doraemon long story cerita panjang doraemon

Upload: ralph-diamond

Post on 13-Jul-2015

1.267 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

edited by : fitr1_ doraemiley@ yahoo.com.my

Doraemon Long Story Cerita Panjang Doraemon Edition Title Tajuk Edisi 1 Nobitas Dinosaur 1980 Nobita Dan DinosaurCerita ini mempunyai kaitan (malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita ini mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas, dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.

Film Poster Poster filem

2

The Record of Nobita: Space blazer 1981 Sejarah Penerokaan Angkasa LepasKisah ini pula mengisahkan Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik pengguna yang berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang di planet itu dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun, planet itu diancam bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat galian dan kini, Nobita dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk menyelamatkan tanah mereka dari dimusnahkan.

3

Nobita and The Haunts of Evil 1982 Penjelajahan Alam Misteri (Afrika)Nobita menemui sebuah negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka membantu seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku besi yang telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang lain akan menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut dan menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.

4

Nobitas Monstrous Underwater Castle 1983 Kubu Hantu Di Dasar LautNobita, Doraemon, Sinyu, Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang percutian sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan kapal yang dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar laut, mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut, manusia dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang kepada mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi serta orang dasar laut.

5

Nobitas Great Adventure into the Underworld 1984 Penjelajahan Sarng HantuNobita menggunakan 'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

6

Nobitas Little Star Wars 1985 Perang di Angkasa LepasNobita telah menemui sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.

7

Nobita and The Steel Troops 1986 Nobita Dan Panglima BesiKali ini Nobita menemui sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah. Tambahan pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon dan yang lain perlu memulihkan keadaan.

8

Nobita and The Knights of Dinosaur 1987 Penunggang DinosaurSetelah memperoleh keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka bumi dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi oleh manusia dinosaur.

Nobitas Parallel: Journey to The West 1988 Perjalanan ke BaratNobita tidak mahu mengalah untuk membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa si songoku dalam cerita legenda itu wujud. Dengan menggunakan alat permainan Doraemon, Nobita menyamar menjadi songoku untuk ditunjukkan pada rakan-rakannya kerana songoku sebenar tidak wujud. Tetapi malangnya, para syaitan yang berasal dari dalam mesin permainan itu telah keluar ke dunia manusia dan mengubah sejarah manusia telah dimakan syaitan. Dengan mejadi watak dalam Permainan Perjalanan ke Barat, Nobita dan rakan-rakan terpaksa berjuang untuk membunuh syaitansyaitan yang bermaharajalela demi menyelamatkan seorang sami bersama-sama pengikutnya.

9

Nobita at The Birth Of Japan 1989 Kelahiran Negeri JepunTerowong masa mengalami gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita. Maka, Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak tersebut (dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka sedar yang budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu membebaskan keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya berlaku.

10

Nobita and The Animal Planet 1990 Bintang MisteriNobita yang mengigau telah terjumpa sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap dan berjalan seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan mereka di sana tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet tersebut diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan planet itu tidak diceroboh dan dimusnahkan.

11

Nobita in Dorabian Nights 1991 Negara LegendaPengembaraan ke dalam buku amat menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah yang dialami mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad". Yang malang sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku tersebut dan menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka terpaksa menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan menyelamatkannya.

12

Nobita and The Kingdom of Clouds 1992 Negara AwanAngan-angan Nobita akan wujudnya negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon membina negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah terjumpa negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan dan pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam untuk menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang dilakukan penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rancangan menenggelamkan bumi itu.

13

Nobita and Tin-Plate Labyrinth 1993 Istana Emas PutihPercutian tidak menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.

14

Nobita and Fantastic Three Musketeers 1994 Tiga Sekawan Pemain Pedang ImpianImpian mereka untuk menjadi pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon menggunakan alatnya untuk memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi seperti biasa, keadaan tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan pedang dan semangat bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut, bertentang dengan naga agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan selamat dan menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.

15

Nobitas Genesis Diary 1995 Kisah Penciptaan DuniaNobita diberikan alat oleh Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model penciptaan dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan melihat perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan Nobita tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan ketika mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia bawah tanah.

16

Nobita and Galactic Express 1996 Keretapi Ekspres GalaksiIri hati dengan Sinyu yang dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket Keretapi Ekspres Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi ke bintang permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah muncul di sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya sebelum manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang lebih teruk lagi.

17

Nobitas Adventure in Clockwork City Universe 1997 Penjelajahan Di Bandar Alat MainanNobita dan yang lain mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan. Kehidupan semuanya berjalan lancar apabila seorang pencuri muncul dan mengkucar-kacirkan bandar raya. Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang mendakwa dirinya pencipta alam semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita perlu membimbing yang lain untuk menyelamatkan bandar raya tersebut.

18

Nobitas South Sea Adventure 1998 Penjelajahan Laut SelatanNobita yang berlayar untuk mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah kapal lanun yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa arus. Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat berjumpa dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka menemui pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah baru.

19

Nobitas Adventure: Drifts in the Universe 1999 Pengembaraan Di Angkasa LepasKisah ini lebih kepada ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah dipengaruhi oleh penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut bersama kawannya iaitu pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru dan kemudian berjumpa dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu budak itu menentang kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama kenangan ibunya yang telah tiada.

20

Nobita and The Legend of The Sun King 2000 Legenda Raja MatahariNobita telah tertukar tempat dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari Nobita dan menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai agendanya iaitu menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika gerhana matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan misi mereka.

21

Nobita and the Winged Braves 2001 Nobita dan Pahlawan BurungNobita dan Doraemon terjumpa seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka bersama-sama untuk membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi patrol burung penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku iaitu munculnya raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu menyelamatkan keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam legenda untuk membantu mereka.

22

Nobita and The Robot Kingdom 2002 Negara Robot NobitaNobita telah menemui sebuah robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui perkhidmatan penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa Nobita dan yang lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri kejam yang mengikut dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya adalah kawan sepermainan robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu menyedarkan permaisuri dan membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara robot dan manusia.

23

Nobita and The Wind Wizard 2003 Nobita dan Pesuruh AnginNobita menemui pusaran angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar jahat yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat. Angin itu juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang menggunakan angin sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat yang mencipta angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu menentangnya.

24

Nobitas Wannyan Space- Time Odyssey 2004 Ruang Masa Kucing AnjingNobita menghantar anjing peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke zaman purba untuk hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kucing dan anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya manusia purba. Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya itu dan memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama kerajaan yang kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.

Recent Films Filem Terkini Title Nobitas Dinosaur 2006Remake of the 1980 movie

As Known as Doraemon The Movie 2006

Instead of being laughed by Gian and Suneo, Nobita was fulled of himself to find a dinosaur fossil at the back hill. Luckily, he found a strange egg and after it is determined by using Time Cloth, it was actually a dinosaur egg. Nobita and Doraemon kept the dinosaur secretly until one day, mass media had found the existence of the dinosaur at the nearby lake.To prevent any of commotion, Nobita sent the dinosaur (namely One) to the Prehistoric Age to be allowed to live freely. Nobita and the friends also experienced exhilarating expedition there.

Nobitas Great Adventure into The Underworld: The Seven Magic Users 2007Remake of the 1984 movie

Doraemon The Magic 2007

Nobita had used Moshimo Box to make his normal world to become a magical one. Everything was just fine till Nobita and the friends met a pastor and his single daughter, Miyoko who told them about the underworld attack. To make things right, all of them agreed to help Miyoko to fight the Devils. The situation got worse and more perplexing when impostor of Miyoko (actually she was Miyokos mother who had been transformed physically into Medusa) involved in the expedition.

Nobita and The Green Legend Giant 2008The story is based on the story in volume 26 "Forest is living" and in volume 33 "Goodbye Ki-b". This movie is not a remake, however, Ki-b has appeared already in the 1992 film, "Nobita and the Kingdom of Clouds". The name Ki-b comes from the words "Ki" meaning tree, and "B" meaning boy. The word Ki-b also comes from the word "Kib", which means hope. The catch phrase of this movie is "" (our hope moves the future), which Ki-b's name can be referred to. Voices of Roku-chan and Moya-kun were done by anonymous children who were chosen.

Doraemon The Future 2008

The New Record of Nobita: Space blazer 2009Remake of the 1981 movie

Doraemon The Hero 2009

While Nobita is sleeping, he suddenly feels the floor is trembling, like an earthquake. A little rabbit from the alternate universe named Chammy opens the door between the dimensions using a hammer. Nobita wakes up and Doraemon hears somebody steal food from the fridge. Chammy is caught by Doraemon and Nobita. She shows them the passageway through Nobita's floor into the spaceship. After they enter the spaceship, they see Koya Koya Planet, and meet Lopplc (12 years old).

Nobita's Great Battle of the Mermaid King 2010When Nobita feel like diving in his hometown, Doraemon uses Underwater Pump Simulator to pump all the water all out of Tokyo, causing the entire city to go underwater. That night, Doraemon and Nobita use Diving Mask Simulator to dive underwater. Later on, lots of fish and a shark attack Doraemon and his friends. So, Doraemon puts a stop on the Underwater Pump Simulator but there is a girl named Sophia, lying down on the bushes in his neighborhood.

Doraemon The Legend 2010

Nobita and the New Steel Troops: Angel Wings 2011Remake of the 1986 movie

Doraemon The Big Power 2011

Nobita accidentally found strange big parts of robots that fell down from sky. To his excitement, Nobita, helped by Doraemon, transfered all the robot parts to the Mirror World where there was an exact world but no living things. Both of them started to combine all the parts and switch on the robot. The appearance of a girl had made the situation became in chaos when she said that her robot kingdom would attack the Earth and want the humans to be their slaves.

Nobita and The Island of Miracle : Animal Adventure 2012

Doraemon The Dream 2012

Nobita 2013

Doraemon The .2013