dhabtul quran

26
Pengenalan Ilmu Dhabtul Quran Ta’rif dan pengertian Makna asal dalam bahasa ‘arab sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara Istilah ilmu dhabt suatu ilmu yang member i tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu),mad(panjang) dan lain-lain lagi. Tajuk yang dibincangkan Tanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi. Faedah Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah: Harakah Sukun Syaddah Mad Hamzah Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt Ilmu rasm: dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran. Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang) Ilmu dhabt: Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung) Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

Upload: mohd-safari

Post on 26-Jul-2015

284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dhabtul Quran

Pengenalan Ilmu Dhabtul QuranTa’rif dan pengertianMakna asal dalam bahasa ‘arabsampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkaraIstilah ilmu dhabtsuatu ilmu yang member i tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu),mad(panjang) dan lain-lain lagi.Tajuk yang dibincangkanTanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi.FaedahMenghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbarisAlamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah: Harakah

Sukun

Syaddah

Mad

Hamzah

Perbezaan ilmu Rasm dan ilm DhabtIlmu rasm: dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran.

Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin

Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt: Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)

Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya

Pengertian Dhabtul Quran.

Suatu ilmu yang membahaskan mengenai tanda untuk membunyikan suatu huruf dari segi I’rab baris dua (fathatain, dhammatain, kasratain), tanda sukun, tanda sabdu, tanda panjang, tanda huruf yang dibuang, tanda huruf yang di waqaf, di tambah, di wasal (disambung), dan lain – lain lagi.

Page 2: Dhabtul Quran

Sejarah Dhabtul Quran

Di petik dari karangan Doktor Husini dalam kitabnya “Fi Rihaabil Quran” sejarah Dhabtul Quran bermula pada zaman Khalifah Muawiyyah ibn Abi Sufian. Seorang pembesar istana bernama Ziad telah menghantar anaknya bernama Abdullah bin Ziad untuk belajar A-Quran dan Bahasa Arab di istana Khalifah Muawiyyah.

Apabila khalifah Muawuyyah memdengar percakapan bahasa arab dan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Abdullah bin Zaid, Muawiyyah mendapati banyak kesalahannya, lalu Muawiyyah memberi nasihat supaya mencari guru khususnya untuk anaknya itu. Guru yang dicadangkan ialah Abu Aswad Addualli.

Pada mulanya Abu Aswad Adduwalli tidak mahu menjadi guru kepada Abdulah bin Ziad, namun apabila Ziad menghantar orang suruhannya supaya membaca Al-Quran di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abu Aswad Adduwalli, maka Abu Aswad Adduwalli berasa bersalah jika tidak mengajar anak Ziad tersebut. Orang suruhan Ziad membaca ayat 3-4 surah At-Taubah, tetapi dengan baris yang salah. Abu Aswad Adduwalli kemudiannya bersetuju untuk mengajar anak Ziad di istana Muawiyyah. Beliau menyuruh agar menulis tanda bacaan mengikut gerak mulutnya seperti berikut:-- jika dimuncungkan mulutnya ertinya baris Sukun.- Jika di buka sedikit ertinya baris Dhammah.- Jika dirapatkan mulutnya ertinya Tanwin, begitulah seterusnya.Akhirnya terciptalah tanda atau dhabtu dalam Al-Quran. Selepas zaman Abu Aswad Adduwalli, tanda baris Al-Quran kemudiannya disempurnakan pula oleh Khalil bin Ahmad.

Kepentingan Ilmu Dhabtul Quran.

Antara kepentingan dan kelebihan ilmu Dhabtul Quran:-- kita dapat membaca Al-Quran dengan tepat dan betul menurut hukum yang dikehendaki.- Menghilangkan kesamaran di atas tanda baris yang tiga iaitu Fathah, Dhammah, Kasrah.Contohnya:-

tandaketeranganHuruf bersabdu ataubertashdid.( ّ�)Di baca dengan beratAlif Shoghirah ( ّ� )

Page 3: Dhabtul Quran

Di baca dengan kadar 2 harakat. )Tanda panjang(Boleh di baca lebih dari 2 harakat.Di samping mengenal baris dua (fathatain, dhammatain, kasratain) dan mati (sukun), kita dapat mengenal secara tidak langsung huruf Izhar, Ikhfak, Idhgham, Iqlab, dan lain – lain lagi.Contohnya:-أحسن ). Izhar (ومنمعنا/ ). اركب Idhgham (قدتبينHuruf mim Kecil () sebagai ganti baris 2 jika terletak atas huruf nun yang diikuti dengan huruf () tanpa sabdu di baca dengan Iqlab ().Contoh bacaan tanwin yang diizharkan ().

Tanda bacaan Rasm Uthmani.

Berikut adalah istilah tanda bacaan Rasm Uthmani:-

- Tanda bulat ().

Tanda ini terletak di atas huruf I’lah iaitu(), sekiranya terdapat tanda tersebut ini menunjukkan huruf tersebut merupakan huruf bacaan yang tidak di baca seperti huruf mad lain walaupun ketika menyambung atau memberhentikan bacaan titik.

Contohnya:-

Kalimah\ayatsurah�و�لئكم وا4:91 (an-nisa’)

بقية ا أولو11:116 (Hud)

لشأيء تقولن وال18:23 (Al-kahfi)

اذبحنه أوأل27: 21 (an-najm)

إني الملؤا يأيها قالت29: 27 (an-najm)

عظيم نبؤا هو قل38: 67 ( ٍShod)

المرسلين نبإي منAl-ana’m) 6:34)

Page 4: Dhabtul Quran

- Bulat bujur meninggi.

Tanda ini terletak di atas huruf alif, menunjukkan bacaan huruf itu digugurkan bunyinya ketika berhenti.Contohnya:-

Kalimah\ayatsurah

وبشير نذير إال أنا إن7:188 (Al-a’raf)

ربي الله هو لكنا18:38 (Al-kahfi)

كم أدعو وأنا40:42 (Ghafir)

- Tanda hamzah wasal.

Tanda hamzah wasal ini diambil dari huruf (shad). Tanda ini terletak di atas huruf hamzah wasal(ا) untuk menunjukkan huruf ini tidak disebut ketika menyam- bungkan bacaannya.Contohnya:-

Kalimah\perkataanSurah

الذين أن2:6 (Al-baqarah)

بالله أعوذ2:67 (Al-baqarah)

أصفحوا و2:177 (Al-baqarah)

- Tanda sukun.

Tanda sukun ini diambil dari kepala huruf (kha) yang dibuang tanda titik. Tanda ini terletak di atas mana-mana huruf untuk menunjukkan huruf itu bertanda sukun dan bunyi bacaannya Izhar.Contohnya:-Kalimah\perkataanSurah

عليهم انعمت

Page 5: Dhabtul Quran

2:47 (Al-baqarah)أجرهم فلهم

2: 62 (Al-baqarahأذكركم فاركرونى

2: 152 (Al-baqarah) B دينا أحسن ومن

4 :125 (An-nisa’)

- Huruf sukun yang tidak bertanda.

Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan diikutui oleh huruf yang bertashdid () maka huruf ini diidghamkan kepada huruf yang berikutnya dengan idgham kamil.Contohnya:-

األعلى : 9سورةالبقرة : 16سورة : النساء 83سورة

Jika huruf tidak bertanda sukun diikuti huruf yang tidak bertashdid (), maka ia di baca dengan Idgham naqis atau Ikhfa’.Contohnya:-

bentukKalimah\perkataansurah

ناقص إدغام

ذلك يفعل ومن114: 4النساء ) )بسطت( 5:28المائدة )فرطتم80 : 12يوسف ) )أحطت( 22: 27النجم )bentukKalimah\perkataanSurah

Page 6: Dhabtul Quran

اخفاءءأنذرتهم( 6: 2البقرة )

بمؤمنين وماهم( 8: 2االبقرة )

قبل من( 25 2البقرة: )

Contoh idgham naqis.األعلى : 10سورة

Contoh ikhfa’.الطارق : 5سورة

- huruf (Mim) kecil.

Ia sebagai ganti baris 2 atau tanwin (fathatain, dhammatain, kasratain), dan jika terletak di atas huruf (nun) atau yang diikuti dengan huruf tanpa sabdu maka ia di baca dengan Iqlab.Contohnya:-

الطارق : 7سورةعمران : ال 115سورة

- Tanda tanwin (fathatain, dhammatain, kasratain).

Tanda baris 2 yang bersamaan barisnya (), dan baris dua dihadapan yang diterbalikkan tanda yang ke-2 nya, menunjukkan bacaan tanwin itu di Izharkan.Contohnya:-

النساء : 158سورة

النساء : 157سورةالمائدة : 9سورة

Apabila tanda tanwin diletakkan tidak selari (al-itba’) diikuti dengan huruf bertanda tashdid, ia menunjukkan bacaan Idgham kamil.Contohnya:-

Page 7: Dhabtul Quran

النساء : 165سورةالنساء : 175سورةالنساء : 171سورة

Jika baris tanwin tersebut diikuti dengan huruf yang tidak bertanda tashdid, maka ia menunjukkan Idgham naqis.Contohnya:-

Tanwin Idgham Naqis:-

: النهل 75سورةالمائدة : 28سورةالطور : 37سورة

Tanwin Ikhfa’:-التوبة : 102سورةالتوبة : 120سورةعمران : ال 189سورة

- huruf alif(), wau (), ya (), dan nun kecil dalam Rasm Uthmani.

Terdapat huruf – huruf kecil yang menunjukkan huruf asal yang di buang dan mesti dibaca.Contohnya:-

Huruf-huruf kecilKalimah\perkataanSurah

االكتب ءايت تلك1: 15الحجر

ت والصبر35: 33األحزاب

وتلون وال

عمران 153: 3اليستون ال

Page 8: Dhabtul Quran

18: 32السجدة

ىكثيرا به ويهدى26: 2البقرة

النبيين61: 2البقرة

الله ولى أن196: 7األعراف

نالمؤمنين نحي

88: 21األنبياء

Contoh huruf kecil Alif:-التوبة : 2-1سورة

Contoh huruf kecil Wau:-الليل : 18سورة

Contoh huruf kecil Ya:-

العاديات : 5-4سورة

Contoh huruf kecil Nun:-األنبياء : 88سورة

- Jika huruf (sin) terletak di bawah huruf (shad).

Jika huruf (sin) terletak di bawah huruf (shad), ia menunjukkan bacaan (shad) lebih masyhur.Contohnya:-

الطور : 37سورة

- Tanda mad panjang (~).

Tanda ini terletak di atas huruf-huruf tertentu yang memunjukkan bacaan lebih daripada kadar mad asli.Contohnya:-

النساء : 143سورة

Page 9: Dhabtul Quran

- Bulatan berhias. ( )

Bulatan berhias yang bernombor di tengah menunjukkan penghujung ayat dan nombornya menyatakan bilangan ayat dalam sesuatu surah.Contohnya:-

الكوثر : 3-1سورة

- Tanda bintang. ( ).

Tanda ini menunjukkan permulaan atau kesudahan setiap juzuk, nisf, hizb, dan rubu’.Contohnya:-

العنكبوت : 46سورة

- Garis panjang.

Garis ini terletak di atas atau di bawah kalimah tertentu. Ia menunjukkan kalimah tersebut memberi peringatan sunat sujud kepada ALLAH dan tanda ( ) menunjukkan tanda tempat berhenti untuk sujud.Contohnya:-

النجم : 62سورة

- Tanda intan (◊).

Tanda ini terletak di bawah huruf (Ra) pada ayat:-

هود 41 :سورةIni menunjukkan bacaan imaalah ( fathah kepada kasrah), dan imalah (alif) kepada (ya). Sekiranya tanda ini terletak di atas huruf, maka di baca dengan (Isymam).

- Tanda titik tompok.

Ia terletak di atas huruf (Alif) menunjukkan bacaan tashil iaitu membunyikan antara bunyian (hamzah) dengan (alif).Contohnya:-

Page 10: Dhabtul Quran

الفصلت : 62سورة

- Huruf (Sin) kecil.

Huruf ini terletak di atas huruf yang terakhir pada 4 kalimah berikut. Ianya di baca dengan (saktah) pada huruf tersebut dan meneruskan bacaan berikutnya.Contohnya:-

. الكهف 1سورة . يس 52سورة . القيامه 27سورةالمطففين . 14سورة

- Mad silah qasirah.

Setiap huruf (Ha dhomir) yang diikuti huruf (wau) dan (ya) kecil, bacaannya hendaklah dipanjangkan dengan kadar 2 harakat.Contohnya:-

اإلنشقاق : 15سورة

- Mad silah tawiilah.

Setiap huruf (Ha dhomir) yang bertemu dengan (hamzah qat’) yang berbaris dan terdapat tanda mad (~) di atas (wau kecil) atau (ya kecil), maka ia di baca dengan kadar 4 atau 6 harakat.Contohnya:-

الشورى : 13سورة

: ص 17سورة

- Tanda-tanda waqaf.

# tanda waqaf lazim.Contohnya:-

: يس 76سورة

Page 11: Dhabtul Quran

# tanda di larang waqaf.Contohnya:-

: المائدة 3سورة

# Tanda harus wakaf atau wasal terus.Contohnya:-

: المؤمنون 89سورة

# Tanda harus wakaf; menyambung terus adalah lebih utama.Contohnya:-

: الكهف 98سورة

# Tanda utama wakaf.Contohnya:-

: المائدة 3سورة

( ). Tanda wakaf singkat. #jika terhenti pada tanda pertama, maka tidak boleh berhenti lagi pada tanda ke 2, dan jika berhenti pada tanda ke 2 maka tidak boleh berhenti pada tanda pertama. contohnya:-

: البقرة 2سورة

Kelebihan ilmu Dhabt memudahkan umat islam mempelajari Al-Quran.

Dengan adanya ilmu Dhabtul Quran maka ianya akan memudahkan umat islam mempelajari Al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan senang. Jika Al-Quran tidak diberikan baris yang lengkap, maka agak sukar bagi umat islam mempelajari Al-Quran.

Pada zaman Rasullullah dan para sahabat yang terdahulu, pengajian Al-Quran banyak berteraskan kepada kaedah hafazan. Selepas negara islam makin berkembang pesat keluar dari negara arab, maka bertambah ramailah penganutnya yang terdiri daripada mereka yang bukan berketurunan arab. Hal ini amat menyulitkan kerana bagi mereka yang bukan arab menghadapi sedikit masalah untuk mempelajari Al-Quran serta

Page 12: Dhabtul Quran

memahami isi kandungannya.

Namun dengan adanya ilmu Dhabtul Quran ini, secara tidak langsung pengajian Al-Quran menjadi lebih senang dan mudah dipelajari oleh umat islam.

Tulisan arab

Nabi muhammad S.A.W. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan tidak boleh mengenal sesuatu entuk tulisan. Antara orang yang boleh menulis sebelum kebangkitan Muhammad sebagai Rasullullah ialah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Abi, Abu Suffian bin Muawiyyah, Harb bin Abi Suffian, ‘abin bin Said, dan ‘ala’ bin Al-Hasrami. Kesemua mereka ini terdiri daripada kalangan penduduk Mekah, manakala dari kalangan Madinah pula ialah Umar bin Said, Abi bin Ka’ab, Zaid bin Sabit, dan Al-Munzar bin Umar.

Setelah Rasullullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalakkan penulisan dan mendorong agar umat islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap tawanan perang Badr dari kalangan penduduk Mekah Quraish yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar 10 orang kanak-kanaki islam di Madinah. Melalui usaha ini, baginda berharap berlaku pertambahan penulis dari kalangan umat islam. Akhirnya baginda mempunyai seramai lebih kurang 40 orang sahabat yang pandai menulis – kebanyakkannya penulis wahyu – sebelum Al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

Tulisan dan penulisan Al-Quran

Menurut bahasa arab perkataan khat bererti garisan panjang pada sesuatu perkara dan juga cara yan paling mudah untuk menulis dengan menggunakan peralatan seperti pen, kalam dan sebagainya.

Terdapat perbezaan antara khat, tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan pembentukan huruf, manakala rasm adalah berhubung dengan pembentukan perkataan menerusi huruf-huruf hijaiyyah.

Khat yan dipelajari oleh Harb bin Ummaiyah dan mengajarkannya kepada orang-orang Quraish ialah khat (al-ambri al-khairi). Apabila khat in idiperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan dengan khat hijaazi. Bentuk khat inilah yan digunakan oleh para penulis surat, syair, dan lain-lain. Sehingga kedatangan islam, bentuk khat tersebut telah

Page 13: Dhabtul Quran

digunakan untuk penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar As-Siddiq dan digunakan pada tulisan Mashaf Usmani.

Apabila islam telah tersebar ke seluruh dunia, maka terdapat sekumpulan dari penduduk-penduduk Kufah yang telah mengelok dan mencantikkan lagi khat hijaazi. Setelah berlaku proses tersebut, maka khat tersebut telah ditukar nama kepada khat kufi.

Pengumpulan Al-Quran di Zaman Rasullullah S.A.W.

Pengumpulan Al-Quran berlaku dalam kedua-dua bentuk iaitu melalui hafazan dan penulisan. Rasullullah ingi sangat menguasai Al-Quran yang diturunkan. Baginda mengerakkan lidah dan kedua-dua bibirnya kerana takut apa yang diturunkan akan hilang. Baginda ingin segera menghafaznya.

Dalam kitab Sahih Bukhari ada dinyatakan terdapat 7 orang huffaz di zaman baginda iaitu Abdullah bin Mus’ad, Salim bin Ma’afal, Muaz bin Jabal, Abi bin Ka’ab, Zaid bin Sabit, Abu Zaid bin Sakin dan Abu Darda’. Pertambahan bilangan tersebut tidak bererti membataskan kerana para sahabat berlumba-lumba menghafaz Al-Quran dan mereka memerintahkan anak-anak dan isteri mereka untuk menghafaz Al-Quran. Mereka sering membacanya dalam solat malam sehingga alunannya bagai bunyi lebah.

Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi di mana sebaik sahaja baginda menerima wahyu, baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat Al-Quran yang diterima oleh baginda. Antara penulis-penulis wahyu baginda ialah ialah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abi bin Ka’ab, Sabit bin Khas, dan Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Oleh kerana padamasa itu ketiadaan kertas, kebanyakkan para sahabat mencatatkan wahya tersebut pada pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan seumpamanya. Catatan tersebut di salin semula oleh para sahabat walaupun kebanyakkan mereka lebih mengutamakan hafazan.

Penulisan Al-Quran di zaman Rasullullah tidak terkumpul dalam 1 mashaf semata-mata, yang ada pada seseorang belum temtu dimiliki oleh para sahabat. Selepas kewafatan baginda, Al-Quran telah di hafaz dan di tulis dalam mashaf dalam keadaan

Page 14: Dhabtul Quran

dimana surah-surah dipisahkan dan diterbitkan ayat-ayatnya sahaja. Setiap surah berada di lambaran yang berlainan dan tidak dikumpulkan dalam satu mashaf yang lengkap. Keperluan untuk membukukannya secara menyeluruh belum ada kerana nabi masih menanti turunnya wahyu satu persatu. Kadang-kadang terdapat ayat yang menasakhkan ayat yang sebelumnya. Susunan penulisan Al-Quran iti tidak menurut tertib nuzulnya.

Setelah kewafatan baginda, ALLAH mengilhamkan penulisan secara lengkap kepada khalifah ar-rashidin dan hal ini terjadi pada pertama kalinya pada zaman Abu Bakar As-siddiq atas nasihat dan cadangan Syaidina Umar. Pengumpulan Al-Quran pada zaman Nabi dinamakan penghafazan dan pembukuan yang pertama.

Penulisan Al-Quran Pada Zaman Syaidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

Selepas Rasullullah S.A.W. wafat para sahabat telah melantik Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah yang pertama. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, beberapa peperangan telah berlaku antaranya peperangan Al-Yamamah yang berlaku pada tahun ke- 11 hiijrah. Dalam peperang tersebut ramai tentera islam yang menghafaz Al-Quran telah gugur syahid. Sejarah telah mencatatkan bahawa seramai 700 orang tentera islam yang menghafaz Al-Quran telah syahid dalam peperangan tersebut.Peristiwa berkenaan telah mendorong Syaidina Umar Al-Khattab mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq supaya diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dibimbangi Al-Quran akan luput atau terhapus kerana ramai Qurra’ telah gugur syahid.Akhirnya Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bersetuju dengan cadangan terebut lalu menyuruh Zaid bin Sabit menyalin Al-Quran yang telah di tulis dan di hafaz pada zaman Rasullullah S.A.W. dengan di bantu oleh beberapa orang sahabaat yang lain. Melalui usaha tersebut maka lahirlah Al-Quran yang pertama dalam bentuk mashaf.Setelah Syaidina Abu Bakar As-Siddiq wafat, suhuf tersebut telah di simpan di rumah Syaidina Umar Al-Khattab R.A. Setelah Khalifah Syaidina Umar Al-Khattab R.A. wafat, suhuf tersebut di simpan pula oleh Ummul Mukminin Syaidatina Habsan binti Umar Al-Khattab R.A. di rumahnya.

Penulisan Al-Quran Pada Zaman Syaidina Usman Bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Syaidina Usman Bin Affan R.A. islam telah berkembang luas meliputi semenanjung tanah arab dan lain-lain wilayah termasuk Armania, Azzabaijan, Khurusan. Umat islam di wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran mengikut kaedah-kaedah bacaan Rasullullah S.A.W. melalui riwayat bacaan para sahabat yang mashyur. Antaranya ialah:-

Page 15: Dhabtul Quran

- Penduduk Mekah dan Madiah Syam mengambil kaedah bacaan daripada bacaan Abi bin Kaab, Zaid bin Sabit, dan Syaidina Umar Al-Khattab R.A.- Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada bacaan Syaidina Usman bin Affan dan Abu Darda’ R.A.- Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada bacaan Syaidina Umar Al-Khattab R.A. Abi bin Kaab, Zaid bin Sabit, Syaidina Usman bin Affan, Syaidina Ali bin Abi Talib, dan Abu Musa Al-Asya’ari.- Penduduk Kuffah mengambil kaedah bacaan daripada bacaan Abdullah bin Mas’ud, Abi bin Kaab, Zaid bin Sabit, Syaidina Usman bin Affan, dan Syaidina Ali bin Abi Talib.

Pada tahun ke-25 hijrah, perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan orang muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al-Quran.Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin Al-Yaman kepada Khalifah Syaidina Usman bin Affan. Huzaifah bin Al-Yaman telah mencadangkan kepada Khalifah Syaidina Usman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mashaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan seterusnya.Khalifah Syaidina Usman bin Affan telah membentuk satu jawatankuasa penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Sabit dan di bantu oleh beberapa anggota yang lain yang terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Sa’id bin Al-Asr, dan Abdurrahman bin Auf bin Sham.Lembaran mashaf-mashaf yang di ambil daripada Syaidatina Habsan binti Umar Al-Khattab R.A. untuk dijadikan mashaf. Ketika ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka, Khalifah Syaidina Usman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan garis panduan bahawa asas di dalam penulisan Al-Quran ini hendaklah berasaskan bacaan pada Qurra’. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah di tulis mengikut bahasa orang-orang Quraish kerana Al-Quran itu diturunkan menurut bahasa mereka.Mengikut pendapat yang muktamad, jawatankuasa terebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mashaf Al-Quran. Sebuah mashaf untuk kegunaan Khalifah Syaidina Usman bin Affan sendiri yang di beri nama (mashahf Al-Imam) dan yang lain untuk kegunaan penduduk di Mekah, Syam, Kufah, Basrah dan Madinah.Mashaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan penduduk wilayah-wilayah tersebut malahan di hantar bersama-sama seorang imam yang adil dan mantap dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar dan membimbing penduduk berkenaan. Antara mereka yang menjadi imam kepada penduduk berkenaan adalah seperti berikut:-- Abdullah Said di Mekah.- Al-Mughirah Abi sahab di Sham.- Abdurrahman Abdullah bin Habib As-Salami di Kuffah.

Page 16: Dhabtul Quran

- Amru bin Qais di Basrah.- Zaid bin Sabit di Madinah.

Selepas itu Syaidina Usman bin Affan memerintahkan supaya semua lambaran Al-Quran yang di tulis sebelum ini di kumpul untuk di bakar atau dilupuskan. Walaubagaimana pun perbezaan bacaan yang ada sehingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat dalam mashaf yang di tulis pada zaman Syaidina Usman bin Affan kerana bacaan tersebut telah di terima daripada Rasullullah S.A.W. secara mutawaatir.Usaha pengumpulan Al-Quran yang dilakukan pada zaman Syaidina Usman bin Affan telah mendatangka nfaedah yang besar kepada umat islam terutamanya dari segi:-- dapat menyelamatkan umat islam dari perpecahan.- dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin dari segi penulisan Al-Quran.- dapat menyatukan bentuk mashaf yang seragam melalui bacaan dan tulisan.- Dapat menyatukan wajah-wajah qiraah melalui satu mashaf.- Dapat menyelaraskan penyusunan surah-surah menurut tertib sebagaimana yang terdapat pada masa kini.

Tahap penulisan Al-Quran.

Penulisan Al-Quran Rasm Usmani seperti yang terdapat pada masa kini telah melalui beberapa tahap sebagaimana berikut:-- tahap pertama:belum diletakkan sebarang tanda.

- tahap ke-2:ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu Aswad Addauli.- tahap ke-3:mula ditandakan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Yamar dan Nasir bin Assim Allaisi dengan pemerintah Iraq’.

- tahap ke-4:mula diletakkan dengan tanda-tanda baris yang dipelopori oleh Al-Khalil bin Ahmad Al-Faahidi pada zaman pemerintahan A’bbasiah.

- tahap ke-5:di tambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda lagi.

Tulisan Al-Quran menggunakan khat naskh mula di cetak buat pertama kalinya di Humberg, Jerman pada tahun 1694 masihi (1113 hijrah) dan seterusnya di cetak di negara-negara islam lain sehingga ke hari ini.

Page 17: Dhabtul Quran

Cara bacaan Al-Quran pada masa kini.

Terdapat beberapa cara bacaan Al-Quran yang digunapakai oleh umat islam pada mas kini. Antara cara-cara bacaan tersbut ialah seperti berikut:- bacaan mengikut riwayat Hafas daripada Imam A’sim adalah cara bacaan yang paling banyak digunakan dan diamalkan di negara islam.- bacaan mengikut riwayat Warash daripada Imam Nafi adalah cara bacaan yang paling banyak digunakan di negara Afrika.- bacaan mengikut riwayat qalun daripada Imam Nafi adalah cara bacaan yang paling banyak digunakan dan diamalkan di negara Asia Tenggara.- bacaan mengikut riwayat Addauri daripada Imam Abu Umar Al-Asri adalah cara bacaan yang paling banyak digunakan dan diamalkan di negara Sudan.

Penulisan Al-Quran (Rasm Usmani).

Ilmu Rasm adalah satu ilmu yang membincangkan cara penulisan lafaz-lafaz atau ucapan memelihara pengucapan huruf-huruf dari segi lafaz. Huruf asal dan ilmu-ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, memisah dan menggantikan huruf-huruf Al-Quran. Penulisan Al-Quran adalah satu sunnah Rasullullah S.A.W. yang diikuti secara ijma’ oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini berbentuk (taufiqiyyah) dan ia di buat di bawah pengawasan Rasullullah S.A.W.

Pembahagian Rasm.Rasm (penulisan) Al-Quran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-

- rasm qiyaasi atau imla’ii.Rasm ini mengikut kelaziman penulisannya, pertuturan dan pengucapan.

- Rasm istilaahi atau uthmani.Rasm ini mengikut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan. Ini disebabkan ianya menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, atau memisahkan huruf dengan penulisannya.Kebanyakkan mashaf di tulis menggunakan kaedah ini. Oleh itu, penulisan Rasm Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat Taufiqiyyah (penetapan/ penentuan/ pengawasan) Rasullullah S.A.W.

Rujukan

Page 18: Dhabtul Quran

Ahmad Qamaruddin bin Ibrahim, kertas kerja kursus peningkatan kemahiran Tilawah Al-Quran dan Kaedah Iqra’ Dharuri Pendidikan Islam, 21-28 Jun 2002, Istilah Ad-Dibtu Dalam Rasm Uthmani.

Ahmad Qamaruddin bin Ibrahim, kertas kerja kursus peningkatan kemahiran Tilawah Al-Quran dan Kaedah Iqra’ Dharuri Pendidikan Islam, 21-28 Jun 2002, Rasm Uthmani, Antara Kefahaman Dan Bantuannya. Istilah Ad-Dibtu Dalam Rasm Uthmani.