definisi integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui...

1
Definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti atau nilai bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan. Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mencapai matlamat perpaduan. Antaranya, pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara. Penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan berasaskan kaum. Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya. Sistem pendidikan digunakan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi.

Upload: lua-c-wei

Post on 20-Jul-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

read

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Integrasi Adalah Satu Proses Yang Menyatupadukan Pelbagai Kelompok Dalam Masyarakat Melalui Satu Identiti Atau Nilai Bersama

Definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam

masyarakat melalui satu identiti atau nilai bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses

ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia

mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan

kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi.

Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah

negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.

Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian

dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga

merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik

yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.

Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mencapai

matlamat perpaduan. Antaranya, pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum

dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara. Penyusunan semula masyarakat

melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan

berasaskan kaum. Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi

dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan

sebagainya. Sistem pendidikan digunakan sebagai medium utama pembentukan perpaduan

dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah,

menengah atas, dan pengajian tinggi.