definisi etnik

3
Definisi Etnik Menurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ‘ethnos’. Ia merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: “etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur etnik sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.” Istilah berkaitan dengan etnik 1. Etnisiti : - Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. 2. Etnosentrik : - Menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral. 3. Etnosentrisme : - Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripadakelompok lain. - Suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri. Definisi Agama Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Sarjana Sosiologi, Taylor & Spencer mentakrifkan agama sebagai pemikiran manusia semata-mata.

Upload: azizan-mohamad

Post on 16-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Definisi Etnik

TRANSCRIPT

Definisi EtnikMenurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ethnos. Ia merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur etnik sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.Istilah berkaitan dengan etnik1. Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

2. Etnosentrik : Menganggap ciri-ciribudayanya sebagai wajar, betuldan lebihutama daripada budaya etnik lain yangdipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral.

3. Etnosentrisme : Kepercayaan atau rasa bangga yangwujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisitimereka adalah jauh lebih baik danhebat daripadakelompok lain. Suatu perspektif melihat kelompok etnik laindaripada lensa dan kacamata etnik sendiri.

Definisi AgamaAgamapada lazimnya bermaknakepercayaankepadaTuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti sepertidewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.Sarjana Sosiologi, Taylor & Spencer mentakrifkan agama sebagai pemikiran manusia semata-mata.Hans Joachim Schoeps dalam buku The Religion of Mankind menyatakan agama bermaksud ; hubungan yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar/agung yang dipercayai(manusia) dan manusia merasai adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu. Tiga perkara manusia dengan kuasa agung. Pertama, kepercayaan. Kedua, ketakutan dan kepatuhan. Ketiga, menterjemah kepercayaan, ketakutan dan kepatuhan itu melalui upacara-upacara tertentu (seperti pemujaan). Semua ini direalisasikan dengan aktiviti keagamaan( ritual ).Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, agama bermaksud :

1. Kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa, contoh agama Islam, agama Kristian.2. Kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain (yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa.Abul Ala Al Maududi menyatakan bahwa agama mempunyai 4 pengertian sebagai berikut :a. Penyerahan diri terhadap sang Penguasab. Penghambaan seseorang yang lemah terhadap yang lebih kuatc. Peraturan yang wajib di patuhid. Perhitungan, pembalasan dari perbuatan manusia.Definisi Fahaman Dan KepercayaanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fahaman bermaksud : pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian: contoh, fahamannya mengenai soal-soal politik negara agak cetek.Manakala kepercayaan pula bermaksud :

1. Keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu, iman, iktikad: contohnya, ada kepercayaan yang mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, keturunan, kepercayaan, fahaman, dan sebagainya; kepercayaan kuno kepercayaan kepada yang kuno (kolot); 2. Sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sebagai benar, dan lain-lain); contohnya sudah jadi kepercayaan yang turun-temurun, sudah jadi sesuatu yang dipercayai turun-temurun; 3. Keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dan lain-lain) orang; contohnya kepercayaan dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya, kepercayaannya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; kepercayaan akan (kepada) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pada kebolehan diri sendiri4. Boleh dipercayai, amanah (jujur dan lain-lain): contohnya ini juga disuruhkan, tetapi biar orang kepercayaan supaya jangan pecah rahsia ini; 5. Orang yang dipercayai (diamanahkan sesuatu): contohnya perkara itu diserahkan kepada kepercayaannya;Walaupun terdapat pelbagai definisi, namun definisi kepercayaan yang diambil kira dalam kajian ini adalah dari aspek keagamaan.