dokumen sebut harga - docs.jpa.gov.my sii) filedokumen sebut harga. sebut harga perkhidmatan promosi...

Click here to load reader

Post on 29-Jun-2019

232 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • DOKUMEN SEBUT HARGA

    SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PROMOSI

    BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK

    UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

    NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)03/2016

  • SENARAI LAMPIRAN

    1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

    2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

    3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

    4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

    5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

    6. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

    7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

    8. Lampiran 8 : SURAT AKUAN PEMBIDA

  • JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

    _________________________________

    DOKUMEN PELAWAAN

    SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PROMOSI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK UNTUK

    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

    1. PERIHAL

    1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 di Media Elektronik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti arahan di Lampiran 1.

    2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

    2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 222001 . Sila sertakan salinan Sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.

    2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

    2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

    2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

    MUSTAHAK PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

    PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

  • 3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

    3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.

    3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

    3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

    3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

    3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, trademark, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.

    3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

    3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

  • 4. SKOP PERKHIDMATAN

    4.1 Skop bagi Perkhidmatan Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan

    Agong Sesi Pengajian 2016/2017 di Media Elektronik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

    5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

    5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

    5.2. Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

    5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebutharga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

    5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

    6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

    6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

    Tarikh Tutup : 23 Mac 2016 (Rabu) Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)03/2016

  • 7. DOKUMEN SEBUT HARGA 7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

    di dalam lampiran berikut:

    7.1.1 Lampiran 2 -Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

    Penyebutharga 7.1.4 Lampiran 5 -Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 7.1.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

    8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

    8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebutharga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

    8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

    8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

    8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

    Penyebutharga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 8.3.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

    8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan

    ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditanda dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

  • 8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga

    yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

    8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

    9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

    9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

    10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

    10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

    10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut

    11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

    11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

    11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

    11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

    11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

    11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

  • 12. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

    12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Seb