draf modul pengajaran

4
TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit ( 2 waktu ) STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid. KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian. Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan. BAHAN BANTUAN MENGAJAR Kit model, manual, carta, alatan tangan. 3

Upload: aiza-acdee

Post on 14-Apr-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul RBT thn 5 dlm bentuk MS word

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Modul Pengajaran

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARDKANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARDPEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual.

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIFPEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. membaca dan memahami manual.2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.

3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

RINGKASANMurid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Keusahawanan :

EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.

Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

3

Page 2: Draf Modul Pengajaran

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepadamurid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkanjawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual

kit model.Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.

2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru.

2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandinganbeberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

4

Page 3: Draf Modul Pengajaran

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 Waktu )

STANDARDKANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARDPEMBELAJARAN 2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.

2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.2.2.6 Menguji kefungsian kit model.2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIFPEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul.

2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model.

3. menguji kefungsian kit model.4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan

menyimpan kit model.

RINGKASANMurid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN1. Membaca manual kit model.2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan

betul.

ELEMENMERENTAS KURIKULUM Keusahawanan :

EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan melaksanakannya.

Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan kualiti tugasan.

Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN MENGAJAR Kit model, manual, alatan tangan.

5

Page 4: Draf Modul Pengajaran

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untukmenamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab denganmurid.Langkah 1

1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan.

2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual dalam kumpulan.

Langkah 2

1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model.

2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

Penutup

Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut kumpulan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

REFLEKSI

6