dimensi interaksi quran

Upload: zulhaqqi-b-zainol

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    1/11

    Dimensi Interaksi Al-Quran

    Firman Allah:

    Maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi

    panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata. (al-Baqarah, ayat 185) Al-Quran

    merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada

    sistem kehidupan manusia.

    Tanpa mengamalkan ajaran yang telah Allah perintahkan dalam Al-Quran, hidup

    seseorang itu akan berada dalam keadaan yang gelisah dan tidak tenang kerana tidak

    mampu menempuhi kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan. Selain itu, seperti

    seorang yang ditinggalkan hutan tanpa ada kompas ataupun panduan untuk

    meneruskan kehidupan di dalam hutan dan untuk mencari jalan keluar daripada hutan

    yang dipenuhi perkara yang memudaratkan seperti ancaman binatang buas dan

    sebagainya, golongan yang tidak mengamalkan Al-Quran juga akan terpesong dariajaran yang dibawa dalam Al-Quran dan tidak akan berjaya mencapai kejayaan di dunia

    apatah lagi di akhirat kelak.

    Jadi, Al-Quran adalah satu panduan yang perlu kita pegang dan wajib diikuti

    selain daripada hadis. Sabda Rasulullah S.A.W :

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    2/11

    Maksudnya: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepadakeduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan

    sunnahku . Hadis ini jelas menyatakan bahawa betapa pentingnya kita sebagai hambaAllah untuk berpegang teguh dengan Al-Quran agar tidak tersesat dan terpengaruh

    dengan tipu daya dunia yang fana ini. Dalam konteks kini, dapatlah kita ketahui dengan

    berpegang dan memahami al-Quran kita merupakan umat yang terbaik dan termaju.

    Berinteraksi dengan Al-Quran adalah merupakan cara yang terbaik untuk kita

    berpegang dan mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran.

    Masa yang Allah kurniakan kepada kita seharusnya dibahagikan untuk beribadat

    kepada Allah. Kita sepatutnya menggunakan masa yang ada untuk melakukan amalan-

    amalan ibadah kepada Allah seperti Solat Fardhu, bertahajjud dan membaca Al-Quran.

    Sesetengah daripada masyarakat kita membaca Al-Quran tetapi sayang sekali

    Al-Quran yang dibaca tidak cuba difahami dan hayati.Sepatutnya umat Islam bukan

    sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah tadabbur seperti yang

    dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan

    melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila

    para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka.

    Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat al-Saffat 22-24 sepanjang malam

    sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau ia termasuk di antara

    orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia

    ini.

    Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah

    memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya

    menghasilkan izzah iaitu kemuliaan yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam.

    Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada

    prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad

    untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    3/11

    Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-

    dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi

    diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk

    mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada jalan menuju kepada Allah. Firman

    Allah S.W.T dalam Surah Sad:

    Maksudnya : (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan

    umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya,

    untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-

    orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

    Al-Quran seharusnya dibaca dengan baik iaitu dengan bertajwid dan tertib seperti mana

    firman Allah dalam surah Al-Muzzammil ayat 4:

    Maksudnya: Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".

    Bersikap khusyuk ketika membacanya, seperti makhraj huruf-hurufnya yang

    tepat, membelanya dari penakwilan orang-orang yang menyelewengkannya dan

    gangguan orang-orang yang melampaui batas, membenarkan isinya, menjalankan

    hukum-hukumnya, memahami ilmu-ilmu dan perumpamaan-perumpamaannya,

    memperhatikan nasihat-nasihatnya, memikirkan keajaiban-keajaiban dan mengamalkan

    ayat-ayatnya yang muhkam (jelas) dan menerima ayat-ayatnya yang mutasyabih

    (samar) mencari keumuman dan kekhususan, nasikh dan mansukhnya, menyebarkan

    keumuman dan kekhususan ilmu-ilmunya, menyeri kepadanya.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    4/11

    Kaum muslimin sependapat atas wajibnya mengagungkan Al-Quran yang mulia

    secara mutlak, menyucikan dan menjaganya. Dan mereka sependapat bahawa siapa

    yang mengingkari satu huruf daripadanya yang telah disetujui atau menambah satu

    huruf yang tidak pernah dibaca oleh seorang pun sedang dia mengetahui hal itu, maka

    dia kafir. Imam Al-Hafizh Abul Fadhl Al-Qadhi Iyadh rahimahullah berkata, Ingatlah

    bahawa siapa yang meremehkan Al-Quran atau sebahagian daripadanya atau

    memakainya atau mengingkari satu huruf daripadanya atau mendustakan sesuatu

    hukum atau k abar yang ditegaskan di dalamnya atau membenarkan sesuatu yang

    dinafikannya atau menafikan sesuatu yang ditetapkannya, sedang dia mengetahui hal

    itu atau meragukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah kafir berdasarkan ijmaul

    muslimin.

    Allah berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 59 :

    Maksudnya : Kemudian jika kamu berselisihan dalam suatu perkara, maka rujuklah

    kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (hadis) jika kamu benar-benar beriman kepada

    Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula

    kesudahannya.

    Orang yang membaca Al-Quran perlu menunjukkan dan menjaga adab terhadap

    Al-Quran. Maka patutlah seseorang itu menghadirkan hatinya kerana dia sedang

    bermunajat kepada Allah S.W.T dan membaca Al-Quran seperti keadaan orang yang

    melihat Allah S.W.T jika dia tidak boleh melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah s.w.t

    melihatnya.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    5/11

    Al-Quran juga perlu dibaca dengan penuh adab dan sopan. Ini adalah kerana

    untuk memelihara dan menghormati kemukjizatan Al-Quran. Adab dan etika dengan

    Al-Quran bukan sahaja ketika membacanya, tetapi melingkungi dari sebelum

    sehinggalah selepas membaca Al-Quran.

    Apabila ingin membaca Al-Quran seseorang itu perlu membersihkan mulutnya

    atau memberus gigi dan yang paling afdhal ialah dengan menggunakan kayu siwak

    kerana ia merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.

    Niat yang ikhlas juga merupakan perkara utama yang paling penting ketika

    membaca Al-Quran. Jika niat seseorang itu tidak betul, iaitu membaca Al-Quran

    dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan ingin dipuji orang ramai, maka bacaan Al-

    Qurannya menjadi sia-sia kerana sifat riak itu merupakan perkara yang dimurkai Allah.

    Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah menerangkan dengan

    jelas bagaimana untuk menjaga adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab dari segi

    lahir dan batin.

    Adab dari segi batin itu secara terperincinya bermaksud memahami asal

    kalimah, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati dikala membaca

    hingga ke peringkat memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa.

    Dengan itu, kandungan Al-Quran yakni ajaran dan perintah dapat meresap ke

    dalam jiwa dan dapat memberi kesan kepada pembacanya. Semua ini adalah adab

    berhubung dengan batin iaitu dengan jiwa dan hati.

    Sebagai contoh, Imam Al-Ghazali menjelaskan, bagaimana cara hati

    membesarkan kalimah Allah, yaitu bagi pembaca Al Qur'an ketika ia memulakannya,

    maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah

    yang mempunyai kalimah-kalimah itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahawa yang

    dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah S.W.T.

    Membesarkan kalam Allah itu, bukan sahaja dalam membacanya, tetapi juga dalam

    menjaga tulisan-tulisan Al-Quran itu sendiri.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    6/11

    Sebagaimana yang diriwayatkan, 'Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya

    apabila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Quran bertebaran merata-rata

    seolah-olah tersia-sia, lalu dia memungutnya selembar demi selembar, sambil

    berkata:"Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam

    Allah bermaksud membesarkan Allah."

    Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran, selain didapati dalam

    kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya

    dalam kitab Al-Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthi, tentang adab membaca Al-

    Quran itu dijalaskan olehnya sehingga menjadi beberapa bahagian.

    Antara adab-adab membaca Al-Quran, yang paling penting ialah:

    1. Disunatkan membaca Al-Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, kerana

    yang ingin dibaca adalah wahyu Allah.

    2. Mengambil Al-Quran sepatutnya dengan tangan kanan; sebaik-baiknya memegang

    Al-Quran dengan kedua-dua belah tangan.

    3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di

    masjid dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama dan

    afdhal ialah di masjid.

    4. Disunatkan membaca Al-Quran menghadap ke arah Qiblat, membacanya dengan

    khusyuk dan tenang; sebaik-baiknya dengan berpakaian yang bersih.

    5. Ketika membaca Al-Quran, mulut hendaklah bersih, tidak ada sisa-sisa makanan,

    sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu

    dengan bersugi atau memberus gigi.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    7/11

    6. Sebelum membaca Al-Quran disunatkan membaca ta'awwudz, seperti yang

    diperintahkan Allah S.W.T kepada kita dalam Surah An-Nahl ayat 98:

    Maksudnya : Apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih

    dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.

    Bacaan taawwudz:

    Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

    Selepas itu barulah dibaca Basmalah. Maksudnya, meminta terlebih dahulu

    perlindungan Allah, supaya terhindar daripada pengaruh tipu daya syaitan, agar hati

    dan fikiran tetap tenang sewaktu membaca Al-Quran serta dijauhi dari gangguan.

    7. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu dengan bacaan yang perlaha-lahan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Muzammil ayat 4:

    Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".

    Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi kesan dan mempengaruhi jiwa,

    serta lebih mendatangkan ketenangan dan rasa hormat kepada Al-Quran.

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    8/11

    Telah berkata Ibnu Abbas R.A " Aku lebih suka membaca Surah Al-Baqarah dan

    Ali Imran dengan tartil, daripada aku membaca seluruh Al Quran dengan cara

    terburu-buru dan cepat-cepat."

    8. Bagi orang yang sudah mengetahui maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan

    membacanya dengan penuh khusyuk dan menghayati ayat-ayat yang dibacanya itu

    dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, iaitu lidahnya

    bergerak membaca, hatinya turut menghayati dan maksud yang terkandung dalam

    ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang

    sebenarnya, iaitu membaca Al-Quran serta mendalami isi yang terkandung di

    dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al-Quran itu.Firman

    Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 82 :

    Maksudnya : "Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?..."

    9. Ketika membaca Al-Quran itu, kita perlu betul-betul menghayati maksudnya,

    terutamanya apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-

    orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya seksaan yang akan dikenakan

    kepada mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat ramai yang

    mengalirkan air mata dan menangis apabila membaca dan mendengar ayat-ayat

    suci Al-Quran yang menggambarkan nasib-nasib yang akan diterima oleh orang-

    orang yang berdosa.

    10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang lunak dan merdu kerana suara

    yang merdu itu menambahkan lagi keindahan ayat Al-Quran. Rasulullah S.A.W

    bersabda:

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    9/11

    Maksudnya : Hiasilah bacaan Al-Quran itu dengan suara yang lunak.

    Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang merdu, adalah disunatkan,

    asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca

    sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga

    madnya, harakatnya (barisnya), idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab

    Zawaidur Raudhah, diterangkan bahawa melagukan Al-Quran dengan cara

    bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu,

    haram hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq dan orang yang

    mendengarkannya turut berdosa.

    11. Seboleh-bolehnya bacaan Al-Quran janganlah dihentikan hanya kerana ingin

    berbual-bual dengan orang lain. Bacaan perlu diteruskan hingga ke waqaf, barulah

    boleh dihentikan. Kita juga dilarang ketawa dan bermain-main ketika sedang

    membaca Al-Quran kerana kelakuan seperti itu tidak seharusnya dilakukan

    sewaktu membaca Al-Quran dan bermaksud tidak menghormati kesuciannya.

    Antara perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan ketika membaca Al-Quran:

    1. Diharamkan bagi sesiapa yang sedang dalam keadaan berjunub dan bagi wanita

    yang sedang mengalami haid untuk membaca al-Quran baik seluruhnya atau

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    10/11

    sebahagian ayatnya kecuali jika bahagian dari ayat tersebut merupakan zikir-zikir yang

    ditentukan pada waktu pagi atau petang atau zikir-zikir mutlak yang mengandungi

    sebahagian ayat al-Quran. Akan tetapi, dibenarkan mereka itu untuk membaca al-

    Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi

    mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan

    dan juga dibenarkan bagi mereka untuk memandang mushaf tanpa menyentuhnya

    secara langsung.

    2. Apabila seseorang yang sedang berjunub atau wanita yang sedang di dalam

    keadaan haid yang ingin bersuci akan tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah

    mereka bertayamum dan dibolehkan baginya untuk membaca al-Quran dan ibadat yang

    lainnya selagi belum berhadas atau menemui air.

    3. Tidak dibenarkan membaca Al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang

    sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan.

    Apabila seseorang membaca Al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir,

    maka dia hendaklah menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak

    berpindah kepada ayat yang lain.

    4. Adalah makruh untuk membacanya Al-Quran pada tempat dan kedudukan-

    kedudukan tertentu seperti pada masa rukuk dan sujud ketika membaca tahiyat dan

    yang lainnya dari gerakan-gerakan solat kecuali ketika berdiri.

    Menurut Dr.Zaharuddin Bin Abd Rahman dalam bukunya Panduan Lengkap Formula

    Solat Sempurna, Nabi S.A.W melarang daripada membaca apa jua ayat Al-Quran

    semasa rukuk dan diarahkan untuk kita memperbesarkan Allah sebanyak mungkin

    ketika rukuk. Sebagaimana yang tercatat dalam hadis berikut :

    ,, .. , , .

  • 7/29/2019 Dimensi Interaksi Quran

    11/11

    Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca Al-Quran ketika

    rukuk atau sujud, adapun tatkala rukuk maka agungkanlah Allah, manakala tatlkala

    sujud, berusahalah dengan doa-doa, maka layaklah ia dimakbulkan bagi kamu (pada

    waktu tersebut).

    Kesimpulannya, adab-adab membaca dan berinteraksi Al-Quran perlu dijaga dan

    dipelihara agar kehidupan kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.