#doktormuda - · pdf filemenubuhkan kelab doktor muda tersebut. 6.2 guru penasihat hendaklah...

7
PERLEMBAGAAN www.drmuda.gov.my KelabDoktorMuda KelabDoktorMuda doktormuda # Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia www.myhealth.gov.my • www.infosihat.gov.my SEKOLAH MENENGAH K P M EMENTERIAN ENDIDIKAN ALAYSIA K P M EMENTERIAN ENDIDIKAN ALAYSIA K E L A B D O K T O R M U D A K E L A B D O K T O R M U D A

Upload: nguyendung

Post on 06-Feb-2018

310 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

PERLEMBAGAAN

www.drmuda.gov.my

KelabDoktorMuda

KelabDoktorMuda

doktormuda#

Bahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

www.myhealth.gov.my • www.infosihat.gov.my

SEKOLAH MENENGAH

KPM

EMENTERIANENDIDIKANALAYSIA

KPM

EMENTERIANENDIDIKANALAYSIAK

ELA

B DOKTOR M

UD

A

KE

LA

B DOKTOR M

UD

A

Page 2: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah112

PERLEMBAGAAN KELAB DOKTOR MUDAPeraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan

Pada mematuhi Sub-peraturan 5(1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) KELAB DOKTOR MUDA yang selepas ini disebut sebagai ‘kelab’ sahaja.

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : KELAB DOKTOR MUDA

b. Alamat Sekolah :

c. Logo

d. Rasional Logo : Simbol bulan sabit yang melindungi figura dan mata pena membawa maksud pentingnya pendedahan aspek kesihatan kepada kumpulan sasar.

Dua figura berwarna biru dan merah merujuk kepada kumpulan sasar program iaitu murid sekolah yang ceria, cerdas, sihat, berketrampilan, cemerlang akademik dan berinovatif. Mereka adalah agen perubahan ke arah amalan cara hidup sihat.

Mata pena emas pula merujuk kepada pentingnya ilmu

pengetahuan kepada kumpulan sasar. Setiap murid perlu berilmu untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan dan sebagai pewaris negara yang sihat, cemerlang, gemilang dan terbilang.

e. Moto : Rakan Kesihatan Anda

PE

RLE

MB

AG

AA

N IN

I TELA

H D

IBE

NTA

NG

KA

N D

AN

DIS

AH

KA

N D

ALA

M M

ES

YU

AR

AT

AG

UN

G YA

NG

BE

RS

IDA

NG

PAD

A ___________________________ DI __________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

……

……

……

……

……

… …

……

……

……

……

……

……

……

……

……

……

……

……

.

( ) ( ) ( ) S

etiausaha

Pengerusi

G

uru Penasihat

Disahkan oleh P

endaftar Persatuan S

ekolah: ……

……

……

……

……

……

……

……

..

Tarikh: __________________

Page 3: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah112

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN KELAB

14.1 Pendaftar Persatuan Sekolah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan jika ada.

14.3 Baki kewangan jika ada perlu diserahkan kepada Pendaftar Persatuan Sekolah.

PERATURAN 15 : HAL- HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui, memahami dan menyertai aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

15.3 Setiap ahli tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk hasutan, perkauman, politik dan isu-su sensitif yang boleh menggugat keselamatan negara.

PERATURAN 2: MATLAMAT

2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3: OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai kelab dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu asas amalan kesihatan dan menjadi pembimbing rakan sebaya (peer educator) dalam aspek khidmat nasihat serta memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk melaksanakan aktiviti terancang seterusnya mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui sesi-sesi kemahiran dari semasa ke semasa.

PERATURAN 4: KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah menengah.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah melalui sistem tapisan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Pemilihan ahli adalah berdasarkan kepada minat, kemas, sihat, memiliki ciri-ciri kepimpinan, bertanggungjawab, berpersonaliti menarik, berpengaruh, suka menolong dan mendapat kebenaran ibu bapa.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini.

Page 4: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah310

3

PERATURAN 5 : KEAHLIAN BERSEKUTU

5.1 Alumni Kelab Doktor Muda.

5.2 Murid dari sekolah lain (sekolah yang belum menubuhkan Kelab Doktor Muda) yang berumur 13 tahun dan ke atas yang berminat boleh memohon secara rasmi melalui Pendaftar Persatuan Sekolah ini.

5.3 Murid dari sekolah lain yang bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti; Sekolah Agama Negeri, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta dan Sekolah Persendirian boleh memohon menjadi ahli secara rasmi melalui Pendaftar Persatuan Sekolah ini.

PERATURAN 6 : GURU PENASIHAT

6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah yang menubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut.

6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6.4 Guru Penasihat bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada ahli kelab.

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Tindakan akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut : 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa.

13.3.1 Atas permintaan bertulis dua pertiga ahli. 13.3.2 Atas keputusan pengerusi.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pendaftar Persatuan Sekolah.

Page 5: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah4 9

PERATURAN 7 : AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

7.3 Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian.

7.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan Mesyuarat Agung.

7.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:-

7.6.1 Pengerusi7.6.2 Timbalan Pengerusi7.6.3 Setiausaha7.6.4 Penolong Setiausaha7.6.5 Bendahari7.6.6 Penolong Bendahari7.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)7.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 10: KEHADIRAN / PENYERTAAN

10.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 11: AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11.3 Semasa menjalankan aktiviti di dalam dan di luar sekolah semua ahli digalakkan memakai ”kot putih” Doktor Muda.

Page 6: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah5

58 12

PERATURAN 8: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SERTA AHLI

8.1 Pengerusi

8.1.1 M e m p e n g e r u s i k a n s e m u a m e s y u a r a t d a n bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

8.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang dipersetujui diambil tindakan yang sewajarnya.

8.1.3 Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti kelab.

8.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

8.2 Timbalan Pengerusi

8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

8.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

8.3 Setiausaha

8.3.1 Menguruskan hal-ehwal surat-menyurat.8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan

kegiatan-kegiatan kelab.8.3.3 Mencatat kehadiran ahli.8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

PERATURAN 9: KEWANGAN

9.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan mengikut ketetapan mesyuarat.

9.2 Kelab juga boleh dapatkan sumber kewangan melalui aktiviti yang dijalankan oleh ahli Kelab atau aktiviti sokongan yang dibenarkan oleh pihak sekolah.

9.3 Sumber kewangan Kelab boleh menggunakan peruntukan per kapita kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

9.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9.5 Sumber kewangan lain seperti PIBG/Swasta/NGO/Individu Berkepentingan boleh diterima dengan syarat memasukkan sumber kewangan tersebut ke dalam akaun sekolah.

8.10 Peranan Ahi Bersekutu

8.10.1 Menjalankan peranan seperti ahli Kelab Doktor Muda di sekolah yang dianggotai.

8.10.2 Memberikan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan kelab serta menyebar luas ilmu kesihatan Kelab Doktor Muda kepada sekolahnya.

8.10.3 Bukan murid sekolah (ALUMNI) yang menganggotai Kelab Doktor Muda boleh memainkan peranan sebagai pemudahcara kepada organisasinya dan masyarakat.

8.10.4 Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sekolah ini dan tindakan boleh diambil sekiranya tidak mematuhi peraturan tersebut.

Page 7: #doktormuda -  · PDF filemenubuhkan Kelab Doktor Muda tersebut. 6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi ... 8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Per lembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah6 7

8.4 Penolong Setiausaha

8.4.1 Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

8.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

8.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

8.5 Bendahari

8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.

8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

8.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

8.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

8.5.6 Menutup laporan kewangan tahunan dan menyerahkan baki jika ada kepada pihak pentadbir sekolah di akhir tahun kalendar sekolah.

8.5.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan setiausaha dari semasa ke semasa.

8.6 Penolong Bendahari

8.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

8.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan Bendahari dari semasa ke semasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa

8.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

8.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.8.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

8.8 Pemeriksa Kira-kira

8.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.

8.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

8.9 Peranan Ahli Kelab

8.9.1 Menjadi pembimbing kepada rakan sebaya di sekolah ini.8.9.2 Mendorong rakan-rakan supaya mempunyai kesedaran

yang tinggi berkaitan maklumat, pengetahuan dan amalan kesihatan yang baik.

8.9.3 Mempengaruhi rakan sebaya dalam mengamalkan tingkah laku sihat dalam kalangan warga sekolah, anggota keluarga dan masyarakat.

8.9.4 Menjadi Role Model kepada rakan sebaya serta sentiasa mengamalkan sikap positif terhadap kesihatan.

8.9.5 Menggerakkan aktiviti ke arah mencapai persekitaran yang bersih dan sihat di sekolah, luar sekolah dan di rumah.

8.9.6 Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan sekolah mengadakan lawatan ke sekolah.

8.9.7 Merancang dan melaksanakan kempen-kempen kesihatan yang dijalankan di sekolah.

8.9.8 Menjadi pembimbing kepada warga sekolah yang bukan menjadi ahli Kelab Doktor Muda.

8.9.9 Sentiasa mengamalkan amalan yang terkandung dalam modul Kelab Doktor Muda.