penghayatan sains melalui al-quran al-quran sebagai …

88
PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK SAINS MATEMATIK

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIKSAINS MATEMATIK

Page 2: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …
Page 3: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …
Page 4: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

Himpunan Kertas KerjaSEMINAR AL-QURAN 2012

Cetakan pertama 2016

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana manabahagian artikel , ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juabentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik,fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin secara bertulis dari Penerbit.

Diterbitkan oleh:Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

KOMTAR, Tingkat 48,10000 Pulau Pinang

Tel: 04-263 2975 Faks: 04-263 2985http://mufti.penang.gov.my

Rekabentuk / urus cetak:Dream Worx

NASKAH PERCUMA

Page 5: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

ISI KANDUNGAN

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURANOleh: Prof. Dato Dr. Mohd Yusof Bin Othman.Institut Islam Hadhari,Universiti Kebangsaan Malaysia

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIKSAINS MATEMATIK Oleh: Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohahamad ZainFelo Penyelidik Kanan.Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya

6

38

Page 6: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

6 Seminar Al-Quran2012

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURANOleh : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Othman

PendahuluanPembangunan sains dan teknologi yang begitu pesat dan canggih mengagumkan ramai orang daripada kalangan masyarakat awam sehingga kepada para pemimpin ilmuwan terbilang. Perkara-perkara yang kita tidak terfikir dua atau tiga puluh tahun dahulu, sekarang sedang berada di hadapan kita. Sistem pengangkutan yang canggih, yang bukan sahaja mempercepatkan perjalanan manusia, tetapi juga dengan penuh keselesaan. Sistem maklumat dan komunikasi yang memudahkan semua orang berhubung di antara satu dengan yang lain dalam masa yang singkat dan dengan maklumat yang lebih cekap boleh sampai di mana sahaja kita berada. Sistem pertanian yang mampu menghasilkan hasil tanaman dan tuaian yang lebih banyak kuantitinya dengan masa yang lebih singkat dengan pelbagai cita rasa dan citranya. Begitu juga dengan sistem perubatan yang mampu untuk mengesan, mencegah dan mengubati penyakit yang pelbagai karenahnya yang tidak dapat diatasi suatu masa dahulu.

Semua pembangunan di atas dihasilkan oleh kegiatan sains dan teknologi yang begitu hebat. Malah manusia merasakan seolah-olah tanpa sains apalah dunia ini. Sains sudah mendominasi segenap hidup kita sehingga kita meminta agar pengetahuan sains juga digunakan dalam bidang-bidang yang secara tradisinya bukan sains, atau setidak-tidak hujah sains digunakan juga dalam hujah untuk bidang-bidang yang secara tradisinya bukan sains seperti bidang budaya, kesusasteraan, ekonomi, politik dan sistem sosial yang lain.

Natijahnya, lahirlah bidang-bidang seperti sains sosial dan kemanusiaan yang berusaha untuk menjustifikasikannya melalui hujah saintifik. Hujah saintifik yang bersifat rasional dan kemampuan untuk memberi sebab musabab secara sistematik telah mengangkat martabat akal melebihi kedudukannya dalam hierarki ilmu. Lantasnya

Page 7: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

7Seminar Al-Quran2012

segalanya perlu dihujah secara saintifik untuk menjustifikasikan kebenarannya.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat masih ramai juga kalangan sarjana yang masih meragui kemampuan hujah saintifik ini. Sebab apa yang berlaku pada hari ini menampakkan seolah-olahnya pembangunan yang dinatijahkan oleh sains dan teknologi penuh dengan ketempangan dan kebejatannya alam sekitar menjadi semakin tercemar dan rosak; sistem ekonomi tidak menjanjikan pengagihan kekayaan dan pembangunan yang saksama; dan kehidupan sosial menjadi semakin tercelaru sehingga anak-anak sudah tidak tahu bagaimana menghormati ibu bapa sendiri, kalangan yang hidup bersendirian makin meningkat (Klinenberg, 2012), rumahtangga menjadi semakin rapuh.

Ternyata dunia amat memerlukan sains yang berteraskan agama dan Tuhan. Aktiviti sains dan teknologi perlu dibangunkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap Tuhan Yang Maha Mencipta. Kertas ini berusaha untuk membincangkan penghayatan sains sebagaimana yang terkandung dalam ajaran yang terdapat di dalam al-Quran.

2.0 Apakah Al-Quran?

Sebelum kita melihat bagaimana al-Quran boleh menjadi kitab yang menginspirasikan aktiviti sains dan teknologi, marilah kita lihat sepintas lalu tentang apakah itu al-Quran. Pemahaman ringkas kita tentang al-Quran ini akan memudahkan kita faham kenapa al-Quran dapat mengubah persepsi seseorang.

Umumnya kita dapat katakan al-Quran adalah kitab yang mengandungi himpunan wahyu yang diturun dan disampaikan kepada Rasulullah SAW. Menurut Subhi Salleh (1978), ia dinamakan al-Quran sebab ia perlu diingat dan dihafaz (al-Qiraah)

Page 8: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

8 Seminar Al-Quran2012

oleh umat Islam. Umumnya kita dapat simpulkan al-Quran itu sebagai berikut :-

• Al-Quran adalah sebuah kitab yang diwahyukan sebagai petunjuk kepada manusia dan juga yang membezakan antara yang hak dan yang batil sebagaimana firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah : 185) yang bermaksud : -“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil)”

• Al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis, di mashaf dan diriwayatkan dengan mutawatir, dan membacanya adalah ibadah.

• Sebuah kitab yang sah, asli dan tulen (authentic), yang tidak pernah dan boleh dicabar sejak ianya diturunkan dan dijilid di zaman Saidina ‘Uthman. Penjilidannya telah diketuai oleh Zaid bin Thabit, dengan ahli yang lain terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Sa’id bin ‘Ash dan Abdurrahman bin Harith bin Hisyam (Ishfaq Ahmad,2000).

• Sebuah kitab yang melahirkan individu dan masyarakat yang beragama, bermasyarakat, berbudaya dan beradab dalam kehidupan mereka, sehingga untuk memastikan umat Islam terus terbangun, maka mereka perlu menjadikan al-Quran sebagai inspirasi dalam membina masa depan hidup mereka (Dawam Rahardjo,1996).

• Mempercayai dan meyakini al-Quran sebagaimana yang diturunkan merupakan salah satu rukun Iman. Mempertikaikan al-Quran boleh membatalkan syahadah, walaupun apa yang dinyatakan dalam al-Quran rasanya bertentangan dengan pemikiran seseorang atau

Page 9: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

9Seminar Al-Quran2012

sekumpulan orang, seperti cerita Nabi Ibrahim yang dibakar oleh Raja Namrud tetapi tidak terbakar, Nabi Isa as dapat menghidupkan orang yang mati dan sebagainya. Ini adalah dasar utama kepada pembangunan akidah umat Islam (Sayid Sabiq, 1991).

• Dari segi sejarah, al-Quran mula diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada 17 Ramadan ketika baginda bersendirian di sebuah gua yang terdapat di sekitar kota Mekah yang bernama Jabal-Nur (Gua Hira’). Lima ayat pertama yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail adalah diabadikan dalam lima ayat pertama (Surah al-‘Alaq : 1-5) yang bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada alaq (segumpal darah), Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”

Dengan turunnya al-Quran bererti titik permulaan kepada ajaran Ilahi yang kemudiannya membina peradaban baru yang bernama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Al-Quran ini merupakan kitab utama kepada setiap umat Islam untuk menjadi panduan dan pedoman di dalam kehidupan mereka seharian, sama ada dalam kehidupan bersendirian, bersosial, bernegara atau dalam pembinaan tamadun. Al-Quran juga membenarkan semua kitab yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah SWT (Surah ali-Imran : 2-4) yang bermaksud :

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus-menerus menguruskan makhluk-Nya. Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. Sebelumnya (al-

Page 10: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

10 Seminar Al-Quran2012

Quran) diturunkan, menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan al-Furqan. Sesungguhnya orang yang mengkafirkan (ingkar) terhadap ayat-ayat Allah akan memperolehi seksa yang berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (seksa)”.Al-Quran adalah nama kepada himpunan wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah SAW yang kemudiannya disampaikan kepada seluruh manusia. Himpunan wahyu kepada nabi-nabi yang lain tidak dinamakan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat-ayat di atas.

Menurut Subhi Salleh (1978), al-Quran bererti ‘bacaan’ dengan asal kata qaraa, manakala nama lain bagi al-Quran adalah al-Furqan bermaksud yang membezakan antara hak dan batil, sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Furqan : 1) yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al—Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam”

Nama lain lagi bagi al-Quran adalah az-Zikir sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Hijr : 9) yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikir (al-Quran) dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.

3.0 Tema Utama Al-QuranAl-Quran adalah kitab yang dapat memberikan bimbingan, petunjuk (al-Huda) atau Hidayah untuk manusia sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Baqarah : 2 & 185) yang bermaksud :

“Al-Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”.“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan

Page 11: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

11Seminar Al-Quran2012

mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)”.

Hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada insan yang dipilih-Nya. Tiada seorang pun, hatta Nabi dan Rasul atau mana-mana makhluk yang boleh memberikan hidayah kepada seseorang. Nabi sendiri pun, walaupun amat kasih kepada bapa saudaranya, tidak mampu untuk mengubah keimanan bapa saudaranya tersebut. Begitu juga dengan Nabi Nuh a.s, walaupun baginda mendoakan kepada Allah SWT tentang anak dan isterinya, tetapi baginda tidak mampu untuk mengubah hidayah Allah SWT yang diberikan kepada mereka yang diingini-Nya. Sehingga Allah SWT berfirman (Surah ar-Ra’ad : 11) yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

Dari satu segi, Allahlah pemberi hidayah kepada insan yang dipilih-Nya, dan dari sudut yang lain pula Allah SWT menyatakan yang Dia tidak akan mengubah keadaan seseorang melainkan orang tersebut bersedia untuk méngubah dirinya. Kalaulah itu hakikatnya, bagaimana mungkin kita beroleh hidayah dari Allah SWT? Jawapannya, manusia perlu berusaha untuk berubah, atau mempersiapkan dirinya untuk mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Persoalannya apakah konsep, prinsip dan asas kepada hidayah, atau bagaimana boleh seseorang itu memperoleh petunjuk dari Allah SWT? Hidayah boleh diperoleh melalui pelbagai pendekatan. Sekiranya kita terima bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi yang berperanan untuk mengurus dan mentadbir alam ini, maka sudah pastinya manusia memiliki potensi yang diberikan oleh Allah SWT untuk menjalankan fungsinya sebagai khalifah.

Page 12: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

12 Seminar Al-Quran2012

Dengan demikian hidayah dari Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk.

1. Hidayat-ul-ilham, yakni hidayah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia melalui ilham. Oleh sebab alam mempunyai fitrah, tabii dan ciri yang tersendiri, maka apabila manusia memerhatikan fitrah, tabii dan ciri alam yang mempunyai peraturan tertentu, maka mereka akan memperoleh ilham hasil daripada pengamatan mereka terhadap tabii alam tersebut. Contohnya apabila manusia memerhati dan mencerap bagaimana binatang atau pokok membesar, mereka boleh menjinakkan binatang berkenaan untuk diambil manfaatnya, dan menanam pelbagai tanaman untuk mendapat rezeki daripada tanah yang subur.

Di sini bererti hidayah dari Allah diperoleh melalui ilham, yang diperoleh pula berdasarkan kepada pengamatan alam tabii yang mengikuti fitrah, tabii atau ciri tertentu. Hidayat-ul-ilham ini selalunya dapat diperoleh oleh ahli sains yang memang diasuh bakat mereka untuk melihat semua fenomena alam yang berlaku dari alam mikro atau alam nano seperti atom, molekul dan sel sehinggalah ke alam makro seperti pengamatan kepada alam raya dan cakerawala.

2. Hidayat-ul-hawas, yakni hidayah yang diberikan oleh Allah berdasarkan kepada kemampuan manusia untuk meningkatkan keterampilan pancaindera mereka. Pancaindera manusia seperti kemampuan mata yang melihat, hidung yang menghidu, telinga yang mendengar, lidah yang merasa, dan tangan yang menyentuh merupakan deria atau sensor yang membolehkan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah SWT sekiranya digunakan dengan wajar. Maka kita akan bertanya ke manakah mata kita telah kita pergunakan untuk mendapat hidayah; telinga kita untuk mendapat maklumat yang boleh meningkatkan keimanan kita; hidung yang dapat digunakan untuk menghidu; lidah kita yang boleh

Page 13: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

13Seminar Al-Quran2012

membezakan rasa untuk menikmati makanan; tangan dan kaki yang membolehkan kita berjalan dan merasai sesuatu apabila disentuh; semuanya ini boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan hidayah dari Allah SWT.

Dengan teknologi yang kita miliki sekarang ini, kita mampu pula untuk meningkatkan keupayaan deria kita. Misalnya dengan penggunaan mikroskop kita mampu untuk melihat objek yang teramat kecil; dengan teleskop yang kita ada hari ini, kita dapat melihat dengan lebih dekat dan hebat tentang sistem cakerawala; begitu juga dengan penderia suhu, cahaya, elektrik dan sebagainya membolehkan kita untuk meningkatkan keupayaan kita untuk menderia. Semuanya ini membolehkan kita untuk mendapat hidayah dari Allah SWT. Dengan hidayah inilah ilmu sains atau ilmu yang berusaha untuk memahami tabii alam berkembang dengan pesatnya.

3. Hidayah-addin, yakni hidayah yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya melalui amalan agama. Amalan agama pula dapat dibahagikan kepada dua; afa’alan atau ibadah yang membina agama seseorang seperti menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, membaca al-Quran dan juga berzikir kepada Allah SWT dan aktiviti lain yang seumpama dengannya; dan keduanya adalah ibadah yang berbentuk amalan muamalat seseorang seperti bersedekah dan infak, tolong-menolong dan bekerjasama untuk kebaikan, memberi nasihat yang baik dan segala amalan yang seumpama dengannya.

Seseorang yang beragama Islam, insyaallah akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah sekiranya berusaha untuk melaksanakan segala ajaran agama ini dengan bersungguh-sungguh. Inilah sebabnya para ulama dan ilmuwan Islam silam selalu mengamalkan solat tahajud, berpuasa, bersedekah, mengerjakan umrah, berzikir dan sebagainya apabila mereka ingin melaksanakan sesuatu

Page 14: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

14 Seminar Al-Quran2012

perkara, kerana mereka amat mengharapkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

4. Hidayat-ul-taufiq wal maunah, yakni hidayah kerana pertolongan Allah SWT berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, dan sesiapa sahaja yang ditolong oleh Allah (seperti orang yang teraniaya dan sebagainya). Allah SWT akan menolong hamba-Nya yang dizalimi, walaupun kita lihat hamba-Nya tersebut terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian sebagaimana yang pernah berlaku kepada para nabi dan kaum yang terdahulu, termasuk juga mereka yang ditolong oleh Allah SWT mereka-mereka yang tidak menganut agama yang diwahyukan-Nya.

Dengan kata lain, manusia tidak boleh beri hidayah atau petunjuk kepada orang lain. Yang boleh beri hidayah adalah Allah SWT. Tetapi Allah SWT tidak akan mengubah keadaan seseorang melainkan, orang tersebut berusaha untuk mengubahnya. Ini dapat dilakukan melalui kelima-lima jenis hidayah (petunjuk dan pertolongan Allah SWT) seperti yang dihuraikan di atas, yakni melalui ilham yang diperoleh melalui pengamatan kepada alam tabii, peningkatan keterampilan pancaindera, meningkatkan ketajaman akal untuk berfikir berdasarkan maklumat yang benar dan bermakna, melalui amalan beragama, dan melalui pertolongan Allah SWT kepada orang yang teraniaya. Maknanya hidayah dari Allah SWT tidak mesti hanya diperuntukkan kepada orang yang menganut agama Islam sahaja. Yang bukan Islam juga mereka boleh mendapat petunjuk dari Allah SWT, sebab itu mereka boleh menjadi ahli sains yang baik walaupun mereka tidak beragama Islam. Oleh sebab mereka tidak kenal tuhannya (mereka tidak bertanggungjawab dengan tuhan), biasanya kreativiti mereka lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Page 15: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

15Seminar Al-Quran2012

4.0 Teras Utama Al-QuranBerdasarkan kepada penterjemahan, pentafsiran, huraian dan ulasan yang diberikan oleh ilmuwan Islam terkenal terhadap al-Quran (lihat Soenarjo (l4l2H), Abdullah Yusuf Ali(1991), dan Hamka (1984), kita dapat simpulkan al-Quran mengandungi hal-hal yang berhubung dengan perkara-perkara berikut :

• Sistem kepercayaan, falsafah, akidah atau dasar keimanan seseorang. Al-Quran banyak menerangkan tentang dasar kepercayaan dan prinsip asas kehidupan menurut pandangan Islam. Contohnya adalah seperti (Surah al-Ikhlas : 1-4) yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa # Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat # Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan # Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

• Secara umumnya, persoalan ketuhanan dan keimanan adalah persoalan asas yang ingin disampaikan oleh al-Quran.

• Ilmu pengetahuan. Al-Quran adalah sumber segala ilmu pengetahuan. Walaupun secara terperincinya, al-Quran tidak menyatakan proses tentang sesuatu seperti bagaimana mengerjakan solat, bagaimana pokok membesar dan pelbagai proses alam tabii yang lainnya, namun al-Quran menyatakan tentang prinsip mengenai sesuatu fenomena alam. Ini disebabkan al-Quran bukanlah buku sejarah, atau buku sains, atau buku kesihatan dan sebagainya, sebaliknya al-Quran adalah kitab untuk memberikan hidayah dari Allah SWT, dan yang membezakan antara yang benar dan yang batil.

• Kisah-kisah benar untuk diteladani. Dalam al-Quran

Page 16: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

16 Seminar Al-Quran2012

terdapat pelbagai kisah nabi-nabi dan orang-orang yang terpuji seperti kisah Luqman al-Hakim, dan penghuni Gua Kahfi pada zaman mereka yang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diharungi. Di antara kisah yang terperinci yang dinyatakan oleh al-Quran adalah kisah Nabi Yusuf a.s (Tafsir al-Rahman).

• Falsafah, prinsip dan konsep dalam kehidupan. Walaupun al-Quran tidak menyatakan secara terperinci tentang sesuatu perkara, tetapi al-Quran menyatakan secara prinsip tentang sesuatu perkara. Misalnya al-Quran hanya menyatakan prinsip berpakaian dan menutup aurat, tetapi tidak dijelaskan bentuk pakaian yang perlu dipakai. Begitu juga al-Quran menyatakan tentang prinsip pergaulan, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci apa yang perlu dilakukan. Begitu juga dengan penérangan saintifik tentang sesuatu perkara. Cukuplah al-Quran hanya menyatakan dalam (Surah al-Nahl : 43) yang bermaksud :

“Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama, jika kamu tidak mengerti mengetahui”.

• Peraturan untuk mengatur tingkah laku dan tatacara hidup manusia, sama ada sebagai individu atau makhluk bersosial. Ini merupakan antara tema utama dalam al-Quran yang disebut sebagai syariah. Sekiranya manusia tidak dibimbing oleh al-Quran untuk mengikut sesuatu peraturan, manusia akan membuat peraturan yang akan merosakkan alam ini. Ini juga membezakan antara al-Quran dengan buku-buku agama yang lainnya.

• Menyatakan makna kehidupan (di dunia dan akhirat). Walaupun al-Quran tidak menyatakan secara terperinci tentang sesuatu perkara, tetapi al-Quran memberikan makna erti sebuah kehidupan. Misalnya al-Quran memberi makna tentang kebahagiaan atau nikmat yang diperoleh oleh manusia. Sebab sekiranya ditanya kepada manusia apakah erti nikmat atau

Page 17: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

17Seminar Al-Quran2012

kebahagiaan dalam kehidupan seseorang insan, pastinya mereka menjawab, kaya tanpa miskin, sihat tanpa sakit, senang tanpa

susah, sempurna tanpa cacat, berilmu tanpa jahil, mulia tanpa hina, kuat tanpa lemah, gembira tanpa sedih, hidup tanpa mati. Inilah erti kebahagiaan kepada insan biasa.Tetapi bagi Allah nikmat atau kebahagiaan itu adalah pemberian dari Allah, bukan sesuatu yang dapat dicari oleh manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud (Surah al-Hujurat :17 ) :

“Mereka menganggap diri mereka berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam. Katakanlah (kepada mereka) : Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan Allah jualah yang berhak membangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman, kalau kamu sememangnya orang yang benar”.

Inilah tema utama yang ingin disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia.

5.0 Pentafsiran Al-QuranPelbagai perbincangan dilakukan oleh ramai ilmuwan Islam mengenai pentafsiran al-Quran. Pada zaman Rasulullah SAW isu pentafsiran tidak timbul sebab Rasulullah SAW pentafsir al-Quran yang paling muktabar (Subhi Salleh, 1978). Namun selepas kewafatan Rasulullah SAW isu pentafsiran al-Quran ini timbul kerana umat Islam berusaha untuk memahami perintah dan suruhan Allah SAW dalam amalan kehidupan mereka sepanjang hari. Suasana persekitaran, kemajuan dalam sains dan teknologi, kemajuan duniawi yang dicapai oleh manusia dalam meneroka alam seperti sistem ekonomi, sosial dan politik menyebabkan pentafsiran al-Quran perlu disampaikan menurut tahap pemikiran dan kemajuan tersebut.

Page 18: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

18 Seminar Al-Quran2012

Mauduk dan teras utama al-Quran masih kekal, tetapi al-Quran sebagai kitab hidayah dan petunjuk perlu ditafsirkan selari dengan suasana semasa ini. Menurut Subhi Salleh (1978), walaupun terdapat ilmuwan yang menolak tafsir ra’yu (tafsir dengan menggunakan akal) seperti ini, namun tafsiran sebegini masih dibolehkan selagi tidak bercanggah dengan dalil yang sah dari al-Quran dan Hadis yang muktabar.

Secara umumnya kita dapat katakan pentafsiran al-Quran dapat dikategorikan sebagai berikut : (Soenarjo, l4l2H; Subhi Salleh, 1978; Yusof Qardhawi, 1998).

• Secara terperinci: Untuk keperluan hidup manusia dunia dan akhirat al-Quran menyatakan tatacara kehidupan seperti yang berhubung dengan hukum perkahwinan, hukum harta pusaka dan pelbagai hukum lagi secara terperinci. Dengan kata lain hukum dan peraturan yang dinyatakan dalam al-Quran secara terang ini perlu dipatuhi oleh setiap Muslim seadanya sebagaimana yang telah dinyatakan. Mempertikainya boleh menjejaskan akidah seseorang. Contohnya adalah seperti pemberian pusaka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 176, dan menutup aurat seperti ayat 31 Surah al-Nur.

• Secara umum: Terdapat dalam al-Quran perintah Allah SWT yang dinyatakan secara umum, tetapi perinciannya dijelaskan dalam hadis seperti ayat-ayat yang mewajibkan umat Islam untuk mendirikan solat, berzakat, mengerjakan haji dan sebagainya. Walaupun semua ibadah ini merupakan ibadah yang membina rukun Islam, namun perincian bagaimana mengerjakan amalan tersebut tidak dinyatakan secara terperinci di dalam al-Quran. Dengan demikian amalan ini memerlukan kepada penjelasan dari hadis sahih yang muktabar dan juga penjelasan daripada sarjana-sarjana Islam yang tersohor. Dengan demikian, amatlah digalakkan kita mengikut ajaran mazhab yang diterima oleh umat Islam hari ini seperti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah (Mazhab

Page 19: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

19Seminar Al-Quran2012

Shafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali atau Mazhab Maliki), agar amalan kita menepati kehendak ajaran agama yang sebenar.

• Secara prinsip: Terdapat juga perintah Allah SWT yang dinyatakan dalam al-Quran yang dinyatakan secara prinsip umum sahaja, dengan pelaksanaan untuk beramal dengannya diserahkan kepada kebijaksanaan manusia untuk melaksanakannya. Misalnya Allah SWT hanya menyuruh umat Islam berdakwah (Surah Fussilat ayat 33), tetapi tidak dinyatakan secara terperinci bagaimana pelaksanaan dakwah tersebut; terserahlah kepada umat Islam mengikut peringkat umur, suasana dan keadaan semasa untuk melaksanakan kaedah dakwah yang terbaik. Hanya Allah SWT menyatakan prinsip berdakwah sahaja. Begitu juga dengan hal yang berhubung dengan kepimpinan, sistem kenegaraan dan politik, semuanya Allah SWT serahkan kepada kebijaksanaan manusia untuk melaksanakannya.

• Diserahkan kepada umat Islam untuk berijtihad: Terdapat juga perkara yang tidak dijelaskan di dalam al-Quran, tetapi umat Islam perlulah menggunakan kekuatan pengalaman, ilmu yang mereka miliki untuk mereka berijtihad (menggunakan akal fikiran mereka) untuk kebaikan dan maslahat keseluruhannya. Ini disebabkan perkara tersebut tidak diterangkan oleh al-Quran dan hadis secara qati’e (tegas). Perkara ini telah pun dilakukan oleh para sahabat seperti pandangan Sayidina Abu Bakar r.a untuk memerangi mereka yang tidak mengeluarkan zakat; inventori Baitulmal yang telah pun dilaksanakan oleh Sayidina ‘Umar r.a; menjilidkan al-Quran seperti yang disarankan oleh Sayidina Uthman r.a; pembahagian harta sepencarian yang dilakukan oleh para ilmuwan Islam di Rantau Asia Tenggara dan sebagainya. Semuanya ini memerlukan kepada kekuatan ijtihad yang didasarkan kepada suasana semasa dan persekitaran yang memeriahkannya, tetapi masih tidak melanggar prinsip Islam yang asas. Dengan demikian, kita lihat agama Islam adalah agama yang cukup dinamik dan

Page 20: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

20 Seminar Al-Quran2012

sesuai dilaksanakan sepanjang masa.

6.0 Pengertian SainsMenurut Peter Medawar (1984), sains adalah ilmu yang teratur yang diambil daripada perkataan,‘sienz, ciens, cience, siens, syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians ’dengan kata dasarnya diambil daripada perkataan ‘scientia’ yang bermaksud ‘knowledge’ (ilmu). Tetapi tidak semua ilmu boleh dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah :

‘Ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengamatan fenomena alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh pencerapnya sehingga menumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai, sama ada melalui eksperimen atau hujah mantik secara teori ’

Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran untuk memenuhi kepuasan beragama atau kepuasan rohani, sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah kebenaran mantik pemikiran akal yang berdasarkan kepada kebenaran pentaakulan atau sebab-musabab. Kepada Medawar kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh ahli sains melalui apa yang disebut sebagai ‘asimptot’, yakni suatu kebenaran yang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian penerokaan, dan matlamat sains akan sentiasa berubah, dan tidak mutlak.

Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra et al (1992)

Page 21: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

21Seminar Al-Quran2012

sewaktu berhujah dengan David Steidal-Rast dan Thomas Matus, yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu penemuan baru ditemui kemudiannya. Contoh yang jelas diberikan oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan ‘ether’(gas), yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang ini pun teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkonduktor. Dengan kata lain, teori sains tidak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar dan apabila penemuan-penemuan baru ditemui.

Menurut Crump (2002), adalah sukar untuk membezakan antara sains dengan pengetahuan (knowledge) yang dalam bahasa Latinnya disebut scientia. Perkataan nature membawa maksud pengetahuan yang berhubung dengan sifat tabii. Perkataan ‘natuurkunde’ bermaksud fizik yang dalam bahasa Greek disebut ‘physis’, yang maksudnya adalah tabii. Umumnya Crump (2002) mentakrifkan sains sebagai:

“Science is the aggregate of systematized and methodical knowledge concerning nature, developed by speculation, observation and experiment, leading to objective laws governing phenomena and their explanation” yang dapat diterjemahkan sebagai:

‘Sains adalah penumpuan pengetahuan yang bersistem dan berkaedah mengenai alam tabii, yang dibangunkan secara spekulasi, pencerapan, dan eksperimen, yang menghasilkan hukum-hukum secara objektif mengenai fenomena alam dan penerangan mengenai fenomena tersebut’.

Dengan kaedah sains bermaksud :

“A scientific method seeks to explain the events of nature in a

Page 22: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

22 Seminar Al-Quran2012

reproducible way and to use these findings to make useful predictions. This is done partly through observation of natural phenomena, but alsothrough experimentation that tries to simulate natural events under controlled conditions. Taken in its entirety, a scientific method allows for highly creative problem solving whilst minimizing any effects of subjective bias on the part of its users (namely the confirmation bias)”.

Bagi Shaharir (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai :

‘Sains berupa analisis fenomena secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikkan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.’Takrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan dengan panjang lebar dalam buku tersebut dan pengemaskiniannya dalam suntingannya kemudian (Shaharir, 1998).

Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen adalah ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap dan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik dan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri.

6.1 Premis Sains Tabii

Premis ilmu sains tabii, dan pada segi matannya, telah dibicarakan oleh Shaharir (1987) yang menunjukkan kekurangannya mengikut perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini.Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki

Page 23: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

23Seminar Al-Quran2012

tiga andaian asas :

• Pertama : ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain (koherens), teratur, mengikut hukum tertentu, dan dalam domain yang boleh diramalkan. Tanpa anggapan dan keyakinan ini tabii alam tidak dapat difahami secara sains.

• Kedua : hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan akal untuk memahami tabii alam. Namun demikian ahli sains juga memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomena sains tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segala-galanya tentang tabii sesuatu fenomena. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi penyiasatan mantik.

• Ketiga : falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang, lelaki dan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab-musabab (taakul) - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama, politik, dan etika. Akhirnya, dengan alasan dan rasional yang diberikan, semua orang akan memberikan kesimpulan yang sama tentang apa yang dicerap atau diamatinya.

Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan kepada penemuan sains, termasuklah mencabar tentang kesahihan hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan al-Quran sendiri. Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal

Page 24: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

24 Seminar Al-Quran2012

kebangkitan sains Barat Moden.

Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab dan akhlak, sahsiah, kerohanian dan jati diri insan, dan ilmu yang berhubung dengan keinsanan, insan yang lainnya. Malangnya, sekiranya ilmu sains kemanusian juga dirujuk kepada hal-hal yang saintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri disempit dan dibataskan kepada yang boleh ‘dimantikkan’ semata-mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-hal yang berhubung dengan pembangunan rohani, sahsiah, adab, akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh ‘dimantikkan’.

7.0 Epistemologi Sains Tauhidik.Epistemologi sains dari perspektif Barat seperti yang diterangkan di atas dapat digambarkan seperti dalam Rajah 1 (Mohd Yusof 2009; Mohd Yusof & Khalijah, 2010). Dalam pendekatan ini Tuhan tidak ada dalam perhitungan membangunkan sains. Ahli sains yang mengkaji tabii alam hanya melihat alam yang bebas daripada penguasaan Tuhan yang menjadikan alam ini. Hal-hal yang berhubung dengan budaya dan agama dianggap tidak relevan dan tidak wajar untuk dipertimbangkan sewaktu mengkaji tabii alam.

Manusia

Alam

Sains- memahami tabii

Teknologi - memanfaatkan alam

Rajah 1: Epistemologi Sains Dari Perspektif Sarjana Barat.

Page 25: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

25Seminar Al-Quran2012

Pendekatan sains Tauhidik pula meletakkan Tuhan di atas segala-galanya. Tuhan dalam hal ini adalah Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Ikhlas (112) sebagaimana yang dibincangkan dalam Bahagian 4.0 di atas

Kita dapat gambarkan epistemologi sains Tauhidik seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2. Pertamanya, Tuhan bagi penganut agama Islam adalah Allah SWT yang bersifat Maha Esa, yakni tunggal dan tidak boleh dibandingkan daripada segi zat dan juga segala sifat yang digambarkan dalam al-asma ul-husna dengan sebarang makhluk yang lain.

Seterusnya ahli sains Tauhidik menerima bahawa ‘Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu’ (al-Ikhlas(112) : 2). Maknanya, bagi ahli sains Tauhidik suatu objek akan hanya jatuh apabila dilepaskan daripada suatu ketinggian sekiranya diizinkan Allah SWT, tidak dengan sifat graviti objek tersebut secara mutlak sebagaimana yang ditanggapi oleh ahli sains konvensional (Barat). Daya graviti hanya penyebab kepada jatuhnya sesuatu objek, tetapi jatuh objek daripada suatu ketinggian adalah atas kehendak Allah SWT. Begitu juga api yang panas hanya akan membakar sekiranya diizinkan Allah SWT untuk membakar, bukan terletak kepada panasnya api; senjata yang tajam akan memotong sekiranya diizinkan Allah; air dicincang tidak akan putus sekiranya diizinkan Allah; dan pelbagai fenomena tabii alam yang lainnya.

Sifat objek yang jatuh daripada suatu ketinggian apabila dilepaskan hanyalah merupakan fitrahnya yang tidak semestinya bersifat mutlak. Begitu juga dengan sifat api yang membakar, pisau yang tajam memotong, air dicencang tidak akan putus semuanya berlaku secara tidak mutlak. Tetapi berlaku sekiranya diizinkan Allah, sebab ‘Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu’, termasuk yang bergantung kepada Allah ini perkara yang fizikal atau kerohanian atau emosi.

Page 26: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

26 Seminar Al-Quran2012

Manusia pula adalah hamba dan khalifah Allah SWT di bumi ini. Sebagai hamba, manusia mesti mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sebagai khalifah, manusia diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus alam ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab kepada-Nya. Allah SWT membekalkan kepada manusia segala potensi dan kemampuan untuk melaksanakan tugas mereka sewajarnya. Antara tugas manusia ini adalah memanfaatkan segala sumber alam yang ada. Dengan demikian, manusia adalah satu-satunya makhluk yang mampu untuk memahami tabii alam dengan pengetahuan sainsnya, dan memanfaat alam dengan teknologi yang mereka miliki.

Dengan demikian seorang ahli sains Tauhidik menerima bahawa alam ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat dipelajari dan diambil iktibar. Maknanya sifat api adalah membakar, sifat pisau yang tajam boleh memotong, tembaga dapat mengalirkan elektrik, getah dan plastik tidak dapat mengalirkan elektrik, pokok memerlukan air untuk hidup dan sebagainya. Inilah sistem kepercayaan atau iman seorang ahli sains Tauhidik. Dengan demikian penghayatan ahli sains Tauhidik seperti digambarkan dalam Rajah 2 tidak sama dengan penghayatan seorang ahli sains Barat yang mengesampingkan Tuhan sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.

ALLAH

MANUSIA ALAM

MANUSIAHamba & Khalifah Fitrah & Sunnatullah

Rajah 2: Epistemologi Sains Tauhidik

Page 27: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

27Seminar Al-Quran2012

8.0 Penghayatan Sains Melalui Al-Quran.Kalau kita amati ayat-ayat dalam al-Quran dan juga epistemologi sains Tauhidik seperti yang digambarkan dalam Rajah 2 di atas, kita dapat perhatikan bahawa ada tiga perkara utama yang ingin disampaikan oleh al-Quran seperti berikut :

• Hubungan antara manusia dengan Tuhan — fungsi hamba dan khalifah.

• Hubungan antara manusia sesama manusia—pembinaan sistem sosial.

• Hubungan antara manusia dengan alam—pembangunan Sains dan Teknologi.

Ringkasnya kerangka konsep Sains Tauhidik mengandungi 5 entiti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas - entiti Tuhan (Allah) yang bersifat Maha Menjadikan dan Maha bergantungnya makhluk kepada-Nya; entiti manusia yang mempunyai potensi dan kemampuan untuk mencerap tabii alam; entiti alam yang mempunyai tabii tertentu yang boleh dipelajari dengan pemikiran yang rasional; entiti al-Quran sebagai kalam Allah yang Maha Benar, bersifat mutlak, sah dan autentik; dan entiti al-Sunnah yang merupakan perlakuan dan juga contoh yang diberikan oleh Pesuruh Allah SWT kepada manusia untuk diteladani. Allah SWT selaku Yang Maha Pencipta, manakala alam dan manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya. Manusia adalah hamba Allah dan juga khalifah-Nya yang diamanahkan untuk mentadbir dan pengurus alam ini, manakala alam adalah tercipta menurut kadar dan nisbah yang ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah al-Qamar ayat 49 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”

Maknanya Allah SWT mencipta sesuatu menurut kadar dan

Page 28: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

28 Seminar Al-Quran2012

peraturan tertentu yang dapat difahami oleh manusia, tidak lebih dan tidak kurang. Kemampuan manusia memahami tabii alam yang diberikan Allah dalam kadar tertentu adalah disebabkan manusia diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Bagaimana mungkin manusia mampu mengurus alam ini sekiranya mereka tidak diberikan kemampuan tersebut oleh Allah SWT? Yang menjadi panduan untuk memahami tabii alam dan memanfaat lainnya adalah al-Quran sebagai wahyu daripada Allah SWT dan sunnah sebagai pedoman dan contoh teladan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

8.1 Hubungan manusia dengan Allah SWTHubungan antara manusia dengan Allah SWT dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran, surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud :

“Yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah # Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu daripada darah beku, yang berasal daripada air yang hina (iaitu air mani) # Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya, serta Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan serta hati (akal fikiran),(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat :“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya ;“Adakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” ’

Page 29: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

29Seminar Al-Quran2012

Sebagai hamba dan khalifah-Nya, manusia diminta untuk melaksanakan tugasnya seperti mengénali kedudukan Islam sebagai agama di sisi Allah, persoalan keimanan, kedudukan solat, arahan untuk mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, sifat dan ciri kekufuran, kemunafikan, tuntutan berlaku adil, cegahan melakukan kezaliman, bersyukur, dan sebagainya, semua perkara ini terletak dalam pembinaan akidah, falsafah, dasar, prinsip dan konsep hidup seseorang. Antara ayat-ayat yang meminta umat Islam membangunkan akidahnya adalah ayat-ayat yang bermaksud seperti berikut Firman Allah dalam surah Ali-’Imran ayat 19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah hanyalah Islam.”

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 43 &183 yang bermaksud :

“Dan dirikanlah solat dan keluarkan zakat, dan rukuklah (solat berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.”

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang- orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Page 30: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

30 Seminar Al-Quran2012

8.2 Hubungan manusia sesama manusia.Hubungan sesama manusia merupakan hubungan sosial yang perlu dijalinkan antara manusia sesama manusia. Hubungan ini termasuklah adab, perlakuan, sikap, dan tanggapan diri yang membina perilaku seseorang manusia. Antara perintah Allah SWT dalam membina sistem sosial yang baik adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6, 11-12 yang bermaksud seperti berikut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) — sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak (daripada kaum perempuan) mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran yang buruk # Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya # Amat

Page 31: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

31Seminar Al-Quran2012

besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Semua perkara di atas menyatakan tentang bagaimana seseorang itu seharusnya melakukan hubungan sosial antara satu dengan yang lain.

8.3. Ciri-ciri Alam Yang Dijadikan Allah SWT Untuk Manusia Memahaminya.

Ciri alam yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran tentang alam merangkumi perkara berikut :• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul alam semesta.• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul jirim.• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul kehidupan.• Ayat-ayat yang berhubung dengan siapa manusia.

Antara firman Allah SWT tentang perkara ini adalah seperti ayat-ayat yang maksudnya adalah seperti berikut :

Firman Allah SWT dalam surah al-Qamar ayat 49 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut kadar (takdir yang telah ditentukan).”

Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 15 yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”

Page 32: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

32 Seminar Al-Quran2012

Firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 6 yang bermaksud :

“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka,bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun?”

Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 4 yang bermaksud :

“Kemudian pandanglah berkali-kali, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu kecacatan dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.”Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 5 yang bermaksud :

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik air benih (mani ), kemudian daripada seketul darah beku, kemudian daripada seketul daging (mudghah) yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan. (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami). Kami juga menetapkan di dalam kandungan rahim, apa yang Kami rancang hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemudian Kami keluarkan kamuberupa kanak-kanak, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam lumbuh-tumbuhan yang indah”.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 12-16 yang bermaksud :

Page 33: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

33Seminar Al-Quran2012

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati(berasal) dari tanah # Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan)(nutfah)dalam tempat yang kukuh (rahim) # Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (‘alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging (mudzghah), dan dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang- tulang, lalu tulang-tulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang(berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik # Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati # Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kubur) di hari Kiamat.”

Ayat-ayat ini merupakan ilmu yang disampaikan kepada manusia tentang tabii alam.

9.0 KESIMPULANSebagai kesimpulan, kita dapat rumuskan perbincangan di atas seperti berikut,

• Agama lahir hasil daripada keyakinan diri bahawa adanya kuasa tertinggi yang perlu dipatuhi (Yusuf Qardhawi); sains lahir hasil daripada perasaan ingin tahu yang dibangunkan oleh kemampuan akal berfikir secara mantik dan sebab-musabab manusia mengenai tabii alam.

• Agama lahir daripada kefahaman kita tentang Yang Maha Pencipta; sedangkan sains terbangun daripada kefahaman kita yang berhubung dengan apa diciptakan oleh Yang Maha Pencipta.

• Agama melahirkan rasa tanggungjawab diri seseorang dengan Tuhannya; manakala sains hanya melahirkan rasa tanggungjawab seseorang dengan alam yang diciptakan oleh

Page 34: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

34 Seminar Al-Quran2012

Tuhan.

• Agama memberikan kepuasan rohani, emosi, intelek dan jasmani; sedang sains hanya memberikan kepuasan intelek dan jasmani sahaja.

• Agama mengajar kepada manusia tentang perspektif kehidupan yang lebih luas, merangkumi dunia dan akhirat; sedangkan sains hanya mengajar kepada manusia tentang dunia yang sementara ini sahaja.

• Islam tidak menolak ilmu yang membolehkan seseorang mengenali dan memahami tabii alam sebab manusia adalah khalifah Allah di bumi ini; tetapi agama mesti memandu kreativiti dalam sains dan teknologi supaya mendatangkan kesejahteraan kepada manusia dan alam sejagat. Sains tanpa agama...buta!

• Sains dan teknologi mesti dibangunkan agar manusia boleh menyempurnakan tuntutan agama. Agama tanpa sains...tempang!

• Ajaran agama tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa Sains dan teknologi.

Page 35: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

35Seminar Al-Quran2012

10. RUJUKANAbdullah Yusuf Ali, 1991. Al-Quranul Karim. Jilid 1-5, diterjemahkan oleh Muhammad Uthrnan El-Muhammady, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Capra F., Steindl-Rast D. and Matus T., 1992. Belonging to the Universe: New Thinking About God and Nature, London. Penguin Books.

Crump T., 2002. A Brief History of Science: As Seen Through The Development of Scientific Instrument. London, Robinson.

Dawam Rahardjo, 1996. Ensiklopedia al-Quran — Tafsir Sosial Berdasarkan Konsep-konsep Kunci. Jakarta, Penerbit PARAMADIN A.

Hamka, l984.Tafsir Al-Azhar. Juzuk 1-30. Surabaya, PenerbitYayasanLatimojong.

Huff, T.E., 1995. Islam, Science and Fundamentalism. J. of Arabic, Islam and Middle Eastem Studies, Vol 2(2). pp. 1-27.

Ishfaq Ahmad, 2000. Research and Development in The Islamic World: Past and Present Problems and Future Directions. Journal of Islamic Science.Vo1 16(1-2).

Hlm 127-135.Klinenberg E., 2012. Living Alone is the New Norm. Time, Vol 179 (10) March 12.

Hlm. 40-42.Medawar P., 1984. The Limits of Science, Oxford University Press, UK.

Page 36: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

36 Seminar Al-Quran2012

Mohd Yusof Hj Othman, 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distrutors Sdn Bhd.

Mohd Yusof Hj Othman & Khalijah Mohd Salleh, 2010. Sains Tauhidik: Amalan Sains Yang Holistik Untuk Semua. Kertas dibentangkan di Seminar Antarabangsa

Agama dan Pemikiran Malaysia-Indonesia, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah FPI, UKM dan UIN Alaudin Makasar, lndonesia pada 10-11 Jun.

Sayid Sabiq, 1991. Akidah Islam (Pola Hidup Manusia Beriman). Singapura, Pustaka Nasional Pte Ltd.

Shaharir Mohamad Zain, 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). Kuala Lumpur. Hlm 6. Lihat juga tulisan beliau dalam Shaharir Mohamad Zain, 1998. Kritikan Awal Kepada Premis Ilmu Sains Tabii. Kesturi 1(1).

Shaharir Mohamad Zain, 1998. Kritikan Awal Kepada Premis Ilmu Sains Tabii.

Kesturi 1(1)

Soenarjo R.H.A. (Ketua), T.M. Hasbi Ashshiddiqi, H. Bustami A. Gani, H. Muchtar

Jahya, H.M. Toha Jayha Omar, H.A. Mukti Ali, Kama] Muchtar, H. Gazali Taib,

K.H.A. Musaddad, K.H. Ali Maksum dan Busjairi Madjidi, 1412 H. Al-Quran dan Terjemahannya. Medinah Munawwarah. Percetakan Kerajaan Saudi Arabia.

Page 37: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

37Seminar Al-Quran2012

Hlm 15.Subhi Salleh, 1978. Kajian al-Quran. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf Qardhawi, 1998. Al-Quran — Akal dan Ilmu Pengetahuan. Jakarta, Gema Insani Press.

Page 38: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

38 Seminar Al-Quran2012

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK SAINS MATEMATIKOleh : Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohamad Zain

PendahuluanTidak syak lagi, satu daripada sebabnya umat Islam tertinggal jauh ke belakang dan lalu menjadi pengikut setia Barat dalam perkara yang amat penting dalam kehidupan, iaitu ilmu, ialah disebabkan mereka hanya membaca al-Quran tidak dengan kritisnya sejak abad ke-17M atau lebih awal lagi. Membaca sesuatu dengan kritisnya ialah membaca dengan fikiran terbuka untuk mendapatkan idea baharu dalam sesuatu perkara yang diminati berbanding dengan status perkara itu dalam khazanah ilmu atau maklumat yang sedia ada. Umat Islam malah sudah sampai pada tahap menjadikan al-Quran sebagai penghukum keesahan atau kebenaran sains ciptaan sesiapa pun termasuklah mereka yang terang-terang bertekad mewujudkan sains yang bertentangan dengan agama wahyu (terutamanya Kristian dan Yahudi yang tentunya terpalit juga dengan Islam) tetapi menyerasikan dengan agama ciptaan manusia, termasuklah Hinduisme, Buddhaisme dan paling banyaknya dengan X-isme,terutamanya Sekularisme, Deisisme, Tabiisme bahkan Ateisme. Buku-buku umum yang menggunakan ayat al-Quran yang mengukuhkan keesahan sesebuah unsur sains moden begitu disanjung tinggi masyarakat Muslim sehingga amat laris jualannya. Sekaligus, ramailah umat Islam yang menganggap gaya penilaian ilmu dari kebudayaan lain dengan cara begini adalah cara yang murni bagi menyelamatkan umat Islam daripada berpegang pada ilmu yang salah atau menyesatkan, ringkasnya itulah penilaian ilmu mengikut perspektif Islam sehingga hasilnya itulah yang layak dinamakan ilmu Islam, atau sains Islam.

Para penulis ilmu sebegini dikategorikan oleh Ziauddin Sardar tahun 1990-an dahulu(seorang penggerak Penglslaman Ilmu yang aktif dalam dasawarsa itu) sebagai Bucailleis dan pemeluk kaedah ini

Page 39: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

39Seminar Al-Quran2012

dinamainya Bucailleisme. Gelaran ini sempena seorang ahli sains perubatan Perancis dan doktor peribadi Raja Faisal Arab Saudi yang mencipta namanya menerusi perbincangannya tentang fenomenon atau maklumat mengikut al-Quran, Bible dan sains moden dalam bukunya yang bersejarah “Bibel, al-Quran dan Sains” terjemahan 1982 daripada karya asalnya dalam bahasa Perancis 1976, La Bible, le Coran et la Science: Les Ecritures Saintes examinées d Ia lumiére des connaissances modernes. Beliau membuktikan maklumat di dalam al-Quran amat menepati dengan maklumat sains 1970-an (semasa kajiannya) tetapi tidak demikian dengan Bibel. Serta merta bukunya menjadi laris jualan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa, dan beliau menjadi selebriti sarjana dunia Islam.

Ilmuwan berbahasa Arab menamakan pendekatan ilmu sebegini sebagai pendekatan i’jazi (sempena penonjolan mukjizat al-Quran); yang banyak diperihalkan di dalam buku Guessoum (2009/2011). Mereka percaya sains moden ini (walaupun bukan karyanya/ciptaan sarjana Muslim) dapat digunakan untuk membuktikan mukjizat al-Quran! Penulis menambah istilah Ii ‘jazis untuk ditujukan kepada pengikut/pendokong gaya penulisan ini dan falsafah pendekatan ini sebagai I ‘jazisme. Guessoum menyatakan kegiatan sebegini bermula zaman kesedaran Islam pertama abad ke-19 oleh Sir Syed Ahmad Khan, Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Ismail al-Faruqi (1982/1992) menyatakan sebab utamanya hal keadaan ini berlaku ialah kerana kesilapan memahami ilmu sebagai yang neutral, tiada pengaruh cara hidup, pandangan hidup dan sebagainya. Guessome juga memetik pandangan sarjana Muslim yang mengatakan kegiatan ini dimulai oleh Fakhruddin al-Razi (abad ke-15M) lagi, yang kami anggap satu kesilapan, kerana al-Razi tidak menggunakan al-Quran untuk mengiyakan teori sarjana sebelumnya tetapi menggunakan al-Quran untuk berijtihad sehingga melahirkan ilmu yang beliau menjadi pemula/ pemprakarsal perintisnya. Guessoum juga memetik pandangan seorang Islamologis (ahli pengajian Islam, tidak semestinya Muslim) bemama Wielandt, bahawa pendekatan ini dilakukan dimulai

Page 40: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

40 Seminar Al-Quran2012

oleh Muhammad al-lskandarani sekitar 1880 dalam bidang perubatan, diikuti oleh Tantawi Jawhari 1923 yang menghasilkan ensiklopedia subjek sains di dalam al-Quran yang dipadankan dengan sains semasa. Namun Guessoum telah melampau analisisnya hingga ke zaman Tamadun Islam yang dianggapnya beraliran ini dengan nama yang disebutnya al-Jahiz (781-869 M), lbn Hazm (994-1064 M), al-Ghazali (1058-1111 M) (selain dari al-Razi yang disebut di atas) semata-mata kerana mereka ini menggunakan al-Quran bagi menyokong ilmunya, sedang ilmu itu asli ciptaan mereka ini mendahului sarjana lain pada zamannya menerusi perolehan ilham atau idea daripada ayat-ayat al-Quran, iaitu suatu kegiatan sains Islam yang sesungguhnya, bukan Bucailleisme atau I‘jazisme.

Walau apapun Muslim kini amat gemar dengan pendekatan penilaian ilmu secara berpegang kepada Bucailleisme atau I‘jazisme itu. Puncanya bukan sahaja seperti pendapat yang benar oleh al-Faruqi yang disebut di atas itu tetapi kerana kejahilan dan ketiadaan budaya ilmu yang mantap dan kukuh di kalangan umat Islam seluruh dunia. Penulis malah menamakan penulis dan pembaca yang gemar dengan genre penulisan ini sebagai bertujuan “menumpang sekaki” atau “menumpang semangkuk” atas “kejayaan” orang lain.

Mereka rasa dengan berbuat demikian mereka tidak ketinggalan dan rasa bersama “orang-orang yang maju”, malah mereka rasa kebesarannya kerana ada orang kafir pun yang membuktikan kebesaran agamanya tanpa perlu penyertaannya sendiri. Di Malaysia, penulis yang paling “Berjaya” menghasilkan buku dalam kegiatan sebegini ialah Danial Zainal Abidin, dengan karyanya “Quran Saintifik”, terbitan PTS, kerana buku beliau itu amatlah laris sehingga kini sudah cetakan ke-8, lalu penulis pun terpanggil untuk memberi ulasan kritis terhadap buku ini (Shaharir 2010a). Namun nasibnya belum sebaik Malim Ghozali (2006) yang juga menghasilkan karya genre yang sama dengan Danial itu yang baharu diterbitkan cetakan ke-2 tetapi karyanya itu diiktiraf begitu tinggi oleh ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) untuk

Page 41: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

41Seminar Al-Quran2012

diterjemahkannya kepada bahasa Inggeris terbitan tahun 2010 dengan judul “Understanding Perfection: Profound Truth”, kerana dianggapnya “karya besar Malaysia” yang perlu diantarabangsakan menerusi bahasa Inggeris pula. Sungguh malang kepada ahli sains di Malaysia yang bertaraf Ahli Sains Negara, pemenang Anugerah Merdeka, ratusan ahli sains liat yang bergelar Felo Akademi Sains Malaysia dan 1,700 orang ilmuwan bertaraf profesor kerana tidak seorang pun mendapat pengiktirafan sebegini daripada ITNM dengan menterjemah karya besar mereka dalam bahasa lnggeris (kalau pun tiada dalam bahasa Melayu!) ke dalam bahasa-bahasa Negara Maju lain!. Rupa-rupanya ITNM memang terpesona dengan genre Bucailleisme/I‘jazisme kerana sebelum ini ITNM sudah pun menterjemah karya Al-Abdali pada tahun 2008, berjudul “Sains dari Perspektif Kitab Samawi”, (terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab, Nazrah ‘llmiyah li al-Kutub al-Samamiyyah). Penglibatan Institut Terjemahan Negara dalam pempromosian karya genre ini lebih-lebih mendukacitakan lagi.

Buku Bucailleis/I‘jazis yang lebih sensasi lagi ialah karya sarjana Indonesia Ary Ginanjar Augustian (2001/2008) yang sudah cetakan ke-43 (yang dikritik oleh Shaharir 2011a). Buku-buku Indonesia yang lain dalam genre ini ialah karya Wardhana 2007, “Melacak Teori Einstein dalam al-Quran” yang dikritik oleh Shaharir (2007a); dan yang terbaharu oleh Agus Purwanto 2008, “Ayat-ayat Semesta: Sisi-sisi al-Quran yang terlupakan yang dijangka menjadi laris jualan di Indonesia kerana beliau seorang ahli fizik nuklear lulusan D.Fal. dari Universiti di Jepun dan yang dihormati di Indonesia, seorang penggiat Muhammadiah dan mahir berbahasa Arab pula sehingga separuh daripada bukunya itu ialah‘ kompilasi ayat-ayat al-Quran pilihannya dan terjemahannya sendiri yang dikatakannya mengandungi ilmu sains. Penulis memberi kritikan terhadap buku Purwanto ini (Shaharir 201 lb). Ada sebuah lagi “penerbitan besar” berbahasa Melayu dalam genre ini yang ingin disebut di sini yang tentunya mengecewakan pejuang “sains Islam” sebenar (yang dibicarakan di bawah), iaitu Yusuf al-Haj Ahmad 2009, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam

Page 42: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

42 Seminar Al-Quran2012

al-Quran & Sunnah, terbitan Al-Hidayah, Kuala Lumpur. (Terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab, al-I‘jaz al-’Ilmy). Buku ini semacam mengulangi karya Tantawi Jawhari 1923 yang disebut sebelum ini.

Penulis popular sensasi luar negara yang tergolong dalam Bucailleis/I‘jazis ialah Harun Yahya yang hampir semua karya Bucailleisnya (kecuali tentang Teori Evolusi) diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Saba Islamic Media, di Kuala Lumpur, suatu kerja institusi ini (dan yang lain juga yang mempromosikan karya Bucailleis/I‘jazis penumpang sekaki) yang dikira tidak langsung membantu mempromosikan kesarjanaan Muslim sebenar dalam penciptaan ilmu di abad ini, bahkan melemahkan psikologi daya cipta umat Muslim di Malaysia. Yang pada penulis ini, lebih memalukan lagi umat Islam sedunia rasanya ialah tentang adanya promosi hebat dan hadiah besar dalam karya Bucailleis/I‘jazis/penumpang sekaki tajaan World Muslim League, di bawah sayapnya, Commision for Scientific Miracles of the Quran and Sunnah. Sudah banyak buah buku genre ini yang diterbitkannya; dan seorang penulis besar genre ini, al-Naggar, sudah dianugerahi hadiah besar itu (yang pertama) dari institusi ini dalam tahun 2009.

Secara amnya, Muslim Bucailleis/I‘jazis/penumpang sekaki sentiasa menegakkan kebenarannya menerusi sains yang salah (yang dianggapnya benar atau tidak diketahui salahnya) atau semata-mata ketinggalan zaman, atau menegakkan kebenaran sains tanpa pemeriksaan teliti akan anggapan lasumpsi asasi atau aksiom ilmu yang disanjung itu bahkan tidak juga implikasi ilmu itu, dan jauh sekali selok-belok kaedah matematik yang terlibat di dalamnya kerana mereka ini sebenarnya tidak pernah membuat penyelidikan di dalam perkara yang mereka sanjung itu.

Tegasnya, penilaian ilmu berasaskan Bucailleisme atau I’jazisme itu sebagai “kaedah pengislaman ilmu” adalah tidak mempedulikan pandangan falsafah sains Barat sekalipun, iaitu falsafah Kulm-

Page 43: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

43Seminar Al-Quran2012

Popper-Lakatos-Feyerabend ciptaan mereka ini dalam tahun 1960-1970-an yang amat berpengaruh dan falsafah sains Islam oleh Nasr-Faruqi-Attas juga ciptaan sekitar 1960-an dan 1970-an yang tidak kurang pengaruhnya terutamanya di kalangan sekelompok ilmuwan Muslim, yang semuanya mengiktiraf tidak neutralnya ilmu dan sarat nilainya ilmu. Oleh itu, ilmuwan/penulis Muslim amnya belumlah lagi sedar/tahu akan perlunya ‘penilaian kritis’ terhadap setiap unsur ilmu masing-masing tentang adanya pengaruh budaya, kepercayaan, agama, atau isme di dalamnya. Jika mereka insaf keadaan ini nescaya suatu kegiatan penyelidikan yang tidak berkesudahan tetapi cukup menarik, dan membuahkan hasil yang bagus-bagus, akan berlaku. Ini penyelidikan pra-pengislaman yang akan dibicarakan lagi di bawah ini. Pengkritikan ilmu menjadi suatu yang perlu bagi kemajuan ilmu, iaitu penciptaan ilmu baharu. Kegiatan ini berlaku dengan dua ragam : K1. Mendapatkan unsur-unsur kelemahan atau pandangan kontra menerusi hujah-hujah kecendekiawanan, data baharu yang bertentangan, atau contoh lawan kepada teori yang sedia ada. Ini dikelaskan sebagai kritikan dalaman terhadap ilmu. Penilai ilmu itu masih berada dalam alam pemikiran, pandangan alam, atau pelukan falsafah, isme yang sama, ringkasnya acuan yang sama, dengan ilmuwan yang menghasilkan ilmu yang dinilai itu. Penilaian ilmu dilakukan semata-mata berasaskan pada ketekalan teori itu (iaitu mantik yang lazim), kepuasan hati, kuasa penerangan dan kuasa peramalan teori itu. Ini perlu dalam bahagian pengenalan/mukadimah bagi sesebuah makalah ilmiah atau tesis sebelum menawarkan penambahbaikan teori itu dalam acuan yang sama.

K2. Mencari hujah, data dan sebagainya berasaskan acuan yang baharu iaitu beralih —isme atau agama seperti berasaskan falsafah dan ajaran Islam, al-Quran dan hadith, sumbangan sarjana Islam Zaman Tamadun Islam, dan ilmu warisan tamadun

Page 44: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

44 Seminar Al-Quran2012

sendiri (yang melibatkan agama dan bahasa sendiri). Hasilnya ialah pengkritikan ilmu yang amat berbeza daripada kaedah K1 di atas dan kegitan baharu ini dinamai pengislaman Ilmu dan pemeribumian ilmu yang membuahkan ilmu yang layak digelar sains Islam atau sains peribumi atau etnosains yang boleh menjadi saingan kepada sains moden kini atau sains Barat kini. Kaedah kedua inilah yang dibicarakan selanjutnya di dalam makalah ini.

2.0 Pengislaman Ilmu Sebenarnya: Al-Quran sebagai bahan pengkritikan ilmu kontemporari dan pemula ilmu penggantinya.

Pengislaman ilmu, Islamisasi ilmu atau Islamization of Knowledge sehingga kini, tahun 2012, sudah berumur sekitar 30 tahun jika dikira terbitnya risalah pertama dengan judul ini oleh Ismail al-Faruqi (1982, “Islamization of Knowledge”) penaja institusi pengislaman yang terkenal, IIIT (International Institute of Islamic Thought). Sehingga kini, walaupun sudah banyak institusi lain yang ditubuhkan dengan tujuan yang sama, IIIT-lah yang menghasilkan banyak risalah atau buku berkenaan dengan jurusan ini. Namun tiadalah sebuah pun karya terbitan institusi ini yang dapat dikelaskan sebagai hasil penglslaman sains tabii (sains fizik, sains kimia atau sains matematik) sehingga umat Islam khususnya berpersepsi “pengislaman ilmu”, jikalau pun ada, hanya di bidang sastera, kemanusiaan dan sains sosial sahaja.

Sebenarnya, pengislaman sains matematik sudah menompang berlakunya menerusi pengislaman ekonomi dan pengurusan kerana bidang ini amat dekat dengan sains matematik, bahkan aspek teorinya seperti ekonomi teori memang diakui sebuah bidang sains matematik, apatah lagi

Page 45: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

45Seminar Al-Quran2012

bidang pengoptimuman yang sering menjadi takrif ilmu ekonomipula (Intriligator1971/2002, “Mathematical Optimization and Economic Theory”) memang sudah ada karya pengislamannya yang dimuatkan di dalam jurnal IIIT American Journal of Islamic Social Sciences, yang terbitan sulungnya pada tahun 1988 itu. Bahkan hasil pengislaman yang paling diketahui umum dan berdampak besar ialah “perbankan Islam” yang sudah diterima seluruh dunia. Namun aspek matematiknya di jurusan “perbankan Islam” ini masih tidak mengalami pengislamannya sehingga Islamnya perbankan Islam itu boleh dianggap hanya aspek adab sahaja. Khususnya, buku matematik bunga atau untuk berlembut “matematik faedah” (mathematics of interest), matematik pinjaman (mathematics of loans), matematik aktuari (actuarial mathematics) dan matematik insurans/asuransi (mathematics of insurance)belum ada gantinya dengan ilmu Islam menerusi pengislaman ilmu sesungguhnya sehingga melahirkan matematik abunga (mathematics of non interest), matematik mudharabah, musyarakah dan sebagainya itu, matematik takaful dan lain-lain lagi. Hanya baru-baru ini sahaja matematik mudharabah dan musyarakah agak berjaya diformulasikan oleh Maheran (2006), dan itu pun masih dalam bentuk tesis, walaupun beberapa buah penerbitan makalah daripadanya dan perkembangan daripadanya sudah dan sedang dilakukannya hingga kini pun. Matematik takaful dan jualan tangguh, bay’ bithamin al-‘ajil, juga setahu penulis ini baharu sedang diformulasikan untuk tesis D.Fal di Malaysia (UKM dan UMT). Kritikan terhadap takaful sudah dimulai oleh Puspa Liza & Ismail (2011) tetapi tawaran penambahbaikannya masih tidak menghayati unsur perniagaan bersama di dalam takaful itu.

Walaupun pengislaman sains (bukan sains sosial) tidak pernah dilakukan oleh mana-mana institusi pengislaman ilmu kecuali sebuah institusi di Malaysia bernama ASASI(Akademi Sains Islam Malaysia) yang ditubuhkan pada tahun 1978, yang tentunya menjadi institusi pertama di dunia yang memperjuangkan pengislaman ilmu (sains tabii), namun bidang sains tabii-lah yang paling kerap ditonjolkan

Page 46: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

46 Seminar Al-Quran2012

ciri-ciri ketidakislaman falsafahnya (tabiisme, mekanisisme, deisisme, sekularisme dan sebagainya). Jurnalnya Kesturi dimulai pada 1991 dengan penerbitan makalah-makalah bersifat kefalsafahan dan kaedah sains sehinggalah mulai akhir dasawarsa tahun 1990-an barulah ada matan sains tabii mengikut perspektif Islam mula termuat di dalam jurnal ini. Jurnal Islamic Science keluaran MAAS (Muslim Association for the Advancemnent of Science) berpusat di Aligarh, India yang memperjuangkan “pengislaman Ilmu sains” sama seperti Kesturi ASASI walaupun keluaran sulungnya bermula 1985 tetapi sehingga kini pun makalah yang tersiar di dalamnya masih bersifat kefalsafahan dan kritikan umum terhadap sains Barat sahaja. IIIT sendiri baru mengiktiraf perlunya pengislaman dalam sains tabii dalam tahun 1988 tetapi tiada hasil yang pernah diterbitkan oleh institusi itu hingga kini. Namun “pengislaman sains” ini selalulah ditonjolkan menerusi kaedah yang menjadi pertentangan dengan konsep sebenar “pengislaman” yang ditaja oleh para pemulanya yang tersebut di atas. Bidang yang selalu menjadi sasaran atau mendapat perhatian di dalam “pengislaman sains” jenis ini ialah bidang teori atom atau mekanik quantum, teori Einstein dan kosmogoni-kosmologi. Walau bagaimanapun di dalam makalah ini kami hanya ingin menyorot maksud “pengislaman ilmu” dengan contoh konkritnya dalam bidang ekonomi-pengurusan-perniagaan-kewangan-perbankan,dan kosmologi. Sebelum itu konsep pengislaman yang sebenar itulah yang hendak diperkatakan dahulu.

Bagi Muslim, saratnya ilmu dengan nilai sepatutnya sudah lebih lama lagi disedari kerana ajaran Islam sendiri menegaskan Ilmu ada hubungan dengan Iman, walaupun sarjana Barat Rosenthal (1970/1992) nampaknya yang paling berpengaruh di abad ini yang berjaya menegakkan tesis “ilmu=iman” dalam Islam. Ini bermakna pengetahuan yang tidak ada hubungan dengan iman tidaklah diiktiraf sebagai ilmu mengikut fahaman ajaran Islam ini. Di kalangan sarjana Muslim kini, tiga orang sarjana, iaitu Nasr, al-Aflas dan al-Faruqi merupakan mereka yang paling berpengaruh membicarakan saratnya nilai di dalam sains kini, iaitu saratnya nilai yang tidak semestinya serasi

Page 47: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

47Seminar Al-Quran2012

dengan nilai (ajaran) Islam, dan oleh itu perlu kepada pengislamannya. Mereka inilah pelandas pengislaman yang sesungguhnya. Ringkasnya, Nasr (1964/1992) membicarakan wujudnya doktrin kosmologi di dalam ilmu karya sarjana Muslim pada zaman Tamadun Islam (dan ketiadaannya di dalam sains kontemporari); al-Attas (1978/ 1993) membicarakan, antara lainnya, saratnya sekularisme di dalam ilmu kontemporari dan pengislaman ilmu ini ialah pengenyahan sekularisme itu; manakala al-Faruqi ( l982/ 1984) mengesyorkan pengislaman ilmu dengan kaedah penilaian kritis ilmu kontemporer vis-d-vis ilmu dalam Tamadun Islam dan seterusnya diharapkan sintesisnya melahirkan ilmu baharu yang mewarisi intipati daripada ilmu Islam itu.

Satu perkara yang selalu disebut bahawa ilmu Islam itu berlandaskan al-Quran. Namun sehingga kini, sejak abad ke-17M hal ini tidak berlaku. Al-Quran tidak pun digunakan untuk mengkritik ilmu yang terbit daripada tamadun lain, khususnya Barat; sedangkan itulah syarat perlu yang memungkinkan terjadinya perkara yang selalu disebut itu. Syarat perlu untuk mampu membaca al-Quran dengan kritis ialah seseorang itu mestilah dilengkapi secukupnya dengan ilmu kontemporari (dari Barat) dan ilmu warisan sendiri (llmu Malayonesia, Pascabima, atau Nusantara yang wujud sejak abad ke-5M dan memuncak mulai abad ke-16 dan merudum mulai abad ke-19M). Kegiatan pencungkilan atau pengekskavasian ilmu Malayonesia yang terfosil itu dan dikontemporarikan bicaranya adalah sebahagian daripada kegiatan penggelintaran ilmu yang diistilahkan sebagai pemeribumian yang seanalog dengan Barat melakukan pemeribumian ilmunya sejak abad Pembaharuannya (hingga kini) dengan mengkaji warisan ilmu Yunani dan membaratkan ilmu daripada Tamadun Islam menerusi pemindahan bahasa dan penyesuaian kebudayaan setempat. Satu lagi aspek pemeribumian ialah pemindahan ilmu kontemporari ini ke dalam bahasa sendiri (Melayu) dan pengubahsuaian, penginovasian atau penciptaan yang baharu sama sekali berasaskan acuan sendiri (bahasa dan agama sendiri). Pemindahan ilmu menerusi bahasa sendiri membuka peluang pengkritikan ilmu kerana dua istilah yang berbeza

Page 48: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

48 Seminar Al-Quran2012

(kerana bahasa yang berbeza) terhadap benda yang sama berpotensi mencetuskan idea yang baharu. Contoh yang lebih bermakna lagi daripada istilah-istilah diperingkat sekolah yang dibicarakan di atas itu akan dapat dilihat dalam kuliah yang selanjutnya. Perincian perihal pemeribumian ilmu dan etnosains ada dalam Shaharir (20l0b).

Mungkin contoh pertama dan utama dalam pembinaan sains matematik bersumberkan al-Quran ialah ilmu matematik sekolah, iaitu yang sekarang ini dinamai “aritmetik bahagi” dan ilmufalak. Isu bahagi di atas itu masih boleh ditambah wacananya sedikit lagi.“Bahagi Islam” yang terawal ialah hukum faraid yang tiada dalam bangsa /agama/budaya/-isme lain. Namun “bahagi” ini pun malangnya diabaikan oleh ilmuwan Islam seluruh dunia. “Bahagi” sebagai proses mencipta keadilan (dan keadilan Islam berbeza daripada keadilan bukan Islam) itulah yang perlu diartikulasikan di dalam pendidikan ilmu “bahagi” ini.

Berikut ini tiga unsur ilmu kontemporari yang pengkritikannya sepatutnya sudah lama dikemukakan menerusi al-Quran, iaitu pembinaan ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan sifat azali manusia, ilmu ekonomi-perniagaan dan pengurusan yang menghindari, daripada riba, dan kosmologi-kosmogoni-kosmogenesis yang lebih cocok dengan ajaran Islam.

3.0 Al-Quran sebagai Sumber Pengkritikan Ilmu Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.

Semua ilmu yang kini dikelaskan sebagai ilmu kemanusiaan dan kemanusiaan atau sains sosial melibatkan andaian asasi (dalam sains matematik diistilahkan sebagai aksiom) terhadap sifat asasi dan azali manusia. Ilmu kontemporari dalam bidang ini (jika dikaji dengan halusinya) membabitkan aksiom manusia Barat Kristian dan X-isme ciptaan sarjana dan

Page 49: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

49Seminar Al-Quran2012

ahli falsafah mereka seperti Modenisme, Pascamodenisme, Sekularisme, Pragmatisme, Wujudisme, Deisisme, Tabiisme, bahkan Ateisme. Aksiom ini hampir pasti akan bertemakan (bahasa Kelantan dan Terengganu) atau bertembung dengan aksiom manusia kita sendiri, aksiom manusia mengikut ajaran al-Quran jika seseorang membaca al-Quran dengan kritis. Aksiom manusia yang termaktub di dalam al-Quran pastinya mampu menjadi sumber pengkritikan ilmu kontemporari di bidang yang dibicara ini, dan mampu menerbitkan ilmu baharu yang lebih baik daripada ilmu kontemporari. Ini dibincangkan dengan beberapa contoh spesifiknya di bawah ini.

3.1. Pengkritikan Keperluan Manusia Tajaan Barat Bersumberkan Al-Quran

Dalam ekonomi dan pengurusan satu daripada perkara asas yang perlu ditetapkan untuk membina sesebuah teori bagi sesuatu perkara itu ialah aksiom keperluan manusia. Silapnya aksiom ini maka silaplah atau melesetlah ilmu berkenaan dengannya. Aksiom keperluan manusia yang berpengaruh sehingga kini ialah yang diutarakan oleh Maslow dalam tahun 1940-an dahulu.

Teori keperluan manusia oleh Maslow (1943, 1954) amatlah berpengaruh bukan sahaja dalam psikologi tetapi dalam ekonomi dan ilmu-ilmu kemanusiaan yang lain. Maslow berpendapat keperluan manusia ada 5 tahap, iaitu yang terendahnya keperluan fisiologi, diikuti oleh keperluan keselamatan, keperluan cinta dan kasih sayang, keperluan estim/penghormatan, dan tertingginya keperluan penswa-sebenaran/swa-aktualisasi. Teori ini seolah-olah mencapai tahap maksum. Bagaimana dengan pandangan di Malayonesia dan Islam? Persoalan sebegini perlu untuk tercetusnya pengkritikan ilmu.

Page 50: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

50 Seminar Al-Quran2012

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyebut tiga tingkat manusia yang kerana latar belakang teori Maslow ini, ditafsirkan sebagai tiga tahap keperluan manusia, iaitu nafs ammarah, lawwamah, dan mutma’innah yang diajar oleh al-Quran, daripada Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud : “Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu ammarah (mendorong kepada kejahatan)”.

Surah al-Qiyamah ayat 2 yang berikut :

“Dan aku bersumpah dengan “Nafsu al-Lawwamah” (jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).”

Surah al-Fajr ayat 27 yang berikut :

“Wahai “Nafsu al-mutma’innah”(jiwa yang tenang)”.

Ini pun sudah boleh dijadikan sumber pengkritikan teori Maslow itu. Namun kita ada lebih daripada itu lagi kerana hasil kajian sarjana Muslim dahulu terhadap ayat ini telah menerbitkan pengkelasan hierarki keperluan manusia yang lebih perinci lagi. Umpamanya, di dalam manuskrip MS 1659 yang dianggarkan ditulis sebelum abad ke-20M dinyatakan adanya satu lagi hierarki nafs, iaitu yang dinamainya nafs sawiyyat. Setiap jenis hierarki nafs ini (ada 4 tahap itu) memang ada dijelaskan fi‘il-nya di dalam manuskrip itu. Dalam manuskrip MSI47 di PNM, Jami‘ al-Jami‘ al-Muntaqaraby‘aht, yang salinannya bertarikh awal abad ke-20 (menunjukkan ilmu ini sudah diketahui dalam abad ke-19 atau sebelumnya lagi) ada perihal 6 tingkat nafs, dan tingkat-tingkat itu ialah nafs amaarah, nafs lawwaamah, nafs mul-hdamah, nafs al-mutma’innah, nafs raadhiyah, dan nafs mardhiyah. Mengikut Khasiruddin (t.t), ada satu lagi tingkat nafs yang tertinggi yang dinamai nafs kamaliyyat. Sémua maklumat ini amat berguna

Page 51: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

51Seminar Al-Quran2012

bagi mengkritik dan memperbaiki atau mengganti teori Maslow itu. Hasilnya nanti itulah, sebahagian daripada UHSUI ekonomi Islam.

3.2. Pengkritikan Sifat-Sifat Azali Manusia Tajaan Barat.

Dalam ilmu kemasyarakatan kontemporari, banyaklah pemuka ilmu Barat mengaksiomkan manusia yang dianggap benar berlaku lalu dijadikannya asas pembinaan ilmunya. Contohnya manusia diaksiomkan sebagai spesies homoeconomicus, iaitu tidak puas-puas dengan miliknya yang sedia ada sehingga setiap orang secara azalinya lagi akan bérusaha untuk beroleh sebanyak-banyaknya. Dalam pembinaan teori lain lagi manusia diaksiomkan sebagai orang gila kuasa, gila harta, gila kebebasan, dan rasional sepenuhnya. Seseorang yang insaf akan kebudayaannya sendiri (agama dan bahasanya) pastinya akan merujuk aksiom manusia menerusi ajaran cara hidupnya (agamanya) sekurang-kurangnya bagi membandingkannya dengan aksiom manusia mengikut ilmu dari kebudayaan lain ini (Kebudayaan Barat). Penulis mentelaah terjemahan al-Quran sedasawarsa yang lepas khusus untuk mencari aksiom azali manusia dan beliau mendapati adanya 23 aksiom azali manusia yang cukup berbeza walaupun ada yang bertindan dengan aksiom dan’ sarjana Barat itu (Lihat Shaharir 2008/2010). Pastinya aksiom daripada al-Quran ini mampu menjadi sumber pengkritikan aksiom manusia oleh sarjana Barat itu. Aksiom manusia Barat yang serupa dengan aksiommanusia di dalam al-Quran itu pun, layanan sarjana Islam terhadap aksiom itu sepatutnya amat berbeza dengan layanan sarjana Barat kerana tujuan aksiom di dalam al-Quran ialah untuk kesedaran dan keinsafan manusia bagi tujuan menghindarinya menerusi ilmu yang perlu dibangunkan oleh sarjana bukannya seperti yang dilakukan oleh sarjana Barat yang membangunkan ilmu untuk menegakkan dan mengukuhkan malah menyuburkan lagi aksiom msanusia azali

Page 52: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

52 Seminar Al-Quran2012

yang negatif itu. Perbezaan pendekatan pembangunan ilmu berasaskan pada aksiom manusia yang serupa ini sekalipun pastinya akan melahirkan ilmu kemasyarakatan yang berbeza : ilmu Islam lawan Barat.

3.2.1. Pengkritikan Ilmu Barat Berkenaan Dengan IQ, EQ Dan SQ.

Contohnya pembinaan ilmu yang menyukat tahap keinsanan yang dibina oleh Barat yang dikenali sebagai IQ, EQ, SQ itu memang berasaskan pada aksiom manusia oleh sarjana Barat dan makna I=intelligence atau kepintaran, E = e m o t i o n a l atau emosi dan S=spiritual atau rohani oleh sarjana Barat. Umpamanya kepintaran Barat ialah kerasionalan, keanalitikan, dan kemantikan semata-mata kerana mereka mentakrif manusia sebagai spesies haiwan yang rasional sepenuhnya, sedangkan al-Quran mentakrif manusia sebagai sesempurna kejadian (haiwan natiq yang benar jugalah ada unsur rasional, analitik dan mantik itu) tetapi pada masa tertentu (perlu dihindari) manusia , iaitu insan, juga dinyatakan bersifat pelupa dan bertaraf lebih rendah daripada haiwan melata itu. Ayat al-Quran yang berkenaan dengan perkara ini ialah yang berikut :“Dia mencipta manusia, mengajar pandai berbicara.” Hubungan “bayaan” dalam ayat ini dengan natiq akal dibicarakan di dalam al-Attas 1980)Surah Taha ayat 115 yang berikut :

“Dan sesungguhnya telah Kami pesankan kepada Adam dahulu (supaya jangan menghampiri pohon yang dilarang), tetapi dia lupa (nasiya), dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya.”

Surah al-Tin ayat 4-6 yang berikut :

Page 53: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

53Seminar Al-Quran2012

“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalambentuk yang sebaik—baiknya # Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya # Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.”

Oleh itu tidak tepatlah dan tidaklah patut umat islam menerima ilmu daripada IQ Barat itu.Takrif emosi Barat juga berbeza daripada emosi Islam (mengikut al-Quran) tetapi yang lebih menarik lagi untuk dipaparkan di sini ialah berbezanya takrif rohani Barat dengan rohani Islam (mengikut al-Quran). Mengikut Barat, rohani ialah sesuatu fenomena yang bertentangan dengan teori Einstein (seperti memerlukan penjelasannya dengan mengandaikan fenomenon itu melibat andaian kelajuan benda yang lebih pantas daripada cahaya) atau fenomenon yang tiada ilmu untuk mencapainya menerusi al-kawarizmi/algoritma. Mengikut Islam pastinya bukan demikian. Oleh itu ilmu tentang EQ dan SQ Barat itu tidak menepati dengan kehendak Islam. Tidak hairanlah Ary (2001/2008) mengutarakan ilmu ESQ yangberlainan yang dikatakannya berasaskan rukun Islam, rukun iman dan ihsan. Walaupun usaha beliau itu agak menyasar juga daripada yang sepatutnya (malah dihukumkan oleh Mufti Wilayah sebagai ilmu yang menyesatkan) tetapi usahanya itu patut dipuji sebagaimana yang diperkatakan oleh Shaharir (2011a). Umat Islam masih memerlukan teori NP (nisbah pintar), NE (nisbah emosi), NR (nisbah rohani) yang benar-benar berasaskan sifat azali manusia dan takrif pintar, emosi, rohani dan kejayaan yang menepati dengan konsep-konsep tersebut di dalam al-Quran.

Page 54: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

54 Seminar Al-Quran2012

3.2.2. Kritikan Membina Terhadap Konsep Pengurusan Terbaik Barat Bersumberkan Al-Quran.

Pengurusan apa pun mahu dilakukan dengan sebaik-baiknyaatau paling baik atau terbaik. Model untuk konsep ‘terbaik’ Barat ialah optimum (dalam matematik itu) yang memang canggih sehingga dapat menutup segala kelemahan konsep itu dan rata-rata Muslim akur sepenuhnya hingga kini. Terbaik bagi pengakur Barat-Inggeris hanya terjemahan ‘the best’ yang dimodelkan Barat sebagai optimum atau optimal (daripada Latin ‘optimus’ bermakna terbaik itu). Pengkritik ilmu (Pengislaman dan pemeribumian) bertanya dirinya sendiri: Dalam kebudayaan (agama dan bahasa) kita betulkan begitu? ‘Saya’ pun tak sama dengan ‘I’. Takkanlah ‘the best’ setara dengan ‘terbaik’! Skeptis sebegini penting bagi menilai ilmu kini (dari Barat).

Contoh yang hendak dipaparkan dengan lebih lanjut lagiialah ilmu pengoptimuman. Matematik pengoptimuman ialah matematik memodelkan makna ‘sebaik-baiknya’ atau ‘paling baik’, ‘terbaik’ dan sebagainya. Namun kita dikelabui mata dan hati kita dengan istilah ‘optimum’ yang walaupun asalnya ‘optimus’ Latin itu bermakna ‘paling baik’ tetapi ahli matematik Barat telah lama, berkurun-kurun, menegaskan maknanya yang tidak disedari oleh pengakurnya bertentangan dengan kebudayaan dan agama sendiri, iaitu mengikuti ilmu Barat bahawa ‘optimum’ ialah ‘yang tertinggi’ atau ‘terbesar’ nilainya, atau ‘terendah’ atau ‘terkecil’ nilainya. Apa pun yang pentingnya, begitu lama tiadanya ahli sains yang sedar dan insaf akan nilai agama atau kebudayaan sendiri yang berbeza tentang konsep ‘terbaik’ itu. Bagi umat Islam umpamanya, begitu banyak ajaran tentang makna ‘terbaik’ yang berbeza dengan maksud ‘optimum’ itu tetapi sehingga kini Muslim juga terus-menerus mengajar, mendidik dan mengggunakan konsep ‘optimum’ yang tidak serasi dengan kebudayaan

Page 55: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

55Seminar Al-Quran2012

sendiri (agama dan bahasa sendiri) ajaran Islam itu. Maka jadilah ‘Islam suku, ilmu suku’, ringkasnya ilmu sekular. Islam memaklumkan umatnya (menerusi al-Quran) bahawa umat Islam adalah ‘umat yang terbaik’ yang istilahnya ‘wasat’ dan (kata akarnya ‘wustho’) di dalam ungkapan ‘ummatan wasatan’ dan di dalam Surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud : ‘Demikianlah juga Kami jadikan kamu umat pertengahan’. Dan istilah ‘wasatan’ ini memang tiada siapa pun yang menterjemahnya sebagai ‘optimum’.

Itu penegasan di dalam al-Quran. Peneguhannya ada di dalam sebuah hadis yang menyatakan setiap ‘pekerjaan yang terbaik’ itu ialah ‘pekerjaan wustho’. Pada masa yang sama ajaran Islam juga banyak yang mengutuk kemelampauan atau ekstrimisme (mu’tadin,pelanggar batas, di dalam surah al-Baqarah ayat 190; ayat al-Quran musrifin (pencita berlebihan) di dalam surah al-A’raf ayat 31.

Kedua-duanya tidak dikasihi Allah; dan mubazziriin dianggap Allah sebagai sahabat syaitan di dalam 17: 27; serta tamak (menghimpun kekayaan dan menghitung-hitungnya) di dalam surah al-Humazah ayat 1-4, yang dinistai Allah dengan gelaran pengumpat dan penyebar skandal yang dijanjikan Neraka Huthomah; sedangkan model optimum (terutamanya maksimum atau minimum) memang nilai ekstrim dan memuliakan tamak. Menerusi aksiom manusia ‘homoeconomicus’ di dalam teori ekonomi dan pengurusan Barat itu. Semua ini mengimbau jiwa penulis ini dalam tahun 1990-an dahulu untuk memperbaiki matematik keterbaikan (yang dimodelkan dengan keoptimuman) dengan menggantikan optimum itu dengan ‘wustho’ dan sekaligus pengoptimuman digantikan dengan pewusthoan, mengoptimumkan dengan mewusthokan, keoptimuman dengan kewusthoan dan sebagainya. Ini benar-benar ‘pengislaman pengoptimuman’.

Apakah nilai berangka bagi ‘wustho?’ Mula kami menumpukan takrif ‘wustho’ kepada masalah pengoptimuman yang lebih berkenyataan, iaitu ‘pengoptimuman berpelbagai matlamat dan berkekangan’, iaitu

Page 56: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

56 Seminar Al-Quran2012

kami menukar takrif optimum yang terkenal seperti ‘optimum gol’ kepada ‘wustho gol’ (mungkin perlu dipendekkan kepada wustol) dan ‘optimum Pareto’ kepada ‘wustumah’ (daripada wustho ummah) yang takrifnya boleh dilihat di dalam makalah Shaharir (2003a,2006a,b).

Bagaimana dengan pewusthoan fungsi/matlamat tunggal? Kami belum merakamkan secara bertulis tentang situasi tidak berkenyataan ini, walaupun mungkin diminati di dalam kalkulus peringkat sekolah atau tahun-tahun permulaan di universiti. Buat pertama kalinya kami merakamkan maknanya dalam kes ini pada tahun 2011 di Seminar Epistomologi Islam di Universitas Syiah Kuala, Aceh. Untuk fungsi tunggal, iaitu mewusthokan fungsi matlamat tunggal tanpa kekangan, titik ‘wustho’ ialah titik yang memberikan nilai fungsi matlamat itu nilai purata bagi nilai-nilai optimumnya. Dalam kasus (keadaan) ada kekangan, nilai ‘wustho’ fungsi matlamatnya/objektifnya ialah purata/rerata nilai optimum (tertinggi, terendah atau lengkok balas) dan nilai hujungnya (rendah atau tinggi). Oleh itu ada sekurang-kurangnya ada dua jenis ‘wustho’, iaitu ‘wustho’ tinggi dan ‘wustho’ rendah. ‘wustho’ tinggi ialah purata semua nilai maksimum setempat, nilai lengkok-balas dan (bagi bersempadan) nilai ujung tinggi; manakala ‘wustho’ rendah ialah purata semua nilai minimum setempat, nilai lengkok balas, dan (bagi bersempadan) nilai ujung rendah. Pendeknya, bagi fungsi matlamat yang terbezakan, nilai ‘wustho’ itu besar kemungkinannya bukannya pada titik yang terbitan fungsi itu bernilai kosong. (Lihat Shaharir 2011a). Bagi perancangan multi matlamat dijangkakan hampir pastinya perancangan ‘wustho’(terbalik di sisi Islam) berbeza daripada perancangan optimum (lihat Shaharir 2006a,b). Namun amatlah banyak kerja yang masih perlu dilakukan sebelum sebuah buku matematik pewastaan dapat diterbitkan bagi menandingi matematik pengoptimuman yang tidak serasi dengan kehendak Islam itu.

Page 57: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

57Seminar Al-Quran2012

3.3. Kritikan Konsep Pengurusan terlestarikanPengurusan terlestarikan Barat ditunjukkan oleh penulis ini (Shaharir & Alinor 2011, Shaharir 2012) layak dikritikmenerusi al-Quran sehingga menghasilkan takrif pengurusan terlestarikan yang lebih baik dan menjanjikan kerja-kerja penyelidikan yang mampu menghasilkan buah yang lebih ranum lagi. Kritikan terhadap takrif keterlestarian berasaskan Prasasti Melayu abad ke-7M dan ajaran Islam. Setelah mengkritik takrif keterlestarian Barat dan mengambil iktibar warisan ilmu sendiri sejak abad ke-7M lagi maka diperoleh takrif baru keislaman dalam keterlestarian :

Keterlestarian ialah keadaan tercapainya keperluan jasmani, sosial, politik, ekonomi, ilmu-pengetahuan, rohani-agama dan kelangsungan bahasa dankebudayaannya sekarang serta pada aras ‘wustho’ tanpa pengorbanan sumber berkenaan dan sarwa makhluk supaya generasi kelak boleh menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat sekurang-kurang sebaik generasi kini.

Daripada takrif ini amatlah banyak kerja penyelidikan seterusnya yang perlu diteruskan bagi menerbitkan ilmu keterlestarian yang baharu yang layak dinamai keterlestarian Islam kerana setiap perkataan atau ungkapan tebal itu umpamanya amat sarat dengan pandangan Islam.

3.4. Kritikan terhadap Ilmu Pengurusan Pinjaman Wang.

Kaedah lazim pinjaman wang dengan bayaran balik lebih daripada jumlah pinjaman memang sudah lama diperkatakan oleh ulama sebagai amalan riba (usury). Namun amalan ini tetap diamalkan dengan berleluasanya bukan sahaja di bank atau institusi kewangan tetapi di kalangan individu di kampung-kampung, itulah yang disebut ‘makan bunga’ atau ‘ambil anak’.

Page 58: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

58 Seminar Al-Quran2012

Kezaliman daripada amalan ini memang dirakamkan di dalam banyak novel Melayu Malaysia dan Indonesia sejak tahun 1920-an. Namun ilmu dalam bidang ini tetap tidak berubah. Dalih terakhir ‘Halal dalam Haram’ kerana darurat. Amalan dalam perbankan Islam tentang perkara ini pun tidak berubah ilmunya, masih pakai ‘matematik bunga’/mathematics of interest. Niat berbeza hasilnya serupa bahkan ramai mengeluh ‘pinjaman Islam lebih teruk’. Timbul ungkapan dalih daripada pihak Islamis, ‘Ayam sembelih tak sama dengan ayam tak sembelih’. Sebenarnya, tesis D.Fal Maheran (2006) dan siri makalahnya bersama penulis ini dalam 2003-2007 sudah agak meleraikan keadaan ini.

Ringkasnya, rumus pinjaman lazim (dihukum sebagai bertentangan dengan al-Quran/Islam berupa satu rumus yang diperoleh menerusi pertimbangan satu pihak sahaja, iaitu pihak yang menanggung hutang tetapi tiada maklumat tentang nasib wang bayaran hutang bulanan kepada pemberi pinjam. Dalam urusan ‘pinjaman wang secara Islam’ yang ditafsirkan sebagai urus niaga mudharabah atau musyarakah antara peminjam dengan pemberi pinjam rumus pinjaman dan bayaran balik diperoleh daripada pertimbangan kedua-dua pihak ini setiap masa, khususnya nasib kepada wang pinjaman dan bayaran balik bulanan diketahui oleh kedua-dua pihak bila-bila masa pun. Perincian matematiknya memang jauh lebih susah daripada matematik pinjaman lazim itu. (Lihat Maheran dan Shaharir 2003-2007). Ini tidaklah bermakna model mudharabah danmusyarakah Maheran dan Shaharir ini sudah mengakhiri ilmu ini. Kritikan atau perluasan terhadap karya mereka ini masih terbentang luas demi memantapkan lagi matematik ini.

Page 59: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

59Seminar Al-Quran2012

3.5. Kritikan terhadap Ilmu Pembelian/Penjualan Secara Ansuran.

Kaedah lazim pembelian atau penjualan secara bayaran beransur-ansur agak kurang diperkatakan oleh ulama sebagai amalan riba (usury). Lebih teruk daripada isu pinjaman,pembelian/penjualan ansuran tetap berjalan hingga kini kerana secara lebih berleluasanya.

Model matematik bunga bermaharajalela kerana pihak perbankan Islam pun nampaknya tidak mengamalkan rumus daripada matematik bunga yang lebih adil dalam menentukan harga barang yang hendak dijual secara bayaran ansuran itu. Istilah dalam bahasa Arab yang dipakai oleh pengurus institusi kewangan Islam ialah bay’ bithamin al-‘ajil,(pembelian dengan bayaran bertangguh). Mereka mengambil jalan mudah dalam penentuan harga jualan/belian sekarang dengan harga pada tahun/bulan yang dijanjikan langsai pembayarannya setelah dibayar secara bulanan.

Kalau mahu bayar harga barang secara beransur-ansur setiap bulan selama N bulan, maka harga barang itu dikira harganya pada bulan ke-N itu mengikut bunga p peratus setahun mengikut bunga simple (mudah), iaitu:

Jika harga sekarang RM H, maka harga ansurannya ialah harga barang berkenaan itu pada akhir T tahun nanti (berasaskan bunga/faedah/inflasi/susut nilai wang p% setahun dan ingin dilangsaikan selama T tahun itu, iaitu harga barang itu pada akhir tahun ke-T itu ditentukan oleh penjualnya dengan rumus bunga simple:

RM(1+p% T)H (1)pada akhir tahun ke-T.

Page 60: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

60 Seminar Al-Quran2012

Jika bayaran muka ditentukan m% daripada harga sekarang H itu, maka bayaran ansuran bulanan barang ini ialah :RM(1 +p%T—m% )H /12T sebulan (2a)atau yang kurang menindasnya,RM(1+p%T) (1 —m%) H/ 12T sebulan (2b)

Contohnya untuk barang yang sekarang harganya H=100 ribu, bunga p=4, tempoh T=7,peratus muka m=10 , maka rumus (2a) memberikan bayaran bulanan yang berikut :Bayaran muka ialah 10% daripada 100 ribu = RM10 ribuHarga barang pada akhir 7 tahun nanti ialah (1+4% x 7) 100 ribu = RM128 ribu;

atau yang kurang menindasnya, (1+4% x 7) 90 ribu = RM115, 200.00Bayaran bulanan ialah :RM128 ribu/(12x7) = RM152.38 atau (3a)RM115,200/(12x7) = RM137.05 (3b)

Kalau ada yang lebih zalim lagi nescaya penjual akan menetap harga barang ini secara bunga majmuk (berganda), iaitu harga bayar secara ansurannya ialah katalah berdasarkan kadar penambahan harga barang itu p% setahun (kerana inflasi dan sebagainya), maka bayaran bulanannya akan menjadi lebih besar daripada harga ansuran cara dahulu. Sebabnya harga barang pada akhir tahun ke-T lebih besar lagi, iaitu :

(1+p%)TH (3)Bayar muka atau cengkeramnya m% daripada harga sekarang, masih RM mH,

Oleh itu bayaran bulanan ialah :[(1+p%)T —m] H /12 T] (4a)

Page 61: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

61Seminar Al-Quran2012

atau secara kurang menindasnya :[(1+p% )T (1-m)H /12T (41)]

Semua kaedah jual ansuran di atas itu zalim dan riba kerana gharar(tidak jelas apa yang berlaku dengan bayaran bulanan) dan memang memenuhi sifat riba’ di dalam al-Quran, Surah Ali-Imran, ayat 130 : (berganda-ganda) jadinya hutang seseorang walaupun dibayar setiap bulan (kerana bayaran balik itu tidak diambil kira langsung) terutama jika menggunakan kaedah bunga majmuk itu; sifir amnya dengan kadar bunga majmuk 4% hutang seseorang berganda dalam masa 20 tahun, dan dengan bunga simple menjadi berganda selama 25 tahun.

Rumus riba yang kurang zalimnya bagi bunga simple ialah dengan mengambil kira bayaran bulanan B itu untuk bayar harga sekarang H sehingga harga barang itu pada akhir bulan pertama bertambah sebanyak p H, apabila kadar naik harganya k% sebulan, k= p/12; akhir tahun kedua harga barang itu bertambah sebayak k(H-B), ketiga k(H-2B) dan seterusnya ke-n bunganya k(H-(n-1)B). Jumlah kenaikan harga barang itu pada akhir bulan ke-N ialah :

kH + k(H-B) + k(H-2B) + ...+ k(H-(N-1)B) = kNH — k(1+2+...+ (N-l))B= mu - kB N2/2= kN(H-BN/2), (5)

iaitu bunga harga barang pada bulan ke-N ialah :kN(H-BN/2), (6)

Harga barang pada akhir bulan ke-N ialah H + kN(H-BN/2) yang kurang daripada cara dahulu. Jadi bayaran bulannya pun kurang daripada dahulu, iaitu B yang memenuhi persamaan :H+kN(H-BN/2) — m H =0, iaitu :B= 2(1+kN-m)H/kN2 ; (7)Setelah bayar cengkeram mH.

Page 62: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

62 Seminar Al-Quran2012

Cara penjualan ansuran di atas akan menjadi lebih adil lagi (tetapi masih juga riba) jika mengambil kira bayaran cengkeram mH itu lalu ‘yang berbunga’ (beranak berbuahnya) bukanlah harga asal yang ditetapkan tetap harga setelah ditolak cengkeram, iaitu (1-m) H. jadi jumlah hutang pembeli sehingga N bulan langsai hutang ialah :

(l~m) H + k N [(1-m)H —BN/2], (8)Sehingga menerbitkan bayaran bulananya ialahB = 2(l-m) (1 + kN)H/kN2, (9)

Untuk rumus riba yang kurang zalim bagi bunga majmuk ialah dengan bayaran bulanan B yang memenuhi persamaan hutang H” pada bulan ke-n sebagai :H” = H,,-1+ kH,,.1 - B = (l+k) H,,-1 — B, H0 = (1-m) H, setelah cengkeram mH, yang memberikan :Hn=(l+k)”Ho-[(1+k)””-l]B/k, (10)

Model penentuan harga jualan secara ansuran di atas perlulah diperbaiki agar matematik bunga itu diganti dengan matematik jualan ansuran yang benar-benar adil, dan telus (tanpa gharar). Matematik jualan ansuran ini sudah disyorkan pemodelannya oleh Nurfadhlina drk. (2011) tetapi penulis ini berpendapat model mereka ini pun masih tidak mencukupi pengambilkiraan unsur mudharabah atau musyarakahnya antara penjual dengan pembeli. Sepatutnya, modelnya seperti “pinjaman Islam” dalam seksyen 3.4 atas dengan pengubahsuaian kerana adanya kesusutan atau kenaikan harga barang yang dibeli/dijual itu kerana usianya semasa barang itu masih belum langsai bayarannya.

Page 63: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

63Seminar Al-Quran2012

4.0 AI-Quran Sumber Pengkritikan Bentuk dan Asal Kejadian Alam Semesta.

Teori besar dalam kosmologi ialah Teori Alam Semesta Mengembang (TAMbang, atau TASME dalam buku Shaharir 201 ld) dan Teori Deguman Besar (TDB)TAMBang terbit pertama kali menerusi model alam semesta sebagai permukaan ruang-masa(manifold Riemannan 4-matra) yang bersukatan panjang antara dua titik di atasnya bergantung masa dan ruang sehingga boleh ditafsirkan alam semesta ini mengembang daripada satu titik yang tidak terhingga ketumpatan jirimnya kepada seperti sekarang ini dan masih berkembang. Mekanismenya diutarakan sebagai suatu ledakan besar berlaku pada mula terjadinya alam semesta ini yang diistilahkan dalam sebutan bunyi ledakan itu ‘bang’ (dalam bahasa Inggeris) atau degum atau dentum (dalam Bahasa Melayu) lalu terbitnya istilah ‘The Big Bang’ atau ‘Deguman Besar’ atau ‘Dentuman Besar’ (ringkasnya, DB). Sukatan panjang antara dua titik itu mulanya disyorkan oleh sarjana Rusia, Friedmann, pada 1922 dan diperbaiki oleh Robertson dan Walker 1935 dan kemudiannya (dihebahkan ke Kontinental/Eropah Timur) oleh Lamitre lalu dikenali sebagai alam semesta FRW atau tambah Lametre lagi (Pembonceng gratis?) menjadi alam semesta F LRW, sehingga berbentuk :(ds)2= (cdt)2 - a(t, 6) (dc)2 , (do-)2 = (du)2 +u2((d6)2 +sin2(¢9)(d(p)2)o = (u, 0, (p), dengan kuantiti a’/a, a’ = terbitan terhadap t, ditafsirkan sebagai kadar pengembangan alam semesta ini.

Cerapan dilakukan untuk membuktikan sahnya TAMbang dengan berteori lagi terhadap mekanisme yang mengimplikasikan pengembangan itu. (1) Anjakan spectrum gelombang cahaya dari suatu penjuru alam ke penjuru alam. Ini ditafsirkan begini oleh Hubble pada 1936 terhadap datanya; (2) Alam semesta dahulu lebih padat daripada sekarang. Ini

Page 64: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

64 Seminar Al-Quran2012

dibuktikan oleh Wilson and Penzias 1965 menerusi sisa sinaran daripada ledakan besar yang dinamai sinaran latar belakang mikrogelombang kosmos (SiLaM) dan mereka berdua beroleh Hadiah Nobel 1978 kerana perkara ini; (3) Jumlah hidrogen dan helium di alam semesta kononnya berubah sesuai dengan berlakunya DB; (4) Bentuk jasad hitam dan anisotropi SILAM oleh Mather dan Smoot yang beroleh Hadiah Nobel 2006; (5) Pengembangan memecut pada supernova oleh Permutter, Schmidt dan Riess yang beroleh Hadiah Nobel 2011. Semua ini dicabar oleh banyak pihak di Barat terutamanya oleh kumpulan ahli astonomi dan kosmologi di UK yang menamakan diri mereka sebagai Kumpulan Kosmologi Altematif yang bergerak sejak 2004.

Ada sekurang-kurangnya 3 tafsiran cerapan ‘Hubble’ itu (sebenarnya seorang lain sebelumnya lagi, namanya Slipher 1912, iaitu tentang tafsiran anjakan spektrum merah sinaran antara Bintamabor atau galaksi): Hubble menggunakan tafsiran Slipher dan cerapan baharunya 1929 tentang laju Bintamabor menjauhi diri antara satu dengan lain (yang menerbitkan hukum Hubble) dan tafsiran alam mengembang 1936. Ada dua tafsiran lagi (yang diabaikan) ialah kesan Compton dan kesan daripada jirim dan tenaga gelap itu (yang tidak diketahui pada zamannya). Mekanisme alam semesta mengembang diutarakan oleh Alpher-Bethe-Gamov 1948 yang kemudian dinamakan secara sinisnya oleh ahli kosmologi ateis/mulhid Hoyle sebagai Deguman Besar (menjadi Teori Deguman Besar). Sebagai ateis, dia tidak percaya kepada ‘Deguman Besar’ kerana kononnya implikasinya ada Tuhan, walaupun ramai pula sarjana Barat-Kristian juga berhujah teori ini mengimplikasi tiada tuhan atau tuhan ada tetapi tidak lagi berfungsi! Teori Deguman Besar (TDB) memang dicabar oleh ramai sarjana Barat hingga kini bukan sahaja atas hujah keagamaan Kristian (oleh kumpulan sarjana pemuka teori ketuhanan yang dinamai Reka Bentuk Pintar), falsafah tetapi yang lebih ramai dibicarakan ialah kerana kelemahannya menjelaskan banyak fenomenon fizik di alam semesta ini (Shaharir 2011d). Tahapnya sudah sama dengan Teori Evolusi kerana teori ini memangTeori Evolusi Kejasmanian selama

Page 65: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

65Seminar Al-Quran2012

sekitar 7 srijuta/bilion tahun diikuti oleh Teori Evolusi Hayat/Darwin sejak sekitar 5 srijuta tahun dahulu.

Halangan sarjana Barat untuk melakukan penyelidikan di dalam teori alternatif kpd TDB ini memang wujud bukan sahaja segi penerbitan tetapi perolehan gran seperti yang diprotes (disiarkan di dalam New Scientist 22 May 2004) oleh kumpulan ahli kosmologi-astronomi di UK yang menggelar kumpulannya Kumpulan Kosmologi Alternatif dengan ahlinya termasuk ahli kosmologi masyhur, Bondi itu. Kumpulan memberi hujah-hujah yang konkrit menyangkal TDB, termasuk penyangkalan terhadap bukti terbesar TDB, “Sinaran Latar Belakang Mikrogelombang Kosmik (SiLAM)” (Cosmic Microwave Background Radiation, C./IBR) oleh pemenang hadiah Nobel Penzias dan Wilson itu (Lihat laporan “The First Crisis in Cosmology Confrence” oleh Ratcliffe , Progress in Physics 2005, vol. 3 : 19-24). Persidangan kedua oleh kumpulan ini diadakan pada 2008 dan dilaporkan oleh Ratcliffe juga (lihat PerSiKiK 2005, 2008).

Malangnya Muslim akur sepenuhnya terhadap TDB dan TAMbang dengan sokongan ayat-ayat al-Quran sekali! (Lihat perinciannya di dalam buku Kritikan TE-TQ oleh Shaharir 201 ld, dan diringkaskan butir penting untuk wacana ini di bawah ini). Golongan Bucailleis atau I‘jazis nampaknya begitu beriya-iya (dan nampaknya berjaya) meyakinkan umat Islam bahawa TDB dan TAMbang itu adalah teori terakhir sains. Jika benar-benar berjayanya kumpulan ini nanti maka memang berakhirlah juga sumbangan Muslim di dalam bidang astronomi dan kosmologi dan benar-benar pupuslah bakal ulil abshar dan jenis ulama yang diperihalkan di dalam al-Quran.

Pertamanya, selain daripada Iqbal (1934/2004 yang terjemahanMelayu Indonesianya 1982 dan 2002), Tan Malaka (1943) dan Shaharir (1987/2000, 2004a,b, 2007a,b, 201 lb,d) tiada penulis Muslim lain yang mengkritik kelemahan Teori Einstein (TEn) terutamanya dari aspek sistem nilainya atau Islam. Iqbal (1934/2004; berasaskan siri

Page 66: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

66 Seminar Al-Quran2012

kuliahnya di UK dalam tahun 1920-an lagi) adalah sarjana Islam yang pertama yang mengkritik model alam semesta statik Einstein semata-mata berdasarkan Ayat-Ayat al-Quran yang padanya menunjukkan alam semesta ini dinamik kerana kedinamikan masa. Ini perkara kedua yang Iqbal kritik terhadap Teori Einstein, selepas beliau mengkritik teori masa di dalam teori tersebut yang dianggap tidak bertepatan dengan kehendak Islam. Tan Melaka (1943), ideologi komunis Malayonesia 1930-an hingga kematiannya (mula dianggap mati pada 1949, tetapi ada yang mengatakan tahun 1959 dan jumhurnya 1961), dan dianugerah Pahlawan Negara Indonesia sejak pasca-Reformasi Indonesia 1998, mengkritik TEn kerana pendekatannya dikatakannya tidak cukup menghayati dielektika materialis/kebendaanis dan mantiknya, lalu beliau menggariskan pendekatan baharunya; tetapi beliau tidaklah menyentuh isu bentuk alam semesta yang terbit daripada TEn atau dalam pendekatannya yang baharu itu. Shaharir (2007a) telah pun mengupas hampir segala tulisan yang mengiyakan keesahan/kebenaran TEn sempena beliau menyorot sebuah buku baharu dalam bahasa Melayu Indonesia yang dianggapnya mendewa-dewakan keunggulan teori tersebut tanpa cacat celanya lagi itu. Kupasan tersebut tidaklah sesuai dipaparkan semula di sini kerana di sini penumpuan perbincangan dipumpun kepada penerapan TEn ke dalam kosmologi sahaja. Tafsiran kepada data cerapan Hubble 1929, dan data sinaran latar belakang mikrogelombang kosmik (SiLaM) oleh para pemenang Hadiah Nobelnya (Penzias-Wilson beroleh Hadiah Nobel 1978, dan Mather-Smoot beroleh HadiahNobel 2006) serta data pengembangan memecut bagi supernova oleh pemenang Hadiah Nobelnya, Permutter-Schmidt-Riess yang beroleh Hadiah Nobel 2011) yang kononnya membuktikan TDB dan TAMbang, dan oleh itu keperluan model alam semesta statik yang lebih baik daripada model asal Einstein langsung tidak mendapat tempat dalam buku-buku teks kosmologi memang menarik perhatian pengkritik ilmu sahaja. Malangnya, ilmuwan Muslim seluruh dunia rata-rata bukan pengkritik ilmu tetapi pengakur ilmu sahaja: cepat begitu yakin dengan kebenaran TDB tanpa kesedaran yang mendalam

Page 67: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

67Seminar Al-Quran2012

akan betapanya teori itu serasi bahkan mengukuhkan Teori Evolusi (TEv) sedangkan secara ijmaknya, TEv itu tidak disetujui oleh ilmuwan Islam termasuk yang menyokong TDB dan TAMbang itu! (Lihat sorotan tentang tindakan balas ilmuwan Muslim terhadap TEv oleh Mabud (1987), Osman (1987), Rematulla (1993), dan sensasi barunya oleh Harun Yahya (1998, 1999/2005) yang menentang TEv tetapi berkarya menyokong kuat TDB dalam karyanya yang lain (Harun 2005 & t.t).

4.1. Al-Quran Pengakur atau Pengkritik TDB dan TAMbang?

Achmad Baiquni (1995: 147) yang diulanginya dalam karya beliau 1997 dan sebuah lagi tanpa tahun (t.t) itu, seorang ahli sains fizik nukleus di Indonesia yang disegani masa hidupnya (hidup sehingga 2003), dan amat perihatin kepada Islam, berpendapat walau apa pun hasilnya, model alam semesta Einstein (iaitu alam semesta statik) bertentangan dengan Islam berasaskan kefahamannya kepada al-Quran, Surah al-Dhariyat, ayat 47 :

“Dan Iangit itu Kami bina dengan kekuasaan Kami, sedangkan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa”.

Terjemahan ayat ini yang kononnya jelas menunjukkan alam ini tidak statik. Dengan tafsiran ayat ini dan kononnya disokong pula oleh Surah al-Anbiya’, ayat 104 :

“(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya”.

Page 68: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

68 Seminar Al-Quran2012

Surah al-Anbiya’, ayat 30 :

“Adakah orang-orang yang tidak beriman tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu pada awalnya bersatu, kemudian Kami pisahkannya di antara keduanya dan Kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” Pandangan seperti Achmad Baiquni ini (sebelum dan selepasnya) serupa sahaja dengan pendirian sarjana,cendekiawan atau penulis popular Muslim seluruh dunia, dan sebagai contoh wakilnya ialah Harun Yahya (2005, Lt) penulis Turki yang cukup popular sekarang; Sulaiman (l989/ 1999) dan Abbas (1993), dua orang sarjana Malaysia yang tidak asing lagi; Iqbal (2002: 8, 44) dan Muhammad Asad (1980: 805, note 31), dua orang ahli falsafah Islam yang disanjung seluruh dunia, semuanya menyokong TAMbang dengan hujah-hujah yang sama. Sa‘id Hawa (1986: 278; 1985: 5529) pula, yang boleh dianggap mewakili ulama, berhujah secara nahu bahasa Arab sahaja terhadap surah al-Anbiya’ ayat 30 bagi menegakkan TDB. Semuanya ini bersifat amat reaktif dan didorongi amat sangat oleh perasaannya yang terpesona dengan ilmu Barat ini (fizik) yang tidaklah mereka begitu fahami selok beloknya(aksiom, kaedah, keteknikamiya dan implikasi mendalam meluasnya), lalu cepat sahaja menyokong teori yang sedia ada sahaja itu yang tidak pula beliau begitu mendalaminya, atau menggalakkan umat Islam mendahului umat lain dalam membuat kajian terhadap asal usul kejadian alam ini seperti yang termaktub di dalam al-Quran (menghasilkan ulil abshar dan jenis ulama yang menjadi peneroka kosmologi).

Namun terjemahan tafsiran lain, lain pula fahamannya. Umpamanya tentang surah al-Dhariyat, ayat 47 itu, mengikut al-Quran dan terjemahnya, katanya, “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa”, yang tidak pula menunjukkan alam ini tidak boleh statik! Begitu juga dengan surah al-

Page 69: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

69Seminar Al-Quran2012

Anbiya’, ayat 104 : “(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya”. Ini tidak semestinya tidak boleh ditafsirkan alam semesta ini tidak mengembang? Bahkan tafsiran terjemahan ini boleh menjadi bahan pengkritikan TDB-TAMbang.

Terjemahan surah al-Anbiya’, ayat 30 oleh Mahmud Yunus (1969/ 1993), tafsir Quran Karim itupun agak lain : “Tiadakah orang-orang kafir mengetahui bahawa beberapa langit dan bumi adalah keduanya bertaut (bersatu). Lalu kami belah kedua-duanya dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. lni pun tidak semestinya mengimplikasikan alam semesta ini mengembang. Mengikut tafsiran-terjemahan ini, langit dan bumi (iaitu alam semesta ini) sudah pun seperti sekarang sejak azali lagi. Cuma kedudukannya agak bertindan atau ‘bersatu’ sahaja dan kemudian diperjauhkan antara kedua ini (tiada pengembangan saiz masing-masing).

Terjemahan al-Quran oleh penterjemah pertama di Pascabima ini, Abdul Ra’uf Singkel & Baba Daud pada 1671 dahulu lagi menarik kerana ketika itu tiadalah ‘Teori Alam Mengembang’ ini. Terjemahan mereka terhadap surah al-Dhariyat, ayat 47 (ayat yang paling popular di kalangan Bucailleis yang menegakkan TDB dana TAMbang) ialah : “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa”. Ini pun tidak juga memaklumkan alam semesta ini mengembang tetapi cuma, menyatakan keluasannya sahaja seperti sekarang sejak azali lagi. Bagi ayat surah al-Anbiya’, ayat 104 pula beliau mentafsir-menterjemah sebagai “Sebab itu olehmu ya Muhammad hari yang Kami gulungkan langit seperti gulung oleh segala malaikat bernama Sijiil akan Kitab Shohifat anak Adam tatkala matinya seperti yang telah Kami melalui pertama menjadikan segala makhluk daripada tiada kepada ada

Page 70: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

70 Seminar Al-Quran2012

lagi akan Kami kembalikan ia kemudian daripada tiadanya yang telah Kami janjikan dengan satu janji atas kamu bahawasanya kamu berbuat akan barang yang kamu janjikan itu.”; dan surah al-Anbiya’, ayat 30, “Tiadakah diketahui segala mereka itu yang telah kafir itu bahawasanya tujuh petala langit itu dan bumi telah ada keduanya tertempat. Maka kami jadikan langit itu tujuh petala dan bumi itu pun tujuh petala dan telah kami jadikan daripada air yang turun dan yang terbit dari bumi itu tiap-tiap sesuatu yang hidup. Maka tiadakah kiranya mereka itu percaya dengan mentauhidkan Aku?”. Setiap satu terjemahan itu jelas tidak mengajak seseorang yang tidak dipengaruhi oleh TAMbang atau TDB untuk menyokong teori-teori ini dengan ayat-ayat ini.

Lebih menarik lagi, ialah tafsiran-tafsiran surah al-Anbiya’, ayat 30 oleh ulama-ulama zaman Nabi dan zaman tamadun Islam dahulu yang teori kosmologinya lagi penuh mitos Arabs, Yunani, dan sebagainya; Oleh itu tafsiran mereka dipengaruhi oleh keadaan ilmu pengetahuan masa itu pula, seperti yang dirakamkan oleh Hamka (1965/ 1983-84) dalam ‘Tafsir al-Azhar’ beliau itu. Hamka sendiri menterjemah ayat itu sebagai “Dan apakah tidak melihat orang-orang yang kafir itu bahawasanya langit yang banyak dan bumi itu dahulunya adalah sekepal, lalu Kami pisahkan di antara keduanya,....”. Pemilihan kata ‘sekepal’ itu jelas tafsiran Hamka sendiri, walaupun beliau sendiri nampaknya tidaklah beriltizam menyokong TAMbang, malah cenderung kepada berpandangan tafsiran al-Quran tentang sains hanya benar nisbi masa sahaja, iaitu berubah mengikut perubahan sains. Pendirian ini pun dipengaruhi oleh hakikat Muslim Zaman ini bahawa pentafsir al-Quran bukannya seorang ahli sains dan oleh itu sentiasa mengekori ahli sains zaman ini, iaitu ahli sains Barat sahaja.

Tafsir yang dibentangkan dengan panjang lebarnya oleh Hamka ialah tafsir Ibn Kathir (yang hidup pada abad ke-8H/ke-15M) yang melaporkan tafsiran Ibn ‘Abbas, Abu Saleh dan Said bin Yubair bahawa surah al-Anbiya’, ayat 30 itu bermaksud dahulunya langit itu

Page 71: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

71Seminar Al-Quran2012

satu sahaja lalu dipisahkan oleh Tuhan menjadi tujuh, dan bumi itu pun satu lalu dipisahkan kepada tujuh juga tetapi langit dan bumi itu memang terpisah tetapi berdempetan sahaja sehingga apabila langit itu diangkat naik barulah bumi itu tersembul. Itulah katanya yang dimaksudkan Allah memisahkan langit dengan bumi itu. Hamka juga memaparkan tafsiran al-Qurtubi (abad ke-12M) yang mengatakan langit dan bumi dijadikan oleh Tuhan sendiri dan masing-masingnya kemudian dipecahkan kepada tujuh petala secara berturutan dengan ada nama-nama khas [mmk beberapa petala bumi, iaitu Ru’aa, Dakmaa, dan seterusnya...Mad dan ’Aribah masingnya petala bumi pertama, kedua, keenam dan ketujuh]. Semua tafsir klasik ini adalah sipi-sipinya sahaja dengan teori kejadian alam semesta sekarang. Namun yang jelasnya, mengikut tafsiran ini, bumi ini daripada asal lagi terpisah daripada yang lain, dan segala kejadian pemisahan itu (yang mungkin hendak ditafsirkan sebagai alam mengembang itu) telah berlaku, iaitu sekarang sudah tidak berubah lagi atau mantap sahaja. Mengikut Hamka lagi ayat asal al-Quran surah al-Anbiya’ ayat 30 itu memang diungkapkan Allah dalam kala lepas, fi’il madzi, walaupun katanya boleh juga merujuk kepada kala akan datang. Jika demikian oleh kerana semua petala itu sudah siap, dan Tuhan masih mencipta sepanjang masa seperti yang fahami oleh mutakallimun itu, maka tafsiran klasik ini mengesyorkan alam mantap lebih sesuai daripada alam mengembang. Tafsiran Hamka ini bertentangan dengan tafsiran Sa’id Hawa, dan sekaligus al-Quran menjadi pengkritik TDB-TAMbang.

Mengikut sarjana besar Melayu abad ke-17M, Nur al-Dyn al-Ranyry (1639) yang dibicarakan lebih terperinci lagi pada seksyen terakhir makalah ini kejadian alam semesta ini tiada menunjukkan berlakunya secara evolusi (hanya selama 6 hari sahaja, daripada al-Quran) dan tiada juga semacam ‘DegumanBesar’ itu berlaku tetapi dengan ‘tilik muhibbaht’ atau ‘tilik hebat’ Tuhan sahaja. Ini dibicarakan lagi kemudian.

Page 72: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

72 Seminar Al-Quran2012

Persoalan sejauh manakah seseorang Muslim sekarang (yang telah lama tidak berminat atau memberi sumbangan kepada ilmu falak, astronomi dan kosmologi) patut tidaknya menggunakan al-Quran bagi membicarakan pandangannya atau pandangan Islam terhadap sesuatu teori/isu penemuan sains ini telah lama menjadi perbahasannya walaupun kemuncaknya ialah 1990-an (di Malaysia) menerusi projek ‘Pengislaman Ilmu’ atau ‘Islamisasi Ilmu’. Ada pandangan seperti yang diwakili oleh Abdul Rahman (2006), menerusi akhbar perdana Malaysia, yang tidak bersetuju langsung usaha seseorang memadankan ayat-ayat al-Quran dengan sains moden kerana sains moden berubah sedangkan al-Quran berubah. Ini hujah biasa yang disuarakan di seminar-seminar di Malaysia sejak tahun 1980-an dahulu lagi sehingga menimbulkan istilah Bucailleisme itu. Yang berbezanya kali ini suara itu dibaca oleh ratusan ribu pembaca akhbar perdana itu dan tentunya amat mempengaruhi Muslim di Malaysia. Rasanya agak keterlaluan jika kita takut memberi pendapat menerusi kefahaman kita tentang sains dan al-Quran walaupun sains itu ciptaan orang Islam, apatah lagi sains ciptaan bukan orang Islam. Yang menjadi masalahnya, ialah iktikad pengulas sains itu sendiri. Dia perlu menganggap sains itu dipengaruhi nilai (agama ahli sains itu : majoritinya ateis atau tidak peduli agama!) dan bukannya tiada kelemahannya. Atas iktikad ini sudah tentu seseorang Islam yang mempunyai nilai yang bitara dalam segala hal akan lebih menilai sains Barat (yang membawa nilai ahli sains yang ateis atau tidak peduli agama) itu dengan lebih berhati-hati, iaitu penilai sains itu tidak cepat untuk akur sahaja kerana ‘takut’ (termasuk takut dituduh ‘ketinggalan zaman’, ‘konservatif’ dan sebagainya) atau yang lebih teruk lagi ‘bebal’ (jahil tetapi sentiasa mahu mengeluarkan pendapat kerana menganggap dirinya ‘tahu’). Dengan berbuat demikianlah maka kita memupuk daya kritis dan daya pengaryaan pada diri kita dan masyarakat terpelajar kita dan lambat laun kita pula boleh terpanggil untuk menjadi penyumbang kepada ilmu itu; jika tidak kita hanya menjadi pengakur, pak angguk, pak turut dan pok-ko (istilah Kelantan untuk cicak koben) sepanjang zaman.

Page 73: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

73Seminar Al-Quran2012

Ada sekurang-kurangnya 6 isu daripada teori kosmologi Hawking yang bertemakan(berhadapan dan lekat) tanpa peleraiannya bahkan terus bertentangan haluannya :

1. Konsep kejadian dari tiada kepada ada, la min syai atau ex-nihilo.

2. Keserasian zarah berskala Planck dengan zarah al-haya3. Evolusisme menerusi TDB-TAMbang tidak bertentangan

dengan kunfayakun 4. Model alam semesta (Hartle-)Hawking tidak bertentangan

dengan Islam5. Model alam semesta (I-Iartle-)Hawking mematikan

Kebendaanisme dalam kejadiaan alam semesta6. Kewujudan Lohong Cacing serasi dengan pengalaman ahli

sufi.

4.2. Teori Alam Semesta Melayu-Islam Abad Ke-16M.Tulisan berbahasa Melayu bersumberkan Islam yang tidak dipertikaikan lagi tertuanya setakat ini, yang mengandungi unsur-unsur ilmu falak dan sekaligus kosmologi, iaitu tentang teori ‘aradh (yang diterjemah oleh Inggeris sebagai theory of accident) dapat disaksikan dalam ‘Aqaid al-Nasafi karya terjemahan bertarikh 998H/1590M yang sekaligus dianggap manuskrip Melayu tertua (Lihat kupasan manuskrip ini oleh Al-Attas 1988). Lambatnya penterjemahan karya asal al-Nasafi ini (nama penuhnya ‘Umar Najm al-Dyn al-Nasafi yang meninggal 537H/1142M) berjudul ‘Aqa’id sahaja, jelas juga menunjukkan lamanya Melayu ketinggalan zaman dari segi ilmu warisan Islam ini. Bahkan Bukhary al-Jawhary (Bukhari al-Jauhari) 1623 dalam karyanya yang terkenal, Taj al-Salatdin, juga hanya merujuk ‘Aqa’id ini sahaja apabila beliau membicarakan sedikit unsur astronomi dan secara tak langsungnya kosmologi Melayu Islam. Karya terjemahan yang tertua yang khusus berkenaan dengan

Page 74: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

74 Seminar Al-Quran2012

kosmologi keislaman sahaja ialah buku terjemahan/saduran Nur al-Dyn al-Ranyry (Nuruddinal-Raniri), berjudul dalam bahasa Arab, Badaa Khalq al-Samaawaati wa al-Ardh (yang bermakna “Permulaan Penciptaan Langit dan Bumi”) bertarikh 1046H (sekitar 1639M)yang, antaranya, ada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di dalam Taj al-Mulk yang masih tersebar luas di pasaran hingga kini. Ternyata yang ada di PNM ialah manuskrip MS78l Aaman Khalq al-Samaawaht al-Ardh, tetapi nama penuh yang tertulis di dalam manuskrip itu ialah “Fasl awwal fi Bayaan maa Khalaq Allah Taala wa Khalaq al-Samawat al-Ardh wama Ta’aluqu biaidi ‘Alaihi Fushuk”. Fasal yang pertama pada menyatakan peri yang pertama dijadikan Allah Taala Dan ‘Peri Kejadian Tujuh Petala Langit Dan Tujuh Petala Bumi Dan Barang Yang Ta‘aluk Pada Keduanya Dan Di Dalamnya Beberapa Fasal’. Manuskrip ini ialah sebuah salinan yg dibuat di Kelantan tanpa tahun oleh al-Khatd’ Abd al-Rahman. Didapati kandungannya sama dengan Bab 1 daripada manuskrip buku Bustan al-Salatdin karya agung Nur al-Dyn al-Ranyry sekitar 1639M itu (yang telah ditranskripsi oleh Jelani Harun 1997 tetapi diterbitkan oleh DBP 2004), walaupun beberapa ayat atau ungkapannya sudah diubah oleh penyalinnya. Kandungan ketiga-tiga versi ini sudah dibandingkan menerusi transliterasi versi di PNM oleh Shaharir & Sayed Omar (2009) yang dimuatkan di dalam Ku PELEMA (2012a).

Apa pun manuskrip ini boleh dianggap tulisan tertua dalam bahasa Melayu yang masih ada dan yang membicarakan Nur Muhammad sebagai asal mula kejadian alam ini. Manuskrip yang dikatakan mengandungi unsur kosmologi berasaskan Nur Muhammad ini yang diketahui sah wujudnya dalam bahasa Arab ialah kitab/manuskrip Bahr al-Lahut karya Abdullah al-‘Arif abad ke-12M dan datang berdakwah di Aceh sehingga kitab itu diterjemah ke dalam bahasa Melayu di sekitar abad ke-15M salinan manuskripnya dan huraiannya ada dalam Mahayudin (2000). Ramailah yang menganggap Bahr al-Lahut inilah manuskrip Melayu yang tertua sekurang-kurang dalam bidang tasawuf/sufi atau kosmologi Melayu Islam. Namun, isinya

Page 75: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

75Seminar Al-Quran2012

tentang kejadian alam semesta amatlah singkat dan kabur sekali dan tiadalah istilah Nur Muhammad.

Selain daripada itu kitab/manuskrip tentang tasawuf/sufi yang khusus membicarakan tentang alam juga boleh dianggap sebahagian daripada kosmologi orang-orang Islam atau Melayu Islam seperti yang tersebut di atas, umpamanya kitab-kitab berkenaan dengan alam yang terkandung dalam karya-karya yang dikelaskan sebagai ajaran ‘Martabat Lima’ oleh Syeikh Wajih al-‘Alawi di India (abad ke-16 M) menerusi Kitabnya Jawahir al-Khamsah yang dikembangkan oleh pengikutnya kepada ‘Martabat Tujuh’ di Pascabima (Malayonesia, Malayuwiyyah, Alam Melayu, Nusantara) ini pada abad yang sama adalah juga menyamai kosmologi Hindia-Islam dan Melayu-Islam. Kitab jenis ini (Mengikut Abdul Rahman 1995,dan lnternet 2) yang pertamanya di Pascabima ini ditulis oleh Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani (meninggal 1690M) berjudul Jawhar al-Haqaa ’iq yang dipengaruhi oleh kitab terawal berkenaan ajaran ini dari Hindia oleh Syeikh Muhamad al-Burhan(i)puri (meninggal 1029H/1619M) berjudul al-Tahfah ila Mursalah ila Ruh al-Nabi (abad ke-16M) yang diterjemah kepada bahasa Jawa pada 1680 dan bahasa Inggeris 1965. Mengikut Abdul Fatah(1992) unsur-unsur ajaran ‘Martabat Tujuh’ ini sudah ada dalam kitab Asrara al-Anyin karya Hamzah Fansuri (seorang sarjana agung Melayu di Aceh yang meninggal pada 1606M) lagi. Kitab-kitab kosmologi Melayu yang bercampur aduk dengan kosmologi Hindu dan Islam ini(Abdul Rahman 1995) walaupun dianggap berupa ajaran sesat oleh sesetengah sarjana atau ulama ( Abdul Fatah 1992) dan oleh JAKIM (Internet 3), kedudukannya dalam dunia kosmologi Muslim sekurang-kurangnya samalah dengan ilmu nujum atau tanjim itu.

Pembicaraan ‘Uthman E1-Muhammady (2004, 2005), tentang Nur Muhammad hanya sekadar pendedahan sejarah dan sumber-sumber penulisannya sahaja tanpa kupasannya yang kritis seperti mempersuakannya dengan teori astronomi dan kosmologi kini. Beliau hanya sekadar mengatakan bahawa semua unsur permulaan

Page 76: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

76 Seminar Al-Quran2012

dalam fizik itu asalnya Nur Muhammad itu; dan segala teori sains Barat kini khususnya astronomi itu ‘bila benar pada pengamatan ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima’ hingga kepada ‘pandangan Capradalam Tao of Physics itu, maka pada kita itu tidak menjadi masalah.’ Pernyataan sebegini bukan sahaja menjadikan Nur Muhammad ini pasif dan ‘teori pak sanggup’ sehingga tafsiran sains moden (khususnya astronomi) berasaskan pandangan alam Taoisme pun kita sanggup didokongi oleh Nur Muhammad itu. Mungkin tersirat di sini bahawa ‘Uthman El-Muhammady juga sama seperti kebanyakan ahli sains Muslim ikhtisas, yang menganggap sains itu bebas nilai yang amat bertentangan dengan pendirian para pembina sains Islam yang antara lain mahu mengembalikan astronomi kepada roh ilmu falak itu. Pernyataan ‘Uthman tentang keserasian Nur Muhammad dengan atomisme (percaya kepada teori fizik atom yang mengandungi elektron, proton, quark dan sebagainya itu) itu bukan sahaja satu langkah pengadilan yang terburu-buru bahkan bertentangan dengan mazhab bukan atomisme dalam Islam (bukan mutakallimun) dan mazhab tetalisme (daripada tetali=tali-temali bagi menggantikan zarah) dalam fizik Barat setelah atomisme sudah mencapai tahap tepunya. Adakah kemudiannya akan dikatakan pula Nur Muhammad juga serasi dengan tetalisme?

Dalam Bab 1 daripada Bustan al-Salatdin karya Nur al-Dyn al-Ranyry 1040H (iaitu sekitar 1639M) terdapat perihal kejadian alam semesta dan alam ghaib. Beliau ada menyebut 12 buah sumber rujukannya tanpa nama pengarangnya dan tahunnya (seperti Kitab ‘Ajaa ’ibal-Malakuut, Kitab al- Manzumi, Daqaa’iq al-Haqaa’iq, Mirshaad al-‘Ibaaa’) namun yang mana selain” daripada Kitab al-Manzumi yang menjadi sumber rujukannya tentang kejadian alam semesta ini tidaklah dinyatakan dan oleh itu patut menjadi penyelidikan kita selanjutnya.

Kitab al-Manzumi itu séndiri pun patut menjadi kajian statusnya. Seperti yang selalu didengar dan disebut asal mulanya segala kejadian ini ialah dari Nur Muhammad atau kadang-kadang disebut juga dalam

Page 77: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

77Seminar Al-Quran2012

karya Bustan al-Salatdin ini sebagai ‘Nyawa Muhammad’ atau ‘Ruh Muhammad’. Ada beberapa manuskrip (sekitar 80 buah seluruh perpustakaan di Malaysia yang dikategorikan sebagai manuskrip tasawuf; lihat pengkelasan sains manuskrip Melayu oleh Shaharir 2003b) yang dijangka lebih baru daripada Bustan al-Salatdin itu yang dijangka sebahagian besarnya mengandungi kisah Nur Muhammad ini (yang telah ditelaah oleh penulis ini setakat ini ialah Manuskrip MS147 dengan judul Minha al-Shawfir fi Bayan minahl al-Showjj) bertarikh 1292H (sekitar 1914M), dan Manuskrip MSIS 14 bertarikh 1343H(sekitar 1922M) tetapi arah perincian kedua-dua manuskrip ini ialah kepada ‘Martabat Tujuh’ sedangkan al-Ranyry langsung tidak menyebut ‘Martabat Tujuh’ itu; manakala MS505 yang berupa terjemahan kitab Abdullah Ibn Thamud (sarjana zaman Nabi Muhamad masih hidup?) yang diterjemah sebagai ‘Kitab Seribu Masalah’ (tanpa tahun dan tanpa nama penterjemahnya atau penyalinnya) ada menceritakan asal kejadian alam semesta yang hampir sama dengan yang di dalam Bustan al-Salatdin itu (tetapi tiada istilah Martabat Tujuh atau Nur Muhammad). ‘Uthman El-Muhammady (2005) ada memaparkan sumber-sumber karya yang mengandungi kisah Nur Muhammad yang agak komprehensif dengan tujuan membuktikan kesahihan teori Nur Muhammad itu sahaja, bukan selok-belok kejadiannya dan perbandingan dengan teori kosmologi moden (Barat). Walau apa pun kisah Nur Muhammad ini (terutamanya yang membawa kepada kisah Martabat Tujuh) di anggap menjadi sebahagian daripada kosmologi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Abdul Rahman (1995) dan penghukum terkenal, Abdul Fatah (1992), yang mengelaskan Nur Muhammmad dan ‘Martabat Tujuh’ itu satu daripada ajaran sesat yang perlu dihapuskan dan hukum ini diterima pakai oleh JAKIM (Internet 3).

Sekarang, kami ingin menonjolkan kejadian Nur Muhammad dan dibandingkan dengan kosmologi Barat sekarang. Mengikut Bustan al-Salatdin (yang dipetik pada Kitab al-Manzumi) Nur/Nyawa/Ruh Muhamad itu berasal daripada Cahaya Qudraht Zat Tuhan/Pancar Nur

Page 78: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

78 Seminar Al-Quran2012

Hidayah Tuhan ketika Tuhan berada pada ‘ama’ (yakni ‘ilmu Tuhan’) yang ‘tiada udara’ di atas di bawahnya (istilah kini vakum agaknya?) daripada adam (yang juga diterjemah tafsirnya sebagai ‘ketiadaan’) kepada wujud. Seterusnya al-Ranyry menegaskan kejadian Nur Muhammad ini adalah tafsiran kepada ayat al-Quran surah al-Saff, ayat 8 :

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya.”

al-Ranyry menterjemahnya sebagai “Bermula Allah jua yang menyempurnakan cahaya-Nya”; dan yang kami hitung, daripada 12 hadis (sahih katanya, dan banyak bertaraf hadis qudsi), dan sebuah kitab bernama Kitab al-Manzumi. Daripada NurflVyawa/Ruh Muhammad terbitnya tiga perkara(mekanismenya Tuhan ‘tilik muhibbaht’ kpd NurflVyawa/Ruh Muhammad itu) lalu menjadi nyawa segala anbiya’ (dan seterusnya nyawa makhluk-makhluk lain bertingkat-tingkat mengikut hierarkinya termasuklah nyawa insan diikuti oleh nyawa malaikat, nyawa jin, nyawa syaitan, nyawa binatang dan akhirnya nyawa tumbuh-tumbuhan bukan secara evolusi tetapi secara ‘tilik muhibbaht’), menjadi juga sekalian alam, dan perkara ghaib seperti ‘aql, qalam, Loh dan lain-lain. Kejadian ‘sekalian alam’ itu juga agak terperinci diperihalkan oleh al-Ranyry. Beliau tetap menerima kejadian alam ini selama 6 hari (ayyam) yang ditegaskan di dalam al-Quran itu, surah al-Sajdah, ayat 4, yang jelas bukan menerusi evolusi (bertentangan dengan dalam kosmologi moden evolusi selama antara 12 hingga 18 sejuta tahun, walaupun kita mengambil unit hari akhirat 1 hari=500 ribu tahun dunia sekarang). Dalam Bustan al-Salatdin oleh al-Ranyry dan dalam manuskrip ‘Kitab Seribu Masalah’ juga nampaknya ada fakta warisan Kristian yang menyatakan Tuhan menjadikan Bumi ini pada hari Ahad, malah seorang gerejawan abad ke-17M (Bishop Ussher) mendapatkan masa ciptaannya yang tepat sekali, iaitu kononnya pukul 10.30 pagi Ahad, 23 Oktober 4004SM

Page 79: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

79Seminar Al-Quran2012

yang sentiasa menjadi bahan sindiran sarjana Barat!

Yang lebih menarik lagi dikatakannya segala kejadian alam tidak bernyawa ini adalah dalam masa 6 hari itu bertingkat-tingkat bermula dengan ‘keruh-keruh [kerak-kerak?] ampas segala nyawa’ dari Nur Muhammad itu menjadi jawhar yang bernama Dzarraht al-Baydha’ (kami anggap transliterasi Jelani 1997 sebagai, Durrat al-Baida tidak tepat). Kemudian dengan ‘tilik hebat’ Allah terhadapnya, maka jawhar ini hancur menjadi api dan air.’ Seterusnya terjadilah asap yang membentuk 7 petala langit dan ‘bekas’ asap itu menjadi Bumi, Matahari, Bulan dan segala ‘bintang’. Perincian sehingga terjadinya angin, laut, bukit dan 7 petala Bumi tidak perlu dibicarakan di sini. Peringkat kejadian ‘Deguman Besar’ dan dan sebagainya itu (mengikut kosmologi Barat) dapat dibanding dengan peringkat kejadian Nur Muhamad itu sahaja. Jika kita mahu bersikap Buceilleis, kejadian Nur Muhammad itu jelas sama dengan perihal kosmologi quantum, iaitu bermula dengan vakum dan genjatan vakum serta penerowongan (‘tilik muhibbaht’ itu). Lebih tepat lagi ialah bukan sama tetapi seanalog; dan yang lebih penting lagi teori kejadian al-Ranyry alam semesta Melayu-Islam al-Ranyry, alam ini tidaklah terbentuk menerusi evolusi dan fenomenon alam mengembang itu. Tentunya, kita perlu memerah otak lagi untuk membina teori sekukuh teori kosmologi quantum itu bagi menandinginya menerusi kajian kejadian ‘Nur Muhammad’ ini.

Page 80: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

80 Seminar Al-Quran2012

5.0 RujukanAbbas (Hj.) M.b. A. L. 1993. Alam Semesta dalam al-Quran. Sem. Falsafah Sains. 3-5 Dis. UTMAbdul Rahman A.R. 2006. Usah Bandingkan Sains, Al-Quran. Utusan Malaysia 29 September 2006.Abdul Rahman Hj. A. 1995. Falsafah Alam Semesta dalam Sejarah T auhid Melayu.P. Jaya: Access Infotech Sdn Bhd.Abdul Ra’uf Singkel (Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Jawi Singkel) & Baba Daud. 1671. Tuijumanal- Mustafid. Cetakan semula di Singapura 1951 (ada pada Dr. Muhammad Alinor PPSM,UKM)Achmad Baiquni. Lihat Baiquni A.Abdulfatah H. I. 1992. Ajaran Sesat. K. Lumpur: DBPAl-Quran dan Terjemahnya. 1971 .Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quran. PT IntermasaAl-Attas S.M.N.l978/1982. Islam & Sekularisme. Terjemah kepada karya asalnya dalam bahasa Inggeris, yang ada suntingan keduanya 1993 yang baru diterjemah ke dalam bahasa Melayu Malaysia 2012.---------------- --. 1980. The Concept of Education in Islam. A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ABIM---------------- --. 1988. The Oldest known Malay Manuscript. A 16”’ Century MalayTranslation of the Aqa ’id of Al-Nasafi. K. Lumpur: Univ. Malayaal-Burhan(i)puri S. M. (t.t). Al-Tahfah ila Mursalah ila Roh al-Nabi. Terjemahan oleh Johns A.H.(Pyt.). 1965. The Gift Addresses to the Spirit of the Prophet. Canberra: Australian National Univ. Ada terjemahan ke bahasa Jawa 1680 lagi.al-Faruqi I.R. 1982/ 1992. Islamisasi ilmu Pengetahuan. Terjemahan karya asalnya, Islamization of Knowledge. Hemdon, VA: IIITal-Nasafi. Lihat al-Attas (1988).al-Raniri. Lihat Bustan al-Salatin; lihat juga al-Raniry.

Page 81: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

81Seminar Al-Quran2012

al-Ranyry N. al-D. 1046 H/1639. Bustan al-Salatdin. Ditransliterasi oleh Jelani H. (1997/2004)al-Ranyry 1046 H/1639. Badaa Khalq al-Samaawat An Open Letter to the Scientific Community. New Scientist 22 May 2004. Ada juga dihttpzll www. cosmologystatementnrg. 17 Okt. 2005Ary G.A. 2001/2008. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotient. The ESQ Way 165. 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun IsIam”, cetakan ke-43 Augustus 2008. Jakarta: Arga Publishing. Terbitan Pertamanya 2001.Baiquni A. 1997. Al-Quran dan Ilmu Pengetahuan Kealaman. Yogyakarta: Pt. Dana Bhakti Prima Yasa.---------- -- 1995. Al-Quran Ilmu Pengetahuan dan Teknologi. Tiada penerbit.---------- --. t.t. Konsep-konsep kosmologis. http://soni69.tripod.com/ Kelih 25 Sept. 2005Bucaille M. 1976. The Bible, The Quran and Science. The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge., traduit par Alistair D. Pannell, 7ed. 2003Bukhary al-Jawhary. 1623. Taj al-Salatdin. DiRumikan sebagai Tajus as-Salatin terbitan DBP 1992.Bustan al-Salatin: (bab pertama dan kedua) karangan Nuruddin Ar-Raniri. Penyelenggara Jelani Harun 2004. K.Lumpur:DBPGuessoum N. 2009/2011. Islam’s Quantum Question. Reconciling Muslim Tradition and Modern Science. London: Tauris.Hamka. 1965/ 1983-1984. T afisir al-Azhar. Yayasan NurulislamHarun Y. 1998. Evolution Deceit terbitan Ta-Ha, UK 1998 yg sudah lebih drp 8 kali suntingan---------. 1999/2005. Penipuan Evolusi: Keruntuhan Sains Darwinisme dan Latar belakang Ideologinya. K.Lumpur: Saba Islamic Media . Terjemah 2005 Ed. ke-3. The Evolution Deceit: London: The Scientific Collapse of Darwinism and Its Ideological Background. Ta-Ha Pub 1999. Drp. Turki---------- --. 2005. The big bang echoes through the map of the galaxy.

Page 82: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

82 Seminar Al-Quran2012

http: ll www.harunyahyacom/article/70big_bang. Php. Kelih 3 Okt 2005-------------- --. t.t. Penciptaan Alam Semesta. Teij. drp Inggeris?, The Creation of the Universe. Yg diterjemah daripada TurkiIntriligator M.D. 1971/2002. Mathematical Optimization and Economic Theory. Printice Hall 1971;dicetak semula oleh SIAM 2002Iqbal A.M. 1934/2004. The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Edited and annotated byM.Saeed Sheikh. N.Delhi: Adam Publishers & Distributors. Suntingan pertamanya 1934 di London. Terjemahan terbaru Melayu Indonesia 2002, “Rekonstruksi Pemikiran Agama dalam Islam Al-mizan .Terjemahan Melayu Indonesia pertama 1982 “Membangun Kembali Pemikiran Agama dalam Islam” »Iqbal 1982. Lihat Iqbal 1934/2004 ~Iqbal 2002. Lihat Iqbal 1934/2004Iqbal 2004. Lihat Iqbal 1935/2004 2.Puspa Liza bt. G. & Ismail b.M: Perbezaan model matematik dalam insurans nyawa dantakaful keluarga kini. Kesturi 201 1 (2): M Jelani H. Lihat Bustan al-Salatin.KuPELEMA (Pnyut.). 2012a. Abstrak Beberapa buah Manuskrip Me/ayu-Jawi sebelum 1905 dan ~Transliterasi Pilihannya. J ilid 1. Serdang, Selangor: INSPEM, UPM (Akan terbit)------------------------ --. 2012b. Penyembulan Etnosains Matematik Berbahasa Melayu 400 M hingga 1905. Jilid 1. Serdang, Selangor: INSPEM, UPM (Akan terbit)Mabud S.A. 1987. Teori evolusiz Satu taksiran daripada sudut Islam. Asasains. 2/87 dan 3/87; 1/88;2/88, 3-6, 1/89: 6-11; 1/91: 28-37 (Terj.). Makalah asalnya , Theory of evolution : anessessment from the Islamic point of view terbitan Muslim Education Quarterly 1987.

Page 83: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

83Seminar Al-Quran2012

Diterbitkan semula oleh Kuala Lumpur: The Islamic Academy, Kuala Lumpur 1991. Bukubeliau Theory of Evolution terbitan The Islamic Academy 1992 juga berasaskan pada makalah beliau itu. 7Mahayudin Hj. Y. 2000. Karjya Klasik Melayu-Islam. K. Lumpur DBPMaheran J. 2006. Model Matematik Pelaburan Islam. Tesis D. Fal. Pusat Pengajian ains Matematik, ”UKMMahmud Y. 1969/1993. Tafsir Quran Karim. Klang: Klang Book Centre. Asalnya terbitan di ~-Indonesia 1969Maslow A. 1943. A Theory of human motivation. Psychological Rev. 50(4):370-396,----------- --. 1954. Motivation and Personality. N.York: Harper & RowMuhammad Asad. 1980. The Massage of the Quran. New Era Pub. _Nasr S.1-1. 1964/1992. Pengenalan Kosmologi Doktrin. Terjemahan Terbitan DBP 1992. Drp snt. 1978 karya asalnya Introduction to Islamic Cosmological Doctrines: Conceptions of Nature and Methods MUsed for Its Study by the lkhwan Al-Safa, Al-Biruni, and Ibn Sinna, Harvard Univ. Press1964. Ada Rev. ed 1993 terbitan State Univ. N. York PressNature 340, August 10, 1989. 9New Scientist 2004. An Open Letter to the Scientific Community. New Scientist 22 May 2004. Ada juga di http:// www.cosmologystatement.org. 17.-Okt. 2005 ANur al-Din al-Raniri. Lihat al-RaniriNur al-Dyn al-Raniry. Lihat al-RaniryOsman B. 1987. Critique of Evolutionary Theory: A Collection of Essays. Islamic K. Lumpur: Academy of Science and Nurin EnterprisePerSiKiK. 2005. Laporan persidangan, The First Crisis in Cosmology Confrenee oleh Ratcliffe ,Progress in Physics 2005, vol.3 : 19-24; Pasca sidangnya oleh Lemer E.J. & Almeida J .B(Pnyut.). 2006. 1st Crisis in Cosmology Conference: CCC-1.Springer

Page 84: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

84 Seminar Al-Quran2012

Verlag.---------- --. 2008. A Report on the Second Crises in Cosmology Conference. Port Angeles, WA, USA,8th to 11th September, 2008 oleh Ratcliffe. http://wwwhiltonratcliffe.com/article008.htmPasca sidangnya oleh Potter F. 2009. 2nd Crisis in Cosmology Conference, C CC-2.Astronomical Society of the Pacific Conference Series Ratcliffe . 2005. The First Crisis in Cosmology Confrence oleh Ratcliffe. Progress in Physics 3 : 19-24--------- --. 2008. A Report on the Second Crises in Cosmology Conference. Port Angeles, WA, USA,8th to 11th September, 2008 oleh Ratcliffe. http://wwwhiltonrateliffe.com/article008.htmRematulla A. 1993. The Reaction of muslim Arab scholars to the Darwinian Revolution. Muslim Eduction Quarterly. 10(4): 57-64Rosenthal F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Terjemahan terbitan DBP 1992. Karya asalnya Knowledge Triumphant 1970Russell R.J. 1988. Quantum physics in philosophical and theological perspective. Dalam Russell R.drk. 1988. Physics, Philosophy, and Theology: A Common Quest for Understanding. Vatican City: Vatican Observatory Publications. Pp. 343-3 74----------- --. 1993. Finite creation without a beginning: The doctrine of creation in relation to Big Bang and quantum cosmologies. Dalam Russell R.J. drk. 1993. Quantum Cosmology and the Laws of Nature. Vatican City State: Vatican Observatory Pub. Pp. 49-89, 293-329Russell R.J., Murphy N. & lsham C.J. (Pnyut.). 1993/1996. Quantum Cosmology and the Laws of Nature. Vatican City State: Vatican Observatory Pubs. 2”“ ed. 1996Russell R.J., Murphy N. & Peacocke A.R. (Pnyut). 2000. Chaos and Complexity: Scientific Perspectives on Devine Action. Vatican City State: Vatican Observatory, and Berkeley: Centre for Theology and Natural Sciences

Page 85: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

85Seminar Al-Quran2012

Russell R.J., Stoeger W.R., George V. & Coyne C.V. (Pnyut.). 1988. Physics, Philosophy, andTheology: A Common Quest for Understanding. Vatican City: Vatican ObservatoryPublications.Sa‘id Hawa. 1985. al-Asas fi al-Tafsir. Al-Qahirah (bahasa Arab). I----------- --. 1986. al-Rasul. Singapura: Syarikat Kerjaya al-Mahmudah (bahasa Arab)Shaharir b.M.Z.. 1987/2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. Ke-2. Bangi: Penerbit UKM. Snt pertama 1987-----------------. 2003a. Some specific methodologies of relating mathematical sciences and IslamJ.Is. Sc. 19 (1-2):1l1-126 A--------------- --. 2003b. ) Sains dan teknologi Melayu sebelum penjajahan Eropah. JurnalAntarabangsa Dunia Melayu. 1(2): 157-204 ~--------------- --. 2004a. Dinamik Sebutir Dua Zarah Klasik: Penjana Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serra Kontroversinya Sepanjang Zaman. Bangi: Pusat Pengaj. Sn A Matema, UKM.-------------- --. 2004b. Perjuangan menegakkan sistem nilai Islam dalam pembinaan teori fizik. Majalah Fizik, Sains & Idea 4 : 18-27----------------- -- 2006a. Pendekatan baru terhadap konsep optimum Barat dan beberapa konsep optimum baru dalam acuan sendiri. Kesturi 2006, 16(1 &2): 55-96---------------- --.2006b. Penganggaran nilai wustho pengaturcaraan linear bermatlamat tunggal”,Sem.Keb. Sn Matematik 14, 2006, PERSAMA-UM: 357-360------------------ --. 2007a. Ulasan buku Wisnu Arya Wardhana, “Melacak Teori Einstein dalam Al-Quran”. Yogyakarta: Pustaka Pelajar 2005. Jawhar 4(1) Feb/Mac 2007 ms 17-30----------------- --. 2007b. Beberapa judul dalam fizik matematik: perspektif acuan sendiri. Kesturil7(l&2): 53-86. Bengkel Pemeribumian dan Pengislaman Sains & Kejuteraan ASASI-UKM

Page 86: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

86 Seminar Al-Quran2012

di UKM 9 Feb 2007------------------ --. 2008/2010. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan RumpunMelayu. Snt. kedua 2010 (snt. pertama 2008). K.Terengganu: UMT------------------ --. 2010a. Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin .JurnaI Peradaban 3: 99-124----------------- --. 2010b. Tiga dasawarsa Pengalaman Menyembulkan Etnosains Matematik di Malaysia. Seminar ASASI-UNR1 12 Nov 2010----------------- --. 2011a. Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ 2008 . Blog Komshaha. Akan terbit dalam Jurnal Peradaban----------------- --. 2011b. Rehlah ke Dunia Sains Islam Purwanto bersama Ayat-Ayat Semestanya . “_*‘Ulasan buku. Blog Komshaha---------------- --. 2011c. Pengislaman ilmu sesungguhnya. Seminar on Islamic Epistemology,Universitas Syiah Kuala , Acih, anjuran 1lIT SEA dan Univ. Syiah Kuala.----------------- --. 201 ld. Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum. P. Jaya, Selangor: ASASI.----------------- --. 2012.A new paradigm in sustainability. Journal of Sustainability Development 2012,5( 1 ): 91 -99.Shaharir b.M.Z. & Alinor M.b.A.K. 2011. Keperluan takrif baru konsep keterlestarian. Wacana 2, Siri Wacana Keterlestarian dan Tamadun. Wacana 2, Siri Wacana Keterlestarian dan Ketamadunan, Pusat Dialog Peradaban, UM , 24 Jun 2011Shaharir b.M.Z. & Sayed Omar 2009. Manuskrip MS781 Aaman Khalq al-Samaawaht al-Ardh. PNM.Dalam KuPELEMA. 2012a. Abstrak beberapa buah Manuskrip Melayu-Jawi sebelum 1905 M dan Transliterasi Pilihannya. Akan terbit oleh INSPEM, UPM.Sulaiman N. 1989/1999. Sains Menurut Perspektif Islam. Cetakan ke-

Page 87: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …

87Seminar Al-Quran2012

9. Bangi: PPU. Cetakan pertamanya 1989.Tan Malaka. 1943. Madilog. Jakarta: TePLOK Press. Terbitan pertama 1946, terbit kembali 1951, dan 2 kali 2000‘Uthman El-Muhammady M. 2005. Konsep Nur Muhammad. di Dunia Melayu dalam konteks Wacana Sunni: Satu Pengamatan Awal. Siri Wacana Ilmiah DAMAI Dunia Melayu dan IslamATMA, UKM 21 Jun 2005-------------------------------- --. 2004.The concept of the Muhammadan light in malay-Islamic discourse in the context of Sunni Sacred narrative: An Early Observation. International Seminar on Islamic Thought (ISOIT), UKM%%%%%%%%%* Makalah Undangan di Seminar al-Quran anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 30 Jun 2012.

Page 88: PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI …