deraf perlembagaan kelab mgs

13
PERLEMBAGAAN KELAB GURU

Upload: jennifer-fuller

Post on 05-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Deraf perlembangaan kelab Guru

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN KELAB GURU

PERLEMBAGAAN KELAB GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG TOK NASEKJALAN PANJI ALAM, 21100 KUALA TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMAN

PERLEMBAGAANMAJLIS GURU DAN STAF(MGS)

SESSI 2015/2016

DERAF PERLEMBAGAAN MAJLIS

PERKARA 1:NAMA DAN ALAMATa. Nama kelab : Majlis Guru & Staf (MGS)b. Alamat : SekolahKebangsaan Gong Tok Nasek,21100Kuala Terengganu, Terengganu.

PERKARA 2:MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolahlebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3 :ASAS DAN TUJUAN

3.1 Bekerjasama dengan pihak sekolah, PIBG serta Jabatan Pelajaran Negeri.3.2 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dan menjaga kebajikan mereka.3.3 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan.3.4 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.3.5 Berusaha untuk menambah kewangan MGS.3.6 Sentiasa peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan tergolong sebagai insan yang seimbang, jujur,ikhlas serta maju mengikut perkembangan zaman.3.7 Meningkat dan menambah pengetahuan ahli supaya berkertampilan.3.8 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif danproduktif.

PERKARA 4 :KEAHLIAN

4.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek kecuali guru ganti.4.2 Kelayakan menjadi ahli adalah WAJIB secara automatik.4.3 Guru Besarmerupakan Ahli Kehormat MGS merangkap penasihat MGS, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi MGS.4.4 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,4.4.1Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan guru besar)4.4.2Sekiranya semua AJK tertinggi MGS mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Guru Besar.

( 1 )PERKARA 5 : MAJLIS PENASIHAT

Majlis Penasihat sentiasa memerhati dan memberi nasihat kepada pentadbiran dan perjalanan MGS. Ahli-ahli terdiri daripada :-

5.1Guru Besar- Pengerusi5.2Guru Penolong Kanan Pentadbiran-Timbalan Pengerusi5.3Guru Penolong Kanan HEM-AJK5.4Guru Penolong Kanan Kokurikulum-AJK5.5Majlis Penasihat adalah tempat merujuk jika timbul sebarang masalah MGS.

PERKARA 6 :AHLI JAWATANKUASA

6.1 MGS hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi MGS ,Jawatankuasa MGS. Jawatankuasa MGS hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab setiap dua tahun , selepas mesyuarat agung tahunan.6.2 Ahli Jawatankuasa MGS hendaklah terdiri daripada warganegaraMalaysiadan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.6.3 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa MGS manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak di calonkan sebagai Ahli Jawatankuasa MGS.6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.6.5 Ahli kelab MGS yang telah berkhidmat selama dua tahun tidak layak untuk dipilih bagi memegang sebarang jawatan dipenggal seterusnya selama dua tahun.6.6 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.6.7 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan kepada Pengerusi.6.8 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:- 6.8.1Pengerusi6.8.2Timbalan Pengerusi6.8.3Setiausaha6.8.4Bendahari6.8.5Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)6.8.6Pemeriksa Kira-Kira (sekurang-kurangnya seorang)6.8.7Setiap jawatan tidak diambilkira gendernya. Lelaki @ Wanita boleh terlantik/dilantik.

PERKARA 7 :TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa MGSialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti MGS serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan MGS tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1.Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa MGS dan mesyuarat Agung Tahunan danbertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.( 2 )7.1.2Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan MGS sepanjang tempoh berkhidmat. 7.1.4Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran MGS serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli MGS.7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi.7.1.7Memastikan segala aktiviti dan program MGS dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

7.2TimbalanPengerusi

7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi.7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.

7.3Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan MGS mengikut perlembagaan.7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa MGS.7.3.3 Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa MGS dan mesyuarat agung tahunan. 7.3.4 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod MGS.

7.4Bendahari

7.4.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan MGS dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa.7.4.2 Menguruskan perbelanjaan wang MGS seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa MGS7.4.3Menerima bagi pihak MGS semua derma atau sumbangan daripada mana- mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan. 7.4.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun MGS.7.4.5 Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.5Pemeriksa Kira-Kira

7.5.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.7.5.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

( 3 )PERKARA 8 :KEWANGAN

8.1Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 30.00 bagi setiap bulan selama 10 bulan.8.2Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 100.00 bagi pendahuluan ,dan bakinya hendaklah dijelaskan sebelum bulan Jun. Ini bagi mempermudahkan perjalanan aktiviti MGS.8.3Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.8.4Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.8.5Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.8.6 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun yang akan disediakan oleh bendahari8.7 Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung.

PERKARA 9 :KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulissuratkepada pengerusi MGS.9.3Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh MGS pada tahun semasa; melainkan mendapat persetujuan JK MGS.

PERKARA 10 : CADANGAN AKTIVITI

10.1 Mesyuarat Penggal Jawatankuasa / Mesyuarat Agung. 10.2 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.10.3 Jamuan dan Majlis perpisahan guru bersara / bertukar.10.4 Jamuan akhir tahun.10.5 Hadiah untuk guru-guru bersalin, berkahwin ( kali pertama di SKGTN )10.6 Gotong-royong menceriakan bilik guru.10.7 Program hari keluarga.10.8 Lawatan bermotivasi untuk guru.10.9 Gotong royong majlis korban.10.10 Tadarus dan solat hajat Ramadhan.10.11 Derma Aidilfitri.10.12 Majlis Bacaan Yassin dan tahlil untuk guru-guru yang akan mengerjakan haji.10.13 Wakaf peralatan surau dan wang tunai.10.14 Gotong-royong di rumah ahli yang di timpa bencana.10.15 Perlawanan persahabatan dengan sekolah lain dalam acara sukan.10.16 Menerbitkan / mengedarkan siaran/ risalah berkaitan dengan guru yang bermanfaat untuk ahli.

PERKARA 11:MEMBERHENTIKAN

11.1Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau mengganggu ketenteraman MGS, boleh dipecat oleh Jawatankuasa MGS. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemecatan, dan akan dipertimbangkan oleh AJKMGS.( 4 )PERKARA 12 :PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.12.2Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa MGSsemasa mesyuarat Agung tahunan.12.3Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa MGSdan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.12.4Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengerusi.

PERKARA 13:MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat tempoh setahun.13.2Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat- lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat13.3Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :13.3.1 Ucapan pengerusi13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa MGS bagi setiap dua tahun bertugas13.3.6 Ucapan penangguhan13.3.7 Lain-lain hal13.4Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan MGS. 13.5 Pemilihan pemegang jawatan di buat selepas 2 tahun seperti berikut:13.5.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6.Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang danpenyokong.13.5.2 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yanng ditandingi13.5.3 Ahli-ahli MGS yang baru meletak jawatan tidak dibenarkan untuk dicalonkan selama 2 tahun.13.5.4 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan

13.6Mesyuarat agung khas bagi MGS ini boleh diadakan :(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa MGS(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurangdaripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

13.7 Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.

13.8Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

( 5 )PERKARA 14:KUOROM

14.1Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh MGS adalah seperti berikut:14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa MGS hendaklah tidak kurang daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa MGS.14.1.3Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas , maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa MGS; dan jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang MGS atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli, mengikut nasihat Penasihat MGS.

PERKARA 15 : SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI

15.1 Bertukar sumbangan bernilai Rm 150.00 untuk ahli yang berkhidmat 1 hingga 10 tahun, manakala RM 200.00 bagi ahli yang berkhidmat 11 tahun ke atas.15.2 Bersara- sumbangan bernilai Rm 200.00 untuk ahli yang berkhidmat 1 hingga 10 tahun, manakala RM 300.00 bagi ahli yang berkhidmat 11 tahun ke atas.15.3 Kelahiran anak/cucu yang pertama - Sumbangan Rm 50.00 untuk sekali sahaja selama berada di SKGTN. 15.4 Berkahwin Sumbangan RM 100.00 untuk ahli dan RM 50.00 untuk anak ahli. ( Hanya sekali selama berada di SKGTN )15.5 Kematian ahli dan saudara terdekat sahaja diberi sumbangan bernilaiRM100.00 . Saudara terdekat dalam perkara ini ialah Ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli. (Isteri pertama/anak-anak dari isteri pertamadiambil kira jika melebihi seorang isteri)**.15.6 Sumbangan RM 30.00 untuk ahli dan ahli keluarga sekali sahaja jika sakit dan dimasukkan ke dalam wad ( Hanya sekali selama berada di SKGTN )15.7 Sumbangan RM 100.00 untuk ahli yang menunaikan fardu Haji manakala Umrah RM 50.00 ( Hanya sekali selama berada di SKGTN )15.8 Sumbangan RM 100.00 untuk ahli yang ditimpa kes kecemasan seperti bencana alam, kebakaran, kemalangan dan sebagainya yang boleh dipertimbangkan.15.9 Sumbangan RM 20.00 untuk cenderamata kepada tetamu jemputan (majlis yang dianjur oleh MGS sahaja).15.10 # Seandainya ahli belum membayar yuran maka segala bayaran di atas terbatal dan pihak MGS akan membuat kutipan derma kilat.

PERKARA 16:PEMBUBARAN MGS

16.1MGS akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi setiap dua tahun.16.2Guru Besar (Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan MGS jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

( 6 )

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GURU DAN STAF ( MGS )SEKOLAH KEBANGSAAN GONG TOK NASEKBERKUATKUASA : 01.01.2015 HINGGA 31.12.2016

PENASIHATEn. Endut b. Ngah( GURU BESAR )

PENGERUSIEn.Mohd. Azhar bin Sulong

NAIB PENGERUSIPuan Noor Azian binti Mohd. Salleh

SETIAUSAHAPuan Rohayati binti Harun

BENDAHARIPuan Andawati binti Md.Ali

AJK Puan Hajjah Fatimah binti IsmailEn.Zulkifli bin MohamadEn. Faizul bin Ibrahim Puan Rohani binti Sedek Puan Surina binti Kassim Puan Nora binti Anang Puan Zainun binti Mohamed Puan Khairunisah binti Kamanuddin

PEMERIKSA KIRA-KIRAEn. W.Mohd. Zul Azri B. W.Mohd. Arshad

( 7 )

.................................. ......................................... .......................................( Rohayati bt.Harun ) ( Mohd Azhar bin Sulong ) ( Noor Azian Mohd.Saleh ) SetiausahaMGS Pengerusi MGS Naib Pengerusi MGS

...........................( Endut bin Ngah)Guru Besar ( Penasihat )

( 8 )

SILA DELETE INI

UNTUK PRINT 2 M/SURAT

1 / 23 / 1211 / 45 / 109/,67/8