.

Bartol, Kathryn M. dan Mactin, David C. 2003. Management. Boston: Mc-Graw-Hill.

Juhary Ali. 2000. Asas Pengurusan. Edisi Awal. Cetakan ketiga. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia. Sinaran Bros.

Juhary Haji Ali. 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan. Edisi Kedua. Cetakan Kedua. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Koontz, Harold dan O’Donnel, Cyrill. 1972. Principle of Management: An Analysis of

Managerial Functio. Tokyo: Mc-Graw-Hill

Muhammad Subari Ramli. Konsep al-Ihsan. kursus bina taqwa. Inst. Latihan dan Dakwah

Selangor (Ildas) 18 – 19 april 2012

Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication and

Distributors Sdn Bhd.

Page 13: Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyahconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 023.pdf · 252 proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam

262

Naceur Jabnoun. 1994. Islam And Mangment. Institusi Kajian Dasar. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Pearce, J.A. & Robinson, R.B. 1997. Strategic manement – formulation, implementation and

control. 6th ed. Chicago: Time Mirror Higher Education Group.

Robbins, Stephen P. dan Coulter, Mary. 2005. Management. New Jersey: Pearson Education.

Safiyyu al-Rahman. 1988. Sirah Nabawiyyah – Ar-Rahiq Al-Makhtum. Terj. Muhammad Ramzi

Omar. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus. 1989. Pendekatan Islam di dalam Latihan Pembangunan

Sumber Manusia. Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Pulau Pinang: Unversiti

Sains Malaysia

2012.http://r38life.blogspot.com/2011/02/pandangan-tokoh-non-muslim-terhadap.html.5

september