dirgahayu umno (63 tahun perjuangan sebuah bangsa)

5
8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa) http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 1/5 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa) 63 tahun yang lalu, pada 11hb. Mei 1946, setelah melalui beberapa pertemuan dan perbincangan, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai persatuan dari seluruh tanahair telah bersepakat untuk menyatukan seluruh perjuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang selama ini terpisah-pisah atas faktor primordial dan parochial. Perjuangan orang Melayu yang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya disatukan dibawah satu wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO. Sebelum itu Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat kesukuan dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-negeri yang lain termasuk Melayu Johor. Lahirlah bermacam-macam persatuan seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), PETA (Pembela Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ (Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk menentang penjajahan Inggeris, tetapi mereka terpisah kerana semangat negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan kedaerahan. Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan memperkasakan perjuangan Melayu melalui satu sahaja wadah Perjuangan iaitu UMNO. Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan Melayu seperti SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang masih berdegil dan enggan membenarkan ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus. Dengan kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh 27hb Disember 1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul. Kesannya, hanya sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan yang penuh keperitan dan penghinaan kira-kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang Melayu telah dilafaskannya kira-kira 63 tahun yang lalu.

Upload: matahatijohor

Post on 30-May-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 1/5

DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

63 tahun yang lalu, pada 11hb. Mei 1946, setelah melalui beberapa pertemuan dan

perbincangan, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai persatuan dari seluruh tanahair telah

bersepakat untuk menyatukan seluruh perjuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang selama

ini terpisah-pisah atas faktor primordial dan parochial.

Perjuangan orang Melayu yang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya

disatukan dibawah satu wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau

UMNO.

Sebelum itu Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat kesukuan

dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk

orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-negeri yang lain termasuk Melayu Johor.

Lahirlah bermacam-macam persatuan seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan

Melayu Muda), PETA (Pembela Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ

(Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai matlamat

perjuangan yang sama iaitu untuk menentang penjajahan Inggeris, tetapi mereka terpisah

kerana semangat negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan

kedaerahan.

Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan memperkasakan

perjuangan Melayu melalui satu sahaja wadah Perjuangan iaitu UMNO.

Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan Melayu seperti

SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang masih berdegil dan enggan membenarkan

ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus.

Dengan kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh

27hb Disember 1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan

perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul.

Kesannya, hanya sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah

Melayu telah mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan yang penuhkeperitan dan penghinaan kira-kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang

Melayu telah dilafaskannya kira-kira 63 tahun yang lalu.

Page 2: DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 2/5

Hari ini terdapat juga dari kalangan kita yang berjuang dengan mengajak dan menyeru orang

Melayu khususnya Ahli UMNO agar kembali semula ke era atau zaman kelemahan perjuangan

Melayu. Mereka ini berusaha untuk melemahkan UMNO. Mereka mengajak orang Melayu

berundur kebelakang. Mereka mengajak orang Melayu membongkar kubur pejuang-pejuang

kesukuan dan kedaerahan yang telah lama dikuburkan oleh UMNO dan cuba menghidupkan

tulang-tulang yang telah reput itu.

Menyentuh tentang mereka ini, saya teringat akan sebuah pesanan Lukman Hakim yang

terkenal itu kepada anaknya. “wahai anakku, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang boleh

menahan ikan dari menjadi busuk, maka janganlah sekali-kali kamu menjadi langau yang akan

mempercepatkan lagi ikan itu menjadi busuk.”

Pengajaran yang boleh kita dapat dari pesanan Lukman Hakim itu adalah : Jika kita tidak dapat

untuk menyumbang kepada memastikan UMNO terus utuh dan kuat bagi menjayakan agenda

perjuangan bangsa Melayu, maka janganlah pula kita menjadi orang yang beria-ia dan

bersungguh-sungguh berusaha untuk merosak dan menjahanamkan UMNO yang keramat ini.

Mudah-mudahan, kita akan mendapat pengajaran dari pesanan yang sungguh amat bermakna

ini.

Dalam setiap langkah perjuangan UMNO, ianya hanya boleh berjaya jika ia terus diberikan

sokongan, khususnya oleh orang-orang Melayu. Lagi ramai orang Melayu menyokong UMNO,

lagi pantas, lagi mudah dan lagi cepat UMNO bergerak, untuk memberi pembelaan dan

perjuangan kepada orang-orang Melayu.

Orang Melayu tidak menyokong UMNO hanya kerana nama pertubuhan kita adalah UMNO.

Orang Melayu akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada UMNO, hanya jika kitasentiasa berjuang untuk memelihara kekuasaan politik, kesejahteraan ekonomi dan martabat

sosial serta mempertingkatkan kesucian agama islam dan keagongan bangsa kita.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu telah menunjukkan bahawa, ada tanda-

tanda bahawa orang Melayu khususnya generasi muda, telah mula hilang kepercayaan kepada

parti kita UMNO. Selain Kelantan, kini Kedah, Perak (dapat kita tawan kembali), Pulau Pinang

dan Selangor telah berjaya ditawan oleh Parti Pembangkang. Negeri Johor yang terkenal selama

ini sebagai kubu kuat UMNO, juga telah berjaya dicerobohi oleh pihak pembangkang.

Lanjutan dari kemerosotan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu, telahmenyebabkan kegawatan dalam parti kita UMNO. Begitu juga dalam parti-parti komponen BN

yang lain. Masing-masing cuba menuding jari menyalahkan pihak yang lain.

Tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi,

melainkan kita sendiri harus mengkaji semula kelemahan dan kesilapan diri kita, seterusnya

mengambil jalan secepat mungkin, untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan tersebut. Masa

terus berjalan. Jika kita lambat bertindak dan terus menyalahkan pihak lain, kemungkinan untuk

bangkit semula dalam Pilihanraya Umum yang akan datang menjadi semakin tipis.

Kesan dari keputusan PRU12 yang lalu juga, telah menyebabkan orang-orang Melayu yangmerasa cemas dan tergugat, mula mengambil tindakan menubuhkan bermacam-macam

pertubuhan. Dalam keadaan kita mahu menyatukan Orang Melayu yang telah mula berpecah,

Page 3: DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 3/5

tindakan ini tentunya tidak akan membantu. Malah tindakan menubuhkan lebih banyak

pertubuhan ini akan menambahkan lagi perpecahan kepada Orang Melayu.

Namun bagi saya, keadaan ini juga sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan, bahawa

sudah ada tanda-tanda Orang Melayu mula merasakan bahawa mereka tidak boleh lagi

mengharapkan Parti UMNO untuk menjamin dan membela nasib mereka. Orang Melayu mula

merasa tidak selamat lagi.

Banyak seminar, banyak forum dan perbincangan telah diadakan untuk mengkaji apa yang

sebenarnya telah terjadi kepada UMNO dan Barisan Nasional, pada PRU12 yang lalu. Maka

begitu banyak sebab telah kenal pasti sebagai punca kepada keadaan ini. Banyak juga

cadangan yang telah diterima oleh UMNO untuk dilaksanakan, bagi mengembalikan keyakinan

dan sokongan pengundi kepada parti kita.

Apa yang pasti, persepsi atau pandangan masyarakat dan pengundi terhadap parti kita telah

banyak merosot dan berubah. Ahli UMNO kini dilihat mementingkan diri sendiri berbanding

melaksanakan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ahli UMNO juga telah dilihat lebih gemar mengejar jawatan bagi kepentingan diri dan kumpulan

mereka sendiri. Parti UMNO kini dilihat malah dituduh sebagai parti yang rasuah.

Ahli UMNO juga digambarkan sebagai gila kuasa sehingga sanggup menghabiskan wang yang

banyak untuk menyogok dan merasuah bagi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti. Para

perasuah dikatakan mendapat sanjungan dari ahli dan diberikan tempat dan kedudukan yang

tinggi dalam parti.

Bermacam-macam lagi persepsi buruk yang telah dilabelkan kepada parti kita UMNO. Semua ini

tidak boleh kita ambil dan pandang ringan kerana semua inilah yang menentukan kemenangan

dan kejayaan parti kita pada masa depan.

Samada kita suka atau tidak dengan setiap persepsi mahupun label buruk yang telah diberikan

kepada parti kita, rakyat atau pengundi telah membuat keputusan di peti-peti undi pada PRU12

yang lalu.

Samada kita menerimanya atau menafikannya, kita telah kehilangan 4 buah lagi negeri pada

PRU12 yang lalu. Adakah kita sanggup kehilangan beberapa buah negeri lagi pada PRU13 yangakan datang.

Jika kita terus berbalah dan menyalahkan pihak lain serta tidak cepat bertindak, kita malah

mungkin akan menerima kekalahan yang lebih teruk lagi, dan mungkin juga akan terus

kehilangan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan. Adakah kita sanggup perkara ini terjadi

kepada parti kita.

Tidak ada maknanya jawatan dalam parti yang kita perolehi dengan menggunakan sogokan itu,

sekiranya parti kita telah kehilangan kuasa untuk memerintah.

Justeru itu, marilah kita bermuhasabah diri. UMNO tidak boleh kalah dalam pilihanraya. UMNO

tidak mampu untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya. UMNO yang keramat ini

Page 4: DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 4/5

Page 5: DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

8/9/2019 DIRGAHAYU UMNO (63 Tahun Perjuangan Sebuah Bangsa)

http://slidepdf.com/reader/full/dirgahayu-umno-63-tahun-perjuangan-sebuah-bangsa 5/5

cuba memberikan yang terbaik dan menghindarkan sesuatu yang buruk dari menimpa kepada

bangsa, agama dan tanahair kita".

Selamat menyambut Hari UMNO yang ke 63 tahun. Bersama kita memperkasa dan memelihara

UMNO agar dapat kita wariskan kegemilangannya kepada generasi akan datang, InsyaAllah.

Salam perjuangan penuh keikhlasan,

Hj. Shukri Bin Hj. Suratman

Pengerusi,

Kelab Penyokong UMNO Facebook (KPUMaya)

http://www.facebook.com/group.php?gid=11214944403

(Timb. Ketua, UMNO Cawangan Kg. FELDA Air Tawar Satu)