diabetes mellitus kkm

6
Apakah itu diabetes? Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. Dua jenis diabetes Terdapat dua jenis diabetes utama: Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin) o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin) o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan. Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Upload: joel-david-knda-mj

Post on 18-Jun-2015

327 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diabetes Mellitus Kkm

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di

kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun

1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas

menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari

normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin

ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau

badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan

akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula

dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula

dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk

bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap

glukosa yang tinggi.

Dua jenis diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:

Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung

pada Insulin) o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja

o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak

bergantung pada insulin) o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes

adalah penghidap jenis ini. o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua

jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang

biasa dialami ialah:

Haus/dahaga (haus yang berlebihan)

Letih

Page 2: Diabetes Mellitus Kkm

Berat badan menurun

Penglihatan kabur

Otot lemah

Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan

Luka yang lambat sembuh

Kencing yang kerap

Gatal pada bahagian kemaluan

Rasa kebas

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada

gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan

berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda

mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk

menghidapi diabetes

Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin

tinggi risiko anda menghidap diabetes.

Impaired glucose tolerance (IGT).

Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes

Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.

Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .

Tekanan darah tinggi

Tidak aktif -gaya hidup sedentari

Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan

makanan berserat

Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik

kesihatan berdekatan.

Page 3: Diabetes Mellitus Kkm

Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada

kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan

berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan

kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:

Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan

mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh

pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah

Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini

biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan

oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan

wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan

tidak sedar diri.

Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami

mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)

Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: o Mata

Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta o Saraf

Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana

pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh

menyebabkan luka pada kaki dan gangrene o Otak

Angin ahmar (hubung dengan strok) o Buah pinggang

kegagalan buah pinggang o Jantung

Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan

membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

Page 4: Diabetes Mellitus Kkm

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah

menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

Mengawal pengambilan makanan o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan

akan meninggikan tahap gula dalam darah

Melakukan senaman fizikal o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu

insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda

mengurangkan berat badan.

Ubatan o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin

o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan

pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah

dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal

dan aktif.

Anda boleh menjaga diri anda sendiri

Penjagaan secara umum: o Penjagaan kulit

o Mandi setiap hari

o Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna

o Merawat luka dan calar dengan segera

o Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari. o Penjagaan kaki

o Basuh kaki setiap hari

o Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara

celah-celah jari kaki

o Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa

perubahan warna kulit.

o Potong kuku jari kaki secara lurus

o Tukar stokin anda setiap hari

o Jangan berjalan tanpa kasut

o Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah. Mengawasi diri sendiri

o Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah.

sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu

keberkesanan cara anda mengawal diabetes

Page 5: Diabetes Mellitus Kkm

Penjagaan gigi

Kerap menjalani pemeriksaan mata

Mengelakkan minuman keras

Berhenti merokok

 

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari

mendapat penyakit diabetes?

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah,

mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan

darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.

Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat

mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman

merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk