pt3 tips.docx

16
Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk senarai di bawah. 1. Ketumpatan 2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus) 3. Peneutralan asid dan alkali 4. Permukaan putih dan hitam 5. Pemindahan haba 6. Serap dan bebas haba 7. Proses pencernaan makanan 8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran 9. Kestabilan 10. Konsep tuas 11. Proses persenyawaan 12. Peredaran darah 13. Interaksi organisma hidup 14. Konsep tekanan udara 15. Tenaga dan perubahan 16. Litar selari dan litar bersiri 17. Transformer 2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus) SEMASA TARIK NAFAS Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar Rongga torasik membesar Diafragma bergerak ke bawah Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik SEMASA HEMBUS NAFAS Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam Rongga torasik mengecil Diafragma bergerak keatas Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar

Upload: rubini-devi-selvarajoo

Post on 27-Jan-2016

299 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PT3 Tips.docx

Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk senarai di bawah.

1. Ketumpatan2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)3. Peneutralan asid dan alkali4. Permukaan putih dan hitam5. Pemindahan haba6. Serap dan bebas haba7. Proses pencernaan makanan8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran9. Kestabilan10. Konsep tuas11. Proses persenyawaan12. Peredaran darah13. Interaksi organisma hidup14. Konsep tekanan udara15. Tenaga dan perubahan16. Litar selari dan litar bersiri17. Transformer

2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)

SEMASA TARIK NAFASSangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luarRongga torasik membesarDiafragma bergerak ke bawahTekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik

SEMASA HEMBUS NAFASSangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalamRongga torasik mengecilDiafragma bergerak keatasTekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar

Page 2: PT3 Tips.docx

Perbandingan Sifat Asid dan AlkaliPersamaan1) Kedua-duanya larut dalam air2) Bersifat mengakis jika pekat

Perbezaan1) RasaAsid rasa masam, Alkali rasa pahit

2) Kertas LitmusAsid menukarkan kertas litmus biru kepada merah, Alkali menukarkan kertas litmus merah kepada biru

3) Nilai pHAsid kurang daripada 7, Alkali lebih daripada 7

4) Tindakbalas dengan logamAsid menghasilkan gas hidrogen, Alkali tidak ada tindakbalas

PeneutralanPeneutralan adalah tindakbalas antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air.

asid + alkali -> garam + air

Aplikasi Peneutralan Dalam Kehidupan Seharian1) Ubat Gigi - Mencegah kerosakan gigiUbat gigi (alkali) meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut

2) Syampu dan perapi - Menjaga kesihatan rambutSyampu (alkali) perlu digunakan bersama Perapi (asid) untuk penjagaan rambut

3) Sengatan serangga Sengatan lebah (asid) dirawat dengan losyen kalamina (alkali)Sengatan tebuan (alkali) dirawat dengan asid cair

4) Ubat Pencernaan - Merawat gastrikGastrik (asid) dirawat dengan susu magnesia (alkali)

Page 3: PT3 Tips.docx

Sistem Pencernaan Manusia

(Human Digestive System)

PERINGKAT 1 - MULUTPercernaan secara fizikal - mengunyahPencernaan secara kimia - Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase dalam air liur

PERINGKAT 2 - ESOFAGUSGerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut 

PERINGKAT 3 - PERUTPencernaan secara kimia- Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease- Enzim Protease bagi menguraikan protein- Menghasilkan kim (makanan separa pepejal)

PERINGKAT 4 - DUODENUMPencernaan secara kimia- Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim- Jus pankreas : enzim Amylase, enzim Protease, enzim Lipase

PERINGKAT 5 - USUS KECILPencernaan secara kimia

- Jus Usus : enzim Maltase, enzim Protease, enzim Lipase

Page 4: PT3 Tips.docx

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek

Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik yang disebut pusat graviti. Pusat graviti juga disebut titik keseimbangan objek. Kedudukan pusat graviti sesuatu objek bergantung kepada bentuk objek. Bagi objek berbentuk sekata, pusat gravitinya terletak di tengah objek. Manakala bagi objek yang tidak sekata pula, pusat graviti nya terletak di luar objek.

Pusat gravitiPusat graviti adalah satu titik di mana seluruh berat objek dapat diseimbangkan.

Faktor yang mempengaruhi kestabilanSesuatu objek juga dikatakan stabil, apabila objek tersebut sukar untuk tumbang. Selain daripada pusat graviti, luas tapak juga boleh mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.

1) Pusat GravitiSemakin rendah pusat graviti, semakin stabil sesuatu objek2) Luas TapakSemakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut

Page 6: PT3 Tips.docx

Persenyawaan dan Kehamilan

BAGAIMANA KEHAMILAN BOLEH BERLAKU?

Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-13,14,15 dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini dinamakan proses Pengovulan.

Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan proses Persenyawaan.

Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi. 

Page 7: PT3 Tips.docx

Sistem Peredaran Darah Dalam Badan Manusia

Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.

Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!

Jantung juga merupakan organ pertama   yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!

Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena

KAPILARIKapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan   antara darah dan badan.

ARTERIArteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.

VENAVena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.

Page 9: PT3 Tips.docx

Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan, Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan Parasitisme

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.

1) Mangsa-PemangsaIni adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa. 

 Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

2) Persaingan

 a) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.

 Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.

b) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.  Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.

3) SimbiosisHubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.

a) KomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma

mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.  Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)

b) MutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.  Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.  c) ParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.

  Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut. 

Page 10: PT3 Tips.docx

Memahami Tekanan Udara

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih dahulu Teori Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?

1) IsipaduJika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah 

2) Suhu udara Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Suhu meningkat, Tekanan meningkat

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan HarianPelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 

2. PicagariApabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari. 

Page 11: PT3 Tips.docx

3. Pam SemburanApabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder. 

4. SifonApabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon. 

5. Paip tersumbatMenekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubangSusu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Page 12: PT3 Tips.docx

Litar Selari dan Litar Bersiri

Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai penyambung dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir.

Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu suis. 

Litar BersiriArus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.

Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang samaKelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar SelariArus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.

Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasinganKelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol dibekalkan dengan voltan yang sama