di luar lingkaran - anak alam masih tidak berganti

Upload: azzad-diah-ahmad-zabidi

Post on 01-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Di Luar Lingkaran - Anak Alam Masih Tidak Berganti

    1/3

    Di Luar Lingkaran: Anak Alam masih tidak bergantiBersama Johan [email protected]

    PANGGUNG COLISEUM di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur mempunyai

    sejarahnya yang tersendiri. Apabila Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan(KeKKWa), Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan panggung itu bakal menjadisebahagian Pusat Warisan Negara, cadangan itu perlu disambut dengan baik.

    Saya tidak tahu apakah sebenarnya rancangan kementerian mengenai panggung itu.Saya hanya melihat sinergi yang baik di antara tempat yang dipanggil Lanai Seni disebelahnya dengan bangunan itu sendiri. Saya melihat kawasan itu paling sesuai untukmenghidupkan seni dan budaya. Lanai Seni selama ini dimuatkan dengan pelbagaikegiatan kebudayaan dan kesenian terbuka. Di sinilah selama ini berjalannya kegiatanbacaan puisi, syair, tromba, baca naskhah, drama pendek, pantomen dan sebagainya.Tentu lebih baik lagi jika dapat diselang-selikan dengan persembahan seniman jalanan.

    Saya timbulkan soal seniman jalanan ini kerana merekalah yang sebenarnya karyawanyang tidak pernah jemu jelak mengabdikan diri pada seni. Dengan hanya berbekalkansebuah gitar, seruling atau sekadar tong kosong dan suara, mereka membuatpersembahan spontan yang menghiburkan. Sayangnya, sumbangan mereka ini tidakdihargai. Mereka hanya bermain di restoran kecil dan hidup dengan sumbangan orangramai. Malah mereka sering menjadi buruan pegawai penguat kuasa Dewan BandarayaKuala Lumpur (DBKL).

    Di kota besar dunia, komuniti seniman turut mencorakkan kota itu. Di New York,Greenwich Village bermula sebagai komuniti seniman jalanan. Koloni seniman terkenaldi Paris ialah di Montmartre. Place Du Tertre di tengah Montmarte tempatberhimpunnya seniman Perancis. Taman Ismail Marzuki di Jakarta lahir keranapemerintah negara itu mahu menghimpunkan seniman pelbagai bidang dalam satuperkampungan. Tempat ini yang asalnya perkampungan seniman bebas kini menjadisenama dengan penghasilan seni bermutu dan alamat kesenian yang dihormati.

    Saya tidak tahu apakah akan lahir sebuah Place Du Tertre. Satu ketika dulu, kumpulanyang dikenali sebagai Anak Alam menggunakan sebuah rumah kerajaan untukberkarya. Letaknya di Kompleks Budaya Negara (KBN) yang kini menjadi sebahagiandaripada Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Saya terbabit dalam kegiatan Anak Alammulai pertengahan tahun 1970-an. Saya bermula sebagai tenaga produksi pementasanPemburu Perkasa karya dramatis Indonesia, Leon Agusta. Pada 1979, sayamengarahkan drama saya sendiri Angin Kering yang juga drama penuh pertama dibawah label Anak Alam.

    Sebelum kedatangan aktivis teater, Anak Alam terkenal sebagai kumpulan pelukis danpenyair serta mereka yang terbabit dalam seni tampak. Di sinilah Latiff Mohiddin, AGhafar Ibrahim, Siti Zainon Ismail, Mustafa Ibrahim, Anuar Rashid, Yusof Gajah, Apai,Pyanhabib dan lain-lain mula membuat nama. Malah mereka dinaungi Allahyarham

  • 7/26/2019 Di Luar Lingkaran - Anak Alam Masih Tidak Berganti

    2/3

    Usman Awang (Tongkat Warrant) yang ketika itu memimpin majalah Dewan Sastera diDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bekas Pengarah KBN ketika itu, AllahyarhamIsmail Zain.

    Di bawah Mustafa, kumpulan Anak Alam mengembangkan sayapnya dalam bidang

    teater membabitkan saya sendiri, Ibrahim Ghafar, Omar Abdullah, AllahyarhamMuhammad Abdullah, Musa Masran, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Melalui cara inilahseorang penjual ubat di Chow Kit ditemui oleh Mendiang Krishen Jit. Beliau ialah KhalidSalleh, yang kini sedang membawakan watak Pateh Kerma Wijaya dalam dramaarahan U-Wei di Auditorium DBP, Wangi Jadi Saksi. (Pementasannya berakhir malamini).

    Khalid dibawa ke pentas oleh Krishen melalui drama Dinsman berjudul Bukan BunuhDiri. Beliau kemudiannya mencipta nama sebagai seorang pelakon pentas, TV danfilem di negara ini. Filem arahan U-Wei, Kaki Bakar memperkenalkan Khalid ke FestivalFilem Cannes.

    Semangat kebebasan, kesantaian dan suasana kreativiti luar biasa di Anak Alam itutidak mungkin kembali. Rumah tempat aktivis Anak Alam bergiat sudah roboh. Tempatyang menjadi ruang sembang dan minum kopi petugas dan penari KBN serta senimandari Anak Alam. Kantin Pak Nawi (bapa Fauziah) juga sudah tiada. Kehilangan Anak

    Alam menandakan berakhirnya era gerakan seniman jalanan di negara ini. Selepas itumemang muncul gerakan seniman sedemikian tetapi tidak mempunyai impak sehebat

    Anak Alam.

    Pada masa ini KL memang mempunyai ruang untuk persembahan pelbagai seni. IstanaBudaya (IB) misalnya menyediakan panggung berkelas dunia. Cuma sayangnya tempatini mati jikalau tidak ada persembahan. Singapura mempunyai The Esplanade -Theaters on the Bay yang juga kompleks semacam IB. The Esplanade berbentukdurian di Marina Bay, maka itu dipanggil oleh penduduk tempatan. Apa yang pentingialah hidup sepanjang masa. Kompleks itu disokong lapan hotel utama dengan 5,000bilik, dua pusat konvensyen, 1,000 kedai dan arked serta 300 restoran dan 150 bar.Malah Kerajaan Singapura sedang membina kereta api bawah tanah (MRT) untukmenyambung Marina Bay dengan pusat kota dipenuhkan dengan pelbagai kegiatansetiap hari daripada pameran lukisan dan seni tampak serta konsert.

    Kuala Lumpur juga mempunyai Auditorium Bandaraya, Panggung Bandaraya danpaling baru Auditorium DBP bagi menampung persembahan bermutu. Untukpementasan yang lebih kecil Auditorium Tunku Abdul Rahman (dulunya PanggungMatic) boleh dimanfaatkan. Untuk teater yang eksperimental sifatnya, DBPmenyediakan Stor Teater yang selama ini banyak digunakan aktivis muda.

    Saya ingin mencadangkan Panggung Coliseum dijadikan Panggung Filem Seni iaitufilem bermutu tetapi tidak punya tarikan komersial boleh ditayangkan. Filem Hollywood,Bollywood dan filem dari Hong Kong mendominasi panggung komersial kita. Sayangsekali banyak filem bermutu yang terhasil dari pelbagai negara tidak dapat ditayangkan

  • 7/26/2019 Di Luar Lingkaran - Anak Alam Masih Tidak Berganti

    3/3

    melalui rangkaian sedia ada. Kelab Seni Filem misalnya hanya mampu menayangkanfilem yang dianggap klasik. Filem semasa atau kontemporari tidak mampu dibawamasuk.

    Panggung Filem Seni ini akan membuka ruang untuk karyawan filem menghayati karya

    bermutu dari seluruh dunia. Juga mendedahkan penonton tempatan pada filem yangdianggap pengkritik sebagai baik. Bagi saya pendedahan terhadap filem bermutuadalah sebahagian pendidikan seni rakyat yang penting. Kita terlalu banyak menontonfilem komersial hingga terlupa banyak filem yang tidak perlu riuh rendah, tidakmenggunakan aksi stunt hebat, tidak menggunakan teknologi komputer terkini dan tidakmemakan belanja besar yang sebenarnya baik untuk ditonton.

    Saya tidak bermaksud kita memperkenalkan karya Akira Kurosawa, Renoir, FrancoisTruffaut, John Cassavettes, Satyajit Ray atau Mrinal Sen saja. Kita juga perlu melihatsecara retrospektif karya karyawan filem kita seperti P Ramlee, Hussein Haniff, JamilSulong dan pengarah semasa juga. Atau kita melihat filem karya Garin Nugroho dan

    kawan-kawan dari Indonesia atau filem keluarga Makhmalbaf (Mohsen dan Samira) dariIran. Kita berharap rakyat kita akan melihat apa yang berlaku di Iran dengan ?SinemaIslam? yang melahirkan antara lain pengarah seperti Jaafar Panahi, Abbas Kiarostami,Paviz Sayyad, Majid Majidi dan Dariush Mehjui. Kita juga mahu melihat agar filem AmirMuhammad, Nimron, Ho Yuhang, James Lee dan Yasmin Yusuf mendapat tempatsewajarnya. Kita mahu memperkenalkan rakyat kita pada gerakan karyawan filem barudi Thailand, Vietnam dan Taiwan.

    KeKKWa di bawah pimpinan Rais membuktikan komitmennya untuk menjadikan negaraini negara yang tidak saja dikenal kerana pembangunan fizikal dan kejayaan dagang.Malaysia juga negara yang rakyatnya punya tamadun dan mampu mengangkatmartabat. Maka itu KL sebagai kota utamanya harus memancarkan citra budaya, senidan warisan yang tersendiri. Sekiranya warga KL tidak mengetahui wujudnya FestivalKL 2006 maka salahnya bukan KeKKWa lagi. Selama lebih sebulan KL bersemarakdengan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian. Tidak kurang 40 aktivitiutama daripada seni pentas, seni tampak, permainan tradisi dan kegiataan kebahasaandan persuratan disediakan.

    KeKKWa mengharapkan Festival KL 2006 akan menjadi manifestasi kehebatan senidan budaya Malaysia selain mampu mengetengahkan kekayaan, keindahan dankeunikan seni budaya rakyatnya. Apa yang perlu ialah bagi rakyat menghayatinya.Tidak ada maknanya festival segah dan sebesar itu jika warga KL sendiri mengambilsikap tidak peduli. Pada akhirnya apa yang mahu dilakukan KeKKWa ialahmemasyarakatkan budaya dan seni. Matlamatnya ialah memastikan pemahaman danapresiasi seni tidak hanya menjadi milik ekslusif kelompok elit KL.

    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Rencana/20060805233042/Article/

    8 /0 6 /2 0 0 6 1 1 :1 0 :0 0 P M