doa road to pt3 2015

2

Click here to load reader

Upload: norjanah-ramli

Post on 11-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Doa Road to PT3 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Road to PT3 2015

DOA PROGRAM ROAD TO PT3

“Assalamua’laikum w.b.t”

“Kepada hadirin yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa, manakala kepada hadirin yang bukan beragama Islam diminta untuk

bertafakur seketika.”

Bimillahirrohmanirrohim.

Alhamdulillah hirobbil a’lamin, wassola tuwassala asyrofil anbiya iwal mursalin,wa a’la alihi wasohbihi ajma’in.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya RahimSesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah

kepada kami .

Allah Humma Ya Allah,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini, di dalam Program Road To PT3 kerana ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi

kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga

dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Allah, Ya Zal Jala li Wal Ikram,Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani kepada

kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah, Ya Fatta hu Ya A’lim,Kurniakanlah juga kepada kami kecergasan minda dan ketenangan jiwa.

Berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan. Anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami

dalam semua ujian dan pencapaian.

Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, wa khina a’za bannar,

Walhamdulillahi robbil a’lamin.