66 fakta umno khianat melayu

70
1 66 Fakta UMNO Khianati Melayu a

Upload: jejak-perkasa

Post on 25-Nov-2015

286 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Prakata Penyusun

66 Fakta UMNO Khianati Melayu

66 Fakta UMNO Khianati Melayu a

66 FAKTA UMNO KHIANATI

MELAYUDiterbitkan oleh :

Lajnah Penerangan,Dewan Pemuda PAS

Negeri Kelantan (DPPNK)

CETAKAN : FEBRUARI 2013Prakata

uku ini terbit untuk menjawab fitnah berterusan UMNO dan Barisan Nasional terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO kini hanya berpaut kepada benteng perkauman Melayu sahaja untuk terus bertahan. Walhal, UMNO lah yang merupakan sebesar-besar pengkhianat terhadap bangsa Melayu. UMNO bagaikan pawang polong yang melepaskan polong untuk merasuk lalu menawarkan ubatnya.

Ancaman terhadap Melayu ini sebenarnya diwujudkan sendiri oleh UMNO, lalu mereka mendabik dada mendakwa diri sebagai hero. Buku ini mendedahkan satu persatu topeng yang dipakai oleh UMNO untuk melindungi wajahnya yang sebenar.

Percayalah, Melayu tidak akan pupus hanya kerana kekalahan UMNO. Tetapi Melayu boleh pupus jika UMNO dibiarkan terus berkuasa. Selamat membaca.AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

emel : [email protected]

"Seruan kita ialah Islam. Dengan Islam orang Cina dan India tidak merasa ralat untuk bersama kita. Tetapi UMNO, seruan mereka ialah Melayu, mereka hanya bela Melayu sahaja. Hakikatnya Islam pun mereka tidak jaga, Melayu pun mereka tidak bela!.." - YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS."Kita bukan menolak perjuangan Melayu, tetapi kita ingin menegaskan bahawa hanya dengan Islam sahaja Melayu akan terbela. Kerana itu, kita menyeru kepada Islam, dan dengan sendirinya bangsa Melayu akan terjamin kehormatannya. Rekodnya telah ada di Kelantan. Tinggal lagi UMNO hanya berpura-pura buta dalam celik!" - YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.UMNO KHIANATI MELAYU MELALUI KUASA POLITIK DAN PERCATURAN KERUSI PILIHANRAYA

1. UMNO mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Sebanyak 27 kerusi Parlimen baru diwujudkan namun Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Johor diperuntukan 6 kerusi Parlimen, Sabah 5. Semua negeri yang lain mendapat tambahan kerusi Parlimen, termasuk Wilayah Persekutuan. Sarawak tidak terlibat, kerana persempadanan kawasan telah disempurnakan dalam tahun 1997. Ini akibatnya mengurangkan suara kerusi Melayu di dalam Parlimen. 2. UMNO tanpa segan silu menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada parti komponen BN sekalipun mereka mendapat majoriti di Pulau Pinang. Pada 1959, walaupun kedudukan Umno kuat dan tidak ada siapa yang mensyaratkan Ketua Menteri mesti MCA, UMNO menawarkan jawatan ketua menteri itu kepada Wong Paw Nee, pemimpin MCA yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri sehingga tahun 1969. Dari tahun 1969 sehingga 2008 pula, jawatan itu dipegang oleh pemimpin parti GERAKAN iaitu Tun Dato Seri Dr. Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. BELUM PERNAH jawatan Ketua Menteri dipegang oleh bangsa Melayu. Lalu kenapa mereka menggelupur apabila Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini disandang oleh DAP yang mendapat majoriti dalam DUN Pulau Pinang?

3. UMNO merelakan jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang disandang oleh parti GERAKAN sekalipun parti tersebut gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang pada tahun 2008 berbanding UMNO yang memenangi 11 kerusi DUN Pulau Pinang. Kelihatan dengan jelas betapa dayusnya UMNO mempertahankan suara Melayu dalam Barisan Nasional Pulau Pinang.

4. UMNO dengan sukarela meletakkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu yang menyaksikan suara Melayu berkurangan. Di DUN Tenggaroh, Johor misalnya, peratusan pengundi Melayu ialah 80%, Cina (17%) dan India (2%). Tetapi UMNO merelakan calon yang bertanding daripada MIC iaitu Murukasvary a/p S.Thanarajan yang mengalahkan calon PAS iaitu Shahar bin Abdullah dengan majoriti 8,233. Kekalahan calon PAS menyebabkan berkurangnya satu suara Melayu dalam DUN Johor.

5. Di DUN Titi Tinggi, Perlis, peratus pengundi Melayu ialah 74%, Cina (23%) dan India (1%), namun UMNO hanya melihat dengan rela hati kerusi tersebut ditandingi oleh Yip Sun Onn daripada MCA yang menang mengalahkan calon Melayu dari PKR. Kemenangan calon MCA itu mengurangkan satu suara Melayu dalam DUN Perlis.

6. Di Parlimen Gerik, Perak yang majoriti pengundi Melayunya ialah 73%, manakala pengundi Cina 17% dan India 7%, UMNO merelakan kerusi itu ditandingi oleh Tan Lian Hoe dari Parti GERAKAN walaupun jelas majoriti pengundi ialah berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe mengalahkan calon Melayu Mohd Noor bin Abdul Rahman dari parti PAS dengan majoriti 5,573. UMNO bertanggungjawab menyebabkan satu suara Melayu hilang di Parlimen!

7. Di DUN Kahang, Johor, pengundi Melayu membentuk majoriti dengan angka 71.39%, Cina (26.11%) manakala India (2.46%), UMNO tanpa segan silu menghulurkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu R. Vidyananthan A/L Ramanadhan yang seterusnya mengalahkan calon Melayu, Abdul Halim bin Mohamad Dawam daripada parti PKR dengan majoriti 5,324 undi. Tidak malukah UMNO menjerit seperti polong kelaparan HIDUP MELAYU!! sedangkan kerusi majoriti Melayu diserahkan dengan mudah kepada MIC?

8. Di DUN Cheka, Pahang, majoriti pengundi ialah bangsa Melayu dengan 68%, sementara pengundi Cina ialah 26% dan India (5%). Sekalipun Melayu merupakan majoriti tetapi UMNO tetap memberikan laluan kepada calon MCA iaitu Datuk Fong Koong Fuee yang menang mengalahkan calon Melayu daripada PKR iaitu Ishak bin Sat dengan majoriti 1,280 undi. Melayu Pahang kehilangan satu suara di DUN mereka akibat percaturan hebat UMNO/Barisan Nasional.

9. Di DUN Pasir Panjang, Perak, sekali lagi UMNO membuat percaturan yang jelas merugikan bangsa Melayu. Peratusan pengundi Melayu di DUN ini ialah 65%, Cina 15% dan India 19%. UMNO sanggup berputih mata dengan memberikan laluan bertanding kepada calon MIC iaitu Vasan A/L P. Sinnadurai menentang calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Calon yang direstui UMNO ini kecundang kepada calon PAS dan memberikan satu suara orang Melayu dalam DUN Perak.

10. Di Selangor juga mencatat percaturan UMNO yang mengkhianati Melayu. Di DUN Batu Caves yang mencatat peratus pengundi Melayu 62%, Cina 15% dan India 3%. Sekalipun pengundi India hanyalah 3%, tetapi UMNO bermurah hati menyedekahkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu Mohan A/L Thangarasu. Bagaimanapun, calon ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR iaitu Amiruddin Shari.

11. Di Parlimen Kuantan, Pahang juga memperlihatkan kecerdikan UMNO membela Melayu. Parlimen ini yang mencatatkan peratusan pengundi Melayu sebanyak 60% dan Cina 34% serta India 4% telah disedekahkan kepada MCA yang ditandingi oleh Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Gua menentang calon PKR iaitu Fuziah Salleh. Calon MCA kemudiannya tewas kepada Fuziah dan menggagalkan cubaan UMNO untuk menggadaikan kerusi Kuantan sekalipun majoriti pengundi ialah Melayu.

12. Di DUN Pulai Sebatang, Johor membuktikan lagi kerakusan UMNO menjual Melayu apabila menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh calon MCA iaitu Datuk Tee Siew Kiong sedangkan pengundi Cina di situ hanya 38.19% sahaja berbanding pengundi Melayu iaitu 60.28%. Tee mengalahkan calon Melayu daripada PAS, Shamsuddin Jaafar dengan majoriti 5,765 undi.

13. Di Melaka juga UMNO telah menggadaikan maruah Melayu apabila melepaskan kerusi DUN Asahan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu 58.27%. Kerusi tersebut diserahkan kepada Datuk R. Perumal daripada MIC untuk bertanding dan seterusnya menang ke atas calon Melayu daripada PAS, Amdan Sudin. Pengundi India di kerusi tersebut hanya berjumlah 12.14% tetapi kemurahan hati UMNO memastikan calon MIC menang dan merugikan satu suara Melayu di DUN Melaka.

14. Di DUN Behrang, Perak juga mencatat kehebatan UMNO membela Melayu apabila dengan rela hati menyerahkan kerusi tersebut kepada calon India, Datuk M. Ramasamy walaupun pengundi India hanya berjumlah 19.25%! Jumlah pengundi Melayu ialah 57.09% dan M. Ramasamy tewas kepada calon Melayu daripada PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dengan majoriti 1,027 undi.

15. UMNO juga khianat kepada Melayu dan merugikan suara Melayu apabila menyerahkan kerusi kepada calon Cina, Toh Chin Yaw untuk bertanding dalam pilihanraya umum 2008 di DUN Bandar, Terengganu. DUN tersebut mempunyai jumlah pengundi Melayu 60.4% mengatasi pengundi yang hanya Cina 38.02%. Toh Chin Yaw kemudiannya menang ke atas calon Melayu daripada PKR, Dr. Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi.

16. Di DUN Parit Yaani, Johor juga menyaksikan pengkhianatan UMNO apabila melepaskan kerusi yang majoritinya pengundi Melayu sebanyak 56.90% itu kepada calon MCA, Ng See Tiong untuk bertanding. Ng menang kerusi tersebut mengalahkan calon Melayu daripada PAS, Hashim Jusoh dengan majoriti 3,857. Satu suara Melayu di DUN Johor tergadai ekoran pengkhianatan UMNO ini.

17. Di Pahang, UMNO juga memperkosa maruah Melayu apabila menyerahkan dengan rela kerusi DUN Damak yang majoritinya pengundi Melayu sebanyak 56.05% kepada calon MCA, Datuk Lau Lee sedangkan pengundi Cina di situ hanyalah 36.71%. Lau kemudiannya menang menewaskan calon Melayu daripada PKR, Mohd. Nor Jaafar dengan majoriti 509 undi.

18. Di Parlimen Ayer Itam, Johor juga mempertontonkan episod kerakusan UMNO menggadaikan maruah Melayu apabila bertindak melepaskan kerusi yang majoritinya pengundi Melayu ini dengan jumlah 56.39% kepada calon MCA, Dr. Wee Ka Siong. Calon MCA ini berjaya menewaskan calon Melayu daripada PAS, Hussin Sujak dengan majoriti 13,909.

19. Di Johor lagi, DUN Gambir mencatat kejahatan UMNO terhadap bangsa Melayu apabila sekali lagi melepaskan DUN yang majoritinya pengundi Melayu dengan jumlah 55.14% ini kepada calon MIC, M. Asojan A/L Muniyandy. Untuk rekod, jumlah pengundi India di DUN tersebut hanyalah 3.91% tetapi M.Asojan menang menewaskan calon Melayu daripada PAS, Kasim Ibrahim dengan majoriti 2,463.

20. Masih di Johor, episod pengkhianatan UMNO terhada Melayu masih belum tamat. UMNO kali ini menggadaikan pula Parlimen Simpang Renggam yang mempunyai pengundi Melayu seramai 54.51% kepada calon GERAKAN, Liang Teck Meng. Calon GERAKAN ini menewaskan calon Melayu daripada PAS, Azhar Gombang dengan majoriti 7,853.

21. Di Parlimen Hulu Selangor yang peratus pengundi Melayunya ialah 53.94%, UMNO buat kesekian kalinya menyerahkan kerusi Parlimen ini kepada calon MIC, Datuk G. Palanivel sekalipun jumlah pengundi India hanyalah 18.98%. Bagaimanapun dalam pilihanraya umum 2008, calon ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dengan majoriti 198.

22. Namun episod pengkhianatan UMNO terhadap Melayu di parlimen Hulu Selangor ini masih belum tamat. Dalam keadaan UMNO mencanangkan kuasa Melayu semakin terhakis, tiba-tiba dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor yang diadakan pada April 2010 berikutan kematian Ahli Parlimennya, UMNO merelakan sekali lagi kerusi ini ditandingi oleh calon MIC. Kali ini MIC meletakkan calon P. Kamalanathan yang menewaskan calon Melayu daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725.

23. Di Parlimen Bandar Tun Razak, sekalipun peratus pengundi Melayu ialah 52.73%, UMNO dengan sukarela menyerahkan kerusi ini untuk ditandingi oleh calon MCA, Datuk Tan Chai Ho. Namun, hasrat UMNO untuk menggadaikan satu suara Melayu di Parlimen ini gagal apabila calon MCA ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan majroiti 2,515.

24. Di DUN Permas, Johor sekali lagi UMNO menggadaikan suara Melayu dengan merelakan DUN ini ditandingi oleh calon MIC, M. Munusamy sekalipun peratus pengundi Melayu ialah 53.41% dan pengundi India hanya berjumlah 15.79%. Calon ini berjaya menewaskan calon Melayu daripada PAS, Syed Othman Syed Abdullah dengan majoriti 2,018.

25. Di Johor lagi, DUN Pemanis turut dilepaskan oleh UMNO untuk ditandingi oleh calon dari parti GERAKAN, Lau Chin Hoon walaupun jumlah pengundi Melayu ialah 54.34%. Lau Chin Hoon berjaya mengalahkan calon Melayu daripada PAS, Othman Selamat dengan majoriti 5,135. Satu lagi episod pengkhianatan UMNO terhadap suara Melayu di DUN Johor tercatat di DUN ini.

26. Di Parlimen Tanjung Malim, Perak juga mencatat episod pengkhianatan UMNO sekali lagi terhadap Melayu apabila merelakan kerusi ini ditandingi oleh calon MCA Datuk Ong Ka Chuan walaupun pengundi Melayu di sini berjumlah 51.23%. Calon ini berjaya menewaskan calon Melayu daripada PKR Mohamad Azman Marjohan dengan majoriti 5,422.

27. Di Parlimen Raub, Pahang juga menyaksikan sekali lagi pemerkosaan terhadap suara Melayu yang dilakukan oleh UMNO apabila menyerahkan kerusi ini yang peratus pengundi Melayunya yang tertinggi dengan jumlah 49.12% kepada calon MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen. Jumlah pengundi Cina di sini hanyalah 43.51% . Calon MCA ini berjaya mengalahkan calon Melayu Abu Bakar Lebai Sudin dengan majoriti 2,752.

28. UMNO juga khianat terhadap Melayu di Parlimen Pandan, Selangor apabila memberikan laluan kepada calon MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding sekalipun peratus pengundi Melayu yang paling tinggi di kawasan tersebut dengan jumlah 49.34% berbanding Cina 45.04%. Calon ini menewaskan calon Melayu daripada PKR Syed Shahir Syed Mohamud dengam majoriti 2,961. Hakikatnya, undi kaum Melayu lah yang membawa Presiden MCA ini ke Parlimen. Inilah bukti kebaikan hati UMNO yang mendabik dada sebagai juara bangsa Melayu!

29. Di Johor, UMNO juga membunuh suara Melayu dengan melepaskan kerusi Parlimen Tebrau kepada calon MCA, Lim Bang San @ Teng Boon Soon walaupun komposisi pengundi Melayu ialah yang tertinggi dengan jumlah 49.34% berbanding Cina 36.97%. Lim seterusnya menewaskan calon Melayu daripada PAS, Roslani Sharif dengan majoriti 14,658.

30. Di Johor juga, Parlimen Tanjong Piai menyaksikan kerakusan UMNO menggadaikan suara Melayu di Parlimen dengan mempersembahkan kerusi ini kepada calon MCA, Wee Jeck Seng walaupun jumlah pengundi Melayu adalah tertinggi iaitu 50.16% berbanding Cina 48.77%. Wee menang menewaskan calon Melayu Ahmad Ton dengan majoriti besar 12,371.

31. Masih lagi di Johor dengan episod pengkhianatan UMNO yang seterusnya terhadap bangsa Melayu apabila melepaskan kerusi DUN Pengkalan Rinting kepada calon MCA, Chia Song Cheng walaupun jumlah pengundi Melayu ialah 47.87% berbanding Cina hanya 41.62%. Calon ini berjaya mengalahkan calon Melayu daripada PAS Rahmatullah Abdul dengan majoriti 10,374.

32. Di Parlimen Lumut, Perak juga memperlihatkan kedangkalan UMNO dalam mengatur langkah politik untuk bangsa Melayu apabila melepaskan kerusi ini untuk ditandingi oleh calon MCA, Datuk Kong Cho Ha sekalipun pengundi Melayu mencatat peratus tertinggi dengan jumlah 48.77% berbanding Cina 38.49%. Cho Ha berjaya menewaskan calon Melayu Suwardi Sapuan (PKR) dengan majoriti 298 undi.

33. Di Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan juga membuktikan kegagalan UMNO memperjuangkan suara Melayu apabila merelakan calon MIC, Datuk S. Sothinathan bertanding dalam keadaan pangundi Melayu di situ berjumlah 40.6% berbanding Cina 36.1% dan India 22.2%. Namun calon ini berjaya ditewaskan oleh calon Melayu dari PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas dengan majoriti 2,804.

34. Begitu juga di Parlimen Kota Raja, Selangor menyaksikan kegagalan UMNO memperjuangkan suara Melayu apabila melepaskan sahaja kerusi ini untuk ditandingi oleh calon MIC S. A. Vigneswaran walaupun jumlah pengundi Melayu ialah tertinggi dengan 47.7% berbanding Cina 23.16% dan India 28.27%. Namun, calon MIC ini tewas kepada calon Melayu daripada PAS, Dr Siti Mariah Mahmud yang menang dengan majoriti 20,751.

35. Di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang pula menyaksikan kegagalan UMNO menggadaikan suara Melayu di Parlimen apabila calonnya Ooi Siew Kim dari MCA tewas kepada calon Melayu Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) dengan majoriti 11,029. Walaupun di sini Melayu merupakan minoriti dengan peratus 39.14% berbanding Cina 48.46% tetapi calon Melayu tetap menang dengan tiket pembangkang membuktikan bahawa Melayu tidak pernah tergadai nasib di dalam Pakatan Rakyat.

36. Di Parlimen Tuaran, Sabah, Pakatan Rakyat lebih memperlihatkan kesungguhan memperjuangkan suara Melayu apabila meletakkan calon Melayu daripada PKR Ansari Abdullah untuk menentang calon Barisan Nasional yang direstui oleh UMNO, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Bagaimanapun, suara Melayu dari Tuaran gagal ke parlimen apabila Ansari tewas dengan majoriti 6,622.

37. Begitu juga di Parlimen Saratok, Sarawak di mana UMNO tidak menunjukkan kesungguhan memperjuangkan suara Melayu apabila menyerahkan kerusi ini untuk ditandingi oleh calon Barisan Nasional Jelaing Mersat berbanding dengan Pakatan Rakyat (pada masa itu hanya barisan pembangkang) yang meletakkan calon Melayu Mohd. Yahya Abdullah (PKR). Namun, calon Melayu ini gagal ke Parlimen apabila tewas dengan majoriti 8,706 undi.

38. Di Parlimen Gelang Patah, Johor, barisan pembangkang lebih menjamin suara Melayu dengan meletakkan calon Dr. Zaleha Mustafa (PKR) menentang calon MCA yang direstui UMNO, Tan Ah Eng. Bagaimanapun, calon Melayu ini tewas dengan majoriti 8,851 undi sekaligus menyaksikan kehilangan satu suara Melayu di Parlimen.

39. Untuk rekod, dalam pilihanraya umum 2004, UMNO dan Barisan Nasional mendapat kejayaan cemerlang namun bilangan ahli parlimen Melayu dalam parlimen hanyalah 123 orang (UMNO 108 + PBB 7 + PAS 1 dan PKR 1). Namun selepas pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga, bilangan ahli parlimen Melayu bertambah menjadi 130 orang (UMNO 86 + PAS 23 dan PKR 20). Ini bermakna kekalahan UMNO / BN lebih baik untuk penguasaan suara Melayu di Parlimen.

40. Begitu juga dalam kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negara. Selepas pilihanraya umum 2008, jumlah semua kerusi yang disandang oleh Melayu (UMNO+PAS+PKR) ialah 311 kerusi berbanding pada tahun 2004 di mana kerusi DUN yang disandang oleh Melayu hanyalah 307 kerusi (Melayu + PAS). Selain itu, jumlah kerusi yang ditandingi oleh calon Melayu daripada barisan pembangkang yang tewas di tangan calon bukan Melayu Barisan Nasional ialah 16 kerusi di seluruh negara. Ini jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat lebih menjamin nasib Melayu berbanding UMNO/BN.41. Untuk rekod juga, di peringkat parlimen pada tahun 2008, hanya LIMA buah kerusi sahaja yang melibatkan pertembungan calon Melayu Barisan Nasional menentang calon bukan Melayu Pakatan Rakyat berbanding dengan LAPAN BELAS buah kerusi yang melibatkan pertembungan calon Melayu Pakatan Rakyat menentang calon bukan Melayu dari Barisan Nasional. Siapakah yang lebih menjamin suara Melayu di Parlimen?

JENAYAH UMNO TERHADAP TANAH RIZAB MELAYU

42. UMNO yang bertanggungjawab menggadaikan tanah rizab Melayu di Tumpat, Kelantan kepada seorang pemimpin MCA. Tanah itu ialah di Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat yang mana hari ini nama yang tertera di dalam geran ialah nama bekas pemimpin MCA-BN, Datuk Foo Chow Yong. Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri ketika zaman pemerintahan UMNO di Kelantan. Hari ini, berpuluh-puluh keluarga Melayu yang menetap di atas tanah itu dihalau keluar untuk tujuan pembangunan. 43. Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.44. UMNO yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu. Tanah Kg. Baru lebih tinggi nilainya dari Rizab Melayu kerana ianya kurniaan sultan di bawah Malay Agriculture Settlement (MAS). Namun, tanah berharga milik orang Melayu ini tergadai kerana kerakusan pemimpin UMNO.45. Pada 13 Jun 2008, akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat? Adakah ini Ketuanan Melayu?

46. UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberikan hak keapda warga Singapura memasuki WPI ini tanpa pemeriksaan imigresen sebagaimana sepatutnya. Bahkan jawatankuasa bersama Malaysia - Singapura telah diwujudkan sebelum projek ini bermula lagi menunjukkan bagaiamana penguasaaan Singapura ke atas WPI. Di dalam wilayah ini, 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM. Akhirnya ia akan tergadai begitu sahaja yang akan menjadikan jumlah TRM di Johor merosot dengan drastik.47. Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah telah susut dengan kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.48. UMNO menggadaikan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Tanjunr Pagar, Singapura yang tanah pajakan dengan Kerajaan Singpura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah daripada Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16). Tanah ini cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar. Namun akibat 'kecerdikan' UMNO, tanah pusaka yang sangat bernilai ini diserahkan kepada Singapura dengan gantian tanah yang mempunyai nilaian jauh lebih rendah.

JENAYAH UMNO TERHADAP EKONOMI ORANG MELAYU

49. UMNO menafikan royalti minyak kepada Kelantan, sebuah negeri yang majoritinya kaum Melayu. Berbeza dengan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh Barisan Nasional kesemuanya menerima royalti minyak tersebut. Bahkan untuk negeri Pahang, sudah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012 bakal menerima wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun bermula suku ketiga tahun 2014.50. UMNO bertindak menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati kemudahan lebuhraya Kota Bharu Gua Musang yang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Ia sekali lagi diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilaksanakan. Ia hanya menjadi modal politik Najib Tun Razak yang terus berjanji untuk melaksanakan projek lebuhraya sekiranya UMNO berjaya merampas Kelantan di dalam PRU yang akan datang.

51. UMNO lebih suka rakyat tidak mendapat keselesaan dan terus hidup bergantung hayat dengan UMNO. Ini terbukti pada 30 Januari 2013 apabila YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkunjung ke RKT Lebir Gua Musang untuk menyampaikan geran tanah kepada 82 orang peneroka (54 daripadanya ialah ahli UMNO), UMNO mengerahkan beberapa orang penduduk kampung mengadakan demonstrasi untuk menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan.

52. Dalam pada pemuda-pemuda UMNO terpekik terlolong kerana cadangan Menteri Besar Selangor agar kuota bukan Bumiputera di UiTM dinaikkan, tiba-tiba kerajaan Malaysia pada tahun 2008 telah menaikkan kuota bukan Melayu di MRSM dari 10% ke 30%. Mana pemuda-pemuda UMNO pembela Melayu?53. Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu.54. UMNO gagal mencapai sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini telah tamat pada tahun 1990 setelah ia diperkenalkan pada tahun 1971. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat. Ia berlaku kerana dasar ekonomi pilih kasih dan kroni yang diamalkan oleh UMNO.55. UMNO gagal memartbatkan Melayu di Pulau Pinang sepanjang setengah dekad UMNO memerintah Pulau Pinang. UMNO tidak menyediakan pembangunan yang seimbang dengan rakyat sebaliknya terlalu mengutamakan projek tertaraf mewah. Akhirnya orang Melayu terus terpinggir di Pulau Pinang. Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir sendiri bahawa Melayu di Pulau Pinang bagaikan hidup pada zaman Perang Duni Kedua!56. UMNO hanya berjaya melahirkan jutawan seperti Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Dalam kajian tahunan majalah Malaysian Business (16 Februari 2010), nilai kekayaan Robert Kuok adalah RM43 bilion. Beliau kaya kerana lesen monopoli untuk import, proses dan edar gula di Malaysia. Dalam pada Raja Gula semakin kaya, rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula. Dulu harga gula hanya RM1.65 sekilogram. Pada Julai 2010, ia dinaikkan menjadi RM1.90. Pada Disember 2010 naik lagi menjadi RM2.10. Pada Mei 2011, naik lagi menjadi RM2.30 dan pada Oktober 2012 naik lagi menjadi RM2.50. Siapa boleh menjamin harga gula tidak akan naik selepas pilihanraya umum nanti? Inilah Ketuanan Melayu!57. UMNO menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi? Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara. Tapi itulah UMNO, asal kantung mereka penuh, semua perkara boleh dilanggar.58. UMNO juga bercadang untuk hapuskan kuota bumiputera. Ini terbukti ketika Presiden UMNO menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada 28 September 2011 di mana beliau menyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menghindari kuota (bumiputera) dan sedang menggalakkan meritokrasi. Jika ucapan ini keluar melalui mulut pembangkang, maka akan diratib berpuluh hari bahawa pembangkang mahu hapuskan kuota bumiputera.59. UMNO memperkenalkan 'along berlesen' iaitu PTPTN. Sepatutnya anak-anak Melayu yang mendapat biasiswa (pendidikan percuma) dibebankan dengan pinjaman PTPTN yang mengenakan caj-caj sampingan. Mahasiswa yang baru bergraduasi akan terus diburu PTPTN sekalipun belum mendapat pekerjaan. Apabila Pakatan Rakyat menggariskan janji untuk memberikan pendidikan percuma di peringat pengajian tinggi, pemimpin UMNO mendakwa ia akan menjadikan negara bangkrap. Padahal kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 April 2011 menyatakan bahawa sepanjang tahun 2010, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan untuk pinjaman PTPTN RM6.04 bilion. Ertinya, sejumlah ini perlu dicari oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan ketirisan akibat perbelanjaan kurang berhemat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berjumlah lebih 20 billion!

60. UMNO lesapkan saham bumiputera. Dalam artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009 memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka. Sebenarnya, hanya tinggal RM2 billion sahaja sekarang. Siapa harus bertanggungjawab kalau bukan UMNO?61. Kelantan sebagai sebuah negeri yang majoritinya orang Melayu tidak mendapat satu senpun peruntukan untuk projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR). Ini disahkan oleh Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, Kelantan terpaksa berusaha dengan kudrat sendiri membina rumah-rumah awam kos rendah untuk rakyatnya. Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk tujuan ini pada tahun 2012.62. UMNO merperjuangkan Ketuanan Siam di mana UMNO lebih rela gas yang berada di perairan Kelantan yang sepatutnya didaratkan di Pantai Senok, Bachok (jarak 146 km) didaratkan di Songkhla, Selatan Thailand (jarak 245km), biar pun melibatkan pembaziran kos begitu banyak. Adakah ini Ketuanan Melayu fahaman UMNO?63. Melayu Johor menjadi Melayu termiskin walaupun UMNO yang memerintah Johor selama ini. Ini ditegaskan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari 2013 yang lalu.JENAYAH UMNO TERHADAP BAHASA MELAYU

64. UMNO memperkenalkan dasar yang gagal iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Akhirnya dasar ini terbukti jelas gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini. Dalam pada itu, UMNO asyik memperbesarkan isu Kelantan menangguhkan penguatkuasaan salun unisex dan menarik balik larangan penyertaan qariah di dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Padahal langkah UMNO memperkenalkan PPSMI dan menarik balik kemudiannya lebih mendatangkan kesan yang mudharat kepada negara.

65. UMNO sendiri gagal menggunakan nama dalam bahasa Melayu. Tidak padan dengan parti pembela bangsa, UMNO masih mengekalkan namanya sendiri dalam bahasa asing bukan bahasa Melayu ; United Malay National Organisation (UMNO). Sepatutnya sebagai sebuah parti yang menjadi juara Melayu, gunakan sahaja nama Melayu dan kenapa mengagungkan nama di dalam bahasa asing?66. UMNO yang menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah pada tahun 1972. Tulisan jawi ialah tulisan bahasa Melayu. Kini, selepas 40 tahun, Umat Melayu yang dulunya sinonim dengan Al-Quran, kini tergagap-gagap membaca tulisan jawi dan Al-Quran, lama-kelamaan mereka mula menjauhinya kerana fobia dengan bacaan Al-Quran. B