dimensikoop usahawan penternakan peluang · pdf filedewan, 2014) seperti lembu/kerbau,...

9
Usahawan Penternakan Peluang Perniagaan Koperasi Malesa Shela Ta’yib Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur Pengenalan Kepentingan koperasi sebagai sektor ekonomi ke-3 negara hendaklah memberi petunjuk yang positif kepada perolehan negara. Perubahan persekitaran ekonomi negara yang tidak seimbang turut mempengaruhi gerakan koperasi untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020. Sebagai sebuah entiti perniagaan, koperasi haruslah bijak dalam merangka peluang dan ruang yang ada untuk memajukan koperasi tidak kira dalam apa jua perniagaan yang diceburi. Hal ini seiring dengan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan memerlukan sokongan daripada gerakan koperasi yang mempunyai keanggotaan hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Koperasi menjadi sebuah badan yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi anggotanya. Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, peningkatan kos sara diri memaksa rakyat Malaysia untuk mencari dan mengguna segala medium dan ruang yang ada untuk menambah pendapatan ekonomi masing- masing. Sektor pertanian bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan rakyat Malaysia lebih- lebih lagi dalam gerakan koperasi. Ia telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area) (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) (ETP). Sektor pertanian dan industri asas tani merupakan antara enam Projek Penggerak Ekonomi (EPP) koperasi yang diberi penumpuan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2012. DKN yang telah dirangka menjadi rujukan dan panduan kepada koperasi dalam memeta arah tuju koperasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Justeru, pelbagai program dan dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dan warga koperasi khususnya patut dipandang serius. Jika dahulu, sektor pertanian dipandang sepi oleh masyarakat Malaysia kerana tidak memberi pulangan yang lumayan kepada petani. Tapi kini tidak lagi selepas petani atau peladang sudah mula menggunakan teknologi moden kepada tanaman dan ternakan mereka. BIL. 49 • 2016 DIMENSIKOOP 27

Upload: trinhthuan

Post on 03-Feb-2018

346 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

Usahawan PenternakanPeluang Perniagaan Koperasi Malesa Shela Ta’yib

Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

PengenalanKepentingan koperasi sebagai sektor ekonomi ke-3 negara hendaklah memberi petunjuk yang positif kepada perolehan negara. Perubahan persek itaran ekonomi negara yang tidak seimbang turut mempengaruhi gerakan koperasi untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020. Sebagai sebuah entiti perniagaan, koperasi haruslah bijak dalam merangka peluang dan ruang yang ada untuk memajukan koperasi tidak kira dalam apa jua perniagaan yang diceburi. Hal ini seiring dengan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan memerlukan sokongan daripada gerakan koperasi yang mempunyai keanggotaan hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Koperasi menjadi sebuah badan yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi anggotanya. Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, peningkatan kos sara diri memaksa rakyat Malaysia untuk mencari dan mengguna segala medium dan ruang yang ada untuk menambah pendapatan ekonomi masing-masing.

Sektor pertanian bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam gerakan koperasi. Ia telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area) (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) (ETP). Sektor pertanian dan industri asas tani merupakan antara enam Projek Penggerak Ekonomi (EPP) koperasi yang diberi penumpuan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2012. DKN yang telah dirangka menjadi rujukan dan panduan kepada koperasi dalam memeta arah tuju koperasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Justeru, pelbagai program dan dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dan warga koperasi khususnya patut dipandang serius. Jika dahulu, sektor pertanian dipandang sepi oleh masyarakat Malaysia kerana tidak memberi pulangan yang lumayan kepada petani. Tapi kini tidak lagi selepas petani atau peladang sudah mula menggunakan teknologi moden kepada tanaman dan ternakan mereka.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

27

Page 2: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

Defi nisi PenternakanSektor penternakan merupakan antara sektor penting dalam pembangunan pertanian di Malaysia. Penternakan merupakan satu kegiatan memelihara dan membiakkan binatang (Kamus Dewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/bebiri, babi, ayam/itik pedaging, ayam/itik penelur, lembu tenusu dan yang terkini burung Walit. Manusia pada zaman dahulu mula menternak haiwan-haiwan ternakan bagi mendapatkan sumber protein iaitu daging dan telur. Selain membekalkan sumber protein, haiwan ternakan turut membekalkan sumber lain seperti susu, bulu dan kulit untuk kegunaan manusia ketika itu. Memandangkan kegiatan ekonomi utama manusia pada masa itu adalah pertanian, haiwan ternakan turut digunakan dalam proses membajak tanah dan sebagai pengangkutan. Jika dahulu, manusia menjalankan aktiviti penternakan untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi mendapatkan sumber protein. Tetapi berbeza pada masa kini, kerana penternakan merupakan satu perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Dengan penggunaan teknologi moden aktiviti penternakan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran.

Sektor Penternakan di MalaysiaSektor penternakan termasuk di dalam NKEA Pertanian yang turut sama menyumbang kepada KDNK negara menjelang 2020. Sektor ini telah menyumbang berbilion ringgit nilai pengeluaran dengan jumlah pengeluaran 225 juta ekor ayam setahun. Namun, jumlah ini masih lagi dianggap kecil kerana dari segi keperluan, 4.5 bilion ekor ayam diperlukan bagi menampung keperluan rakyat Malaysia setahun (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2013). Bagi pengeluaran daging ataupun ternakan ruminan pula, pengeluaran daging di unjur akan meningkat daripada 1.6 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 2.1 juta tan metrik pada tahun 2020. Namun begitu, sektor ternakan terutama ternakan ruminan pada masa

ini masih berskala kecil dan berpotensi untuk dikembangkan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan daging import. Permintaan bekalan daging yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim perayaan memaksa negara untuk mengimport bekalan daging dari negara luar untuk menampung permintaan dan keperluan tempatan. Ini kerana, penternak tempatan hanya mampu membekal 30 peratus daging lembu dan bekalan selebihnya diimport dari India, Australia, New Zealand, Kemboja serta membawa masuk lembu hidup dari Thailand dan Australia. Dalam keadaan sekarang, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi menjamin bekalan daging negara sentiasa mencukupi di samping menjadikan sektor ini sebagai penyumbang kepada KDNK negara menjelang 2020. Pelbagai insentif dan peraturan berkaitan sektor ternakan telah dilaksanakan bagi memastikan sektor ini terus berkembang pada masa akan datang. Penglibatan secara langsung agensi kerajaan dan bukan kerajaan memantapkan lagi pengurusan dan kawal selia sektor ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) merupakan antara agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawal pengeluaran ternakan dan hasil ternakan, serta import dan eksport hasil ternakan.

Selain itu, JPV juga bertindak sebagai badan yang menjalankan penyelidikan penyakit haiwan dan mengawal, mencegah serta menghapuskan penyakit tersebut. Latihan dan pendidikan turut diberi kepada penternak dan bakal penternak yang ingin menceburi bidang ini memandangkan sektor ini antara yang perlu dipandang serius kerana melibatkan pelaburan modal yang besar. Insentif kerajaan dalam menarik orang ramai bagi menceburi sektor ini dapat dilihat melalui program-program yang diperkenalkan seperti Program Fidlot Nasional (PFN) bagi ternakan lembu dan Program ‘Contract Farming’ bagi ternakan ayam pedaging.

Program Fidlot Nasional diperkenalkan bagi mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu secara perladangan kontrak dengan

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

28

Page 3: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

rantaian pemasaran produk yang kukuh dan bersepadu di seluruh negara. Konsep pelaksanaan PFN diterajui oleh satu syarikat utama (anchor company) yang membentuk Perbadanan Fidlot Nasional (PnFN) sebagai integrator penternakan lembu fidlot yang menaungi secara kontrak pengusaha fi dlot dan anggaran 310 pengusaha fidlot di ladang-ladang satelit di luar kawasan PFN seluruh semenanjung Malaysia. PnFN selaku integrator bertanggungjawab membekalkan input utama seperti bekalan lembu, makanan serta khidmat nasihat kepada pengusaha kontrak. Pengusaha kontrak menerusi ikatan perjanjian perlu mematuhi aspek-aspek teknikal yang ditentukan oleh integrator termasuklah bekalan lembu, sistem perumahan, sistem pemeliharaan, bekalan dan sistem pemakanan serta pemasaran.

Program ‘Contract Farming’ bagi ternakan ayam pedaging dijalankan oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Sin Mah, Charen Pokphand Holdings, Leong Hup Poultry Farm Sdn. Bhd,. KFC Holdings (M) Bhd., Dinding Poultry dan banyak lagi. Individu atau kumpulan penternakan yang mengikat kontrak dengan syarikat-syarikat ini akan mengeluarkan ayam pedaging mengikut jadual pengeluaran matrik. Harga pasaran untuk pasaran kontrak pula ditetapkan mengikut perjanjian yang ditandatangani. Sistem ternakan syarikat ini merupakan teknik penternakan ayam pedaging secara tertutup atau selalu disebut ‘ayam aircond’ iaitu reban dibuat untuk dua lapisan ternakan iaitu aras satu dan aras bawah yang ada sistem pengudaraan tersendiri untuk menyejukkan udara dalam reban. Cara ini dapat mengurangkan pencemaran bau dan risiko lalat tetapi kos pengeluaran untuk bil elektrik dan air agak tinggi berbanding dengan kaedah konvensional. Kini, teknologi ternakan ayam telah dimodenkan dengan kaedah ternakan tertutup untuk mengurangkan gangguan bau dan lalat yang menjadi isu utama kebanyakan penternak ayam pedaging di Malaysia.

Program-program sebegini diperkenalkan bertujuan membantu penternak dan bakal-bakal penternak dalam menceburi sektor ini. Pelbagai

usaha dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan bagi menarik minat masyarakat dalam sektor penternakan ini. Kedua-dua program ini dilihat dapat memperbaharui dan memodenkan perniagaan ini yang dahulunya dipandang sepi oleh masyarakat.

Sektor Penternakan dalam Gerakan KoperasiMemandangkan sektor penternakan adalah antara sektor bernilai tinggi, koperasi dilihat mempunyai ruang dan peluang yang luas bagi menceburi bidang ini. Pelaburan yang besar diperlukan untuk bermula di dalam sektor ini dan koperasi mempunyai potensi dari segi modal untuk memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun, sektor ini bukanlah baharu dalam kalangan warga koperasi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat 52 buah koperasi menjadikan sektor penternakan sebagai aktiviti ekonomi utama koperasi. Dari jumlah ini, hanya 17 buah koperasi memperoleh pendapatan melebihi RM30,000 bagi tahun kewangan 2013. Jumlah ini dianggap sangat kecil berbanding jumlah koperasi yang mencecah 12, 493 buah koperasi di Malaysia sehingga 30 Jun 2015. Justeru, koperasi perlu mengambil langkah proaktif dan bijak dalam merebut ketersediaan pasaran yang menunggu ini.

Tidak dinafi kan bahawa sektor penternakan amat berpotensi menjadi aktiviti utama koperasi jika dilaksanakan dengan cara yang betul dan mengikut peraturan. Pelaburan modal yang besar tidak akan menjaminkan pulangan yang membanggakan jika koperasi sendiri takut untuk menghadapi risiko. Dalam situasi ini, pihak pengurusan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu sepakat dalam merangka aktiviti baharu yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak. ALK perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau perjalanan aktiviti penternakan ini. Dari segi pengetahuan, ALK dan pihak pengurusan wajib untuk menjalani

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

29

Page 4: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

kursus atau latihan yang berkaitan supaya setiap individu mempunyai pengetahuan untuk menjalankan perniagaan ini. Selain itu, koperator juga boleh menjadikan koperasi-koperasi yang berjaya dalam sektor ini sebagai koperasi contoh atau mentor supaya dapat dijadikan panduan dalam menjalankan perniagaan ini. Banyak koperasi yang terlibat dalam sektor penternakan ini dan berjaya memperoleh keuntungan yang besar. Sebagai contoh, Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (Kojuta), Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad, Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad dan banyak lagi.

Selain menjalinkan hubungan baik dengan koperasi yang berjaya, koperator juga perlu menjalinkan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan lain-lain jabatan yang terlibat. Agensi-agensi kerajaan ataupun swasta ini akan membantu dari segi pembekalan anak ayam/lembu, pemprosesan, promosi dan pemasaran kepada penternak dan bakal-bakal penternak. Bagi koperasi yang ingin menceburi sektor ini pula, SKM adalah agensi yang paling dekat yang mampu membantu dari segi kewangan pinjaman melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) dan Geran Bantuan Pembangunan Koperasi.

a) Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad

Antara koperasi contoh di Malaysia yang menjalankan aktiviti penternakan ayam pedaging sebagai aktiviti utama. Koperasi ini didaftarkan pada 18 April 2008 atas nama Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad. Walaupun usia penubuhan koperasi ini masih baharu berbanding koperasi lain, namun koperasi ini selalu dijadikan contoh kepada koperasi-koperasi lain yang ingin menceburi bidang penternakan ayam. Selain menjalankan aktiviti penternakan ayam, koperasi ini juga terut memberi khidmat

nasihat berkaitan perniagaan ayam pedaging yang mereka jalankan.

b) Farm Chokchai (Ladang Ternakan Tenusu Chokchai, Bangkok)

Ladang ternakan lembu tenusu yang terkenal di Thailand serta yang terbesar di Asia Tenggara. Farm Chokchai merupakan sebuah ladang yang lengkap dengan tanaman rumput dan jagung sendiri untuk ternakannya. Selain menjalankan aktiviti tenusu sebagai aktiviti utama, ladang ini turut memberi fokus kepada aktiviti perniagaan seperti penternakan lembu daging, agropelancongan, hospitaliti, peruncitan dan perniagaan steak house dan khidmat perundingan. Bagi melancarkan perjalanan perniagaannya, Farm Chokchai telah mewujudkan dua kumpulan perniagaan dan beberapa syarikat perniagaan mengikut peranan dan akt iv i t i masing-masing. Kewujudan syarikat-syarikat perniagaan ini membuktikan bahawa Farm Chokchai sangat menitikberatkan urusan pentadbiran dan pengurusan perniagaannya. Pembentukan syarikat-syarikat ini membolehkan Farm Chokchai mengembangkan lagi sayapnya dalam aktiviti perniagaan lain yang mampu meningkatkan pendapatan dan memberi hasil yang membanggakan kepada Farm Chokchai. Menerusi kreativiti dan inovasi oleh kumpulan perniagaan dan pihak pengurusan, Farm Chokchai telah meneroka bidang perniagaan pertanian, industri perkhidmatan dan hartanah. Farm Chokchai boleh dijadikan contoh kepada koperasi lebih-lebih lagi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti penternakan. Model perniagaan yang digunakan menunjukkan pembahagian bidang perniagan yang lebih fokus dan tersusun. Melalui penubuhan anak syarikat, koperasi boleh melebarkan perniagaannya tanpa menfokus hanya pada satu perniagaan sahaja. Kejayaan yang dicapai oleh Farm Chokchai boleh dijadikan contoh kepada koperasi-koperasi di Malaysia yang telah dan akan menceburi bidang perniagaan penternakan ini.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

30

Page 5: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

Bil. Jenis Ternakan Nama Koperasi Negeri Selia

A Lembu (2 koperasi)

1 Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Nasaruddin Belia Berhad

Perak2 Koperasi Bina Bersama Kampong Gajah Perak Berhad

B Kambing (1 koperasi) 3 Koperasi Kampung Belia Khas Selama Berhad

C Ayam Daging (49 koperasi) 4 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Johor

Johor

5 Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (Kopris Bhd)

6 Koperasi Masjid Taman Perling Johor Bahru Berhad

7 Koperasi Bela Rakyat Kawasan Yong Peng Batu Pahat Berhad

8 Koperasi Bela Rakyat Kawasan Semarang Batu Pahat Berhad

9 Koperasi Pemulihan Dalam Komuniti Mawai Kota Tinggi Berhad

10 Koperasi Pegawai Perkhidmatan Kerajaan Pontian Berhad

11 Koperasi Kakitangan Veterinar Johor Berhad

12 Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Mawai Baru Berhad

13 Koperasi HPA Wahida Perlis Berhad

Perlis

14 Koperasi Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis Berhad

15 Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Hulu Pauh Perlis Berhad

16 Koperasi IKM Berseri Perlis Berhad

17 Koperasi Perkumpulan Perempuan Perlis Berhad

18 Koperasi Kampung Paya Perlis Berhad

19 Koperasi Arau Perlis Berhad

20 Koperasi Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah Tunjung Perlis Berhad

21 Koperasi Anggota LPP/PP Perlis Berhad

22 Koperasi Pembangunan Kampung Panggas Besar Chuping Perlis Berhad

23 Koperasi Purnama Chuping Perlis Berhad

24 Koperasi Permodalan Melayu Perlis Berhad

25 Koperasi Wanita Kangar Perlis Berhad

26 Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Berhad (Kojuta) Wilayah Persekutuan

Jadual 1: Senarai Koperasi Terlibat dengan Aktiviti Penternakan

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

31

Page 6: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

Bil. Jenis Ternakan Nama Koperasi Negeri Selia

27 Koperasi Kakitangan Kumpulan Pknp Pahang Berhad

Pahang28 Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad

29 Koperasi Agropolitan Lepar Pekan Berhad

30 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Larut Dan Matang Berhad (Agen Pelaksana)

Perak

31 Koperasi Pasaran Dan Perniagaan Perak Berhad

32 Koperasi Changkat Ibol Taiping Berhad

33 Koperasi Bukit Gantang Berhad

34 Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering Berhad

35 Koperasi Guru-Guru Melayu Larut Matang Selama Dan Dinding Taiping Berhad

36 Koperasi Keluarga Anjang Budiman Taiping Berhad

37 Koperasi Pembangunan Masjid Daerah Larut Dan Matang Berhad

38 Koperasi Serumpun Sepakat Taiping Berhad

39 Koperasi Bekas Rejimen Askar Jurutera Diraja Perak Berhad

40 Koperasi Nurul Husna Perak Berhad

41 Koperasi Bela Rakyat Kawasan Trong Berhad

42 Koperasi Ekonomi Wanita Islam Larut, Matang, Selama Berhad (Agen Pelaksana)

43 Koperasi Bekas Polis Selama, Larut Matang Dan Kerian Berhad

44 Koperasi Bumiputra Taiping Berhad

45 Koperasi Kampung Batu 11 Bukit Gantang Taiping Berhad

46 Koperasi Bekas Tentera Pokok Assam Taiping Berhad

47 Koperasi Keluarga Saahaini Perak Berhad

48 Koperasi Melayu Bersatu Taiping Berhad

49 Koperasi Serbaguna Wanita Taiping Berhad

50 Koperasi Keluarga Din Haji Ibrahim Taiping Berhad

51 Koperasi Jana Murni Berhad

52 Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad Terengganu

Sumber: Bahagian Pemantauan dan Penilaian Projek (SKM, 2014)

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

32

Page 7: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

Cabaran Sektor Penternakan kepada KoperasiPembangunan untuk memajuk an sektor penternakan ini penting kerana sektor ini merupakan satu cabang perniagaan yang boleh dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, permintaan terhadap hasil ternakan yang tinggi dan permintaan yang berpanjangan menjamin bahawa sektor ini dapat memberi pulangan yang lumayan jika dijalankan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Namun begitu, terdapat juga pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sebelum koperasi menceburi sektor ataupun perniagaan ini.

Jadual 2: Senarai Koperasi Terlibat Dalam Aktiviti Ternakan Memperoleh Pendapatan RM30, 000 Tahun Kewangan 2013

Bil. Nama Koperasi Negeri Selia

1 Koperasi Melayu Mukim Sungai Batu Serdang Kedah Berhad Kedah

2 Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad Wilayah Persekutuan

3 Koperasi Warisan Keluarga Haji Meor Amaluddin Sungai Siput Berhad Perak

4 Koperasi Wawasan Parit Haji Kassim Kerian Berhad Perak

5 Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad Perak

6 Koperasi Kakitangan Ladang Sungai Terah Berhad Kelantan

7 Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Mawai Baru Berhad Johor

8 Koperasi Bina Bersama Kampong Gajah Perak Berhad Perak

9 Koperasi Kampung Belia Khas Selama Berhad Perak

10 Koperasi Peneroka Felda Lurah Bilut Berhad Pahang

11 Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad Wilayah Persekutuan

12 Koperasi Pesara Negeri Johor Berhad Johor

13 Koperasi Kakitangan Kumpulan Pknp Pahang Berhad Pahang

14 Koperasi Veterinar Sabah Berhad Sabah

15 Koperasi Peneroka Felda Umas 02 Tawau Sabah Berhad Sabah

16 Koperasi Peneroka Felda Umas 01 Tawau Sabah Berhad Sabah

17 Koperasi Pintar Bersatu Kuala Lumpur Berhad Wilayah Persekutuan

Sumber: Sistem Maklumat Kewangan Koperasi (SKM, 2014)

a) Saingan dengan daging import Penternak-penternak tempatan mengalami

masalah persaingan dengan daging-daging import dari luar negara seperti India dan Australia kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia lebih cenderung memilih daging import daripada daging segar tempatan. Penyelarasan harga adalah penting bagi menjamin permintaan yang berterusan dar ipada masyarak at . Agens i -agens i berkaitan perlu memainkan peranan dalam menggalakkan minat masyarakat kepada produk-produk tempatan selain mengawal jumlah import luar negara.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

33

Page 8: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

b) Serangan penyakit Serangan penyakit adalah antara cabaran

dan masalah utama yang akan dihadapi oleh penternak-penternak. Oleh itu, setiap pengusaha ataupun penternak per lu mempunyai pengetahuan tentang serangan penyakit dan virus yang akan menyerang ternakan mereka. Antara penyakit yang selalu menyerang adalah seperti Penyakit Kuku dan Mulut (FMD), Nipah Virus, Mad-Cow Disease (BSE), Avian Infl uenza (AI) dan banyak lagi. Serangan penyakit-penyakit ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ternakan dan sekali gus boleh menyebabkan kerugian jika tiada langkah pencegahan diambil. Oleh itu, langkah berterusan perlu diambil untuk melaksanakan program pemvaksinan strategik, pengawalan pergerakan ternakan,

langkah-langkah biosekuriti serta pengawalan pengimportan ternakan berpenyakit.

c) Bekalan baka dan makanan yang baik K era jaan per lu memaink an peranan

menyusun strategi bagi membangunkan sektor penternakan ini. Sistem perladangan tradisional secara kecil-kecilan yang kurang efi sien dan produktif perlu ditransformasikan menjadi ladang berdaya maju, berdaya saing dan lestari. Bagi merealisasikan program ini, penternak sama ada ayam, lembu, kerbau atau kambing perlu dibekalkan dengan baka ternakan bermutu tinggi untuk dibiakbaka. Penternakan secara komersial dan besar-besaran berasaskan penggunaan teknologi moden perlu diberi galakan dan insentif. Bagi menjamin bekalan baka ternakan bermutu

Rajah 1: Ladang Ternakan Ayam Pedaging di Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad

Rajah 2: Farm Chokchai (Ladang Ternakan Tenusu Chokchai, Bangkok, Thailand)

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

34

Page 9: DIMENSIKOOP Usahawan Penternakan Peluang · PDF fileDewan, 2014) seperti lembu/kerbau, kambing/ bebiri, babi, ... kursus atau latihan yang berkaitan supaya ... Ternakan Nama Koperasi

tinggi sentiasa mencukupi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) ternakan dalam bidang pembiakan dan pemakanan perlu diperluaskan.

KesimpulanMalaysia merupakan negara pengeksport daging ayam dan khinzir dan pada masa yang sama

mengimport sebahagian besar daripada keperluan daging lembu, daging biri-biri dan hasil tenusu. Penyelidikan diperlukan untuk menyokong pembangunan industri ternakan tempatan, terutama bagi mengurangkan pengimportan bahan-bahan makanan ternakan dan penghasilan baka yang baik. Walaupun bekalan daging ayam dan kambing di Malaysia adalah mencukupi untuk keperluan sara diri, namun negara masih lagi bergantung kepada pengimportan daging kambing, lembu dan produk-produk tenusu dari negara luar. Oleh sebab itu, penyertaan koperasi di dalam sektor ini dianggap satu peluang yang perlu direbut kerana permintaan terhadap bekalan daging ayam, kambing, lembu dan kerbau sentiasa ada lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan. Koperasi seharusnya menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan pertanian itu sebuah perniagaan. Dengan insentif yang disediakan pihak kerajaan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh koperator, tidak mustahil satu hari nanti penternakan juga mampu dijadikan perniagaan yang dapat menyumbang pendapatan yang lumayan kepada koperasi.

Pelbagai insentif dan peraturan berkaitan sektor ternakan telah dilaksanakan bagi memastikan sektor ini terus berkembang di masa akan datang. Penglibatan secara langsung agensi kerajaan dan bukan kerajaan memantapkan lagi pengurusan dan kawal selia sektor ini.

Rujukan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar.(2013). Bidang keberhasilan utama negara (NKEA).Dicapai daripada http://www.dvs.gov.my/agency-policy.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar. (2013). Kriteria penyertaan epp subsektor ternakan dalam program transformasi ekonomi. Dicapai daripada laman http://www.dvs.gov.my/epp.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar. (2013).Statistik bilangan ternakan di Malaysia. Dicapai daripada http://www.dvs.gov.my/statistik.

Maktab Koperasi Malaysia. (2015). Kisah kejayaan koperasi dalam dan luar negara (edisi ke-6). Selangor: Maktab Koperasi Malaysia.

Siti A.M.N., & Firuza B.M. (2011). Aktiviti penternakan di Felda Jengka, Pahang. Selangor: Universiti Malaya.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2010). Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Projek Penggerak Ekonomi (NPP-NKEA) Dicapai daripada http://www1.skm.gov.my/~skmgov/index.php/my/mengenai-skm/gerakan-koperasi/projek-penggerak-ekonomi-epp-nkeamy.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

35