dokumen sebut harga bagi perkhidmatan kawalan keselamatan …

37
1 DOKUMEN SEBUT HARGA NO. PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH MELAKA PENYEBUT HARGA DI KEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENGISI BORANG SEBUT HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA YANG LEWAT TIDAK AKAN DI TERIMA DOKUMEN YANG TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DI PERTIMBANGKAN

Upload: others

Post on 24-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

NO. PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021

BAGI

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH

ALOR GAJAH MELAKA

PENYEBUT HARGA DI KEHENDAKI MEMBACA DAN

MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG

TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI

SEBELUM MENGISI BORANG SEBUT HARGA

DOKUMEN SEBUT HARGA YANG LEWAT

TIDAK AKAN DI TERIMA

DOKUMEN YANG TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK

MEMATUHI MANA-MANA FASAL DALAM DOKUMEN

SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DI PERTIMBANGKAN

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

2

KENYATAAN SEBUT HARGA

Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801, mempunyai lesen

dengan Kementerian Dalam Negeri dan bertaraf Bumiputera bagi menjalankan

perkhidmatan ini.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH MELAKA

MULAI 01 NOVEMBER 2021 HINGGA 31 OKTOBER 2023

Peringatan :-

Syarikat-syarikat yang berminat menyertai sebut harga ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK yang dijadualkan seperti berikut :

Tarikh : 9 September 2021 (Khamis)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Dato’ Dol Said

Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah

Melaka

Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan. Syarikat yang lewat hadir dalam sesi taklimat tidak akan dipertimbangkan

untuk memasuki sebut harga ini. Syarikat diwajibkan membawa salinan Sijil Pendaftaran

Kontraktor bagi bidang 220801 dan Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera yang

dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Lesen Menjalankan Urusan Agensi

Persendirian yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

** Sila bawa bersama cop Syarikat sebagai bukti pendaftaran untuk kehadiran

Lawatan Tapak di PDTAG.

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

3

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Sebut Harga ini adalah bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah Melaka

bagi tempoh mulai 01 NOVEMBER 2021 hingga 31 OKTOBER

2023. 1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Syarat-syarat Khas, Syarat-syarat Am

dan Syarat-syarat Tambahan Sebut Harga.

1.3. Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun dan dilayari secara PERCUMA di Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di laman sesawang

http://www.pdtag.gov.my

2. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA 2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam

dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi dokumen.

2.2 Dokumen sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.

2.3 Borang-borang Yang Perlu Diisi:-

2.3.1 Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran A) 2.3.1.1 Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan

lengkap ruangan-ruangan yang disediakan dalam borang ini. i. Nama Petender : Nama syarikat hendaklah seperti

mana yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan.

ii. Alamat perniagaan : Hendaklah alamat yang betul

di mana syarikat boleh dihubungi melalui surat. Penyebut Harga hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah jika berlaku sebarang pertukaran alamat.

iii. Telefon : Perlu untuk dihubungi iv. Faks : Perlu untuk dihubungi

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

4

v. Taraf Syarikat : Nyatakan sama ada Bumiputra

atau Bukan Bumiputra. Sila sertakan salinan sijil pengesahan taraf oleh Kementerian Kewangan.

v. Modal Syarikat : Jika bukan Sdn. Bhd. atau

Berhad nyatakan sahaja modal terkumpul iaitu daripada punca-punca seperti wang simpanan, saham dan pinjaman bank.

vi. Pengalaman : Penyebut Harga hendaklah

mengisi borang di LAMPIRAN B menyatakan pengalaman dalam bidang perkhidmatan kawalan keselamatan yang penyebut harga ada.

2.3.2 Surat Akuan Penyebut Harga ( LAMPIRAN D ) 2.3.2.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan

menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani tawaran penyebut harga menjadi tidak sah/laku dan dengan sendirinya akan ditolak. Kadar harga sejam termasuk 6% cukai perkhidmatan yang

dicatitkan dalam borang LAMPIRAN D mestilah sama

jumlahnya dengan LAMPIRAN C dan LAMPIRAN E. Jika terdapat perbezaan harga pada tiga borang ini, tawaran tidak akan dipertimbangkan. Sila ambil perhatian.

2.3.3 Jadual Harga (LAMPIRAN E) 2.3.3.1 Harga Tawaran

Penyebut Harga adalah diingatkan bahawa matawang

digunakan adalah dalam RINGGIT MALAYSIA dan

harga-harga yang ditawarkan hendaklah termasuk kos bagi membekal :-

i. Tenaga kerja yang diperlukan bagi tujuan perkhidmatan ini

yang dinyatakan dalam ‘PENENTUAN KERJA’

ii. Cukai Perkhidmatan, alatan-alatan alat tulis dan lain-lain

peralatan yang perlu digunakan bagi tujuan perkhidmatan

ini yang dinyatakan dalam ‘PENENTUAN KERJA’

iii. Penyebut Harga jika berjaya diterima tidak boleh mengenakan kadar harga yang berasingan atau kos tambahan terhadap perkara di atas kelak.

2.3.3.2 Penyebut Harga adalah dikehendaki menyatakan kadar

harga sejam termasuk 6% cukai perkhidmatan dengan betul.

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

5

2.3.3.3 Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh orang yang

diberikuasa oleh syarikat sebagai Penyebut Harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercop akan ditolak.

3. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

3.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat

terutamanya dalam Jadual Harga dan dalam Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang mendatangani dokumen sebut harga serta dicop dengan cop penyebut harga. Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan atau dipinda. Pembetulan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

4. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

4.1 Dokumen-dokumen yang perlu dikembalikan dan disertakan dalam

Cadangan Teknikal ( Sampul A ) hendaklah mengandungi seperti senarai semak – LAMPIRAN TEKNIKAL

4.2 Dokumen-dokumen yang perlu dikembalikan dan disertakan dalam

Cadangan Harga ( Sampul B ) hendaklah mengandungi seperti senarai semak – LAMPIRAN KEWANGAN

4.3 Dokumen yang dihantar hendaklah dikemukakan dalam dua ( 2 ) sampul berlakri ( sealed ) ’A’ dan ’B’ :

a) Sampul Pertama ( A ) terdiri dari Dokumen / Tawaran Teknikal dan

ditandakan dengan :

SULIT

‘A’

PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021

Dokumen Teknikal

b) Sampul Kedua ( B ) terdiri dari Dokumen / Tawaran Kewangan dan ditandakan dengan :

SULIT

’B’

PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021

Dokumen Kewangan/Harga

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

6

c) Kedua-dua sampul ( A dan B ) hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri ( sealed ) dengan dituliskan tajuk :

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

MELAKA

4.4 Sebut harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri

oleh penyebut harga ke dalam peti sebut harga yang disediakan di alamat :-

PEGAWAI DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

78000 ALOR GAJAH

MELAKA

dan hendaklah dikemukakan pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh

dan masa yang ditetapkan iaitu JAM 12.00 TENGAHARI 15 SEPTEMBER

2021 (RABU). Penyerahan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit

dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 4.5 Penghantaran dokumen sebut harga:

i. Hantar Sendiri Dengan Tangan Memasukkan dokumen dalam peti sebut harga yang sebenar. ii. Melalui Pos / Agen Penghantaran

Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

kelewatan atau kehilangan mana-mana sebut harga yang dikemukakan melalui pos.

4.6 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang

ditanggung oleh mana-mana penyebut harga dalam penyediaan dan penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil

proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya. Semua perbelanjaan bagi

penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga

sendiri.

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

7

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA

(Cadangan / Dokumen Kewangan)

Sila tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan

Bil. Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh

Penyebut Harga

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka

Sebut Harga

Jabatan

1. Keterangan Mengenai Penyebutharga – Lampiran A

2. Asas Perkiraan – Lampiran C

3. Surat Akuan Penyebut Harga – Lampiran D

4. Jadual Harga – Lampiran E

5. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir (terkini) Jun 2021, Julai 2021, Ogos 2021

6. Surat Akuan Pembida – Lampiran L

7. Lesen Menjalankan Urusan Agensi Persendirian (KDN)

8. Lampiran Q

9. Lampiran J (SPRM)

11.

Profile Lengkap Syarikat (dokumen perlu sahaja termasuk sijil-sijil serta surat-surat perakuan daripada agensi lain). Penyebut Harga yang tidak mengemukakan sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputra ditakrifkan sebagai Bukan Bumiputra.

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen

bertanda √ kecuali bagi perkara bil.

....................................... (tidak disertakan). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

8

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA

(Cadangan / Dokumen Teknikal)

Sila tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan

Bil. Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh

Petender

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka

Sebut Harga

Jabatan

1. Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dan Telah Dilaksanakan – Lampiran B

2. Senarai Peralatan – Lampiran F

3. Pakaian Pengawal – Lampiran G

4. Lakaran Pakaian Pengawal – Lampiran H

5. Cadangan Penempatan Pengawal – Lampiran I

6. Penentuan Kerja – Spesifikasi (Lampiran J)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda

√ kecuali bagi perkara bil.

....................................... (tidak disertakan). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

9

LAMPIRAN A

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 1. Nama Syarikat : ____________________________________________ 2. Alamat Syarikat : i. Ibu Pejabat : ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ii. Cawangan : ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ 3. Nombor telefon & faks : i. Ibu Pejabat : Tel : ______________________________________ Faks : ______________________________________ ii. Cawangan : Tel : ______________________________________ Faks : ______________________________________

4. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan 4.1 Tempoh Pendaftaran : Mulai : _______________________ (Sila sertakan salinan Sijil Pendaftaran) Hingga : ______________________ 4.2 Taraf Syarikat : *Bumiputera / Bukan Bumiputera (Taraf yang diiktiraf oleh Kementeian Kewangan. Sila sertakan salinan sijil

pengiktirafan yang dikeluarkan oleh kementerian Kewangan Malaysia)

5. Lesen Kementerian Dalam Negeri 5.1 Tempoh lesen : Mulai : ___________________________ (Sila sertakan salinan lesen KDN) Hingga : ___________________________

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

10

6. Modal Syarikat : ( Isi mana yang berkenaan sahaja ) 6.1 Perseorangan / Perkongsian : RM ____________________ 6.2 Sendirian Berhad / Berhad : i. Modal Dibenarkan : RM ____________________ ii. Modal Berbayar : RM ____________________ 7. Butir-butir Pemilikan Syarikat :

7.1 Perseorangan :

Nama Pemilik

No. Kad. pengenalan

7.2 Perkongsian :

Nama Perkongsian

No. Kad. pengenalan

% Perkongsian

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi )

7.3 Sendirian Berhad / Berhad 7.3.1 Pemegang Saham :

Nama Pemegang No. Kad. Pengenalan % Bahagian

( Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi )

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

11

7.3.2 Lembaga Pengarah :

Nama

No. Kad Pengenalan

Keturunan

( Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi )

8. Komposisi Pekerja : Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah i. Pengurusan __________ _______________ _______ ii. Teknilkal __________ _______________ _______ iii. Perkeranian __________ _______________ _______ iv. Buruh/K/tgn. __________ _______________ _______ Rendah

9. Pengalaman : (Sila Isi LAMPIRAN B) Pengakuan : (Ditandatangani oleh orang yang bertanggungjawab dalam urusan

sebut harga ini dan yang diberikuasa menandatangani kontrak jika berjaya)

Dengan ini saya mengaku dan mengesahkan bahawa segala butir-butir di atas adalah benar. Tandatangan : _______________________ Nama : _______________________ Jawatan : _______________________ Cop Syarikat : _______________________ Tarikh : _______________________

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

12

LAMPIRAN B

SENARAI PERKHIDMATAN YANG SEDANG DAN TELAH DILAKSANAKAN

( Untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Sahaja – Sila sertakan salinan surat tawaran yang telah disahkan )

Bil

Nama/Jenis

Kontrak

Nama dan Alamat Penuh

Jabatan / Agensi Perunding Yang Mengawas Kontrak

Kadar sejam

( termasuk Cukai Pendapatan )

Harga Kontrak Sebulan (RM)

Tempoh Kontrak

Mula dan Tamat

Catatan

Peringatan:

Sila sertakan satu salinan surat tawaran bagi setiap kontrak yang disenaraikan di atas. Sila sertakan juga surat-surat kepujian mengenai prestasi yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

13

LAMPIRAN C

ASAS PERKIRAAN BAGI HARGA

Bil. BUTIR-BUTIR KADAR HARGA

SEBULAN (RM)

1. Gaji Pengawal Sebulan RM _______ X ____ Orang

RM

2.

Elaun Pengawal (Pelbagai) Sebulan RM _______ X ____ Orang

RM

3. Caruman KWSP 12% daripada jumlah gaji pekerja 12% X RM ________(jumlah gaji pengawal sebulan) X ____orang

RM

4.

Caruman PERKESO (Semak di laman web: http://www.perkeso.gov.my/dmdocuments/Dokumen%20Rasmi/Jadual_Caruma

n4.pdf

1.5 % X RM_____(jumlah gaji pengawal sebulan) X ___orang

RM

5. Kos Pentadbiran (Insuran, Pakaian, Alat tulis dll) dan Keuntungan RM

6.

Lain-Lain, sila Nyatakan secara terperinci (gunakan helaian lain jika ruang tidak mencukupi)

RM

JUMLAH KESELURUHAN (SEBULAN) RM

JUMLAH KESELURUHAN (24 BULAN – 2 TAHUN) RM

Catatan : 1) Harga Untuk Empat (4) orang Pengawal Keselamatan Pejabat

Daerah dan Tanah Alor Gajah Keseluruhan Empat (4) orang

………………………………………… ( Tandatangan Kontraktor ) Nama : Alamat & Cop Syarikat Tarikh :

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

14

LAMPIRAN D

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

PEGAWAI DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

78000 ALOR GAJAH

MELAKA

Tuan, SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH MELAKA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat ......................................................

mengambil bahagian dalam sebut harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa

Senjata Di Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah Melaka dengan tawaran

Syarikat adalah seperti berikut :

BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

Kadar Harga Sebulan

6% Bercukai ( RM )

Kadar Harga 1 Tahun

6% Bercukai ( RM )

Kadar Harga 2 Tahun

6% Bercukai ( RM )

2. Syarikat sebagai penyebut harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi

dan terikat dengan syarat-syarat sebut harga, kontrak dan penentuan kerja yang

terkandung dalam dokumen sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa Kerajaan

berhak menerima atau menolak sebut harga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah

atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.

3. Syarikat bersetuju bahawa harga sebut harga yang ditawarkan ini laku (valid)

selama SEMBILAN PULUH HARI ( 90 ) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam

tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini.

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

15

4. Sekiranya sebut harga syarikat ini diterima, syarikat akan mengikat suatu kontrak

serta memberi cagaran keselamatan dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari daripada tarikh

terima surat tawaran. Persetujuan harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi

pembayaran di atas perkhidmatan yang diberikan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor

Gajah setelah perkhidmatan tersebut disahkan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor

Gajah. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan ini

mengesahkan bahawa dokumen sebut harga yang digunakan untuk sebut harga ini adalah

yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.

Tandatangan Saksi: Nama Saksi: No Kad Pengenalan: Jawatan: Alamat: Cop Syarikat:

Tandatangan (yang diberi kuasa): Nama: No Kad Pengenalan: Jawatan: Alamat: Cop Syarikat:

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

16

LAMPIRAN E

JADUAL HARGA

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH MELAKA

NAMA SYARIKAT :

BANGUNAN

PEJABAT

DAERAH

DAN TANAH

ALOR

GAJAH

SYIF 1

7.00

PAGI

HINGGA

7.00

MALAM

SYIF 2

7.00

MALAM

HINGGA

7.00

PAGI

KADAR

HARGA

SEORANG

SEJAM

BERCUKAI

(RM)

HARGA

TAWARAN

SEBULAN

BERCUKAI

(RM)

HARGA

UNTUK

SATU (1)

TAHUN

BERCUKAI

(RM)

HARGA

UNTUK

DUA (2)

TAHUN

BERCUKAI

(RM)

Bangunan

Pejabat Daerah Dan Tanah Alor

Gajah

2 orang

2 orang

JUMLAH

……………………………………………. ( TANDATANGAN WAKIL SYARIKAT) NAMA : ALAMAT DAN : COP SYARIKAT

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

17

LAMPIRAN F

SENARAI PERALATAN / BAHAN YANG DICADANGKAN

UNTUK DIGUNAKAN DALAM PERKHIDMATAN

KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH MELAKA

Saya bagi pihak Syarikat ................................................................yang membuat tawaran dalam sebut harga ini menawarkan peralatan/bahan seperti dibawah untuk digunakan dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan ini:-

Bil

Jenis

Jenama

Kuantiti

Buatan

1.

Watchmans Clock

2

2.

Kunci Watchman clock

10

3.

Cotar

4

4.

Wisel

4

5.

Baju Hujan

4

6.

Lampu picit

4

7.

Pakaian Seragam Keselamatan

8

8.

Walkie-Talkie

4

10.

Buku Laporan Harian

Mengikut keperluan

11 .

Lain-lain (Nyatakan) - Palang Contoh : ‘Pemeriksaan’ ‘Perlahankan Kenderaan’

*** PAPAN “ROADBLOCK”

WAJIB DISEDIAKAN

1

............................................. Cop Petender: (Tandatangan) Nama : No. Kad Pengenalan :

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

18

LAMPIRAN G

PAKAIAN PENGAWAL KESELAMATAN

BIL PAKAIAN SPESIFIKASI

1.

1.1 Baju Uniform ( sila lampirkan cadangan uniform di dalam lampiran H )

- Uniform Syarikat

- Kasut

Baju: Warna Putih Seluar: Warna Hitam Warna-warna lain tidak dibenarkan. Lambang

atau lencana syarikat hendaklah dipakai

di pakaian seragam semasa menjalankan

tugas. Lencana atau lambang yang digunakan

hendaklah mendapat kelulusan dari

Kementerian Dalam Negeri.

Dipakai sepanjang masa bertugas Kasut sentiasa di kilatkan. Berwarna hitam.

1.2 Baju Hujan

- Berwarna Biru Gelap

Dipakai ketika hujan dan ketika diperlukan. Tertera tulisan ‘Sekuriti’ di bahagian belakang

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

19

LAMPIRAN H

LAKARAN PAKAIAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG DICADANGKAN ( Gambar dicadangkan mestilah berwarna )

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

20

LAMPIRAN I

CADANGAN PENEMPATAN PENGAWAL

(Pengawal Perlu Warganegara Malaysia, Beragama Islam & Lelaki

Memerlukan 4 Anggota Pengawal)

BIL JAWATAN UMUR

1

2

3

4

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

21

LAMPIRAN J

PENENTUAN KERJA ( SPESIFIKASI ) Penyebut Harga dikehendaki menyediakan :

1) Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

4 orang pengawal ( empat (4) lelaki untuk 24 jam (2 giliran / syif)

Waktu Bertugas:-

Hari Isnin - Ahad SYIF 1 Termasuk cuti hujung Dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam (12 jam) minggu & hari kelepasan am.

SYIF 2 Dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi (12 jam) Peraturan-peraturan yang dinyatakan selepas ini adalah merupakan peraturan kerja rasmi. Penggunaannya adalah merupakan peraturan kerja yang wajib dilaksanakan oleh semua pengawal keselamatan.

1. Penggunaan Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan

selepas ini berkuatkuasa dari tarikh sebut harga ini bermula.

2. Peraturan Kerja 2.1 Sebelum perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api dimulakan,

kontraktor yang berjaya hendaklah menghubungi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

2.2 Pengawal hendaklah hadir mengikut waktu dan bilangan pengawal yang

telah ditetapkan dan dipersetujui.

2.3 Semua pengawal setiap lapisan pangkat dikehendaki mempunyai disiplin termasuk berbudi pekerti, tutur kata, dan rupa diri yang baik bersesuaian dengan tugas yang dilaksanakan.

2.4 Pengawal hendaklah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang

pertolongan cemas dan boleh membantu dalam keadaan kecemasan. . 2.5 Pengawal hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang lengkap.

2.6 Pengawal dikehendaki mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan

semua alat pencegah kebakaran.

2.7 Pengawal dikehendaki melaksanakan pemeriksaan terhadap kenderaan dan sesiapa yang keluar masuk kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah untuk mencegah kecurian dan tujuan keselamatan.

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

22

2.8 Menyediakan laporan keselamatan dalam buku laporan pada tiap-tiap hari

dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah untuk tindakan ( rekod ) sebelum 8.30 pagi setiap hari.

2.9 Peraturan kerja dan lain-lain perubahan peraturan kerja dari masa

ke semasa yang digunakan hendaklah digubal hasil dari perundingan dan perbincangan yang terperinci di antara Kerajaan dan Syarikat Kawalan. Ini membolehkan setiap aspek keselamatan dapat diliputi dan mengesan sebarang kelemahan.

2.10 Kontraktor hendaklah melantik pekerja bergaji tetap dengan kadar bilangan yang dipersetujui bagi menjamin kesempurnaan kerja sepertimana diterangkan dalam penentuan kerja ( Spesifikasi ). 2.11 Kontraktor adalah bertanggungjawab menyediakan semua peralatan, pengangkutan dan bahan-bahan yang hendak digunakan bagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api. 2.12 Adalah menjadi tanggungjawab syarikat keselamatan untuk menjaga

keselamatan pekerjanya, orang awam dan segala harta di bangunan dan kawasan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau harta benda milik Kerajaan yang disebabkan atas kelalaian dan kecuaian pengawal boleh dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas syarikat keselamatan.

2.13 Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak sekiranya

didapati perkhidmatan yang diberi oleh penyebut harga tidak memuaskan. 2.14 Kebersihan Pos Kawalan dan sekitarnya adalah dibawah kawalan Pengawal Keselamatan.

3. Senarai Tugas Pada keseluruhan senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang-bidang

perlaksanaan tugas sebagaimana berikut : - 3.1 Mengawasi keselamatan kawasan dan semua bangunan termasuk isi

kandungan yang dipertanggungjawab serta penghuni dan pelawat.

3.2 Menguatkuasa semua peraturan yang berkaitan bagi menjaga kepentingan

satu-satu kawasan yang ditugaskan. 3.3 Mengawasi dan memandu trafik dalam kawasan kawalan terutama di waktu

puncak. 3.4 Bersedia membantu serta menolong menunjuk arah kawasan Pejabat

Daerah dan Tanah Alor Gajah. 3.5 Menguatkuasa peraturan keluar masuk. 3.6 Melakukan pemeriksaan dan rondaan mengikut tempoh waktu yang tertentu

ke atas semua kawasan bagi mempastikan keadaan keselamatan terjamin termasuk menutup lampu yang tidak berkenaan di ruang legar/kaki lima.

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

23

3.7 Bertindak membantu pihak pengurusan mencegah kejadian yang tidak

diingini. 3.8 Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran dan cara-cara

berhubung dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan bersedia untuk ‘emergency action’ jika terdapat kemalangan kebakaran.

3.9 Pengawal hendaklah bertindak menghubungi Balai Polis dengan serta-merta

untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti kecurian, pencerobohan dan situasi yang membahayakan / mencemaskan.

3.10 Membuat laporan lengkap kepada penyelia bagi semua keadaan dan

kejadian luar biasa. 3.11 Pengawal tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata yang merbahaya

dalam masa bertugas. 3.12 Pengawal Keselamatan membuat kawalan sepanjang masa di pintu – pintu

masuk utama.

4. Rondaan 4.1 Pengawal yang bertugas hendaklah membuat rondaan (secara berjalan kaki)

2 jam sekali sekitar bangunan dan kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dalam masa bertugas dan merakam watchmans clock (dibekalkan oleh syarikat) pada setiap lawatan ke tempat yang ditentukan tersebut.

4.2 Memastikan kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah selamat dari sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan pintu, tingkap terkunci dan dalam keadaan baik.

4.3 Membantu mengurangkan / mencegah pembaziran dengan menutup lampu, paip air, kipas angin, atau sebarang alat elektrik dimana penggunaannya tidak lagi diperlukan.Jika terdapat alat pendingin udara terpasang hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan.

4.4 Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang luar biasa dan memeriksa punca bunyi tersebut.

4.5 Melapor jika terdapat kerosakan pintu pagar utama dan palang penghalang kenderaan.

4.6 Memeriksa punca jika terdapat sebarang bau yang luar biasa dan melaporkannya segera.

4.7 Memeriksa semua tempat tersimpannya alat-alat dan bahan yang mudah

terbakar dan memastikan ianya tertutup rapat dan selamat. 4.8 Membuat laporan kepada Pegawai Kawalan Keselamatan segera jika

didapati sebarang kerosakan tidak kira samaada ianya boleh diperbetulkan atau pun tidak.

4.9 Melaksanakan kawalan dan simpanan yang rapi terhadap kunci-kunci yang

dipertanggungjawabkan.

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

24

5. Anggota

5.1 Anggota Pengawal hendaklah terdiri daripada empat (4) orang lelaki

di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka.

5.2 Anggota pengawal WARGANEGARA MALAYSIA, berumur di antara 20-60 tahun, sihat tubuh badan (tiada kecacatan) serta mempunyai penglihatan dan

pendengaran yang baik dan tidak mempunyai REKOD JENAYAH. 5.3 Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah berhak meminta syarikat

menamatkan perkhidmatan anggota pengawal tidak berdisiplin, tatalaku dan kesopanan atau tidak berupaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Syarikat hendaklah membuat pengganti dengan serta merta apabila keadaan seperti ini timbul.

5.4 Anggota pengawal mestilah boleh membaca dan menulis dalam Bahasa

Malaysia dengan baik. 5.5 Mengemukakan senarai nama, butiran termasuk Kad Pengenalan pengawal

yang bertugas di Pejabat serta keputusan tapisan keselamatan.

6. Perancangan Dan Penyeliaan Tugas

6.1 Syarikat dikehendaki mengemukakan kepada Pejabat Dearah dan Tanah

Alor Gajah perancangan mengenai perlaksanaan tugas yang akan

dijalankan untuk semakan dan persetujuan Pejabat Daerah dan Tanah Alor

Gajah sebelum memulakan tugas.

6.2 Syarikat dikehendaki menyediakan bilangan Pengawal yang secukupnya seperti yang dipersetujui bagi menentukan mutu perkhidmatan yang diberikan memuaskan.

6.3 Syarikat mestilah mengadakan seorang Pegawai Perhubungan yang mudah dihubungi setiap masa.

7. Giliran Bertugas (Jadual Bertugas)

7.1.1 Syarikat dikehendaki melaksanakan jadual bertugas mengandungi dua (2) syif / giliran sehari dengan syif pertama bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Syif kedua bermula jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi.

7.1.2 Waktu bertugas bagi setiap anggota pengawal hendaklah satu giliran 12 jam

sehari.

8. Pakaian Seragam dan Alat Kelengkapan Bertugas

8.1 Syarikat mestilah membekalkan setiap anggota pengawal dengan pakaian

seragam dan lain-lain peralatan yang diluluskan mengikut Akta Agensi Persendirian Pakaian Seragam dan peralatan tersebut mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:-

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

25

a) Lanyard b) Wisel Trafik c) Cota d) Tali pinggang kulit/ webbing e) Pakaian kepala f) Lampu picit yang boleh digunakan g) Baju hujan h) Alat tulis, buku harian, borang laporan harian stesen, diari dan lain-lain i) Lain-lain yang difikirkan perlu mengikut keadaan. j) Papan Tanda “ RoadBlock” (Berhenti !! Pemeriksaan)

9. Jam Perakam Rondaan

9.1 Syarikat hendaklah menyediakan jam perakam rondaan di tempat-tempat

kawalan yang memerlukan penggunaannya mengikut kehendak pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

10. Alat Perhubungan

10.1 Syarikat hendaklah membekal alat perhubungan kepada pengawal. Usaha mendapatkan lesen kebenaran yang diperlukan bagi menggunakan alat tersebut adalah menjadi tanggungjawab syarikat sendiri.

11. Penalti

11.1 Syarikat yang gagal memenuhi ataupun menepati perjanjian kontrak akan dikenakan penalti seperti berikut:-

i) Tidak hadir bertugas selama 30 minit atau lebih ditolak untuk satu

giliran.

ii) Meninggalkan tempat bertugas selain dari urusan rasmi untuk masa melebihi 15 minit ditolak untuk bayaran untuk setengah giliran.

iii) Tidak mengunci jam rondaan seperti yang ditetapkan sekiranya berlaku lebih daripada dua (2) kali di dalam satu giliran, ditolak bayaran untuk setengah giliran akan dipotong.

iv) Pihak syarikat hendaklah bertanggungjawab termasuk mengganti semula bayaran / alat yang hilang dalam kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah mengikut kos semasa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kecurian itu dilaporkan.

12 Pembayaran

12.1 Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah akan menguruskan pembayaran perkhidmatan setelah tuntutan lengkap diterima daripada syarikat pada setiap akhir bulan. Syarikat hendaklah mengemukakan bil asalnya kepada Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah sebelum

07 haribulan bulan berikutnya.

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

26

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SETIAP ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN

1. Hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya supaya tidak berlaku sebarang

kecurian atau pencerobohan seluruh kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor

Gajah dari aspek keselamatan dan menjaga harta benda kerajaan adalah diutamakan.

2. Mengawal pintu masuk dan membenarkan pelawat-pelawat masuk berurusan dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah. Pas pelawat perlu dikeluarkan.

3. Memberi penerangan kepada pelawat-pelawat yang berkehendakkan penerangan

dan penjelasan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

4. Membuat rondaan di kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 24 jam mengikut jadual yang ditentukan.

5. Mengawal harta benda kerajaan seperti “fire extinguishers”, “manhole covers”, kenderaan-kenderaan jabatan dan lain-lain harta yang didapati di seluruh kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

6. Bertanggungjawab ke atas mencegah kebakaran dan menjaga keselamatan “fire

extinguishers” untuk ‘emergency action’ jika terdapat kebakaran, kemalangan, dan menghubungi ‘Pegawai Kawal Selia’ / Pengawal yang bertugas.

7. Bertanggungjawab ke atas semua pintu pagar dan bangunan-bangunan

di kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah ditutup mengikut kesesuaian

masa.

8. Mempastikan semua kenderaan awam diletakkan di tempat-tempat yang

disediakan sahaja.

9. Memupuk imej keislaman dan mengamalkan tatacara perhubungan awam dan

tatatertib keselamatan semasa bercakap dan berbual dengan orang ramai dan pelawat.

10. Mengawal lalu lintas terutama sekali pada ‘peak hours’.

11. Mempastikan penjaja/peniaga/penceramah dan lain-lain yang masuk ke kawasan

Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah mempunyai surat kebenaran yang sah dari pihak pentadbiran.

12. Mempastikan tiada haiwan masuk ke dalam kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

13. Mengawal pintu masuk utama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, dan

mendaftar kenderaan yang tiada pelekat masuk kawasan ini.

14. Mendaftar nama-nama pekerja sub-kontraktor yang membuat kerja dalam

kawasan dan mengeluarkan pas pekerja.

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

27

15. Mempastikan pintu ‘gate’ ditutup di waktu malam serta memadam lampu di ruang legar serta kaki lima di tempat yang tidak berkenaan.

16. Mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan daripada Pengawai Kawal

Selia Kawalan Keselamatan yang diberi kuasa serta mengikut arahan tugas

tambahan.

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

28

LAMPIRAN K

SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dibawah ini membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA

1.1 Syarikat yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah terlebih dahulu

berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang Kawalan

Keselamatan (220801) dan Sijil Pengendalian Syarikat daripada

Kementerian Dalam Negeri. Salinan sijil hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah ataupun hampir tamat, penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan surat dari Agensi berkaitan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat.

1.2 Penyebut Harga adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat sepertimana yang ditetapkan.

2. HARGA TAWARAN

2.1 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api.

2.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga.

3. PENENTUAN DAN SUKATAN

Harga yang ditawarkan hendaklah berdasarkan kepada jumlah pengawal iaitu 4 orang

pengawal, 2 orang pegawal setiap syif, waktu bertugas dari Isnin hingga Ahad, 24 jam - 2 syif, ini termasuk hari kelepasan Am. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api hendaklah dilaksanakan seperti di Penentuan Kerja (Spesifikasi) yang disertakan bersama ini. Penyebut Harga hendaklah membaca dengan teliti supaya tidak timbul masalah kesilapan meletakkan harga.

4. BON PELAKSANAAN

4.1 Bagi kontrak perkhidmatan yang bernilai RM 200,000.00 syarikat hendaklah

mengemukakan Bon Pelaksanaan berjumlah Dua Setengah Peratus (2.5%) daripada nilai kontrak itu. Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai RM 500,000.00. Bon Pelaksanaan adalah lima peratus (5%) daripada nilai kontrak. Nilai bon adalah dikira bagi nilai anggaran kontrak bagi setahun sahaja.

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

29

4.2 Cagaran keselamatan ini hendaklah dalam bentuk gerenti bank daripada bank

yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak-kontrak yang bernilai tidak melebihi RM500,000.00 (Nilai keseluruhan kontrak), gerenti insuran daripada syarikat-syarikat insuran yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima selain daripada wang tunai dan gerenti bank. Cagaran ini akan dikembalikan sesudah kontrak diselesaikan dengan memuaskan dan pihak syarikat yang berjaya telah menyelesaikan semua hutang piutang dengan kerajaan.

5. POLISI INSURAN

Kontraktor dengan perbelanjaannya sendiri dikehendaki mengambil polisi insuran yang

diperakui iaitu Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi insuran yang diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerima tawaran.

6. MENARIK BALIK TAWARAN / MENOLAK TAWARAN 6.1 Penyebut Harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebut harga

dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika penyebut harga menarik diri atau menolak tawaran, nama penyebut harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut :-

6.1.1 Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama; 6.1.2 Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua; dan 6.1.3 Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.

7. TEMPOH SAHLAKU TAWARAN Tempoh sahlaku sebut harga ini ialah selama 90 hari bermula daripada tarikh sebut

harga ditutup. Tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.

8. SURAT PERWAKILAN KUASA

Mana-mana dokumen yang ditandatangani oleh orang yang selain dari nama-nama di dalam Lampiran A, Syarikat hendaklah mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa.

Tawaran akan ditolak jika tidak memenuhi syarat ini.

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

30

9. SETUJUTERIMA SEBUT HARGA 9.1 Kerajaan tidak terikat mempersetuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad. Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penyebut-penyebut harga berkenaan sebab-sebab sebut harga mereka tidak berjaya.

9.2 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian

kontrak dengan Kerajaan Negeri Melaka dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

10. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Page 31: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

31

11. KEGAGALAN MELAKSANAKAN TUGAS

11.1 Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah berhak untuk mengurangkan bayaran

bulanan kepada syarikat jika berlaku kegagalan menjalankan tugas yang disebabkan oleh pihak syarikat sendiri. Bagi maksud ini, penyebut harga dianggap gagal jika ;

BIL PERKARA POTONGAN

(dari bayaran bulanan)

1. Tidak menghantar pengawal secukupnya seperti di dalam tawaran

Potongan mengikut kadar jam bertugas

2. Pengawal lewat hadir 2 %

3. Pengawal enggan melakukan tugas yang diarahkan

5 %

4. Pengawal tidur semasa bertugas 5 %

5. Pengawal bercakap sesama sendiri / sms atau apa sahaja kepentingan diri yang menghalang tugas sebenarnya

5 %

6. Pengawal tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan

0.5 % / orang

7. Penyelia yang tidak menyelia 5 %

8. Apabila syarikat tidak melaksanakan obligasi mengikut mana-mana terma atau syarat-syarat yang diperuntukan dalam Perjanjian ini.

0.5 %

9. Kehilangan harta benda, kecurian dan yang berkenaan (dari kecuaian pengawal)

Potongan mengikut nilai barang tersebut

11.2 Syarikat akan dinilai prestasi perkhidmatan mengikut bulanan. Jika sekiranya syarikat tidak dapat mencapai tahap prestasi sehingga 90% pada bulan yang berkenaan, potongan bayaran akan dibuat mengikut peratusan yang tidak tercapai. Seperti contoh:

Kadar Tuntutan Invoice (Kadar Penuh): RM10,000.00 Prestasi perkhidmatan bulan berkenaan: 86% (Tidak capai hingga 90%) Potongan bayaran: 100% - 86% = 14% Jumlah Potongan: RM1,400.00 = RM10,000.00 – RM1,400.00

Kadar yang boleh dibayar: = RM8,600.00

11.3 Jika perkhidmatan yang diberikan masih tidak memuaskan, Kerajaan boleh mengupah orang perseorangan atau syarikat lain mengendalikan perkhidmatan tersebut dengan kos ditanggung oleh kontraktor serta

mengenakan denda sebanyak 20% daripada Bayaran Bulanan.

Page 32: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

32

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak: 1. Sebelum perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api dimulakan.

Kontraktor yang berjaya hendaklah menghubungi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah untuk menentukan kawasan yang terlibat.

2. Kontraktor hendaklah melantik pekerja bergaji tetap dengan kadar bilangan yang mencukupi bagi menjamin kesempurnaan kerja sepertimana diterangkan dalam penentuan kerja (Spesifikasi).

3. Memantau pekerja-pekerja syarikat yang melaksanakan kerja-kerja di dalam

kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, pekerja-pekerja kontraktor hendaklah berpakaian yang sesuai dan menjaga tingkahlaku mereka.

4. Kontraktor adalah bertanggungjawab menyediakan semua peralatan, pengangkutan

dan bahan-bahan yang hendak digunakan bagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan tanpa senjata api.

5. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menjaga keselamatan pekerjanya,

orang awam dan segala harta di kawasan dan bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau hartabenda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas kontraktor.

6. Kerajaan adalah sentiasa berhak untuk memeriksa perkhidmatan kawalan

keselamatan tanpa senjata api. Penyebut Harga yang berjaya hendaklah memberi kemudahan kepada Kerajaan untuk meneliti serta memeriksa kawasan dimana perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata api dilaksanakan.

7. Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontraktor ini sekiranya

didapati perkhidmatan yang diberi oleh syarikat tidak memuaskan.

8. Perlaksanaan

8.1 Pengawal mesti mengetahui aturan-aturan am bagi Pengawal Keselamatan.

8.2 Pengawal mesti mengetahui perintah-perintah khas dari arahan-arahan khas

bagi tempat bertugasnya.

8.3 Pengawal mesti mengetahui susunan semua bangunan dimana ditugaskan.

8.4 Pengawal mesti mengetahui semua perintah-perintah dan peraturan-peraturan dalam perlaksanaan tugas-tugasnya.

Page 33: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

33

9. Pengawal mesti mempunyai pengetahuan kawasan peronda :

9.1 Tempat kerja pegawai-pegawai utama;

9.2 Tempat-tempat telefon termasuk telefon kecemasan;

9.3 Tempat alat pemadam api;

9.4 Tempat-tempat yang menunjukkan tangga dan pintu-pintu keluar;

9.5 Tempat-tempat yang dimana bahan-bahan disimpan;

9.6 Tempat simpanan peralatan untuk mencegah kebakaran;

9.7 Bilik-bilik kawalan dan pemadam-pemadam bagi sistem hawa dingin dan

angin;

9.8 Tempat yang mengawal alat-alat bekalan air kepada sistem ”sprinkler” atau sebagainya;

9.9 Tempat menyimpan kotak-kotak suis, pemadam-pemadam kuasa elektrik,

hydrants dan lain-lain alat mengawal untuk jentera.

Page 34: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

34

LAMPIRAN L

SURAT AKUAN PEMBIDA (Tajuk dan Nombor Rujukan Sebut Harga)

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

DI BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA

PDTAG / SH / KK /BIL. 1/2021

Saya,…………………………………….. (nombor K.P …………….................................. yang

mewakili ……………………………………………………………………………nombor Pendaftaran

………………………………………………. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau

mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah

kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah atau mana-mana

individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini

dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk

membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah dan

Tanah Alor Gajah atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut

harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut

diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-

kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan

tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis

yang berhampiran.

Yang Benar, ……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 35: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

35

LAMPIRAN Q

(Arahan Perbendaharaan 170)

Bila Menjawab, Sila Nyatakan Nombor Ini

(KEW.284-Pin.5/94)

No. Sebutharga :

PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA

SEBUTHARGA / TENDER UNTUK BEKALAN / PERKHIDMATAN

Dokumen Ini Hendaklah Disifatkan Menjadi Dan Dibaca Dan Ditafsirkan Sebagai Sebahagian Daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama & Alamat Syarikat) :

Pelawaan Sebutharga Dikeluarkan Oleh : PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH 78000 ALOR GAJAH, MELAKA

No.Telefon :

No.Telefon : 06-559 1203 / 1204

No. Pendaftaran Dengan Kementerian

Kewangan :

Kod Bidang Pendaftaran Yang Relevan Dengan Pembelian Ini : 2220500

Tarikh :

1. Sila Beri Sebutharga Untuk Bekalan/Perkhidmatan Yang Disenaraikan Di Bawah

Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Yang DiTetapkan:

1.1. Syarat Penyerahan/Penyempurnaan : _____________________________

1.2. Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan DiKehendaki : __________________

1.3. Arahan Pengiriman : _____________________

1.4. Sebutharga Hendaklah Di Masukkan Ke Dalam Suatu Sampul Berlakri Dan Bertanda No. Sebutharga : PDTAG / SH / KK / BIL. 1/2021

1.5. Sebutharga Hendaklah Di Masukkan Ke Dalam Peti Tawaran Yang Berkenaan Di Alamat:-

PEGAWAI DAERAH

PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

78000 ALOR GAJAH

MELAKA

1.6. Tempoh Sahlaku Sebutharga Hendaklah 90 Hari Selepas Tarikh Tutup.

Tarikh: Tandatangan :

Nama Pegawai :

Jawatan :

Page 36: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

36

Bil. Perihal Bekalan/Perkhidmatan Dan Syarat-Syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar (RM) Harga (RM)

Untuk Di Isi Oleh Jabatan Untuk Di Isi Oleh Penyebutharga

1. Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Tanpa Senjata Bagi Tempoh 01 November 2021 Hingga 31 Oktober 2023.

Untuk 4 orang Pengawal di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

KESELURUHAN EMPAT (4) ORANG

Harga Keseluruhan 4 orang Sebulan Setahun Dua Tahun

RM 3

2. Sila Sertakan Satu Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Yang Masih Sah Tempoh Sahlaku, Taraf Bumiputra, Lesen Kementerian Dalam Negeri Dan Pengalaman.

** Penyata Bank (Syarikat) Jun 2021, Julai 2021 & Ogos 2021 wajib disertakan

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi talian : 06 – 333 3333 sambungan 1060

Jumlah 33,120.00

(i) Harga Yang Di Tawarkan Adalah Harga Bersih Dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan Ialah …………………….

Saya/Kami Dengan Ini Menawarkan Untuk Membekal Bekalan/Perkhidmatan Di Atas Dengan Harga Serta Syarat-Syarat Yang Di Nyatakan Di Atas Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Di Atas Dan Di Belakang Ini. Tandatangan Penyebutharga : …………………….......….………..

Nama Dan K/P : …………………….......….………..

Alamat Syarikat : …………………….......….………..

Tarikh : …………………….......….………..

Page 37: DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …

37

LAMPIRAN J

AKUAN PEMBIDA

Saya…………………………………………… No.K.P:………………………………….....

yang mewakili (Nama Syarikat)…………………………………………………………

No. Pendaftaran ………………………………....dengan ini mengisytiharkan bahawa

saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau

memberi rasuah kepada mana-mana individu di Pejabat Daerah dan Tanah Alor

Gajah atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut

harga ini. Bersama ini dilampirkan * Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili

syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

cuba menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat

Daerah dan Tanah Alor Gajah atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk

dipilih dalam sebut harga ini, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju

tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga ini; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga ini; dan

2.3 Lain-lain tindakan undang-undang mengikut Undang-undang Malaysia.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya

atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk

dipilih dalam sebut harga ini, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

atau Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tandatangan :

Nama : Cop Syarikat :

No. Kad Pengenalan :

Nama & Alamat Syarikat :

* Sila lampirkan bersama