draf gpp

14
1. USAHA Terhadap Tradisi / Budaya Sekolah Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat berserta KBSR dan KBSM yang dibentuk, beberapa perubahan penting telah dialami oleh sekolah. Perubahan-perubahan ini adalah sangat penting bagi tujuan keselariannya dengan falsafah pendidikan dan kurikulum tersebut. Disamping itu penyusunan semula organisasi sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan pelajar menghayati matlamat dan aspirasi FPK, antaranya ialah: · Menaiktaraf fasiliti sediada di sekolah bagi membantu mengembangkan potensi pelajar berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek · Perkenalkan aktiviti sosial yang menggalakkan perkembangan budaya sekolah untuk penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar · Perubahan dalam suasana pembelajaran sekolah bagi menggalakkan perkembangan potensi intelek pelajar dalam bidang baru ( cth: ICT), suka kepada ilmu pengetahuan dan mengukuhkan budaya membaca · Aktiviti ko-kurikulum menjadi komponen yang penting dalam kurikulum sekolah bagi mengembangkan aspek emosi dan sosial pelajar untuk mewujudkan perpaduan 2. USAHA Terhadap Reformasi Pendidikan Sejak merdeka, sekolah telah melalui berbagai peringkat reformasi dalam sistem pendidikan, antaranya: · Perkenalkan sistem pendidikan bersepadu pada 1965 · Perkenalkan Sains Paduan dan Matematik Moden pada 1971 · Pelaksanaan KBSR untuk sekolah rendah pada 1983 · Pelaksanaan KBSM untuk sekolah menengah pada 1989 · Perkenalkan matapelajaran Sains dan Kajian Tempatan pada 1994 · Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari pada 2000 · Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Matematik, Sains dan Teknikal pada 2003 3. USAHA dan Tanggungjawab Guru Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa depan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guru berperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup dan membawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan negara. Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran

Upload: unknown

Post on 21-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

draf gpp

TRANSCRIPT

1. USAHA Terhadap Tradisi / Budaya Sekolah

Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat berserta KBSR dan KBSM yang dibentuk, beberapa perubahan penting telah dialami oleh sekolah. Perubahan-perubahan ini adalah sangat penting bagi tujuan keselariannya dengan falsafah pendidikan dan kurikulum tersebut. Disamping itu penyusunan semula organisasi sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan pelajar menghayati matlamat dan aspirasi FPK, antaranya ialah:

Menaiktaraf fasiliti sediada di sekolah bagi membantu mengembangkan potensi pelajar berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek Perkenalkan aktiviti sosial yang menggalakkan perkembangan budaya sekolah untuk penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar Perubahan dalam suasana pembelajaran sekolah bagi menggalakkan perkembangan potensi intelek pelajar dalam bidang baru ( cth: ICT), suka kepada ilmu pengetahuan dan mengukuhkan budaya membaca Aktiviti ko-kurikulum menjadi komponen yang penting dalam kurikulum sekolah bagi mengembangkan aspek emosi dan sosial pelajar untuk mewujudkan perpaduan

2. USAHA Terhadap Reformasi Pendidikan

Sejak merdeka, sekolah telah melalui berbagai peringkat reformasi dalam sistem pendidikan, antaranya: Perkenalkan sistem pendidikan bersepadu pada 1965 Perkenalkan Sains Paduan dan Matematik Moden pada 1971 Pelaksanaan KBSR untuk sekolah rendah pada 1983 Pelaksanaan KBSM untuk sekolah menengah pada 1989 Perkenalkan matapelajaran Sains dan Kajian Tempatan pada 1994 Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari pada 2000 Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Matematik, Sains dan Teknikal pada 2003

3. USAHA dan Tanggungjawab GuruGuru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masadepan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guru berperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup dan membawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi role model kepada pelajar-pelajar mereka.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

1. Program latihan dan pembangunan perguruan

Program latihan dalam konteks ini meliputi latihan pra perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan. Tidak dinafikan bahawa institusi-institusi latihan perguruan, baik maktab, institut mahupun universiti telah memainkan peranan yang besar melahirkan para guru. Namun masih terdapat sebilangan tenaga pendidik di institusi pendidikan tinggi kurang menghayati pendekatan bersepadu serta prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dapatkah kita harapkan bahawa guru pelatih yang kemudian mengajar di sekolah, yang tidak memperoleh pendedahan yang cukup daripada pensyarahnya, mencapai tahap profesionalisme yang sewajarnya? Berkaitan dengan latihan dalam perkhidmatan pula, adalah perlu Kementerian Pelajaran membuat perancangan semula yang lebih rapi agar para guru benar-benar memperoleh maklumat dan kemahiran yang secukup-cukupnya tentang prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspek kaedah pengajaran menurut pendekatan bersepadu. Kita nampaknya kaya dengan idealisme dan gagasan (sesuatu yang memang positif) tetapi agak kurang memperhatikan aspek pelaksanaan yang berkesan.

2. Pemantauan dan penyeliaan

Pemantauan dan penyeliaan yang lebih rapi adalah perlu untuk memastikan terlaksananya pendidikan menurut pendekatan bersepadu. Hanya dengan pemantauan yang berkesan sahaja barulah segala idealisme dan gagasan yang melandasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Reformasi Pendidikan dapat dipastikan pelaksanaannya.

3. Galakkan dan sokongan

Galakkan dan sokongan dari pentadbir sekolah tidak kurang pentingnya dalam menentukan peningkatan profesionalisme pendidik. Namun iltizam, sikap dan kesungguhan setengah-setengah pentadbir sekolah dalam pelaksanaan hal ini kadang-kadang amat mengecewakan.

Pihak pentadbir sekolah perlu memeberi tumpuan yang serius terhadap motivasi kendiri guru-guru, perasaan individu dan keperluan perkembangan profesionalisme mereka. Sehubungan itu, pentadbir sekolah perlu mewujudkan peluang atau saluran dan kemudahan kepada guru-guru untuk pembangunan kebolehan, potensi dan kemahiran supaya mereka boleh menyumbang kepada kecermerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.

4. Pengiktirafan dan penghargaan

Faktor penghargaan dan imbalan kepada guru sudah sering diperkatakan. Skim perkhidmatan yang menawarkan imbalan yang kurang seimbang dengan sifat kerjaya guru yang amat mencabar serta ketiadaan kemudahan dan faedah tertentu turut menghambat upaya peningkatan profesionalisme guru. Beban tugas guru kini turut memberikan kesan kepada upaya peningkatan profesionalisme guru. Waktu pengajaran yang banyak, saiz kelas yang besar, dan kurangnya bantuan kakitangan sokongan menyebabkan guru berasa tertekan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensi dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalahuntuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur,pengisian dan tenaga manusia.

Teras pertama: Membina Negara Bangsa

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Teras kedua: Membangunkan Modal Insan

Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan

Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Teras kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan

Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Mengikut teras pertama pelan induk pembangunan pendidikan iaitu membina negara bangsa Bagi mencapai hasratmembina Negara Bangsa ini ianya hanya akan tercapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu.a.Memperkasa Guru Bahasa Melayu

Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Juriah, Khalid, Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi, Zamri & Zarin 2001). Kemajuan sains dan teknologi ini turut menerima tempiasnya dalam sektor pendidikan. Sistem pendidikan di seluruh dunia telah banyak mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi ini. Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam pendidikan ini turut tercatat dalam banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Standard Guru Malaysia, dan lain-lain. Semua yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya bermatlamat untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 1992).Dalam menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan Bahasa Melayu,empat aspek berikut perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Ini berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat konsepPedagogical Content Knowledgeatau Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) jika mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa Melayu.Apakah yang dimaksudkan dengan PPK? Shulman (1987) mendefinisikan PPK kepada pengetahuan guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. PPK banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat difahami pelajar dengan mudah.PPK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu dari segi membimbing pelajar untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik, perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik yang disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar. Dengan adanya PPK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)PENGENALANSistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan persekitaranuntuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP. Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah. Aktivitinya menjurus kepada RIMUP, kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat, iaitu di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya.

Pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Sehubungan itu, Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP). Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010, iaitu Membina Negara Bangsa.

Program dan aktiviti integrasi yang dilaksanakan di sekolah lebih terancang dan berfokus.Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksana di peringkat KPM, JPN, PPD, PPG dan Sekolah.Perancangan dan Strategi Pelaksanaan berdasarkan analisis keperluan.Melibatkan pemantauan dan pelaporan di semua peringkat.Merupakan satu usaha perluasan, pemantapan, dan penambahbaikan program sedia ada.

4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4.1 KepimpinanKeberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan. Kepimpinan sesebuah sekolah dapat dikaitkan dengan elemen penting dalan FPK iaitu rakyat Malaysia yang berketerampilan harus mempunyai kecekapan dan kompetensi serta berkebolehan untuk menjalankan tugas. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai sekolah berkesan dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua. Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Kejayaan kepimpinan sesebuah sekolah bermula dari pucuk pimpinannya. Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya. Ini selaras dengan matlamat FPK iaitu untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik dan berketermapilan. Pengetua juga berperanan sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Organisasi yang baik di sesebuah sekolah dapat melancarkan perjalanan pentadbiran sekolah tersebut untuk melahirkan individu yang seimbang. Kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.

4.2 Budaya SekolahBudaya sekolah di dapati merangkumi seluruh alam sekitar dan murid di sekolah. Alam sekitar yang menggalakkan dapat melahirkan kesan baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai. Oleh yang demikian, usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah murid dapat berjalan dengan licin serta efektif. Nilai murni pula adalah unsur yang amat penting dan akan diserapkan ke dalam setiap diri pelajar. Nilai-nilai murni bersifat sarwajagat dan adalah selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat pihak kerajaan bagi melahirkan Modal Insan iaitu melahirkan insan yang bukan sahaja intelek dalam akedemik malahan mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.Budaya sekolah juga bermaksud personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Definisinya tentang bidang kuasa, peranan, tugas dan budaya diri membentuk satu rangka kerja yang dapat mempengaruhi atau mengubah budaya sekolah tersebut. Kecemerlangan sekolah ini adalah hasil transformasi yang telah dimulakan oleh pengurus sekolah yang terlebih dahulu dan kecemerlangannya masih dikekalkan hingga kini walaupun corak kepimpinan sekolah masih mengamalkan budaya kerja cemerlangan, seiring dengan hasrat mencemerlangkan pendidikan. Berdasarkan instrumen profil budaya sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.Di sekolah juga pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar dan guru disekolah akan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Konsep mengenai budaya sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa budaya sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Antara konsep tersebut ialah Guru merasa selesa, yakin dan puas. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan antara pendidik sejajar dengan hasrat FPK.

4.3 Ko-kurikulumKo-kurikulum juga penting dalam merealisasikan FPK. Antara kepentingannya ialah untuk mewujudkan semangat kewarganegaraan dan semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti diadakan, penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ko-kurikulum juga membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat minat serta kemahiran murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum boleh membantu murid mengembangkan minat mereka dan mengasah bakat. Falsafah pendidikan kebabgsaan telah menggalakkan pelajar aktif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid yang diasah dan dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta membantu mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan melatih murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya sekolah menganjurkan permainan kanak-kanak pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum melatih murid dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat mencapai hasrat FPK untuk melahirkan individu yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah memastikan penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga perlu menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan progaram yang lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah juga perlu menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum saperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan da juga unit berunifom.Bidang ko-kurikulum perlu diberi kedudukan yang sewajarnya, di samping memerlukan komitmen yang jitu daripada penyertaan pelajar dan guru iaitu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan minat masing-masing. Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum perlu lebig fleksibel agar tidak membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting kerana dapat mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang tahun penglibatannya. Data ini menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid boleh membantu dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum.Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti ko-kurikulum sememangnya boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap warga sekolah. Cara dan tindakan yang sesuai perlu diambil agar murid atau guru boleh memberi sumbangan bermakna kepada sekolah. Sememangnya sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam usaha menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.4 GuruGolongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.

4.5 DisiplinSejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian guru disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Pengawalan displin perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang disiplin yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. Elemen yang terkandung dalam FPK perlu didedahkan seperti unsur rohani yang membentuk pelajar supaya berakhlak mulia dan bersyukur dengan pemberia Tuhan. Pihak sekolah juga perlu melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar. Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti tidak berfaedah yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.

PENUBUHAN SEKOLAH WAWASANPenubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

J-QAFSememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuanpelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).