dewan rakyat yang kelapan - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang...

26
DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN MALAYSIA PENGGAL YANG KEDUA ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 28HB. APRIL, 1992, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 2 LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENGANGKATSUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada kajian mengenai keperluan tenaga pekerja mahir dan separa mahir telah dilaksanakan bagi memenuhi sektor perindustrian dan perkhidmatan di negara ini. Jikalau ada, apakah jenis tenaga pekerja yang diperlukan dan rancangan jangka pendek dan panjang bagi memenuhi keperluan tersebut. *2. Tuan Wahab Suhaili minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) apakah jenis jaminan yang diberi oleh Kerajaan kepada sesiapa yang sanggup berterus terang mahu mengakui bahawa mereka itu pembawa kuman HIV dan penyakit AIDS; dan (b) apakah bentuk persiapan-persiapan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pengidap-pengidap AIDS yang sudah dikenalpasti sebelum mereka menemui maut. *3. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) berapa banyakkah kilang-kilang kepunyaan rakyat Singapura dibina dan beroperasi di seluruh Negara dan di mana kilang-kilang ini bertempat; dan (b) berapa banyakkah rakyat Singapura bekerja di tiap-tiap kilang tersebut dengan menyatakan pecahan angka mengikut jantina pekerja tersebut. *4. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Kerja Raya menyatakan siapakah telah ditawar kontrek membina Jambatan Batu Kawa di Negeri Sarawak, berapakah wang nilai projek tersebut, adakah tender terbuka diamalkan dalam projek ini dan bilakah projek dijadual siap dibina.

Upload: vokhue

Post on 05-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN

MALAYSIA

PENGGAL YANG KEDUA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI SELASA, 28HB. APRIL, 1992, PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 2

LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

MENGANGKATSUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan samaada kajian mengenai keperluan tenaga pekerja mahir dan separa mahir telahdilaksanakan bagi memenuhi sektor perindustrian dan perkhidmatan di negara ini.Jikalau ada, apakah jenis tenaga pekerja yang diperlukan dan rancangan jangka pendekdan panjang bagi memenuhi keperluan tersebut.

*2. Tuan Wahab Suhaili minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah jenis jaminan yang diberi oleh Kerajaan kepada sesiapa yang sanggupberterus terang mahu mengakui bahawa mereka itu pembawa kuman HIV danpenyakit AIDS; dan

(b) apakah bentuk persiapan-persiapan yang disediakan oleh Kerajaan kepada

pengidap-pengidap AIDS yang sudah dikenalpasti sebelum mereka menemui

maut.

*3. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri menyatakan:

(a) berapa banyakkah kilang-kilang kepunyaan rakyat Singapura dibina dan

beroperasi di seluruh Negara dan di mana kilang-kilang ini bertempat; dan

(b) berapa banyakkah rakyat Singapura bekerja di tiap-tiap kilang tersebutdengan menyatakan pecahan angka mengikut jantina pekerja tersebut.

*4. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Kerja Raya menyatakan siapakah telah

ditawar kontrek membina Jambatan Batu Kawa di Negeri Sarawak, berapakah wangnilai projek tersebut, adakah tender terbuka diamalkan dalam projek ini dan bilakahprojek dijadual siap dibina.

AZIZI
Text Box
AZIZI
Text Box
Page 2: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

2

*5. Tuan Mohamed Khalid bin Nordin minta Menteri Kewangan menyatakanberapakah jumlah projek yang dibiayai di bawah bantuan Skim Tabung ProjekPerumahan terbengkalai. Daripada jumlah tersebut berapa peratuskah yang telahdipulihkan sepenuhnya.

*6. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) bagaimana pandangan ASEAN tentang pakatan untuk memindahkan pasukanlogistik USA dari Pengkalan Laut Subic di Filipina ke SingapuTa;

(b) apakah ada kemungkinan wujudnya Pengkalan Tentera sepenuhnya pulaselepas ini;

(c) apakah langkah ini boleh menggugat kewibawaan ASEAN yang selama inimasih tegas memperjuangkan konsep ZOPFAN (Zon Aman, Bebas danBerkecuali); dan

(d) apakah ini membuktikan hakikat bahawa permuafakatan antara negaraanggota ASEAN kelihatan seolah-olah kian longgar.

*7. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:

(a) apakah sebab-sebab Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Kuchinglewat mengeluarkan permohonan untuk memperbaharui lesen yang sedia adadan untuk mengeluarkan lesen baru;

(b) adakah benar bahawa beberapa orang pegawai di Lembaga PerlesenanKenderaan Perdagangan Kuching meminta duit rasuah daripada pemohonlesen; dan

(c) kalau benar, sejauh mana dan apakah langkah-langkah yang akan diambiloleh Badan Pencegah Rasuah untuk memperbaiki situasi ini.

*8. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd Hassan minta Menteri Luar Negerimenyatakan apakah "follow-up-follow-up" yang berkesan berhubung dengan hasil darilawatan ke negara-negara Amerika Selatan seperti berikut:

(1) perdagangan;

(2) diplomatik;

(3) sosial dan kebudayaan.

*9. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Perdana Menterimenyatakan berhubung dengan keputusan Kabinet melarang LUTH menaikkan bayaranperuntukan menunaikan Haji tahun sebanyak $500.00:

(a) atas dasar apa LUTH mencadangkan kenaikan itu;

(b) adakah sekatan kabinet itu dibuat atas sebab-sebab bayaran sekarang sudahmunasabah dan LUTH tetap tidak menanggung kerugian;

(c) jika sikap kabinet itu melibatkan implikasi kewangan, pihak manakah yangterpaksa memikul bebannya antara LUTH, MAS atau kedua-duanya sekali;dan

4

It

(d) jika LUTH dan MAS memikul beban kewangan , sejauh mana is membabitkanpenyimpan -penyimpan LUTH dan pemegang saham MAS.

AZIZI
Text Box
Page 3: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

5

(b) menjelang 2020, berapa ramaikah tenaga manusia yang akan diperlukan diindustri perkapalan khususnya dalam bidang-

(i) kelasi

(ii) jurutera

(iii) nakhoda

dan apakah keupayaan yang ada pada ALAM sekarang (baik dari segiinfrastruktur, pensyarah, peruntukan, sistem pembelajaran dan statusperundangan) dapat membantu Kerajaan bagi melahirkan jumlah tenagayang diperlukan pada tahun 2020 nanti.

*21. Tuan Ishak bin Arshad minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah pencerobohan sempadan/kawasan oleh pasukan bersenjata negara-negara jiran ke negara ini sejak tahun 1985 yang telah dikesan;

(b) dari jumlah tersebut berapakah yang terjadi akibat kesilapan yang tidakdisengajakan seperti tersesat, kemalangan dan lain-lain;

(c) apakah tindakan yang dibuat oleh Kerajaan selepas satu kejadian tersebut dansehingga setakat manakah kejayaannya;

(d) langkah-langkah yang dilakukan bagi menentukan negara ini terjaminselamat dari sebarang pencerobohan luar; dan

(e) sehingga setakat manakah kesan langsung termasuk kerugian yang dialamiakibat pencerobohan tersebut.

*22. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Perdana Menteri menyatakan adakah BahagianHal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri berhasrat hendak memperakukan supayagerakan Tabligh diharamkan. Jika is mengapa.

*23. Tuan James Jimbun ak. Pungga minta Menteri Perusahaan Awam menyatakanmatlamat Kerajaan menubuhkan Amanah Pelajaran Bumiputera (APB) dan apakahrancangan serta peranannya untuk membantu kaum Bumiputera dan bagaimana cara-cara is dapat membantu kaum Bumiputera.

*24. Dr. Jamaludin bin Dato ' Mohd Jarjis minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sebab-sebab Kerajaan menolak atau menangguhkan garis-garis panduan baruyang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (JPA);

(b) langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keberkesanan JPA sebagaiinstrumen untuk mencapai aspirasi nasional serta usaha mengatasikelemahan-kelemahan garis-garis panduan JPA yang sedia ada; dan

(c) perancangan pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitumembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang terusterlaksana di dalam Dasar Pembangunan Negara.

Page 4: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

6

*25. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan:

(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap sebuah syarikatswasta di Pantai Remis yang bertanggungjawab membawa masuk lebih 5,000tan metrik sisa toksid dari Singapura untuk dibuang di Pantai Tanjung Batudekat pekan berkenaan sejak beberapa tahun lalu; dan

(b) apakah langkah-langkah sewajarnya yang akan diambil untuk memastikanbahawa peristiwa yang seumpama itu tidak akan berulang.

*26. Tuan Radin Malleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilakah penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab melakukan jenayahperdagangan atau penipuan memalsukan geran tanah di Jabatan Tanah danUkur, Kota Kinabalu yang melibatkan wang $12,000,000 ($12 Juta) yangdilaporkan pada tahun 1987 di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu dibawa ke mahkamah; dan

(b) adakah undang-undang yang ada sekarang ini difikirkan cukup untukmencegah kejadian-kejadian jenayah perdagangan yang berluasa di negarakita dewasa ini.

*27. Dato ' Haji Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Perdana Menterimenyatakan:

(a) apakah langkah-langkah oleh Kerajaan dalam menjamin badan-badan kopratkerajaan yang telah diswastakan daripada dimiliki oleh pelabur-pelaburasing;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengawal mutuperkhidmatan untuk badan-badan perkhidmatan kerajaan yang telahdiswastakan; dan

(c) apakah jaminan Kerajaan kepada pengguna-pengguna supaya badan-badanperkhidmatan Kerajaan yang diswastakan seperti Telekom Malaysia, TenagaNasional, Jabatan Pos dan lain-lain tidak akan membebankan rakyat dengankadar-kadar yang tinggi.

*28. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kanun (Codeof Conduct atau Ethics) untukpara Menteri. Bagaimana Kanun ini dapat dikuatkuasakandengan berkesan. Sekiranya beliau menganggap Kanun seperti ini tidak perlu, apakahalternatif atau cara-cara yang efektif bagi memastikan semua Menteri menunaikankewajipan-kewajipannya.

*29. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan bilangan tempat yangmasih digunakan untuk membuang sampah-sarap di Kuala Lumpur. Apakah langkah-langkah yang berhasil untuk memastikan cara-cara pembuangan sampah-sarap tidakmenjejaskan kesihatan orang awam. Memandangkan kekurangan tanah, apakahalternatifnya. Apakah kos dan syarat yang harus diadakan bagi pembinaan sebuahincinerator. Apakah rancangan yang akan diadakan untuk mengatasi masalah yangberpunca dari tapak membuang sampah-sarap di Jinjang Utara.

AZIZI
Text Box
AZIZI
Text Box
Page 5: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

7

*30. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama adabeliau berpuashati dengan keadaan struktur, sistem elektrik, alat-alat pencegahan danamaran dan lain-lain kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari segikeselamatan orang ramai.

*31. Tuan G. Palanivel minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannyauntuk menyekat kenaikan harga barangan pengguna dan inflasi.

*32. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) jumlah kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Sungai Besi-Ayer Keroh danIpoh-Kuala Lumpur bagi tempoh 1.1.91 hingga 31.12.91;

(b) jumlah kemalangan di dalam angka tersebut yang membabitkan kenderaanvan;

(c) apakah sebabnya jumlah kemalangan membabitkan van semakin meningkat;dan

(d) apakah langkah yang telah/akan diambil untuk mengatasi masalahpeningkatan kadar kemalangan di negara kita.

*33. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyatakan memandangkan Malaysia telah dapat lebih 1000 daripada kira-kira 1300pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di seluruh dunia telah mengubah pendirian dan kinimenyokong cadangan dan perjuangan Malaysia mengenai Alam Sekitar untuk faedahseluruh dunia. la mungkin mencapai lebih tiga perempat yang dijangkakan, kataMenteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di Kuala Lumpur baru-baru ini. Oleh yangdemikian mengapa Malaysia masih enggan untuk menghadiri mesyuarat UNCED diBrazil yang dijadualkan pada Jun tahun ini.

*34. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapakah pihakKementeriannya telah mengumumkan bahawa mulai 15.1.1992 pemilik pasport yangterbabit dalam kegiatan jenayah di dalam dan luar negara, kegiatan dadah, kembali kenegara kita dengan saluran yang tidak sah, merosakkan pasport dengan sengaja ataupuntinggal melebihi masa di luar negara dan lain-lain itu akan mengakibatkan pasportmereka ditahan selama 2 hingga 10 tahun, tetapi terdapat pemilik pasport yang tinggalmelebihi masa di luar negara sebelum pengumuman tersebut, pasportnya ditahansemula, sungguhpun pasport mereka ditahan dahulu untuk penyiasatan dandikembalikan kelak:

(a) apakah tujuannya untuk penahanan pertama dan kedua itu; dan

(b) sila berikan bilangan pasport yang telah ditahan atas arahan tersebut.

*35. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasikanmasalah pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli rumah kos rendah dansederhana yang berharga $100,000.00 ke bawah; dan

Page 6: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

8

(b) bolehkah Kerajaan menimbang untuk membenarkan Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP) menyediakan skim pinjaman perumahan kepadaahli-ahli sepertimana Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan bagi kakitangandalam perkhidmatan awam.

*36. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sehinggakini berapakah ramai orang yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalanpalsu di Sabah telah diberkas dan dihadapkan kemuka pengadilan. Adakah pegawai-pegawai Kerajaan terlibat dalam sindiket ini dan apakah tindakan yang diambil

terhadap mereka yang terlibat.

*37. Tuan Billy Abit Joo minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada majikandan pekerja-pekerja pembalakan menyumbang kepada KWSP. Jika ada, sama adaKementerian boleh menentukan semua pemungutan dibuat daripada pemotongan gajidisalurkan kepada Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

*38. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sama ada keputusan peperiksaan SPM dan STPM bagi tahun 1991 padakeseluruhannya dianggap memuaskan jika dibandingkan dengan Tahun

1990;

(b) jikalau tidak memuaskan apa sebab-sebabnya yang mengakibatkan keputusanbegitu mengecewakan; dan

(c) berapa kes rayuan telah diterima untuk menyemak semula kertas BahasaMalaysia untuk peperiksaan SPM bagi Tahun 1991.

*39. Tuan Wong Wing On minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan kad-kad pengenalan jenis barn yang telah dapat diproses olehJabatan Pendaftaran Negara secara purata setiap bulan bermula dari Januari

1991 hingga Mac 1992;

(b) bilangan permohonan untuk mendapat kad-kad pengenalan jenis barn yangditerima oleh Jabatan Pendaftaran Negara secara purata setiap bulan bermuladari Januari 1991 hingga Mac 1992; dan

(c) bilangan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dalam semua peringkatyang dipertugaskan secara khas untuk memproses permohonan-permohonanuntuk membaharui kad-kad pengenalan, dan sama ada bilangan ini cukupuntuk memastikan setiap permohonan dapat diproses dengan lengkap dansempurna dalam tempoh masa tidak lebih daripada tiga bulan.

*40. Dr . Kua Kia Soong minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) sama ada beliau berhasrat untuk menghadiri Persidangan Kemuncak Bumi(Earth Summit) di Rio pada bulan Jun; dan sila beritahu sebab-sebab bagi

keputusan beliau; dan

(b) apa yang Malaysia berharap dapat mencapai dengan mengadakan MesyuaratMenteri-menteri atas isu Persekitaran.

AZIZI
Text Box
Page 7: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

9

*41. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) rasional Kerajaan tidak mengeluarkan pasport baru selama 2 tahun kepada

mereka yang menghilanginya;

(b) adakah pihak Kerajaan sedar bahawa peraturan ini menyalahi Piagam HakAsasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu yang membolehkan seseorangmenikmati kebebasan bergerak dan juga menyusahkan rakyat jelata ataskesalahan kecil kehilangan pasport;

(c) bukankah tujuan Kerajaan boleh dicapai dengan memberikan pilihan kepadarakyat untuk didenda kalau ingin mendapat pasport dengan cepat;

(d) adakah peraturan ini juga menunjukkan bahawa pihak Kerajaan telah gagalmenyekat sindiket pemalsuan pasport; dan

(e) nyatakan bilangan pasport yang dirampas dari rakyat Malaysia yang bekerjadi Taiwan yang masih belum dipulangkan dan nyatakan bila is akandipulangkan.

*42. Tuan Karpal Singh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa orang diseluruh negara yang digari dan dibawa ke Balai Polis dalam bulan Mac, 1992 di bawahkuasa saman penangkapan yang dikeluarkan oleh mahkamah kerana mereka tidak hadirdi mahkamah setelah dikenakan saman bagi kesalahan lalu-lintas

*43. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) bilakah Akta Syarikat Kewangan Islam yang menyerupai Akta Bank Islamhendak digubal bagi membolehkan penubuhan syarikat-syarikat Kewangan

Islam;

(b) sejauh mana sambutan bank perdagangan dan Syarikat-syarikat Kewanganterhadap amalan kaunter urusan secara Islam; dan

(c) sejauh mana bank-bank perdagangan luar negeri menerima sarananpembukaan kaunter berkenaan.

*44. Dato ' Basri Bajuri minta Menteri Kerjaraya menyatakan lama ada beliau sedarbahawajalanraya Klang-Banting-Sepang telah menjadi begitu sesak dan tidak mampumenampung jumlah kenderaan yang menggunakannya di mana kesan ekonomi dan

keselamatannya adalah buruk.

Jika sedar:

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah jambatan menyeberangiSungai Langat yang menghubungkan mukim Bandar/Jugra dan mukim TelukPanglima Garang bagi mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalanraya;

(b) adakah kementerian bercadang untuk memasukkannya dalam kajian separuh

penggal RM6; dan

(c) jika tidak mengapa.

Page 8: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

10

*45. Dato Muhamad bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilakah laporan terperinci bancian penduduk dan perumahan ketiga diadakanpada tahun 1991 akan diumumkan secara rasmi ke seluruh Negara;

(b) berapakah bilangan penduduk mengikut kaum-kaum seperti berikut

(c)

berdasarkan kepada bancian tersebut:

(i) Melayu;

(ii) Cina; dan

(iii) India.

apakah halangan-halangan yang ditemui semasa menjalankan urusan banciantersebut.

*46. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan bahawa adakahbeliau sedar bahawa Timbalan Menteri Dato' Wong See Wah, telah mengumumkanbahawa Kerajaan akan melancarkan projek untuk menjadikan Jalan Petaling sebagai"China Town" dan jikalau begitu, sila kemukakan butir-butir dan tarikh bila projek inibermula.

*47. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliausedar bahawa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Encik Kamarudin Nordinada mengumumkan iaitu antara sebab kelewatan pengeluaran kad pengenalan baruialah kesilapan yang dilakukan oleh kakitangan JPN sendiri yang berjumlah sebanyak70,000 kes, jika sedar, bagaimanakah kesalahan itu boleh berlaku dan mengambil masabegitu lama untuk diumumkan dan diperbetulkan dari sejak pelancaran pada 1-4-90,dan apakah langkah diambil untuk membereskan kes 70,000 permohonan.

*48. Tuan Sukri bin Haji Mohamed minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh Kerajaan akibat daripadakemalangan kapalterbang Tentera Udara Diraja Malaysia setakat ini; dan

(b) apakah punca-punca sebenar kemalangan tersebut.

*49. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah sikap dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan:

(a) sewaktu Junta Tentera yang mengambil alih kuasa di Algeria selepasperletakan jawatan Presiden Chadli Benjedid, membatalkan pilihanrayapusingan kedua;

(b)

(c)

sewaktu Fron Penyelamat Islam (FIS) diharamkan; dan

sewaktu pihak tentera dan keselamatan bertindak ganas terhadap rakyatAlgeria yang membantah kedua-dua tindakan tersebut.

11

*50. Dr. Nawawi Mat Awin minta Perdana Menteri menyatakan apakah sebab-sebabsebenarnya cadangan Garis-garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) ditarikbalik baru-baru ini dan adakah Garis-garis Panduan yang baru akan diperkenalkan.

AZIZI
Text Box
Page 9: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

11

*51. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) setakat ini, jumlah permohonan menukar kad pengenalan bermutu tinggiyang telah diterima dan dikeluarkan;

(b) jumlah permohonan yang ditolak, mengikut pecahan sebab; dan

(c) jumlah permohonan yang masih ditahan dalam simpanan, mengikut pecahansebab.

*52. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) punca kebakaran Bangunan Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri- yangberlaku pada pagi 6hb. November, 1991 dan sama ada ianya dibakar. Jika ya,berikan butir-butir siasatannya;

(b) apakah dokumen yang hangus; dan

(c) berapa banyak kerugian terlibat dalam kebakaran itu.

*53. Tuan Wong Wing On minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama adaterdapat rakyat Malaysia yang pernah memegang kad pengenalan biru telah kehilangantaraf kewarganegaraan mereka dalam proses pembaharuan kad-kad pengenalan yangsedang dijalankan kini, atas alasan-alasan seperti kesilapan-kesilapan atau perselisihan-perselisihan nama-nama atau/dan tarikh-tarikh lahir pemegang atau/dan ibu-bapamereka dalam sijil warganegara atau/dan sijil beranak atau/dan kad pengenalan anal,atau kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen ibu-bapa; jika ya, nyatakanbilangan mereka. Jika belum ada kes-kes seperti ini, nyatakan dalam apa situasiseseorang pemegang kad pengenalan biru akan menghadapi kemungkinan kehilangantaraf kewarganegaraan.

*54. Tuan Karpal Singh minta Menteri Pengangkutan menyatakan perkembangandalam penyiasatan dalam kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang baru-baru ini. Adakah khianat menjadi sebabnya.

*55. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) hasil siasatan dan punca berlakunya tragedi udara di Long Seridan, Tutoh,Baram, Sarawak pada 3-9-1991;

(b) nama syarikat penerbangan yang memiliki pesawat tersebut dan namapemilik-pemilik saham syarikat tersebut;

(c) bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan diberikan lesen untuk beroperasi;

(d) apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam pemberian lesen untuk syarikattersebut beroperasi;

(e) nama negara dan nama syarikat yang mengeluarkan pesawat tersebut, tempohpenggunaan pesawat tersebut dari tarikh pengeluaran hingga is memulakanperkhidmatan di Sarawak dan sehingga berlakunya tragedi di Long Seridan;

Page 10: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

12

(f)

(g)

(h)

siapakah yang patut dipertanggungjawabkan terhadap pembayaran pampasaninsuran kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Syarikatinsuran, syarikat yang mengendalikan penerbangan atau penyewa pesawat

tersebut, mengapa;

bilakah bayaran pampasan insuran itu akan dibuat; dan

bilakah pelabuhan akan dibina di Kuala Baram, Miri, Sarawak. Berapakahperuntukan yang disediakan dan bilakah ianya dijangka siap.

*56. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai keputusan ParlimenChina meluluskan undang-undang menjadikan Kepulauan Spratlys sebagai

sebahagian daripada Wilayah China;

(b) sejauh manakah usaha Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafanantarabangsa mengenai tuntutan Malaysia ke atas Kepulauan Spratlys;

(c) apakah sikap Kerajaan terhadap kenyataan James Lilley, Penolong

Setiausaha Pertahanan Antarabangsa bahawa Amerika mungkin

menggunakan kekuatan tentera untuk menghalang mana-mana kuasa

serantau yang cuba menguasai sepenuhnya Kepulauan kedaulatan negara;

dan

(d) jika China terus berdegil dan menggunakan kekuatan tenteranya untukmenguasai Kepulauan Spratlys sepertimana tindakannya merampasKepulauan Paracel dalam tahun 1974, apakah langkah yang akan diambiloleh Kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

*57. Tuan Sukri bin Mohamed minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah motif sebenar isu pengimportan kereta oleh ke Bawah Duli YangMaha Mulia Sultan Kelantan ditimbul dan dihebohkan begitu meluas baru-

baru ini;

(b) mengapakah Ketua Pengarah Kastam dan YB. Menteri Kewangan tidakbersedia langsung untuk bertemu dengan wakil-wakil Baginda bagimembincang perkara tersebut sebelum ianya terjadi; dan

(c) adakah YB. Menteri Kewangan sewaktu menandatangani PU (A) 430(Pengecualian) (Pindaan) (Bil 9) 1991 pada 14-10-91 benar-benar fahamakan kandungan perintah tersebut serta implikasinya; jika ya; dan

(d) adakah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) (Pindaan) (No. 9) 1991 telahmendapat persetujuan Majlis Raja-raja sebelum diwartakan seperti kehendakperkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan.

*58. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau

menerima laporan mengenai 14 anggota dua pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dinegara ini daripada Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Jika laporan itu sudah

diterima, sama ada:

(a) semua 14 anggota dua pertubuhan itu akan ditahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam tempoh yang belum ditetapkan; dan

m

AZIZI
Text Box
Page 11: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

13

(b) semua 14 anggota dua pertubuhan itu akan didakwa di mahkamah dandibicarakan secara terbuka.

*59. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) mengapa pemegang kad pengenalan baru yang mempunyai kewarganegaraandi bawah artikel 30 dinasihat memastikan kedudukan kewarganegaraanmereka dahulu sebelum mereka menukar kad pengenalan; dan

(b) bukankah langkah inbi menunjukkan kedudukan kewarganegaraan merekasekali lagi disyaki sungguhpun is telah disemak pada awal tahun 70 an; danbukankah perbuatan ini adalah tidak adil kepada mereka; dan

(c) sehingga 15hb. April, 1992, berapa orang di bawah golongan ini tidak dapatdiberi kad pengenalan baru sungguhpun mereka telah membuat permohonan.

Page 12: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

14

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

1. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan).

2. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

* Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

3. Menteri Sumber Manusia

* Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) (No. 2).

4. Menteri Sumber Manusia

* Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia.

5. Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi

* Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang danMelaka) (Pindaan).

6. Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi

* Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan).

7. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992).

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 13: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama

Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong

menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada

apa-apa halangan menggalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini,

jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya

jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan

ini; dan Setiausaha-setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah

ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.

2. Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman akan mencadangkan:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah DuliYang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikianbunyinya:

Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam PersidanganParlimen , memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang zalil daripadaMajlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjungkasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membukaPenggal Kedua Parlimen Yang Kelapan.

3. (DR. 38/91) Rang Undang-undang, Undang-undang Bacaan KaliKeluarga Islam (Wilayah Persekutuan) Yang Kedua(Pindaan)

Page 14: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

16

KERTAS PEMBERITAHU

Menteri Kewangan akan mencadangkan;

Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulanwang Pembangunan1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua ratus empatpuluh satu juta, enam ratus dua puluh empat ribu, lapan ratus tujuh puluh ringgit($241,624,870) diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan-

(1) bagi jumlah kewangan 1991, untuk menampung sejumlah satu ratus duapuluh juta, lima ratus sembilan puluh sembilan ribu, lapan ratus tujuh puluhringgit ($120,599,870) bagi Maksud-Maksud dan Butiran-Butiran (Projek-Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyataAnggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga 1991 yangdibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 1992 dan yang disenaraikandi sebelah Maksud-Maksud dan Butiran-Butiran (Projek-Projek) dalam ruangkesepuluh dan kesebelas penyata tersebut; dan

(2) bagi tahun kewangan 1992, untuk menampung sejumlah satu ratus dua puluhsatu juta, dua puluh lima ribu ringgit ($121,025,000) bagi Maksud-Maksuddan Butiran-Butiran (Projek-Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruangpertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan TambahanPertama 1992 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 6 Tahun 1992 danyang disenaraikan di sebelah Maksud-Maksud dan Butiran-Butiran (Projek-Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut.

Page 15: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAMMESYUARAT

1991

ST. 43

ST. 55

ST. 67

ST. 161

ST. 243

ST. 244

ST. 14

ST. 15

CMD. 248 Akaun Awam Lengkap 1990

Laporan Tahunan 1988 Bank PertanianMalaysia

Laporan Tahunan 1989 LembagaPertubuhan Peladang

Laporan Tahunan 1988 LembagaKemajuan Pahang Tenggara (DARA)

Anggaran Kewangan 1992 JabatanPenerangan Awam Malaysia

Laporan Tahunan 1988-89 LembagaLetrik Negara Tanah Melayu

Laporan Tahunan 1989 InstitutPenyelidikan Getah MalaysiaLaporan Ketua Audit Negara mengenaikira-kira Institut Penyelidikan GetahMalaysia Bagi Tahun Berakhir31 Disember 1989 & 28hb April 1992

Laporan Tahunan Ke 29 Ketua PengarahInsurans bagi tahun 1991

Laporan Tahunan ke 7 Ketua PengarahTakaful bagi Tahun Berakhir31 Disember, 1991

Tarikh dibentang

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

28hb April, 1992

1992

ST. 11 Laporan Tahunan 1990 LembagaPerusahaan Nanas Malaysia

28hb April, 1992

ST. 12 Laporan Tahunan 1990 Suruhanjaya 28hb April, 1992Dagangan Komoditi

Page 16: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWAB MULUT

1. Dr. V. David minta Menteri Undang-undang menyatakan:

(a) adakah beliau sedar bahawa Majlis Peguam telah memperkenalkan suatubayaran guaman untuk pembeli-pembeli rumah di bawah Perintah BayaranPeguamcara 1991;

(b) adakah beliau sedar bahawa di bawah kadar baru, seorang yang mengambilpinjaman $35,000.00 dikenakan bayaran sebanyak $262.50 dibandingkandengan $212.25 di bawah kadar lama dan seorang yang mengambil pinjaman$100,000.00 dikenakan bayaran sebanyak $750.00 dibandingkan dengan$483.75 di bawah kadar lama, iaitu kenaikan sebanyak $266.25;

(c) adakah keperluan untuk membayarjumlah wang yang begitu banyak sebagaibayaran guaman sedangkan kebanyakan daripada dokumen-dokumenberkenaan dengan pembelian rumah seperti Perjanjian Jual Beli, PerjanjianPinjaman Bank, Surat Perjanjian Pemindahan dan sebagainya telahpundiseragamkan oleh pihak kerajaan, institusi kewangan dan pemaju;

(d) adakah beliau akan mempertimbangkan mengurangkan kadar bayaran kerana

lebih dari 80% pembeli-pembeli rumah mampu membeli rumah kos rendah

dan sederhana sahaja; dan

(e) langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengelakkan peguam-peguam memeras wang daripada rakyat atas nama bayaran guaman.

2. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan senaraianak-anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation SEDC, jenisperniagaan mereka satu demi satu, angka terbaru tentang untung rugi mereka satu demisatu, dan kerugian atau keuntungan SEDC terkumpul pada keseluruhannya.

3. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan senaraiPerusahaan Awam Bukan Kewangan PABK yang telah mengalami kerugian terkumpulyang melebihi 10 juta Ringgit.

4. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan senaraisyarikat-syarikat yang mengeksportkan kayu balak daripada Negeri Sarawak, dengannama pengarah-pengarah mereka satu demi satu, alamat didaftar, modal yang didaftardan yang dibayar, serta-serta angka keuntungan/kerugian yang terbaru.

5. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Kerja Raya menyatakan beberapakah kmdari jumlah jalanraya Sarawak First Trunk Road System sebanyak 975 km itu, masihbelum ditarkan, dan sila senaraikan seksyen-seksyen yang akan ditarkan satu demi satu,dengan tarikh sasaran di mana kerja akan siap dibina.

6. Tuan Ibrahim Mustafa minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) kedudukan pekerja-pekerja sambilan di Pusat Penetasan Udang Pulau Sayak,Kota Kuala Muda, Kedah yang masih lagi belum diserap ke jawatan tetap,walaupun telah bertahun-tahun mereka bekerja Berta terdapat kekosonganjawatan seperti yang dipohon;

AZIZI
Text Box
AZIZI
Text Box
AZIZI
Text Box
Page 17: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

19

(b) apakah dasar Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam ini seolah-olehmenzalimi kehidupan pekerja-pekerja tersebut; di samping menyebabkanmereka berada dalam dilema dan tidak bersemangat untuk bekerja;

(c) apakah taraf pekerja `sambilan' ini jugs terdapat di dalam agensi-agensi laindi bawah Kementerian Pertanian; dan

(d) apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihakKementerian untuk membela nasib hari muka pekerja-pekerja yang malangini.

7. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah Latihan Bina Semangat yang sedang dilaksanakan oleh guru-gurupelatih di Maktab-maktab Perguruan kini masih lagi dijalankan;

(b) apakah faedah-faedah segera dan jangka panjang yang boleh dimanfaatkanhasil daripada Program tersebut;

(c) nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang Program iniberjalan dan dari manakah peruntukan ini diperolehi; dan

(d) adakah Kementerian dan Bahagian Latihan Guru sensitif dengan masalah danakibat yang telah disuarakan oleh Guru-guru Pelatih hasil daripada Programini.

8. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengkaji semulaKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sebagai satu usaha mengembalikankeseronokan belajar di kalangan murid-murid;

(b) adakah Kementerian Pendidikan bersetuju dengan pendapat bahawa KBSRtelah gagal mencapai matlamat penggubalannya. Nyatakan alasan-alasanuntuk menyokong pendapat ini; dan

(c) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untukmenyesuaikan KBSR dengan cita-cita serta hasrat Wawasan 2020.

9. Tuan Ibrahim Mustafa minta Perdana Menteri menyatakan berdasarkan kerugianberjuta-juta ringgit yang terlebih bayar kepada pemilik estet yang membuat tuntutanpalsu bayaran balik wang ses oleh RISDA, lebih kurang 25,000 kakitangan kerajaanyang dibayar lebihan gaji sebanyak $400 hingga $25,000 dalam masa 10 tahun, 13,000kakitangan kerajaan tidak menjelaskan hutang rumah berjumlah $90 juta:

(a) adakah fenomena ini telah menjejaskan imej pentadbiran kerajaan yangmementingkan kecekapan dan kualiti;

(b) mengapa, fenomena begini masih boleh berlaku dalam situasi kerajaan lebihmementingkan kecekapan dan kualiti kakitangannya; dan

(c) apakah kerajaan telah mengambil langkah-langkah berkesan untukmempastikan ketidakcekapan dan kecuaian begini tidak akan berulang lagi.

Page 18: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

20

10. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasipencemaran alam sekitar dalam Selangor terutama di sungai-sungai utama dan udaraberbanding dengan negeri-negeri lain.

it. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) jumlah kemalangan jalanraya dan jenis-jenis kemalangan yang berlaku dalamNegeri Selangor, dengan menyatakan pecahan angka untuk setiap daerahbagi tahun 1990, 1991 dan 1992 (sehingga 15.4.1992); dan

(h) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak Kerajaanbagi mengurangkan kadar kemalangan itu.

12. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah penjaja dan peniaga kecil yang berjaya diberikan pinjaman di bawahCGC sepanjang tahun 1990, 1991 dan 1992 dan berapa pula yang ditolakpermohonannya dan sebab-sebab penolakan;

(h) jumlah penjaja dan peniaga kecil yang berjaya membayar balik pinjaman danjumlah yang gagal membayar dan apakah tindakan yang dibuat ke atasmereka yang gagal membayar balik; dan

(c) adakah beliau sedar tentang pemberi pinjaman persendirian (loan shark) yangmemberikan pinjaman kepada para penjaja kerana ianya lebih mudahmeminjam walaupun jumlah bayaran balik sangat tinggi berbanding denganpinjaman bank/CGC sangat rumit yang akhirnya para penjaja terperangkapdalam hutang yang berganda-ganda, jika sedar, apakah tindakan yang diambiluntuk menghentikan kegiatan ini.

13. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah bantuan(grant) Kerajaan yang diberikan kepada persatuan dan pertubuhan belia seluruh negaradan apakah nama persatuan belia yang mendapat bantuan dan daripada jumlah itu,berapakah yang diberikan kepada persatuan belia bukan Melayu.

14. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada PuanShamsiah Pakeh yang berada di China pernah memohon untuk balik ke Malaysia, jikaada, bolehkah beliau dibenarkan balik ke negara ini, jika tidak, mengapa.

15. Tuan Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri PerusahaanUtama memberikan pendapatan hasil jualan komoditi utama sejak tahun 1990 hinggaakhir 1991.

(a) Getah;

(b) Bijih Timah;

(c) Kelapa Sawit;

(d) Koko; dan

(e) Kayu Kayan.

Page 19: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

21

16. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Menteri Kewangan menyatakan jumlahahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai simpanan yangtidak dituntut serta nilai caruman yang terbabit sehingga 31 Disember 1991.

17. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) bilangan kes mengelak dan menipu cukai pada tahun lalu; dan

(h) jumlah hasil yang berjaya dikutip dari cukai kebelakangan dan penalti padatempoh yang sama.

18. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Menteri Kewangan menyatakan jumlahorang yang telah membuat pelaburan ke dalam Skim Amanah Saham Bumiputera sertanilai wang yang dilaburkan sehingga hari ini.

19. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) hasil cukai yang diperolehi melalui Kompleks Imigresen Tebedu semenjakianya dibuka pada 25.2.1991 hingga 31.12.1991; dan

(h) hasil dari insuran-insuran kereta rakyat Indonesia yang dibawa masuk keMalaysia melalui kompleks tersebut bagi tempuh yang sama.

20. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah pemilih baru yang telah mendaftarkan diri sebagai pemilih semasagerakan pendaftaran di seluruh negara yang telah diadakan dari 23 Oktoberhingga 3 Disember 1991, mengikut negeri; dan

(b) jumlah terakhir pemilih berdaftar di seluruh negara, mengikut negeri.

21. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kesihatan menyatakanjumlah doktor-doktor asing yang berkhidmat di Malaysia mengikut:

(a) Kepakaran; dan

(b) Negara asal;

Sila nyatakan pecahannya mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Sila nyatakan juga jumlah doktor-doktor Malaysia yang berkhidmat di negara-negaraasing mengikut:

(a) Kepakaran; dan

(b) Negara-negara tempat berkhidmat.

Daripada jumlah tersebut, sila nyatakan pecahannya mengikut negeri-negeri di

Malaysia.

Page 20: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

22

22. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Pengangkutan

menyatakan kenapakah peraturan-peraturan baru yang begitu tegas hanya dikenakanterhadap van-van sahaja dan tidak kepada kenderaan-kenderaan lain sedangkan rekodkemalangan jalanraya membabitkan pelbagai jenis kenderaan. Sila nyatakan jumlahkemalangan dari tahun 1981 hingga 1991 yang melibatkan kematian dan kecederaanparah yang membabitkan semua jenis kenderaan di jalanraya. Hasil daripada fakta-fakta tersebut, apakah langkah-langkah atau peraturan-peraturan baru yang telahdikenakan ke atas setiap jenis kenderaan tersebut untuk mengurangkan kadar

kemalangan.

23. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah rancangan masa depan Kerajaan Malaysia untuk mengadakan hubungandiplomatik dengan Negara Afrika Selatan setelah negara tersebut menuju ke arah

penghapusan dasar APARTHEID dari segi:

(a) Ekonomi,

(b) Politik,

(c) Sosial dan

(d) Keagamaan.

24. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapa banyakkah daripada jumlah peruntukan dan juga peratusanbelanjawan negara bagi tahun 1991 digunakan untuk membiayai hutang

negara seperti berikut:

(i) Hutang luar,

(ii) Hutang dalam negeri.

(b) jumlah bayaran bagi:

(i) Hutang pokok,

(ii) Faedah.

(c) berapa peratuskah jumlah kenaikan peruntukan belanjawan negara 1991digunakan untuk membiayai pinjaman negara (pokok dan faedah) berbandingdengan peruntukan belanjawan negara 1981 yang juga digunakan bagi tujuanyang sama. Sila ulas mengenai perbezaan tersebut;

(d) adakah kerajaan berhasrat untuk membuat kajian terperinci mengenaimasalah dan ancaman hutang negara memandangkan beberapa buah negaratelah mengalami kesan yang amat buruk hasil ¢aripada hutang tersebut; dan

(e) oleh kerana pinjaman negara melibatkan unsur-unsur riba yang menindas danberdasarkan Sistem Kapitalis, adakah Kerajaan akan mengkajinya semuladan mencari alternati yang perlu.

25. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapa banyakkah jumlah pinjaman yang diperolehi dari institusi kewangandalam dan luar negara bagi tahun 1991; dan

II

Page 21: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

23

(b) berapa peratuskah dari jumlah pinjaman-pinjaman tersebut yang digunakanuntuk perbelanjaan:

(i) Pembayaran,

(ii) Pengurusan.

Sila ulas berkenaan dengan angka-angka tersebut.

26. Dr . Tan Seng Giaw minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sejaktertubuhnya FELCRA, keluasan tanah di seluruh negara yang telah diusahakan. Silamenyenaraikan kawasannya. Berapakah kakitangan FELCRA dan apakah tugas KetuaPengarah. Apakah prestasinya. Apakah modal berbayar dan keuntungan FELCRAdalam tempoh 10 tahun ini.

27. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pertahanan menyatakan bilangan dan jenispesawat tentera yang telah jatuh terhempas dan berapa orang telah tercedera danterkorban sejak 1970. Apakah sebab-musababnya. Apakah kerugiannya. Apakah dasarKerajaan terhadap pembelian pesawat-pesawat tentera ini. Apakah tindakan untukmengatasi masalah tersebut.

28. Dr . Tan Seng Giaw minta Menteri Dalam Negeri menyatakan akta-akta yangakan dipinda untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara. Apakah jumlah banduandi seluruh negara. Sila senaraikan penjara di negara ini. Apakah yang telah terjadidengan cadangan projek penjara di Kepong, KL dan Sungai Buloh, Selangor. Apakahbentuk hukuman kajian yang telah, sedang dan akan dibuat untuk membolehkanhukuman seperti ini dikuatkuasakan.

29. Dr . Tan Seng Giaw minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyenaraikan taman-taman negara di negara ini. Apakahjumlah keluasannya. Apakahprojek-projek yang telah, sedang dan akan diadakan di Taman Negara. Adakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk memelihara haiwan liar dantumbuhan-tumbuhan dalam taman-taman tersebut.

30. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan apakah simpanan gas danminyak mentah di negara kita sekarang. Apakah kadar pengeluaran untuk gas danminyak bagi 1991, 1992, 1993, 1994, 1995. Setakat ini, selain perjanjian denganSingapura, adakah perjanjian yang akan diadakan dengan negara-negara lain sepertiThailand. Apakah isi padu yang dibekalkan di Singapura tiap-tiap hari. Senaraikanprojek-projek gas yang telah, sedang dan akan diadakan sistem tender dipakai dansyarikat-syarikat yang mendapatkan tender.

31. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan tahun manakah Balai Bomba Lawas akan dibina dan jumlah anggaranperbelanjaannya dan juga nyatakan sebab-sebab kelewatan pembinaannya jika ada.

32. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Pembangunan LuarBandar menyatakanadakah Kerajan bercadang untuk memberi peruntukan perbelanjaan untuk pembekalanEletrik ke Pekan Trusan dan seluruh kampong di sekitarnya dan jumlah anggaran jikaada sebab-sebabnya jika peruntukan tidak dibahagikan untuk Rancangan MalaysiaKeenam.

Page 22: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

24

33. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan

tahun manakah Mini Haidro di Sg. Kota Lawas dan Sg. Medamit Limbang akandiperbesarkan/dibinakan dan jumlah anggarannya dan adakah menteri berkenaan sedarbahawa sekarang di Bandar Lawas dan Limbang sedang menghadapi masalah yangrumit sekali mengenai pembekalan Eletrik yang tidak mencukupi dan penggunadihadkan masa untuk menggunakan eletrik di kedua-dua tempat yang tertentu.

34. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakahlapangan terbang Limbang mulai dibinakan dan jumlah anggaran perbelanjaannya danjuga adakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang baru untukbandar Lawas memandangkan yang ada sekarang tidak cukup luasnya.

35. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakahKerajaan bercadang untuk membina kompleks Imegresen di sempadan Sarawak/Sabahdi Merapok dan juga di Mengkalap di sempadan Sarawak/Temburong Negara BruneiDarussallam dan jumlah anggaran perbelanjaan untuk kedua-dua projek ini.

36. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Pendidikan menyatakanmemandangkan masih banyak lagi kekosongan untuk jawatan guru di Sekolah Rendahdan Menengah di Sabah:

(a) adakah Kementerian bercadang untuk mengisi kekosongan itu;

(b) jika ada, dapatkah Kementerian memberi jaminan bahawa anak tempatanyang berkelayakan diberi keutamaan;

(c) berapa ramaikah anak tempatan yang berkelayakan akan diambil untukdilatih menjadi guru pada tahun ini dan dalam Rancangan Malaysia Ke-6; dan

(d) adakah Menteri berkenaan tahu bahawa ada permohonan daripada anaktempatan telah ditolak walaupun mereka layak menjadi guru dan dilatihmenjadi guru.

37. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Pendidikan menyatakan adakahKementerian tahu bahawa ada bangunan Sekolah Rendah dan Menengah di luar bandardan di bandar di Sabah yang merekah dan merbahaya. Kalau tahu dapatkah Kementerianmemberi jaminan untuk membaiki bangunan tersebut supaya keselamatan murid-muriddan guru-guru di sekolah berkenaan tidak terancam.

38. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Dalam Negeri menyatakanmemandangkan banci dan pendaftaran pendatang tanpa izin yang diusahakan olehPasukan Pertugas Khas Persekutuan telah selesai di Sabah:

(a) dapatkah Kementerian berkenaan maklumkan Dewan ini jumlah pendatangtanpa izin di Sabah sebenarnya; dan

(b) apakah tindakan lanjut akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan mengenaipendatang tanpa izin itu.

39. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilakah Rumah Sakit Daerah Sipitang akan siap; dan

AZIZI
Text Box
Page 23: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

25

(b) dapatkah Menteri memberitahu jumlah sebenarnya ongkos pembinaanRumah Sakit Sipitang.

40. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Pembangunan Luar Bandarmenyatakan:

(a) adakah benar bahawa peruntukan luar bandar yang diagih untuk Sabah akandibeku atas alasan Kerajaan Negeri Sabah diterajui oleh PBS; dan

(b) berapa jumlah peruntukan luar bandar yang telah diagih untuk Sabah padatahun ini dalam Rancangan Malaysia ke-6.

41. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Pengangkutan menyatakan hasil siasatanpengaduan ketidak puashati tentang perkhidmatan Federal Transport Sdn. Bhd. dilaluan 230 dan 232 Butterworth.

42. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatanatas ke polis repot Butterworth nombor 2322/91, B'worth 4773/91 da B' worth 4774/91.Apa tindakan telah diambil terhadap pegawai polis yang dituduh.

43. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah senjatapiyang diserah balik oleh ahli-ahli RELA seluruh kawasan Seberang Perai akan diberisemula kepada mereka.

44. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Pendidikan menyatakan perkembanganterbaharu berkenaan cadangan projek sekolah SRJK Tamil di Mak Mandin Butterworthyang telah terbengkalai sejak 1990.

45. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industrimemberi satu senarai menunjukkan bilangan dan jumlah modal yang dilabur olehnegara asing di setiap negeri untuk tahun 1990 dan 1991.

46. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakanbagaimanakah sistem pengiraan penggunaan telefon no. KBD 976300 yang didaftarkanatas nama saya sendiri. Adapun telefon tersebut biasanya bit bayaran meter hanyadisekitar $179.17 hingga $800.00 setiap bulan. Di antara 16/4/1989 - 15/5/1989 tiba-tiba saya menerima bil sebanyak $2,132.13 sen. Oleh sebab kenaikkan bayarannyabegitu tinggi daripada biasanya, maka saya telah mengemukakan bantahan menerusiBorang Bantahan Bayaran Bermeter (Lampiran A) bertarikh 13/7/1989. Bagaimanapunbayaran "Jumlah Caj Semasa" yang terdapat dalam bit itu saya jelaskan. Namun padadi antara 18/6/1989 hingga 6/7/1989 jumlah bayaran semasanya terus meningkatkepada $3,109.02. Walaupun begitu telefon tersebut tidak juga dipotong kerana sayatetap menjelaskan "Jumlah Caj Semasa" sementara menunggu penjelasan ke atasbantahan saya tersebut. Pada bulan Februari 1991 pula, saya diberitahu menerusi suratdaripada Telekom Malaysia Berhad Ruj: PM PBP 3320 (KJM) bertarikh 18/3/1991bahawa bit telefon tersebut telahpun meningkat lagi kepada $6,405.70 sen dan pada17/2/1992 saya telah menerima satu notis pemberitahuan bahawa perkhidmatan telefontersebut telah dipotong dengan bayaran tertunggak sebanyak $5,491.01 sen. Selama itu

Page 24: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

26

sayajuga telah membawa kepada pengetahuan pihak penguasa Telekom menerusi suratsaya Ruj:MP/P.136(P/19)/181 bertarikh 8/1/1992 mengenai keadaan telefon yang amatmendukacitakan. Suaranya tidak begitu jelas kedengaran dan terputus-putus, yangpaling menyedihkan ialah kita boleh dengar orang memanggil tapi dia tidak pula bolehdengar cakap kita. Selain daripada itu, dalam 100 kali saya membuat panggilan, hanya2 saja yang boleh dapat (can get through). Semasa dalam permasaalahan ini saya telahbeberapa kali memanggil salah seorang pegawai Telekom yang berstesen di Kota Beluddi mana beliau sendiri pun mengakui tentang ketidak sempurnaan telefon itu. Tapi yanganehnya bil bayaran meter telefon itu masih juga tinggi seperti biasa. Oleh sebab itu,meskipun telefon ini kepunyaan saya seorang tapi masalah seperti ini adalah menjadiperhatian masyarakat umum yang ingin tahu akan penjelasan terutama:

(a) mengapakah bil telefon yang dinyatakan itu boleh meningkat begitu tinggi

secara mendadak;

(b) mengapakah "Jumlah Perlu Dibayar" terus meningkat walapun pembayaranbagi "Jumlah Caj Semasa" sentiasa dikemaskini; dan

(c) mengapakah bil bayaran meter telefon tersebut masih lagi seperti biasameskipun telefon itu tidak dapat digunakan 100% - untuk panggilan luar.

47. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Pertanian menyatakan jumlah ladang-ladangdi dalam negara ini pada tahun 1970, 1980 dan 1990. Berapa banyakkah yang telahditutup di dalam 10 tahun kebelakangan ini untuk tujuan perumahan, estet perindustrian

dan lain-lain sebab.

48. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) berapa jumlah dan pembahagian pekerja kasar dan kolar-putih pada tahun-

tahun 1960, 1970, 1980 dan 1990;

(b) berapajumlah peratus tenaga buruh yang menjadi ahli bagi Kesatuan Sekerjapada tahun-tahun 1960, 1970, 1980 dan 1990; dan

(c) berapa banyak pertambahan upah bagi mereka yang mendapat 10% palingbawah, berbanding dengan mereka yang mendapat upah 10% paling atas padatahun-tahun antara 1980 dan 1990.

49. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) bilangan SRJK (Cina) yang menpunyai 10 atau kurang murid-murid diseluruh negara mengikut pecahan negeri;

(b) bilangan SRJK (Tamil) yang mempunyai 10 atau kurang murid-murid diseluruh negara mengikut pecahan negeri;

(c) bilangan sekolah SRJK (Cina) dan SRJK (Tamil) secara berasingan yangditutup kerana kekurangan murid mengikut pecahan negeri dan sebutkan bila

is ditutup; dan

(d) adakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan is tidak ditutup

berkesan.

AZIZI
Text Box
AZIZI
Text Box
Page 25: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

27

50. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) menjelaskan sebabnya Petronas tidak boleh membenarkan kaum bukan bumimemiliki dan menguruskan stesen pam minyak Petronas;

(b) nyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang melonggarkan dasar Petronastidak membenarkan kaum bumi menguruskan dan memiliki stesen pamminyak Petronas dan kalau tidak mengapa dan kalau is bila; dan

(c) adakah pihak MCA pernah membuat permohonan meminta kelonggaran ini.

51. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan SRJK(C) dan SRJK(T)secara berasingan di Melaka;

(b) adakah benar bahawa SRJK(C) Chung Kuo di Jalan Tengkera, Melaka tidakpernah diberikan peruntukan oleh pihak Kerajaan sejak tahun 1986;

(c) kalau is sila berikan sebab mengapa; dan

(d) kalau tidak sila berikan jumlah yang diperuntukkan dan bila.

52. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) sama ada TEN dan Syarikat Telekom Malaysia bercadang menaikkan kadarmereka dan kalau is sila nyatakan sebab, jumlah kenaikan dan bila serta samaada beliau akan membenarkan kenaikan kadar tersebut;

(b) sama ada pihak Kerajaan bercadang menarik balik semua rebet yang diberikankepada sektor industri tertentu;

(c) jumlah wang yang boleh diperolehi dari (a) dan (b) secara berasingan; dan

(d) mengapakah terbitan saham baru-baru ini tidak diperuntukkan dahulu kepadapelanggan STM.

53. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) hasil siasatan skandal ASN di Long Lama, Baram, berapa banyakkah jumlahwang yang terlibat dan adakah Kerajaan bercadang membayar balik wangyang terlibat;

(b) berapakah purata simpanan penduduk Malaysia. Adakah insentif diberikanoleh Kerajaan untuk menggalakkan rakyat membuat simpanan di dalamnegara. Berapakah jumlah nilai simpanan rakyat Malaysia di institusikewangan luar negara. Adakah mereka-mereka ini syarikat koprat atau orangperseorangan. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memujuk merekasupaya menyimpan wang mereka di dalam negara; dan

(c) apakah sebab-sebab yang mendorong mereka ini menyimpan wang di luarnegara. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengawasi danmengesan mereka-mereka yang terlibat.

Page 26: DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my filedewan rakyat yang kelapan malaysia penggal yang kedua aturan urusan mesyuarat hari selasa, 28hb. april, 1992, pukul 2.30 petang bil

28

54. Tuan Harisson Ngau Laing minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaanbercadang memindahkan Perlembagaan Persekutuan untuk menghentikan kegiatanmelompat dari satu parti ke parti lain agar kepentingan pengundi tidak diabaikan untukkepentingan peribadi dan politik demi kestabilan politik negara.

55. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah insentif yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk menarikminat guru supaya mengajar di pendalaman;

(b) apakahrancangan jangkapanjang KementerianPendidikan terhadap sekolah-sekolah di Baram, Sarawak. Adakah sistem sekolah sekarang akan dikekalkanatau diganti dengan sistem sekolah berpusat di mana beberapa buah sekolahkecil akan ditutup ke sebuah sekolah yang besar dan lengkap; dan

(c) apakah kadar nisbah murid kepada guru- guru di Malaysia dan Sarawakamnya dan di kawasan Baram, Sarawak khususnya. Adakah kadar ini sesuaiuntuk proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan efektif. Jika tidakapakah langkah-langkah yang akan, sedang dan telah diambil untukmengatasi perkara ini.

AZIZI
Text Box