tony fernandes success story

22
Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah ber Ditulis oleh HELME HANAFI Ahad, 02 Oktober 2011 06:30 Bos Air Asia,Tan Sri Tony Fernandes kata beliau percaya pihak yang paling takutkan kerjasama MAS-Air Asia ialah Singapore Airline (SIA). “Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah,”katanya dalam interbiu dengan Agendadaily. Beliau juga mengakui orang mengaitkan Air Asia dengan macam-macam khususnya Khairy Jamaluddin,menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. “Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yang kami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lah hanya sedikit,” ujarnya. Menurut Tony laluan antarabangsa pertama yang Air Asia perolehi ketika zaman Dr Mahathir. 1 / 22

Upload: testarea4673

Post on 26-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Bos Air Asia,Tan Sri Tony Fernandes kata beliau percaya pihak yang paling takutkan kerjasamaMAS-Air Asia ialah Singapore Airline (SIA).

“Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIAbagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikatpenerbangan yang lemah,”katanya dalam interbiu dengan Agendadaily.

Beliau juga mengakui orang mengaitkan Air Asia dengan macam-macam khususnya KhairyJamaluddin,menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

“Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yangkami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lahhanya sedikit,” ujarnya.

Menurut Tony laluan antarabangsa pertama yang Air Asia perolehi ketika zaman Dr Mahathir.

1 / 22

Page 2: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

“Laluan yang kami dapat di zaman Pak Lah adalah KL-Singapura (yang jadi kontroversi).

“Jadi cerita KJ hanyalah tentang bolasepak. Memang kami melobi, kami melobi semuanya.Kami perlu melakukannya untuk survive.

“Kami dikecam kerana saya rasa apabila kamu mengecam Air Asia kamu dapat banyakpublisiti,"katanya.

BERIKUT IALAH  TRANSKIRP PENUH  INTERBIU DENGAN TAN SRI TONYFERNANDES:

Air Asia kembali jadi perbualan ramai sejak umum kerjasama dengan MAS, ada banyakkhabar angin, sebab itu kami mahu tanya sendiri semuanya dengan Tan Sri?

Ya, ada banyak khabar angin (mengenai Air Asia) antaranya kononnya dimiliki Tun  DaimZainudin dan lain-lain, selama ini saya tidak mempedulikannya, tetapi selepas kita bertemu,saya fikir, ya mengapa tidak dijelaskan saja.

Termasuk soal kerjasama MAS-Air Asia, saya tidak kisah untuk bercakap mengenainya,mengenai Wee Cho Keong (ahli parlimen Wangsa Maju), mana informasi yang dia dapat,semuanya mengarut.

Dia telah ‘menyerang’ kami (Air Asia) sejak lima tahun lalu, tanpa saya tahu sebabnya,(mungkin) satu kapal terbangnya lambat… hmmm (ketawa).

Hari ini kamu tanya saya apa saja, Kalimullah, apa saja yang kamu mahu tahu, Tun Daim,Ananda Krisnan, KJ (Khairy Jamaluddin) semuanya.

2 / 22

Page 3: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Mungkin Tan Sri boleh ceritakan dari awal, bagaimana ia bermula, siapa yang terlibat danyang berkaitan dengannya?

Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulusaya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan,hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenaldengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikatpenerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta,kita perlukan.

Mengapa syarikat penerbangan yang jadi pilihan anda?

Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidakada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, sayalakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orangberkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh

3 / 22

Page 4: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalumahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa adadalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kiniadalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangantambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikatpenerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang keBarcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘ideabodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakahsaya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50,saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz takletak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

4 / 22

Page 5: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan.Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah JabatahPengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masihdalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kitahendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam manahendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah(ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami salingberpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dansetuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata,kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila bolehmasuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya“Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kamimahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untukbertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan

5 / 22

Page 6: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

pembangkang. Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PMtermasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor. Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wahlengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah(ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia seriusorangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat.Hahaha, lengkap. Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orangdari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza,rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim. Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, diahanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut,kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industripenerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…”  kami semua teruja dengankomen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alihsyarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambilalih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak belisyarikat penerbangan, tapi saya positif.

6 / 22

Page 7: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukaruntuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom,saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua,“kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten,mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, yakata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbanganyang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul)  ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, penguruskabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

7 / 22

Page 8: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yangke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikatbumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegangsaham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernahterfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana meritmasing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dankorporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

Apa laluan penerbangan yang mula-mula anda perolehi?

Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas duatahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyakmembantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orangramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segimedia adalah Rokcy Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, jugaUtusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

Apa cabaran-cabaran yang anda hadapi?

8 / 22

Page 9: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Macam-macam, antaranya Sars (virus), selsema burung, orang takut untuk terbang, semasaSars (kematian pertama rakyat Malaysia pada 5 April 2003) yang menjadi bukti semangat AirAsia tidak luntur. Kebanyakkan syarikat penerbangan kurangkan pengiklanan.

Kami pertingkatkan iklan, saya tahu orang ramai, mereka mahu tambang murah, jika RM800 keKota Kinabalu, mereka akan fikirkannya, tetapi jika tiketnya hanya RM80, tiada yang kisahtentang virus sars. (ketawa)

Penumpang tidak penuh, tetapi okay. Juga masa bom Bali (Disember 2002), ramainya batalkanpenerbangan, kami dan NST lancarkan kempen bersama. Kami selalu lawan cabaran ini.

Bagaimana anda membina syarikat ini?

Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU,pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamupotong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan  jenama, kami sebaliknya, saya ke LigaPerdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kamimenaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kamimenonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

9 / 22

Page 10: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendakikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krewAir Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

Kami melabur banyak pada membina jenama.

Bagaimana timbul cerita Air Asia dan Khairy Jamaludin…?

Oh KJ, okay saya ceritakan, saya tidak mengenalinya, hinggalah kami bertemu di satu majlisrumah terbuka, kami berbual, kemudian dia datang bertemu saya untuk pasukan bola MyTeam.

Dia kata bolehke kami bawa pasukan My Team ke Old Trafford… saya kata idea hebat, keranaidea pada kami adalah tentang impian… dan dari situlah masalah bermula.

Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yangkami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lahhanya sedikit.

Bukankah Air Asia dapat laluan antarabangsa di zaman Pak Lah?

Tidak, laluan antarabangsa pertama kami ketika zaman Dr Mahathir. Laluan yang kami dapat dizaman Pak Lah adalah KL-Singapura (yang jadi kontroversi).

Jadi cerita KJ hanyalah tentang bolasepak. Memang kami melobi, kami melobi semuanya. Kamiperlu melakukannya untuk survive.

Kami dikecam kerana saya rasa apabila kamu mengecam Air Asia kamu dapat banyak publisiti.

10 / 22

Page 11: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Kami adalah syarikat orang ramai.

Lembaga pengarahnya orang yang sama sejak awal. Tidak ada (Tun) Daim, Mohzani(Mahathir) Nazir Razak, semua yang dilinkan dengan kami. Lembaga pengarahnya orang yangsama.

Timbul cerita anda proxy kepada Ananda Krisnan kerana AK pada setiap pesawat?

AK sebelum masa saya ambil alih. DRB Hicom pilih AK, bila mereka mulakan Air Asia, ada AA,AB, AC… AA ialah American Airlines, AB kepunyaan orang lain, AC Air Canada… dan merekadapat AK, kalau AK (Ananda Krisnan) saya punya tauke, saya tidak ada masalah (seperti ini).

Kamu boleh periksa rekod, Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham) yang pilih AK, ketika itu sayamasih dalam industri hiburan.

Apa cerita dengan Kalimullah?

Kisahnya bermula bila saya ada idea mengenai Air Asia X, kami mencari pelabur, ECM (Libra)antaranya (syarikat dikaitkan dengan Kalimullah). Jadi bila kami hendak mulakan, Kalimullahkata boleh dia melabur, dan dia letak duitnya sendiri, saya kata okaylah. Dia dan rakankongsinya.

Saya, Kamarudin, Azran (Osman Rani, Datuk Pahamin, Aziz Bakar, semua join, dan Kalimullahmasih pemegang saham.

Apakah Azran dibawa masuk oleh Kalimullah?

Tidak, saya yang bawa dia masuk, saya bertemu dengannya dalam satu program Khazanah

11 / 22

Page 12: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

dan bawa dia masuk.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Ada dakwaan yangmengatakan kerjasama Air Asia dan MAS ini hanya menguntungkan anda dan membunuhMAS?

Idea tentang kerjasama ini adalah kita hidup dalam dunia yang global, dan Malaysia adalahnegara kecil. Dalam dunia penerbangan, Air Asia, Air Asia X dan MAS perlu bersaing denganSIA (Singapura Airlines). SIA memiliki Tiger Air.

Kita perlu bersaing dengan Qatar, Emerites dan banyak lagi syarikat besar dan kukuh.

Falsafah kami dalam kerjasama ini adalah daripada bersaing sesama sendiri, mari kita berkerjabersama, dengan berkerja bersama ini, kita akan jadi syarikat penerbangan yang kuat dalamindustri, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Air Asia mempunyai 9000 pekerja secara langsung dan puluh ribu secara tidak langsung diMalaysia.

Jika kita bergaduh sesama sendiri, kita hanya akan membunuh sesama sendiri dan merugikanpembayar cukai.

Dan jika kita berjaya, kerajaan memungut lebih banyak cukai korporat, ia bagus kepada rakyatkerana mengurangkan cukai individu.

Jadi ideanya adalah syarikat Malaysia bekerjasama dalam dunia yang global.

Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA baguskerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan

12 / 22

Page 13: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

yang lemah.

Perkara lain adalah, saya minta mereka yang kritik kami, supaya bertemu kami, dengarpenjelasan kami.

Sekurang-kurangnya kamu dapat dua cerita. Saya tidak ada apa hendak disembunyikan. Kamihanya hendak lakukan yang terbaik kepada negara ini, pekerja dan pemegang saham.

Pembangkang mempersoalkan kerjasama MAS dan Air Asia… apa komen?

Kami dipersoalkan oleh kedua-dua pihak, ada 27 soalan di Parlimen mengenai kerjasama ini.Saya tidak mahu kata pembangkang benar atau salah, sebaliknya semua pihak sepatutnyadatang bertemu kami dahulu.

Tiada ahli parlimen pembangkang atau kerajaan yang bertanya soalan bercakap dengan kamidahulu.

Sekurang-kurangnya ‘find out’ apa sebenarnya.

Persepsi yang dicipta selepas kerjasama ini adalah MAS tidak berada dalam posisi sebaiknya,lebih menguntungkan Air Asia dan kamu beli QPR (kelab liga perdana Inggeris) dalam masayang sama?

Kalau kamu nak cari salah, kamu akan jumpa. Nilai syarikat berasaskan pasaran saham. Iabukan bail-out, Air Asia tidak bawa masuk tunai ke MAS, ia perteukaran saham. Danmerisikokan kedua-duanya.

Jika (saham) Air Asia menurun, MAS juga turun, jika MAS turun, saya dan Kamarudin juga rugi.

13 / 22

Page 14: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Ia bukannya bail-out. Dan mengenai pembelian QPR, kamu sedar tidak, sejak sebulan lalu,MAS dapat begitu banyak publisiti… sebelum ini jika kamu pergi ke London dan minta merekanamakan syarikat penerbangan dari Malaysia, mereka akan kata Air Asia.

Kalau kamu ke Australia, mereka akan kata Air Asia X, Air Asia X belanja empat kali lebihbanyak dari MAS (dari segi iklan). Kamu perlu berbelanja. Itu adalah promosi.

Sebenarnya kes QPR saya yang rugi, jersi mereka masih biru (warna MAS) bukannya merah…kah kah kah (ketawa) saya yang kena jawab dengan lembaga pengarah Air Asia.

Tapi beri kami masa, saya yakin kerjasama antara MAS dan Air Asia akan menjadikan kitasemua berjaya.

Tan Sri sebut tentang mengambil semua ‘lost trafik’ boleh dihuraikan lebih lanjut…?

Dengan kerjasama ini saya katakana, Malaysia punyai model yang sama dengan Singapura.Kita perlu ambil semula pasaran kita. Mereka untung dari pasaran Malaysia dan Indonesia.

Apa yang penting untuk ambil semua trafik yang hilang kepada syarikat-syarikat lain.Contohnya, berapa ramai rakyat Malaysia pergi ke Jeddah, dan berapa ramai pulak yangmenggunakan Jordanian, Emirates, Etihad, Egypt Air, kita ada empat pesawat sehari ke sana,dan dengan kerjasama ini kita boleh ambil semula ‘lost trafik’ tersebut.

Kita bawa semula ‘lost trafik’ itu sahaja dan jika berjaya itu sudah cukup mengguntungkankita.-4/10/2011 - OLEH HELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL

14 / 22

Page 15: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Saya terkejut tengok meja Tony Fernandes...

Selepas temubual satu jam 30 minit dengan Tan Sri Dr Tony Fernandes Jumaat lalu, kamidibawa meninjau suasana kerja di ibu pejabat Air Asia yang terletak di LCCT, Sepang. Orang kepercayaan Tony, Ahmad Faizul menjadi ‘tour guide’ kami, menunjukkan persekitaranpejabat yang amat santai dan ringkas.

Jika anda biasa ke LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antarabarisan kedai-kedai, ada lif –satu-satunya dan lebih mudah menggunakan tangga. Di tingkat satu, itulah Air Asia beroperasi, semua jabatan, dari pengiklanan, IT, undang-undang,promosi, sumber manusia dan di situlah juga pejabat Tony, timbalannya juga pengerusisyarikat. Ketika Ahmad Faizul menunjukkan meja Tony, saya terkejut, ia sama sekali tidak ada bilik,ruang terbuka, begitu juga yang lainnya. Hanya satu meja kecil dengan dekorasi minima dankoleksi topi di hujung dinding. “Kami memang begini, ketika temuduga antara kreteria calon kakitangan kami adalah, jika diamelihat pejabat, cara kami bekerja ini dan berkata ‘wow’ dan itulah dia orangnya…” kata AdzharIbrahim Ketua Jabatan Sumber Manusia Air Asia. Jabatan Sumber Manusia itu sendiri hanya ruang kecil dengan beberapa kerusi. Ringkas tetapiterbukti berkesan.  Ini diakui sendiri oleh Tony, katanya, sejak tujuh tahun lalu, Air Asia tidak pernahmemberhentikan pekerja mereka. Bahkan kakitangan berpeluang naik pangkat dengan mudahjika mereka berkebolehan dalam syarikat yang berkembang pantas itu. “Kami tidak perlu kesatuan sekerja, kamu boleh pergi dan tanya kakitangan saya, merekasendiri tidak mahukannya, banyak pihak luar yang datang melobi, tetapi kakitangan merasakantidak perlu, kerana apa? Kerana mereka boleh bertemu saya bila-bila masa. ‘Tidak perlu melalui kesatuan sekerja, siapa saja boleh berjumpa saya jika ada masalah,”

15 / 22

Page 16: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

katanya. 

Memang tidak ada protokol tertentu diamalkan syarikat tersebut antara bos-bos dan kakitanganbawahan. Mereka semua bakerja seperti satu keluarga besar. “Ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter cheak in bergaji seribu ringgit kinikapten pesawat dengan gaji RM30,000,” kata Azran Osman Rani, (gambar bersama Tony)CEO Air Asia X yang turut serta dalam temubual dengan Tony itu. Kisah Air Asia adalah kisah tentang menukar mimpi menjadi kenyataan. Falsafah mereka, tiadayang mustahil. Ketika meninjua persekitaran pejabat, kami terserempak dengan Datuk Kamarudin Meranum,saya pernah bersamanya, dalam ‘Ops Piramid’ ketika kerajaan Malaysia dengan kerjasama AirAsia dan MAS membawa pulang lebih 14,000 ribu rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir awaltahun lalu. Sebagai syarikat korporat terkemuka, ia merupakan sumbangan Air Asia kepada masyarakat,bukan hanya di Mesir, bahkan misi yang serupa atau seumpama itu juga dibuat ketika Jepundilanda Tsunami, atau New Zealeand dilanda gempa bumi. Sepertinya, mereka ingin memberitahu, Air Asia ada bersama kamu, di saat susah dan senang. Berbalik pada kisah “Ops Piramid” saya ada dan menyaksikan bagaimana Kamarudin sendiri‘singsing lengan’ membantu apa yang patut sepanjang operasi yang melibatkan juga TUDMdan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

16 / 22

Page 17: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

 Dia bukan jenis orang yang bagi pesawat dan berdoa, sebaliknya dia turut serta ketika kamiberdepan saat-saat getir, termasuk tidak mendapat hak untuk mendarat ketika pesawatsudahpun di ruang udara. “Hari itu, jika kita tidak dapat hak mendarat, saya sudah buat keputusan untuk ke Abu Dhabi,”katanya mengenang kembali peristiwa cemas tersebut. Satu perkara yang saya dapat rasakan bersama bos-bos Air Asia ini adalah mereka ‘sempoi’. Boleh bercakap apa sahaja dengan sesiapa sahaja tanpa memandang kedudukan atau taraforang itu. Juga fakta ini, dari dalam buku laporan tahunan Air Asia 2010, bahawa lima dari sembilanlembaga pengarah syarikat tersebut adalah Bumiputera. Juga 10 dari 22 pengurus kanan Air Asia adalah Bumiputera dan selebihnya mewakili berbagaikaum di Malaysia juga seorang ‘Mat Saleh’ Memang majoriti kakitangannya adalah Bumiputera, tapi Tony ada pandangan lainmengenainya… “Kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana meritmasing-masing,” katanya tegas. Jika kita membaca profail pengurus kanannya, kita tahu mengapa Air Asia berkembang dengancepat dan pantas. Syarikat itu mempunyai ‘modal insan’ yang hebat-hebat. Samada kerana kelulusan yang tinggidari universiti terbaik seluruh dunia, atau pengalaman yang panjang dalam bidangmasing-masing. Contohnya Ketua Kewangan Korporatnya, Aireen Omar, mula bekerja dengan Deutche BankSecurities di New York. Kelulusan ekonomi dari London School of Economies and PoliticalScience yang sambung Sarjana Ekonomi di New York University. Atau contoh lainnya Ketua Jabatan Sumber manusia Adzhar Ibrahim yang berpengalamanselama 29 tahun dalam bidang tersebut dari berbagai-bagai sektpr  Ahmad Faizul sendiri kakitangan awal Air Asia sejurus diambil alih oleh Tune Air Sdn Bhd dariDRB Hicom. Dia bermula sebagai ahli krew dan mendaki pel bagai tangga hingga kini diiktiraf Tony sendiri“orang yang menguruskan komunikasi saya,” ‘The best brain’ ini bersama-sama dengan mimpi dan keyakinan bahawa tidak ada sesuatuyang mustahil, maka tidak hairanlah Air Asia dari dua pesawat kini sudah memiliki 186 pesawatdengan ratusan laluan perjalanan. 

17 / 22

Page 18: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

“Falsafah kami adalah menarik yang terbaik, latih dan mengekalkan mereka. Bukan sahajaterbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul, keterbukaan kepada idea baru,keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan bila keadaan sukar, mencuba dan terusmencuba,” kata Tony mengenai pekerjanya. 

“ONE People, ONE Culture, ONE Air Asia, ONE Family,” itu visinya. Kini selepas 10 tahun beroperasi bermula September 2001, dari hanya mengangkut 250,000penumpang pada 2002, mereka memperolehi 50 juta penumpang pada 2008 dan 1 bilion padaOktober 2010. Keuntungannya pada tahun lepas melebihi RM 1 bilion.  Tentulah Air Asia merupakan syarikat yang membanggakan Malaysia. Kini ia berkembangbukan sahaja di dalam negara, bahkan di rantau ASEAN. Sudah ada Air Asia Thailand danIndonesia. Sudah ada hub penerbangan di negara-negara tersebut. Pada Ogos 2012 pula dijangka Air Asia Japan akan dilancarkan. Selain itu, Air Asia X, kini menumpukan penerbangan jarak jauh ke Eropah, denganpenerbangan ke London dan Paris. Semua pencapaian ini, adalah merit tersendiri, untuk sekurang-kurangnya Tony danKamaruddin melakukan sesuatu bagi memperkasakan lagi syarikat penerbangan negara MAS. Kedua-duanya dilantik menjadi Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MAS baru-baru ini.

18 / 22

Page 19: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

 Ada yang curiga dan membuat pelbagai andaian, nantikan jawapan Tony dalam wawancarapenuh dengan Agendadaily yang akan disiarkan pada Selasa 4 Oktober.-3/10/2011 – OLEHHELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL

Tanya saya tentang apa saja...Kalimullah,Khairy,Ananda Krishnan...tiada apa yang mahudisembunyikan-Tony Fernandes

Tan Sri Dr Tony Fernandes kelihatan santai dengan berbaju-t putih dan seluar jeans hitam.Tanpa cap Air Asia yang selalu dipakainya pada majlis rasmi syarikat penerbangan tambangmurah ‘Now everybody can fly’, beliau menyambut kami dengan wajah ceria. Dari awal, Tonybercerita dan bercerita sehingga satu jam 30 minit seterusnya. Asalnya masa sebenar yang ditetapkan untuk pertemuan itu hanyalah 30 minit, tetapi kisahkejayaanya, terlalu  seronok untuk diceritakan dan didengar.

Namun dicelah kejayaan itu ada banyak syak wasangka yang berlegar terhadap  Tony dan AirAsia. Kemuncaknya apabila namanya dan Datuk Kamarudin Meranun diumumkan sebagaiPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MAS dalam jalinan kerjasama kedua-dua syarikatpenerbangan negara itu yang diumum baru-baru ini.

Tetapi dengan Agendadaily, Tony meluahkan segalanya, bagaimana impian beliau untukberkongsi kejayaan dengan MAS dan mengambil kembali ‘lost trafic’ yang hilang di pihakSingapore Airlines. Beliau  juga menjawab tuduhan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Ckong, yang katanya‘mengarut’ dan bersedia bersemuka dengan Wee untuk memberikan penjelasan lengkap. 

19 / 22

Page 20: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

Tapi sebelum ke cerita-cerita sensasi, baca ini dulu… kisah tentang bagaimana belau menukarmimpi menjadi kenyataan dengan keyakinan bahawa tiada yang mustahil. Bayangkan Air Asia yang diambil alih Tony dan rakan-rakannya pada 8 September 2001…dengan dua pesawat dan 254 krew dari DRB Hicom kini mempunyai 186 pesawat dan lebih9,000 kakitangan di Malaysia sahaja. Cool, itu perkataan sesuai untuk Tony  nama penuhnya,  Anthony Francis Fernandes yangberkerja sebagai bos Warner Music Malaysia sebelum menjadi ahli perniagaan pengangkutanudara. Ketika mula berbicara , beliau relaks saja membuka jalan untuk ‘ tembak ‘ apa jua soalan.“Kamu tanya saya tentang apa saja, Kalimullah, Khairy, tentang Ananda Krishnan apa saja,saya terbuka, tiada apa yang mahu disembunyikan.” Ada banyak yang diperkatakannya, kisah bagaimana Air Asia bermula dengan beliau, DatukKamarudin Meranun, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Pahamin Ab. Rajab mengambil alih dari DRBHicom dengan membayar RM1. Ya seringgit saja, dengan sejumlah hutang dan 254 kakitangan, 6 destinasi.Juga janganterkejut, modal permulaannya yang berjaya dikumpul mereka hanyalah sejuta ringgit. “Sejuta itu bulan pertama sudah kena bahagi separuh untuk bonus 254 kakitangan, danseparuh untuk kos operasi” katanya ketawa.

 Beliau melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd melengkapkan proses pengambialihan Air Asia dariDRB Hicom pada 8 September, 3 hari sebelum 11 September 2001 yang menyaksikan duapesawat ‘menyerang’ WTC di Amerika Syarikat dan penduduk seluruh dunia fobia menaikikapal terbang. Sebelum itu, ada kisah lucu bagaimana Tony pertama kali bertemu Tun Dr Mahathir Mohameduntuk membentangkan cadangannya tentang syarikat penerbangan tambang murah. “Saya tanya Pahamin, bagaimana hendak dapat lesan penerbangan, katanya, kita mesti jumpaPerdana Menteri, jadi Pahamin aturkan dan ditetapkan pada satu hari pertengahan Jun 2001. “Saya sampai di depan pejabat PM di Putrajaya jam 8.00 pagi, walaupun temujanjinya jam11.00, saya teruja sebab inilah kali pertama jumpa dengan PM.

20 / 22

Page 21: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

 “Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untukbertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah denganpembangkang. “Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PMtermasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor. “Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wahlengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah(ketawa)” Menurutnya, ketika beliau masuk ke pejabat PM, Dr Mahathir terus berkata, “I’m sick, make itfast,”  “Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orangdari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru S M Salim dan Siti Nurhaliza, sayatahu PM peminat SM Salim. “Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, kami semua terkejut, kerana PM tahusemuanya tentang penerbangan tambang murah. Dr Mahathir menurut Tony,  seorang yang tajam pemikirannya dan cepat memahami sesuatuisu yang dibangkitkan. Beliau memberikan komen-komen yang bernas dan akhirnya berkata, “Saya tidak mahukeluarkan lesen baru, sudah banyak lesen, kamu ambil alih dari pihak yang sudah ada tetapitidak dapat beroperasi,” Dari situlah, Tony dan rakan-rakannya tidak menoleh ke belakang lagi, satu demi satu kejayaandicapai. Tetapi kejayaan paling besar tentulah pada Oktober 2010, Air Asia meraikan penumpang ke100 juta yang menaiki pesawatnya. Siapa sangka benar-benar seperti mottonya “Now everyonecan fly” Suri rumah warga Indonesia, Irma Dewa yang menjadi penumpang ke 100 juta Air Asiamembeli tiket penerbangan ke India untuk menemui suaminya yang bekerja di sana. Kejayaan demi kejayaan, sudah tentu dicemburui, Tony kini bukan hanya taikun penerbangan,dia juga pemilik pasukan lumba kereta Lotus F1, dan pasukan liga perdana Inggeris QueensPark Rangers (QPR).  Perlukan wang yang banyak untuk semua itu, tapi bagi Tony, ia satu pelaburan. “You have to spent...” katanya ditanya mengenai hobi beliau luar biasa beliau itu.

21 / 22

Page 22: Tony Fernandes Success Story

Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula

Ditulis oleh HELME HANAFIAhad, 02 Oktober 2011 06:30

 “Tengok Emirates (syarikat penerbangan) ia ada di mana-mana, minta maaf cakap, jika keLondon, orang lebih mengenali Air Asia dari MAS kenapa? Kerana Air Asia berbelanja untukmemperkukuh jenamanya,” katanya. Air Asia juga dikatakan punya akses politik yang besar melalui beberapa orang. Termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Pengarang NSTP DatukKalimullah Hassan. Beliau jawab dengan terus terang tanpa berselindung. Tentang Khairy dan My Team, tentang Kalimullah, ECM Libra dan Air Asia X. Juga tentang ‘urban legend’ bahawa pemilik sebenar Air Asia adalah jutawan telekomunikasiTan Sri Ananda Krishnan. Cerita dari mulut ke mulut ini sudah lama diperkatakan, dan kononnya kalimah AK pada setiapkapal terbang Air Asia itu singkatan bagi Ananda Krishnan. Tony ketawa bila saya tanyakan soalan tersebut. Beliau mengaku selalu ditanya begitu. “Mengarut. AK itu dipilih oleh bekas CEO DRB-Hicom Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham)lama sebelum dimiliki oleh kami. “Bukan saya yang pilih AK, ia memang sedia ada ketika saya ambil alih dari DRB-Hicom, danitulah no dua pesawat asal kami... “Tidak ada kena mengena dengan Ananda Krishnan, ada juga gossip kononnya Tun DaimZainuddin juga pemilik Air Asia. Haha (ketawa)” Banyak kisah menarik yang diceritakan beliau. Nantikan wawancara penuh dengan TonyFernandes YANG AKAN DISIARKAN SEPENUHNYA PADA SELASA 4 OKTOBER.-1/10/2011- OLEHHELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL

22 / 22