dokumen sebut harga jpa(sii)10/2016 -...

33
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN KENDERAAN BUGGY ELEKTRIK LAPAN(8) TEMPAT DUDUK DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)10/2016

Upload: vanliem

Post on 14-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN

KENDERAAN BUGGY ELEKTRIK LAPAN(8) TEMPAT DUDUK DI JABATAN PERKHIDMATAN

AWAM MALAYSIA (JPA)

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)10/2016

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (2009)

8. Lampiran 8 : Lampiran Q

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN KENDERAAN BUGGY ELEKTRIK LAPAN(8) TEMPAT DUDUK DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA (JPA)

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Penyewaan Kenderaan Buggy Elektrik Lapan(8) di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi tempoh setahun bermula 1 Oktober 2016 hingga 30 September 2017.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 221503 – Penyewaan & Pengurusan Kenderaan/Jentera/Kenderaan Rekreasi. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut

MUSTAHAK PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

2

Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

3

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop bagi Perkhidmatan Penyewaan Kenderaan Buggy Elektrik

Lapan(8) Tempat Duduk Di Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebutharga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

5. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

5.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini

adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup : 30 Ogos 2016 Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)10/2016

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

4

7. DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebutharga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 7.1.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebutharga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah

ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebutharga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 8.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

5

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan dan Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi

penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

6

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari

Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan dan Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA

(u.p: Encik Safuan bin Saleh)

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

7

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk perhatian : Encik Safuan bin Saleh/ Cik Halimah binti Abu Bakar)

15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment)

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

16.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

8

LAMPIRAN 1

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221503 – Penyewaan Dan Pengurusan Kenderaan/Jentera/Kenderaan Rekreasi dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Perkhidmatan Penyewaan Kenderaan Buggy Elektrik Lapan(8) di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah

mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan dan Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA (u.p: Encik Safuan bin Saleh/ Cik Halimah binti Abu Bakar)

1.3 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.4 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti

yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.

1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos

sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

2

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke

alamat berikut : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut: Spesifikasi : - En. Azharul Izwan bin Puaadi 03-8885 3212 - En. Abdul Hafiz bin Abdul Mutalib 03-8885 3043 - En. Ismail bin Safian 03-8885 3224

Urus Setia

- Encik Safuan bin Saleh 03 - 8885 3035 - Puan Shahila Binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

3

LAMPIRAN 2

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

4

LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI

Bil.

Keterangan

Ya

Tidak

1

Menyediakan sewaan selama setahun sebuah kenderaan buggy elektrik lapan(8) tempat duduk berwarna putih beserta charger.

1.1

Main Description : 8 forward seater

1.2

Range : 38 – 50 miles

1.3

Speed : 20 – 30 mph

1.4

Climbing ability (full load) : 25%

1.5

Horsepower : 6 HP

1.6

System voltage : 48 V

1.7

Brake distance : ≤ 7’

1.8

Charge time : 6 – 8 hours

1.9

Chasis : All-aluminium

1.10

Roof

1.11

Light system : Headlight, tail light, brake light, turning light

1.12

Other : Carpet mat, electricity meter, horn, front bumper, back-up buzzer, rear mirror

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

5

Bil.

Keterangan

Ya

Tidak

2

Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan berkala setiap 2 minggu dengan menghantar mekanik / juruteknik.

3

Menyediakan pembaikan serta penukaran alat ganti dalam tempoh 24 jam jika berlaku kerosakan.

4

Menyediakan kenderaan gantian jika kenderaan tidak dapat dibaiki dalam tempoh 24 jam.

5

Memberi latihan cara penggunaan dan pengendalian kenderaan buggy elektrik.

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

6

LAMPIRAN 3

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

7

LAMPIRAN 3

JADUAL TAWARAN HARGA

Bil

Perkara

Harga Tawaran

(RM)

1

Perkhidmatan penyewaan kenderaan buggy elektrik lapan(8) tempat duduk di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi tempoh setahun.

2

Kos penghantaran kenderaan

3

Kos Insurans

Jumlah Harga Tawaran

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

8

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani____________ (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

9

LAMPIRAN 4

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

10

LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________ __________________________ __________________________ 1.2 No. Telefon : __________________________ 1.3 No. Faks : __________________________ 1.4 No. Pendaftaran : __________________________ Syarikat 1.5 No. Pendaftaran : __________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil) 1.6 Status Bumiputera / : __________________________ Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________ 3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________ 3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

1. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

11

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

2. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2011,

2012 dan 2013).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian / Jabatan

/ Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

12

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________ 6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________

Cop Syarikat:

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

13

F. PERAKUAN Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cap Syarikat :

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

14

LAMPIRAN 5

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

15

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan dan Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)10/2016 SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN KENDERAAN BUGGY ELEKTRIK LAPAN(8) TEMPAT DUDUK DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA)

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami; b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah

atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan; f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah

menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

16

Bagi pihak Penyebutharga Tandatangan Penyebutharga : ________________________________ Nama Penuh : ________________________________ No. Kad Pengenalan : ________________________________ Alamat / Cap Syarikat : ________________________________ Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________ Nama Penuh Saksi : ________________________________ No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________ Alamat : ________________________________ ________________________________ ________________________________

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

17

LAMPIRAN 6

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

18

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga) ……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau ...................................................................................... mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

19

LAMPIRAN 7

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

20

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-

mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Page 31: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

21

LAMPIRAN 8

Page 32: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

22

(Kew. 284-Pin. 2/94)

Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan

.................................................................................. oleh Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 221503 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh: ________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan 1 Oktober 2016.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda ”No.

Scbutharga JPA(SII)10/2016

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak

lewat pada jam 12.00 tengahari 30 Ogos 2016

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: ________________

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)10/2016

Page 33: DOKUMEN SEBUT HARGA JPA(SII)10/2016 - …docs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_Sebut_Harga_JPA(SII... · memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti

23

Nama Pegawai : Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit (RM)

Harga Keseluruhan (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

Penyebutharga

Perkhidmatan Penyewaan

Kenderaan Buggy Elektrik

Lapan(8) Tempat Duduk di

Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA)

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan 1 Oktober 2016

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

unit

1

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

.........................................

Tarikh : ........................................