dokumen sebut harga kawalan keselamatan perumahan casabella dan casavista

Upload: rosdan-teh

Post on 10-Jul-2015

1.324 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tender document for Security

TRANSCRIPT

DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI PERUMAHAN CASABELLA DAN CASAVISTA BANDAR BUKIT RAJAKANDUNGANSEKSYEN A : UMUM 1.0 Peraturan Am dan Syarat-Syarat Sebut Harga 2.0 Skop Sebut Harga 3.0 Maklum Balas Kepada Sebut Harga 4.0 Format Penyerahan Sebut Harga 5.0 Tempoh Sah Sebut Harga 6.0 Mesyuarat dan Pertanyaan Maklumat Tambahan 7.0 Hak Persatuan untuk Menerima & Menolak Cadangan Sebut Harga SEKSYEN B : KEPERLUAN PERKHIDMATAN DAN TAWARAN HARGA 1.0 Jadual Keperluan Perkhidmatan (Jadual 1) 2.0 Jadual Tawaran Harga (Jadual 2) SEKSYEN C : LAIN-LAIN 1.0 Profil Syarikat (Perlu disertakan tanpa borang khas) 2.0 Surat Akuan Penyebut Harga (Jadual 3) 3.0 Senarai Semak

SEKSYEN A UMUM1.0 PERATURAN AM DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 1.1 Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat Kawalan Keselamatan yang berpengalaman, dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusan persendirian yang masih sah tempoh daripada Kementerian Dalam Negeri. 1.2 Syarikat mesti melampirkan salinan Lesen Kementerian Dalam Negeri yang disahkan Pesuruhjaya Sumpah semasa memohon tawaran. 1.3 Syarikat adalah dinasihatkan membuat lawatan tapak pada hari yang ditetapkan atau pada bila-bila masa sebelum mengemukakan tawaran. 1.4 Dokumen tawaran boleh dimuat turun melalui laman blog http://casabella.bandarbukitraja.org. Tiada dokuman tawaran bercetak akan disediakan. 2.0 SKOP SEBUT HARGA Sebut harga ini merangkumi perkara seperti berikut: 2.1 Jadual spesifikasi perkhidmatan (Jadual 1) 2.2 Harga tawaran mengikut skop kerja yang ditetapkan (Jadual 2). 3.0 MAKLUM BALAS KEPADA SEBUT HARGA Semua maklumat yang diperlukan dan pertanyaan yang terkandung di dalam lampiranlampiran adalah wajib diisi dan dijawab. 3.1 Penyebut Harga mesti memastikan semua jawapan atau maklum balas kepada keperluan sebut harga dinyatakan dengan jelas dan tepat seperti muka surat yang dirujuk, paragraf yang dirujuk atau brosur yang dirujuk. Semua dokumen sokongan hendaklah disertakan dengan cadangan yang dikemukakan. 3.2 Persatuan tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa salah faham yang timbul akibat kegagalan penyebut harga untuk mematuhi perkara seperti di para 3.1 di atas. 3.3 Penyebut Harga juga hendaklah memastikan segala maklumat mengenai penyebut harga adalah benar dan betul. Tindakan tegas akan diambil kepada penyebut harga yang mengemukakan maklumat palsu di dalam dokumen sebut harga.

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 2 dari 17

4.0 FORMAT PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam peti tender yang disediakan di alamat di bawah. 4.1 Setiap permohonan mesti dihantar bercetak, dan dikemukakan di dalam sampul surat berlakri. Penender dilarang menulis nama syarikat dimana-mana bahagian sampul surat. 4.2 Sebelah kiri sampul surat hendaklah ditandakan Tender Kawalan Keselamatan 4.3 Dokumen sebut harga hendaklah dihantar melalui serahan tangan ke alamat yang berikut: Setiausaha, Persatuan Penduduk dan Pemilik Jalan Makyong, Bandar Bukit Raja, No 2 Jalan MakYong 2M/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor 4.4 Persatuan Penduduk dan Pemilik Jalan Makyong, Bandar Bukit Raja tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen yang dihantar.Persatuan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebaran perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana penyebut harga dalam penyediaan dan penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya. 5.0 TEMPOH SAH SEBUT HARGA 5.1 Cadangan sebut harga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup tawaran sebut harga. Harga yang ditawarkan dalam sebut harga hendaklah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan termasuk semua kos yang berkaitan. Kos-kos yang tersirat tidak akan dipertimbangkan. 6.0 TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 6.1 Semua sebutharga hendaklah dihantar pada atau sebelum 12 tengah-hari Sabtu, 29 Oktober 2011. 6.2 Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 3 dari 17

7.0 MESYUARAT DAN PERTANYAAN MAKLUMAT TAMBAHAN 7.1 Sepanjang tempoh sebut harga ditawarkan, penyebut harga boleh mendapatkan penjelasan atas dokumen sebut harga atau hal-hal lain berkaitan dari Persatuan. 7.2 Sekiranya perlu, Persatuan juga berhak untuk mengatur mesyuarat dengan penyebut harga tertentu untuk penjelasan butiran dalam tawaran sebut harga yang dikemukakan. Mesyuarat seperti ini bergantung pada kebenaran Jawatankuasa Sebut Harga Persatuan. Penyebut harga akan dimaklumkan secara rasmi sekiranya Persatuan bercadang mengadakan mesyuarat sebegini. Persatuan juga berhak untuk memperoleh maklumat tambahan jika perlu dari penyebut harga. 8.0 HAK PERSATUAN UNTUK MENERIMA DAN MENOLAK CADANGAN SEBUT HARGA 8.1 Persatuan mempunyai hak untuk menerima atau menolak sebut harga tanpa tanggungan liabiliti atau obligasi untuk memaklumkan kepada penyebut harga sebab-sebabnya. 8.2 Persatuan berhak memilih kesemua atau sebahagian dari cadangan penyebut harga atas kepentingan Persatuan. 8.3 Persatuan tidak terikat bagi menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. Keputusan Persatuan adalah muktamad dan tidak perlu memberikan sebab penolakan tawaran. 8.4 Sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga ini boleh dibuat melalui : Pegawai : Encik Erwan bin Zainal Abidin No. Tel : 019-2858310 E-mail : [email protected] SEBARANG PERTANYAAN SELEPAS TARIKH TUTUP SEBUT HARGA TIDAK AKAN DILAYAN

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 4 dari 17

SEKSYEN B : KEPERLUAN PERKHIDMATAN (JADUAL 1) & TAWARAN HARGA (JADUAL 2) Jadual 1 JADUAL KEPERLUAN PERKHIDMATANKenyataan Persetujuan Syarikat (Ya/Tidak) Catatan (Jika Ada)

Bil 1

Spesifikasi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata

Jenis Perkhidmatan: 1.1 Syarikat mempunyai lesen yang berdaftar dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan sijil masih berkuatkuasa; (sila sertakan salinan sijil/lesen berkaitan); Jika Syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, sila sertakan salinan sijil berkaitan; Syarikat mempunyai lesen menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata yang sah di sisi undang-undang Malaysia; dan Syarikat berkeupayaan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata kepada Persatuan Penduduk dan Pemilik Jalan Makyong Bandar Bukit Raja.

1.2

1.3

1.4

2.0

Tempat dan kawasan yang memerlukan kawalan: Syarikat bersetuju memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata di seluruh kawasan Perumahan CasaBella dan CasaVista termasuk seperti berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Jalan MakYong 2L/KU5; Jalan MakYong 2M/KU5; Jalan MakYong 2N/KU5; Jalan MakYong /KU5; Jalan MakYong 4L/KU5;

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 5 dari 17

2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 3.0

Jalan MakYong 4M/KU5; Sebahagian Jalan MakYong 2S/KU5 dari simpang Jalan Makyong 2L/KU5 hingga selekoh ke Jalan MakYong /KU5; Sebahagian Jalan MakYong 4A dari simpang Jalan MakYong 4M hingga ke simpang Jalan MakYong 4F; Sebahagian Jalan MakYong 4K dari simpang Jalan MakYong 4M hingga ke simpang Jalan MakYong 4F; Jalan MakYong 4F; Jalan MakYong 4G; Jalan MakYong 4H; Jalan MakYong 4J; dan Taman Permainan Casabella;

Bilangan pengawal keselamatan yang diperlukan: Syarikat bersetuju menyediakan pengawal keselamatan mengikut tempat, masa bertugas dan jumlah keanggotaan yang ditetapkan. 3.1 Syarikat bersetuju untuk mengurang, menambah atau meminda tempat kawalan, masa bertugas dan bilangan anggota pengawal keselamatan apabila diperlukan oleh Persatuan; dan Syarikat bersetuju agar pengawal yang bertugas dari jam 7 pagi hingga 7 malam dilarang menyambung tugasnya dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi secara berterusan. Begitu juga pengawal yang bertugas dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi dilarang menyambung tugasnya

3.2

4.0

Tempoh kontrak untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan ialah 1 + 1 tahun yang akan ditetapkan kemudian dan tertakluk kepada notis oleh Persatuan. Kelengkapan Peralatan: Syarikat bersetuju untuk menyediakan kelengkapan atau peralatan seperti berikut: 5.1 5.2 5.3 Alat perakam waktu (penggunaan GPS data logger digalakkan). Pakaian seragam yang lengkap dengan tanda nama; Telefon bimbit, walkie-talkie, Cota, wisel, lampu suluh, baju hujan yang mempunyai logo syarikat dan lain-lain;

5.0

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 6 dari 17

5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 6.0

Mengadakan sistem punch clock dalam menjalankan tugas pengawalan; Palang (barrier) tidak kekal di semua lorong dan jalan masuk. Kenderaan motosikal lengkap dengan beacon untuk tujuan rondaan Buku rekod rondaan; dan Buku daftar pelawat. Pas pelawat

Liabiliti Syarikat bersetuju melalui pengambilan lindungan insurans dan menanggung segala liabiliti akibat kecurian atau vandalisma di kawasan dibawah kawalannya seperti berikut: 6.1 Gantirugi tidak melebihi RM 20,000.00 ( Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) kepada setiap kes kecurian atau vandalisma terhadap harta Persatuan dan penduduk-penduduk. 6.2 Membayar gantirugi berkenaan dalam masa 60 hari dari tarikh laporan kecurian atau vandalisma.

7.0

Syarat-syarat keanggotaan pengawal keselamatan: Syarikat bersetuju menyediakan pengawal keselamatan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 7.1 Pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah profesional, berdedikasi, bertanggungjawab,berpakaian seragam yang lengkap dan kemas; Pengawal keselamatan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia; Anggota yang bertugas perlulah terlatih dalam bidang kawalan keselamatan; Berumur di antara 20 hingga 50 tahun; Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris atau kedua-dua bahasa. Bekerja sepenuh masa dengan Syarikat;

7.2 7.3 7.4 7.5

7.6

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 7 dari 17

7.7

Mempunyai sihat tubuh badan serta penglihatan yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan; Tiada kecacatan yang boleh menjejaskan perkhidmatan; Tidak mempunyai catatan rekod jenayah dan bukan penagih dadah atau bekas penagih dadah dan disahkan telah lulus tapisan keselamatan polis; Pihak Persatuan berhak mengarahkan anggota pengawal syarikat menjalankan pemeriksaan ujian air kencing pada bila-bila masa; Pihak syarikat hendaklah memastikan setiap pengawal atau anggota baru yang diambil bertugas diperkenalkan serta menghantar butiran peribadi, gambar dan pengesahan tapisan keselamatan kepada pihak Persatuan; dan Apabila diminta secara bertulis oleh Persatuan, pihak Syarikat hendaklah menukar pengawal yang terbukti mempunyai kualiti kerja yang tidak memuaskan atau didapati melakukan salah laku,

7.8 7.9

7.10

7.11

7.12

8.0

Syarikat bersetuju agar Pengawal Keselamatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti berikut : 8.1 Bertanggungjawab kepada Persatuan atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang dilantik oleh Persatuan; Mengawal dan menjaga keselamatan kelengkapan harta benda di taman daripada kecurian dan kerosakan; Peka kepada sebarang kecemasan seperti kecurian, kebakaran, vandalism, pencerobohan dan sebagainya; Menghubungi segera Balai Polis atau Balai Bomba berdekatan dan melaporkan kepada persatuan bila sahaja berlaku kecurian, kebakaran atau perkara-perkara yang menjejaskan keselamatan; Memberikan bantuan menyelamatkan penghuni atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan kemalangan / bencana di dalam kawasan keselamatan;

8.2

8.3

8.4

8.5

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 8 dari 17

8.6

Mengemukakan laporan keselamatan kepada pihak Persatuan apabila diperlukan; Pengawal keselamatan akan bertugas di pintu masuk untuk menapis pelawat yang keluar masuk ke kawasan kawalan. Mereka juga bertanggungjawab membuat rondaan satu (1) jam sekali secara giliran di sekitar kawasan kawalan; Semua urusan keluar masuk pelawat atau kontraktor perlu direkodkan termasuk tujuan, siapa yang ditemui dan perkara-perkara lain jika perlu. Semua pelawat hendaklah ditapis oleh pengawal keselamatan dan memberi maklumat mengenai lokasi yang hendak ditujui; Semua pelawat hendaklah diberikan pas pelawat; Kontraktor mestilah diberi pas khas;dan Semua urusan keluar masuk kontraktor perlu direkodkan termasuk lokasi dan jenis kerja yang dilakukan dan perkara-perkara lain jika perlu. Semua Kontraktor mestilah diberi pas khas kontraktor. Syarikat perlu memastikan bahawa Kontraktor mematuhi garis panduan yang ditentukan oleh Persatuan ;dan Bahan-bahan bahaya seperti senjata tajam pedang, parang dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan taman. Menghalang atau menghalau binatang liar atau ternakan dari memasuki kawasan kawalan.

8.7

8.9

8.10

8.11

8.12

9.0

Penamatan Kontrak Keselamatan : Syarikat bersetuju bahawa perkhidmatan pengawal keselamatan akan ditamatkan serta-merta sekiranya Persatuan mendapati : 9.1 Lesen untuk menjalankan urusan agensi keselamatan tamat, tidak diperbaharui atau dibatalkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Pihak Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen kebenaran menjalankan operasi kawalan keselamatan di negeri ini; atau Persatuan mendapati syarikat tidak memberikan perkhidmatan keselamatan seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak.

9.2

9.3

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 9 dari 17

10.0

Syarat-syarat lain : Syarikat bersetuju dan akan mematuhi syarat-syarat seperti berikut : 10.1 Masa perkhidmatan untuk setiap giliran anggota pengawal hendaklah tidak melebihi 12 jam termasuk empat (4) jam kerja lebih masa (overtime); 10.2 Kemudahan sistem perhubungan dengan menggunakan handset/walkie-talkie hendaklah disediakan oleh syarikat pada setiap syif bagi melicinkan perkhidmatan kawalan keselamatan; Pihak syarikat hendaklah menyediakan seorang penyelia/ketua pengawal keselamatan bagi setiap giliran untuk memastikan setiap anggota pengawal berada di setiap tempat kawalan yang dinyatakan; dan Syarikat hendaklah mematuhi Akta Kerja 195, Seksyen 59 berkaitan hari rehat kepada setiap pekerja yang akan berkhidmat di Persatuan.

10.3

10.4

11

Balasan perkhidmatan kawalan dan upah pekerja serta lain-lain kos pekerja adalah seperti JADUAL 2. Syarikat bersetuju akan memenuhi serta patuh kepada arahan atau lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh Persatuan seperti berikut: 12.1 Setiap pengawal hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikat dengan kemas dan menjaga tatatertib awam setiap kali masa bertugas. Senarai nama pengawal yang bertugas hendaklah diberitahu kepada pihak pengurusan; Senarai tugas tersebut boleh diubah atau syarikat boleh dikehendaki oleh pihak pengurusan persatuan menjalankan tugas-tugas lain dari masa ke semasa;

12

12.2

12.3

Penempatan dan jadual bertugas adalah merupakan anggaran sahaja dan pihak Persatuan boleh mengubah tempat dan bilangan pengawal jika difikirkan perlu; Pihak syarikat hendaklah mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan dan bekerjasama didalam bidang-bidang keselamatan;

12.4

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 10 dari 17

12.5

Jika didapati tiada pengawal keselamatan di tempat bertugas semasa pihak persatuan membuat pemeriksaan, pihak syarikat akan dikenakan potongan dua kali ganda nilai bayaran bagi setiap pengawal di dalam syif tersebut; Pihak syarikat hendaklah menyediakan laporan harian dan pihak persatuan berhak menyemak laporan tersebut pada bila-bila masa Menyimpan laporan-laporan yang lengkap mengenai pelaksanaan tugas-tugas pengawal; Kemudahan jam berkunci (watchman clock) hendaklah disediakan bagi tujuan rondaan biasa; Pihak syarikat mestilah menentukan bahawa setiap pengawal berada di tempat bertugas pada syif-syif tertentu. Sebarang ketiadaan pengawal keselamatan hendaklah diganti dan pihak persatuan berhak mengenakan penalti jika perkara ini tidak dipatuhi; Mengamalkan cara perhubungan awam yang baik semasa berhubung dengan orang awam dan penduduk demi menjaga imej Persatuan; Mendaftar dan memastikan setiap pelawat memaparkan pas keselamatan pada setiap masa semasa memasuki dan ketika berada di dalam kawasan taman; Pengawal dilarang untuk membawa kenalan atau saudara mara bersama semasa bertugas; Pengawal dilarang membawa dan minum minuman keras atau apa-apa barangan terlarang di kawasan taman; dan Pengawal dilarang keras tidur semasa bertugas.

12.6

12.7

12.8

12.8

12.9

12.10

12.11

12.12

12.12

14

Indemniti 14.1 Pihak Syarikat hendaklah menyediakan perlindungan insurans dan kemudahan perubatan kepada pengawal-pengawalnya semasa menjalankan tugas dan Persatuan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pengawal-pengawal itu ketika bertugas.

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 11 dari 17

15

Tawaran tambahan Pihak syarikat boleh menawarkan tawaran tambahan selain yang disenaraikan diatas dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa kos tambahan. Contoh-contoh tawaran tambahan adalah seperti penambahan pengawal, Siren, CMS, CCTV, AutoGate, Interkom dan lain-lain Senarai tawaran tambahan itu hendaklah dikepilkan sebagai Jadual 1-Tambahan

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 12 dari 17

Jadual 1-Tambahan JADUAL TAWARAN TAMBAHAN BilSpesifikasi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Kenyataan Persetujuan Syarikat (Ya/Tidak) Catatan (Jika Ada)

15

Jenis Perkhidmatan Tambahan

Adalah dengan ini disahkan bahawa Jadual Keperluan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata yang dipersetujui di Jadual 1 dan Jadual 1-Tambahan di atas adalah benar. Persatuan boleh membuat pindaan terhadap keperluan perkhidmatan ini dari masa ke semasa.

Tandatangan Penyebut Harga : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop Syarikat :

Tandatangan Saksi : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop :

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 13 dari 17

JADUAL 2

JADUAL TAWARAN HARGALokasi (a) Tempoh (b) Bilangan Pengawal (c) Perkiraan Mengikut Jam Bekerja 1 jam = RM............. seorang (d) (Jumlah Jam Bekerja x Bilangan Pengawal x Kadar Satu Jam x Hari ) (i) 24 jam bekerja x 2 orang x kadar satu jam x 1 hari (ii) 24 jam bekerja x 2 orang x kadar satu jam x 30 hari Jumlah Harga (RM) (e)

Perumahan CasaBella dan CasaVista seperti Jadual 1, Seksyen 2.0

Dua (2) tahun mulai ..

- dua (2) orang pengawal keselamatan bertugas setiap hari selama dua puluh empat jam (24/7)

JUMLAH

JUMLAH HARGA TAWARAN TERMASUK CUKAI PERKHIDMATAN 5% BAGI TEMPOH SATU (1) BULAN JUMLAH HARGA TAWARAN TERMASUK CUKAI PERKHIDMATAN 5% BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN

* Kadar bayaran pengawal untuk kerja tambahan : RM...................sejam /seorang (jika Persatuan perlukan).

Tandatangan Penyebut Harga : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop Syarikat :

Tandatangan Saksi : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop :

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 14 dari 17

SEKSYEN C : LAIN-LAIN

PROFIL SYARIKAT Syarikat perlu melampirkan profil syarikat yang mesti mengandungi maklumat antaranya : 1. Maklumat am seperti nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, tarikh ditubuhkan, jenis perniagaan, taraf, status, no. telefon, faks dan alamat syarikat 2. Pendaftaran, 3. Pemilikan 4. Kakitangan 5. Kedudukan kewangan 6. Aktiviti/kontrak yang telah tamat 7. Aktiviti/kontrak yang masih berkuatkuasa 8. Pengalaman Syarikat dan pekerja-pekerja utama 9. Nama pegawai yang boleh dihubungi.

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 15 dari 17

Jadual 3 SURAT AKUAN PENYEBUT HARGATarikh : Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan Mokyong Bandar Bukit Raja, No. 2 Jalan Makyong 2M/KU5 41050 Klang Tuan, SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI PERUMAHAN CASABELLA DAN CASAVISTA 1. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat ___________________________________________________ mengesahkan mengambil bahagian dalam Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista. Harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah seperti dalam Jadual Tawaran Harga (Jadual 2) yang terkandung di dalam tawaran sebut harga. 2. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini sah laku (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada sebut harga ini atau meminda harga. 3. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima, mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa Persatuan berhak menerima atau menolak tawaran ini. Pihak Persatuan juga adalah berhak mempersetujui tawaran sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya. 4. Syarikat juga faham dan bersetuju iaitu apabila sebut harga ini dipersetujui melalui notis setuju terima, maka sebahagian daripada Kontrak adalah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Syarikat ini dengan Persatuan. 5. Kami yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bahawa dokumen sebut harga yang digunakan untuk sebut harga ini adalah yang sebenarnya oleh syarikat ini.

Tandatangan Penyebut Harga : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop Syarikat :

Tandatangan Saksi : Nama : Jawatan : No.Kad Pengenalan : Tarikh : Cop :

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 16 dari 17

SENARAI SEMAKSila tandakan ( / ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga

Bil. 1 2 3 4

5 6 7

Jadual Keperluan Perkhidmatan - Jadual 1 Jadual Harga - Jadual 2 Surat Akuan Penyebut harga - Jadual 3 Salinan Lesen Kawalan Keselamatan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang masih berkuatkuasa Salinan mesti disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika ada) Salinan mesti disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah Salinan Profil Syarikat Brosur dan Risalah Berkaitan

Pengesahan Oleh Syarikat Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga / tender. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Untuk Kegunaan Persatuan Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga / Tender mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada)

Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :

Tandatangan Pengerusi : Nama : Jawatan : Tarikh :

Nota : Maklumat dokumen perlu dikemas kini mengikut kehendak Sebut harga/Tender yang ditawarkan

Sebut Harga Khidmat Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Perumahan CasaBella dan CasaVista Bandar Bukit Raja

Mukasurat 17 dari 17