definisi seloka

2
DEFINISI SELOKA : Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. S eloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap . Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat . Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau. Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. FUNGSI SELOKA : @ Fungsi seloka amat terbatas. @ Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. @ Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. @ Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. CIRI-CIRI SELOKA : + Sejenis puisi 2 baris/ kerat + Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit + Mempunyai 4 baris seloka / lebih + Bebas dari segi rima + Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka

Upload: mohd-faizal-sarip

Post on 12-Dec-2015

148 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota..

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI SELOKA

DEFINISI SELOKA :

     Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap.       Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau. 

    Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu  perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam.

FUNGSI SELOKA :

@ Fungsi seloka amat terbatas.

@ Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang

melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan

ketatasusilaan. 

@ Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan

untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa

menyinggung perasaan individu sasaran. 

@ Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana

peribahasa atau teromba. 

CIRI-CIRI SELOKA :

+ Sejenis puisi 2 baris/ kerat

+ Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit

+ Mempunyai 4 baris seloka / lebih

+ Bebas dari segi rima

Page 2: DEFINISI SELOKA

+ Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka

JENIS-JENIS SELOKA:

> Seloka sindiran> Seloka mengejek> Seloka menempelak> Seloka nasihat> Seloka pengajaran> Seloka khayal> Seloka gurau senda