definisi pentaksiran

3
Definisi Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran · Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Aspek-aspek utama dalam pentaksiran instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan pentaksir skor PENGUJIAN

Upload: alimin-wahid

Post on 03-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asa

TRANSCRIPT

Definisi Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianPENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranMenilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaranMendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaikipengajaran-pembelajaran.Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan pentaksir skorPENGUJIAN

Definisi

Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvertbagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran