dokumen sebut harga · web view2.2 dokumen sebut harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam...

37
DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015: PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)12/2015

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015:

PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)12/2015

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (1PP/2013)

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015:

PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1.  PERIHAL

1.1  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa penyebut harga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Ejen Pengembaraan Bagi Progran Pertukaran Belia Malaysia-Korea Tahun 2015: Program Pegawai Korea di Malaysia seperti di Lampiran 1.

2.  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUT HARGA

2.1  Penyebut Harga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 221307 – Agen Pengembaraan. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dan salinan Sijil Pendaftaran GST.

2.2  Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.2.1  Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

2.2.2  Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

1

2.2.3  Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.3  Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4  Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut Harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

2

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

3.1.8 Penyebut harga hendaklah mengemukakan tawaran harga tidak termasuk kenaan GST.

4 SKOP PERKHIDMATAN

4.1Skop Sebut Harga ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 2.

5.  SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan.  Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of  ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

3

6.  TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup   :  10 Ogos 2015 (Isnin)Masa   :  Sebelum jam 12.00 tengah hariNombor Rujukan :  JPA(SII)12/2015

7. KEHADIRAN LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT (Sekiranya Ada Taklimat)

Syarikat / wakil diwajibkan hadir ke taklimat yang akan adakan seperti berikut :

Tarikh : 05 Ogos 2015 (Rabu) Masa : 10.00 pagiTempat : Bilik Sidang Utama, Aras 6, Blok C1,

Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam

8.  DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut: 

8.1.0 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal8.1.1 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga8.1.2 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga8.1.3 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga8.1.4 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida8.1.5 Lampiran 8 - Lampiran Q

9.  PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

9.1Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau  ditulis dengan kemas dan terang.  Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

4

9.2Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

9.3Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

9.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal9.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga9.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga9.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga9.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida9.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

9.4Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Pembangunan,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA

9.5Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

9.6Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.  Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

10.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

10.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

5

11.  PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

11.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa,

sekiranya diperlukan

11.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut Harga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebut Harga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

12.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

12.1  JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

12.2  JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

12.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga  yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

12.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

12.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

13. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

13.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebut Harga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

6

14.  BANTAHAN

14.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga. 

14.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: Puan Ku Salbiyah Binti Ku Shaari)

15.  URUS SETIA SEBUT HARGA

15.1  Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Ku Salbiyah Binti Ku Shaari)

16.  TAWARAN HARGA PENYEBUT HARGA – Lampiran 3

16.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

7

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

17.  PENUTUP

17.1 Penyebut Harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

8

LAMPIRAN 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebut Harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221307 – Agen Pengembaraan dan Sijil Bumiputera dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Perkhidmatan Ejen Pengembaraan Bagi Progran Pertukaran Belia Malaysia-Korea Tahun 2015: Program Pegawai Korea di Malaysia.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: Puan Ku Salbiyah Binti Ku Shaari)

1.3 Dokumen Tawaran hendaklah mengandungi syarat-syarat berikut:

a) Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST;

b) Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi;

c) Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDM, Kementerian/Jabatan akan mengeluarkan:

i) SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST bagi perolehan perkhidmatan; dan

ii) CoGSTR bagi perolehan pembekalan untuk pelepasan kenaan GST

d) Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai bawah Akta GST, tetapi akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, syarikat hendaklah:

9

i) Memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan

ii) Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST.

1.4 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan

peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.5 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.

1.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA

10

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi

-Pn. Munirah bt Mohd Zaki/ [email protected] :03-8885 3302-En Rafznan bin Mohamad/ [email protected] :03-8885 3342

Urus Setia

-Pn. Ku Salbiyah Binti Ku Shaari 03 - 8885 3796

4. KESIMPULAN

Penyebut Harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

11

LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015: PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA.

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

2 Sept 2015(Rabu)

9.55 pm

11.00 pm

Ketibaan delegasi Korea

Daftar masuk hotel(Tertakluk kepada perubahan)

KLIA

Hotel di Kuala Lumpur(kelayakan hotel adalah sebanyak RM180/seorang/ malam)

Menyambut ketibaan, menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

3 Sept 2015(Khamis)

9.00 am – 5.00 pm

5.00 pm – 7.00 pm

7.00 pm – 8.00 pm8.30 pm – 9.30 pm

OrientasiMakan tengahari

Free and easy

Makan malam

Post Mortem Orientation

KLCCKL TowerPetaling Street

Kuala Lumpur (Hotel)(kelayakan hotel adalah sebanyak RM180/seorang/ malam)

Menyediakan bilik seminar untuk taklimat orientasi serta wang saku sebanyak RM70 kepada setiap peserta bagi aktiviti orientasi : explore race

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

12

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

4 Sept 2015(Jumaat)

9.00 am – 11.30 am

12.30 pm –1.00 pm

3.00 pm – 4.30 pm

6.00 pm – 7.00 pm

Lawatan Rasmi: Majlis Belia Malaysia

Makan tengahari

Lawatan Rasmi: Kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Makan malamFree and easy

Majlis Belia MalaysiaAras BawahJalan Tasik Permaisuri 2 Wisma ZelanBandar Tun Abdul Razak 56000 Kuala Lumpur,

Jabatan Perkhidmatan AwamPutrajaya

Kuala Lumpur (hotel)(kelayakan hotel adalah sebanyak RM180/seorang/ malam)

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

5 Sept 2015 (Sabtu)

9.00 am - 10.00 am

12.30 pm - 2.00 pm

2.00 pm – 9.30 pm

Daftar keluar hotelBergerak ke Negeri Sembilan

Makan tengahari

Program Homestay: Ladang Alam Warisan (aktiviti homestay)

Kuala Lumpur (hotel)

Ladang Alam WarisanJalan MasjidKampung Tengah71550 Seri MenantiNegeri Sembilanmalam)

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

13

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

6 Sept 2015 (Ahad)

8.00 am – 12.00 pm

12.30 pm – 1.30 pm

3.00 pm – 5.30 pm

Aktiviti homestay

Makan tengahari Daftar keluar homestay

Pergerakan ke Negeri MelakaDaftar masuk hotel Makan malamFree and easy

Ladang Alam WarisanJalan MasjidKampung Tengah71550 Seri MenantiNegeri Sembilan

Bustel MelakaKampung Batang 3 Timur76400 Tanjong KlingMelaka

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (5 pax)

7 Sept 2015 (Isnin)

9.00 am – 12.00 pm

12.30 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 5.00pm

7.00 pm – 8.00 pm

Community Social Responsibility (CSR): Pantai Klebang, Tanjong Kling, Melaka

Makan tengahari

Lawatan ke Mini Malaysia

Makan malamFree and easy

Tanjong Kling, Melaka

Mini MalaysiaLebuh Ayer Keroh,75450,Melaka

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

14

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

8 Sept 2015 (Selasa)

7.00 am – 8.00 am

9.00 am – 11.00 am

11.30 am – 12.30 pm

12.30 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 4.30 pm

4.30 pm – 6.00 pm

Daftar keluar hotelSarapan

Lawatan Rasmi: World Youth Foundation

Lawatan ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Makan tengahari

Lawatan ke Muzium Maritim Flor De La Mar

Pergerakan ke Wilayah Persekutuan PutrajayaDaftar masuk hotel (Putrajaya)Free and easy

World Youth Foundation No. M1-2-35World Youth Foundation Complex75450 Lebuh Ayer Keroh Melaka

Kota, Kompleks Warisan, 75000 Melaka

Kota, Kompleks Warisan, 75000 Melaka

Putrajaya (hotel)

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

15

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

9 Sept 2015(Rabu)

9.30 am – 11.30 am

12.30 pm – 2.00 pm2.30 pm – 4.30 pm

6.00 pm – 7.00 pm

Lawatan Rasmi: Yayasan Kepimpinan Perdana

Makan tengahariLawatan Rasmi: 1M4U

Makan malamFree and easy

Yayasan Kepimpinan PerdanaPresint 8,Putrajaya

Jabatan Perkhidmatan AwamPutrajaya

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

10 Sept 2015 (Khamis)

5.00 am – 9.00 am

10.00 am - 12.30 noon

12.30 pm – 2.00 pm2.00 pm – 5.30 pm

7.00 pm – 8.00 pm

Aktiviti Luar: Mendaki Bukit Broga

Pulang ke hotel

Makan tengahariMelawat Putrajaya

Makan malamFree and easy

Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Putrajaya CruiseMasjid PutraMasjid Sultan Mizan Zainal Abidin

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, tiket lawatan dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

16

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI LOKASI & HOTEL PENGINAPAN SKOP KERJA

KETERANGAN PEMBEKAL (YA/TIDAK)

11 Sept 2015(Jumaat)

9.00 am – 12.30 pm

12.30 pm – 1.30 pm

2.30 pm – 4.30 pm

4.30 pm9.55 pm

Lawatan Rasmi: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

Makan tengahari

Melawat Putrajaya

Bertolak ke KLIAPelepasan delegasi Korea

Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan,No. 8, Jalan Ledang,50480 Kuala Lumpur

Taman BotaniTaman Wetland

Menguruskan pengangkutan, penginapan, makan/minum, khidmat tour guide berbahasa Inggeris, membekalkan cenderamata kepada peserta program, mengiringi delegasi ke lapangan terbang dan pentadbiran

Peserta (15pax)Urusetia (2 pax)

17

LAMPIRAN 3 3

JADUAL HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015:

PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA.

BIL PERKARA BUTIRAN KOS

1.

Penginapan / Hotel- Peserta (15 pax)- Urusetia ( 2 pax)

8 bilik / twin sharing (separate bed) 2 bilik / single(Termasuk Pakej bermalam dan aktiviti di Kg. Haji Dorani, Kuala Selangor dan penginapan di Kuala Lumpur dan Perak)

10 hari, 9 malam (2 – 11 September 2015)

** Kadar bilik adalah sebanyak RM 180.00 seorang bagi kelayakan Gred 41 (WP 1.4/2013)

2.Makan/ Minum - Peserta (15 pax)- Urusetia ( 2 pax)

3 kali sehari x 17 pax (Pagi, Tengahari, Malam)

3. Pengangkutan Bas persiaran Executive 30 tempat duduk Lain-lain perkhidmatan (cth: First Aid, Air

mineral, Payung, TV, DVD Player, dll)

4. Perkhidmatan Tour Guide Tour Guide berbahasa Inggeris

5.Insurans- Peserta (15 pax)- Urusetia (2 pax)

Berdasarkan Insurans Berkumpulan Takaful17 pax x 10 hari

6. Cenderahati - Peserta (15 pax)

RM25/ pax x 15 orang (Bagpack, Topi & Lanyard)

7. Entrance Fee Putrajaya Cruise Tour Taman Mini Malaysia Muzium Kesultanan Melaka Muzium Kapal Flor De La Mar

1

BIL PERKARA BUTIRAN KOS

8. Dewan/ Bilik SeminarTempahan bilik untuk post morterm di orientasi di hotel pada 3 September 2015 dari jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.

9. Duit poket pesertaMenyediakan duit poket sebanyak RM70.00 bagi setiap peserta (15pax) untuk pergerakan program orientasi.RM70.00 x 15 pax = RM1,050.00

JUMLAH KESELURUHAN

Tawaran harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kenaan GST.

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani________________(selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)

Jumlah Harga Keseluruhan (dengan perkataan)

Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………

………………………… Tarikh: ………………..(Tandatangan kontraktor)

Nama: ………………………………….. Cap Rasmi: ……………………….

NOTA: SETIAP HARGA YANG DITAWARKAN AKAN DIKENAKAN POTONGAN SEBANYAK0.8% SEMASA PROSES PEMBAYARAN KERANA MELALUI SISTEM E-PEROLEHAN

2

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________

__________________________

__________________________

1.2 No. Telefon : __________________________

1.3 No. Faks : __________________________

1.4 No. Pendaftaran : __________________________Syarikat

1.5 No. Pendaftaran : __________________________Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

1.6 Status Bumiputera / : __________________________Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________

3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________

3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

3

4. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

4

5. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2012, 2013 dan 2014).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / PerolehanKementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / PerolehanKementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir. ( Dari Bulan Mac 2015 hingga Bulan Mei 2015)

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________

6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyebut Harga : ____________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________

Tarikh : ____________________________________

Cop Syarikat :

6

LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Pembangunan,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)12/2015

PERKHIDMATAN EJEN PENGEMBARAAN BAGI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA TAHUN 2015: PROGRAM PEGAWAI KOREA DI MALAYSIA

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

7

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

8

LAMPIRAN 6

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………...... (Nama dan No.KP)

Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

9

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat)(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

LAMPIRAN 7

KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Without prejudice to any other rights of Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].

(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.

(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

10

11

LAMPIRAN 8 (Kew. 284-Pin. 2/94) Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 221307 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3796

Tarikh: 31 Julai 2015

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawahtertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna .1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda No.

Sebutharga JPA(SII)12/2015.1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak

lewat pada jam 12.00 tengahari 10 Ogos 2015 .1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 31 Julai 2015

Nama Pegawai : Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

12

No. Sebutharga Bil.JPA(SII)12/2015

BilPerihal barang-barang/perhidmatan

dan Syarat-syarat Khas

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

Sebut Harga Perkhidmatan Ejen

Pengembaraan Bagi Program

Pertukaran Belia Malaysia-Korea

Tahun 2015: Program Pegawai

Korea Di Malaysia.

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftran dengan Kementerian

Kewangan

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

13

14