dinamika bahasa melayu – retorik (soalan · pdf filedinamika bahasa melayu –...

4
DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: 1992-2000) 01 Retorik hujahan sesuai untuk bentuk-bentuk penggunaan bahasa yang berikut, kecuali A syarahan C forum E ulasan B taklimat D perbahasan 1992:32 02 Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan contoh penyataan hujah mengikut teknik deduksi? A Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa pilihan raya umum di negara ini dijalankan lima tahun sekali. B Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan berjaya. Kini kita gagal, maka ini bererti bahawa kita tidak berusaha sungguh-sungguh. C Malaysia adalah sebuah negara pertanian yang banyak mengeluarkan hasil tanaman tropika seperti koko, kelapa sawit, nanas, dan sebagainya. D Membuat ramalan tentang idea atau pemikiran penulis dapat dilakukan bukan sahaja semasa pembacaan tetapi juga melalui latar belakang penulis. E Saya pasti bahawa dia mampu menjalankan tugasnya dengan baik kerana sewaktu di sekolah dahulu, dia merupakan pelajar yang paling pandai. 1992:33 03 Yang di atas ialah ciri-ciri retorik A nasihat C pujukan E penceritaan B hujahan D penerangan 1993:32 04 Retorik petikan di atas adalah dalam bentuk Bertujuan untuk mengubah pendirian pembaca Menggerakkan pembaca untuk bertindak Merupakan rayuan yang dibuat secara halus Memperlihatkan keyakinan diri sendiri kepada pembaca Saya tertarik kepada karyanya yang ini berbanding dengan karya-karyanya yang lain kerana di sini kita dapat membaca lukisannya yang bertenaga tentang alam dan kita dapat menyaksikan cara penulisnya menggambarkan kebesaran hutan belantara dan bahasanya yang hidup dan lincah seperti air yang mendesah di pergunungan. Soal yang dikemukakannya pun lain daripada yang lain, bukan mengunyah apa yang telah dikunyah orang dan bukan mencedok apa yang telah ditimba orang.

Upload: vudiep

Post on 06-Feb-2018

309 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan · PDF fileDINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: ... lima tahun sekali. ... Penulisan di atas memperlihatkan ciri-ciri

DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: 1992-2000)

01 Retorik hujahan sesuai untuk bentuk-bentuk penggunaan bahasa yang berikut, kecuali A syarahan C forum E ulasan B taklimat D perbahasan

1992:32

02 Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan contoh penyataan hujah mengikut teknik deduksi?

A Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa pilihan raya umum di negara ini dijalankan lima tahun sekali.

B Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan berjaya. Kini kita gagal, maka ini bererti bahawa kita tidak berusaha sungguh-sungguh.

C Malaysia adalah sebuah negara pertanian yang banyak mengeluarkan hasil tanaman tropika seperti koko, kelapa sawit, nanas, dan sebagainya.

D Membuat ramalan tentang idea atau pemikiran penulis dapat dilakukan bukan sahaja semasa pembacaan tetapi juga melalui latar belakang penulis.

E Saya pasti bahawa dia mampu menjalankan tugasnya dengan baik kerana sewaktu di sekolah dahulu, dia merupakan pelajar yang paling pandai.

1992:33

03

Yang di atas ialah ciri-ciri retorik A nasihat C pujukan E penceritaan B hujahan D penerangan

1993:32

04

Retorik petikan di atas adalah dalam bentuk

• Bertujuan untuk mengubah pendirian pembaca • Menggerakkan pembaca untuk bertindak • Merupakan rayuan yang dibuat secara halus • Memperlihatkan keyakinan diri sendiri kepada pembaca

Saya tertarik kepada karyanya yang ini berbanding dengan karya-karyanya yang lain kerana di sini kita dapat membaca lukisannya yang bertenaga tentang alam dan kita dapat menyaksikan cara penulisnya menggambarkan kebesaran hutan belantara dan bahasanya yang hidup dan lincah seperti air yang mendesah di pergunungan. Soal yang dikemukakannya pun lain daripada yang lain, bukan mengunyah apa yang telah dikunyah orang dan bukan mencedok apa yang telah ditimba orang.

Page 2: DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan · PDF fileDINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: ... lima tahun sekali. ... Penulisan di atas memperlihatkan ciri-ciri

2

A ulasan C analisis E penceritaan B pemerian D penerangan

1993:33

05

Petikan di atas memperlihatkan retorik I hujahan III pemerian

II komentar IV penerangan A II dan IV C I, II dan III E I, III dan IV B III dan IV D I, II dan IV

1994:32 06

Retorik petikan di atas berbentuk

A khutbah C hujahan E kritikan B pujukan D nasihat

1994:33

07 Penyataan di atas ialah ciri-ciri retorik

A nasihat C khutbah E penerangan B pemerian D hujah

1995:32

Dasar penswastaan merupakan satu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan sektor awam. Melalui dasar ini kerajaan menyerahkan beberapa jabatan atau agensinya yang terpilih kepada sektor swasta agar jabatan atau agensi tersebut dapat dikendalikan dengan berlandaskan prinsip pengurusan swasta yang lebih berorientasikan keuntungan.

Mengapakah kurang sangat orang kita dalam bidang itu? Dalam seratus tak nampak satu pun! Kurang sangatkah pengalaman kita dalam bidang itu? Marilah kita mencuba. Kalau kita berjaya, keuntungannya akan sama-sama kita nikmati nanti.

• Mengandung maklumat yang berunsur pengajaran • Status penutur lebih tinggi daripada status pendengar • Wacananya panjang dan berfokus kepada sesuatu tajuk tertentu • Bertujuan untuk mengingatkan seseorang agar melakukan sesuatu kebaikan

Page 3: DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan · PDF fileDINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: ... lima tahun sekali. ... Penulisan di atas memperlihatkan ciri-ciri

3

08 Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan retorik pemerian?

A Setelah berjalan jauh, mereka berasa amat letih dan tertidur di halaman rumah hingga pagi.

B Mula-mula kita akan menaiki bas ke pekan tersebut. Selepas itu, kita perlu menaiki kereta api sehingga sampai ke destinasi kita.

C Kanak-kanak sekolah rendah itu diarahkan supaya berbaris di sepanjang jalan raya yang sesak untuk menyambut kunjungan Menteri Pendidikan.

D Bersama-sama dengan surat ini disertakan borang-borang permohonan yang sudah lengkap diisi berserta salinan-salinan sijil yang sudah disahkan untuk tindakan tuan selanjutnya.

E Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya dibuat daripada bahan yang terpilih dan dihiasi pula oleh gambar burung berwarna-warni.

1995:33

09 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri retorik pemerian?

I Menyangkal pendapat orang lain II Memberikan takrif tentang sesuatu konsep III Menerangkan cara-cara menyediakan sesuatu

IV Menghuraikan kebaikan dan keburukan sesuatu

A I dan III C I, II dan IV E II, III dan IV B II dan IV D I, III dan IV

1996:32 10

Petikan di atas memperlihatkan bentuk retorik

I cerita III pemerian II nasihat IV penerangan A I sahaja C II dan III E I, II dan III B I dan II D III dan IV

1996:33 11

Penulisan di atas memperlihatkan ciri-ciri retorik

A hujah C nasihat E penerangan B cerita D khutbah

1997:37

Suara-suara itu sering mengganggu, melemaskan diriku. Aku sendiri tidak mempunyai suara untuk menentang. Hanya suara hatiku yang menjerit, tetapi tiada siapa pun yang mendengar. Suara-suara itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Dalam keadaan seperti ini, aku masih dapat mengingat pesanan ayahku.

Kaedah kaunseling ini bermula dengan pembentukan kelompok yang melibatkan pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti. Sebaik-baiknya, setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada enam hingga lapan orang. Pelajar-pelajar itu terdiri daripada yang menghadapi masalah disiplin, ponteng sekolah, merokok, penyesuaian diri, dan lain-lain.

Page 4: DINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan · PDF fileDINAMIKA BAHASA MELAYU – RETORIK (Soalan Sebenar STPM: ... lima tahun sekali. ... Penulisan di atas memperlihatkan ciri-ciri

4

12

Petikan di atas memperlihatkan retorik

A hujahan C komentar E penerangan B laporan D pemerian

1999:35 13 Petikan di atas memperlihatkan retorik

I laporan III penerangan II pemerian IV penceritaan A I dan II C II dan III E III dan IV B I dan IV D II dan IV

2000:32

14

Penyataan di atas ialah ciri retorik

A hujahan C penerangan E penceritaan B pemerian D pendedahan

2000:33

Susunan: SuhaimiMohdSalleh – SMKSultanOmar, 2009

Virus hanya boleh memasuki perumah melalui sel-sel yang rentan sahaja. Oleh sebab bukan semua jenis sel rentan kepada setiap virus, maka virus-virus yang berlainan akan menginfeksi tisu yang berlainan. Ini akan mengakibatkan kemasukan virus ke dalam perumah dengan jalan yang berlainan.

Menara Kuala Lumpur adalah satu lagi lambang identiti bandar raya yang menelan belanja RM250 juta, berukuran 421 meter tinggi, seberat 100 000 tan, menggunakan 45 000 meter padu konkrit, 5300 tan keluli tetulang, dan 1300 tan keluli struktur. Menara Kuala Lumpur merupakan menara yang tertinggi di Asia dan menara yang ketiga tinggi di dunia. Kuala Lumpur juga mempunyai menara kembar Petronas yang menelan belanja RM1.2 bilion, dengan ketinggiannya 450 meter dan dijangka siap pada tahun 1997.

• Huraian terperinci • Perlu bukti atau contoh yang sesuai • Digunakan untuk meyakini orang lain • Digunakan dalam situasi formal atau tidak formal