draf modul pengajaran reka bentuk dan teknologi...

of 16 /16
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit ( 2 waktu ) STANDARD KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid. KEMAHIRAN 1.Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan 3

Author: others

Post on 25-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Program Uji Rintis KSSR Tahun 4

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA

60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD

PEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual.

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model

seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan

tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri,

sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. membaca dan memahami manual.

2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.

3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model

dengan betul.

RINGKASAN

Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model.

2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan :

EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.

Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.

Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.

2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual

kit model.

Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan

alatan tangan dengan betul.

2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model

seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali

sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel

solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model

yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh

kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

TAJUK

2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA

60 minit ( 2 Waktu )

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD

PEMBELAJARAN

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.

2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.

2.2.6 Menguji kefungsian kit model.

2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. memasang komponen kit model berpandukan manual

dengan betul.

2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat

pada kit model.

3. menguji kefungsian kit model.

4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan

menyimpan kit model.

RINGKASAN

Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model.

2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.

3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul.

ELEMEN

MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan :

EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan

melaksanakannya.

Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan

kualiti tugasan.

Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, alatan tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk menamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap

kumpulan.

2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid

melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual

dalam kumpulan.

Langkah 2

1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat

pada kit model.

2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat

pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

Penutup

Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi

penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit

model.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut

kumpulan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

REFLEKSI

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1.Alatan Tangan

Alatan Tangan

Nama

Fungsi

Pemutar skru Philip

Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Philip.

Pemutar skru rata

Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.

Kunci Allen

Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Allen.

Playar muncung tirus

Untuk memegang komponen yang kecil.

Gandin plastik

Untuk mengetuk bahagian kit model secara perlahan.

Sepana hujung terbuka

Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

2. Sistem Pergerakan Kit Model

Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

Motor

Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja.

Gear

Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit model.

Takal dan Tali Sawat

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

3. Pemasangan kit model.

Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model.

Contoh pemasangan kit model.

a. Keluarkan komponen kit model robot

b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.

daripada kotak dan fahami manual

pemasangan.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan

d. Pasangkan bahagian motor arus terus

motor arus terus.

dan gear pada bahagian hadapan

badan model robot.

e. Suis dan pemegang beteri dipasang padaf. Pasangkan bahagian tangan dan kaki

bahagian belakang badan model robot.

model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki

h. Kit model robot yang telah siap boleh

kit model robot pada badannya.

diuji dengan memasangkan bateri dan

menghidupkan suis.

Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model.

Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

5. Membuka dan menyimpan kit model.

Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan.

Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3. Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

Lembaran Kerja.

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

tali sawat

gear

Motor

pemacu

kuasa

1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian

pada kit model robot.

2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang

gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________.

4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada

tenaga kinetik.

5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

Suis

Tangan

Kaki

Motor

Gear

Syaf

Gear Pemacu

Gear dipacu

Gegancu

Rantai

Nota guru

Takal

Tali sawat

PAGE

14