dhabtul quran

12
1. Hasilkan satu catatan/nota mengenai kaedah Dhabtul al- Quran Rasm Uthamani beserta contoh ayat-ayat al-Quran. DHABTUL QURAN (ILMU TANDA) ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN. Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua : Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah"(baris),"sukun"(baris mati),"syad"(sabdu),"mad"(panjang) atau sebagainya.Titik- titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .( ) Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membezakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah atasnya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik- titik ini dipanggil . ( ) BARIS: Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi.Baris ini dipanggil . PENDAPAT ULAMAK Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua 1

Upload: muhammad07

Post on 11-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tanda-tanda

TRANSCRIPT

Page 1: Dhabtul Quran

1. Hasilkan satu catatan/nota mengenai kaedah Dhabtul al-Quran Rasm Uthamani beserta contoh ayat-ayat al-Quran.

DHABTUL QURAN (ILMU TANDA)

ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua :

Pertama:

Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah"(baris),"sukun"(baris mati),"syad"(sabdu),"mad"(panjang) atau sebagainya.Titik-titik ini dipanggil oleh

setengah orang dengan .( )

Kedua :

Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membezakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah atasnya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu

membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . ( )

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang

pertama dari "titik" atau "noktah" tadi.Baris  ini dipanggil  .

PENDAPAT ULAMAK

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu.Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik

menurut maknanya yang pertama itu yakni (  ) ialah Abul Aswad Adduali. Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid B. Abihi yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidillah b. Zaid datang mengadapnya.

Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa.

1

Page 2: Dhabtul Quran

Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya.Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasaArab". Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran.Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk ditepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu.hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad.

Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul). Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu.Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda .Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran,ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu.Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf  itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya.Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung ,(tanwin),letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORANG PERTAMA

Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik

menurut maknanya yang pertama itu.( )yang sama ertinya dengan (asyaklu)atau (adabthu) ialah Abul Aswad Adduali ,daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut  maknanya yang kedua itu  maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan yahya b.Ma'mar"  iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam,maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.dari itu adalah

2

Page 3: Dhabtul Quran

sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-quran ,lalu Amirul Mukminin Abdul Malik b.Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj b.Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas nasr b.A'sim dan yahya b.ma'mar,dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir imam Annahri Al-khalil b. Ahmad Al-basri .Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang.Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demekian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca.kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan meletakkan titik-titik di akhir ayat-ayat

3

Page 4: Dhabtul Quran

2. Terangkan sejarah penulisan al-Quran.

AL-QURAN : SEJARAH DAN KAEDAH PENULISANNYA

Mengetahui latar belakang sejarah Al-Quran, membolehkan seseorang itu

untuk lebih memelihara serta menjaga kesucian Al-Quran. Seterusnya membawa

kepada keinginan untuk sentiasa membaca Al-Quran. Tambahan pula, sekiranya

dibaca mengikut hukum tajwid yang betul, maka pahala yang akan diperolehi

akan berlipat ganda. Bertitik tolak dari perkara tersebut, maka di bawah ini

disediakan secara ringkas sejarah pengumpulan serta kaedah-kaedah penulisan

Al-Quran.

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN

Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada

seluruh umat manusia sebagai panduan hidup di alam jagat ini melalui

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Al-quran untuk pertama kali turun pada

malam lailatul-qadar tahun ke-41 dari usia Rasulullah saw bersamaan 17

Ramadhan,tahun ke dua Hijrah.Firman Allah swt:

القدر ليلة في انزلنه �ا �ن اSesungguhnya Kami turunkan Al-Quran pada lailatul-qadar.(QS 97:1)

. كل يفرق فيها منذرين كنا انا مبركة ليلة في انزلنه انا

امرحكيمSesungguhnya Kami manurunkannya pada suatu malam yang

diberkati,dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.Pada

malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.(QS 44:3-4)

4

Page 5: Dhabtul Quran

Sejarah pengumpulan Al-Quran sebenarnya telah bermula pada zaman

Rasululah saw lagi.Setelah ayat atau surah Al_Quran turun kepada Rasulullah

s.a.w dan setelah dihafazkannya lalu baginda menyampaikannya kepada

umum.Setelah itu Baginda menyuruh para sahabat menghafaznya serta

meminta jurutulis mencatitkannya serta menunjukkan kepada mereka dalam

surah mana ayat yang hendak di tulis itu mesti dimasukkan.Maka sebelum

Baginda wafat,keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya telah tertulis ,tetapi tidaklah

terhimpun pada satu tempat dan surah-surahnya pun belum tersusun,sebab

Rasulullah s.a.w tidak memerintah supaya Al-Quran ditulis dalam satu mushaf.Ini

adalah kerana dua perkara :

Pertama: Minat para sahabat ialah menghafaznya dan membaca

tanpa surat.Mereka kurang berminat untuk menulis atau mencatit ayat-

ayatnya.

Kedua : Baginda menjangka turunnya tambahan ayat atau ayat-ayat

yang memansuhkan setengah-setengah hukum atau memansuhkan bacaan

setengah-setengah ayat.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.,dan tidak lagi turun ayat lain sebagai

tambahan atau memansuhkan yang lain,Allah Taala mengilhamkan para

Khulafa’ Ar-Rasyidin agar mengumpulkannya dalam satu mushaf.Maka

pemerintahan selepas Baginda telah dipegang oleh Abu Bakar r.a.

Semasa pemerintahan beliaulah berlaku suatu peperangan antara kaum

muslimin dengan golongan kaum murtad dari pengikut-pengikut Musailimah Al-

Kazzab serta yang lain daripada mereka. Pertempuran yang diberi nama (موقعة

ini (اليمامة telah menyebabkan ramai para sahabat yang menghafaz Al-Quran

gugur sebagai syuhada’.Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Saidina Umar

bin Al-Khattab,beliau amat terperanjat lalu terus masuk menghadap Khalifah

menyampaikan berita tersebut dan menyatakan kebimbangannya kalau-kalau Al-

5

Page 6: Dhabtul Quran

Quran akan turut hilang sekiranya para sahabat terus terbunuh di medan-medan

perang,lalu beliau mengesyorkan supaya Al-Quran dikumpulkan.

Pada mulanya Saidina Abu Bakar rasa teragak-agak kerana yang

demikian itu tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.Sedangkan

beliau adalah orang yang paling berhati-hati tentang mengikut jajak langkah

Baginda s.a.w.Namun cadangan itu disambut baik oleh beliau sebagai

memelihara keutuhan kitab suci tersebut.Zaid bin Thabit telah dipilih

melaksanakan tugas yang penting ini memandangkan beliau adalah orang yang

paling sempurna hafazan Al-Qurannya, merupakan penulis wahyu Rasulullah

s.a.w. serta beliaulah satu-satunya sahabat yang hadir bersama semasa

Rasulullah menyemak Al-Quran dengan Malaikat Jibril buat kali terakhir.Beliau

memulakan tugas itu dengan meneliti segala yang tercatit pada pelbagai bahan

dan juga yang dihafaz oleh para sahabat sehingga selesai beliau

menghimpunkan keseluruhan ayat-ayat suci tersebut.Maka jelaslah bahawa Al-

Quran telah dikumpulkan dalam satu mushaf buat kali pertamanya pada zaman

Khalifah Abu Bakar r.a.

Setelah berlalunya masa yang lama sehingga sampai pada zaman

pemerintahan Khalifah Uthman,orang-orang Islam didapati bertaburan di kota-

kota dan segenap pelosok dunia.Penduduk-penduduk di setiap Kota Islam itu

telah mengambil kaedah-kaedah pembacaan Al-Quran dari para sahabat

Rasulullah yang masyhur di sisi mereka.Keadaan ini telah membawa kepada

perselisihan dalam cara-cara pembacaan Al-Quran Seorang sahabat –Huzaifah

Al-Yaman-yang turut serta ketika peperangan menakluki negeri Armania dan

Azarbaijan mendapati banyak perselisihan dikalangan orang-orang Islam dalam

cara-cara bacaan Al-Quran sehingga caci mencaci dikalangan mereka.Huzaifah

menganggap ini suatu yang amat bahaya kepada masyarakat Islam lalu beliau

datang menghadap Khalifah Uthman menceritakan keadaan

tersebut.Mendengarkan yang demikian,Saidina Uthman berpendapat suatu

6

Page 7: Dhabtul Quran

bahaya besar sedang dihadapi oleh orang-orang Islam yang kelak yang akan

menimbulkan fitnah yang berlanjutan sekiranya tidak diatasi.

Saidina Uthman dengan penuh bijaksana,telah menghimpunkan sekalian

para sahabat yang terkemuka untuk berbincang dan merundingkan perkara

tersebut.Akhirnya mereka bersependapat bahawa ia seharusnya disalin kepada

beberapa buah mushaf untuk dihantar ke setiap kota Islam supaya menjadi

tempat rujukan semasa berlaku perselisihan.Mushaf-mushaf yang selain

daripada itu,hendaklah dibakar dan dimusnahkan.Dengan itu diharap fitnah yang

ditakuti akan membesar itu akan terus padam dan perpaduan antara orang-

oarang Islam akan cerah kembali.

Saidina Uthman mula mengambil langkah untuk melaksanakan langkah

tersebut dengan menyerahkan tugas penting ini kepada empat orang tokoh-

tokoh besar dari para sahabat yang menghafaz Al-Quran iaitu Zaid bin

Thabit,Abdullah bin Az-Zubair,Said bin Al-As dan Abdul Rahman bin Al-Harith bin

Hisyam.Saidina Uthman juga menghantar orang ke rumah Hafsah dan meminta

supaya diserahkan naskhah asal yang ada dalam simpanannya.Mereka

berempat pun mulalah menyalin kitab Al-Quran tersebut.Menurut sesetengah

riwayat mereka yang disuruh menyalin kitab Al-Quran itu adalah seramai dua

belas orang dari orang-orang Muhajirin dan Ansar.Antara mereka ialah Ubai bin

Kaab.

Setelah selesai penyalinan Kitab Al-Quran tersebut ke dalam mushaf-

mushaf,Saidina Uthman pun menyerahkan kembali naskhah yang asal kepada

Ummil Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a,dan telah

mengutuskan sebuah mushaf kepada tiap-tiap kota dalam pemerintahan Islam

serta mengeluarkan arahan supaya mana-mana mushaf atau suhuf yang

7

Page 8: Dhabtul Quran

terdapat selain dari itu hendaklah dibakar dan dimusnahkan sebagai menutup

pintu fitnah dan kejahatan yang mungkin timbul serta memadamkan bibit-bibit

perselisihan antara umat Islam.Sekalian umat Islam telah diperintahkan supaya

menjadikan kitab mushaf yang ditulis oleh Khalifah Uthman sebagai tempat

rujukan yang asal.

Dari huraian di atas,dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pengumpulan Al-

Quran telah berlaku dalam tiga tahap.Pengumpulan pertama ialah pengumpulan

ayat-ayat ketika diturunkan.Ayat-ayat itu dikumpulkan di atas daftar-daftar yang

umum dipakai oleh orang Arab pada zaman tersebut,kemudian diajukan kepada

Nabi s.a.w.Pengumpulan kedua terjadi pada zaman Abu Bakar r.a. Saat itu ayat-

ayat Al-Quran dikumpulkan dan ditulis di atas potongan-potongan

kulit.Pengumpulan ketiga terjadi pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a.,iaitu

penyatuan bacaan untuk seluruh kaum Muslimin.

8

Page 9: Dhabtul Quran

Bibliografi

1) " التنزيل كلمات ضبط الي , " السبيل Fadhilah Ustaz Syeikh Ahmad

Muhammad Abu Zithar.

2) Wawasan Baru Tarikh Al-Quran- Abu Abdullah Az-Zanji- Islamic Propagation

Organization,Iran – Mac 1986

3) Sejarah Kitab Al-Quran – Syeikh Abdullah Fattah El-Qadhi – Yayasan Islam

Terengganu, 1996.

4) Tajwid dan Ilmu Al-Quran – Ustaz Hassan Mahmud Al –Hafiz – Limma

Enterprise Sdn.Bhd – Kuala Lumpur,1986.

9