e-proceeding of the 4th world … · web viewkleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang...

21
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN IMPAKNYA TERHADAP PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA Mohd Izzuddin Nazaruddin, Mohammad Agus Yusoff Pusat Penyelidikan Sejarah, Politik, dan Keselamatan (PoSH) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [email protected] [email protected] ABSTRAK Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang mana matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat merupakan aktor utama yang memainkan peranan dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, percukaian dan sebagainya. Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara di benua Afrika seperti di Ghana, Nigeria, Sudan, Sierra Leone, Kongo dan Republik Dominika. Namun, pemerintahan bentuk ini juga wujud di beberapa negara-negara membangun di Asia. Tujuan artikel ini ialah membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Artikel ini berhujah, elemen pemerintahan kleptokrasi di Malaysia mula wujud selepas era Reformasi khususnya ketika era pemerintahan Najib Razak manakala elemen pemerintahan kleptokrasi di Indonesia mula hilang selepas kepimpinan Suharto berakhir. Pemerintahan kleptokrasi yang wujud telah memberikan impak yang besar terhadap pendemokrasian kedua-dua negara terbabit. Ini dapat dilihat antaranya penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media. Kata kunci: kleptokrasi, pasca reformasi, pendemokrasian, Malaysia, Indonesia. ____________________________________________________________________ ______________ 1. Pengenalan E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017). (e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 326

Upload: vuongdang

Post on 29-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

KERAJAAN KLEPTOKRATIK PASCA REFORMASI DAN IMPAKNYA TERHADAP PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN

INDONESIA

Mohd Izzuddin Nazaruddin, Mohammad Agus YusoffPusat Penyelidikan Sejarah, Politik, dan Keselamatan (PoSH)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang mana matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat merupakan aktor utama yang memainkan peranan dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, percukaian dan sebagainya. Pemerintahan kleptokrasi pada kebiasaannya wujud di negara-negara di benua Afrika seperti di Ghana, Nigeria, Sudan, Sierra Leone, Kongo dan Republik Dominika. Namun, pemerintahan bentuk ini juga wujud di beberapa negara-negara membangun di Asia. Tujuan artikel ini ialah membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Artikel ini berhujah, elemen pemerintahan kleptokrasi di Malaysia mula wujud selepas era Reformasi khususnya ketika era pemerintahan Najib Razak manakala elemen pemerintahan kleptokrasi di Indonesia mula hilang selepas kepimpinan Suharto berakhir. Pemerintahan kleptokrasi yang wujud telah memberikan impak yang besar terhadap pendemokrasian kedua-dua negara terbabit. Ini dapat dilihat antaranya penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Kata kunci: kleptokrasi, pasca reformasi, pendemokrasian, Malaysia, Indonesia.

__________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kleptokrasi merupakan terma yang popular di negara-negara Afrika kerana pemerintahan ini berlaku di beberapa negara Afrika seperti di Kongo, Haiti, Nicaragua, Uganda, dan juga Liberia. Selain negara-negara Afrika, negara Asia seperti Filipina juga pernah mengalami pemerintahan kleptokrasi di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos. Negara-negara tersebut juga dikenali sebagai negara diktator akibat pemerintahan kuku besi oleh pemerintah yang menerintah negara tersebut. Pemerintahan kleptokrasi di negara-negara tersebut terbukti memberikan kesan buruk terhadap prestasi ekonomi dan menyebabkan penderitaan rakyat. Kesan tersebut muncul akibat tindakan kleptokrat yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat kebanyakan dalam pengagihan sumber awam di negara tersebut. Tambahan pula, amalan rasuah politik yang berleluasa mengakibatkan pembangunan negara tersebut tidak dapat berlaku dengan baik dan juga mengakibatkan terencatnya sistem demokrasi di negara terbabit.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 326

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Artikel ini membincangkan perkembangan kleptokrasi pasca era Reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Antara persoalan yang dibincangkan ialah apakah maksud sebenar kleptokrasi? Adakah wujud elemen-elemen kleptokrasi di Malaysia dan Indonesia selepas era Reformasi pada tahun 1998? Bagaimanakah kesannya kepada pendemokrasian kedua-dua negara tersebut? Untuk menjawab persoalan di atas, artikel ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: pertama, membincangkan mengenai konsep kleptokrasi daripada perspektif beberapa sarjana. Kedua, menghuraikan kewujudan kerajaan kleptokratik di Malaysia dan Indonesia pasca Reformasi. Ketiga, membincangkan kesan-kesan dalam aspek pendemokrasian terhadap kedua-dua negara tersebut selepas berlakunya Reformasi. Perkara ini menyentuh dari aspek penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa, menghadkan kebebasan bersuara dan kebebasan media.

2. Konsep Kleptokrasi

Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undang-undang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumber-sumber awam dilarikan oleh indivivu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi.

Rose-Ackerman (1999:114) merujuk kleptokrasi sebagai pemimpin atau pemerintah peringkat atasan yang mana matlamat utama mereka untuk mendapatkan kekayaan peribadi dan mempunyai kuasa mencapai matlamat ini semasa memegang jawatan tersebut. Amalan tersebut dilakukan dengan mengawal sumber ekonomi seperti bahan mentah dan pertanian untuk memastikan harga barangan terus meningkat dan keuntungan dapat diperolehi. Para kleptokrat hakikatnya mendapat manfaat daripada polisi-polisi ekonomi daripada kerajaan namun pada masa yang sama perlu memastikan produktiviti ekonomi negara dapat dikekalkan. Selain itu, kleptokrat menentang polisi yang memberikan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya jika peluang mereka untuk mendapatkan manfaat peribadi adalah kecil. Namun bagi Rose-Ackerman, tidak semua kleptokrat sangat berkuasa di dalam negara. Terdapat juga beberapa kekangan tertentu yang menyebabkan kleptokrat tersebut tidak terlalu berkuasa, contohnya penjawat awam yang tidak setia, sumber ekonomi yang lemah dan juga undang-undang yang mengelirukan.

Di samping itu, sarjana-sarjana seperti Acemoglu et. al. (2004:162) pula berhujah bahawa kleptokrasi merupakan sesebuah negara yang dikawal dan dikendalikan bagi kepentingan individu atau kumpulan kecil yang menggunakan kuasa mereka untuk memindahkan sebahagian besar sumber-sumber awam untuk diri mereka sendiri. Hal ini bermaksud, individu dan kumpulan yang terlibat telah menyeleweng sumber awam khususnya yang dimiliki oleh negara yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat untuk kepentingan peribadi. Kleptokrasi juga mengakibatkan institusi penting politik negara menjadi lemah seperti badan perundangan, pilihan raya dan lain-lain serta berlakunya pelbagai sekatan yang dilakukan oleh pemerintah. Sekatan dilakukan bertujuan untuk E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 327

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

melindungi kegiatan yang dilakukan daripada rakyat. Kesan kleptokrasi yang berlaku boleh dilihat dalam aspek ekonomi apabila prestasi ekonomi menjadi buruk yang menyebabkan penderitaan rakyat di dalam negara tersebut.

Daripada hujah sarjana-sarjana di atas, kleptokrasi boleh disimpulkan sebagai sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang mana matlamat utama mereka ialah untuk mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil atau sumber awam kepada mereka secara tidak sah. Kleptokrat merupakan aktor utama yang memainkan peranan dalam pemindahan hasil dan sumber awam tersebut melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, percukaian dan sebagainya. Sebahagian besar sarjana menghubungkan konsep kleptokrasi dan rasuah yang mana kleptokrasi muncul akibat rasuah yang berlaku dengan berberluasa di sesetengah negara. Rasuah yang menular menghasilkan sebuah negara kleptokrasi yang mana para kleptokrat mengaut hasil awam untuk kepentingan peribadi dan amalan ini juga telah menjadi sistem di beberapa negara. Tambahan pula, kleptokrasi juga memberi impak yang negatif terutamanya kepada ekonomi, sosial, dan politik di sesebuah negara.

Syed Farid (1999:9) menggariskan sepuluh ciri-ciri kleptokrasi utama di sesebuah negara. Pertama, kleptokrasi merupakan jenayah negara. Amalan merompak dan mencuri sumber awam adalah jenayah yang termaktub di dalam undang-undang negara. Kedua, amalan ini berdasarkan kepada rasuah egoistik. Rasuah egoistik merujuk kepada keinginan untuk kepentingan peribadi, berbeza dengan rasuah solidaristik yang bertujuan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat atas kewajipan moral. Ciri yang ketiga ialah hubungan rasuah wujud antara ahli politik dan birokrat dengan ahli kelas pemodal. Hubungan ini wujud akibat timbal balas antara kedua pihak bagi mendapatkan manfaat-manfaat yang diingini oleh kedua pihak tersebut. Selain itu, ciri seterusnya ialah rasuah mempakan salah satu daripada alat pengumpulan modal yang utama. Mereka melakukan rasuah sebagai amalan utama bagi mendapatkan wang atau modal berbanding pekerjaan yang lain. Ciri kleptokrasi seterusnya ialah ia berasaskan kepada peranan dwifungsi negara dalam proses pembangunan. Peranan dwifungsi bermaksud mereka melakukan sesuatu tugasan dan dalam masa yang sama mengambil rasuah melalui tugasannya itu. Sebagai contoh, seorang pegawai yang disuap oleh pihak tertentu yang menawarkan pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan dengan cepat atau sebagainya. Perbuatan pegawai yang disebabkan suapan tersebut merupakan peranan dwifungsi iaitu fungsi sebagai pegawai yang melakukan tugasan dan fungsi untuk mengaut kepentingan diri.

Selain itu, kleptokrasi juga adalah berdasarkan kepada permintaan dan penawaran pertolongan. Kleptokrat juga membantu permintaan sesetengah pihak dengan syarat adanya penawaran manfaat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jika penawaran manfaat tidak wujud maka pertolongan tidak akan terjadi. Ciri ketujuh ialah kleptokrasi mengakibatkan sifat negara yang berautonomi secara relatif terhadap kelas pemodal. Hal ini bermaksud bahawa kelas pemodal lebih dominan dan berkuasa di dalam negara berbanding kelas-kelas yang lain. Ciri seterusnya ialah kleptokrasi adalah bersifat transistemik, iaitu terdapat di kedua-dua sistem negara sama ada demokrasi dan autoritarian. Hal ini bermaksud bahawa kleptokrasi boleh berlaku di kedua-dua buah negara tersebut dengan mengekspolitasi sistem negara untuk mendapatkan kepentingan peribadi. Ciri yang kesembilan ialah negara kleptokrasi adalah wujudnya oligarki, iaitu negara yang dikuasai oleh sekumpulan kleptokrat egoistik yang kecil. Mereka mengawal sumber awam yang digunakan untuk mempertahankan atau meningkatkan kekayaan peribadi dan sosial eksklusifnya. Ciri kesepuluh dan terakhir ialah kebanyakan pegawai negara di dalam negara kleptokrasi terlibat dalam rasuah, sekurang-kurangnya secara berskala kecil supaya status quo dapat dikekalkan. Rasuah digunakan untuk melenyapkan penentangan daripada dalam negara bagi memastikan pemerintah kekal.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 328

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

3. Kerajaan Kleptokratik Malaysia dan Indonesia Pasca Reformasi

Antara ciri utama wujudnya kleptokrasi ialah rasuah berlaku secara besar-besaran dalam negara. Terma kleptokrasi amat asing di Malaysia berbanding dengan terma lain seperti rasuah, kronisma, dan sebagainya. Ini dapat dilihat bermula dari era Reformasi di Malaysia pada tahun 1998 apabila slogan-slogan seperti menghapuskan ‘Korupsi, Kolusi dan Nepotisme’ mula timbul untuk menentang rejim pemerintah yang dipimpin oleh Dr. Mahathir (Fernandez 2010:606). Slogan tersebut dibangkitkan oleh gabungan parti pembangkang iaitu Barisan Alternatif merujuk kepada amalan-amalan yang berlaku dalam parti dan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir. Isu tersebut dibangkitkan merujuk kepada amalan-amalan yang berkaitan dengan pemimpin kerajaan dan individu yang memperolehi kekayaan melalui projek-projek kerajaan, isu ketidaktelusan dalam penswastaan dan isu pembangunan projek-projek mega yang menelan kos yang terlalu tinggi (Zawiyah et. al. 2015:62). Barisan Alternatif menggunakan isu tersebut sebagai modal politik mereka pada pilihan raya seterusnya iaitu Pilihan Raya Umum ke-10. Isu-isu yang dibangkitkan tersebut secara tidak langsung memberi sedikit kesan kepada kerajaan pemerintah iaitu Barisan Nasional apabila mengalami kemerosotan jumlah kerusi dalam parlimen dan kehilangan negeri Terengganu dan Kelantan kepada Barisan Alternatif.

Ketika era pemerintahan Abdullah Badawi, isu-isu rasuah terus wujud walaupun beliau pada awal pemerintahannya menyatakan komitmen membanteras rasuah dalam negara. Usaha ini dapat dilihat seperti menaik taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meningkatkan bidang kuasa suruhanjaya terbabit untuk lebih berkuasa bagi mengekang amalan rasuah di Malaysia. Namun, amalan-amalan rasuah di Malaysia terus berleluasa seperti wujudnya pemberian Approved Permits (AP) terhadap kereta import melibatkan bekas Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, isu pembelian kapal selam daripada Perancis iaitu Scorpene dan Agosta, pembelian jet Sukhoi daripada Rusia, dan sebagainya (K. S. Nathan 2006:153; Kua 2010:74). Isu berkaitan dengan rasuah tersebut nyata memberikan kesan kepada parti pemerintah pimpinan beliau apabila mengalami kemerostan prestasi yang mendadak serta hilang majoriti dua pertiga di parlimen pada Pilihan Raya ke-12. Prestasi ini nyata berbeza dengan kemenangan besar yang diperolehi BN pada Pilihan Raya Umum ke-11 selepas Abdullah Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003. Walaupun wujud isu-isu rasuah ketika era Abdullah Badawi, namun isu mengenai kerajaan kleptokratik tidak timbul kerana beliau tidak mempunyai pendakwaan yang melibatkan beliau dengan amalan rasuah atau mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Era pemerintahan Najib Razak pula memperlihatkan amalan-amalan rasuah politik semakin menular. Selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Abdullah Badawi akibat prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya ke-12, agenda membanteras rasuah turut menjadi keutamaan Najib Razak. Namun, isu-isu rasuah politik tetap wujud seperti skandal NFC, skandal MARA, FELDA, pemberian projek kerajaan secara terus seperti pembinaan projek MRT serta LRT 3 dan sebagainya. Namun, wujud isu kleptokrasi seperti dakwaan pemberian dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Razak yang akhirnya dijelaskan oleh SPRM sebagai pemberian derma daripada penderma Timur Tengah. Tambahan pula, pendedahan oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat melalui Kleptocracy Asset Recovery Initiative berkenaan dengan dana syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu 1MDB diselewengkan juga memberikan persepsi sesetengah pihak bahawa wujudnya pemerintahan kleptokrasi dalam negara (Zikri, 21 Julai 2016). Namun, adalah terlalu awal untuk menyimpulkan wujudnya pemerintahan kleptokrasi di Malaysia ketika era pemerintahan Najib Razak walaupun wujudnya elemen sedemikian kerana siasatan oleh pihak berkuasa tempatan dan di Amerika Syarikat masih lagi berjalan.

Di Indonesia, era pemerintahan Soeharto terkenal dengan kerajaan kleptokratik yang mana telah memerintah Indonesia selama tiga dekad. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 329

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Economist, keluarga Soeharto didakwa mengambil dana awam sebanyak ASD$3.5 bilion yang bersamaan dengan 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia (The Economist, 11 Julai 2007). Pengambilan wang dalam jumlah yang amat besar tersebut adalah disebabkan wujudnya monopoli perniagaan yang diasaskan oleh Soeharto dan tidak boleh disaingi oleh mana-mana pihak dalam negara. Tambahan pula, rasuah pula berleluasa dilakukan khusunya melibatkan keluarga Soeharto. Walaupun kekayaan negara dibolot oleh Soeharto dan keluarga, namun beliau kebal daripada undang-undang dan pendakwaan. Amalan Soeharto dan keluarganya tersebut telah menyebabkan berlakunya kejatuhan ekonomi Indonesia dan kemiskinan rakyat semakin meningkat khususnya ketika Krisis Ekonomi Asia yang berlaku pada tahun 1997. Situasi tersebut telah mendorong kebangkitan rakyat pada tahun 1998 yang menuntut Soeharto segera berundur daripada jawatannya.

Selepas kejatuhan rejim Seharto pada tahun 1998, kerajaan kleptokratik di Indonesia mula hilang bermula daripada kepimpinan B.J Habibie, Abdurrahman Wahid, dan Megawati Sukarnoputri. Ini kerana, selepas era Reformasi, Indonesia mula memulihkan kembali demokrasi di negara tersebut dan memberikan semula kebebasan awam kepada rakyat. Walaupun demokrasi dan institusi eksekutif pada ketika itu tidak stabil sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran Presiden dalam masa yang enam tahun, namun proses pemulihan demokrasi tersebut terus berjalan. Selain itu, penubuhan institusi yang lebih baik seperti Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) pada 2002 juga menyebabkan kerajaan kleptokratik sukar untuk berlaku. Ini kerana, bidang kuasa KPK adalah lebih menyeluruh berbanding institusi anti rasuah ketika era pemerintahan Soeharto khususnya dalam aspek pendakwaan (Achmad 2011:87). Walaupun isu rasuah masih lagi wujud pada ketika itu, namun institusi penguatkuasa yang lebih kuat telah mengakibatkan kerajaan kleptokratik tidak lagi wujud pada waktu itu. Ini berbeza dengan era pemerintahan Soeharto sebelum ini yang mengawal institusi terbabit sehingga menyebabkan beliau dan keluarganya boleh mengaut kekayaan negara daripada hasil negara.

Kerajaan kleptokratik di Indonesia juga tidak wujud ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono kerana beliau amat tegas dalam usaha membasmi rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kerajaannya. Pada tahun 2007, beliau bertindak melakukan rombakan dengan menggugurkan anggota kabinet yang didapati terlibat dalam amalan rasuah. Ini menunjukkan komitmen beliau untuk mengekang amalan rasuah yang boleh memberikan imej negatif kepada kepimpinan beliau. Selain itu, beliau juga mengambil langkah-langkah proaktif dalam membasmi amalan rasuah. Ini dapat dilihat melalui penubuhan kumpulan koordinator membanteras rasuah melalui dekri Presiden No.11 2005 (Abdul Salam 2013:8). Dekri yang dikeluarkan oleh Presiden tersebut telah mengakibatkan wujudnya sebuah kumpulan yang dinamakan Tim Tastipikor untuk mengekang amalan rasuah di Indonesia. Walau bagaimanapun, isu rasuah yang melibatkan skandal Bank Century pada tahun 2008 sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kepimpinan Susilo Bambang Yudhoyono. Namun, beliau telah memberikan kebebasan kepada pihak berkuasa khususnya kepada KPK untuk menyiasat kes terbabit dan menghukum individu yang terlibat jika berlakunya salah guna kuasa dalam isu terbabit. Situasi ini hampir sama ketika era pemerintahan terkini iaitu Joko Widodo yang terus mengamalkan proses demokrasi yang baik dalam negara dan berusaha mengekang masalah rasuah yang wujud. Tindakan ini menyebabkan kerajaan kleptokratik di Indonesia tidak lagi berlaku disebabkan demokrasi yang baik dan institusi-institusi politik dan penguatkuasaan yang kukuh berjaya menghalang daripada terjadinya perkara tersebut.

4. Impak Kerajaan Kleptokratik di Malaysia dan Indonesia

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 330

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Pasca era Reformasi di Malaysia memperlihatkan aspek pendemokrasian di dalam negara semakin terbantut. Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, kerajaan didakwa menggunakan undang-undang untuk menutup kes-kes hangat khususnya berkaitan dengan 1MDB. Sebagai contoh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA digunakan untuk menahan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang berhubung laporan yang dibuat oleh mereka kepada pihak berkuasa di Perancis, Hong Kong, Singapura, UK dan Switzerland mengenai 1MDB (Malaymail, 18 November 2014). Tindakan tersebut dianggap kerajaan sebagai tindakan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. Penahanan mereka dikritik pelbagai pihak termasuk majlis peguam, dan aktivis politik serta NGO yang menganggap bahawa tindakan tersebut merupakan penyalahgunaan undang-undang bagi menutup isu yang sedang berlaku. Akhirnya, pada 18 November 2015 mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan yang dibuat ke atas Khairuddin dan Matias tidak tertakluk di bawah akta SOSMA dan kes tersebut dipindahkan untuk dibicarakan di mahkamah sesyen.

Dalam aspek kebebasan bersuara, kebebasan bersuara pasca Reformasi tidak jauh berbeza dengan era pemerintahan Dr. Mahathir. Ketika era pemerintahan Najib Razak, pentadbiran beliau telah memansuhkan beberapa ‘akta draconian’ seperti ISA, Akta Polis, pindaan AUKU, dan sebagainya, namun pengenalan akta baharu seperti SOSMA, Akta Perhimpunan Aman, dan sebagainya memperlihatkan kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi mempunyai banyak sekatan seperti pemerintahan sebelumnya. Sebagai contoh, Akta Perhimpunan Aman 2012 telah digubal bagi memberi jaminan terhadap hak dan kebebasan untuk berhimpun di dalam negara. Akta Perhimpunan Aman juga menetapkan permit tidak diperlukan tetapi perlu mengemukakan notis 30 hari untuk berhimpun. Walau bagaimanapun, akta yang diluluskan tersebut mendapat kritikan daripada parti pembangkang dan beberapa NGO kerana akta tersebut dilihat sebagai satu sekatan perhimpunan dan bukannya melindungi kebebasan berhimpun. Ini dapat dilihat dalam beberapa siri perhimpunan pihak berkuasa tetap mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan berkenaan. Sebagai contoh, pada 2015 satu perhimpunan yang dinamakan Kita Lawan telah diadakan di hadapan Sogo, Kuala Lumpur bagi menuntut pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat. Pihak polis bertindak menahan penganjur dan peserta tersebut kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman tersebut (Astro Awani, 21 Februari 2015).

Kebebasan bersuara di Malaysia dapat dinilai melalui tahap hak kebebasan sivil dan politik yang dikeluarkan setiap tahun oleh Freedom House seperti dalam Jadual 1 di bawah. Hak sivil dan politik ketika era pemerintahan Dr. Mahathir menunjukkan tahap yang terburuk dalam negara iaitu dengan skor markah 5. Namun, situasi tersebut berubah ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi apabila berjaya menurunkan skor markah kepada 4 bagi hak sivil dan hak politik rakyat di Malaysia. Pemerintahan Najib Razak yang dilantik pada 2009 juga tidak menunjukkan perubahan markah yang berlaku sejak era kepimpinan Abdullah sapabila mendapat skor markah 4 bagi hak politik dan hak sivil rakyat Malaysia sehingga 2016. Secara umumnya, Freedom House meletakkan status kebebasan di Malaysia adalah sebahagiannya bebas dari era pemerintahan Dr. Mahathir sehingga Najib Razak.

Jadual 1: Tahap Hak Kebebasan Sivil dan Politik Malaysia 1998-2016

Tahun Tahap Kebebasan Sivil Tahap Hak Politik1998 5 51999 5 52000 5 52001 5 52002 5 5

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 331

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

2003 5 52004 4 52005 4 42006 4 42007 4 42008 4 42009 4 42010 4 42011 4 42012 4 42013 4 42014 4 42015 4 42016 4 4

* Skor Markah: 1-Baik, 7-BurukSumber: Freedom House (2017a).

Dalam aspek kebebasan media di Malaysia, tidak banyak perubahan berkenaan kebebasan media di Malaysia selepas era Reformsi. Media massa seperti televisyen, radio, dan khususnya akhbar masih lagi dikawal oleh pihak kerajaan. Contohnya dalam aspek kebebasan akhbar, pada awal pemerintahan Najib Razak, beliau telah berjanji untuk menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Ini membawa kepada beberapa pindaan dalam akta tersebut seperti memansuhkan keperluan pembaharuan lesen tahunan bagi penerbitan akhbar (Mohd Khairie & Mohd Baharudin 2014:548). Pengamal-pengamal media menyambut baik langkah tersebut yang dilihat mampu memperbaiki kebebasan akhbar di Malaysia. Ini kerana, akta tersebut dilihat mengongkong kebebasan akhbar di Malaysia kerana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk tidak membenarkan pembaharuan lesen akhbar terutamanya daripada akhbar parti pembangkang. Pindaan akta tersebut dilihat mampu membawa kebebasan akhbar yang lebih baik di Malaysia dan memulihkan semula demokrasi di Malaysia.

Namun,tindakan tersebut nyata tidak memperlihatkan kebebasan akhbar di Malaysia semakin baik. Contohnya pada 2015, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit untuk penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan kerana laporan mereka mengenai 1MDB bersifat prejudis dan mengancam ketenteraman awam dan negara (Berita Harian, 24 Julai 2015). Susulan daripada penggantungan itu, pihak The Edge telah membawa perkara tersebut ke mahkamah tinggi untuk membatalkan penggantungan tersebut. Hasilnya, keputusan Mahkamah Tinggi pada September 2015 telah membatalkan penggantungan The Edge kerana KDN telah melanggar keadilan semulajadi dan ultra vires terhadap Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Hafiz Yatim, 21 September 2015). Selain itu, mahkamah juga memutuskan pihak KDN tidak mematuhi prosedur keadilan kerana tidak memberikan butiran bagi pengantunggan itu kepada The Edge menerusi surat tunjuk sebab. Beberapa siri penggantungan akhbar ini jelas menunjukkan wujudnya sekatan oleh kerajaan terhadap akhbar-akhbar yang cenderung mengkritik kerajaan yang menggambarkan tidak berlakunya kebebasan akhbar di Malaysia.

Jika dilihat kepada indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan oleh Freedom House dalam Jadual 2, ia menunjukkan Malaysia masih jauh untuk mengamalkan kebebasan akhbar sepenuhnya. Kebebasan akhbar terburuk di Malaysia dicatatkan ketika akhir pemerintahan Dr. Mahathir pada 2002 dan 2003 apabila mencatatkan markah tertinggi dalam sejarah iaitu skor markah 71. Kebebasan akhbar era Abdullah pula mula menunjukkan sedikit peningkatan sehingga 2008 dengan mendapat

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 332

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

skor markah 65. Selepas Najib Razak mengambil alih pentadbiran negara, Malaysia menunjukkan penurunan skor markah kebebasan akhbar daripada skor markah 65 pada 2009 kepada skor markah 67 pada tahun 2016.

Jadual 2: Indeks Kebebasan Akhbar di Malaysia 2002-2016

Tahun Indeks Kebebasan Akhbar2002 712003 712004 692005 692006 652007 682008 652009 652010 642011 642012 632013 642014 642015 652016 67

*Skor Markah: 0-Baik, 100-BurukSumber: Freedom House (2017b).

Di Indonesia pula, selepas tumbangnya kerajaan kleptokratik Soeharto, pendemokrasian di negara tersebut berlangsung dengan baik. Dalam aspek undang-undang, pemulihan demokrasi di negara tersebut telah menyaksikan institusi judisiari dan pihak berkuasa bebas sepenuhnya daripada cengkaman pemerintah. Contohnya pada tahun 2004, institusi judisiari secara rasminya bebas daripada campur tangan pemerintah menerusi penggubalan UU Nombor 4 2004 berkaitan dengan kekuasan judisiari (Blair 2008:154). Ini bermakna, institusi judisiari seperti Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dengan lebih bebas dan tidak terikat dengan arahan daripada pihak kerajaan. Hal ini berbeza ketika era pemerintahan Soeharto yang mengawal institusi tersebut melalui penggubalan penggubalan UU Nombor 14 pada tahun 1970. Selain itu, institusi penguatkuasa juga adalah bebas daripada cengkaman pemerintah dan boleh bertindak terhadap sesiapa sahaja di dalam negara sama berkuasa atau tidak. Ini dapat dilihat apabila KPK menahan dan dihadapkan ke muka pengadilan beberapa orang menteri ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono seperti Andi Mallarangeng, dan Suryadharma Ali atas tuduhan rasuah.

Dalam asperk kebebasan bersuara pula, pasca Reformasi di Indonesia menyaksikan hak-hak dikembalikan kepada rakyat seperti kebebasan bersuara. Ini kerana, perkara tersebut merupakan hak asasi manusia yang perlu diberikan selepas wujudnya kawalan kebebasan tersebut ketika era pemerintahan Soeharto. Oleh itu, pada tahun 1999, UU Nombor 39 pada tahun 1999 digubal untuk menjamin hak asasi manusia di Indonesia seperti kebebasan berhimpun, hak politik, dan sivil dijamin oleh undang-undang (Adi Sasono 2008:18). Selepas penggubalan undang-undang ini, kebebasan bersuara di Indonesia mula pulih dan hak-hak rakyat dihormati oleh pemerintah. Organisasi masyarakat sivil juga mula berkembang di Indonesia dengan tertubuhnya banyak NGO seperti NGO

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 333

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

berkaitan dengan rasuah, pendidikan, politik, dan sebagainya. Penubuhan NGO yang pelbagai matlamat ini membuktikan kerajaan mengiktiraf hak bersuara rakyat untuk memberikan pandangan dan terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

Kebebasan bersuara di Indonesia dapat dibuktikan antaranya melalui indeks kebebasan sivil dan politik yang dikeluarkan oleh Freedom House seperti dalam Jadual 3 di bawah. Tahap kebebasan sivil di Indonesia pada tahun 1998 adalah pada tahap 4 manakala hak politik pula berada pada tahap 6. Tahap tersebut memperlihatkan kebebasan sivil dan hak politik di Indonesia pada awal era Reformasi adalah lebih baik berbanding dengan era pemerintahan Soeharto. Indonesia ketika era B.J Habibie hingga era Megawati Sukarnoputri pada tahun 1999 hingga 2003 pula menunjukkan tahap kebebasan sivil tidak berubah namun tahap hak politik pula bertambah baik daripada sebelumnya iaitu skor markah 3. Ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono, tahap kebebasan sivil dan politik mencatatkan peningkatan khususnya selepas tahun 2006 apabila mencatatkan skor 3 bagi kebebasan sivil dan 2 bagi hak politik. Namun, ketika era pemerintahan Joko Widodo, skor markah tersebut sedikit meurun kepada 4 kebebasan sivil dan 2 bagi hak politik.

Jadual 3: Tahap Hak Kebebasan Sivil dan Hak Politik Indonesia 1998-2016

Tahun Tahap Kebebasan Sivil Tahap Hak Politik1998 4 61999 4 32000 - -2001 4 32002 4 32003 4 32004 4 32005 4 32006 3 22007 3 22008 3 22009 3 22010 3 22011 3 22012 3 22013 3 22014 4 22015 4 22016 4 2

* Skor markah: 1-Paling Bebas, 7-Paling Tidak BebasSumber: Freedom House (2017a).

Pada era pemerintahan Soeharto, media khususnya akhbar dikawal oleh pemerintah dan menyebabkan kebebasan media tidak berlaku dalam waktu tersebut. Namun, selepas era Reformasi, kebebasan media di Indonesia mula pulih di Indonesia. Ini dilakukan bermula daripada era pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid apabila beliau bertindak membubarkan Kementerian Informasi Indonesia yang dilihat mengawal kebebasan media di Indonesia (Mukrimin 2012:63). Pembubaran kementerian tersebut dilakukan kerana kementerian tersebut bertanggungjawab mengawal media massa di Indonesia ketika era pemerintahan Soeharto. Abdurrahman Wahid juga turut mengarahkan stesen radio dan televisyen milik kerajaan iaitu Televisi Republik Indonesia

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 334

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

(TVRI) dan Radio Republik Indonesia (RRI) untuk mencari dana sendiri dalam tempoh dua tahun dan tidak mengharapkan dana daripada kerajaan (Kitley 2001:256). Tindakan tersebut dilakukan untuk menghapuskan kawalan kerajaan terhadap mana-mana media massa khususnya televisyen dan radio di Indonesia.

Selain televisyen dan radio, kebebasan akhbar juga dijamin oleh undang-undang di negara tersebut. Ini dapat dilihat bermula dari penggubalan Undang-Undang Akhbar Nombor 44 pada tahun 1999 (Wiratraman 2014:268). Penggubalan undang-undang ini adalah bertujuan untuk menjamin kebebasan akhbar dan secara tidak langsung memberikan kebebasan kepada akhbar di Indonesia untuk melaporkan berita-berita tanpa sekatan. Menurut indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan oleh Freedom House seperti dalam Jadual 4 di bawah, indeks kebebasan akhbar di Indonesia semakin baik ketika era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono sehingga ke era pemerintahan Joko Widodo. Skor indeks kebebasan akhbar di Indonesia sedikit menurun dari era pemerintahan Megawati Sukarnoputri sehingga awal era pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono iaitu 53 pada 2002 dan 56 pada 2003. Kemesorotan indeks berpunca akibat dua isu iaitu sekatan laporan mengenai pencabulan hak Asasi Manusia di Aceh dan tindakan saman kepada pengamal media seperti dalam kes Tomy Winata vs Tempo yang dimulakan pada 2003. Namun, indeks kebebasan akhbar di Indonesia mula meningkat pada tahun 2007 apabila mencatatkan skor 54 namun ia terus meningkat sehingga era pemerintahan Joko Widodo yang mencatatkan skor 49.

Jadual 4: Indeks Kebebasan Akhbar Indonesia 2002-2016

Tahun Indeks Kebebasan Akhbar2002 532003 562004 552005 -2006 582007 542008 542009 542010 522011 532012 492013 492014 492015 492016 49

* Skor Markah: 0-Paling Baik, 100-Paling BurukSumber: Freedom House (2017b).

5. Kesimpulan

Artikel ini membincangkan mengenai perkembangan kleptokrasi pasca era Reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia. Perbincangan dalan artikel ini tertumpu kepada kewujudan kerajaan kleptokrasi di Malaysia dan Indonesia pasca Reformasi dan impak terhadap pendemokrasian di kedua-dua negara tersebut. Hasil analisis mendapati selepas era

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 335

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Reformasi, elemen kerajaan kleptokratik mula muncul di Malaysia ketika era pemerintahan Najib Razak. Ketika era pemerintahan Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi, isu-isu mengenai kleptokrasi tidak timbul kecuali isu-isu melibatkan rasuah. Namun, ketika era pemerintahan Najib Razak, isu mengenai kerajaan kleptokratik timbul susulan isu derma RM2.6 bilion dan penyelewengan dana daripada 1MDB. Walau bagaimanapun, adalah masih awal untuk menyimpulkan perbuatan itu terhadap wujudnya kerajaan kleptokratik kerana siasatan pihak berkuasa dalam dan luar negara masih berjalan. Namun di Indonesia, kerajaan kleptokratik mula hilang selepas era pemerintahan Soeharto. Ini kerana, pemulihan demokrasi dan pengukuhan semula institusi penguatkuasaan yang berjalan dengan baik telah mengakibatkan kerajaan kleptokratik sukar berlaku berbanding era pemerintahan Soeharto.

Impak kepada pendemokrasian di Malaysia dapat dilihat melalui penyalahgunaan undang-undang. Ini dapat dilihat melalui pendakwaan akta SOSMA yang dilakukan terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu 1MDB dan terbukti salah oleh pihak mahkamah. Selain itu, kebebasan bersuara di Malaysia juga semakin merosot apabila masih banyak akta yang pecegahan yang diwujudkan dan digunakan bagi mengekang kebebasan bersuara rakyat seperti hak berhimpun dan sebagainya. Dalam aspek kebebasan media, media di Malaysia masih lagi dikawal oleh kerajaan seperti televisyen, radio, dan akhbar. Kekangan kebebasan media di Malaysia dapat dilihat melalui tindakan kerajaan menggantung beberapa akhbar yang menyiarkan isu 1MDB sehingga mahkamah membatalkan penggantungan terbabit. Namun, di Indonesia, pendemokrasian berjalan dengan baik selepas era pemerintahan Soeharto. Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, pemulihan semula institusi judisiari dan pihak berkuasa telah mengakibatkan tidak ada siapa yang terlepas daripada tindakan undang-undang seperti amalan rasuah dan sebagainya. Kebebasan bersuara di Indonesia juga semakin baik kerana ia dianggap sebagai hak asasi manusia yang dijamin oleh negara sejak tahun 1999. Kebebasan media di Indonesia juga semakin baik berbeza dengan era pemerintahan Soeharto kerana setiap media di Indonesia bebas untuk melaporkan berita termasuk berita yang tidak menyebelahi pemerintah.

Rujukan

Abdul Salam Siku. (2013). Corporation crime liability of perspective penal reform. Journal of Humanity 1(1), 7-19.

Acemoglu, D., Robinson J. A. & Verdier, T. (2004). Kleptocracy and divide-and- rule: a model of personal rule. Journal of the European Economic Association 2(2-3), 162-192.

Achmad Badjuri. (2011). Peranan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) sebagai lembaga anti korupsi di indonesia. Jurnal Bisnis dan Ekonomi (JBE) 18(1), 84–96.

Adi Sasono. (2008). Rakyat Bangkit Bangun Martabat. Jakarta: Pustaka Alvabet.

Astro Awani. (2015). Adam Adli ditangkap polis selepas perhimpunan #KitaLawan di Sogo. Astro Awani, 21 Februari. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adam-adli-ditangkap-polis-selepas-perhimpunan-kitalawan-di-sogo-54317

Berita Harian. (2015). Permit penyiaran The Edge digantung 3 bulan. Berita Harian, 24 Julai. https://www.bharian.com.my/node/69849

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 336

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Blair, H. (2008). Building and reinforcing social accountability for improved enviromental governance. Dlm. Kulsum Ahmed, Ernesto Sanchez-Triana (pnyt.). Strategic Environmental Assessment for Policies: an Instrument for Good Governance, hlm. 127-158. Washington: World Bank.

Ellis, S. (2008). The Okija Shrine: death and life in Nigerian politics. The Journal of African History 49(3), 445-466.

Fernandez, L. (2010). The two waves of cyberpolitics in Malaysia: what does the by-elections barometer tell us? CEU Political Science Journal 5(4), 597-626.

Freedom House. (2017a). Freedom in the World 2016. Washington: Freedom House.

Freedom House. (2017b). Freedom of the Press 2016. Washington: Freedom House.

Hafiz Yatim. (2015). Mahkamah batalkan penggantungan The Edge. Malaysiakini, 21 September. https://www.malaysiakini.com/news/312989

K. S. Nathan. (2006). Malaysia the challenge of money politics and religious activism. Southeast Asian Affairs, 151-171.

Kitley, P. (2001). After the bans: modelling Indonesian communications for the future. Dlm. Lloyd, G. & Smith, S. (pnyt.). Indonesia today: Challenges of History, hlm. 256-269. Pasir Panjang: ISEAS.

Kua Kia Soon. (2010). Questioning Arms Spending in Malaysia. Petaling Jaya: SUARAM.

Malaymail. (2014). 1MDB critics out on bail as court rules against SOSMA use. Malaymail Online, 18 November. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/1mdb-critics-out-on-bail-as-court-rules-against-sosma-use

Mohd Khairie Ahmad & Mohd Baharudin Othman. (2014). General election and the enigma of free press in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences 155, 547–552.

Mukrimin. (2012). The influence of mass media in political change in Indonesia . Politika: Jurnal Ilmu Politik 3(2), 57–67.

Rose-Ackerman, S. (1999). Corruption and Government. New York: Cambridge University Press.

Syed Farid Alatas. (1999). Peranan negara dan pembangunan: ke arah sebuah teori negara kleptokratis. Akedemika 54, 3-12.

The Economist. (2007). King of the kleptocrats. The Economist, 11 Julai. http://www.economist.com/node/9465434

Wiratraman, H. P. (2014). Press freedom, law and politics in Indonesia: a socio-legal study. Tesis Dr. Fal, Universiti Leiden.

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 337

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

Zawiyah Mohd Zain, Mohammad Agus Yusoff, & Zaheruddin Othman. (2015). Internet dan kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: analisis Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008. Malaysia Journal of Society and Space 11(6), 56-66.

Zikri Kamarulzaman. (2016). DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'. Malaysiakini, 21 Julai. https://www.malaysiakini.com/news/349286

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).(e-ISBN 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 338