draf teks ucapan perasmi

5
DRAF TEKS UCAPAN PERASMI SEMPENA MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI TAULIAH 12 MAC 2014 Bismillahirrahmanirrahim, Rabbisrahli sadri wahyassirli amri wahlul uqdatan milli saani yaf qauhu qauli. Terima kasih saudari pengerusi majlis. YDH DSP/KS Mohamad Najib Bin Mohamed Ajutan KOR SUKSIS UPSI YDH ASP/KS Saiduri Bin Dollah Pegawai Latihan Luar KOR SUKSIS UPSI YDH ASP/KS Mohd Syahdan Bin Mohamad Saleh Pegawai Akademik KOR SUKSIS UPSI / Penasihat PSP YDH ASP Ayob Bin Ismail Pegawai Penyelaras KOR SUKSIS UPSI Ybhg. En. Ismail bin Man Timbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEPA) Ybhg. Datin Norhayati bt Hood Penolong Pendaftar, Unit Persatuan & Kelab Ybhg. Dr. Azali Bin Rahmat Pengarah Pusat Kokurikulum

Upload: ismail-mohamed

Post on 17-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

TEKS

TRANSCRIPT

DRAF TEKS UCAPAN PERASMISEMPENA MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI TAULIAH12 MAC 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Rabbisrahli sadri wahyassirli amri wahlul uqdatan milli saani yaf qauhu qauli.

Terima kasih saudari pengerusi majlis. YDH DSP/KS Mohamad Najib Bin Mohamed Ajutan KOR SUKSIS UPSI

YDH ASP/KS Saiduri Bin Dollah Pegawai Latihan Luar KOR SUKSIS UPSI

YDH ASP/KS Mohd Syahdan Bin Mohamad Saleh Pegawai Akademik KOR SUKSIS UPSI / Penasihat PSP

YDH ASP Ayob Bin Ismail Pegawai Penyelaras KOR SUKSIS UPSI

Ybhg. En. Ismail bin ManTimbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEPA)

Ybhg. Datin Norhayati bt HoodPenolong Pendaftar, Unit Persatuan & Kelab

Ybhg. Dr. Azali Bin RahmatPengarah Pusat Kokurikulum

Ybhg. Lt. Kolonel Mohamad Nasir Bin Haji YahayaKetua Jurulatih PALAPES

Ybhg. Dr. Mohd Zahuri Bin KhairaniPengetua Kolej Zaba

YDH Mohd Khairul Anuar bin Mohd Salleh Presiden Persatuan Sukarelawan Polis (PSP)

YDH Mohd Norfaizol bin Rahim Pengarah Program Majlis Meraikan Pegawai Tauliah (RaPaT) Barisan jurulatih serta ahli KOR SUKSIS UPSI sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya kita diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang bagi bersama-sama hadir berhimpun pada majlis yang amat bermakna ini iaitu Majlis Meraikan Pegawai-Pegawai Tauliah. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada petang ini.

Hadirin sekalian,

Majlis yang diadakan pada malam ini bertujuan memberikan penghargaan kepada pegawai tauliah yang telah berjaya mengharungi perjalanan sebagai anggota KOR SUKSIS selama enam semester. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, seramai 56 orang anggota KOR SUKSIS UPSI sesi 2012/2014 berjaya ditauliahkan. Antara objektif lain bagi program ini adalah untuk memberikan semangat kepada anggota baru KOR SUKSIS bagi meneruskan perjuangan mereka dalam latihan yang disediakan oleh KOR SUKSIS dengan melihat bagaimana pegawai-pegawai tauliah dapat menghabiskan perjuangan bermula dari semester satu sehingga mereka berjaya ditauliahkan. Selain itu, program ini diharapkan dapat memupuk semangat kekitaan dalam menjalankan tugas masing-masing di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan jurulatih masing-masing dan secara tidak langsung, program ini akan menyatukan kembali pegawai-pegawai tauliah dengan anggota-anggota SUKSIS UPSI lain yang terdiri daripada Junior, Inter dan Senior di bawah satu bumbung di dalam dewan ini.

Hadirin yang dihormati,

Program-program seperti ini amat penting bagi mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi untuk menjayakan sesuatu program. Sehubungan itu, ia mampu memberikan pendedahan yang berguna kepada anggota baru dalam mewujudkan kemahiran insaniah melalui pendedahan program-program yang bakal mereka kendalikan kelak. Di akhir program ini, para anggota mampu menggunakan cara yang betul dalam mengendalikan sesuatu program dan berurusan dengan pihak atasan serta dapat mengeratkan perpaduan anggota KOR SUKSIS serta pihak JHEPA dan MPP.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa program yang terlibat bertungkus lumus memastikan Majlis Meraikan Pegawai Tauliah petang ini berjalan dengan lancar. Kita sepatutnya berasa bangga dan bertuah, kerana mempunyai anggota yang cemerlang dalam semua bidang dan sekaligus mampu menaikkan nama KOR SUKSIS UPSI serta mengaharumkan nama universiti yang tercinta ini. Semoga dengan adanya program-program seperti ini mampu membuka minda seluruh anggota supaya lebih aktif dalam semua perkara serta mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik, bersemangat dan berdedikasi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi, terutama kepada Urusetia Penganjur yang menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi. Begitu juga kepada tuan-tuan dan puan-puan di atas tumpuan dan perhatian sepanjang majlis ini. Apa yang baik itu, kita ambil dan jadikan sandaran serta panduan kepada usaha yang lebih gigih dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Akhir kata, dengarlah serangkap pantun dari saya :

Sang teruna menangkap ikan,Sabar menanti di tepi paya;Sekalung tahniah saya ucapkan,Semoga terus maju jaya.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.