deraf perjanjian pembalakan yayasan pahang

21
- 1 - PERJANJIAN INI diperbuat pada haribulan 2007 diantara LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG yang diberikan kuasa di bawah Enakmen YAYASAN PAHANG No. 6 Tahun 1982 yang beralamat di KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini dirujuk sebagai “YAYASAN PAHANG”) di satu pihak dan ________________________________ (NO. SYARIKAT: _______________) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965 yang beralamat di _________________________________________ _________________________ (selepas ini dirujuk sebagai ‘SYARIKAT”) di satu pihak yang lain. BAHAWASANYA:- A. YAYASAN PAHANG telah mendapat anugerah Kawasan Konsesi Kayu Balak daripada Kerajaan Negeri Pahang (selepas ini dirujuk sebagai “Pihak Berkuasa Negeri”) dan kebenaran untuk mengeluarkan kayu balak (selepas ini dirujuk sebagai “kayu balak tersebut”) di kawasan seluas lebih kuVrang + ______ hektar (lebih kurang + _____ ekar) di HUTAN SIMPAN ________ di dalam DAERAH ________ (KOMPARTMENT ________) di dalam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini dirujuk sebagai “Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut”) seperti yang terdapat di dalam pelan bertanda MERAH yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN “A” . B. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa YAYASAN PAHANG akan menjual dan SYARIKAT akan membeli kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu balak tersebut menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini. C. Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini adalah tertakluk sentiasa kepada syarat-syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah atau apa-apa arahan undang-undang atau peraturan yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.

Upload: dinhminh

Post on 23-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 1 -

PERJANJIAN INI diperbuat pada haribulan 2007 diantara

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG yang diberikan kuasa di bawah

Enakmen YAYASAN PAHANG No. 6 Tahun 1982 yang beralamat di KOMPLEKS YAYASAN

PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini

dirujuk sebagai “YAYASAN PAHANG”) di satu pihak dan ________________________________

(NO. SYARIKAT: _______________) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah

Akta Syarikat, 1965 yang beralamat di _________________________________________

_________________________ (selepas ini dirujuk sebagai ‘SYARIKAT”) di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA:-

A. YAYASAN PAHANG telah mendapat anugerah Kawasan Konsesi Kayu Balak

daripada Kerajaan Negeri Pahang (selepas ini dirujuk sebagai “Pihak Berkuasa

Negeri”) dan kebenaran untuk mengeluarkan kayu balak (selepas ini dirujuk

sebagai “kayu balak tersebut”) di kawasan seluas lebih kuVrang +______ hektar

(lebih kurang +_____ ekar) di HUTAN SIMPAN ________ di dalam DAERAH ________

(KOMPARTMENT ________) di dalam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini

dirujuk sebagai “Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut”) seperti yang terdapat di

dalam pelan bertanda MERAH yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda

sebagai LAMPIRAN “A”.

B. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa YAYASAN PAHANG akan menjual dan

SYARIKAT akan membeli kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu balak

tersebut menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini.

C. Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini adalah tertakluk

sentiasa kepada syarat-syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak

Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah atau apa-apa arahan undang-undang atau

peraturan yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.

Page 2: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 2 -

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI bahawa:-

1. Sebagai balasan kepada wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ________________

_________________ (RM ______________) sahaja yang telah dibayar oleh SYARIKAT

kepada YAYASAN PAHANG (selepas ini disebut sebagai “Deposit cagaran

Tender”) dan penerimaannya dengan ini telah diakui oleh YAYASAN PAHANG

dan sebagai sebahagian dari Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh

SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ____________

____________________________________________________________ (RM ____________)

sahaja (selepas ini disebut sebagai “Bayaran Keseluruhan”), YAYASAN PAHANG

dengan ini bersetuju menjual kayu balak yang terdapat di dalam Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk kepada pematuhan SYARIKAT terhadap

terma-terma, syarat-syarat dan persetujuan yang dinyatakan selepas ini di dalam

Perjanjian ini.

2. Baki Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh SYARIKAT kepada YAYASAN

PAHANG adalah berjumlah RINGGIT MALAYSIA: _________________________

_______________________________________________________________________________

(RM _____________) sahaja (selepas ini disebut sebagai “Baki Bayaran

Keseluruhan”) yang merangkumi bayaran-bayaran berikut:-

Bayaran Fasa 1

(a) Harga Kawasan (Baki 80%) RM ____________

(b) Deposit Lesen RM ____________

(c) Yuran Proses RM ____________

(d) Kerja-kerja Ukur oleh Jurukur Berlesen RM ____________

(e) Kerja-kerja pengesahan Sempadan RM ____________

Jumlah Fasa 1 RM ____________

Bayaran Fasa 2

(f) Deposit Kerja RM ____________

JUMLAH FASA 1 DAN 2 RM ____________

Page 3: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 3 -

3. Bayaran Fasa 1 dan 2 yang berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ___________________

________________________________________________________ (RM _______________)

sahaja hendaklah dijelaskan oleh SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG dengan

menggunakan bank deraf atas nama ‘YAYASAN PAHANG’ seperti berikut:-

(a) Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(a), (b), (c), (d) dan (e)

yang kesemuanya berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ___________________

________________________________________________ (RM ____________)

sahaja (selepas ini disebut sebagai “Bayaran Fasa 1”) hendaklah

dijelaskan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh Perjanjian ini.

(b) Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(f) yang berjumlah

RINGGIT MALAYSIA: _______________________________ (RM _________)

sahaja (selepas ini disebut sebagai “Bayaran Fasa 2”) hendaklah

dijelaskan oleh SYARIKAT SEBELUM lesen pembalakan ditandatangani

iaitu dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis tuntutan yang

akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut Bayaran Fasa 2

tersebut. YAYASAN PAHANG hanya akan menandatangani apa-apa

dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara berhubung dengan Lesen

Pembalakan selepas Bayaran Fasa 2 tersebut dijelaskan sepenuhnya oleh

SYARIKAT.

4. (a) Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 1 dalam

tempoh yang ditetapkan maka YAYASAN PAHANG, boleh atas

permohonan bertulis daripada SYARIKAT melanjutkan tempoh penjelasan

Bayaran Fasa 1 tersebut selama Lima Belas (15) hari bermula dari tarikh

tamat tempoh 30 hari yang ditetapkan. Sekiranya tempoh lanjutan

tersebut di atas budibicara mutlaknya dipersetujui oleh YAYASAN

PAHANG, maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada YAYASAN

PAHANG faedah pada kadar Sepuluh Peratus (10%) setahun dikira

atas asas harian ke atas Bayaran Fasa 1 yang belum dijelaskan sehingga

tarikh penjelasan penuh Bayaran Fasa 1 tersebut.

Page 4: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 4 -

(b) Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan Bayaran Fasa 1 tersebut

pada tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka SYARIKAT

dianggap telah menamatkan Perjanjian ini dan Perjanjian ini akan dikira

tamat dan tidak berkuatkuasa lagi dan YAYASAN PAHANG berhak untuk

merampas keseluruhan Deposit Tender yang telah dibayar oleh SYARIKAT

kepada YAYASAN PAHANG.

(c) Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 4(b) di atas, maka

SYARIKAT tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap

YAYASAN PAHANG mengenai apa pun yang berkaitan dengan Perjanjian

ini dan YAYASAN PAHANG berhak untuk menender semula kawasan

tersebut atau melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dengan

harga dan kepada mana-mana pihak lain yang difikirkan patut oleh

YAYASAN PAHANG mengikut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG.

(d) Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 2 dalam

tempoh yang ditetapkan maka YAYASAN PAHANG melalui budi bicara

mutlaknya berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan merampas

keseluruhan wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT kepada YAYASAN

PAHANG dan dalam keadaan sedemikian Perjanjian ini dikira tamat dan

tidak berkuasa lagi dan Fasal 4(c) adalah terpakai mutatis mutandis.

5. Adalah diperuntukkan dengan nyata bahawa SYARIKAT menyedari bahawa jika

sekiranya pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak

Berkuasa Berkenaan menaikkan cukai dan/atau premium atau levi ke atas

pengeluaran dan/atau penjualan balak, maka SYARIKAT hendaklah

menjelaskan apa-apa kenaikan tersebut kepada YAYASAN PAHANG dan/atau

Pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa

Berkenaan dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh

YAYASAN PAHANG atau Pihak Kerajaan atau pihak Berkuasa Negeri atau mana-

mana Pihak Berkuasa Berkenaan mengenai kenaikan tersebut mengikut mana

yang berkenaan dan jika SYARIKAT gagal berbuat demikian maka YAYASAN

PAHANG berhak untuk membatalkan Perjanjian ini mengikut Fasal 16 Perjanjian

ini.

Page 5: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 5 -

6. Sekiranya penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dibatalkan

atau ditarik balik oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa

Berkenaan, maka Perjanjian ini akan dianggap terbatal dengan sendirinya dan

SYARIKAT tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi terhadap YAYASAN

PAHANG melainkan atau kecuali jika dituntut secara notis bertulis YAYASAN

PAHANG hendaklah mengembalikan semua wang yang telah dibayar oleh

SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG tanpa sebarang faedah dalam tempoh

yang munasabah yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

7. Kedua-dua belah pihak dengan ini bersetuju bahawa pengiraan harga kayu

balak bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut juga akan dikira berdasarkan

apa jua premium, yuran, Cukai SES atau pembayaran yang dikenakan oleh

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan

berhubung dengan penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.

8. (a) Tanpa menyentuh apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian ini SEKIRANYA

terdapat pertambahan keluasan kawasan yang ditender dengan keluasan

kawasan yang disahkan oleh Pejabat Hutan Daerah atau Pihak Berkuasa

Berkenaan maka YAYASAN PAHANG boleh atas budi bicaranya yang

mutlak memohon kepada Pejabat Hutan Daerah meminda pelan kawasan

yang telah disahkan itu supaya selari dan mengikut keluasan pelan

kawasan yang telah ditender oleh YAYASAN PAHANG.

(b) SEKIRANYA terdapat kekurangan keluasan kawasan yang ditender dengan

keluasan kawasan yang disahkan oleh Pihak Pejabat Hutan Daerah, pihak

YAYASAN PAHANG tidak akan mengganti kekurangan keluasan kawasan

tersebut dan YAYASAN PAHANG tidak akan memulangkan wang yang

telah dibayar kepada YAYASAN PAHANG.

9. SYARIKAT dengan ini mengaku dan mengisytiharkan seperti berikut:-

(a) SYARIKAT telah membuat pemeriksaan dan pemerhatian di keseluruhan

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan berpuashati dengan isi hutan,

jalan masuk, kontor, faktor mukabumi dan lain-lain keadaan di Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut dan SYARIKAT dengan itu tidak berhak untuk

Page 6: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 6 -

menamatkan Perjanjian ini atau menuntut apa-apa gantirugi, pampasan

atau pengurangan harga kawasan terhadap YAYASAN PAHANG

sekiranya terdapat kekurangan atau kecacatan di dalam kawasan

tersebut.

(b) Sewaktu pemilihan permerhatian dan pemeriksaan dijalankan di

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut, SYARIKAT telah memerhati semua

faktor mukabumi yang mungkin melibatkan kos pembalakan yang akan

ditanggung oleh SYARIKAT. SYARIKAT juga telah mengambil perhatian

dari segi pengiraan isi hutan bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut

mengenai adanya kawasan mampan (buffer zone) di sepanjang sungai

dan anak sungai (jika ada). Oleh yang demikian kayu-kayu balak yang

terdapat di kawasan mampan (buffer zone) tersebut tidak boleh

ditebang, dikeluarkan atau dibalak.

(c) Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut yang ditender samada mempunyai

isi hutan yang baik atau sebaliknya atau melibatkan kawasan paya,

bekas lombong, kawasan yang telah dicerobohi (jika ada) tidak boleh

ditukar ganti. Sebarang permohonan atau rayuan untuk menukar ganti

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tidak akan dilayan.

(d) SYARIKAT hendaklah dikira berpuashati dengan keadaan yang ada

sekarang berhubung dengan jalan raya, jalan keretapi atau lain-lain cara

pengangkutan (jika ada) yang telah sedia ada di dalam Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut dan kemudahan yang ada, kontor, risiko

terhadap kecederaan atau pun kerugian harta benda yang

berhampiran atau pun kepada penghuni di dalam harta benda tersebut

atau kepada cara mana kerja-kerja akan dijalankan, keadaan yang

akan melibatkan buruh, kemudahan untuk mendapatkan bahan-bahan

dan seterusnya terhadap semua perkara yang akan mempengaruhi

faktor serta tujuan SYARIKAT.

Page 7: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 7 -

10. SYARIKAT dengan ini berwaad dan berjanji untuk menangggung di atas kos dan

perbelanjaan sendiri berhubung dengan perkara-perkara tersebut:-

(a) untuk menebang, mengalih dan mengeluarkan kayu balak dari Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan di

dalam lesen membalak yang dikeluarkan;

(b) untuk melepaskan YAYASAN PAHANG dari sebarang liabiliti atau

tanggungan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG terhadap apa-

apa tuntutan pihak ketiga yang mungkin timbul berhubung dengan

penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut dan dari

sebarang kegagalan untuk mematuhi apa-apa syarat yang telah

ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pejabat Perhutanan Negeri

atau Pihak Berkuasa Berkenaan;

(c) untuk menyediakan pelan bagi jalan balak atau matau serta apa-apa

butiran yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Berkenaan dan hendaklah

pada sepanjang masa mematuhi pelan-pelan yang diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Berkenaan berserta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Berkenaan.

(d) untuk membiayai kos dan pembayaran bagi mendapatkan permit jalan

utama sehingga ke kawasan kerja yang mana permit tersebut akan

dipohon oleh YAYASAN PAHANG bagi pihak SYARIKAT dan SYARIKAT juga

hendaklah melaksanakan kerja-kerja mengawas selia dan membaik pulih

jambatan serta menanggung segala kos dan pembayaran bagi tujuan

tersebut;

(e) untuk menyediakan laporan penutupan operasi pembalakan dan

pengeluaran kayu balak dari Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut

setelah semua kerja-kerja tersebut selesai dan memajukannya kepada

YAYASAN PAHANG.

Page 8: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 8 -

(f) untuk membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ataupun Pejabat

Perhutanan Negeri atau Daerah apa jua bayaran royalti/cukai/apa-apa

bayaran lain yang dikenakan berhubung dengan penebangan dan

pengeluaran kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut

termasuk apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini tidak

kira samada kayu balak tersebut telahpun dikeluarkan ataupun tidak.

SYARIKAT juga hendaklah membayar dan menjelaskan semua jumlah

tunggakan royalti yang dikenakan kelak.

(g) untuk menyediakan sendiri apa-apa mesin, alat, kenderaan ataupun

jentera bagi kerja-kerja, penebangan, pengalihan ataupun pengeluaran

berhubungan dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan

SYARIKAT juga hendaklah memastikan bahawa mesin, alat, kenderaan

atau jentera yang digunakan tersebut mempunyai lesen atau permit

(sekiranya diperlukan) sebagaimana peruntukan mengikut mana-mana

Akta, Enakmen, Statut ataupun Undang-Undang Kecil yang berkuatkuasa

dari masa ke semasa dan SYARIKAT akan melepaskan dan

menanggungrugi YAYASAN PAHANG dari sebarang denda, hukuman,

penalti ataupun apa jua tuntutan yang dikenakan oleh mana-mana

Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan kegagalan atau

ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan berhubung dengan

penggunaan mesin, alat, kenderaan ataupun jentera-jentera tersebut.

(h) di sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa, untuk memastikan perlindungan

melalui polisi ataupun polisi-polisi insuran, segala liabiliti (tanggungan)

untuk membayar sebarang saguhati ataupun gantirugi kepada pekerja-

pekerja yang digaji dalam menjalankan kerja-kerja penebangan dan

pengeluaran kayu balak dan/atau terhadap waris-waris mereka

berhubung dengan kemalangan ataupun kecelakaan ke atas pekerja-

pekerja tersebut dalam melaksanakan tugas ataupun kerja mereka (ini

the course of their employment) di bawah sebarang peruntukan undang-

undang ataupun di bawah Common Law untuk apa jua gantirugi

terhadap harta benda atau nyawa atau kecederaan ketika kerja-kerja

penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut.

Page 9: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 9 -

(i) untuk membayar apa jua denda, penalti ataupun tuntutan yang

dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun mana-mana Pihak

Berkuasa yang berkenaan sekiranya SYARIKAT, wakil dan/atau agen

dan/atau pekerja mereka didapati melanggar apa-apa syarat ataupun

peruntukan yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang

berkenaan berhubung dengan operasi pembalakan tersebut dan dalam

melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan Kayu Balak tersebut dan

bersetuju untuk melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG

ataupun wakil mereka daripada tuntutan tersebut.

TANPA MENYENTUH PERUNTUKAN di atas sekiranya SYARIKAT di denda oleh mana-

mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan apa-apa kerja

penebangan, pengalihan, pengeluaran, penjualan kayu balak tersebut dengan

jumlah wang yang tertentu maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada

YAYASAN PAHANG bayaran sebanyak Tiga (3) kali ganda jumlah denda yang

dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan

perlanggaran tersebut dan hendaklah dibayar kepada YAYASAN PAHANG

dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh tuntutan oleh YAYASAN PAHANG.

(j) untuk mengadakan langkah-langkah perlu untuk mengelakkan dan untuk

tidak membenarkan atau membiarkan perkara-perkara berikut:-

(i) menjalankan operasi pembalakan di luar Kawasan Konsesi Kayu

Balak tersebut; atau

(ii) menebang/mengeluarkan kayu balak yang tidak dibenarkan

oleh Pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun

mana-mana Pihak yang berkuasa Berkenaan; atau

(iii) mencuri/mengambil secara haram kayu balak di luar Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut/buffer zone;

dan jika sekiranya SYARIKAT melanggar syarat-syarat tersebut, SYARIKAT

hendaklah bertanggungan terhadap gantirugi dan terhadap kecurian

kayu balak di luar Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut ataupun

Page 10: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 10 -

penebangan/pengeluaran kayu balak yang tidak dibenarkan dan

SYARIKAT juga hendaklah melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN

PAHANG dari segala denda, penalti, prosiding, tindakan, tuntutan dan

liabiliti tersebut.

(k) untuk menanggung dan membayar kesemua kos serta

perbelanjaan konsultan yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG bagi

memantau dan mengawal selia kerja-kerja penyediaan jalan

balak atau matau dan penebangan pokok serta pengeluaran

kayu dari kawasan konsesi balak tersebut.

(l) untuk menanggung dan membayar kesemua kos serta

perbelanjaan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri

ataupun pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun

mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan

penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.

(m) SYARIKAT dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa SYARIKAT

akan sentiasa mematuhi apa-apa arahan, peraturan dan/atau

undang-undang yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG

atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan dari masa ke

semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan

dengan kerja-kerja pembalakan atau apa-apa peruntukan yang

dinyatakan di dalam Perjanjian ini dari masa ke semasa.

11. TERTAKLUK sentiasa kepada pematuhan oleh SYARIKAT akan terma-terma dan

syarat perjanjian ini, YAYASAN PAHANG dengan ini berwaad dan berjanji

dengan SYARIKAT, di atas kos dan perbelanjaan SYARIKAT sendiri untuk:-

(a) Menandatangani apa-apa dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara

berhubung dengan lesen pembalakan ataupun sub-lesen kepada

SYARIKAT dan melantik SYARIKAT sebagai kontraktor penebangan bagi

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk sentiasa kepada Fasal 3(b)

Perjanjian ini.

Page 11: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 11 -

(b) untuk membantu SYARIKAT mendapatkan sebarang jalan masuk (access

road) untuk kegunaan SYARIKAT sekiranya SYARIKAT tidak boleh

mendapatkan mana-mana laluan masuk atau keluar dari Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut dengan kos dan perbelanjaan yang

ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK SYARIKAT.

12. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju bahawa:-

(a) Harga yang telah ditetapkan tersebut adalah bagi kesemua dan apa jua

jenis (species) kayu balak yang berada di dalam Kawasan Konsesi Kayu

Balak tersebut serta yang dibenarkan untuk dibawa keluar dari Kawasan

Konsesi Balak tersebut dan mana-mana pihak tidak boleh membuat

tuntutan kepada pihak satu lagi berhubung dengan jumlah, serta kualiti,

terhadap berat (tonnage) dan/atau jenis-jenisnya (species) yang

dibenarkan untuk ditebang dan/atau dibawa keluar dari Kawasan

Konsesi Kayu balak tersebut.

(b) SYARIKAT hendaklah memulakan kerja-kerja pembalakan di Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari

tarikh penerimaan lesen pembalakan dari YAYASAN PAHANG atau

Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan kerja-kerja tersebut hendaklah

diselesaikan di dalam tempoh satu (1) tahun seperti yang dinyatakan

didalam lesen pembalakan tersebut. Sekiranya SYARIKAT gagal

menyiapkan dan menyelesaikan kerja-kerja tersebut dalam tempoh yang

ditetapkan tanpa apa-apa sebab yang munasabah menurut arahan

atau peraturan yang dinyatakan oleh YAYASAN PAHANG maka

YAYASAN PAHANG tidak akan bertanggungjawab untuk memohon bagi

memperbaharui lesen pembalakan dari Pejabat Perhutanan Negeri

Pahang bagi SYARIKAT.

(c) sekiranya YAYASAN PAHANG mengambil keputusan untuk

menandatangani apa jua dokumen, suratcara ataupun suratikatan

berhubung dengan permohonan perlanjutan masa ataupun

pembaharuan mana-mana permit ataupun lesen sebagaimana yang

diperlukan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Negeri bagi SYARIKAT dan

Page 12: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 12 -

jika sekiranya perlanjutan masa ataupun pembaharuan tersebut tidak

dapat diperolehi maka YAYASAN PAHANG tidaklah boleh

dipertanggungjawabkan bagi penolakan tersebut.

(d) SYARIKAT hendaklah mempunyai hak mutlak serta kebebasan untuk

menjual kayu balak tersebut kepada mana-mana pihak menurut syarat-

syarat serta terma-terma yang akan diputuskan oleh SYARIKAT menurut

budibicara SYARIKAT dan YAYASAN PAHANG tidak boleh mencampuri

urusan jual beli tersebut tetapi SYARIKAT hendaklah

melepaskan/menanggungrugi (indemnify) YAYASAN PAHANG terhadap

apa jua liabiliti berhubung dengan penjualan tersebut, dan ianya tidaklah

melepaskan SYARIKAT dari mematuhi apa-apa tanggungan,

tanggungjawab atau apa-apa obligasi SYARIKAT sebagaimana yang

diperuntukkan di bawah Perjanjian ini.

13. (a) YAYASAN PAHANG berhak untuk membuat potongan-potongan berikut

dari Deposit Kerja yang dibayar oleh SYARIKAT:-

(i) apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang

perlu dibayar dan/atau yang dikenakan terhdap SYARIKAT

termasuklah bayaran bagi Penyata Penutupan Kerja dan

sebagainya;

(ii) bayaran bagi setiap penggunaan helikopter tersebut berkaitan

dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut; dan

(iii) bayaran melaksanakan kerja-kerja tanam semula di dalam

Kawasan Konsesi Balak tersebut.

(b) YAYASAN PAHANG berhak untuk menuntut bayaran tambahan daripada

SYARIKAT sekiranya bayaran-bayaran yang dinyatakan didalam Fasal

13(a)(i), (ii) dan (iii) Perjanjian ini melebihi dari wang deposit kerja.

Page 13: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 13 -

(c) YAYASAN PAHANG mempunyai budi bicara untuk mendahulukan

bayaran tambahan dan bayaran tambahan yang didahulukan oleh

YAYASAN PAHANG tersebut adalah dikira sebagai hutang oleh SYARIKAT

kepada YAYASAN PAHANG dan haruslah dibayar dalam tempoh 14 hari

dari tarikh surat tuntutan YAYASAN PAHANG.

(d) Sekiranya SYARIKAT gagal menjelaskan bayaran tambahan yang dituntut

oleh YAYASAN PAHANG dalam tempoh 14 hari tersebut, maka SYARIKAT

hendaklah menjelaskan bayaran tambahan tersebut berserta faedah

pada kadar 10% setahun dikira atas kiraan harian ke atas baki bayaran

tambahan yang belum dijelaskan dikira dari tarikh tamat tempoh 14 hari

dari tarikh surat tuntutan sehingga tarikh penjelasan penuh baki bayaran

tambahan.

14. Deposit Kerja dan Deposit Lesen akan dipulangkan kepada SYARIKAT setelah

potongan-potongan yang dinyatakan dalam Fasal 13 Perjanjian ini dibuat tanpa

sebarang faedah, tertakluk sentiasa kepada syarat-syarat berikut:-

(a) Laporan Penyata Penutupan Kerja telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa

Berkenaan;

(b) Wang Deposit – deposit tersebut telah dikembalikan oleh Pihak Berkuasa

Berkenaan kepada YAYASAN PAHANG; dan

(c) SYARIKAT hendaklah menuntut Deposit-Deposit tersebut secara bertulis

dalam masa Tiga (3) bulan dari tarikh Laporan Penyata Penutupan Kerja

dikeluarkan.

Sekiranya SYARIKAT gagal membuat tuntutan tersebut di dalam tempoh yang

ditetapkan maka Deposit-Deposit tersebut akan dianggap hangus dan

dilupuskan oleh YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT adalah tidak berhak untuk

menuntut apa-apa lagi daripada YAYASAN PAHANG selepas tempoh tersebut.

Page 14: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 14 -

15. Jika sekiranya Laporan Penyata Penutupan Kerja yang telah disediakan oleh

SYARIKAT dan dimajukan kepada YAYASAN PAHANG, setelah disemak dan

diselidiki oleh YAYASAN PAHANG didapati ianya tidak benar atau dibuat secara

palsu atau melalui keterangan palsu, maka SYARIKAT hendaklah

bertanggungjawab ke atas Laporan tersebut dan hendaklah membayar

gantirugi khas kepada YAYASAN PAHANG iaitu jumlah wang yang bersamaan

dengan jumlah Deposit Kerja yang dinyatakan di dalam Fasal 2(e) Perjanjian ini

dan gantirugi khas ini hendaklah dibayar dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh

notis yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut gantirugi khas

tersebut.

16. (a) Sekiranya SYARIKAT:-

(i) gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar apa jua denda,

penalti, kompaun, tuntutan ataupun apa jua tanggungan atau

untuk melepaskan (indemnify) YAYASAN PAHANG berhubung

dengan Perjanjian ini; atau

(ii) gagal, enggan dan/atau abai untuk membuat mana-mana

bayaran seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini dalam

masa yang telah ditetapkan; atau

(iii) tindakan kebankrapan di ambil terhadap mana-mana Pengarah

SYARIKAT ataupun jika SYARIKAT adalah sebuah perniagaan atau

perkongsian tindakan kebankrapan di ambil terhadap mana-

mana pemilik perniagaan itu atau mana-mana rakan kongsi

perniagaan atau tindakan penggulungan syarikat di ambil

terhadap SYARIKAT termasuklah diperingkat petisyen; atau

(iv) gagal untuk menjelaskan Bayaran Keseluruhan menurut syarat

yang diperuntukkan di dalam Fasal 3 dan Fasal 4(a) atau Fasal 5

Perjanjian ini; atau

(v) gagal atau enggan mematuhi apa-apa arahan atau peraturan

yang dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG atau Pihak Berkuasa

Page 15: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 15 -

Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan

terhadap SYARIKAT dari masa ke semasa; atau

(vi) gagal atau enggan atau engkar untuk mematuhi mana-mana

atau salah satu dari syarat-syarat yang diperuntukkan di dalam

Perjanjian ini;

MAKA YAYASAN PAHANG berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan

boleh melupuskan apa-apa wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT

kepada YAYASAN PAHANG di bawah Perjanjian ini dengan memberikan

satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan dengan penamatan

Pejanjian ini dan perlupusan wang tersebut.

(b) Jika penamatan menurut peruntukan di atas dibuat, maka SYARIKAT tidak

berhak untuk mendapatkan balik apa jua deposit, wang pendahuluan

ataupun pembayaran yang telah dibuat ataupun didahulukan kepada

YAYASAN PAHANG sebelum penamatan tersebut DAN SYARIKAT

hendaklah secara aman menyerahkan kembali Kawasan Konsesi Kayu

Balak tersebut kepada YAYASAN PAHANG.

(c) Selepas penamatan Perjanjian ini YAYASAN PAHANG berhak untuk

melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut kepada mana-mana

pihak mengikut apa-apa terma dan syarat-syarat yang difikirkan wajar

menurut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT tidak

mempunyai apa-apa hak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap

YAYASAN PAHANG.

17. (a) Tanpa menjejaskan hak YAYASAN PAHANG untuk menamatkan Perjanjian

ini menurut peruntukan di bawah Fasal 16 Perjanjian ini, YAYASAN

PAHANG di atas budibicara mutlaknya berhak untuk melanjutkan tempoh

masa bagi SYARIKAT menjelaskan Bayaran Fasa 2 yang dinyatakan

dalam Fasal 3(b) Perjanjian ini dan bayaran denda yang dinyatakan

didalam Fasal 10(i) dan Fasal 15 Perjanjian ini selama tempoh Empat

Belas (14) hari yang akan bermula dari tarikh tamat tempoh notis di

dalam Fasal 4(b), Fasal 10(i) dan Fasal 15 tersebut.

Page 16: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 16 -

(b) Sebagai balasan untuk tempoh lanjutan tersebut SYARIKAT hendaklah

membayar kepada YAYASAN PAHANG faedah pada kadar Sepuluh

Peratus (10%) setahun dikira atas asas harian ke atas bayaran-bayaran

tersebut yang belum dijelaskan sehingga tarikh penjelasan penuh

bayaran-bayaran tersebut;

(c) Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan bayaran tersebut pada

tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka YAYASAN PAHANG

berhak di atas budibicara mutlaknya menamatkan Perjanjian ini dan

melupuskan mana-mana wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT

dengan memberikan satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan

dengan penamatan Perjanjian ini dan pelupusan wang tersebut dan

Fasal 16(c) akan berkuatkuasa mutatis mutandis.

18. (a) Apa-apa Notis bertulis yang perlu diserahkan oleh mana-mana pihak

kepada pihak yang satu lagi menurut apa-apa peruntukan di dalam

Perjanjian ini hendaklah dihantar ke alamat terakhir yang diketahui pihak

yang lagi satu dengan pos berdaftar ataupun ditinggalkan di alamat

terakhir tersebut dengan tangan.

(b) Notis yang dihantar dianggap telah diserahkan atau berkuatkuasa pada

masa:-

(i) Jika dihantar melalui surat pos berdaftar, pada masa bila surat

berdaftar itu boleh disampaikan mengikut perjalanan biasa pos;

atau

(ii) jika diberi oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi dengan

tangan pada masa penyampaian itu.

(c) Apa jua pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak hendaklah

diberitahu kepada pihak yang satu lagi.

Page 17: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 17 -

19. Segala kos dan perbelanjaan berhubung dengan penyediaan serta

penyempurnaan Perjanjian ini termasuk bayaran setem dan bayaran guaman

akan ditanggung serta dibayar serta merta kepada Peguamcara yang

menyediakan Perjanjian ini oleh SYARIKAT.

20. Masa hendaklah menjadi pati penting kontrak berhubung dengan segala

peruntukan di dalam Perjanjian ini.

21. Perjanjian ini akan mengikat mana-mana waris, wakil-wakil, Pentadbir, pengganti

serta penerima serahak pada kedua-dua pihak Perjanjian ini.

22. Segala cukai yang dikenakan berhubung dengan Perjanjian ini akan ditanggung

serta dijelaskan sepenuhnya oleh SYARIKAT.

23. YAYASAN PAHANG melalui agennya atau kakitangannya samada sendiri atau

bersama-sama dengan kakitangan Pejabat Hutan Negeri atau Daerah atau

mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan boleh memasuki kawasan

pembalakan atau matau bagi kawasan pembalakan tersebut pada bila-bila

masa dan memeriksa samada pihak SYARIKAT atau pekerjanya atau

kontaktornya atau agennya telah melakukan apa-apa perbuatan yang

bertentangan dengan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam lesen

pembalakan atau melanggar apa-apa syarat atau peraturan yang ditetapkan

dari masa ke semasa oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan

termasuklah Pejabat Hutan Negeri atau daerah dan sekiranya YAYASAN PAHANG

mendapati hal yang demikian itu, YAYASAN PAHANG berhak untuk mengambil

apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai munasabah oleh YAYASAN PAHANG

termasuklah tetapi tidak terhad kepada mengenakan denda dan/atau

menamatkan ini.

24. Jika berlaku sebarang pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak

berkaitan dengan Perjanjian ini yang mana persetujuan tidak dapat dicapai

dengan apa jua cara sekalipun, maka perkara tersebut hendaklah dirujuk

kepada Timbangtara yang dipersetujui menurut Akta Timbangtara (Arbitration

Act) 1992.

Page 18: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 18 -

25. Perkataan Pihak Berkuasa Berkenaan yang terdapat di dalam Perjanjian ini

hendaklah ditafsir dan diertikan sebagai mana-mana Pihak Pejabat Hutan

Daerah atau Pejabat Perhutanan Negeri Pahang atau Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri atau mana-mana pihak berkuasa termasuklah pihak Kerajaan yang

mempunyai kuasa untuk memutuskan atau menentukan apa-apa peraturan,

arahan-arahan atau keputusan berkaitan dengan kerja-kerja pembalakan di

dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut termasuklah segala urusan yang

berhubung dengan Perjanjian ini.

26. Sekiranya mana-mana satu atau lebih syarat, waad atau peruntukan dalam

Perjanjian ini di atas apa-apa sebab sekalipun diputuskan sebagai tidak sah,

menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-

undang yang mempunyai bidangkuasa ke atas Perjanjian ini atau

perlaksanaannya, maka keputusan itu tidak akan membabitkan syarat-syarat,

waad-waad atau peruntukan-peruntukan lain dalam Perjanjian ini dan Perjanjian

ini akan ditafsirkan seolah-olah syarat, waad atau peruntukan yang diputuskan

tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak

pernah terkandung di dalam Perjanjian ini dan mana-mana syarat, waad atau

peruntukan lain yang terdapat di dalam Perjanjian ini adalah masih terpakai dan

berkuatkuasa.

27. SYARIKAT dengan ini bersetuju akan menanggungrugi dan sentiasa

menanggungrugi sepenuhnya YAYASAN PAHANG dari segala tuntutan, tindakan,

prosiding atau apa-apa bentuk tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak

terhadap YAYASAN PAHANG berkaitan dengan Perjanjian ini.

28. Tiada apa-apa peruntukan samada secara nyata atau tersirat yang

diperuntukkan di dalam Perjanjian ini yang boleh dianggap mewujudkan

perjanjian rakan kongsi atau menimbulkan hubungan prinsipal dan agen di

antara YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT.

29. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada tarikh

seperti yang dinyatakan dalam Mukadimah Perjanjian ini tanpa menghiraukan

tarikh berbeza di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian ini.

Page 19: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 19 -

30. Pengetahuan atau akuiesens oleh mana-mana pihak di sini berkaitan atau di

dalam apa-apa perlanggaran mana-mana syarat, waad atau peruntukan di

dalam Perjanjian ini tidak menjadi atau tidak dikira sebagai satu pengenepian

syarat-syarat, waad-waad atau peruntukan-peruntukan atau mana-mana di

antaranya dan tanpa menghiraukan pengetahuan atau akuisens tersebut tiap-

tiap pihak disini berhak untuk menguatkuasakan hak-haknya di bawah Perjanjian

ini dan memerlukan pematuhannya secara mutlak oleh pihak yang satu lagi

terhadap syarat-syarat, waad-waad dan peruntukan-peruntukan Perjanjian ini.

31. Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia.

32. Segala terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam KENYATAAN

TAWARAN TENDER (selepas ini disebut sebagai “Kenyataan Tawaran Tender”)

yang dilampirkan didalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN “B” dan SURAT

TAWARAN bertarikh _____________ (selepas ini disebut sebagai “Surat Tawaran”)

yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN “C” termasuk

semua ubahan, tambahan atau pindaan-pindaan yang dibuat ke atas Surat

Tawaran tersebut hendaklah diambil dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

dari Perjanjian ini dan jika terdapat apa-apa percanggahan di antara terma-

terma dan syarat-syarat didalam Surat Tawaran dan Perjanjian, maka terma-

terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini terpakai.

33. Dalam Perjanjian ini jika konteksnya mengkehendaki sedemikian:-

(a) perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah

dianggap dan dikira termasuk gender feminine dan neuter dan bilangan

tunggal termasuklah bilangan banyak dan sebaliknya;

(b) Segala rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan adalah

rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan yang

terkandung di dalam Perjanjian ini.

(c) Segala rujukan kepada mana-mana dokumen dianggap meliputi rujukan

kepada dokumen tersebut yang telah diubah, dipinda atau diganti dari

masa ke semasa.

Page 20: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 20 -

(d) Segala rujukan kepada peruntukan mana-mana perundangan dianggap

meliputi rujukan kepada pindaan statutori dan enakmen semula

perundangan tersebut.

(e) Segala Lampiran kepada Perjanjian ini akan diambil kira, dibaca dan

ditaksirkan sebagai sebahagian Perjanjian ini.

(f) Perkataan yang digunakan untuk orang sebenar meliputi mana-mana

pertubuhan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi, samada yang

diperbadankan atau tidak dan vice versa.

(g) Segala rujukan kepada “hari bekerja” bermaksud hari di mana YAYASAN

PAHANG bekerja dan orang awam dibenarkan untuk berurusan.

(h) Satu tempoh hari dari terjadinya sesuatu perkara akan dianggap meliputi

hari berlakunya perkara itu atau perkara ini dilakukan dan jika hari terakhir

tempoh itu adalah hari minggu atau cuti umum (selepas ini disebut

sebagai “hari yang dikecualikan”) maka tempoh hari ini akan meliputi hari

selepas hari yang dikecualikan tersebut yang juga bukan hari yang

dikecualikan.

Page 21: Deraf Perjanjian Pembalakan Yayasan Pahang

- 21 -

PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS, kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini telah

menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang tertera di atas.

Ditandatangani dan dimeterai )

oleh LEMBAGA PEMEGANG )

AMANAH YAYASAN PAHANG )

di hadapan:- )

……………………………………….. AHLI LEMBAGA ……………………………………….. AHLI LEMBAGA

Ditandatangani oleh )

untuk dan bagi pihak SYARIKAT )

______________________________ )

(NO. SYARIKAT: _____________) )

dihadapan:- )

………………………………………. ………………………………………. PENGARAH PENGARAH / SETIAUSAHA

Nama : ______________________ Nama : ______________________

NO. K/P : ______________________ NO. K/P : ______________________