bab 4_submit draf 4

46
BAB IV DAPATAN 4.1 PENDAHULUAN Bab ini telah membincangkan tentang dapatan kajian yang telah dijalankan berdasarkan tiga aspek utama iaitu ciri-ciri personaliti responden, kemahiran teknikal dan persekitaran mikro yang terdapat dalam kerangka konseptual kajian. Kajian ini telah melibatkan empat orang pelajar di KYSB dan KYSIS, Melaka. Keempat-empat responden ini dipilih berdasarkan keupayaan mereka untuk memberi kerjasama dalam penyiapkan kajian ini. Dapatan kajian ini telah dianalisis melalui prosedur penganalisaan data seperti yang telah dinyatakan dalam bab yang terdahulu. 4.2 PROFIL RESPONDEN KAJIAN Dalam kajian ini, seramai dua (2) orang pelajar KYSB dan dua (2) orang pelajar KYSIS akan ditemubual untuk mengenalpasti jenis perniagaan yang dijalankan dan kekangan dalam menjalankan perniagaan. Pelajar yang dipilih juga merupakan peniaga yang melibatkan diri dalam pembelian barang dan penjualan barang atau perkhidmatan (Abu Bakar 2006). Peserta terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan yang sudi berkongsi pendapat dan kesanggupan untuk menjadi responden bagi kajian ini. 4th Draft_Siti Solehah Ghazali P63920

Upload: sitihashidah

Post on 24-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

L

TRANSCRIPT

BAB IV

DAPATAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini telah membincangkan tentang dapatan kajian yang telah dijalankan berdasarkan tiga aspek utama iaitu ciri-ciri personaliti responden, kemahiran teknikal dan persekitaran mikro yang terdapat dalam kerangka konseptual kajian. Kajian ini telah melibatkan empat orang pelajar di KYSB dan KYSIS, Melaka. Keempat-empat responden ini dipilih berdasarkan keupayaan mereka untuk memberi kerjasama dalam penyiapkan kajian ini. Dapatan kajian ini telah dianalisis melalui prosedur penganalisaan data seperti yang telah dinyatakan dalam bab yang terdahulu.

4.2 PROFIL RESPONDEN KAJIAN

Dalam kajian ini, seramai dua (2) orang pelajar KYSB dan dua (2) orang pelajar KYSIS akan ditemubual untuk mengenalpasti jenis perniagaan yang dijalankan dan kekangan dalam menjalankan perniagaan. Pelajar yang dipilih juga merupakan peniaga yang melibatkan diri dalam pembelian barang dan penjualan barang atau perkhidmatan (Abu Bakar 2006). Peserta terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan yang sudi berkongsi pendapat dan kesanggupan untuk menjadi responden bagi kajian ini.

Pemilihan dibuat berdasarkan teknik persempalan yang bertujuan. Menurut Chua (2006) persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Pengkaji akan mengkategorikan responden sebagai R1, R2, R3, R4 untuk memudahkan kajian. Jadual dibawah menunjukkan latar belakang responden untuk kajian ini.

Jadual 4.1 : Latarbelakang perserta kajian kes

Responden KajianUmur (Tahun)Jenis PerniagaanFakultiPengalaman Kerjaya

R1 (Perempuan)18Fotokopi dan percetakan serta jualan makanan

KYSBSejak zaman sekolah

R2 (Lelaki)18Power Bank dan tambah nilai prabayar1 Trimester

R3 (Perempuan)18Seterika WapKYSIS1 Semester

R4 (Lelaki)18Tempahan Kemeja2 Semester

Dalam kajian ini, dua orang responden adalah pelajar ijazah pertama program CAANZ Chartered Accountant Pathway di KYS Business School (KYSB) dan dua orang lagi merupakan pelajar program persediaan A-Level di KYS International School (KYSIS).

Latarbelakang responden kajian kes yang pertama iaitu R1 adalah seorang pelajar perempuan berumur 18 tahun dan sedang menuntut di KYS Business School. Beliau menjalankan perniagaan jenis fotokopi dan percetakan serta jualan makanan seperti kerepek. Beliau mempunyai pengalaman sejak di bangku sekolah menengah. Ini menunjukkan beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang keusahawanan.

saya memang minat berniaga.. sambil cari duit lebih.. ibu saya juga seorang peniaga.. keluarga saya amat menggalakkan saya untuk menceburi dalam bidang ini.. saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bisnes yang berjaya"

(R1)

Beliau juga pernah mengikuti kursus keusahawanan dan pernah didedahkan dengan matapelajaran Keusahawanan sejak zaman persekolahan lagi. Oleh itu, dengan menggunakan modal permulaan sebanyak RM400 beliau nekad untuk berniaga di KYSB.

Responden kedua (R2) merupakan pelajar lelaki berumur18 tahun juga menuntut di KYS Business School. Beliau menjalankan perniagaan jualan Power Bank dan tambah nilai prabayar. Perniagaan ini baru dijalankan selama 1 Trimester. Beliau bercita-cita untuk menjadi Chartered Accountant berjaya.

saya niaga ni suka-suka je.. nak tambah pendapatan

saya tak pernah join mana-mana kursus berkaitan berniaga ni.. family jela banyak tolong itu ini

(R2)

Beliau menggunakan modal sebanyak RM350 untuk memulakan perniagaan di KYSB.

Responden ketiga (R3) pula menjalankan perniagaan jenis seterika wap sejak 1 semester lalu. Beliau berumur 18 tahun dan merupakan pelajar KYS International School (KYSIS). Beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang perniagaan atau keusahawanan. Namun, sokongan dan galakan daripada ahli keluarga menguatkan semangat beliau untuk menceburi bidang keusahawanan.

saya minat berniaga.. nak cari duit dengan usaha sendiri.. best bila bisnes dapat sambutan (R3)

Beliau menggunakan modal permulaan sebanyak RM400 untuk membeli seterika wap dan membuat brosur perniagaan beliau.

Responden keempat (R4) adalah pelajar lelaki yang berumur 18 tahun, juga menuntut di KYSIS. Beliau menjalankan perniagaan tempahan kemeja atau printing baju (t-shirt). Perniagaan beliau telah berlansung selama dua semester berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500. Latarbelakang keluarga beliau bukan dari kalangan usahawan namun, beliau usaha gigih untuk berjaya.

family saya tak berniaga.. saya buat sendiri sebab minat.. lagipun dapat duit lebih

saya tak pernah pergi kursus keusahawanan.. belajar sendiri lah.. dari pengalaman orang lain juga.. kawan-kawan(R4)

Kesemua responden tidak mempunyai premis perniagaan yang tetap kecuali R1 yang menjalankan operasi perniagaannya (jualan makanan) di Pusat Pembelajaran. R2, R3 dan R4 pula menjalankan perniagaan di bilik penginapan masing-masing.

Responden melibatkan diri dalam perniagaan ini secara sukarela setelah memahami tujuan dan kepentingan kajian supaya di akhir kajian responden dapat mengenalpasti kekangan dalam menjalankan perniagaan.

Responden tidak menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaan yang dijalankan kerana responden juga merupakan seorang pelajar dan mereka perlu memberi perhatian terhadap pelajaran mereka. Perniagaan mereka dibuat secara kecil-kecilan dan berlainan jenis. Responden juga tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4.3TEMA DAN KOD

Dapatan yang dihuraikan secara kualitatif dapat memberikan gambaran secara terperinci dan menyeluruh mengenai kekangan yang berlaku dalam menjalankan perniagaan di KYSB dan KYSIS. Kaedah temubual mendalam berdasarkan dialog digunakan untuk mendapatkan data sebenar kajian dari petikan dan ungkapan daripada perspektif responden kajian. Kesahan data pula diperoleh melalui kaedah pemerhatian dan bukti dokumen. Menurut Othman (2007) tidak ada satu prosuder standard untuk menyusun atur transkripsi temubual, nota pemerhatian, dokumen dan bahan-bahan visual. Interpretasi ke atas dapatan kajian untuk memberi makna dan menyatukan pengertian pengkaji terhadap dapatan kajian akan dibincangkan dalam Bab V. Hasil temubual dengan empat orang responden tersebut dapat dibahagikan kepada tiga persoalan iaitu:

a) Adakah ciri-ciri personaliti menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?b) Adakah kemahiran teknikal menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?c) Adakah persekitaran mikro menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?

Teknik pengkodan yang digunakan berupaya mengasingkan data kepada beberapa kategori iaitu ciri-ciri personaliti (1) mengambil risiko, (2) membuat keputusan, (3) keyakinan diri dan (4) pengurusan masa. Terdapat dua tema bagi aspek kemahiran teknikal iaitu (1) pengetahuan dan (2) pengurusan kewangan. Bagi aspek persekitaran mikro pula terdapat tiga tema iaitu (1) pembekal, (2) pelanggan dan (3) pesaing. Berikut ialah jadual bagi proses pengkodan.

Jadual 4.2 : Kod bagi tema

Bil.Kod Tema

1.2.3.4.5.CP-RCP-KCP-KDCP-MCIRI-CIRI PERSONALITI Mengambil RisikoMembuat KeputusanKeyakinan DiriPengurusan Masa

6.7.8.KT-PKT-PKKEMAHIRAN TEKNIKAL PengetahuanPengurusan Kewangan

9.10.11.12.PM-PLPM-PNPM-PGPERSEKITARAN MIKRO PembekalPelanggan Pesaing

4.4DAPATAN KAJIAN DARIPADA TEMUBUAL

Pengkaji telah memperoleh dapatan kajian daripada tembual melalui empat orang responden. Temubual yang telah dilaksanakan ini bertumpu kepada kekangan kajian secara keseluruhan dimana pengkaji telah membina persoalan kajian berdasarkan objektif kajian.

4.4.1CIRI-CIRI PERSONALITI

Persoalan kajian pertama: Adakah ciri-ciri personaliti seperti mengambil risiko, membuat keputusan, keyakinan diri dan pengurusan masa menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?

i. Mengambil Risiko

Mengambil risiko merupakan salah satu faktor penting bagi individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Dalam kajian ini responden dinilai dari segi mengambil risiko dalam menjalankan perniagaan. Berdasarkan temubual yang dijalankan didapati R1, R2 dan R4 bersetuju mengambil risiko menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan.

kadang-kadang ada gak berlaku kecurian, especially barang makanan yang saya jual.. maybe sebab saya letak macam tu je kot.. duit letak dalam box.. takde orang jaga.. kalau fotokopi pula senang sikit sebab diorg datang ke bilik, malamlah.. lepas print terus bayar(R1)

Namun begitu, responden dilihat seolah-olah tidak mengambil kisah tentang kecurian yang berlaku walaupun beliau bersetuju mengambil risiko menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Beliau terus membiarkan produk diletakkan begitu sahaja tanpa sebarang pengawasan. Begitu juga dengan perniagaan nilai tambah, R2 tidak meminta balik duit daripada pelanggan yang meminta nilai tambah melalui SMS dengan alasan terlupa.

kadang-kadang ada kawan SMS suruh topup tapi tak bayar.. terlupa.. kena buat rekodlah.. kalau Power Bank tu memang saya ambil duit dulu.. kemudian baru bagi barang(R2)

Kenyataan ini disokong oleh responden keempat yang menyatakan,

macam bisnes yang saya buat sekarang.. dulu ambil tempahan saya tak minta deposit.. risikonya, ada yang tak jadi ambil baju.. pening juga saya kena tanggung kerugian.. tapi sekarang dah tahu lah, hahahaha (R4)Manakala R3 berpendapat mengambil risiko bukanlah satu kekangan tetapi merupakan satu cabaran bagi seorang usahawan,

erm.. saya rasa itu bukan satu kekangan, sebaliknya satu cabaran kepada usahawan.. its depends how you handle that situation lah(R3)Responden sanggup berdepan dengan risiko yang ada dan beliau tetap akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Bagi menangani risiko perniagaan seperti keyakinan diri, kesemua responden cuba menjadi seorang yang berani dan sentiasa yakin dalam membuat keputusan. sentiasa yakin pada diri dengan keputusan yang dibuat(R1)

Menurut responden kedua, beliau akan terlebih dahulu membuat kajian dalam setiap keputusan yang bakal dibuat bagi mengelakkan risiko berlaku dan berulangan,

biasa saya buat perbandingan.. cari rujukan(R2)

Bagi mengelakkan risiko hutang, R2 membuat bayaran tunai segera kepada pembekal. Namun, beliau pula yang menanggung hutang kerana terdapat pelanggan yang belum melunaskan bayaran perkhidmatan yang diberi terutamanya jualan tambah nilai prabayar. Bebanan hutang juga dihadapi oleh responden keempat dan menjadikan beliau seorang yang matang didalam menjalankan perniagaan.

fikir dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan(R4)

Pengkaji mendapati responden ketiga seorang yang selalu berhati-hati bagi mengelakkan kerugian dan beliau tiada bebanan hutang,

saya akan sediakan backup plan dan selalu fikir masak-masak sebelum bertindak(R3)

ii. Membuat Keputusan

Berdasarkan temubual yang dijalankan didapayi R1, R2 dan R4 bersetuju membuat keputusan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Responden 1 menyatakan,

yup.. kena fikir masak-masak dulu.. kena buat keputusan yang tepat(R1)

Beliau berpendapat usahawan perlu mengambil kira pendapat semua pihak iaitu pelanggan, pembekal dan dirinya sendiri agar mereka berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Ini disokong oleh responden kedua yang berpendapat membuat keputusan itu penting walaupun beliau tidak dapat memastikan keputusan yang dibuat adalah betul atau tidak.

kadang-kadang saya tak berapa yakin dengan keputusan yang saya buat(R2)Responden keempat menyatakan, tersilap membuat keputusan menyumbang dalam kekangan dalam menjalankan perniagaan dan seterusnya memberi kesan ke atas perniagaan yang dijalankan.

kalau salah buat keputusan memang habis lah.. keputusan yang dibuat menentukan perjalanan perniagaan itu sendiri(R4)

Namun, ada juga responden yang tidak berasa gentar untuk membuat keputusan selagi perniagaan yang dijalankan mendatangkan keuntungan. Justeru, R3 berpendapat membuat keputusan bukanlah satu kekangan tetapi merupakan sebahagian dalam aspek menjalankan perniagaan,

bagi pendapat saya membuat keputusan tu bukan kekangan.. ia memang sebahagian daripada aspek perniagaan.. memang usahawan tak boleh lari dari membuat keputusan.. erm.. ia satu cabaran kepada usahawan.. its depends how you handle that situation lah(R3)Didapati R3 seorang yang tegas dalam membuat keputusan. R1, R2 dan R4 berpendapat membuat keputusan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Keputusan yang bijak boleh memuaskan hati semua pihak dan dapat mengelakkan usahawan daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan usahawan. Proses membuat keputusan setiap responden adalah berbeza, R1 menyatakan,

saya akan bertanya pandapat dan berbincang dengan orang sekeliling saya (R1)Pendapat ini disokong oleh responden keempat yang menyatakan,

saya akan bermesyuarat dengan kawan baik saya dan minta pendapat mereka(R4)

Tidak dinafikan membuat keputusan yang boleh memuaskan hati semua pelanggan ada tidak mudah,

untuk memuaskan hati semua pihak memang sukar.. kita perlu berfikir secara kolektif atau kebaikan yang boleh memanfaatkan pihak majoriti (R3)

iii. Keyakinan Diri

Dalam elemen ini, R1, R2 dan R4 bersetuju keyakinan diri menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Terdapat dua bentuk keyakinan yang diperolehi iaitu terlalu yakin berlaku ke atas R1, R2 dan R3 dan kurang keyakinan diri berlaku ke atas R4. Responden pertama menyatakan yang beliau mampu memperoleh keuntungan yang banyak tetapi pada hakikatnya responden mengakui agak sukar untuk mencapainya kerana kecurian sering berlaku.

kadang-kadang saya yakin dapat untung banyak.. tapi selalu sangat orang ambil tapi tak bayar.. erm(R1)

Responden kedua pula masih mampu untuk mengendalikan sesuatu masalah yang berlaku kerana peserta sudah menjangkakan masalah yang akan timbul dalam sesuatu perniagaan. maklumlah jualan Power Bank high risk sebab mahal kan so kena betul-betul yakin.. topup pun tak banyak untung(R2)

Kurang keyakinan diri berlaku dalam diri responden keempat dan sememangnya menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan beliau. Ketidakyakinan ini berlaku kerana responden tidak yakin dengan pasaran di KYSIS kerana kurang mendapat sambutan.

kadang-kadang saya rasa tak yakin dengan pasaran di KYSIS ni, yelah maybe baju yang saya jual ni tidak disukai customer.. kurang dapat sambutan(R4)

Manakala R3 tidak bersetuju bahawa keyakinan diri menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Responden berpendapat secara semulajadi usahawan perlu yakin apabila membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Responden juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menjalankan perniagaan. Ini dapat dilihat apabila responden tegas dalam menentukan harga perkhidmatan yang diberikan.

secara semulajadi kita perlu yakin untuk memulakan sesuatu.. tapi dalam proses melakukan sesuatu, kita perlu bersifat rasional dan realistik lah(R3)Punca para graduan kurang keyakinan diri adalah disebabkan mereka masih muda untuk melalui pengalaman dalam berniaga dan diharapkan kekurangan ini boleh mematangkan para graduan untuk menjalankan perniagaan. Ini yang terjadi kepada R1, R2 dan R4. Pendedahan kepada latihan atau kursus keusahawanan dijangka dapat meningkatkan keyakinan diri para usahawan muda ini. Justeru, R3 menyatakan,

hilang keyakinan diri boleh menjadi salah satu ancaman terbesar..so mentaliti serta motivasi diri perlu kuat untuk menangani perkara-perkara yang berlaku diluar jangkaan kita.(R3)iv. Pengurusan Masa

Berdasarkan temubual yang dijalankan didapati R1, R2 dan R3 bersetuju pengurusan masa menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Responden pertama sedikit sebanyak rasa tertanggu untuk membuat ulang kaji apabila pelanggan mengetuk pintu untuk membuat fotokopi bukan pada masa yang telah ditetapkan.

kadang-kadang ada juga yang nak print bukan pada waktu yang saya tetapkan.. kalau jual makanan senang.. letak je situ(R1)

Berbeza pula dengan perniagaan jualan makanan yang tidak memerlukan masa beliau untuk bertemu pelanggan kerana konsep yang digunakan adalah dengan membiarkan sahaja produk di Pusat Pembelajaran.

Situasi ini turut dikongsi oleh R2. Menurut responden kedua, masa beliau terganggu apabila terdapat pelanggan yang ingin membeli tambah nilai pada masa yang tidak sepatutnya khususnya pada waktu peperiksaan.

macam topup.. masa saya tengah buat assignment atau study.. kadang-kadang mengganggu saya.. ketuk pintu.. erm(R2)

Namun, responden ketiga menegaskan sebagai seorang pelajar beliau perlu membahagikan masa antara perkara utama dan perkara samping. Usahawan pelajar haruslah menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana itu adalah perkara yang wajib bagi meraka.

tetapi kita perlu membahagikan masa kita jika kita mahu melakukan dan mencapai objektif tertentu(R3)

Manakala R4 berpendapat pengurusan masa tidak menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan,saya tak setuju.. sebab bisnes ni dijalankan di waktu lapang(R4)Responden juga mempunyai masa yang fleksibel dan dapat menguruskan masa dengan baik. Pengurusan masa dan perniagaan adalah satu latihan disliplin bagi seorang usahawan. Dalam sesebuah perniagaan, seorang usahawan harus menangani setiap satu perkara berkaitan operasi perniagaan; dari menghubungi pembekal, penjualan dan pemasaran, logistik dan pengagihan, kutipan bil, menyimpan kira-kira dan akaun, dan perkara-perkara berkenaan perniagaan. Justeru, pengurusan masa yang bijak amatlah penting. saya akan menetapkan waktu opreasi saya.. kalau fotokopi dan printing saya buat malam.. 8.00 hingga 9.30 malam.. lepas tu saya study (R1)

Manakala responden kedua pula menyatakan,

saya akan merancang jadual belajar dulu.. lepas tu baru bisnes.. priority kat study lah(R2)

Namun, sebagai seorang pelajar responden juga bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka.

saya akan membuat pembahagian masa dengan betul.. sebab bisnes ni takde masa yang specifik (R4)

Kenyataan ini disokong oleh responden ketiga,

priority.. saya akan utamakan perkara yang perlu disiapkan dulu (R3)

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan dapat kajian jelas menunjukkan ciri-ciri personaliti iaitu mengambil risiko, membuat keputusan, keyakinan diri dan pengurusan masa menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS. Temubual terhadap R1, R2 dan R3 mengakui bahawa ciri-ciri personaliti ini sangat penting dalam diri seorang usahawan.

4.4.2KEMAHIRAN TEKNIKAL

Persoalan kajian kedua: Adakah kemahiran teknikal seperti pengetahuan dan pengurusan kewangan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?

i. Pengetahuan

Kesemua responden bersetuju pengetahuan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. R1 menyatakan ilmu perniagaan yang dipelajari sejak di bangku sekolah menengah serta kursus keusahawanan yang pernah didedahkan dengan matapelajaran Keusahawanan semasa zaman persekolahan membantu beliau menguruskan perniagaan.

ilmu tentang perniagaan sangat penting dalam menceburi bidang ini(R1)Perkara ini disokong oleh responden kedua yang menyatakan, dengan pengetahuan yang ada kita dapat menghadapi segala cabaran yang berlaku dengan tenang dan bijak menangani sebarang masalah(R2)Respoden ketiga menyatakan yang beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan tetapi tetap berusaha untuk mempelajarinya melalui pengalaman orang lain. walaupun saya tidak terdedah dengan pengetahuan keusahawanan, saya berusaha untuk mendalami bidang tersebut.. kawan-kawan dan parent banyak bagi tunjuk ajar(R3)

Responden keempat mengakui yang beliau tidak pernah mengambil subjek keusahawanan kerana semasa di zaman persekolahan beliau merupakan pelajar bidang Sains. Beliau juga tidak pernah menghadiri mana-mana kursus keusahawanan sebelum menjalankan perniagaan.

kurangnya pengetahuan dalam bidang perniagaan boleh memberikan risiko yang besar.. so, by hook or by crook memang kena belajar(R4)

Kesemua responden bersetuju kekurangan pengetahuan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Hanya R1 mempunyai pengetahuan dalam perniagaan. Responden menyatakan ilmu perniagaan dipelajari semasa di sekolah menengah membantu beliau menguruskan perniagaan. Namun, ilmu yang dipelajari masih belum cukup untuk memastikan perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dilalui oleh responden pertama,

banyak manapun ilmu tentang perniagaan memang tak cukup.. kena cari lagi..tanye orang yang ada pengalaman(R1)

R2, R3 dan R4 tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, namun mempunyai sedikit pengalaman sahaja. Daripada pengalaman tersebut, responden memperoleh idea untuk membuka perniagaan dan mendapat sokongan keluarga serta rakan-rakan.

alhamdulillah, family banyak bagi sokongan.. sporting lah.. kawan-kawan pun ada bagi idea.. sharing what they want (R2)

R2, R3 dan R4 turut mengakui tidak pernah mengambil subjek Keusahawanan dalam kursus yang diambil kerana responden merupakan pelajar aliran Sains semasa di sekolah menengah. Selain itu, responden juga tidak pernah menghadiri mana-mana kursus keusahawanan atau perniagaan sebelum menjalankan perniagaan.

ii. Pengurusan Kewangan

Berdasarkan kepada temubual yang dilakukan didapati R1, R2, R3 dan R4 bersetuju pengurusan kewangan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Pengkaji mendapati kesemua responden cekap dalam menguruskan kewangan terutamanya responden dari KYSB yang sememangnya sedang mengikuti program CAANZ Chartered Accountant Pathway.

pengurusan kewangan yang betul dapat mengelakkan usahawan daripada kerugian dalam perniagaan(R1)Responden menyatakan beliau menguruskan sendiri catatan urusniaga mengikut format yang telah dipelajari di kelas. Perkara yang sama juga dilakukan oleh responden kedua. Beliau mengakui pengurusan kewangan yang betul akan membolehkan usahawan mengetahui untung rugi sesuatu perniagaan.pengurusan kewangan sangat penting.. jika tidak kita tak tahu untung atau rugi.. saya menggunakan wang sendiri.. kumpul duit untuk buat modal(R2)Responden keempat juga menyokong pernyataan tersebut,setuju.. pengurusan kewangan sangat penting.. tak tahu boleh tanya orang yang berpengalaman.. kalau tahu basic pun ok.. nanti belajar lah"(R4)

Masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah usahawan ialah apabila tidak mencapai keuntungan yang disasarkan pada setiap bulan malah tidak mengetahui kerugikan yang dialami.sesetengah usahawan bukan sahaja tak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.. saya guna duit tabung.. modal permulaan saya sebanyak RM400 juga lah(R3)

Mempunyai pengetahuan dalam merekod kewangan dengan betul sangat penting bagi usahawan. Apabila responden mengalami kerugian, maka ia menjadi halangan kepada responden untuk membeli stok yang baru. Kesannya, apa yang diingini pelanggan tidak dapat ditunaikan. Menurut responden, mereka sendiri menguruskan rekod kewangan dan catatan urusniaga didalam buku log dan komputer.

ada.. saya memang buat rekod keluar masuk duit(R1)

Kekangan dari segi pengurusan kewangan ini mesti diambil perhatian sewajarnya oleh responden memandangkan modal yang diperoleh untuk memulakan perniagaan merupakan pinjaman dari pihak ketiga seperti yang dialami oleh R1 dan R4.

oh, saya menggunakan wang simpanan saya.. parent pun ada menyumbang juga.. alhamdulillah(R1)

saya pinjam duit parent.. bila dapat untung saya bayar balik(R4)

Responden kedua pula mengambil inisiatif untuk mempelajari rekod kewangan yang betul melalui pengalaman orang lain,ada.. mesti lah kena tau macam mana nak rekod.. masa mula berniaga dulu saya tanya orang yang lebih berpengalaman(R2)Perkara yang sama juga dilakukan oleh responden keempat bagi memastikan kelancaran perniagaan beliau, ada.. saya belajar merekod kewangan dengan betul.. minta tunjuk ajar dari rakan-rakan(R4)Melalui bukti dokumen didapati kesemua responden mempunyai rekod perniagaan. Namun, terdapat juga hutang-hutang yang belum dilunaskan. Manakala buku rekod perniagaan R3 sangat terperinci. alhamdulillah.. mula-mula tu buat akaun basic sahaja tapi sekarang lebih detail, maklumlah belajar akaun kan.. hihi(R3)Jelaslah dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan. Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.

Kenyataan ini disokong oleh R1, R2, R3 dan R4 sepakat mengatakan pengetahuan dan pengurusan kewangan merupakan kekangan kepada mereka untuk menjalankan perniagaan. Kurangnya ilmu dalam bidang tersebut merencatkan perjalanan sesuatu perniagaan. Hal ini kerana seorang usahawan akan terlibat dalam pelbagai perkara dan tindakan yang memerlukan keputusan rasional dan seterusnya membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.4.4.3PERSEKITARAN MIKRO

Persoalan kajian ketiga: Adakah persekitaran mikro seperti pembekal, pelanggan dan pesaing menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?

i. Pembekal

Dapatan menunjukkan kesemua responden bersetuju pembekal menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Responden pertama menyatakan hubungan dengan pembekal sangat penting bagi menjamin kelangsungan sesuatu perniagaan.pembekal menentukan harga jualan.. kalau dapat harga murah, boleh jual murah(R1)Responden ketiga mempunyai pandangan yang sama dengan situasi ini, pembekal memberi kesan kepada sesuatu perniagaan(R3)

Responden keempat juga menyokong pernyataan ini dimana beliau tidak pernah bertukar pembekal kerana hubungan sedia ada pembekal dengan responden masih lagi bertahan.kalau pembekal tak ok, susah lah.. nasib baik pembekal saya boleh tolak ansur.. senang berurusan(R4)

Berlainan pula dengan responden kedua kerana bekalan nilai topup adalah sama walaupun pembekal berlainan.tapi kalau topup ni harga sama sahaja semua pembekal(R2)Melalui bukti dokumen didapati R1 menunjukkan sebut harga makanan dari beberapa usahawan tempatan. Beliau biasanya akan pergi ke tempat pembekal dengan sendirinya untuk mendapatkan bekalan jualan makanan iaitu di pusat jualan Satu Daerah Satu Industri.

saya membeli barang makanan di pusat jualan usahawan bumiputera jer(R1)

Responden kedua menunjukkan senarai prabayar dari pembekal seperti Stytig, Digi, Celcom dan Maxis. Beliau mendapatkan stok jualan daripada pembekal berdekatan.

saya beli barang dari pusat pengeluaran.. untuk tambah nilai prabayar, saya akan topup dalam RM300 sebulan dan jual melalui online(R2)

Berbeza pula dengan responden keempat yang menunjukkan beberapa bil deposit dan bayaran ansuran yang diterima dari pembekal.

saya akan ambil deposit dari pelanggan dan terus hantar tempahan ke pembekal(R4)

ii. Pelanggan

Pelanggan adalah individu yang sentiasa betul dalam apa jua keadaan. Dalam erti lain ianya juga bermaksud pelanggan adalah raja. Dalam elemen ini R1, R2 dan R4 bersetuju pelanggan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana pelanggan mempunyai banyak pilihan bagi memenuhi kehendak mereka.

pelanggan banyak alternatif.. so, kena pandai ambil hati pelanggan lah

(R1)Responden kedua merasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama.

walaupun pelanggan ada banyak ragam kena pandai handle lah.. walaupun kadang-kadang rasa terganggu tapi nak cari rezeki yang halal kena buat betul-betul dan ikhlas(R2)

Responden ketiga turut mengakui pernyataan tersebut dan beliau sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan dengan penuh berintegriti dan berkualiti.

kita kena jaga citarasa pelanggan(R3)

Beliau tidak bersetuju pelanggan menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan,

saya berpendapat pelanggan bukan satu masalah kepada perniagaan.. kalau kita pandai treat pelanggan.. insyallah, bisnes kita akan maju(R3)

Kesemua responden mengakui kehendak atau citarasa pelanggan mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan. Responden harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak.

peniaga kena tahu apa yang pelanggan suka(R4)

Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pelanggan, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.

iii. Pesaing

Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing? Bagaimana kedudukan mereka dalam pasaran. Persoalan di atas perlu di tangani oleh setiap usahawan. R1, R3 dan R4 bersetuju pesaing menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Ini kerana mereka bukan sahaja perlu bersaing di Pusat Pembelajaran malah dengan peniaga luar juga.

pesaingan dalam perniagaan perlu ditangani dengan bijak.. jika tidak, rugi nanti(R1)

Situasi ini berbeza dengan responden ketiga yang sememangnya tiada pesaing. Namun, menurut beliau strategi pemasaran adalah begitu penting dalam usaha menyaingi pesaing.

setiap bisnes bergantung kepada kelebihan (advantage) tersendiri untuk berjaya tapi alhamdulillah, saya tiada pesaing(R3)

Pendapat ini disokong oleh oleh R4,

yes, setuju.. tapi jika bisnes kita ditiru orang, ini bermakna bisnes kita mempunyai potensi besar untuk berjaya(R4)

Tetapi R2 mempunyai pendapat yang berbeza tentang pesaing.

saya tak setuju.. pesaing bukanlah satu kekangan.. tetapi ia satu cabaran.. kena berani lah(R2)

Responden menjual Power Bank dengan harga yang berpatutan dan didatangkan dengan corak yang cantik untuk memberi saingan yang sihat kepada pesaing.Setiap pesaing mempunyai konsep jualan produk yang berbeza. Usahawan mestilah membentuk strategi supaya pelanggan tidak beralih ke arah produk pesaing.

saya mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan.. selain tu, saya mempelbagaikan produk dan memberi diskaun jika membeli dalam kuantiti yang banyak(R1)

Beliau juga bertegas isu utama yang perlu dititikberatkan ialah kepuasan pelanggan.

saya akan cuba memperbaiki produk saya sehingga dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan (R1)

Sebagai seorang usahawan, mereka haruslah kreatif dan inovatif. Pesaing lebih mengetahui dan memahami citarasa pelanggan.

ok, saya akan beri kebebasan kepada pelanggan.. design ditentukan oleh mereka sendiri.. itu membuatkan pelanggan rasa seronok dan berpuas hati

(R4)

Bagi R2 dan R4, kualiti perkhidmatan yang diberikan amat penting dalam meneruskan kelangsungan perniagaan mereka,

saya akan pastikan barang saya berkualiti (R2)

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pembekal, pelanggan dan pesaing menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS. Kesemua responden menyatakan hubungan baik dengan pembekal, pelanggan mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka juga memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapatkan kelebihan dari pesaing.4.5DAPATAN KAJIAN DARIPADA PEMERHATIANPengkaji telah menjalankan pemerhatian secara tidak berstruktur keatas sikap dan tingkahlaku responden. Sikap dan tingkahlaku yang diperhatikan merangkumi positif dan negatif. Pemerhatian ini dilakukan oleh pengkaji bersama-sama responden samada didalam bilik responden yang menjalankan perniagaan ataupun di Pusat Pembelajaran responden. Pemerhatian ini juga berdasarkan maklumbalas kepada jawapan yang diberikan oleh responden.

Hasil pemerhatian yang dilakukan menunjukkan R1 membiarkan sahaja jualan beliau bersama kotak duit yang dibiarkan terbuka untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran dan mengambil baki duit sendiri tanpa pengawasan. Ini mendatangkan risiko yang tidak dijangka seperti kehilangan produk ataupun kecurian. Walaupaun mengambil risiko merupakan antara ciri utama yang perlu ada bagi seorang usahawan, namun mereka seharusnya mengurangkan risiko tersebut bagi mengelakkan kerugian yang terterusan.

Kebolehan dalam membuat keputusan juga amat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Didapati R1 dan R4 seorang yang berani dalam membuat keputusan. Sedangkan R2 pula tidak yakin dengan keputusan yang dibuat.

Keyakinan sangat penting dalam diri usahawan untuk memastikan kelancaran sesuatu perniagaan. Ia merupakan sesuatu yang semulajadi dalam diri usahawan. Punca para graduan kurang keyakinan diri adalah disebabkan mereka masih muda untuk melalui pengalaman dalam berniaga dan diharapkan kekurangan ini boleh mematangkan para graduan untuk menjalankan perniagaan. Penyelidik mendapati R1 mempunyai ciri-ciri keyakinan diri tetapi responden tidak yakin berhadapan dengan situasi kecurian yang sering berlaku. Berbeza dengan R2 yang kadang-kadang yakin dan kadang-kadang tidak yakin dengan apa yang dibuat untuk memperoleh untung yang banyak. R4 mempunyai ciri-ciri keyakinan diri tetapi dalam perniagaan, beliau tidak yakin dengan pasaran di KYSIS.

Pengurusan masa yang sistematik amat penting bagi seorang pelajar yang juga bergelar usahawan. Pengkaji mendapati R1 dan R2 berasa terganggu apabila pintu bilik diketuk oleh pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan. Namun, bagi R1 penjualan makanan tidak menjadi masalah kepada responden kerana responden meletakkan jualan makanan di satu lokasi sahaja iaitu di Pusat Pembelajaran KYSB. Berbeza dengan R3 dimana beliau seorang yang bermotivasi dengan menyiapkan perkara penting yang perlu didahulukan. Didapati responden tidak mempunyai masalah untuk dalam menguruskan masa sebagai pelajar dan sebagai usahawan.

Selain itu, pengkaji mendapati R1 mempunyai ilmu pengetahuan tentang perniagaan dan tegas dalam membuat keputusan kerana beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Namun, R2, R3 dan R4 tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang perniagaan tetapi mereka berusaha gigih untuk mempelajarinya melalui pengalaman orang lain, mendapatkan nasihat dari rakan-rakan serta keluarga.

Kesemua responden juga merupakan usahawan yang cekap dalam menguruskan kewangan namun ia menjadi kekangan sekiranya tidak dipraktikkan dengan betul. Hasil pemerhatian yang dibuat menunjukkan, kesemua mencatatkan setiap transaksi keluar masuk duit perniagaan. Ini adalah satu kelebihan kepada graduan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kewangan.

Pengkaji juga mendapati kesemua responden tidak mempunyai masalah dengan pembekal. Hubungan yang baik dengan pembekal membolehkan responden konsisten dalam perniagaan masing-masing.

Responden bukan sahaja perlu bersaing dalam Pusat Pembelajaran sahaja malah dengan peniaga luar juga yang sememangnya banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. R1 mempunyai pesaing kerana terdapat juga kerepek yang dijual bersebelahan produk beliau. R1 juga seorang yang ramah melayan pelanggan beliau. Berlainan pula dengan R3 yang tiada pesaing. Beliau adalah usahawan tunggal yang menjalankan perkhidmatan seterika wap di KYSIS. Namun, responden tetap memberi kepuasan maksimum kepada pelanggannya. Perkhidmatan seterika wap responden mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar KYSIS. Manakala R4 mempunyai pesaing yang turut menjalankan perkhidmatan tempahan baju. Justeru, beliau berusaha menambahkan lagi corak pengeluaran baju bagi memberi saingan yang sihat kepada pesaing.

Kesemua responden hanya memfokuskan kepada pelanggan di Pusat Pembelajaran masing-masing tanpa membuat promosi untuk masyarakat sekitar. Hasil pemerhatian mendapati R1 membungkus barang makanan dengan kemas dan membuat promosi bagi menarik pelanggan. Beliau juga melayan pelanggan yang ingin membuat fotokopi dengan senyuman dan ramah mesra serta memberi diskaun jika pelanggan membuat salinan dengan jumlah yang banyak. R2 sedang menambah nilai prabayar seorang pelanggan. Beliau turut memberi percuma prabayar sebanyak RM3 jika pelanggan membeli Power Bank yang berharga RM50 dan ke atas. Pengkaji juga mendapati R4 seorang yang sangat sabar melayan kerenah pelanggan yang cerewet dalam memilih corak pakaian yang ingin ditempah.

Pengkaji juga mendapati terdapat beberapa kelemahan ketika menjalankan pemerhatian, di antaranya ialah:i. Pusat Pembelajaran samada di KYSB atau di KYSIS tidak menyediakan satu platfom untuk graduannya menjalankan perniagaan. Ini menyebabkan risiko kecurian, kehilangan terhadap produk jualan berlaku. Justeru, responden merasakan sukarnya menjalankan perniagaan di kampus.ii. Tiada sukatan bagi matapelajaran keusahawan atau perniagaan yang diajar di KYSB dan KYSIS, namun responden tetap menjalankan perniagaan walaupun tidak diberi pendedahan yang sepatutnya oleh pihak IPT.iii. Student Affairs and Services Department juga kurang menganjurkan aktiviti berkaitan keusahawanan yang boleh dijadikan praktikal kepada graduan bagi menanam minat dalam bidang keusahawanan.

RUMUSAN

Bab IV ini telah menerangkan dapatan kajian secara terperinci dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian tersebut terbahagi kepada dua peringkat iaitu dapatan kajian melalui temubual dan dapatan kajian dari pemerhatian secara tidak berstruktur. Hasil kajian yang dijalankan terhadap kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS dapat dirumuskan seperti berikut:

i. Faktor ciri-ciri personaliti iaitu mengambil risiko, membuat keputusan dan keyakinan diri menyumbang kepada kekangan graduan dalam menjalankan perniagaan di KYSB dan KYSIS.ii. Faktor kemahiran teknikal iaitu pengetahuan dan pengurusan kewangan menyumbang kepada kekangan graduan dalam menjalankan perniagaan di KYSB dan KYSIS.iii. Faktor persekitaran mikro iaitu pembekal, pelanggan dan pesaing menyumbang kepada kekangan graduan dalam menjalankan perniagaan di KYSB dan KYSIS.

Seterusnya, perbincangan daripada hasil dapatan kajian akan dikemukakan dalam Bab V yang akan memaparkan rumusan, perbincangan dan cadangan yang merangkumi rngkasan kajian, dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan.

BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini telah membincangkan tentang keseluruhan dapatan kajian yang telah diperoleh melalui bab IV. Ia meliputi ringkasan kajian, implikasi dapatan kajian ini, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji, cadangan kepada kajian lanjuan serta kesimpulan.

5.2RINGKASAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kekangan-kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan pelajar di KYSB dan KYSIS dari aspek ciri-ciri personaliti, kemahiran teknikal dan persekitaran mikro. Dimensi kekangan-kekangan tersebut meliputi mengambil risiko, membuat keputusan, keyakinan diri, pengurusan masa, pengetahuan, pengurusan kewangan, pembekal, pelanggan serta pesaing. Dimensi ini dapat membantu graduan membina keyakinan diri mereka dalam menceburi bidang keusahawanan seterusnya membantu menggalakkan lebih ramai graduan terlibat dalam aktiviti yang menguntungkan ini. Kajian yang dijalankan dapat menjawab beberapa persoalan kajian yang menjadi asas dalam analisis ini antaranya ialah:

d) Adakah ciri-ciri personaliti masa menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?e) Adakah kemahiran teknikal menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?f) Adakah persekitaran mikro menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan graduan di KYSB dan KYSIS?

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan empat orang graduan dari KYS Business School (KYSB) dan KYS International School (KYSIS). Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual secara mendalam iaitu perbualan yang tidak formal, tidak berstruktur dan menjurus kepada soalan terbuka. Manakala kaedah pemerhatian dan analisa dokumen juga turut digunakan oleh pengkaji bagi menentukan kebolehpercayaan sesuatu data.

5.3PERBINCANGAN DALAM DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian dihasilkan berdasarkan persoalan kajian dan hasil dapatan kajian yang telah dilaporkan dalam BAB IV. Pengkaji mendapati kajian yang dijalankan mengenai kekangan dalam menjalankan perniagaan di kalangan graduan adalah sangat terhad dan kajian ini masih baru. Kajian-kajian lepas memfokuskan kepada ciri-ciri keusahawanan, aspirasi kerjaya keusahawanan, pendidikan keusahawanan dan sebagainya.

Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian ini akan dapat dimanfaat dan dilanjutkan untuk kajian seterusnya.

5.3.1Kekangan Dalam Menjalankan Perniagaan Dari Aspek Ciri-Ciri Personaliti

Ciri-ciri personaliti dalam konteks kajian merujuk kepada ciri-ciri keusahawanan yang ada pada diri pelajar yang menjadi penghalang kepada pelajar untuk menjalankan perniagaan. Kajian oleh Bird (1989) melihat kepada personaliti graduan kolej dan mendapati pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri lebih kreatif berbanding pelajar yang tiada perniagaan sendiri.

Justeru, dari aspek ini pengkaji telah membincangkan hasil dapatan ciri-ciri personaliti seperti mengambil risiko, membuat keputusan, keyakinan diri dan pengurusan masa.

1) Mengambil Risiko

Menurut Cunningham dan Lischeron (1991), kebanyakan literatur keusahawanan telah mengkategorikan mengambil risiko sebagai ciri-ciri yang paling utama bagi seorang usahawan. Fakta ini turut disokong oleh Kan (1996) yang menyatakan mengambil risiko merupakan perkara semulajadi yang berlaku pada mana-mana individu.Norasmah et al. (2006) yang menyatakan Schumpeter seorang pengkaji terkemuka berpendapat, sesiapa yang terlibat dalam penghasilan produk atau perkhidmatan perlu menanggung apa jua bentuk risiko dan usahawan perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab peribadi ke atas akibat-akibat keputusan yang dibuat sama ada yang baik atau yang sebaliknya (Habibah dan Norasiah, 1993). Ini selari dengan pendapat Jaafar et al. (2000) yang menyatakan dalam menjalankan perniagaan, wujudnya pengurus yang terlebih yakin yang membawa mereka kepada kegagalan kerana mengabaikan risiko yang wujud dan mempercayai bahawa mereka kebal daripada risiko dan kegagalan.

Kajian yang dibuat oleh Hian (1996) terhadap 54 orang pelajar Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecenderungan keusahawanan dari aspek pengambilan risiko yang tinggi, inovatif yang tinggi dan toleransi kekaburan yang mana min kajian kurang daripada 0.05.

Manakala hasil kajian yang dibuat oleh Fazilah (1996) pula berhubung dengan persepsi mahasiswa UUM akhir tahun terhadap keusahawanan didapati sikap kecenderungan mengambil risiko mempunyai hubungan ke atas potensi keusahawanan. Ini menunjukkan mahasiswa perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan risiko sekiranya ingin menjadi seorang usahawan.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim. R1, R2 dan R4 berpendapat risiko merupakan elemen utama di dalam proses keusahawanan. Usahawan perlu mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan pelbagai aktiviti keusahawanan. Risiko yang mungkin dihadapi ialah jika berlakunya kecurian disebabkan tiada kawalan atau pengawasan dalam perniagaan. Perniagaan yang dijalankan oleh graduan KYSB dan KYSIS bukanlah sesuatu perniagaan yang berdaftar maka risiko yang ditanggung tidak mendapat perlindungan seperti insurans. Selain itu, R2 dan R4 pula terlibat dengan risiko hutang yang belum dilunaskan.

Menurut Deakins dan Freel (2003) usahawan yang berjaya ialah seseorang yang boleh meminimumkan risiko sama ada melalui bantuan kewangan yang terbatas atau mengurangkan tahap ketidaktentuan supaya risiko dapat dikira dengan tepat dan keputusan yang dibuat akan lebih dipercayai.

2) Membuat Keputusan

Dapatan kajian menunjukkan membuat keputusan menjadi kekangan kepada R1, R2 dan R4. Membuat keputusan yang dimaksudkan ialah apabila mereka merasakan tidak yakin dengan keputusan yang dibuat samada betul atau tidak. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Henderson & Robertson (1999) mengenai sikap golongan muda terhadap keusahawanan sebagai kerjaya yang mendapati bahawa pelajar Sarjana Keusahawanan, Universiti Stirling perlu menfokuskan terma seperti keyakinan diri, kepentingan diri, inovatif dan menekankan perlunya ciri-ciri yang kuat untuk membuat keputusan yang sukar.

Dalam membuat keputusan graduan perlu mempunyai pelbagai alternatif untuk memilih yang terbaik dan ini turut disokong oleh Jaafar et al. (2000) yang menyatakan membuat keputusan ialah mengenai pilihan daripada pelbagai alternatif.

Membuat keputusan adalah tugas yang penting bagi usahawan. Didalam senario semasa, membuat keputusan menjadi lebih komplek disebabkan berbagai faktor seperti globalisasi, persaingan yang meningkat, kedapatan sumber, kos buruh dan sebagainya. Sebagai seorang usahawan atau owner kepada perniagaan sendiri, tidak dapat tidak, setiap keputusan yang diambil akan memberikan impak yang besar dalam perniagaan. Samada ianya baik atau buruk, setiap keputusan memberikan kesan. Ini merupakan cabaran besar kepada kesemua responden.

3) Keyakinan Diri

Harper (2005) menyatakan keyakinan diri memainkan peranan yang penting dalam keusahawanan kerana usahawan perlu percaya yang mereka boleh melaksanakan sesuatu urusan perniagaan.

Hasil kajian Norasmah et al. (2009), salah satu penyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan ialah kekurangan dalam memiliki keyakinan diri. Kajian yang dibuat oleh McLarty (2005) mengenai keusahawanan antara graduan di East Anglia mendapati keyakinan diri merupakan sesuatu yang semulajadi dalam diri usahawan. Punca para graduan kurang keyakinan diri adalah disebabkan mereka masih muda untuk melalui pengalaman dalam berniaga dan diharapkan kekurangan ini boleh mematangkan para graduan untuk menjalankan perniagaan. Contohnya, Program Keusahawanan Siswa (PKS) yang ditawarkan di UKM telah menawarkan pelbagai kursus dan latihan bagi memupuk dan membudayakan keusahawanan dalam diri pelajar namun mereka masih tidak memiliki keyakinan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya (Norasmah et al., 2009). Walaubagaimanapun, menurut McCarthy (2003), apabila usahawan terlalu yakin, maka kerja yang dilaksanakan tidak dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya terlalu yakin, ditakuti akan membawa kepada kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan (Norashidah et al., 2008). Namun, Wood (2005) menyatakan terlalu yakin merupakan salah satu keupayaan untuk meramal masa depan seperti berjaya menghasilkan sesuatu produk dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Seorang usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan itu tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. R1, R2 dan R4 menyatakan keyakinan diri sangat penting dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam kajian ini, dapatan mendapati terdapat responden yang terlalu yakin dan ada juga yang kurang keyakinan diri yang menjadi kekangan dalam menjalankan perniagaan.

Oleh itu, keyakinan diri dalam diri usahawan merupakan ciri-ciri personaliti yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kekangan yang wujud dalam menjalankan perniagaan dapat diminimumkan.

4) Pengurusan Masa

R1, R2 dan R3 merasakan mengurus masa merupakan suatu kekangan yang perlu ditangani dengan bijak. Mereka perlu membahagikan masa antara belajar dan berniaga supaya tidak ketinggalan dalam kedua-dua perkara. Adalah penting bagi graduan untuk menguruskan masa yang baik dan seterusnya boleh memberi kesan yang positif kepada pelajaran dan perniagaan.

Menurut Baumback (1995); Kinicki dan Williams (2003), masalah utama perniagaan kecil ialah jumlah masa pengurus yang terhad dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Ini turut disokong oleh Kurato dan Welsch (2004), pengurus berhadapan dengan kekurangan masa dan kesukaran untuk memperuntukan perancangan dalam menghadapi masalah operasi yang berlaku pada setiap hari.

Sekiranya tidak mengikut perancangan, maka banyak kerja yang akan tertangguh dan bebanan kerja kian bertambah. Wujudnya kekangan masa dalam menjalankan perniagaan ialah apabila usahawan tidak dapat mengenalpasti atau membuat pertimbangan yang manakah perkara yang perlu diutamakan. Masa juga merupakan sesuatu yang tidak boleh disimpan kerana menurut McMillan (2006), minit mungkin lebih bernilai daripada wang dan dengan itu, usahawan perlu menggunakannya secara bijak. Semua usahawan perlu menguruskan masa secara efektif (McMillan 2006) dan kunci utama untuk menggunakan masa secara efektif ialah melalui pengurusan masa yang baik.

5.3.2Kekangan Dalam Menjalankan Perniagaan Dari Aspek Kemahiran Teknikal

Cunnningham dan Lischeron (1991) menyatakan kemahiran melibatkan tugas teknikal seperti perancangan dan kewangan serta hubungan manusia know-how apabila berurusan dengan pekerja. Mohd Nasir (2005) berpendapat perniagaan memerlukan pengurusan kewangan yang cekap dan mantap untuk memberi sokongan kepada kemajuan perniagaan kerana pengurusan kewangan akan menentukan sama ada peniagaan itu berjaya atau gagal. Kajian telah membincangkan dua tema yang telah dikenalpasti iaitu pengetahuan dan pengurusan kewangan.

1) Pengetahuan

Kajian yang dijalankan oleh Norazlina (2011) tentang tahap pengetahuan terhadap pendidikan keusahawanan dalam kalangan usahawan di pertubuhan peladang kawasan Johor Bahru timur mendapati tahap pengetahuan terhadap program keusahawanan berada pada tahap yang sederhana dan persepsi usahawan terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan tahap pengetahuan usahawan yang menghadiri kursus terhadap program keusahawanan lebih tinggi berbanding dengan usahawan yang tidak menghadiri kursus dan persepsi mereka sama terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan.

Begitu juga dengan dapatan kajian yang menunjukkan ke empat-empat responden mempunyai pengetahuan yang kurang dalam bidang keusahawanan. Peluang untuk mengikuti latihan perlu ditingkatkan terutama untuk mempelajari dengan mendalam aspek kewangan dan pemasaran yang dianggap penting untuk terus berjaya. Pendidikan yang diterima masih belum mencukupi. Walaupun graduan telah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara amnya kemahiran keusahawanan mereka tidak tinggi tetapi bertaraf sederhana sahaja. Ini menggambarkan bahawa pengalaman sahaja tidak memadai dalam meningkatkan pengetahuan usahawan. Pengalaman dan pendidikan yang dipunyai oleh graduan tidak menjamin pertambahan ilmu dalam mengendalikan perniagaan mereka secara berkesan.

Graduan hendaklah mengubah sikap supaya sentiasa menambah usaha dan kesanggupan untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan dan pemasaran. Walaupun bidang ini sukar dipelajari, keinginan untuk menguasainya hendaklah sentiasa dipupuk. Di samping menambah usaha mempertingkat ilmu pengetahuan bercorak teknikal, usaha untuk membentuk sikap dan personaliti usahawan yang unggul hendaklah diberi pertimbangan terutama bagi melengkapkan diri dengan ciri-ciri keusahawanan yang penting untuk kejayaan.

2) Pengurusan Kewangan

Kajian yang dibuat oleh Robertson et al. (2003) menunjukkan lebih 50 peratus pelajar Universiti Leeds Metropolitan menyatakan risiko kewangan sebagai satu halangan dalam membuka perniagaan. Pelajar takut akan muflis, berhutang dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pembiayaan kewangan adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Menurut Nor Aishah (2002), kekurangan pembiayaan telah menimbulkan masalah pembangunan keluaran terutamanya dari segi teknologi, modal dan harga. Ab. Aziz (2003) menyatakan penyimpanan sistem perakaunan secara teratur adalah amat penting bagi syarikat yang berorientasikan keuntungan atau bukan keuntungan.

Kajian-kajian ini disokong oleh R1, R2, R3 dan R4 yang merasakan pengurusan kewangan sangat penting untuk dititikberatkan. Ia melibatkan untung rugi sesuatu perniagaan. R1 dan R2 adalah sangat bertuah kerana mereka adalah penuntut di KYS Business School yang menawarkan kursus Chartered Accountant. Ilmu yang diperoleh merupakan kelebihan kepada mereka untuk memastikan keluar masuk akaun direkodkan dengan betul.

Pengurusan kewangan juga berkai rapat dengan kemahiran pemasaran. Ini dijelaskan melalui beberapa kajian lepas seperti oleh Mc Evi'en (1990), Hess (1987) dan Clouse (1990) telah merumuskan bahawa kedua-dua aspek ini berkait rapat. Clouse (1990) menyatakan bahawa kepentingan membuat keputusan dalam pemasaran adalah amat tinggi bagi seseorang usahawan. Beliau juga menekankan kepentingan aspek kewangan terutama untuk memahami aliran tunai dan menganalisis untung dan rugi. Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspek jualan dan pemasaran mendahului senarai utama tugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiran pengurusan kewangan. Kohn (1985) pula percaya kegagalan perniagaan itu disebabkan oleh kurang pengalaman usahawan dalam pengurusan, usahawan tidak kompeten, kekurangan modal, strategi pemasaran yang salah, serta rekod dan prosedur perakaunan yang tidak lengkap.

5.3.3Kekangan Dalam Menjalankan Perniagaan Dari Aspek Persekitaran MikroMenurut Lee-Gosselin dan Grise (1990), masalah yang kerap dihadapi oleh graduan semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan daripada pihak bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal permulaan dan masalah keluarga. Kewujudan masalah yang baru selepas mengoperasi perniagaan termasuk masalah pemasaran, masalah dengan pertubuhan dan masalah buruh (Klein 1993; Fay dan Williams 1993; Jones 1990; Buttner dan Rosen 1992) dan masalah pentadbiran dalam perniagaan serta masalah peribadi (Hisrich dan Zhang 1991; Teo 1996).

Menurut Jaafar et al. 2000) persekitaran mikro adalah persekitaran tugas atau industri. Osborne (1995) menyatakan elemen-elemen yang perlu diberi tumpuan bagi merangkumi persekitaran ialah pelanggan, pesaing, teknologi, polisi awam, tren sosial dan bentuk demografi. Manakala pembekal merupakan kumpulan kedua yang memberi kesan terbesar ke atas aktiviti keusahawanan (Norashidah et al. 2005).

1) Pembekal

Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.

Kajian oleh Tjosvold dan Weicker (1993) mendapati pembekal mengambil masa yang lama untuk memenuhi permintaan usahawan dan ini menyebabkan usahawan mungkin tidak dapat mencari jalan untuk menentukan harga serta membuat ramalan ke atas volum pada masa yang ditetapkan.

Kesemua responden bersetuju bahawa hubungan baik dengan pembekal menjamin kelangsungan perniagaan. Responden bersepakat pembekal menentukan harga jualan yang mereka. Sekiranya harga yang dibeli murah, mereka juga akan menjual dengan harga yang berpatutan. Kenyataan ini turut disokong oleh Norashidah et al. (2005) yang menyatakan pembekal boleh meningkatkan harga produk dan perkhidmatan yang dijual. Perundingan sangat penting antara pembekal dan usahawan supaya pembelian input yang berkualiti dapat diperoleh dengan harga yang berpatutan (Abu Bakar 2006).

2) Pelanggan

Hasil kajian oleh Hansemark dan Albinsson (2004) terhadap kepuasan pelanggan dalam mendapati terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk meningkatkan kepuasan pelanggan iaitu mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan dan saling mempercayai, mengadakan dialog terbuka serta mengendalikan komen dan perkhidmatan.Pelanggan merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pelanggan boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pelanggan adalah raja di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pelanggan industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.Dapatan kajian mendapati responden merasakan hubungan dengan pelanggan menjadikan perniagaan mereka maju atau sebaliknya. Usahawan perlu tahu kehendak pelanggan dan citarasa mereka kerana pelanggan mempunyai kekuatan yang sangat kuat memberi pengaruh yang besar ke atas sesuatu organisasi melalui pembelian terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan (Lussier 2006). Harper (2005) menyatakan bahawa usahawan perlu mensasarkan pelanggan kehendak pelanggan dan membuatkan mereka sanggup serta mampu membeli barang yang ditawarkan. Penyataan ini disokong oleh Greene (2007) iaitu sesebuah perniagaan tidak akan bertahan lama sekiranya mengabaikan apa yang diingini oleh pelanggan.

3) Pesaing

Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.

R1, R3 dan R4 bersetuju pesaing menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana pesaing merupakan ancaman kepada sesebuah perniagaan (Abu Bakar 2006). Halangan ini tentunya mematahkan semangat usahawan yang kurang cekal (Mohamad Salleh 2003). Namun, penting bagi usahawan untuk bersaing demi mendapatkan pelanggan (Kinicki dan Williams 2003). Justeru, Ab. Aziz dan Zakaria (2004) menyatakan usahawan perlu memastikan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan sentiasa berada dihadapan (pilihan utama pelanggan). Persaingan tidak akan wujud sekiranya usahawan menjalankan perniagaan dengan cara yang sama (Harvard 2005).

Untuk meningkatkan persaingan keusahawanan di pasaran, Grazeley (1990) memberi nasihat bahawa kejayaan dalam perniagaan memerlukan latihan yang rapi. Untuk mengelakkan keadaan lembab berlaku dalam perniagaan, individu harus mengekalkan aktiviti persaingan. Menurut Rodrigues (1989), usahawan harus menjauhi persaingan dengan firma-firma besar kecuali adanya peluang tertentu, membuat perbandingan dengan jenis produk dan tawaran dan strategi pesaing kepada pelanggan.

5.4IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian yang telah dijalankan memberi impak kepada pelajar-pelajar yang belajar di KYSB dan KYSIS, tenaga pengajar, ibu bapa dan bahagian pembangunan pelajar di KYSB dan KYSIS.

5.4.1Pelajar-pelajar di KYSB

KYSB adalah sebuah institusi yang menawarkan program Chartered Accountant. Justeru, matapelajaran berkaitan keusahawanan kurang didedahkan kepada pelajar. Namun, untuk menjadi seorang usahawana, pelajar-pelajar perlu diberi pendedahan yang secukupnya tentang ilmu perniagaan menerusi subjek yang diambil samada keusahawanan, pengurusan atau perniagaan supaya kekangan yang wujud dapat dikurangkan. Menurut Henry et al. (2005) pendidikan untuk keusahawanan lebih kepada persediaan untuk menggalakkan atau memberi aspirasi kepada usahawan sebagai satu kerjaya. Objektif yang spesifik perlu diterapkan bagi menggalakkan pelajar untuk memulakan perniagaan. Pelajar juga perlu berusaha untuk berfikiran sebagai seorang usahawan.

5.4.2Pelajar-pelajar di KYSIS

KYSIS adalah sebuah sekolah yang menawarkan kursus A-Level (British). Untuk itu ia tidak memfokuskan kepada matapalajaran keusahawanan atau perdagangan yang boleh memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar. Menurut Mohd Nasir (2005), untuk memberi pendedahan yang dapat membina minat dan keyakinan diri dalam perniagaan, institusi pendidikan hendaklah menyediakan kursus asas pengurusan dan keusahawanan dalam semua jenis ijazah yang ditawarkan. Ini turut disokong oleh Collins et al. (2004) yang mencadangkan institusi pendidikan tinggi perlu memberi peluang kepada para pelajar seperti masa dan ruang di mana pelajar boleh berfikir, mengadakan perbincangan dengan meneroka idea perniagaan, membuat sesuatu tindakan secara keusahawanan dan membina rangkaian.

5.4.3Tenaga Pengajar di KYSB dan KYSIS

Elemen terpenting untuk memupuk sesuatu budaya itu adalah bermula dari peringkat awal dan ia diterajui oleh sistem pendidikan negara. Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan telah memperkenalkan unsur amalan keusahawanan dalam kurikulum yang bertujuan menyemai dan memupuk budaya keusahawanan. Pendidikan formal dalam bidang keusahawanan melahirkan generasi baharu usahawan yang dapat memajukan usahawan dan negara. Menurut Kirby (2004) cabaran yang perlu dihadapi oleh tenaga pengajar ialah membangunkan sistem pembelajaran yang saling melengkapi bagi membentuk keusahawanan dalam diri pelajar seperti kemahiran, ciri-ciri dan gelagat keusahawanan.

Justeru, semua tenaga pengajar di KYSB dan KYSIS perlu memberi kerjasama dan bergabung tenaga untuk membentuk satu rancangan pengajaran keusahawanan yang efektif dan boleh memberi impak positif yang maksimum kepada pelajar. Tujuannya supaya pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang perniagaan, seterusnya berasa yakin untuk membuka perniagaan dan berusaha sedaya upaya untuk mengawal kekangan-kekangan yang wujud dalam menjalankan perniagaan.

5.4.4Ibu Bapa

Umum mengetahui sokongan daripada ibu bapa adalah sangat penting kepada pelajar untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Walaupun ibu bapa pelajar tidak pernah menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi mereka boleh memberi dorongan selain dapat mengelakkan anak-anak dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Galakan dari ibu bapa memberi impak yang positif kepada pelajar. Ia dapat melahirkan individu yang kreatif dan inovatif di dalam aktiviti keusahawanan. Tanpa sokongan ibu bapa yang memberi kesan mendalam dalam perkembangan perniagaan mereka mungkin ada yang langsung memberhentikan perniagaan atas alasan mendapat halangan dari ibu bapa dan keluarga.

5.4.5Bahagian Pembangunan Pelajar (Student Affairs and Services)

Menurut Collins et al. (2004), para pelajar memerlukan pengalaman dalam persekitaran keusahawanan. Pemerhatian yang dibuat menyedari kekangan-kekangan yang wujud dalam menjalankan perniagaan dikalangan graduan kerana terdapat responden yang dipilih tidak mempunyai premis perniagaan yang strategik untuk menjalankan perniagaan mereka. Disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, responden meneruskan juga aktiviti perniagaan mereka walaupun terhadap halangan tersebut.

Program keusahawanan juga boleh dianjurkan oleh pihak SAS di KYSB dan KYSIS bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan. Pengisian setiap kandungan program perlulah mengikut peredaran semasa bagi melahirkan usahawan di kalangan graduan di institusi masing-masing.

5.5CADANGAN

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Terdapat beberapa cadangan yang boleh diketengahkan untuk menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan. Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan keusahawanan yang berbentuk formal dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ia sangat berperanan untuk mengenal pasti dan membentuk serta mempengaruhi graduan yang mempunyai potensi atau ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan. Ahli keluarga juga mampu menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang usahawan. Malah, terdapat pelajar yang datang daripada keluarga usahawan serta didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Sekiranya keluarga tidak memberi sokongan, rakan sebaya juga dapat membantu dalam menimbulkan keinginan pelajar untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Terdapat pelajar yang gemar berbincang dengan rakan-rakan mereka untuk menjadi seorang usahawan. Rakan sebaya akan dapat mempengaruhi rakan yang lain jika mereka mempunyai minat yang sama dan boleh bekerjasama serta boleh memberi motivasi antara satu sama lain. Pengaruh yang datangnya daripada rakan sebaya adalah lebih kuat dan lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pengaruh ibu bapa mereka sendiri.

Pihak kerajaan pula telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkan asas keusahawanan di kalangan graduan bagi melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung dan aktif dalam dunia perniagaan. Pelbagai agensi telah disediakan untuk membantu usahawan IPT. Banyak tabung yang bertujuan khusus untuk membangunkan usahawan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri Bumiputera dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana (Zaidatol et at. 1998).

Menurut Norasmah (2002), salah satu kementerian yang berfungsi untuk membangunkan usahawan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan. Kementerian ini bukan sahaja ingin membangunkan para usahawan tetapi ingin melahirkan usahawan yang berkualiti, berpotensi serta berupaya membentuk masyarakat Perdagangan dan Perindustrian (MPP) seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Selain itu, kesedaran tentang peranan, kepentingan dan sumbangan bidang keusahawanan kepada peningkatan ekonomi diri sendiri juga boleh menguatkan sikap graduan terhadap kerjaya keusahawanan. Pendek kata, kepentingan keusahawanan perlu diterapkan dalam diri semua pihak. Mentaliti bahawa bidang keusahawanan merupakan pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sesebuah negara perlu diwar-warkan. Bidang ini dapat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan negara. Perniagaan dan keusahawanan juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat dengan cara pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Keusahawanan telah dilihat sebagai salah satu daripada jalan penyelesaian bagi masalah pengangguran siswazah berijazah terutamanya dalam zaman kesukaran mendapatkan pekerjaan pada masa kini.RUMUSAN

Dalam bab ini, pengkaji telah mengutarakan rumusan kajian, dapatan kajian, perbincangan, implikasi dan juga beberapa cadangan untuk kajian lanjutan.

Kajian ini telah membincangkan tentang satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Hasil daripada kajian ini mendapati ciri-ciri personaliti, aspek kemahiran teknikal dan persekitaran mikro menjadi kekangan kepada graduan untuk menjalankan perniagaan.

Harapan tertumpu kepada semua pelajar IPT dari pelbagai jurusan agar dapat memanfaatkan bidang keusahawanan dengan sebaiknya agar pada masa hadapan, terutama di kalangan pelajar-pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda di mana mereka tidak perlu mengharap kerja makan gaji sahaja tetapi dapat sama-sama membantu meningkatkan ekonomi Malaysia melalui aktiviti keusahawanan. Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan seseorang perlu mempunyai matlamat, perancangan, imej yang positif, berkeyakinan diri, maruah diri serta bakat. Kejayaan di dalam kehidupan adalah kesinambungan pendidikan berterusan, azam dan sikap progresif dalam merealisasikan matlamat hidup. Ini adalah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat persediaan awal dalam menghadapi era globalisasi dan mencapai Wawasan 2020 dalam ekonomi yang semakin mencabar ini.

Walau bagaimanapun hasil kajian ini adalah terbatas kepada konteks Malaysia. Ia juga boleh dijadikan asas untuk kajian selanjutnya dalam bidang keusahawanan. Adalah dicadangkan agar kajian selanjutnya mengambil kira usahawan dalam kalangan etnik yang berlainan dalam masyarakat Malaysia untuk dijadikan perbandingan.

4th Draft_Siti Solehah Ghazali P63920