draf proposal

9
Bab 1 – Pengenalan (20%) 1.0 Pendahuluan 1.1 Latarbelakang kajian1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan masalah1.2 Penyataan Masalah Kajian 3 1.3 Kerangka Konseptual 1.4 Objektif kajian – maksimum 31.4 Objektif Kajian 7 1.5 Soalan kajian – antara 3 – 5 1.3 Soalan Kajian 6 1.6 Kepentingan kajian1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan kajian1.7 Batasan Kajian 9 1.5 Lokasi Kajian 7 1.8 Definisi pembolehubah 1.9 Rumusan1.8 Rumusan 10 Bab 2 – Tinjauan literatur (10%) 2.0 Pendahuluan2.1 Pengenalan 11 2.1 Teori dan konsep berkaitan 2.2 Kajian-kajian lepas 2.3 Rumusan2.9 Rumusan 21 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.2 Tujuan Tinjauan Literatur 11 2.3 Mengenal Pasti Masalah Murid Dalam Penulisan Karangan Ulasan 12 2.4 Mengenal pasti Kesesuaian Penggunaan Kaedah Peta Minda Dalam Penulisan Karangan Ulasan 13 2.5 Meningkatkan Prestasi Murid Dalam Penulisan Karangan Ulasan Melalui Penggunaan Kaedah Peta Minda 18 2.6 Prestasi 19 2.7 Nilai-nilai Murni 20 2.8 Karangan Ulasan Bahagian C 21 Bab 3 – Metodologi (10%) 3.0 Pendahuluan3.1 Pendahuluan 22 3.1 Reka bentuk kajian3.2 Reka Bentuk Kajian : Kemnis & Mc Taggart (1988) 23 3.2 Persampelan3.3 Responden 25 3.3 Instrument kajian 3.4 Kaedah Penggumpulan Data 25 3.4.1 Borang Pemerhatian 26 3.4.2 Ujian Pra 26

Upload: norazhar-mohamad

Post on 20-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Proposal

Bab 1 – Pengenalan (20%)

1.0 Pendahuluan1.1 Latarbelakang kajian1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan masalah1.2 Penyataan Masalah Kajian 3 1.3 Kerangka Konseptual1.4 Objektif kajian – maksimum 31.4 Objektif Kajian 7 1.5 Soalan kajian – antara 3 – 5 1.3 Soalan Kajian 6 1.6 Kepentingan kajian1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan kajian1.7 Batasan Kajian 9 1.5 Lokasi Kajian 7 1.8 Definisi pembolehubah1.9 Rumusan1.8 Rumusan 10

Bab 2 – Tinjauan literatur (10%)

2.0 Pendahuluan2.1 Pengenalan 11 2.1 Teori dan konsep berkaitan2.2 Kajian-kajian lepas2.3 Rumusan2.9 Rumusan 21

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.2 Tujuan Tinjauan Literatur 11 2.3 Mengenal Pasti Masalah Murid Dalam Penulisan Karangan Ulasan 12 2.4 Mengenal pasti Kesesuaian Penggunaan Kaedah Peta Minda Dalam Penulisan Karangan Ulasan 13 2.5 Meningkatkan Prestasi Murid Dalam Penulisan Karangan Ulasan Melalui Penggunaan Kaedah Peta Minda 18 2.6 Prestasi 19 2.7 Nilai-nilai Murni 20 2.8 Karangan Ulasan Bahagian C 21

Bab 3 – Metodologi (10%)

3.0 Pendahuluan3.1 Pendahuluan 223.1 Reka bentuk kajian3.2 Reka Bentuk Kajian : Kemnis & Mc Taggart (1988) 233.2 Persampelan3.3 Responden 253.3 Instrument kajian3.4 Kaedah Penggumpulan Data 25 3.4.1 Borang Pemerhatian 26 3.4.2 Ujian Pra 26 3.4.3 Temu Bual 27 3.4.4 Ujian Pasca 27 3.4 Analisis data (deskriptif) 3.6 Analisis Data 30 3.5 Prosedur Penggumpulan Data 28 3.5 Rumusan3.7 Rumusan

BAB I

Page 2: Draf Proposal

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Masalah menulis karangan ulasan iaitu soalan yang terdapat dalam Bahagian C Penulisan Bahasa Malaysia merupakan salah satu fenomena yang berlaku di kalangan murid sekolah rendah. Masalah tersebut juga berlaku terutama di kalangan murid-murid Tahun Lima (2014), di Sekolah Kebangsaan St. Philip, Padawan. Ia dikesan sejak mereka berada di Tahun Empat (2013) lagi. Kesan daripada masalah ini jika tidak diatasi akan menghadkan keupayaan dan prestasi mereka dalam menghasilkan karangan terutama berbentuk ulasan yang berkualiti serta mantap lebih-lebih lagi di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 6.

Menurut Akta Pendidikan 1996, maka adalah wajar murid-murid menguasai kemahiran penulisan dalam Bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa rasmi negara, mendokong peranan selaku bahasa ilmu pengetahuan dan menjadi bahasa pengantar utama bagi mata pelajaran di sekolah kebangsaan kecuali Matematik dan Sains mulai 2004 (Sharifah Maimunah, 2004). Oleh yang demikian, pada akhir tahun keenam persekolahan rendah, lulusannya dijangka mencapai satu tahap penguasaan Bahasa Melayu yang membolehkan mereka bersedia untuk mengikut pelajaran dalam bahasa berkenaan pada peringkat menengah serta institusi-institusi pendidikan yang lebih tinggi.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), kemahiran penulisan pada Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) penekanan lebih kepada kemahiran menulis asas iaitu mengenal dan menulis abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa dan ayat. Manakala di Tahap II (Tahun 4 hingga Tahun 6) tumpuan lebih kepada kemahiran menulis fungsian, iaitu melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, menulis merujuk kepada keupayaan murid-murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, pengalaman melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Ramai pakar bidang penulisan mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peraturan lazim penulisan standard.

Mulai tahun 2005, semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang menjawab Bahasa Melayu Kertas 2 dikehendaki menjawab tiga bahagian iaitu Bahagian A (10%), Bahagian B (30%) dan Bahagian C (20%). Dalam Bahgian A, murid dikehendaki membina lima ayat yang lengkap tentang bahan grafik yang disediakan. Manakala dalam Bahagian B pula, murid dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Bahagian C pula, murid-murid dikehendaki mengulas isi petikan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni atau pengajaran. Terdapat 16 nilai murni asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (Rujuk Lampiran A). Panjang ulasan tersebut mestikan tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Markah penuh untuk Bahagian C ini adalah 20 markah.

Oleh yang demikian, kajian ini akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang cara meningkatkan keupayaan murid-murid menulis karangan ulasan nilai-nilai murni Bahagian C. Kebiasaannya bentuk petikan yang dikemukakan pelbagai jenis seperti cerita, fakta, dialog dan puisi

Page 3: Draf Proposal

(pantun,syair dan sajak). Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini adalah 20 minit. Dalam tempoh tersebut, murid-murid mencari sekurang-kurang lima nilai murni atau pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan. Keupayaan membuat ulasan yang baik iaitu dengan mengaitkan nilai murni dengan isi petikan yang sesuai akan dapat membantu murid-murid dalam menjawab soalan Bahagian C dengan lebih yakin dan baik. Oleh yang demikian, bab ini akan menyentuh enam sub topik yang berkaitan dengan masalah kajian, objektif kajian, soalan kajian, lokasi kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian untuk melengkapkan perincian berkaitan pengenalan kajian ini.

1.2 Penyataan Masalah Kajian

Ramai dalam kalangan murid-murid Tahap II (Tahun 4,5 dan 6) menghadapi masalah dalam membuat ulasan Bahagian C Bahasa Melayu Kertas II kerana mereka perlu mencari dan mengulas nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut. Di samping itu, mereka juga tidak dapat mengulas dengan baik sehingga menyebabkan mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Ia sekaligus mempengaruhi markah penulisan Bahasa Melayu Kertas 2. Senario tersebut turut berlaku di SK St Philip Padawan. Murid-murid Tahun Lima di sekolah ini menghadapi masalah yang amat ketara dan ianya dapat dikesan melalui ujian bulanan dan peperiksaan penggal sebelum ini. Ulasan yang dibuat oleh mereka dalam karangan ulasan Bahagian C yang akan dikaji tidak tersusun, kurang mengaitkan isi petikan dengan nilai dan ulasan kurang jelas.

Berdasarkan Peperiksaan Penggal 1, Mei 2013, semasa murid-murid berada di Tahun 4, keputusan penulisan ulasan Bahagian C murid-murid adalah seperti berikut:

Berdasarkan Rajah 1.1, 2 daripada 4 orang murid Tahun Empat telah berjaya lulus kertas ujian karangan ulasan. Mereka menepati sasaran lulus kertas berkenaan seperti yang dikehendaki oleh skema pemarkahan. Manakala 2 orang daripadanya gagal mencapai gred minima untuk lulus. Analisa keputusan Kertas 2 dapat ditunjukkan seperti yang terpapar dalam Jadual 1.2.

Page 4: Draf Proposal

Berdasarkan rajah 1.2, gred murid yang mendapat gred B dan D adalah sama iaitu 50%. Namun demikian, tiada yang mendapat Gred A, C dan Gred E. Oleh yang demikian, analisis ini menunjukkan bahawa sebilangan besar murid-murid masih lagi tidak mencapai prestasi yang memuaskan dalam penulisan ulasan Bahasa Melayu Bahagian C.

Masalah ini ada kaitannya dengan kelemahan murid mengenal pasti dan mengemukakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. Selain itu, ia juga berpunca daripada sebahagian besar murid tahun lima tidak dapat menulis karangan ulasan dengan sistematik dan berkesan. Kesan daripada masalah di atas murid gagal membuat huraian dengan jelas, kurang tepat, isi yang diulas kabur dan sukar difahami. Akhirnya, masalah ini akan menjadikan ulasan murid dalam bahagian C ini tidak akan mendapat markah yang baik.

Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan penggunaan peta minda untuk membantu murid-murid meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan karangan ulasan yang sistematik dan bermutu. Menurut Tony Buzan (2006) yang mempelopori konsep peta minda ini berpendapat peta minda merupakan penggunaan grafik. Ia merupakan suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Dengan kata lain peta minda satu binaan dia atas satah(kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain dikembangkan di luar idea utama. Menerusi peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola. Selain itu, dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk kata kunci ataupun gambaran. Ia dapat menjimatkan masa belajar serta terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Dalam kajian ini, untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang gaya penulisan murid caranya adalah dengan membuat tinjauan awal dengan meneliti hasil kerja penulisan murid. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat menulis dengan baik disebabkan kekurangan isi untuk diterjemahkan dalam ulasan karangan yang hendak dihasilkan. Ia dapat dibuktikan berdasarkan prestasi mereka masih lagi tidak memuaskan sama seperti sebelumnya, terutama berdasarkan keputusan Peperiksaan Penggal Pertama, Mei 2013 yang dipaparkan di atas.

Page 5: Draf Proposal

1.3 Soalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah tersebut di atas, dapatlah dirangka beberapa persoalan sebagai panduan kajian ini. Persoalan tersebut ialah:

a) Mengapakah masih terdapat murid-murid lemah mengaitkan isi-isi penting dengan nilai-nilai murni?

b) Adakah sesuai kaedah peta minda digunakan untuk membantu murid-murid menjawab karangan ulasan?

c) Dapatkah kaedah peta minda meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan karangan ulasan?

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk memenuhi objektif-objektif seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti masalah murid-murid dalam penulisan karangan ulasan nilai-nilai murni. b) Mengenal pasti kesesuaian penggunaan kaedah peta minda dalam penulisan karangan ulasan. c) Meningkatkan prestasi murid-murid dalam menulis karangan ulasan berdasarkan kaedah peta minda.

1.5 Lokasi Kajian Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan St. Philip Padawan. Sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Padawan ini terletak di Kilometer 42, Jalan Puncak Borneo iaitu lebih kurang 60 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dibuat terutama kepada murid-murid supaya mereka mengetahui cara yang betul mengekstrak isi bahan ulasan seperti petikan mengikut kefahaman mereka. Selain itu kajian ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid-murid Tahun 5 ini menyampaikan idea ketika mengulas isi petikan dan menulis karangan ulasan. Mengikut Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk „Superbrain‟, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Hasil kajian ini penting untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah tidak berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah peta minda dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, teratur dan kekal kerana murid-murid digalakkan menyunbangkan idea dan memainkan peranan masing-masing. Penghasilan peta minda juga membolehkan murid-murid menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan secara serentak. Kajian ini juga dapat

Page 6: Draf Proposal

membantu murid-murid meningkatkan kefahaman diri tentang cara memperoleh dan menyusun isi dengan sistematik. Melalui pengalaman ini, murid-murid akan dapat membiasakan diri dengan corak soalan dan seterusnya tidak akan gugup ketika menghadapi ujian sebenar.

Selain itu, proses kajian ini secara langsung atau tidak langsung dapat menjadi garis panduan kepada para pendidik mengenal pasti kelemahan dalam perancangan pengajaran mereka. Penggunaan peta minda ini merupakan salah satu cara meningkatkan minat dan keupayaan murid. Ia juga menjanjikan proses pembelajaran dan pengajaran yang kondusif, tersusun dan menarik. Justeru, kajian ini dapat membantu para guru memilih kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid mengatasi kelemahan dalam aspek penulisan karangan ulasan supaya masalah yang sama tidak berterusan sehingga mencatatkan prestasi yang baik.

1.7 Batasan Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini adalah terhad kerana ia hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan St. Philip Padawan, Kuching. Ia dijalankan ke atas murid-murid Tahun Lima yang semuanya berumur dalam lingkungan 11 tahun dan hanya seramai 4 orang. Bilangan mengikut jantina pula ialah 1 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Oleh yang demikian, hasil kajian yang akan diperolehi tidak boleh mewakili mana-mana kelas Tahun Lima di sekolah rendah yang lain.

Kajian yang akan dijalankan dijangka akan menghadapi beberapa batasan dan kekangan. Antaranya dari segi pemilihan alatan data pengumpulan data kajian. Teknik pemerhatian dipilih untuk dipraktik dalam kajian ini. Teknik ini memerlukan ketekunan dalam mencerap dan membuat pemerhatian respoden secara langsung. Ia memerlukan pengkaji memerhati dan mencatat tingkah laku para responden kajian dengan teliti dan terperinci.

Menerusi kajian ini, teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, ia memerlukan kerjasama yang sebaiknya terutama daripada pihak responden yang dikaji.. Kemungkinan wujud halangan dari aspek kehadiran daripada kalangan murid-murid terlibat.

Selain itu, kekangan mungkin wujud dalam bentuk sejauh mana kemampuan atau kebolehan pengkaji dalam menyusun dan menganalisis data yang telah diperolehi. Pemilihan dan kecenderungan kepada penggunaaan kaedah kualitatif yang melibatkan penggunaan saiz sampel yang jumlahnya yang kecil dijangka akan menimbulkan kesulitan dalam proses membuat generalisasi hasil kajian.

1.8 Rumusan

Kajian ini nanti bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid mengenal pasti, menyata dan menulis nilai-nilai murni dalam karangan ulasan Bahasa Melayu Bahagian C Kertas 2 Penulisan. Kesemua maklumat data awal yang dikumpul akan digunakan sebagai alat untuk membantu murid-murid mencapai keupayaan menulis seperti yang diharapkan dengan penggunaan kaedah peta minda. Kaedah peta minda dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran untuk melihat keberkesanannya murid-murid menjawab karangan ulasan.