definisi wang

3
CMIE 1012 ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI SET 28 FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI NAMA PENSYARAH : PROF. DR WAN MOKHTAR BIN WAN YUSOFF NAMA PELAJAR : NUR ATHIRAH BINTI NOR AZAM NO.MATRIK : A145950

Upload: athirah-azam

Post on 29-Jul-2015

50 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi wang

CMIE 1012

ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

SET 28

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

NAMA PENSYARAH :

PROF. DR WAN MOKHTAR BIN WAN YUSOFF

NAMA PELAJAR :

NUR ATHIRAH BINTI NOR AZAM

NO.MATRIK :

A145950

Page 2: Definisi wang

Definisi wang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah sejenis alat pertukaran yang mempunyai

harga atau nilai tertentu dan diakui sah. Malaysia menggunakan matawang ringgit dan sen.

Wang juga bersinonim dengan duit. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, duit ialah kepingan

logam yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan sebagainya yang dicap menjadi

syiling. Duit juga diistilahkan sebagai kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima

atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.

Ahli ekonomi mendefinasikan istilah wang melalui dua aspek, iaitu daripada aspek fungsi dan

aspek fizikal. Daripada aspek fungsi, wang ialah alat pertukaran, unit nilai, penimpanan nilai

dan alat piawai bayaran tertangguh. Daripada aspek fizikal pula, wang terbahagi kepada tiga

jenis, iaitu wang syiling, kertas dan buku-buku cek.

Wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi keyakinan

kepada orang ramai. Antara ciri-ciri wang ialah mempunyai nilai yang tetap, mudah dibawa,

disimpan dan dipindah. Selain itu, wang diperbuat daripada bahan yang tahan lama serta tidak

mudah rosak. Wang juga mestilah boleh dibahagikan kepada unit yang kecil serta mempunyai

penwaran yang terhad.

Wang tidak mempunyai nilai tetap tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi

alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana

sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan

persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter

berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk

mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk

mendapatkan barang yang diperlukannya.

Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan

pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.